KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar...

24
KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR MEMPELAJARI MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS. ROHASLIZA BINTI ABD HADZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar...

Page 1: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR MEMPELAJARI MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS.

ROHASLIZA BINTI ABD HADZI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi
Page 3: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

Tandatangan : ..............................................................................

Nama Penyelia : PROF. MADYA. DR. SETH BIN SULAIMAN

Tarikh : ..............................................................................

“Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah

memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)”

Page 4: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR MEPELAJARI

MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS.

ROHASLIZA BINTI ABD HADZI

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2007

Page 5: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

ii

Page 6: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Buat suami tersayang

Mohd Faizul bin Che Amat.

Kebahagian memerlukan pengorbanan

‘Dugaan…. kita simpan di lubuk kenangan’

Pesanmu sentiasa di ingatan…

“Isteri… Sambungkan cinta cita ini”

Kerana kiri kanan

Adalah rona cabar

Yang tiada henti

Isteri…… Perjuangan cinta cita ini

Telah lama bertunjang

Selagi izin masih terikat

Teruskan tanpa titik henti

Berani melakukan

Isteri…… Sambungkan hasrat cinta cita

Kerana hidup ini panjang

Kerana kasih sayang ini juga panjang

Jagan takut Isteri……

Sambungkan cinta cita ini

kerana hasrat ini telah lama terhenti

Kerana cerita hidup telah terlukis

Kerana mampu dalam bijaksana

Ada di setiap ruang

Hidup adalah pilihan

Pilihan untuk satu……

Page 7: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

iv

Buat ibu dan bapaku

Sepiah dan Abd Hadzi

Doamu mengiringi setiap detik perjalananku.

Tiap langkah ku ingati pengorbananmu

Jasamu sumber kejayaanku

Buat ibu mertuaku,

Pengertian, keikhlasan dan dorongan tidak termampu ku

lahirkan dengan kata-kata

Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya

Untuk keluarga, sanak saudara dan rakan taulan

Segala jasa, doa dan sokongan kalian

Akan kuabadi dalam ingatan.

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

Page 8: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Setinggi kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. Dengan izin dan lipah kurniaNya

dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarja Muda ini. Selawat dan salam ke atas

junjungan nabi Muhammad s.a.w. keluarga baginda, para sahabat dan para syuhada’,

para ambia’ serta para pejuang Islam keseluruhannya. Setinggi-tinggi penghrgaan

ikhlas dirakamkan kepada Prof. Madya Dr. Seth Sulaiman selaku pensyarah

pembimbing projek ini yang telah memberi panduan, kerjasama, iltizam sepenuhnya.

Berkat dedikasi dan kesungguhan beliau segala kerumitan dapat diatasi. Penghargaan

juga ditujukan khas buat keluarga dan sahabat handai yang sentiasa memberi

dorongan dan nasihat dalam segenap bidang meniti perjuangan serta kesabaran

menanti kejayaan ini. Akhir kata semoga Allah s.w.t melimpahkan rahmat ke atas

mereka yang telah menyumbangkan kerjasama dalam meyiapkan laporan Projek

Sarjana Muda ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua.

Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin

Page 9: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

vi

ABSTRAK

Kemerosotan pencapaian Matematik di kalangan pelajar luar bandar setelah

perubahan kurikulum Matematik dilakukan telah menarik minat penyelidik untuk

membuat penyelidikan. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap kesukaran

pelajar luar bandar mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris. Set soal selidik

yang mengandungi 30 item di bentuk untuk dijawab oleh 242 responden tingkatan

empat dari tiga buah sekolah di daerah Gua Musang, Kelantan. Data yang diperoleh

di analis menggunakan program Statistical package for social science version

13.0.(SPSS). Empat faktor telah dikenal pasti Iaitu Kesediaan Pelajar, Pengajaran

Guru, Rujukan dan Buku Teks dan Bahan Bantu Mengajar. Secara keseluruhannya

tahap kesukaran adalah berada pada tahap sederhana. Namun begitu faktor Kesediaan

Pelajar merupakan faktor yang berada pada tahap yang tinggi menyumbang kepada

masalah pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kelemahan penguasaan

Bahasa Inggeris ini di kalangan pelajar telah menyebabkan kegagalan untuk

mencapai keputusan yang cemerlang dalam subjek Matematik. Analisis yang dibuat

menggunakan ujian-t pula mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan antara

pelajar lelaki dan perempuan tentang kesukaran mempelajari Matematik dalam

Bahasa Inggeris. Pelajar lelaki mempunyai tahap kesukaran yang lebih tinggi

berbanding pelajar perempuan. Berdasarkan keputusan kajian, beberapa cadangan

diberikan bagi membantu mengatasi masalah ini dan juga untuk kajian yang akan

datang.

