KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi...
Transcript of KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi...
KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM NEGERI KEDAH
TERHADAP KEPERLUAN PEKERJAAN DALAM SEKTOR INDUSTRI
MOHD SUKRI BIN MOHD SALLEH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM NEGERI KEDAH TERHADAP KEPERLUAN PEKERJAAN DALAM SEKTOR INDUSTRI
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya MOHD SUKRI BIN MOHD SALLEH
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: PROF MADYA DR. YAHYA BIN BUNTAT F-45, KG BUKIT KECIL, Nama Penyelia SIMPOR, 08600 TIKAM BATU, KEDAH. Tarikh: APRIL 2009 Tarikh: APRIL 2009
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup).”
Tandatangan : ………………………………………………….
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. YAHYA B. BUNTAT
Tarikh : ............................................................................
KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM NEGERI KEDAH
TERHADAP KEPERLUAN PEKERJAAN DALAM SEKTOR INDUSTRI
MOHD SUKRI BIN MOHD SALLEH
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. ”
Tandatangan : ………………………………………………….
Nama Penyelia : MOHD SUKRI BIN MOHD SALLEH
Tarikh : .............................................................................
iii
DEDIKASI
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Dengan Keizinannya Jua, Ku Bersyukur Atas Rahmatnya,
Dengan Keizinannya Jua Maka Dapatlah Ku Siapkan Laporan Projek Sarjana Muda Ini.
Khas Buat, Bondaku
Che Norlia Binti Mat Zain Serta Ayahandaku
Mohd Salleh Bin Mohd Saad Yang Disanjungi Dan Di Kasihi,
Doa Dan Pengorbanan Kalian Amat Ku Hargai.
Teristimewa Buat TunangKu, Shahlida Binti Abdullah
Dorongan, Pengorbanan, Dan Kesabaran Mu Sentiasa Mengiringiku.
Buat Ahli Keluargaku, Noorhayati, Nooraini, Sukor, Noor Asmah,
Rahmad, Fazli,Hanafi Dan Ashraf Bantuan Dan Sokongan Kalian Takkan Ku Lupakan
Semoga ALLAH Akan Sentiasa Memberikan Limpah Rahmat Serta Hidayahnya Kepada Kalian
Buat Kawan-Kawan…
Teruskan Jalan Yang Kurintis Ini Sehingga Ke Puncak Jaya Jadikanlah Kejayaan Ini Sebagai Pendorong Buat Kalian.
Buat Pensyarah UTM...
Terutamanya Pensyarah Pembimbing PSM Prof Madya Dr. Yahya Bin Buntat
Jasa Kalian Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segala-Galanya
Akan Ku Kenang Buat Selama-Lamanya
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani
Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah yang telah memberikan kita ilmu
kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang telah
menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.
Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan (JPTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana
memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini.
Terima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak
memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada pensyarah
penyelia, Prof. Madya Dr. Yahya Bin Buntat atas bimbingan dan tunjuk ajar yang
diberikan sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari pihak
pengarah dan tenaga pengajar di IKM yang terlibat dalam penyelidikan ini juga amat
dihargai. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan individu yang terlibat sama ada
secara langsung atau pun tidak langsung dalam penulisan ini.
Akhir sekali buat mak, ayah, abang, kakak, adik dan tunang yang tersayang,
segala doa restu dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa
diberkati Allah SWT dan dapat dimanfaatkan.
