Keusahawanan Sosial Islam

64
KEUSAHAWANAN SOSIAL ISLAM Mohd Adib Abd Muin Pensyarah Muamalat IBS, UUM Tarikh : 11 Jun 2015/ 24 Syaaban 1436H Masa : 09.30am-1.00pm Tempat : Hotel Holiday Villa Alor Star Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia 1

Transcript of Keusahawanan Sosial Islam

Page 1: Keusahawanan Sosial Islam

1

KEUSAHAWANAN SOSIAL ISLAM

Mohd Adib Abd MuinPensyarah Muamalat IBS, UUM

Tarikh : 11 Jun 2015/ 24 Syaaban 1436HMasa : 09.30am-1.00pmTempat : Hotel Holiday Villa Alor Star

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 2: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

2

Outline1. Keusahawanan Sosial 2. Pengenalan Keusahawanan Sosial Islam

i. Berlandaskan Quran dan Hadisii. Maqasid Syariahiii. Mengutamakan maslahah dan menolak mufsadah

3. Sejarah Keusahawanan Sosial di Zaman Rasulullah 4. Konsep keusahawanan sosial Islam5. Elemen asas keusahawanan sosial Islam6. Perbandingan Usahawan sosial dan Usahawan Peniaga7. Ciri-ciri Keusahawanan Sosial Islam8. Elemen utama dalam keusahawanan sosial Islam9. Nilai-nilai murni dalam keusahawanan sosial Islam10. Kepentingan Keusahawanan Sosial Islam dalam Pendidikan Kesihatan11. Isu dan cabaran keusahawanan sosial Islam

Page 3: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

3

Pengenalan KS• Definisi ringkas

– Mengutamakan visi dan misi sosial kepada masyarakat– Tidak berorientasikan keuntungan– Memenuhi keperluan sosial masyarakat (keperluan asas)

• Kajian kes yang telah dihasilkan:– Tan Sri Syed Moktar- Pengasas Yayasan Al-Bukhari – Saiful Nang- Pengasas RPWP– Dr. Hamzaid- Pengasas Kolej Teknologi Alfa– Victoria Hale- Pengasas Farmasi The Institute for OneWorld Health (USA)– Ibrahim Abouleish- Sekem (Mesir)- Pengasas sekolah, pusat pendidikan dan perubatan– Florence Nightingale- Pengasas sekolah jururawat pertama– Robert Owen- Pengasas Koperasi– Dr. Muhammad Yunus- Pengasas Grameen Bank (Micro credit)– Etc.

Page 4: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

4

Definisi

“Keusahawanan Sosial adalah kerja-kerja usahawan sosial yang mempunyai penyelesaian inovatif kepada masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat”

David (2010)

“Keusahawanan sosial bermaksud menyediakan peluang untuk semua masyarakat dalam menikmati kehidupan yang sihat, bermaruah dan bermakna; penggunaan barangan dan perkhidmatan yang berimbang dengan sistem alam; menyuburkan

hubungan manusia yang berasaskan komuniti yang kukuh dan penyayang; menegakkan prinsip pasaran yang berasaskan peraturan yang baik, beretika dan manusiawi;

pengagihan sumber secara berkesan dari segi kesaksamaan dan sosial; dan memenuhi ideal demokrasi”

Saifuddin Abdullah (2012)

Page 5: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

5

Samb..

KS merupakan satu bentuk perniagaan yang bermatlamatkan keuntungan yang mana keuntungan tersebut digunakan untuk

kebaikan masyarakat. Memberi faedah langsung kepada rakyat. Juga menggabungkan efisiensi dan produktiviti sektor swasta

dengan etika perkhidmatan awam(Dees & Anderson, 2003).

Page 6: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

6

Definition

“Social entrepreneurship involves individuals, institutions or community with creative and innovation solutions to social

problems faced by the community”International Conference on Social Entrepreneurship 2014.

“Social entrepreneurship combines the resourcefulness of traditional entrepreneurship with a mission to change society”

Christian Seelos & Johanna Mair (2005).

Page 7: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

7

Keusahawanan Sosial Islam

• Sejarah asal Keusahawanan• Definisi• Dalil Quran dan Hadis berkaitan dengan Keusahawanan sosial Islam• Keusahawanan sosial Islam dalam maqasid syariah– Menjaga Agama– Menjaga Nyawa– Menjaga Akal– Menjaga keturunan– Menjaga harta

• Mengutamakan maslahah dan menolak mufsadah

Page 8: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

8

USAHAWAN BERJAYA

• Usahawan berjaya adalah usahawan yang telah melakukan aktiviti keusahawanan dalam sesuatu perniagaan dan telah berjaya mendapatkan keuntungan hasil dari aktiviti tersebut.

• Menurut kajian yang dijalankan oleh Hafiza Othman (2012), keusahawanan adalah salah satu sumber untuk mencari rezeki melalui cabang ibadah dan muamalah yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan ayat al- Quran yang bermaksud:

“Dan Allah s.w.t menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” (Surah Al- Baqarah (2): 275)

Page 9: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

9

Samb..

