Keselamatan Di Prasekolah

27
KESELAMATAN DI PRASEKOLAH Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa resah, bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia. Penting bagi kanak-kanak prasekolah kerana: 1. Dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan rasa selesa. 2. Membantu menyuburkan nilai mengutamakan keselamatan. 3. Mengelakkan daripada kemalangan yang tidak diduga. 4. Mengelakkan daripada serangan penyakit. 5. Mengelakkan daripada kematian. Punca kemalangan 1. Penyelenggaraan alat yang kurang kemas. 2. Sikap cuai dan buruk sangka. 3. Tidak menimbulkan kesedaran mendalam. 4. Tidak dijadikan amalan rutin di kelas. 5. Pengurusan bilik darjah yang longgar. Langkah-langkah keselamatan prasekolah 1. Susunatur ruang pembelajaran dalam bilik darjah. • Pembahagian ruang mestilah seimbang. Susun atur perabut hendaklah memudahkan pergerakan murid supaya ‘traffic flow’ dalam kelas berjalan lancar. • Susun atur perabut tidak melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan murid. • Pastikan peralatan yang membahayakan seperti gunting disimpan di tempat yang selamat. • Pastikan peralatan elektrik ditutup selepas digunakan. • Pastikan jeriji besi sentiasa ditutup. • Pastikan lantai sentiasa kering. • Pastikan peti pertolongan cemas sentiasa lengkap.

description

nota ini amat berguna kepada guru-guru prasekolah bagi menjamin keselamatan kelas prasekolah kepada murid-murid

Transcript of Keselamatan Di Prasekolah

Page 1: Keselamatan Di Prasekolah

KESELAMATAN DI PRASEKOLAH

Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk

mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan,

individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada

secara sedar atau tidak. Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya

dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa resah, bebas dari

ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu

keadaan yang membahayakan kepada manusia.

Penting bagi kanak-kanak prasekolah kerana:

1. Dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan rasa selesa.

2. Membantu menyuburkan nilai mengutamakan keselamatan.

3. Mengelakkan daripada kemalangan yang tidak diduga.

4. Mengelakkan daripada serangan penyakit.

5. Mengelakkan daripada kematian.

Punca kemalangan

1. Penyelenggaraan alat yang kurang kemas.

2. Sikap cuai dan buruk sangka.

3. Tidak menimbulkan kesedaran mendalam.

4. Tidak dijadikan amalan rutin di kelas.

5. Pengurusan bilik darjah yang longgar.

Langkah-langkah keselamatan prasekolah

1. Susunatur ruang pembelajaran dalam bilik darjah.

• Pembahagian ruang mestilah seimbang. Susun atur perabut hendaklah memudahkan pergerakan murid

supaya ‘traffic flow’ dalam kelas berjalan lancar.

• Susun atur perabut tidak melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan murid.

• Pastikan peralatan yang membahayakan seperti gunting disimpan di tempat yang selamat.

• Pastikan peralatan elektrik ditutup selepas digunakan.

• Pastikan jeriji besi sentiasa ditutup.

• Pastikan lantai sentiasa kering.

• Pastikan peti pertolongan cemas sentiasa lengkap.

• Pastikan ada alat pemadam api dalam keadaan baik.

• Pelan kebakaran perlu ada dan diberi latihan kepada murid.

2. Kawasan bilik penyediaan makanan

• Peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat.

• Peralatan elektrik sentiasa ditutup selepas digunakan dan diletakkan di tempat yang selamat.

• Lantai dapur sentiasa kering.

• Tabung gas sentiasa dalam keadaan baik.

3. Kawasan bilik air

• Lantai bilik air dalam keadaan selamat untuk digunakan.

Page 2: Keselamatan Di Prasekolah

• Pencuci tandas disimpan di tempat yang selamat.

• Pam tandas dalam keadaan baik.

4. Kawasan luar bilik darjah

• Ruang di luar prasekolah harus dipagar.

• Permukaan longkang dan permukaan lain yang terbuka mesti ditutup.

• Tapak ruang permainan luar harus ditutup dengan ’rubber tiles’ untuk keselamatan murid jika terjatuh semasa

bermain.

• Rumput mestilah dipotong pendek.