Sekian, Terima Kasih
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian kursus yang ditawarkan di IKM dalam menyediakan kemahiran asas bagi membantu para pelatih di Negeri Kedah dalam mendapatkan pekerjaan di industri selepas mengikuti kursus kemahiran. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen yang berbentuk data-data dan maklumat yang diperolehi dari IKM Negeri Kedah. Kajian hanya menggunakan data dan maklumat dari tempat kajian dan diproses dengan kaedah analisis dokumen secara manual. Hasil kajian ini mendapati bahawa kursus dan latihan kemahiran yang ditawarkan di IKM adalah bersesuaian dan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada para belia bumiputera selepas tamat mengikuti kursus yang dijalankan. Kebanyakan kursus dan latihan yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan kehendak industri dan pekerjaan masa kini. Pelatih lepasan SPM/SPMV dan GIAT MARA turut mendapatkan latihan dan kemahiran bagi meningkatkan prestasi kerjaya. Didapati juga para pelatih yang telah menamatkan kursus berjaya menempatkan diri di sektor awam dan swasta terutamanya di sektor perkilangan, permotoran dan lain-lain industri yang berkaitan. Selain daripada itu, aspek latihan yang diikuti oleh belia di IKM dapat memenuhi kehendak pekerjaan. Bagi memantapkan lagi tahap profesionalisme adalah disarankan agar perhubungan yang baik dapat dijalinkan diantara pihak IKM dengan pihak industri dalam meningkatkan taraf kursus yang dijalankan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to know the suitability course offered in IKM in providing basic skill for helping trainees from Kedah in getting job opportunities after following the skill courses. For the study, the researcher used instruments in the form of data and information acquired from IKM in Kedah. The study sample was not used in this study because the researcher only used data and information from the place of study and they were processed manually using the document analysis method. The finding of the study shows that the courses and training offered by the IKM were able to provide job opportunities to the trainees after completing the courses. Most of the courses and training offered were relevant with the needs of industry and jobs nowadays. Trainees with SPM/SPMV and GIAT MARA are currently require training and skills in order to upgrade their career performance. It was found that the trainees who have completed the courses were able to find jobs in public and private sectors especially in manufacturing, automotive and other related industries. Besides that, the training followed by the trainees at the IKM fulfilled the needs of the jobs. In order to strengthen the level of professionalism, it is suggested that good relationships should be formed between the IKM and industry in order to develop the prestige of the course.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 6
1.6 Batasan Kajian 7
viii
1.7 Definisi Istilah 8
1.7.1 Kursus 8
1.7.2 Institut Kemahiran Mara 8
1.7.3 Pelatih 9
1.7.4 Latihan Kemahiran 9
1.7.5 Pekerjaan 9
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 10
2.1 Pengenalan Kursus Kemahiran 11
2.1.1 Kursus-kursus kemahiran yang 14
ditawarkan di IKM Alor Setar
2.1.2 Kursus-kursus kemahiran yang 16
ditawarkan di IKM Sungai Petani
2.2 Golongan Yang Terlibat 19
2.3 Prospek Kerjaya Pelatih Selepas 22
Tamat Latihan di IKM
2.4 Latihan Kemahiran Yang Didedahkan Mampu 25
Menyediakan Pelatih Mengikut Kehendak
Sektor Industri
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 29
3.1 Rekabentuk Kajian 29
3.2 Kawasan Tempat Kajian 30
3.3 Sampel Kajian 30
3.4 Kaedah Pengumpulan Data 31
3.5 Prosedur Kajian 32
ix
3.6 Instrumen Kajian 32
3.7 Analisis Data 32
3.8 Rumusan 33
BAB IV ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 34
4.1 Latar Belakang Institut Kemahiran Mara 35
4.2 Dapatan Persoalan Kajian 1 35
4.3 Dapatan Persoalan Kajian 2 39
4.4 Dapatan Persoalan Kajian 3 44
4.5 Dapatan Persoalan Kajian 4 46
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 48
5.1 Rumusan Kajian 49
5.2 Perbincangan 51
5.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 51
5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 53
5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 55
5.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 56
5.3 Cadangan Kajian 58
5.4 Kajian Lanjutan 59
5.5 Penutup 60
RUJUKAN 61
LAMPIRAN A-F 66