• Hadis Nabi Muhammad s.a.w. tentang perniagaan dan usahawan yang bermaksud:

“Dorongan atas kamu ialah perniagaan kerana di dalamnya 9/10 daripada adalah punca rezeki”(Hadis ini dikeluarkan dalam Jami'

Soghir [hadis no. 6183], Abu Ubd al-Gharib [2/52], al-Ghazali dalam Ihya' [hadis no.1576] dan lain-lain)

Page 10: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

10

Samb..

• Pembentukan model usahawan berjaya dalam amalan nilai-nilai Murni yang telah digariskan oleh Islam melalui sejarah silam seorang hamba yang paling mulia di sisi Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w dalam melaksanakan keusahawanan sosial Islam.

• Menurut al- Ghazali (2000), dalam kitabnya ihya’ Ulumuddin ada menceritakan hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud

“Usaha yang paling baik sekali ialah usaha seseorang dengan tangannya, dan semua jual beli yang diredhai oleh Tuhannya”.

Page 11: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

11

Antara Tokoh Usahawan Berjaya di Zaman Rasulullah s.a.w

• Antara tokoh usahawan berjaya di zaman Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut: 1. Uthman bin Affan, 2. Abdurrahman bin ‘Auf, 3. Zubair Ibnul ‘Awwam, 4. Thalhah bin Ubaidillah, 5. Shuhaib bin Sinan, 6. Abu Zar al-Ghiffari. 7. Etc.

• Kesemua mereka adalah sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang berjaya dalam dunia keusahawanan dan banyak mengeluarkan harta tersebut ke jalan Allah s.w.t.

Page 12: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

12

Antara Tokoh Usahawan Muslim Berjaya di Malaysia

• Antara tokoh usahawan muslim yang berjaya di Malaysia pada masa kini adalah:1. Syed Moktar Al-bukhari, 2. Shahril & Shahriman Shamsuddin, 3. Mokhzani Mahathir, 4. Azman Hashim, 5. Kamarudin Meranun, 6. Ahmayuddin bin Ahmad, 7. Eleena Azlan Shah, 8. Abdul Hamid Sepawi, 9. Nazir razak, 10. Hamdan Mohamad, 11. Ameer Ali Mydin, 12. Ali Hassan Mohammad Hassan, 13. Husammudin Yaacub, 14. Rusli Abdullah, 15. Nadzim Johan, 16. Rozita Ibrahim, 17. Che Che Din Rozmey dan banyak lagi.

• (Sumber daripada Majalah Niaga, 2013).

Page 13: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

13

Sejarah KSI di Zaman Rasulullah s.a.w

• Bermula selepas penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Madinah. • Nabi telah menyatukan kaum ansar dan muhajirin di Madinah (di sini

bermulanya sejarah awal Keusahawanan Sosial).• Perkara pertama yang nabi buat adalah membina Masjid untuk dijadikan

tempat Ibadat.• Nabi telah menjadikan Masjid sebagai Pusat pentadbiran ekonomi, sosial,

pendidikan dan politik (melibatkan hubungan/ muamalat)• Penduduk yang mempunyai masalah akan ke masjid untuk bertemu Nabi dan

mengajukan pelbagai soalan dan pertanyaan untuk menyelesaikan masalah (Sofiyurrahman 2013)

Page 14: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

14

Samb..• Di zaman Rasulullah s.aw akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi telah menjadi satu

panduan dan ikutan kepada seluruh masyarakat Arab sehingga ia menjadi satu bentuk penyelesaian kepada segala masalah sosial yang berlaku baik daripada kepimpinan, pendidikan, ekonomi, rumah tangga, undang-undang, etc.

• Rasulullah s.a.w adalah sebaik-baik contoh dan ikutan sepanjang zaman. Baginda juga adalah tokoh segala tokoh dalam semua hal dan kita diperintahkan supaya mengikuti cara hidup baginda sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Qur’an yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah s.a.w. itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah s.w.t. dan (balasan

baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah” (Surah al-Ahzab 33:21)

Page 15: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

15

Samb..

• Akhlak kesempurnaan Rasulullah s.a.w ini dirujuk dalam ayat al-Qur’an yang bermaksud:

“Iaitu orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarangmereka daripada

melakukan perkara-perkara yang keji” (Surah al-Araf 7:157)

Page 16: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

16

Definisi KSI

“Keusahawanan Sosial Islam adalah satu usaha yang dilakukan untuk memenuhi keperluan sosial asas Masyarakat dengan berlandaskan

Quran dan Sunnah serta dilengkapi dengan elemen maqasid syariah dalam mencapai al-falah (keredhaan dan keberkatan Allah di dunia dan

akhirat.” Mohd Adib (2014)

“Pelaksanaan KSI ini juga dilaksanakan dengan idea yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan yang terbaik”

Mohd Adib (2014)

Page 17: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

17

Dalil berkaitan dengan KSI

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka, sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang

diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah

Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Maidah, 5: 3)

Page 18: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

18

Samb..