• Pastikan benda-benda yang tajam dan merbahaya tiada dalam kawasan prasekokah.

• Pastikan peralatan permainan luar dalam keadaan selamat.

• Jika ada bekas bahan kimia sama ada berbentuk cecair atau serbuk pecah misalnya termos, lampu

Kalimantan, bersihkan sebersih-bersihnya

• Bahan-bahan sisa logam, paku atau kaca hendaklah dibuang jauh dari kawasan interaksi kanak-kanak

prasekolah.

• Kanak-kanak hendaklah memakai pakaian yang sesuai ketika beraktiviti di padang, di bilik air dan sebagainya.

• Semasa aktiviti di padang, pastikan alat-alat sukan disusun dengan keadaan tidak merbahaya.

• Pastikan kanak-kanak tidak bermain di bawah talian elektrik atau berhampiran suis elektrik, terutama ketika

hujan. Petir mudah menyambar kawasan tersebut.

• Sekiranya berlaku kebakaran, pastikan kanak-kanak dikeluarkan dari kawasan kebakaran dengan segera.

• Bunyikan loceng kecemasan sekiranya api marak dengan cepat. Hubungi bomba dan polis jika ada yang

terperangkap.

• Keselamatan kanak-kanak juga dapat dipelihara daripada orang-orang yang tidak dikenali. Hubungi pihak yang

lebih berkuasa di sekolah terlebih dahulu apabila ada tetamu yang tidak dikenali.

KONSEP KESELAMATAN

Keselamatan merujuk kepada perlindungan yang diberi kepada kanak-kanak dan orang

dewasa terhadap kemalangan, kecederaan dan ancaman yang selalunya berkaitan dengan

amalan, sikap dan persekitaran. Kecederaan yang tidak sengaja adalah punca kematian

utama dan kejadian kurang upaya pada kanak-kanak 14 tahun ke bawah (Pan et al., 2006). 

Kanak-kanak memerlukan pemerhatian istimewa dalam aspek keselamatan kerana

kesihatan mereka dipengaruhi secara terus oleh persekitaran mereka. Oleh itu, kesedaran

keselamatan diserap dengan lebih awal melalui program pendidikan awal untuk mengelak

daripada kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.  Seharusnya usaha-usaha untuk

mencegah kecederaan yang secara tidak sengaja dan kematian menjadi tanggungjawab

utama setiap ibu bapa, guru dan penjaga pusat penjagaan kank-kanak.  Kemalangan yang

menyebabkan hanya kecederaan ringan pun dapat menyebabkan kesan yang serta merta

kepada kesihatan kanak-kanak.  

Page 3: Keselamatan Di Prasekolah

Konsep Keselamtan bagi Kawasan

Kawasan yang terdapat disesebuah prasekolah perlulah bersih dan selamat dari segala

bahaya. Untuk itu guru perlulah memastikan bahawa persekitaran luar dan dalam

prasekolah hendaklah bersesuaian dan kondusif untuk kanak-kanak. 

Bagi persekitaran dalaman bangunan prasekolah ianya hendaklah sentiasa bersih dan

kemas. Terutama dengan sudut-sudut pembelajaran. Seboleh-bolehnya eloklah ruangan

dalaman prasekolah tidak terlampau banyak dengan perabot memadai untuk

kesesuaian pengajaran dan pembelajaran sahaja. Ini secara tidak langsung akan

memudahkan  untuk kanak-kanak bergerak dan menjalaqnkan aktiviti.

Bagi persekitaran luar prasekolah pula perlulah disusun dengan bagitu baik sekali. Elakkan

jangan terlampau sesa

Konsep Keselamatan bagi Peralatan

Kebanyakan kematian dan kecederaan kanak-kanak yang melibatkan alat mainan adalah

disebabkan tercekik dan cara penggunaan yang salah (U.S Consumer Product Safety

Commision, 2003a; Nakamura, Pollack-Nelson & Chidekel, 2003). Kebanyakan kecederaan

ini dapat dielakkan dengan memilih alat mainan yang dibangunkan sewajarnya. Minat

kanak-kanak, ciri-ciri sikap kanak-kanak dan keupayaan perkembangan kanak-kanak

menjadi kunci terhadap faktor yang perlu dititikberatkan semasa memilih alat permainan. 