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Latar Belakang Institut Kemahiran Mara 35
4.2 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut Kursus 36
di IKM Alor Setar Pada Tahun 2008
4.3 Bilangan Dan Peratusan Pelatih mengikut kursus 37
di IKM Sungai Petani Pada Tahun 2008
4.4 Bilangan Dan Peratusan Kursus di IKM Negeri 37
Kedah Pada Tahun 2008
4.5 Bilangan Dan Peratusan Bagi Kursus Sijil 38
Teknologi di IKM Negeri Kedah Pada Tahun 2008
4.6 Bilangan Dan Peratusan Bagi Kursus Sijil 38
Kejuruteraan di IKM Negeri Kedah Pada Tahun 2008
4.7 Bilangan Dan Peratusan Pelatih yang Mengikut Jantina 39
di IKM Alor Setar Pada Tahun 2008
4.8 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut Jantina 40
di IKM Sungai Petani Pada Tahun 2008
4.9 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut Jantina 40
di IKM Negeri Kedah Pada Tahun 2008
4.10 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut Peringkat 41
Umur di IKM Alor Setar Sesi Kemasukan 2008
4.11 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut Peringkat 41
Umur di IKM Sungai Petani Sesi Kemasukan 2008
xi
4.12 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut Peringkat 42
Umur di IKM Negeri Kedah Sesi Kemasukan 2008
4.13 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut 42
Kelayakan Akademik di IKM Alor Setar
Sesi Kemasukan 2008
4.14 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut 43
Kelayakan Akademik di IKM Sungai Petani
Sesi Kemasukan 2008
4.15 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut 43
Kelayakan Akademik di IKM Negeri Kedah
Sesi Kemasukan2008
4.16 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan IKM 44
Alor Setar Bagi Prospek Pekerjaan Pada Tahun
2007/2008
4.17 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan IKM 45
Sungai Petani Bagi Prospek Pekerjaan Pada Tahun
2007/2008
4.18 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan IKM 45
Alor Setar Dan IKM Sungai Petani bagi prospek
pekerjaan Pada Tahun 2007/2008
4.19 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan IKM Alor 46
Setar di Pasaran pekerjaan pada tahun 2007/2008
4.20 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan IKM Sungai 47
Petani di Pasaran Pekerjaan Pada Tahun 2007/2008
4.21 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan IKM 47
Alor Setar Dan IKM Sungai Petani Di Pasaran
Pekerjaan Pada Tahun 2007/2008
xii
SENARAI SINGKATAN
MARA : Majlis Amanah Rakyat
IKM : Institut Kemahiran Mara
IKMAS : Institut Kemahiran Mara Alor Setar
IKMSP : Institut Kemahiran Mara Sungai Petani
ILP : Institut Latihan Perindustrian
SPM : Sijil Pelajaran Malaysia
STPM : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
SPMV : Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
SMT : Sekolah Menengah Teknik
SMV : Sekolah Menengah Vokasional
IPTA : Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS : Institut Pengajian Tinggi Swasta
MLVK : Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
NOSS : National Occupational Skills Standards
MTEN : Masjis Tindakan Ekonomi Negara
PUSTIKA : Pusat latihan KEDA
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Permohonan Kebenaran 66
B Surat Kelulusan Menjalankan Kajian 68
Dari IKM Alor Setar Dan IKM Sungai Petani
C Data Dan Maklumat Dari IKM Alor Setar 70
D Data Dan Maklumat Dari IKM Sungai Petani 78
E Contoh Modul Latihan Kemahiran IKM 87
F Surat Pengesahan Dari Fakulti Pendidikan 91
Universiti Teknologi Malaysia
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Malaysia telah berjaya membentuk satu sistem hubungan perusahaan yang
pragmatik sejak mencapai kemerdekaannya pada 1957. Ini penting dalam membantu
Malaysia mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada pertanian kepada
perindustrian dan menyasarkan menjadi status negara maju menjelang 2020, Salmah
(Utusan Malaysia, 7 April 2008).
Kemajuan sesebuah negara banyak bergantung kepada sumber tenaga
manusia yang dimilikinya. Oleh itu kerajaan berusaha meningkatkan kursus ke arah
pembangunan modal insan berkualiti membabitkan pelbagai kursus latihan dan
kemahiran supaya generasi yang dilahirkan dapat merialisasikan wawasan 2020
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju.
2
Abdullah Ahmad Badawi (Bernama, 29 Ogos 2008), dalam ucapannya
menyatakan sebanyak RM47.7 bilion atau 23 peratus daripada bajet tahun 2009
diperuntukkan untuk pendidikan dan latihan semata-mata bagi melahirkan tenaga
kerja terlatih untuk berdaya saing baik di dalam negara mahupun di peringkat
antarabangsa.