“Barang siapa meminjami Allah s.w.t dengan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya ke jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran

kepadanya dengan lipat ganda yang banyak, dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (Surah Al-Baqarah,

2: 245)

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap

tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas

(rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya”. (Surah Al-Baqarah 2: 261)

Page 19: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

19

Samb..

“Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian daripada harta yang kamu cintai,

dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”

(Surah Ali-Imran, 3:92)“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan

keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”. (Surah Al-Imran, 3: 104)

Page 20: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

20

Samb..

“Dan berikanlah kepada kaum kerabat yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu membelanjakan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-

saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. Dan jika kamu berpaling kepada mereka untuk memperolehi rahmat daripada Tuhanmu

yang kamu harapkan, maka katakanlah kepada mereka dengan ucapan yang lemah lembut. Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan

janganlah terlalu menghulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal. Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Melihat akan

hamba-hambaNya.” (Surah Al-Isra’, 17: 26-30)

Page 21: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

21

Samb..

• Antara Dalil Hadis:• Imam Ahmad juga meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., ia menceritakan

bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:“Setiap amal perbuatan anak Adam akan dilipatgandakan, satu kebaikan

dilipatgandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali lipat atau bahkan lebih, sesuai kehendak Allah. Allah berfirman: ‘Kecuali puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku akan memberikan pahala atasnya. Ia meninggalkan makanan dan minuman kerana-Ku.’

Dan orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan, kebahagiaan ketika berbuka dan kebahagiaan ketika bertemu dengan Rabbnya. Dan bau mulut orang yang

berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau minyak kasturi. Puasa itu perisai, puasa itu perisau.” (Demikian hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam

kitabnya)

Page 22: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

22

KSI dalam al-Maqasid as-Syariah

• Dalam bahasa Melayu, maksud secara ringkas al-Maqasid al-Syariah boleh diterjemahkan sebagai objektif syariah, manakala secara umum ia bererti segala tujuan di sebalik penciptaan syariat pada keseluruhannya dan di sebalik setiap hukum di dalamnya secara satu persatu (Mahmood Zuhdi Abd Majid, 2012).

• Matlamat yang ingin di capai dalam Islam- kejayaan di dunia dan akhirat (al-Falah)

Page 23: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

23

Matlamat Utama Maqasid Shariah

• Matlamat utama dalam pelaksanaan keusahawanan Islam adalah menuju ke arah pembentukan usahawan yang sentiasa mencari keredhaan Allah s.w.t (Ab. Aziz Yusof, 2009). Seperti firman Allah di dalam quran yang bermaksud:

“Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku, semuanya kerana Allah s.w.t, Tuhan semesta alam.

Tiada bagi-Nya sekutu dan dengan demikian aku disuruh dan aku orang yang mula-mula Islam (tunduk kepada Allah s.w.t)”

(Surah al-An’am (6): 162-163)

Page 24: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

24

Samb…• Al-Maqasid al-Syariah menurut beberapa tokoh ulamak silam menyatakan seperti berikut:

– Al-Ghazzali menyatakan dalam kitabnya bahawa al-Maqasid al-Syariah adalah merujuk kepada matlamat syarak terhadap manusia iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Konsep asal yang diketengahkan adalah menghasilkan kebaikan (Maslahah) dengan maksud memperoleh faedah (Manfa’ah) atau terlepas daripada kemudaratan (Madarrah). Imam Al-Ghazzali juga menyatakan bahawa setiap yang menjamin kelangsungan lima perkara ini (menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta) dikira sebagai kebaikan (Maslahah), dan setiap yang mengancamnya dikira sebagai keburukan (Mafsadah) (Sumber: Al-Ghazali, Muhammad bin Muhammad (1997), al-Mustafa Min ‘Ilm Al-Usul, Beirut: Muassasah al-Risalah, tahqiq: Dr. Muhammad Sulaiman al-Asyqar, jil. 1 m.s 416).

– Pendapat Al-Amidi terhadap al-Maqasid al-Syariah ialah matlamat daripada pensyariatan hukum sama ada untuk mencapai kemaslahatan atau menolak kemudaratan ataupun kedua-duanya sekali (Al-Amidi, al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, juz. 3, hlm. 296)

– Menurut pandangan Al-Shatibi al-Maqasid al-Syariah adalah pentaklifan-pentaklifan syarak yang bertujuan untuk memelihara matlamatnya terhadap manusia (Lihat: Al-Syatibi, (tt.). al-Muawafaqat, Bairut: Dar al-Ma’rifah, jil. 1, h. 87).

Page 25: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

25

Samb..• Menurut pendapat Ibnu ‘Asyur menyatakan definisi al-Maqasid al-Syariah terbahagi kepada dua, iaitu

(maqasid ammah) objektif umum dan (maqasid khassah) objektif khusus yang perlu diambil kira dalam memberi definisi kepada istilah berkenaan. Contoh objektif umum adalah mencari kebaikan dan menolak keburukan, manakala contoh objektif khusus adalah menjamin hutang melalui gadaian (Ibnu ‘Asyur, (1366H). Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah, Tunis: Maktabah al- Najah, h.50).

