KESPUMK jadi rakan strategik bantu bangunkan UMKumkeprints.umk.edu.my/1237/1/News 52.pdfkesatuan...
Transcript of KESPUMK jadi rakan strategik bantu bangunkan UMKumkeprints.umk.edu.my/1237/1/News 52.pdfkesatuan...
1/30/13 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan - KESPUMK jadi rakan strategik bantu bangunkan UMK
www.umk.edu.my/version2012/latestnews/419-kespumk-jadi-rakan-strategik-bantu-bangunkan-umk 1/3
Utama Berita Terkini KESPUMK jadi rakan strategik bantu bangunkan UMK
KESPUMK jadi rakan strategik bantu bangunkan UMK
KESATUAN Staf Pelaksana Universiti Malaysia Kelantan (KESPUMK) berupaya menjadi rakan strategik kepada Universiti untuk bergerakseiring dalam menjayakan visi dan misi ke arah pembangunan dan kemajuan Universiti.
Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose berkata, ini kerana sebagai badan yang bertanggungjawab dalammemperjuangkan isu kebajikan staf mereka boleh bertindak menjadi perantara dalam mengatur perhubungan di antara pihak pengurusanuniversiti dan kakitangan.
Jelas beliau, kejayaan penubuhan KESPUMK ini adalah hasil daripada kerjasama dan komitmen semua pihak kerana tanpa kesungguhandan semangat berpasukan serta kerjasama pastinya usaha penubuhan badan ini tidak membuahkan hasil.
“Kemampuan dan kebolehan yang dipamerkan maka Universiti telah mengikitiraf dan memberi sokongan kepada pertubuhan KESPUMK,”katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Mesyuarat Agung Pertama KESPUMK, di Dewan Terbuka Keusahawanan, UMK KampusKota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, pada 28 Januari 2013.
Hadir sama, Pendaftar UMK, YBhg. Prof. Razli bin Che Razak dan Pengerusi KESPUMK, YBrs. En.Zafrin bin Abdul Rahman.
Prof. Datuk Dr. Raduan berkata, pihak pengurusan universiti telah mengiktiraf KESPUMK sebagai rakan strategik yang memainkan perananpenting dalam memelihara hak dan kepentingan pekerja.
“Kita telah mengiktiraf KESPUMK dalam memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan staf dengan memberi ruang serta tempat dalammesyuarat di peringkat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan mesyuarat pengurusan kanan universiti.
“Ini supaya sebarang keputusan yang dibuat dalam setiap mesyuarat yang diadakan akan disampaikan terus kepada pihak pelaksana,”katanya .
Lain-lain | Carian...
StafEmail StafPortal Staf
Direktori StafAplikasi Atas Talian
Aktiviti UMKPelawat
Peta & LokasiPenginapan
PengangkutanJawatan Kosong
Tender & SebuthargaGaleri
AlumniPortal Alumni
Laman Facebook AlumniLaman Web HEPA
Pelajar
Pautan Pantas
Bahasa Melayu English
UtamaInfo UMKPra-SiswazahPascasiswazahFakulti /Pusat
Fakulti Keusahawanan & PerniagaanFakulti Teknologi Kreatif & WarisanFakulti Perubatan VeterinarFakulti Industri Asas TaniFakulti Sains BumiPusat Bahasa dan Pembangunan InsaniahPusat Pengajian Siswazah
Kampus
1/30/13 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan - KESPUMK jadi rakan strategik bantu bangunkan UMK
www.umk.edu.my/version2012/latestnews/419-kespumk-jadi-rakan-strategik-bantu-bangunkan-umk 2/3
Sementara itu, Zafrin berkata, tanpa sokongan padu daripada pihak pengurusan Universiti terutamanya Naib Canselor penubuhanKESPUMK tidak akan menjadi kenyataan seperti yang diharapkan oleh semua warga universiti.
Katanya, selepas 12 bulan ahli Jawatankuasa penaja duduk semeja untuk berbincang dan beberapa pertemuan diadakan dengan agensikesatuan sekerja di Putrajaya akhirnya KESPUMK berjaya didaftarkan pada tanggal 16 Oktober 2012.
“Penubuhan KESPUMK akan berperanan sebagai rakan strategik Universiti bagi mencari penyelesaian dalam sebarang perundingan ataudiskusi yang berkait rapat dengan isu-isu pekerja dan perjawatan secara harmoni antara pihak majikan serta pihak pekerja,” katanya.
Menurut Zafrin, melalui sokongan padu daripada pihak pekerja kepada pihak majikan pastinya akan dapat memajukan Universiti khasnyaseperti menjadi harapan oleh pucuk pimpinan Naib Canselor dan semua warganegara universiti.
“Oleh itu, staf pelaksana diminta bersama-sama KESPUMK untuk membantu mempercepatkan misi dan visi universiti,” jelasnya.
Berita by : Syarime Wosley/Foto by : Mohd Al Azam
1/30/13 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan - KESPUMK jadi rakan strategik bantu bangunkan UMK
www.umk.edu.my/version2012/latestnews/419-kespumk-jadi-rakan-strategik-bantu-bangunkan-umk 3/3
Bilangan Pelawat :301970
Penafian|
Dasar Privasi|
Dasar Keselamatan|
Soalan Lazim|
Hubungi Kami|
Bantuan|
Peta Laman
Hakcipta © 2013 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan.Paparan Terbaik Mozilla/Firefox/IE/Safari/Camino/Opera Friendly
Universiti Malaysia Kelantan, Karung Berkunci 36, 16100 Pengkalan Chepa, Kota Bharu, KelantanTel : +609 - 7717000Fax : +609 - 7717022
Email : webmaster[a]umk.edu.myTarikh Kemaskini: 29/01/2013, 17:00:59.