Institut Kemahiran Mara (IKM) ditubuhkan pada tahun 1968 turut
memainkan peranan bagi mendukung wawasan negara. Asalnya dikenali sebagai
"Sekolah Tukang" iaitu pusat latihan yang melahirkan tukang membuat sesuatu.
Institut Kemahiran Mara telah berkembang mengikut peredaran zaman. Selaras
dengan perkembangan di dalam dunia pendidikan yang diterajui oleh perkembangan
ekonomi berasaskan teknologi.
Institut Kemahiran Mara juga ditubuhkan bagi menggalakkan penyertaan
masyarakat bumiputera untuk mempelajari pelbagai disiplin ilmu kemahiran
ketukangan khususnya yang berkait rapat dengan aspek perdagangan dan
perindustrian dalam jangkamasa 12 hingga 36 bulan iaitu kursus pengajian yang
membawa kepada penganugerahan sijil mengikut bidang kursus.
Pelbagai langkah telah diambil sejak dahulu lagi oleh negara bagi
meningkatkan mutu pendidikan di institusi kemahiran di negara ini. Ia bertujuan
menyediakan tenaga kerja yang berkualiti bagi memenuhi kehendak pasaran
pekerjaan di industri yang bekembang pesat pada masa kini. Secara tidak langsung
ia juga membuka peluang golongan individu yang lemah dalam akademik bagi
mndapatkan pekerjaan melalui kemahiran yang diperolehinya. Melalui pendekatan
ini masalah pengangguran serta kekurangan tenaga kerja dapat diatasi dengan lebih
berkesan.
3
1.1 Latar Belakang Masalah
Institut Kemahiran Mara telah ditubuhkan bagi mengendalikan latihan-latihan
secara bermodul dan juga sistem aperentis atau latihan sambil bekerja di industri.
Institut Kemahiran Mara berperanan menggalak, membimbing, melatih dan
membantu Bumiputera, supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan
dan perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan bumiputera yang berdaya
tahan, profesional dan kukuh serta bersesuaian dengan keperluan sebenar industri
agar segala pengetahuan dan pengalaman itu dapat digunakan terus untuk
meninggikan taraf hidup mereka melalui peluang pekerjaan, (Samsuri, 2005).
Ini menunjukkan kursus latihan kemahiran yang diadakan oleh institusi-
institusi latihan kemahiran di Malaysia adalah bertujuan merealisasikan matlamat
menyediakan tenaga kerja golongan bumiputera yang mencukupi bagi memenuhi
kehendak pekerjaan di sektor industri. Selain itu, ia juga dapat memberi peluang
yang sama rata kepada golongan bumiputera meningkatkan taraf hidup melalui
kursus kemahiran yang diikuti walaupun mereka lemah dalam akademik. Disamping
mendapatkan pekerjaan yang baik golongan ini juga dapat menceburkan diri dalam
bidang keusahawanan. Ini disokong oleh Norhaizan (2005), latihan kemahiran
didapati dapat membantu golongan belia yang tidak bernasib baik melanjutkan
pelajaran di IPT kerana tidak semua pelajar dilahirkan memiliki kecerdikan dalam
bidang akademik semata-mata. Mereka yang tidak cemerlang ini seharusnya
diberikan peluang memajukan pendidikan mereka dalam bidang yang boleh
meningkatkan taraf hidup mereka selain mengurangkan kadar pengangguran di
negara ini.
Menurut Najib Tun Razak (Utusan Malaysia, 5 Mac 2006), masalah
pengangguran di kalangan 70,000 siswazah di negara ini akan dapat diatasi dengan
kewujudan akademi latihan kemahiran yang boleh melahirkan tenaga yang
bersesuaian dengan kehendak industri agar ketidakseimbangan antara keperluan
tenaga kerja dengan kemahiran yang dimiliki oleh penganggur tersebut tidak berlaku.
4
Kenyataan ini turut disokong oleh Abdul Taib Mahmud (Utusan Malaysia, 3 Mac
2008), menyatakan graduan di negara ini tidak mendapat pekerjaan kerana kelulusan
mereka tidak menepati keperluan sektor pekerjaan dalam pasaran sekarang.