• Menurut pandangan ‘Ilal al-Fasi yang mendefinisikan al-Maqasid al-Syariah dalam rangkaian kata yang ringkas. Menurut beliau, ia adalah idealisme kepada syariat itu sendiri dan rahsia di sebalik ketentuan setiap hukum di dalamnya ( ‘Ilal al-Fasi, (tt.). Maqasid al-Shariah al-Islamiyah Wa Makarimuha, Al-Dar al-Baidha: Maktabah al-Wihdah al-`Arabiah, h. 3).

• Al-Raisuni merumuskan definisi al-Maqasid al-Syariah sebagai matlamat yang ditentukan oleh syariah untuk dicapai bagi kepentingan manusia. Beliau juga berpendapat bahawa maqasid syariah diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu: (Lihat Ahmad al-Raisuni, (1995). Nazariyat al-Maqasid ‘Inda al-Imam al-Syatibi, Riyadh: al-Dar al-‘Alamiyah Lil-Kitab al-Islami).

Page 26: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

26

Samb..– Maqasid Ammah: Objektif umum yang diambil kira oleh syariah dalam menentukan semua hukum di dalamnya,

atau sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada hukum-hukum itu. Antara contoh objektif umum adalah memakmurkan dunia, menjaga sistem hidup dan mengekalkan keadaan yang baik.

– Maqasid Khassah: Objektif khusus yang ingin direalisasikan oleh syariah dalam bidang-bidang tertentu, contohnya bidang kekeluargaan, bidang kewangan, bidang pengadilan dan sebagainya.

– Maqasid Juz’iyyah: Objektif cabang yang ingin direalisasikan oleh syariah dalam setiap hukum yang ditentukan, sama ada wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

• Menurut Mahmood Zuhdi Abdul Majid (2012), al-Maqasid al-Syariah merupakan satu pendekatan dalam berijtihad atau melakukan penyelidikan ilmiah. Ia berasaskan teori prinsip menghasilkan kebaikan dan menjauhkan keburukan (Jalb al-Manfa’ah Wa Daf’ al-Madarrah). Teori al-maqasid al-syariah ini penting dalam membezakan mana yang bersifat asas dan mana yang bersifat sampingan. Beliau juga menekankan bahawa fokus sebenar maqasid syariah adalah untuk mendapatkan kebaikan (Maslahah) dan bijak membezakan di antara apa yang bersifat substantif dan apa yang bersifat prosedur. Ini penting bagi menentukan fokus sebenar dalam ijtihad atau penyelidikan berkenaan agar tidak berlaku perbuatan atau sikap mementingkan perkara yang remeh dan meremehkan perkara yang penting.

Page 27: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

27

Samb..

• Menurut kajian-kajian lepas, dengan berpaksikan kepada maqasid syariah dalam melakukan aktiviti usahawan dan perniagaan maka akan menghasilkan keputusan yang positif dan baik. Malah akan mendapat keuntungan dari perniagaan dan mencapai keredhaan Allah s.w.t (Asyaf Wajdi Dusuki, 2009; Ahmed, Habib, 2011).

Page 28: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

28

Samb..

• Keperluan al-maqasid al-syariah dalam KSI ini adalah sangat penting kerana objektif yang ingin di capai dalam aktiviti keusahawanan sosial ini adalah mengatasi pelbagai masalah-masalah sosial dan cuba mengurangkan jurang golongan diantara orang kaya dengan orang miskin (Mohd Adib et al., 2014).

• Selain itu, KSI ini banyak memberi dan mendatangkan maslahah berbanding mafsadah maka ia menjadi keharusan dalam melaksanakannya.

Page 29: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

29

Konsep KSI

1. Konsep Khalifah;2. Konsep Persaudaraan; 3. Konsep Jihad Ekonomi; 4. Konsep Keadilan dan Keseimbangan;5. Konsep Memenuhi Keperluan Sosial Masyarakat;6. Konsep Membangun dan Meningkatkan Nilai Sosial Pemberi; 7. Konsep al-Falah; 8. Konsep Menyuruh kepada Kebaikan dan Mencegah kepada Keburukan;9. Konsep Kebajikan dan Jaminan Sosial; 10. Konsep Peningkatan Ekonomi Ummah; 11. Konsep Zakat, Sedekah dan Wakaf;

Page 30: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

30

Elemen Asas KSI

1. Beriman2. Bertaqwa3. Mempunyai sifat-sifat terpuji (Mahmudah) dan menjauhi sifat-

sifat tercela (Mazmumah).4. Ihsan

Page 31: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

31

1. Beriman

• Salah satu dimensi utama dalam pendekatan KSI kerana beriman melibatkan kepercayaan yang lahir daripada hati bagi seseorang individu terutamanya individu Muslim.

• Iman mengikut pandangan ahli Sunnah wal jamaah ialah mengiktiqadkan dengan yakin di dalam hati, berikrar dengan lidah serta mengerjakan dengan anggota badan.

