KIT PROGRAM TRANSISI - .Fokus utama dalam pengisian Kit Program Transisi ini ialah pemetaan program

download KIT PROGRAM TRANSISI - .Fokus utama dalam pengisian Kit Program Transisi ini ialah pemetaan program

of 142

  • date post

    25-May-2019
  • Category

    Documents

  • view

    240
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of KIT PROGRAM TRANSISI - .Fokus utama dalam pengisian Kit Program Transisi ini ialah pemetaan program

KIT PROGRAM TRANSISI

Edisi Kedua

KAMI MURID TAHUN SATU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

Tema Program Transisi:

(Minda Cerdas, Mata Bercahaya)

KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA

PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN SATU

KIT PROGRAM TRANSISI (Edisi Kedua)

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DISEMBER 2001

Cetakan Pertama 2001 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini, tidak dibenarkan diterbit semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Paras 7, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50604 Kuala Lumpur.

Dicetak oleh :

CETAKRAPI sdn. bhd. No. 22, Jln. Sri Ehsan 1, Taman Sri Ehsan, Kepong52000 Kuala Lumpur

PENGENALANProgram Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu merupakan satu program yangbertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah.

Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua muridTahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.

Bagi memastikan program ini dapat difahami dan berjalan dengan lancar, KitProgram Transisi ini telah dibina sebagai panduan kepada semua pihak yang terlibatuntuk menjalankan aktiviti Program Transisi ini secara lebih bersistematik danseragam di seluruh negara. Untuk itu, sasaran utama penggunaan kit ini bertumpu kepada personalia yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program iaitu pihak Pengurusan Sekolah, Guru Prasekolah, Guru Tahun Satu dan Ibu Bapa murid-murid Tahun Satu.

Fokus utama dalam pengisian Kit Program Transisi ini ialah pemetaan program melalui persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh personalia yang terlibat dalam pelaksanaan program. Selain dari itu kit ini juga turut memberi tumpuan kepada Jadual Perancangan Strategik Program yang melibatkan perancangan program yang berterusan sama ada di peringkat negeri atau sekolah di samping Penilaian Keberkesanan Program yang berterusan.

(i)

Dari segi perancangan aktiviti, strategi yang digunakan dalam kit ini ialah melalui perancangan sebelum , semasa dan selepas program. Setiap aktiviti yang dirancang itu pula dilihat dari segi persediaan-persediaan yang dilakukan oleh setiap personaliayang terlibat.

Bagi Pihak Pengurusan Sekolah yang terdiri dari Guru Besar, Penolong Kanan danGuru-Guru Kanan perlulah melihat pelaksanaan program ini secara menyeluruhdengan menyediakan guru-guru yang sesuai di samping pendedahan dan latihan yang diperlukan, penyediaan perancangan aktiviti yang kemas dan berterusansepanjang tempoh program berjalan, penyediaan kelas dan persekitaran yangsesuai, memberi taklimat kepada pihak ibu bapa dan membuat pemantauan sertapenilaian program yang berterusan.

Bagi guru-guru prasekolah pula, mereka perlulah menjalankan aktiviti-aktiviti yangmampu untuk menyediakan kanak-kanak prasekolah dari aspek fizikal, mental, sosialdan emosi sebelum kanak-kanak itu masuk ke Tahun Satu di sekolah rendah.

Sementara itu bagi Guru-guru Tahun Satu, persediaan yang perlu mereka lakukantermasuklah aktiviti-aktiviti untuk menerima murid Tahun Satu, aktiviti minggu orientasi , penyediaan kelas dan persekitaran yang sesuai agar terdapatkesinambungan budaya dan aktiviti pembelajaran antara Prasekolah dan TahunSatu. Guru-guru Tahun Satu juga perlu mengenal pasti potensi dan masalahperkembangan murid di samping merancang aktiviti dan membuat penilaian yangberterusan di sepanjang Program Transisi ini berjalan.

Kit ini juga turut memberi panduan kepada ibu bapa untuk membantu keberkesanan program. Antara persediaan yang boleh dilakukan oleh mereka ialah melaluipersediaan fizikal dan emosi anak-anak seperti penyediaan peralatan dankelengkapan sekolah yang mencukupi, membawa anak-anak melihat suasanapersekitaran sekolah sebelum hari pertama persekolahan, sokongan moral melaluikata-kata perangsang dan nasihat di samping mendapatkan gambaran dan taklimatdari pihak pengurusan sekolah.