Ini jelas menunjukkan bahawa wujudnya ketidaksetaraan dalam kehendak
dan keperluan antara institusi kemahiran dan industri pada hari ini. Oleh itu, institusi
kemahiran perlulah mengkaji semula kurikulum kemahiran yang dilaksanakan serta
meningkatkan kelengkapan infrastruktur dan prasarana dari masa ke semasa
mengikut kesesuaian teknologi di industri masa kini. Selain itu, institusi perlu
memperbanyakkan serta mempelbagaikan jenis kursus yang ditawarkan supaya ia
semtiasa seiring dengan perkembangan pesat serta penemuan terkini teknologi di
industri. Ini akan lebih memudahkan lepasan institusi kemahiran bersaing di
peringkat yang lebih tinggi bagi memperolehi pekerjaan yang bersesuaian dengan
bidang yang dipelajari. Kenyataan ini disokong oleh Idris Haron (Utusan Malaysia,
24 April 2008), Universiti berkenaan perlulah membuat penambahbaikan pada
silibus dan kurikulum di universiti masing-masing sekiranya terdapat kelemahan-
kelemahan sehingga menganggu pekerjaan graduan di industri.
Oleh itu, Jabatan pembangunan institusi kemahiran serta pihak industri
perlulah bekerjasama dari segi kepakaran, dan kelegkapan teknologi pembelajaran
bagi mengeluarkan tenaga kerja yang mencukupi serta benar-benar mengikut
keperluan industri. Ini selaras dengan kenyataan Pengarah Institut Latihan
Perindustrian (ILP) menyatakan kerjasama jabatan pembangunan kemahiran kursus
kemahiran dapat dijalankan di kilang milik syarikat-syarikat berkenaan bagi
memantapkan lagi kemahiran pekerja dalam mengendalikan mesin-mesin yang
digunakan oleh industri, (Utusan Malaysia, 5 Jun 2008). Idris Haron (Utusan
Malaysia, 24 April 2008), universiti dan pusat pengajian teknikal diminta
mendapatkan maklum balas daripada pihak majikan berhubung prestasi bekas
graduan yang bekerja di pelbagai syarikat swasta. Penting untuk universiti
menyediakan graduan yang dapat memenuhi kehendak industri dan sekiranya
terdapat kelemahan yang perlu di baiki
5
1.2 Penyataan Masalah
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesesuaian kursus kemahiran asas di
IKM Negeri Kedah terhadap keperluan pekerjaan dalam sektor industri. Kajian ini
meliputi jenis-jenis kursus atau kursus yang ditawarkan, golongan yang terlibat,
prospek kerjaya para pelatih setelah tamat latihan dan aspek latihan kemahiran asas
yang disediakan kepada pelatih.
1.3 Objektif kajian
Objektif kajian adalah mengenai kesesuaian kursus kemahiran asas di IKM
Negeri Kedah terhadap keperluan pekerjaan dalam sektor industri adalah seperti
berikut :
i. Mengenalpasti jenis kursus kemahiran yang ditawarkan di Institut
Kemahiran Mara yang dipilih di Negeri Kedah.
ii. Mengenalpasti golongan yang terlibat dalam kursus kemahiran yang
ditawarkan di Institut Kemahiran Mara yang dipilih di Negeri Kedah.
iii. Mengenalpasti kursus kemahiran yang ditawarkan mempunyai prospek
kerjaya di sektor industri.
iv. Mengenalpasti latihan kemahiran asas yang didedahkan kepada pelatih di
Institut Kemahiran Mara memenuhi kehendak sektor industri.
6
1.4 Persoalan kajian.
Persoalan-persoalan di dalam kajian ini menyentuh aspek-aspek yang
difikirkan perlu seperti berikut :
i. Apakah jenis kursus kemahiran yang ditawarkan di Institut Kemahiran
Mara yang dipilih di Negeri Kedah?
ii. Golongan manakah yang terlibat dalam kursus kemahiran yang
ditawarkan di Institut Kemahiran Mara yang dipilih di Negeri Kedah?
iii. Adakah kursus kemahiran yang ditawarkan mempunyai prospek kerjaya
di sektor industri?
iv. Adakah latihan kemahiran asas yang didedahkan kepada pelatih di Institut
Kemahiran Mara memenuhi kehendak sektor industri?