Peraturan keselamatanIa melibatkan perkara-perkara seperti pertolongan cemas dan langkah-langkah bagi mengelak

kemalangan. Selain itu pendedahan maklumat tentang agensi-agensi yang boleh menyumbang

memantapkan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak akan dapat membantu guru-guru

prasekolah untuk memahami bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah merupakan satu

proses pendidikan yang didokongi oleh semua pihak.

Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau

kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan.

Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah

Page 4: Keselamatan Di Prasekolah

kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu satu sistem

perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya dapat memenuhi tuntutan

keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa resah, bebas dari ketakutan

yang semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan

satu keadaan yang membahayakan kepada manusia.

Penting bagi kanak-kanak prasekolah kerana:

1. Dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan rasa selesa.

2. Membantu menyuburkan nilai mengutamakan keselamatan.

3. Mengelakkan daripada kemalangan yang tidak diduga.

4. Mengelakkan daripada serangan penyakit.

5. Mengelakkan daripada kematian.

Punca kemalangan

1. Penyelenggaraan alat yang kurang kemas.

2. Sikap cuai dan buruk sangka.

3. Tidak menimbulkan kesedaran mendalam.

4. Tidak dijadikan amalan rutin di kelas.

5. Pengurusan bilik darjah yang longgar.

Langkah-langkah keselamatan prasekolah

1. Susunatur ruang pembelajaran dalam bilik darjah.

• Pembahagian ruang mestilah seimbang. Susun atur perabut hendaklah memudahkan

pergerakan murid supaya ‘traffic flow’ dalam kelas berjalan lancar.

• Susun atur perabut tidak melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan murid.

• Pastikan peralatan yang membahayakan seperti gunting disimpan di tempat yang selamat.

• Pastikan peralatan elektrik ditutup selepas digunakan.

• Pastikan jeriji besi sentiasa ditutup.

• Pastikan lantai sentiasa kering.

• Pastikan peti pertolongan cemas sentiasa lengkap.

• Pastikan ada alat pemadam api dalam keadaan baik.

• Pelan kebakaran perlu ada dan diberi latihan kepada murid.

2. Kawasan bilik penyediaan makanan

• Peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat.

• Peralatan elektrik sentiasa ditutup selepas digunakan dan diletakkan di tempat yang selamat.

• Lantai dapur sentiasa kering.

• Tabung gas sentiasa dalam keadaan baik.

Page 5: Keselamatan Di Prasekolah

3. Kawasan bilik air

• Lantai bilik air dalam keadaan selamat untuk digunakan.

• Pencuci tandas disimpan di tempat yang selamat.

• Pam tandas dalam keadaan baik.

4. Kawasan luar bilik darjah

• Ruang di luar prasekolah harus dipagar.

• Permukaan longkang dan permukaan lain yang terbuka mesti ditutup.

• Tapak ruang permainan luar harus ditutup dengan ’rubber tiles’ untuk keselamatan murid jika

terjatuh semasa bermain.

• Rumput mestilah dipotong pendek.

• Pastikan benda-benda yang tajam dan merbahaya tiada dalam kawasan prasekokah.

• Pastikan peralatan permainan luar dalam keadaan selamat.

• Jika ada bekas bahan kimia sama ada berbentuk cecair atau serbuk pecah misalnya termos,

lampu Kalimantan, bersihkan sebersih-bersihnya

• Bahan-bahan sisa logam, paku atau kaca hendaklah dibuang jauh dari kawasan interaksi

kanak-kanak prasekolah.

• Kanak-kanak hendaklah memakai pakaian yang sesuai ketika beraktiviti di padang, di bilik air

dan sebagainya.

• Semasa aktiviti di padang, pastikan alat-alat sukan disusun dengan keadaan tidak merbahaya.

• Pastikan kanak-kanak tidak bermain di bawah talian elektrik atau berhampiran suis elektrik,

terutama ketika hujan. Petir mudah menyambar kawasan tersebut.

• Sekiranya berlaku kebakaran, pastikan kanak-kanak dikeluarkan dari kawasan kebakaran

dengan segera.

• Bunyikan loceng kecemasan sekiranya api marak dengan cepat. Hubungi bomba dan polis jika

ada yang terperangkap.