Page 10: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

vii

ABSTRACT

The declining in Mathematics achievement among rural students after the changes in

Mathematics curriculum had attracted the researcher to undertake this research. The

objective of the study is to examine the level of difficulties faced by students when

teaching and learning Mathematics in English was implemented. A set of

questionnaire consisted of 30 question was designed and administered to 242 form

four students in rural area of Gua Musang, Kelantan. Quantitative data were collected

and analyzed by using Statistical Package for Social Science Version 13.0 (SPSS)

software. Four factors consider in examining the difficulty levels are Student’s

Readiness, Teacher’s Teaching, Texts Book and References and Teachings Aid. On

the whole the level of difficulty is moderate. However Student’s Readiness to learn

Mathematics in English is at higher level of difficulty which is one reason why

students did not perform well in Mathematics. Analyses in gender differences on the

level of difficulty, indicated that male students faced more difficulty in leaning

Mathematics in English then female students significant at α=0.05. Based on the

findings suggestion for further research as well as improve the situations are also

given.

Page 11: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS -

PENGESAHAN PENYELIA -

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

SENARAI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis 7

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Skop Kajian 9

1.9 Terminologi Kajian 9

Page 12: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

ix

1.9.1 Kesukaran 9

1.9.2 Luar Bandar 10

1.9.3 Matematik 10

1.9.4 Bahasa Ingger 11

1.10 Kesimpulan 11

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Kesediaan Pelajar 13

2.3 Pengajaran Guru 14

2.4 Rujukan dan Buku Teks 16

2.5 Bahan Bantu Mengajar 18

2.6 Rumusan 20

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pendahuan 22

3.2 Rekabentuk Kajian 23

3.2.1 Kajian ini dijalankan mengikut

langkah-langkah seperti berikut:- 24

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 24

3.4 Instrument Kajian 26

3.4.1 Pengiraan Skala Likert 37

3.5 Kajian Rintis 28

3.6 Prosedur Kajian 29

BAB 4 PENGANALISIIAN DATA KAJIAN

4.1 Pengenalan 31

4.2 Dapatan Kajian 32

Page 13: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

x

4.2.1 Analisis Bahagian A :

Latar Belakang Responden 32

4.2.2 Analisis Bahagian B 35

4.2.3 Tahap Kesukaran Secara Keseluruhan. 36

4.2.4 Persoalan 1 : Faktor Kesediaan Pelajar

Mempengaruhi Tahap Kesukaran 37

4.2.5 Persoalan 2 : Faktor Pengajaran Guru

Mempengaruhi Tahap Kesukaran 40

4.2.6 Persoalan 3 : Faktor Rujukan dan Buku

Teks Mempengaruhi Tahap Kesukaran 42

4.2.7 Persoalan 4 : Tahap Kesukaran Yang

Dipengaruhi oleh Bahan Bantu Mengajar 44

4.2.8 Persoalan 5 : Perbezaan Yang Bererti

Merentas Jantina Tentang Kesukaran

Mempelajari Matematik Dalam

Bahasa Inggeris. 46

4.3 Rumusan Hasil Kajian 47

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Rumusan Dan Perbincangan 49

5.2.1 Persoalan Kajian 1 : Apakah faktor

Kesediaan Pelajar menyebabkan

kesukaran pelajar luar bandar

mempelajari Matematik dalam

Bahasa Inggeris? 49

5.2.2 Persoalan Kajian 2 : Adakah Pengajaran

Guru menyebabkan kesukaran pelajar

luar bandar mempelajari Matematik

dalam Bahasa Inggeris? 51

Page 14: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

xi

5.2.3 Persoalan Kajian 3 : Adakah masalah

Rujukan dan Buku Teks menyebabkan

kesukaran kepada pelajar luar bandar

mempelajari Matematik dalam

Bahasa Inggeris? 53

5.2.4 Persoalan Kajian 4 : Adakah masalah

Bahan Bantu Mengajar menyebabkan

kesukaran kepada pelajar luar bandar

mempelajari Matematik dalam

Bahasa Inggeris? 54

5.2.5 Persoalan Kajian 5 : Adakah terdapat

perbezaan bererti merentasi jantina

tentang kesukaran dalam mempelajari

Matematik dalam Bahasa Inggeris? 56

5.3 Cadangan 56

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 59

5.5 Penutup 59

BIBLIOGRAFI 61

LAMPIRAN

Lampiran A – G 66

Page 15: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

xii

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK MUKA SURAT

JADUAL

Jadual 1.1 Peratusan Keputusan Matematik dan

Bahasa Inggeris bagi tahun 2003-2005 5