• Iktiqad ialah membenarkan (tasdiq) dengan sungguh tanpa dicelahi sebarang keraguan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Iman itu bukan dengan cita-cita dan perhiasan, tetapi ialah apa yang tersemat dihati dan dibuktikan dengan amal”. (Riwayat sebahagian Ahli Sunan)

• Imam Ghazali menghuraikan pengertian iman adalah pengakuan dengan lidah, membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota). Juga disusuli dengan amal perbuatan.

Page 32: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

32

Samb..

• Allah s.w.t. menjelaskan perkara ini dengan firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila

disebut nama Allah berasa gerunlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah bertambahlah iman mereka, dan kepada

Tuhan sahaja mereka bertawakkal. Mereka mendirikan solat dan berbelanja daripada apa yang kami beri rezeki kepada mereka. Mereka

itulah orang beriman yang sebenar-benarnya. Mereka akan memperolehi beberapa darjat ketinggian disisi Tuhannya dan keampunan serta rezeki

(nikmat) yang mulia”. (Surah Al-Anfal, 8: 2-4)

Page 33: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

33

Samb..

• sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:“Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, “Pada suatu hari Nabi Muhammad

s.a.w. keluar kepada orang-orang, lalu Jibril mendatanginya dan berkata, ‘Apakah iman itu?’. Beliau menjawab, ‘Iman itu adalah kamu percaya kepada Allah s.w.t., malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya,

berjumpa dengan-Nya, rasul-rasul-Nya, dan kepada hari Kiamat.’ (Hadis Riwayat Sahih al-Bukhari dan Muslim)

Untuk keterangan lanjut sila lihat Al-Imam Al-Hafizh Abu `Abd Allah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim Al-Bukhari (2010), dlm Bab al-Iman, Sahih al-Bukhari, jil. 1, h: 110-111. Sila lihat Abu al-Hussain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi (2010) dlm Bab al-Iman, Sahih Muslim, jil. 1, h:79-80.

Page 34: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

34

Natijah Rukun Iman

• Orang beriman bebas daripada sifat tamak haloba terhadap kekayaan dunia

• Tidak lokek dan bakhil• Tidak tertipu dengan tipu daya dunia• Memupuk sifat-sifat dermawan• Suka menolong dan membantu (taawoon)• Bahagia dan tenteram dengan kehidupan yang memadai• Ikhlas kerana Allah s.w.t• Etc…

Page 35: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

35

2. Bertaqwa• Taqwa ialah mengikuti segala perintah Allah s.w.t dan menjauhi segala

larangaNya.• Orang bertaqwa adalah orang yang menjauhkan diri dengan amalan syirik dan

sentiasa taat dengan perintah Allah.• Menurut Al-Hassan al-Bishri “orang bertaqwa ini sentiasa menjauhkan diri

daripada perkara yang HARAM dan sentiasa menunaikan apa yang WAJIB ke atas mereka”.

• Imam Nawawi dalam karya terkenalnya kitab hadis arbain menyatakan bahawa amalan taqwa ini dituntut walaupun dimana sahaja seseorang manusia itu berada, sama ada di khalayak ramai mahupun ketika keseorangan. Ini adalah tanda keikhlasan iman dan taqwa seseorang individu Muslim.

Page 36: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

36

Samb..

• Islam menolak sifat berpura-pura dan munafiq yang hanya mempamerkan kebaikan didepan orang ramai dan berbuat kejahatan apabila jauh daripada pandangan manusia.

• Firman-Nya lagi yang bermaksud:“Dan milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan

sesungguhnya Kami telah memerintahkan kepada orang yang diberi Kitab suci sebelum kamu dan (juga) kepadamu agar bertakwa kepada Allah. Tetapi jika

kamu ingkar, maka (ketahuilah), milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”

(Surah An-Nisa’, 4: 131)

Page 37: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

37

Samb…

• Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu’az ibn Jabal R.A., daripada Rasulullah s.a.w., bahawa baginda bersabda:“Bertaqwalah engkau kepada Allah s.w.t. walaupun di mana

engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan

bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.” (Hadis Riwayat al-Imam al-Tirmizi. Beliau berkata: ia adalah Hadis Hasan. Dalam setengah manuskrip, ia adalah Hadis Hasan Sohih)

Page 38: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

38

Natijah Bertaqwa

• Individu yang mempunyai sifat TAQWA dalam diri akan sentiasa melakukan perkara yang baik.

• Jika di laksanakan dalam KS maka impaknya sangat besar kepada masyarakat, agama, bangsa dan Negara.