• Keselamatan kanak-kanak juga dapat dipelihara daripada orang-orang yang tidak dikenali.

Hubungi pihak yang lebih berkuasa di sekolah terlebih dahulu apabila ada tetamu yang tidak

dikenali.

Page 6: Keselamatan Di Prasekolah

B)             PERKEMBANGAN FIZIKAL,

 KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Konsep Keselamatan

Keselamatan merujuk kepada melindungi individu agar sentiasa berasa selamat, memberi pelindungan kepadanya

agar hidup sejahtera, dan melindunginya daripada sesuatu yang bahaya yang menimpa diri individu tersebut. Keselamatan

adalah khusus  dirujuk kepada kanak-kanak agar dapat membantu untuk hidup sihat sejahtera dalam keadaan persekitaran

yang selamat.

Keselamatan juga merujuk kepada khususnya adalah untuk menghindarkan keadaan yang membawa kemalangan.

Justeru prosedur kecemasan yang baik perlu diwujudkan oleh guru semasa kanak-kanak berasa di sekolah. Boleh dikatakan

bahawa kemalangan berlaku di mana-mana sahaja, dan bila-bila masa sahaja. Kita tidak boleh menganggap kanak-kanak

mengetahui tentang bahaya dan risko yang ada.

Guru perlulah mengenal pasti beberapa bahaya  yang akan menimpa diri kanak-kanak di sekolah mahupun  di luar

kawasan sekolah. Hasil dari penerangan konsep perkembangan fizikal, kesihatan dan keselamatan dapat dirumus bahawa

ketiga perkembangan ini penting dalam mewujudkan modal insan yang terbaik.

Unsur keselamatan       sering menjadi persoalan ibu bapa.Terdapat dua aspek keselamatan iaitu aspek psikologi dan

aspek fizikal.

Aspek psikologi 

Keselamatan psikologi, merujuk kepada tanggapan atau persepsi kanak-kanak terhadap persekitaran mereka.Kanak-kanak

secara fitrah amat peka kepada persekitaran. Mereka dapat meneka           samada persekitaran mereka selamat atau

sebaliknya. Menyenangkan atau tidak,             selesa atau merimaskan. Fokus utama ialah kepada individu                 yang ada

di dalamnya,      adakah mereka yang diyakini,  boleh menerima mereka seadanya (empati) dan      menghormati mereka

sebagai seorang individu yang unik. Kanak-kanak sebenarnya          dapat menganggap dan merasa dengan cepat samada

mereka diterima atau tidak oleh                orang dewasa, terutama gurunya. Persekitaran yang selamat dari segi psikologi,ialah

keadaan kanak-kanak tanpa perasaan-perasaan negatif seperti gementar, takut, bimbang, ragu dan risau semasa interaksi

berjalan. Perasaan negatif ini mungkin ditimbulkan oleh guru, pembantu atau murid-murid lain.Masa belajar di prasekolah

mestilah masa yang menyeronokkan, selesa dan     merangsang semua potensi kanak-kanak. Mereka tidak tertunggu-tunggu

masa                pulang untuk dijemput oleh ibu bapa mereka.Guru prasekolah mestilah mencipta suasana yang kondusif, yang

mempunyai ciri-ciri       sahsiah yang mampu memotivasikan  kanak-kanak ke arah perkembangan                 seoptimumnya,

individu yang mesra, bertimbangrasa, cakna dan memainkan peranan                  sebagai                 muallim, muaddib, murrabi,

murshid sekaligus  sebagai rakan dan fasilitator      kepada kanak-kanak.

Page 7: Keselamatan Di Prasekolah

Aspek keselamatan fizikal

                Kanak-kanak sering menjadi mangsa kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti           terjatuh, melecur atau

keracunan. Kejadian-kejadian ini boleh dielakkan sekiranya         setiap orang berwaspada dan dapat

membuat            jangkaan malang yang mungkin                menimpa. Di setiap ruang dan di setiap masa guru prasekolah

perlulah berwaspada       kerana kanak-kanak seumur 4 - 6 tahun ini sangat lincah, terdedah kepada berbagai               bahaya.

