Kitar Hidup Rama

26
KITAR HIDUP RAMA – RAMA

Transcript of Kitar Hidup Rama

Page 2: Kitar Hidup Rama

Tahukah kamu???

Seekor rama-rama mampu mengeluarkan telur sebanyak 200 biji telur

dalam jangka hayatnya…mm dasyatkan???

INFO SANTAI :

Rama –rama merupakan antara serangga yang

mempunyai kitaran hidup lengkap sebagai seekor serangga.

Dalam proses kitar hidup yang dilaluinya , rama-rama melalui 4

proses/ peringkat.

Setiap peringkat yang ada adalah berbeza antara satu sama lain

juga mempunyai tujuan yang berbeza.

Peringkat 1 : Telur

Pada peringkat pertama ini rama-rama yang telah matang dan melakukan persenyawaan akan menghasilkan telur seperti dalam

rajah diatas.

Page 3: Kitar Hidup Rama

Telur rama-rama sangat nipis ,kecil, berkilat kekuningan / keputihan dan ada juga yang berbentuk silinder. Pada permukaan

telur kelihatan tulang-tulang halus.

Kebiasaannya telur-telur yang dihasilkan oleh rama-rama ini akan menempel pada daun atau dahan pokok. Tahap ini juga boleh

dikenali sebagai tahap perkembangan.

Peringkat 2 : Beluncas / Larva

Pada tahap ini telur yang menempel pada daun tadi telah matang dan pecah seterusnya menghasilkan beluncas.

Kebiasaanya beluncas panjang dan membentuk seperti badan rama-rama tetapi tidak mempunyai sayap.

Pada tahap ini ,ia dinamakan tahap perkembangan melalui pemakanan. Yang mana beluncas akan makan dan terus berkembang.

Beluncas juga mula ditumbuhi bulu-bulu halus dan corak tertentu mengikut spesisnya.

Page 5: Kitar Hidup Rama

Peringkat 4 : Rama-rama

Pada peringkat ini,rama-rama telah keluar dari kepompong sebagai rama-rama yang cantik

Mempunyai pelbagai warna dan bentuk antara satu sama lain.

Rama-rama yang matang akan bersenyawa,bertelur dan kitaran rama-rama yang seterusnya akan berlaku.

Bagaimana Ia berlaku???

Daripada sebiji telur kecil ( TELUR ), lahirlah

seekor ulat bulu ( LARVA ). Ulat bulu ini mempunyai

nafsu makan yang menakjubkan selama dua atau tiga

minggu.

Kemudian, ulat bulu itu mencari tempat untuk bergayut. Ini menandakan

bermulanya satu lagi kejadian hidup rama-rama .Ulat bulu itu akan menjadi seekor

kepompong atau ( PUPA ). Kepak dan kakinya akan terbentuk.

Akhirnya, jadilah seekor rama-rama ( DEWASA ). Dengan adanya 4 peringkat

diatas, maka lengkaplah kitaran hidup seekor rama-rama.

Page 7: Kitar Hidup Rama

KITARAN HIDUP NYAMUK

Info Am!!!Tahukah anda bahawa nyamuk terdiri daripada 2700 spesis , dua

kepak bersisik, tubuh yang langsing, enam kaki panjang, bersaiz

berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15mm. Nyamuk mampu

terbang dengan kelajuan diantara 1.5 km/h hingga 2.5 km/h.

Nyamuk mengalami metamorphosis yang lengkap iaitu empat

peringkat perkembangan yang jelas.

Mari Belajar Tentang Nyamuk :

Nyamuk merupakan sejenis binatang penghisap darah. Untuk

berkembang menjadi seekor nyamuk dewasa nyamuk akan melalui beberapa

peringkat berbeza.

Peringkat nyamuk juga menyerupai rama - rama iaitu 4

peringkat

Page 8: Kitar Hidup Rama

iaitu telur, pupa, Larva dan dewasa. Namun apa yang membezakan nyamuk dan

rama - rama ialah nyamuk melalui peringkat kehidupan di air manakala rama-

rama hanya melalui peringkat kehidupan di darat.

Satu kitaran lengkap nyamuk akan mengambil masa beberapa

bulan.

Mari kita kaji peringkat demi peringkat

( ^_^ )

Peringkat 1: Telur

Nyamuk dewasa betina akan menghisap darah manusia. Nyamuk ini

akan

menghasilkan telur iaitu antara 4 hingga 400 biji telur yang ditinggalkan di

permukaan air tenang.

Nyamuk ini biasanya akan menghasilkan telur pada wakt malam.

Biasanya

Page 9: Kitar Hidup Rama

telur ini akan bertukar menjadi larva setelah mancapai tempoh

kematangannya

Peringkat 2 : Larva

Larva nyamuk berkembang dalam air selama 7 hingga 14 hari

bergantung kepada

suhu air. Namun kadangkala larva akan naik ke permukaan air untuk

mendapatkan oksigen melalui tiub penafasan.