Jadual 3.1 Taburan responden yang dipilih berdasarkan

sekolah di daerah Gua Musang 25

Jadual 3.2 Skala Likert berserta dengan markah skor 27

Jadual 3.3 Skor Bagi Item Positif dan Negatif 28

Jadual 3.4 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 29

Jadual 4.1 Taburan Jantina Responden Mengikut Sekolah. 32

Jadual 4.2 Taburan Jantina Responden 33

Jadual 4.3 Taburan Keturunan Responden. 33

Jadual 4.4 Taburan Keputusan Peperiksaan 34

Jadual 4.5 Jadual Pemeringkatan 35

Jadual 4.6 Jadual Tahap Kesukaran 35

Jadual 4.7 Jadual Min Kesukaran Secara Keseluruhan 37

Jadual 4.8 Taburan Data Bagi Faktor Kesediaan Pelajar 38

Jadual 4.9 Taburan Data Bagi Faktor Pengajaran Guru 40

Page 16: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

xiii

Jadual 4.10 Taburan Data Bagi Faktor Rujukan dan Buku Teks 42

Jadual 4.11 Taburan Data Bagi Faktor Bahan Bantu Mengajar. 45

Jadual 4.12 Taburan Data Bagi Perbezaan Yang Bererti

Merentas Jantina Tentang Kesukaran Mempelajari

Matematik Dalam Bahasa Inggeris 46

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 1.1 Penggunaan Deria 19

Page 17: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

Lampiran A Surat Kebenaran Penyelidikan Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, Kementerian Pendidikan 66

Lampiran B Surat Kebenaran Untuk Menjalankan

Penyelidikan Dari Jabatan Pendidikan

Negeri Kelantan 68

Lampiran C Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia 69

Lampiran D Soal Selidik 70

Lampiran E Jadual Penentuan Saiz Sampel

(Krejcie & Morgan) 76

Lampiran F Keputusan Ujian – T Mengikut Faktor 77

Lampiran G Keputusan Ujian – T Secara Keseluruhan 79

Page 18: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan merupakan pemangkin utama untuk membentuk identiti

anak bangsa, menjadi sumber terpenting untuk menjayakan pembangunan Negara.

Sistem ini berfungsi sebagai wahana yang kukuh untuk mencapai perpaduan serta

kesejahteraan bangsa dan Negara. Selaras dengan itu maka falsafah pendidikan

Negara dibentuk di mana Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha untuk

mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,

sosial dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini

adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

negara.

Bidang pendidikan di Negara ini sedang mengalami proses perubahan yang

amat pantas. Ledakan dan kepesatan perubahan ini akan berterusan dan dijangka

lebih mencabar pada masa-masa yang akan datang. Alaf baru yang muncul adalah

Page 19: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

cabaran besar untuk generasi baru dalam mengharungi kehidupan dengan pelbagai

perubahan yang timbul seiring dengan kepesatan dan pembangunan Negara.

6 Januari 2003 merupakan satu tarikh yang membawa seribu makna kepada

sistem pendidikan Negara Malaysia. Pada tarikh itulah satu dasar baru diperkenalkan

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di mana pengajaran dan pembelajaran

mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Dasar ini

dilaksanakan secara berperingkat dan sebagai permulaan hanya pelajar darjah 1,

tingkatan 1 dan tingkatan 6 rendah yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Walaupun

pada awalnya ianya menjadi isu yang hangat diperkatakan namun pihak kementerian

tetap mempunyai alasan untuk mewujudkan dasar ini.

Objektif utama perlaksanaan pengajaran Sains dan Matematik di dalam

Bahasa Inggeris ini adalah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar

bagi mempersiapkan diri mereka ke arah menguasai ilmu Sains dan Matematik

dengan lebih berkesan dan mudah. Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa ilmu

dalam bidang Sains dan Matematik sama ada dari segi buku-buku atau berkaitan

dengan komputer serta teknologi komunikasi dan maklumat.

Kepentingan Bahasa Inggeris sangat ditekankan oleh bekas perdana menteri

Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam dialognya dengan para pendidik dari perlbagai

universiti di Malaysia pada 9 Julai 1992. Tun Dr. Mahathir Mohammad menegaskan

bahawa setiap warganegara Malaysia yang berpendidikan harus mempunyai

kecekapan dalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris. Menurut beliau,

kemahiran dalam Bahasa Inggeris merupakan syarat untuk mencapai wawasan 2020

dalam membangunkan Negara Malaysia kepada sebuah negara industri yang maju

(Asmah Haji Omar 1994).