Di            antara langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ialah:

A)            Pastikan kelas dan kawasan sekeliling selamat bagi kanak-kanak bermain

i.              Elakkan mereka daripada terjatuh dari aras tinggi seperti buaian, tangga, gelunsur, tingkap yang terbuka atau lantai

yang licin kerana ini boleh mencederakan mereka.

ii.             Elakkan mereka dari menghampiri perigi, kolam atau longkang yang dalam.

iii.            Pastikan kanak-kanak tidak dibiarkan bermain seorang diri di tempat tinggi tanpa pengawasan.

iv.            Lapkan lantai dengan segera bagi mengelakkan mereka dari tergelincir.             Tikar atau permaidani yang telah

dilipat disimpan di tempatnya. Barang-      barang tidak disepahkan dilantai.

v.             Letakkan kipas angin di tempat yang tinggi.

vi.            Elakkan daripada menggunakan perabot yang diperbuat daripada kaca.

b)            Jauhkan kanak-kanak dari dapur panas, air panas dan semua jenis peralatan                                   elektrik

I.              Mancis dan pemetik api perlu dielakkan

ii.             Kedudukan dapur dan soket pada dinding perlu di dalam keadaan yang                                                             sesuai.

C)            Bahan beracun dan ubat-ubatan harus dijauhi dari dicapai oleh kanak-kanak

Ubat-ubatan

I-              semua jenis ubat mesti disimpan di tempat yang selamat, seboleh-bolehnya   dikunci.

II-             simpan ubat di dalam bekas asalnya sebagai langkah berjaga-jaga    

III-            ubat yang tidak diguna mesti dilupuskan

Bahan pencuci/minyak tAnah

I-              bahan pencuci dan minyak tanah boleh mendatangkan kesan yang tidak baik jika diminum oleh kanak-kanak. Ia perlu disimpan

ditempat selamat

II-             jika terminum, beri susu atau air. Jika terpecit pada kulit atau mata, cuci                                dengan air yang banyak.

Racun makhluk perosak

I-              -  jangan simpan racun di dalam botol minuman atau menggunakan bekas   racun yang kosong untuk memasak atau

menyimpan makanan.

II-             jangan letakkan berdekatan atau bersama makanan

III-            Jika terkena pakaian, rendamkan pakaian itu dalam air, cuci kulit dan kuku                         dengan sabun.

d)            Jangan biarkan kanak-kanak memasukkan benda-benda ke dalam mulut, hidung            atau telinga.

i.              Benda-benda yang kecil seperti kekacang, gula-gula, manik, butang, syiling                       atau bahagian-bahagian

tertentu pada permainan, penggunaannya perlu                                  diawasi.

ii.             Jika memberi makanan yang berbiji dan bertulang perlu pengawasan.

e)            Kanak-kanak tidak boleh dibiarkan bermain di sudut air bersendirian

i.              Kejadian lemas boleh berlaku di rumah atau di sekolah jika kanak-kanak                                            terjatuh ke

dalam takungan air, perigi, kolam ikan atau longkang besar.

ii.             Kanak-kanak perlu diajar berenang.

Page 8: Keselamatan Di Prasekolah

f)             Awasi kanak-kanak semasa bermain di sudut permainan luar

i.              Guru hendaklah  sentiasa mengawasi kanak-kanak yang bermain di padang permainan kerana keghairahan mereka terhadap

peralatan di sudut itu boleh membahayakan.Pastikan kanak-kanak sentiasa memakai kasut atau selipar semasa bermain

ii.             Semua peralatan itu perlu diselenggara dengan baik supaya berada di dalam keadaan selamat (menurut tinjauan Jemaah

Nazir, kebanyakkann alat permainan luar seperti pondok, buaian dan jongkang-jongkit telah rosak dan tidak selamat lagi

digunakan)

v.             Kotak permainan pasir dan air perlu dijaga dengan baik.

g)            Awasi kanak-kanak semasa di jalan raya

                i.              Kanak-kanak mesti dilatih supaya beringat  tentang bahaya semasa     berada di               jalan raya.

                ii.             Ajarlah  mereka cara menyeberang jalan, berjalan di tempat pejalan kaki

                iii.            Jangan benarkan sama sekali mereka bermain di tepi jalan kerana jalan                                            bukan

tempat bermain.

                h)            Peti pertolongan cemas

Sebuah peti pertolongan yang lengkap dan boleh digunakan semasa kecemasan            hendaklah disediakan di

setiap prasekolah           

                i)              Alat pemadam api

Bangunan prasekolah sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya dua pintu dan           pengudaraan yang baik. Ia perlu

dilengkapi dengan alat pemadam api

                j)              Kesihatan

Sebuah sudut khas hendaklah disediakan di setiap prasekolah untuk menempatkan kanak-kanak yang sakit sehingga mereka

dijemput oleh ibubapa.