• Tidak akan ada orang yang tidak dibantu.• Masalah sosial tidak akan timbul• Masyarakat akan hidup aman dan harmoni

Page 39: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

39

3. 10 Sifat-sifat terpuji (mahmudah)i. Taubat- kembali kepada Allah/ untuk mendekatkan diri kepada Allah.ii. Ikhlas- niat hanya kerana Allah akan menghasilkan impak yang maksima.iii. Takut (Khauf)-rasa gementar dan gerun kepada kemurkaan Allah. Menjadikan individu tidak berani

melakukan perkara yang dilarang dalam KS.iv. Zuhud- meninggalkan dunia melainkan kadar yang patut sahaja. Mendidik individu agar tidak tamak akan

harta.v. Sabar- menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yanng tidak disukai dan musibah yang melanda.vi. Syukur- mengaku dan memuji Allah atas nikmat yang diberikan dan menggunakan nikmat untuk berbuat

taat kepada Allah. Individu yang bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah berupa kesihatan, kekayaan, kepandaian dan sebagainya dikongsikan dengan masyarakat untuk mendapatkan keredaan dan keberkatan Allah.

vii. Tawakal- berserah diri kepada Allah. viii. Kasih sayang (mahabbah)- kasihkan Allah sengan melaksanakan perintahNya dan meninggalkan segala

larangan.ix. Redha- menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan oleh Allah.

Page 40: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

40

Samb…

• Mengelakkan diri daripada 10 sifat-sifat tercela (mazmumah)i. Banyak makanii. Banyak bercakapiii. Pemarahiv. Dengkiv. Kedekutvi. Kasihkan kemegahanvii. Kasihkan duniaviii. Sombongix. Bangga diri (ujub)x. riyak

Page 41: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

41

4. Ihsan

• Setiap perbuatan dan tingkahlaku yang baik adalah semuanya ihsan.

• Ia adalah memberi respons terhadap sesuatu perbuatan yang baik dengan perbuatan yang lebih baik, atau memberi respons kepada kejahatan dengan pemaafan.

• Mengerjakan amalan-amalan yang difardukan adalah berbuat adil, sedangkan menjangkaui melebihi yang demikian itu untuk mengerjakan yang sunatnya dengan sebaik mungkin adalah ihsan.

Page 42: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

42

Samb..

• Rasulullah s.a.w. bersabda dan hadisnya yang bermaksud:“Ihsan itu ialah engkau beribadah kepada Allah s.w.t. seolah-olah engkau melihat-Nya, meskipun engkau tidak melihat-Nya maka

sesungguhnya Dia (Allah) melihat engkau”.

• Sila lihat Abu al-Hussain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi (2010) dlm Bab al-Iman, Sahih Muslim, jil. 1, h:77 .

Page 43: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

43

Samb..

• Ihsan menurut pengertian yang disebutkan dalam hadis di atas ialah kita menyembah Allah s.w.t.. seolah-olah kita melihat-Nya. Jika kita tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah s.w.t. sentiasa melihat kita.

• Menyembah Allah bererti mengabdikan diri kepada-Nya dengan beribadat menurut cara yang paling baik pada zahirnya dan batinnya.

• Ibadat yang dilaksanakan menurut hakikat ihsan mesti ditumpukan kepada Allah s.w.t. semata-mata, tidak kepada yang lain atau kerana orang lain.

• Hakikat ihsan itu tercapai dengan dua perkara utama iaitu ibadah yang sempurna lagi berterusan dan kesedaran jiwa terhadap makna-makna ketuhanan dalam ibadah tersebut.

Page 44: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

44

Perbandingan Usahawan sosial dan Usahawan Peniaga

Usahawan Peniagaan Usahawan Sosial

Usahawan peniagaan lebih mementingkan kekayaan dan keuntungan

semata-mata dalam sesuatu perniagaan.

Usahawan sosial tidak mencipta kekayaan dan keuntungan tetapi lebih

mementingkan pencapaian dan impak sosial bagi mencapai matlamat

dan objektif sosial.

Usahawan peniagaan membuka sesuatu perniagaan.

Usahawan sosial akan memikirkan satu penyelesaian baharu kepada

sesuatu masalah sosial dan melaksanakannya bagi memperbaiki lagi

keadaan tersebut.

Usahawan peniagaan sentiasa mengukur keberkesanan prestasi

kewangan.

Usahawan sosial kejayaannya diukur dari manfaat yang diperolehi oleh

masyarakat.

Usahawan peniagaan menilai kepada proses dan sains sesuatu

program yang dilaksanakan

Usahawan sosial menilai prestasinya berdasarkan kemajuan yang dicapai

dari aspek sosial dan pengurusannya tidak semata-mata kepada proses

dan sains sesuatu program yang dilaksanakan.

Page 45: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

45

Ciri-ciri Keusahawanan Sosial Islam

• Menurut Shuhairimi Abdullah (2013), usahawan mempunyai ciri-ciri umum dan spesifik.

Page 46: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

46

Nilai-nilai murni dalam keusahawanan sosial Islam

• Menurut Shuhairimi Abdullah (2013), nilai-nilai murni adalah nilai yang bersifat universal yang memberi penekanan kepada adab yang terpuji dan kehalusan tatasusila individu dalam kerangka perhubungan yang melibatkan manusia dengan Tuhan (hablu min Allah), manusia dengan manusia (hablu min Nas), dan manusia dengan alam (hablu min Makhluk).

• Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:“Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia akan menghadap

kepadanya. Maka berlumba- lumbalah (dalam membuat) kebaikan di mana saja kamu berada pasti Allah s.w.t. akan mengumpulkan kamu sekalian (pada

hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Surah al-Baqarah, 2: 148)

Page 47: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

47

Samb..“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan

jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka antara kamu” (Surah an-Nisa’, 4: 29)

“Wahai orang-orang yang beriman, mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasulnya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah s.w.t. dengan harta

benda dan diri kamu; yang sedemikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)

(Surah al-Saf, 61: 10-11)

“Perlumbaan memperbanyakkan harta dan anak-anak telah melalaikan kamu (iaitu mengabaikan nilai-nilai yang lebih mulia) sehingga kamu masuk kubur”

(Surah at-Takaathur, 102: 1-2

Page 48: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

48

Samb..• Berdasarkan kepada firman-firman Allah s.w.t. tersebut, al-Quran telah banyak memberi

nasihat, petunjuk, amaran, dan panduan kepada semua manusia. bahawa melakukan perkara- perkara yang baik itu sangatlah di tuntut dalam Islam. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Sesungguhnya al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat (kepada Allah dengan berilmu). Dan tiadalah

Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Surah al-Anbiyaa’, 21: 106-107)

• Hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:“Daripada Jabir bin Abd Allah bahawa Rasulullah bersabda: “Semoga Allah s.w.t. merahmati

seseorang yang sentiasa bertoleransi ketika menjual, membeli dan menuntut haknya”(Sahih Bukhari, Kitab al- Buyu’, Bab al-Suhulah wa al-Samahah fi al Syira’ wa al-Bay’, no. 1934)

Page 49: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

49

Samb..

• Ciri-ciri manusia yang mengamalkan nilai-nilai murni Islam dalam kehidupan sehariannya diceritakan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w.: Dari Abd Allah bin Umar dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda maksudnya:“Orang muslim itu ialah orang yang sejahtera dalam kalangan

semua orang Islam dari bencana lidah dan tangannya. Dan orang muhajir ialah orang yang berhijrah (meninggalkan) segala

larangan Allah s.w.t” (Sahih Bukhari).

Page 50: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

50

SIFAT- SIFAT NABI MUHAMMAD S.A.W DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL ISLAM

• Menurut pandangan Mohd Faisol Ibrahim, Mohd Zulkifli Muhammad, Suhaina Musani (2008), menyatakan bahawa seseorang usahawan itu hendaklah menjadikan sifat-sifat Nabi Muhammad s.a.w sebagai panduan dalam melaksanakan amalan keusahawanan sosial Islam. Antara sifat yang dimaksudkan adalah Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah.

Page 51: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

51

Benar (Siddiq)

• Makna Siddiq adalah benar. Usahawan berjaya tidak seharusnya menipu atau menyembunyikan sesuatu demi kepentingan perniagaan. Malah usahawan itu dituntut untuk bercakap benar kepada sesiapa pun. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah s.w.t. menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari

perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran”

(Surah al-Nahl:90)

Page 52: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

52

Amanah

• Makna amanah adalah jujur dalam semua perkara. Usahawan berjaya hendaklah jujur dalam melaksanakan aktiviti keusahawanan sosial Islam. Terutamanya usahawan muslim, mesti percaya kepada konsep ihsan di mana di bawah konsep ini setiap individu itu mesti yakin dan percaya bahawa setiap perkara yang dibuat oleh manusia itu Allah s.w.t. sentiasa melihat.

“Jibril bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. apakah dia ihsan? Lalu Nabi Muhammad s.a.w. menjawab Ihsan itu adalah kamu beribadat kepada Allah s.w.t.

seolah-olah kamu melihatNya, Sekiranya kamu tidak dapat melihatnya maka sesungguhnya Allah s.w.t. sentiasa melihat kamu”

(Sahih Bukhari, Kitab al-Iman, babSualalJibril al Nabi ‘an al-Iman wa al Islam wa Ihsan, no. hadis 48)

Page 53: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

53

Samb…• Melalui contoh Nabi Muhammad s.a.w. dalam berurusan jual beli barang perdagangan, haiwan

ternakan, dan susu kambing. Hasil kejujuran baginda itu telah mendatangkan keuntungan yang sangat banyak dan menggembirakan Saidatina Khadijah.

• Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Dan jangan kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat dosa) padahal kamu

mengetahuinya (salahnya)”(Surah al-Baqarah: 188)

“Sesungguhnya Allah s.w.t. menyuruh kamu menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah s.w.t. menyuruh)

kamu menghukum dengan adil” (Surah al-Nisa’, 4: 58)

Page 54: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

54

Menyampaikan (Tabligh)

• Makna tabligh ialah menyampaikan sesuatu dengan ikhlas. Usahawan berjaya digalakkan menyampaikan sesuatu maklumat tentang produk keluarannya secara telus. Sesuai dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:“Bekerjasamalah kamu atas dasar kebaikan dan taqwa dan

janganlah sekali-kali bekerjasama atas dasar dosa dan permusuhan dan bertakwalah kepada Allah s.w.t.. Sesungguhnya

seksa Allah s.w.t. itu amatlah berat” (Surah al-Maidah: 2)

