kitar karbon

14
Sce 3073 Kitaran karbon Disediakan Oleh : Helmelda Bungan Ajang Mohd Mazlan bin Barawi Suzanna Jusimin Pensyarah : Puan Noor Fadzilah binti Aris

description

ppt

Transcript of kitar karbon

Sce 3073 Kitaran karbon

Sce 3073Kitaran karbonDisediakan Oleh :Helmelda Bungan AjangMohd Mazlan bin BarawiSuzanna Jusimin

Pensyarah :Puan Noor Fadzilah binti Aris

Pengenalan Karbon terdapat dalam semua benda hidup.Karbon adalah sebahagian darpada lautan, udara dan batuan.Bumi adalah satu tempat yang dinamik, dan oleh itu karbon akan sentiasa bergerak.Di udara, karbon terikat dengan oksigen.Pergerakan karbon antara biosfera, atmosfera,lautan dan geosfera dikenali sebagai kitaran biokimia.Kitaran karbon ini pertama kali dijumpai oleh Joseph Priestly dan Antoine Lavoiser, serta dipopularkan oleh Humpry Davy

Karbon adalah unsur utama dalam komponen biologikal dan dalam mineralKarbon wujud dalam bentuk karbon dioksida (CO2)

Sumber Karbon

Tumbuhan Tumbuhan menggunakan karbon dan cahaya matahari untuk membuat makanan sendiriKarbon menjadi sebahagian daripada tumbuhanApabila tumbuhan mati, ia akan tertanam pada tanah dan akan bertukar menjadi bahan api fosil seperti minyak dan arang yang akan terbentuk selama berjuta tahun.Apabila manusia menggunakan bahan api fosil tersebut, karbon akan dibebaskan ke udara semula dalam bentuk karbon dioksida

Lautan Lautan juga menggunakan karbon dioksida. Permukaan lautan menyimpan jumlah karbon yang banyak dalam bentuk karbon bukan organik terlarut (DIC) yang bertindak balas dengan atmosfera secara aktif.Karbon dioksida yang terlarut dalam air laut akan digunakan oleh biota marin untuk proses fotosintesis.Apabila karbon bergabung dengan molekul air, ia akan menghasilkan asid karbonik. Asid karbonik ini akan meningkatkan tahap keasidan air laut.Karbon memasuki lautan melalui penyerapan karbon dioksida udara dan ditukarkan menjadi karbonat.Karbon juga tersimpan dalam tisu-tisu organisma mati atau cengkerang sebagai kalsium karbonat

Haiwan dan ManusiaHaiwan dan manusia akan mengeluarkan karbon dioksida melalui pernafasanManakala haiwan dan manusia menggunakan unsur karbon apabila makan. Karbon terdapat dalam makanan yang dimakan.

Atmosfera Karbon pada atmosfera bumi adalah dalam dua bentuk yang utama iaitu gas karbon dioksida dan juga gas metanaKedua-dua gas tersebut akan memerangkap haba dan merupakan gas rumah hijau yang paling utamaMetana memberikan kesan rumah hijau yang besar berbanding dengan karbon dioksida, tetpi ia wujud dalam kuantiti yang sedikit dan tidak stabil

Terrestrial Karbon terdapat dalam tanahSebanyak 500 gram tan karbon terdapat pada permukaan tanah yang disimpan dalam tumbuhan dan organisma hidup yang lain manakala tanah menyimpan sebanyak 1 500 gram tan karbon.Kebanyakkan karbon pada bahagian terrestrial adalah dalam bentuk karbon organik, dan 1/3 daripada karbon pada tanah disimpan dalam bentuk bukan organic seperti kalsium karbonat.Karbon dalam tanah boleh disimpan selama beribu tahun lamanya sebelum ia dibawa bersama oleh aliran air ke sungai atau dilepaskan ke udara melalui respirasi tanah

Kitaran karbon

Impak karbon terhadap persekitaran:

Cara mengatasi ketidakseimbangan kitaran karbon :Penanaman semula pokokKongsi kenderaanKenderaan awamJimat elektrikElak pembakaran terbukaBiodiesel

Sekian, terima kasih