Dalam kita menghadapi era teknologi maklumat yang serba canggih ini,

masih ada segelintir masyarakat yang bersikap sambil lewa. Mereka seolah-olah

tidak memikirkan apa yang akan dilakukan bagi mengharungi masa depan yang

sentiasa berubah seiring dengan langkah kerajaan yang mengharapkan muda-mudi

Malaysia bergerak maju. Keadaan ini ketara apabila ramai pelajar yang gagal

Page 20: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

menguasai subjek Matematik dan Bahasa Inggeris dengan baik walaupun subjek ini

telah diperkenalkan sejak di bangku sekolah lagi.

Keadaan ini lebih membimbangkan terutama sekali ia berlaku dikalangan

bangsa Melayu. Ramai pelajar melayu khususnya yang ketinggalan dalam bidang

teknologi, mekanikal, kejuruteraan, perubatan dan banyak lagi. Masalah ini

disebabkan kelemahan mereka dalam Bahasa Inggeris. Di atas keperihatinan kerajaan

maka pembelajaran Sains dan Matematik dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris

sebagai jalan keluar masalah ini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris di kalangan pelajar telah

menarik perhatian pemimpin tertinggi dan banyak pihak sehingga menimbulkan

perdebatan dan polemik. Isu bahasa ini semakin di perkatakan sehubungan dengan

perubahan dasar dalam kurikulum Matematik. Masyarakat tidak akan berhenti

berpolemik tentang perkara ini selagi pencapaian akademik khususnya subjek

Matematik tidak dipertingkatkan dan memuaskan. Kajian yang mendalam terhadap

kesukaran dapat menjadi maklumat untuk menyingkap permasalahan sebenar di

sebalik fenomena yang berlaku.

Matematik merupakan mata pelajaran wajib yang mula dipelajari dari darjah

1 hingga tingkatan 5 atau tingkatan 6 di mana ia berkaitan dengan kemahiran

pengiraan. Matematik melengkapi para pelajar dengan ilmu pengetahuan matematik

yang berguna dan berkaitan dengan kehidupan seharian. Ia menggalakkan

perkembangan pemikiran analitis, bersistem dan kritis serta kemahiran

menyelesaikan masalah. Ini membolehkan pelajar mengendalikan dunia teknologi

yang sentiasa mengalami perubahan. Di samping kemahiran mengira yang

melibatkan daya kreativiti yang tinggi, ia juga memerlukan kefahaman sesuatu

konsep dengan tepat dan menyeluruh.

Page 21: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

Tahun 2003 merupakan detik perubahan kurikulum baru bagi Matematik di

mana pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Melayu ditukar ke

Bahasa Inggeris. Program tersebut telah empat tahun dilaksanakan di sekolah-

sekolah di Malaysia. Dalam proses perlaksanaannya, ia memberi kesan yang amat

besar terhadap pencapaian dan prestasi pelajar.

Ramai pelajar yang mempunyai pandangan yang negatif terhadap mata

pelajaran Matematik dan tidak berani menghadapi tekanan matematik. Hasilnya

ramai pelajar yang benci dan takut terhadap Matematik, tambahan pula setelah

Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya keadaan ini berterusan ia akan

merugikan pelajar khususnya dan negara amnya. Tambahan pula Matematik

merupakan mata pelajaran wajib dan memerlukan penguasaan, pengamatan dan

pemahaman oleh pelajar.

Hasrat dan matlamat kerajaan melaksanakan kurikulum baru bagi Matematik

adalah sangat baik namun dalam perlaksanaan dasar ini, sekolah luar bandar

menghadapi masalah kekurangan guru yang berkelayakan bagi melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris, masalah kekurangan bahan

rujukan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan kemudahan ICT, internet

dan lain-lain lagi.

Walaupun perhatian serius yang diberikan terhadap pendidikan Matematik

dan pelbagai usaha dilakukan namun penguasaan Matematik belum memuaskan.

Berikutan dengan itu penyelidik ingin mengkaji apakah tahap kesukaran yang

dihadapi oleh pelajar terutama sekali pelajar-pelajar di kawasan luar bandar dalam

mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris sehingga menyebabkan mereka takut

untuk meminati dan seterusnya mempelajari Matematik. Beberapa faktor kesukaran

yang ditekankan dalam kajian ini iaitu dari aspek Kesediaan Pelajar, Pengajaran

Guru, Rujukan dan Buku Teks serta Bahan Bantu Mengajar.