Page 55: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

55

Bijaksana (Fathonah)• Makna Fathonah disini adalah bijaksana. Bijaksana juga adalah salah satu nama- nama Allah

s.w.t.. Usahawan berjaya hendaklah bijak dalam melaksanakan amalan nilai-nilai murni dalam aktiviti keusahawanan sosial berdasarkan perspektif Islam. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:“Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seseorang Rasul dari kalangan mereka yang akan

membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka al Kitab (al- Quran) dan al-Hikmah (al-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang

Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Baqarah: 2: 129)

• Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:“Daripada Abu Hurairah; Nabi Muhammad s.a.w Bersabda: Aku tinggalkan kamu dua perkara yang paling penting iaitu Quran dan Sunnah untuk dijadikan sebagai panduan” (Imam Malik)

Page 56: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

56

Kepentingan Pengurusan Keusahawanan Sosial Islam dalam Pendidikan Kesihatan

• Pengurusan keusahawanan sosial Islam adalah salah satu tugas manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.

• Segala-galanya berada di dalam kekuasaan Allah swt. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Allah s.w.t Maha lemah lembut terhadap hamba-hambaNya. Dia memberi rezeki kepada mereka yang dikehendakiNya dan

Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa” (Surah asy-Syuura:19)

Page 57: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

57

Samb..

• Pengurusan keusahawanan yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah pengurusan yang berorganisasi, terancang, terkawal, serta panduan yang sempurna.

• Bermula sejak zaman rasulullah dan diikuti oleh para sahabat sehinggalah kini pengurusan dan pentadbiran yang cemerlang dan terbilang (Al-Syabani dan Al-Abidi, 2010).

Page 58: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

58

Samb…• KSI sangat penting dalam pendidikan kesihatan terutamanya bagi Muslim dalam menggunakan nikmat

sihat. (ada hadis menyatakan manfaatkan nikmat sihat sebelum sakit)• Perlu selari dengan panduan wahyu al-Qur’an dan as-Sunnah.• Penggunaan prinsip-prinsip KSI bagi menyusun, mewujudkan dan mengurus tindakan yang bertujuan

mencapai perubahan sosial.• Dalam konteks ini, perubahan sosial yang dikehendaki adalah dalam konteks pendidikan kesihatan, nilai

moral, pemeliharaan & pemuliharaan alam sekitar & etc. Contoh pelaksanaan aktiviti KS dalam menjaga alam sekitar:i. Pertama, ia perlu menjadi program dipacu komuniti (community-driven), iaitu komuniti di sekitar sungai itu

terbabit secara langsung dalam pemeliharaan dan pemuliharaan sungai serta pengwujudan projek ekopelancongan yang membabitkan sungai berkenaan.

ii. Kedua, kerajaan perlu terus melaksanakan program pemeliharaan dan pemuliharaan sedia ada, di samping menjadi pemudahcara antara komuniti dan sektor swasta.

iii. Ketiga, sektor swasta dapat berperanan memberikan bantuan kewangan dan teknikal sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat (CSR). Akhir sekali, badan-badan bukan kerajaan dapat berperanan sebagai sumber bantuan teknikal dan juga badan pemantau.

Page 59: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

59

Samb..

• Memastikan manfaat diberikan kepada komuniti secara maksimum.• Membuat kempen terbuka kepada komuniti tentang kepentingan

pendidikan kesihatan.• Kualiti dan keberkesanan program dijaga. Cthnya: menyediakan ubat yang

berkualiti di klinik 1 Malaysia, produk dan perkhidmatan cemerlang.• Keutamaan golongan orang tua, OKU, fakir, miskin, anak yatim dan individu

yang memerlukan (HIV, orang gila, kanser, jantung, etc.)• Fokus kepada matlamat dan visi sosial yang jelas dalam menyelesaikan

masalah-masalah yang berlaku. Bekerjasama dengan pihak swasta (CSR).

Page 60: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

60

Cadangan

• Adakan kempen kesedaran kesihatan kepada golongan belia seperti Rakan Muda,

• Wujudkan peluang sukarelawan seperti SUKSIS atau PALAPES di IPTA/S

• Wujudkan langkah pencegahan penzinaan, pengambilan daun dan air ketum, dadah dll.

Page 61: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

61

Isu dan cabaran keusahawanan sosial Islam

• Sikap dan persepsi• Perundangan• Ketidakadilan• Politik

Page 62: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

62

Kesimpulan• KSI sudah wujud lama tetapi masyarakat kurang meneroka.• Orang Barat mengambil kesempatan untuk menerokai KS dan cuba menjadi pelopor pada

masa kini. • Objektif KSI dapat membantu masalah sosial masyarakat berdasarkan perspekif Islam. • Al-Qur’an dan as-Sunnah dapat memberikan panduan hidup yang menyeluruh• Konsep, prinsip dan falsafah KSI ini dapat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat

bahawa segala isu dan masalah sosial ini dapat diatasi dengan hikmah.• Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya

aku tambahi nikmatku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras”

(Surah Ibrahim: 7)

Page 63: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

63

Wallahualam dan

Terima kasih

Page 64: Keusahawanan Sosial Islam

Kursus Keusahawanan Sosial Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

64