Untuk melihat keberkesanan program yang dijalankan, kit ini juga menyediakan contoh borang penilaian keberkesanan program secara menyeluruh. Penilaian keberkesanan program ini boleh dijalankan sebanyak dua kali iaitu sekali selepas tamat minggu orientasi dan kali kedua pada bulan Mac iaitu selepas tamat Program Transisi dijalankan secara keseluruhannya.

(ii)

MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA

Minda Cerdas

Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melaluiaktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara

satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan minda cerdas.

Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaiandengan tahap umur dan pencapaian sedia ada.

Selain dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yangdapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari prasekolah.

Mata Bercahaya

Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokanuntuk terus belajar bersama-sama dengan kawan-kawan, suasana,persekitaran dan guru-guru yang baru.

Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melaluiaktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah, guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini dapatditerjemahkan melalui sinar mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.

(iii)

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

KIT PROGRAM TRANSISI

Modul 1 : Pelaksanaan Program Transisi

Modul 2 : Persediaan Pihak Pengurusan Sekolah

Modul 3 : Persediaan Persekitaran Kelas Tahun Satu

Modul 4 : Persediaan Guru Prasekolah

Modul 5 : Persediaan Murid Prasekolah

Modul 6 : Persediaan Guru Tahun Satu

Modul 7 : Persediaan Ibu Bapa

Modul 8 : Satu Contoh Pelaksanaan Program Transisi

Modul 9 : Dinamika Kumpulan dan Pembinaan Pasukan

Modul 10: Penilaian Keberkesanan Program Transisi

Modul 11: Perancangan Strategik : Program Transisi

(iv)

MODUL 1PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

Tajuk Perkara Perincian

1 Pelaksanaan Program Transisi

Pengenalan

2 Tahap Pelaksanaan Program Transisi

Tahap Pertama : Persediaan Awal Tahap Kedua : Minggu Orientasi Tahap Ketiga : Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

3 Matlamat Program Transisi 3-Bulan

Tema Program Transisi Minggu Pertama Minggu Kedua Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

4 Cadangan Aktiviti Dan Teknik

Minggu Pertama Minggu Kedua Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Tajuk 1 PENGENALAN

Secara keseluruhannya Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu ini mengambil jangka masa selama 3 bulan. Program ini bermula pada awal Januari iaitu pada hari pertama sesi persekolahan hinggalah ke penghujung bulan Mac. Jangka masa 3bulan ini pula telah dibahagikan kepada beberapa fasa aktiviti mengikut keperluan tertentu. Walau bagaimanapun, dari segi persediaan ianya perlu bermula sejak awal lagi iaitu bermula bulan oktober hinggalah bermulanya sesi persekolahan yang baru. Secara keseluruhannya persediaan dan pelaksanaan program ini dapat dibahagikankepada tiga tahap utama :

DUA

M

NGGU

1-1

Tahap KetigaPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KBSR DITERUSKAN Aktiviti:

Main Sambil Belajar BersepaduBertema

AKTIVITI BERTERUSANBAGI MURID YANG KURANG BERKEMAMPUAN

Pengenalan ke sekolah baru dan jangkaan guru serta sekolah

TIGA

BULAN

Tahap PertamaPersediaan Awal

( Bulan Oktober Hingga Disember )

ORIENTASI AWALPrinsip :

Memperluaskanpengalaman Prasekolah

KESEPADUANPenyesuaian dan

fokus ke arah KBSR

AKTIVITIPranomborPratulisanPrabacaan

Tahap Kedua

I

Tajuk 2

TAHAP PERTAMA

Persediaan awal ( Oktober hingga Disember )Pada tahap ini, persediaan yang dilakukan ialah seperti membuat persiapan fizikal bilik darjah dan perancangan aktiviti untuk pendaftaran murid Tahun Satu, taklimat dengan ibu bapa, Minggu Orientasi, program pembelajaran dan pengajaran selepasMinggu Orientasi hingga tamat Program Transisi dan aktiviti lanjutan untuk muridyang masih memerlukan penyesuaian.

TAHAP KEDUA

Pelaksanaan Minggu Orientasi ( Minggu Satu dan Dua Januari )Aktiviti di minggu orientasi ini berteraskan kepada prinsip untuk memperluaskanpengalaman Prasekolah dan pengenalan ke sekolah baru kepada murid-muridTahun Satu.

Dalam minggu pertama Minggu Orientasi beberapa aktiviti perlu disediakan mengikut objektif seperti aktiviti suaikenal, hidup bersama, pembentukan tingkah laku ,motivasi diri, penglibatan dalam aktiviti kreatif, main sambil belajar dan belajar sambilmeneroka. Semua aktiviti yang dijalankan berfokus kepada penyediaan murid untukaktiviti pembelajaran mengikut Kur