Page 22: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kesukaran pelajar tingkatan 4

yang disebabkan oleh beberapa faktor dalam proses pengajaran dan pembelajaran

bagi mata pelajaran Matematik setelah satu perubahan dasar dilakukan terhadap

kurikulum Matematik, iaitu pengajaran dan pembelajaran Matematik dilaksanakan

dalam Bahasa Inggeris. Perubahan dasar ini telah menarik perhatian penyelidik untuk

melihat tahap kesukaran yang dihadapi oleh pelajar yang tinggal di kawasan luar

bandar dalam mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris. Seperti yang kita tahu

kawasan luar bandar sering dikaitkan dengan masalah kekurangan kemudahan asas,

infrastuktur, kelengkapan dalam sistem pendidikan dan berbagai-bagai lagi.

Ramai pelajar yang menyukai dan meminati Matematik kerana mereka

anggap Matematik adalah satu mata pelajaran yang unik dan logik, menarik dan

membantu pelajar ke arah pembentukan pemikiran kreatif dan kritis. Matematik

dapat membantu membentuk pelajar yang berdisiplin, dan berfikiran mantik serta

bijak dalam menyelesaikan masalah. Malah ramai juga di antara pelajar yang

merasakan Matematik mata pelajaran yang mencabar, membosankan, sukar difahami,

menjemukan dan menakutkan. Tambahan pula setelah perubahan dasar kurikulum

Matematik dilakukan.

Keputusan peperiksaan mata pelajaran Matematik bagi kebanyakan sekolah

masih dianggap kurang memuaskan. Kenyataan ini berdasarkan kepada analisa

peperiksaan PMR dari tahun 2003 hingga 2005 yang di perolehi daripada Pejabat

Pendidikan Daerah (PPD) Gua Musang. Jadual 1.1 di bawah menunjukkan peratusan

pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris di daerah

Gua Musang bagi tahun 2003 dan 2005.

Jadual 1.1. Keputusan Matematik dan Bahasa Inggeris bagi tahun 2003-2005

Subjek/Tahun 2003 2004 2005

Matematik 83.46 70.90 75.91

Bahasa Inggeris 35.56 37.17 42.08

Page 23: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

Oleh sebab itu penyelidik memilih untuk membuat penyelidikan terhadap

faktor yang menyebabkan tahap kesukaran kepada pelajar dalam mempelajari

Matematik dalam Bahasa Inggeris bagi sekolah luar bandar di daerah Gua Musang.

Kajian yang dibuat terhad kepada aspek Kesediaan Pelajar, Pengajaran Guru,

Rujukan dan Buku Teks serta faktor Bahan Bantu Mengajar.

1.4 Objektif Kajian

Meninjau kepada persoalan kajian penyelidik merumuskan objektif kajian yang

hendak dikaji ialah :

1. Mengenal pasti tahap kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari

Matematik dalam Bahasa Inggeris dari aspek Kesediaan Pelajar.

2. Mengenal pasti tahap kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari

Matematik dalam Bahasa Inggeris dari aspek Pengajaran Guru.

3. Mengenal pasti tahap kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari

Matematik dalam Bahasa Inggeris dari aspek Rujukan dan Buku Teks

4. Mengenal pasti tahap kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari

Matematik dalam Bahasa Inggeris dari aspek Bahan Bantu Mengajar

5. Menentukan jika ada perbezaan yang bererti merentasi jantina tentang

kesukaran mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Page 24: KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 4 LUAR BANDAR …€¦kesukaran pelajar tingkatan 4 luar bandar mempelajari matematik dalam bahasa inggeris. rohasliza binti abd hadzi universiti teknologi

1.5 Persoalan Kajian

1. Adakah faktor Kesediaan Pelajar menyebabkan kesukaran kepada pelajar luar

bandar mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris?

2. Adakah faktor Pengajaran Guru menyebabkan kesukaran kepada pelajar luar

bandar mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris?

3. Adakah faktor Rujukan dan Buku Teks menyebabkan kesukaran kepada

pelajar luar bandar mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris?

4. Adakah masalah Bahan Bantu Mengajar menyebabkan kesukaran kepada

pelajar luar bandar mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris?

5. Adakah terdapat perbezaan yang bererti merentasi jantina tentang kesukaran

dalam mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris.

1.6 Hipotesis

1.6.1 Tidak Terdapat Perbezaan Yang Bererti Merentas Jantina Tentang Kesukaran

Mempelajari Matematik Dalam Bahasa Inggeris.