Kemudahan fizikal dalam bangunan prasekolah serta ciri keselamatan yang perlu

ada

KEMUDAHAN FIZIKAL BANGUNAN PRASEKOLAH

Kemudahan fizikal yang disediakan mestilah mencukupi, sesuai dan

diselenggarakan dengan baik serta mampu menyumbang ke arah peningkatan

kualiti pendidikan. Setiap kemudahan fizikal yang disediakan mestilah sesuai

dari segi susun atur dan pemilihan ruangnya. Pengurusan ruang merupakan

perkara yang penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di

kelas. Murid memerlukan ruang yang mencukupi dan sesuai dalam

menjalankan aktiviti agar mereka bebas untuk berinteraksi dengan bahan

pembelajaran yang disediakan. Ruang yang disediakan mestilah kondusif agar

dapat merangsang pembelajaran murid. Setiap ruang yang diwujudkan perlu

mempunyai ciri-ciri berikut:

Page 9: Keselamatan Di Prasekolah

i)             Selesa

a)    Keluasan yang bersesuaian

b)    Pengudaraan yang baik

c)    Pencahayaan yang baik

ii)            Mudah alih

a)    Ruang dan susun atur peralatan boleh diubahsuai dari semasa ke semasa.

b)    Peralatan boleh ditamba mengikut kesesuaian tema dan keperluan pengajaran

dan pembelajaran.

iii)           Pelbagai guna

a)    Rung dan peralatan yang sesuai dapat digunakan untuk kepelbagaian aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.

iv)           Selamat

a)    Peralatan dan bahan yang digunakan hendaklah selamat.

b)    Susun atur dalam bilik memudahkan pergerakan murid.

c)    Penyimpanan bahan/peralatan perlu sesuai dengan keadaan fizikal murid.

d)    Peralatan dan bahan hendaklah sentiasa bersih.

e)    Peralatan elektrik perlu diletak berhampiran dengan punca kuasa.

v)            Ceria

a)    Penyusunan bahan dan peralatan dalam bilik perlu kemas, rapi, menarik,

berlabel dan sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran semasa.

b)    Keadaan fizikal bilik hendaklah sentiasa menarik dan bersih.

vi)           Bermakna

a)    Ruang yang disediakan dapat merangsang murid untuk terlibat secara aktif

dalam pengajaran dan pembelajaran.

b)    Murid boleh mengaitkan ruang yang disediakan dengan kehidupan seharian.

Peralatan dan bahan dalam ruang mestilah sesuai dengan perkembangan

fizikal dan mental kanak-kanak.

            Ruang pembelajaran merangkumi keseluruhan premis prasekolah.

Ruang ini merangkumi ruang dalam kelas, ruang luar kelas, ruang dapur dan

ruang bilik air.

Page 10: Keselamatan Di Prasekolah

a)    Ruang dalam Kelas

Ruang dalam kelas berfungsi untuk merangsang pembelajaran murid dan

memantapkan peningkatan kemahiran kognitif seperti kemahiran berbahasa

dan kemahiran berfikir. Ia juga dapat menggalakkan penerapan kemahiran

bersosial dan nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti bekerjasama,

bertolak ansur dan keyakinan diri. Selain itu, ruang ini juga berfungsi untuk

membolehkan murid menjalankan pembelajaran kendiri mengikut tahap

kebolehan mereka. Walhal pula, ruangan ini turut membantu guru dalam

menjalankan aktiviti bimbingannya terhadap murid yang bermasalah selain

memudahkannya untuk membuat penilaian terhadap perkembangan murid dari

aspek kognitif (pengetahuan dan kemahiran), afektif (sikap dan tingkahlaku)

dan psikomotor (fizikal). Jenis-jenis ruang dalam kelas dapat dibahagikan

kepada tiga bahagian iaitu pusat pembelajaran seperti Pusat Bahasa dan

Komunikasi, Pusat Kreativiti dan Estetika, Pusat Kognitif, Pusat Manipulatif,

Pusat Teknologi, Pusat Main Peranan serta Pusat Kerohanian dan Moral;