Pada peringkat ini, larva akan memakan alga dan organisma yang

tinggal dalam air.

Pada peringkat ini,larva akan bersalin kulit sebanyak empat kali yang mana

peringkat keempat akan menukarkan larva kepada pupa.

Page 10: Kitar Hidup Rama

Peringkat 3: Pupa

Peringkat seterusnya ialah pupa. Pada peringat ini pupa tidak akan

makan. Pupa juga dipanggil sebagai trumblers.

Biasanya ia berada di dalam air selama 1 hingga 4 hari bergantung

kepada

spesis dan suhu air. Pupa akan mudah kelihatan di permukaan air kerana

warnanya lebih cerah berbanding warna air.

Pupa ini akan mendapatkan oksigen melalui 2 salur yang dipanggil

trumpet.

Pupa yang matang akan mula terbuka dan mengeluarkan seekor nyamuk.

Page 11: Kitar Hidup Rama

Peringkat 4 : Dewasa

Nyamuk yang keluar dari pupa akan matang setelah beberapa hari

menjadi nyamuk.

Jangka hayat seekor nyamuk hanyalah untuk beberapa minggu dan

seterusnya kitar akan melalui peringkat yang sama iaitu bermula peringkat

telur.

Proses…

Kitar hidup lengkap nyamuk mengambil masa sebulan. Selepas

menghisap darah, nyamuk betina bertelur .

Dalam masa seminggu telur tersebut akan menetas dikenali sebagai

larva (

jentik-jentik ). Larva akan bernafas menggunakan 2 salur yang ada dan

Page 12: Kitar Hidup Rama

memakan bahan organic yang ada. Larva akan bersalin kulit sehingga ke

peringkat ke 4 iaitu pupa.

Pupa akan terbentuk apabila larva selesai mengalami empat proses

perkembangan sebagai jentik-jentik. Pupa tidak makan dan nyamuk dewasa

akan keluar dari pupa apabila kulit terbuka. Nyamuk dewasa hanya mampu

hidup beberapa minggu sahaja.

Kitaran Hidup Nyamuk… tengok yer

Page 13: Kitar Hidup Rama

NAK TENGOK VIDEO KITARAN HIDUP NYAMUK ????

Klik di SINI

HAVE FUN !!!

Game 1:

Page 15: Kitar Hidup Rama

KITARAN HIDUP KATAK

Saya seekor katak.sebelum belajar tolong lengkapkan puzzle di bawah menjadi seekor katak yang comel seperti saya ^_6.

Untuk mula bermain klik SAYA KATAK COMEL..

Bagaimana pula dengan kehidupan seekor katak? Katak tidak menyamai

nyamuk dan rama-rama. Jom kita tengok bagaimana kitar hidup seekor

katak.

PERINGKAT KITARAN HIDUP KATAK

Page 16: Kitar Hidup Rama

PERINGKAT 1 ( TELUR )

Katak bertelur di dalam air. Telur bertelur dalam kuantiti yang banyak.

Telur katak akan dilindungi oleh selaput jeli @ agar-agar.

Walaupun katak bertelur dalam jumlah yang banyak tidak semua telur akan menetas kerana hidupan lain akan memakan telur-telur katak ini.

PERINGKAT 2 ( BERUDU)

Selepas 21 hari tempoh perkembangan. Ia akan bertukar menjadi

berudu.

Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu.

Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang dipanggil alga.

Berudu mempunyai ekor yang panjang, dan tinggal di dalam air.

Page 17: Kitar Hidup Rama

PERINGKAT 3 (BERUDU MULA BERUBAH)

Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk,

diikuti dengan kaki hadapan.

Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Ekor

berudu mengecil.

Paru – paru mula berkembang, untuk membolehkan katak hidup di darat.

PERINGKAT 4 (HAMPIR MENJADI KATAK )

Lama – kelamaan, berudu akan mula kelihatan seperti katak. Ia menanggalkan kulit.

Mulutnya mula melebar, dan rahangnya mula hilang. Ekor mengecil, dan kaki membesar.

Paru – paru semakin menjalankan fungsinya.

Page 18: Kitar Hidup Rama

PERINGKAT AKHIR (KATAK )

Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang

mempunyai paru – paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air.

Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding di dalam

air. Katak yang kecil ini mula memakan serangga dan cacing.

Katak kecil ini akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan.

Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang kembali.

SEKARANG KITA TENGOK PROSES YANG BERLAKU...^_^

klik di SINI

Page 20: Kitar Hidup Rama

Nama : ________________________________ Tarikh : _____________

Isikan tempat kosong dengan kitaran hidup rama-rama dengan betul.

Page 21: Kitar Hidup Rama
Page 23: Kitar Hidup Rama