Ruang Berkumpul (circle time) dan Pusat rujukan Guru.

b)    Ruang Luar Kelas

Ruang Luar Kelas terdiri daripada ruang pondok dan tempat main air, main

pasir dan ruang berkebun.

i)             Ruang Pondok

Ruang pondok boleh diwujudkan sama ada di dalam mahupun di luar kelas.

Ruang ini diwujudkan bagi membolehkan murid untuk menjalankan aktiviti

sendiri serta membolehkan mereka berinteraksi dan berkomunikasi sesama

sendiri. Selain itu, dengan kewujudan ruang ini juga, murid-murid dapat

mengalami akan suasana yang sebenar seperti berada dalam rumah kediaman,

klinik mahupun kedai. Mereka juga mampu untuk melahirkan emosi yang

pelbagai berdasarkan bentuk aktiviti atau permainan yang dijalankan.

Tambahan pula, kehadiran pondok ini juga secara tidak langsung dapat

mengembangkan bakat serta minat murid-murid terhadap sesuatu bidang

Page 11: Keselamatan Di Prasekolah

kerjaya sama ada guru mahupun doktor dan sebagainya. Mereka cuba untuk

melakonkan pelbagai watak dalam sesebuah cerita berdasarkan pengalaman

yang diperoleh semasa di rumah dan juga di persekitaran mereka.

           Antara peralatan yang terdapat dalam ruangan ini adalah berbentuk set

alat permainan main peranan seperti mainan memasak, pakaian doktor dan

peralatannya serta peralatan ubat-ubatan. Selain itu, jenis alat permainan

berbentuk tradisional juga terdapat di dalam ruangan ini seperti congkak, guli,

batu seremban, dan konda-kondi. Pengisian-pengisian ini secara tidak

langsung mambu membantu memperkembangkan tahap pemikiran kanak-

kanak agar menjadi lebih kreatif dalam melakukan sesuatu aktiviti.

ii)            Tempat Main Air dan Main Pasir

Ruang ini diwujudkan untuk meningkatkan kemahiran motor halus murid-

murid melalui karya yang dihasilkan. Secara tidak langsung, ruangan ini dapat

menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti mengamalkan

sikap bertolak ansur dan bekerjasama dalam menghasilkan karya masing-

masing. Tambahan pula, ruangan ini berfungsi untuk menimbulkan kepekaan

terhadap persekitaran dalam diri murid iaitu dengan menamakan apa sahaja

objek yang dilihat berada disekeliling mereka. Bahkan, ruangan ini juga

mampu menanam sikap keprihatinan murid-murid terhadap aspek

keselamatan dan kesihatan diri terutama semasa mereka bermain dengan

pasir. Selain itu, ruangan ini  diwujudkan untuk memberi peluang kepada

murid-murid dalam menimba dan  memperoleh pengalaman melalui

penerokaan yang dilakukan. Antara alatan bagi ruangan ini adalah kotak air

dan pasir penutup, alat permainan pasir dan pasir, pasir yang bersih dan pili

air di Kotak Main Air.

iii)           Ruang Berkebun

Ruang berkebun ialah ruangan yang disediakan kepada murid-murid untuk

merasai suasana sebenar yang dirasai oleh seorang petani. Selian itu, ruangan

ini juga berfungsi untuk memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang

Page 12: Keselamatan Di Prasekolah

perkembangan dan pertumbuhan sesuatu tumbuhan. Murid-murid dapat

melihat perkembangan dan pertumbuhan tumbuhan tersebut apabila mereka

bersama-sama menanam benih tumbuhan itu dan memerhatikan tumbesaran

yang berlaku ke atas benih itu. Pelbagai jenis tumbuhan boleh ditanam di

ruangan ini seperti sawi, lada dan bunga-bungaan. Antara pengisian untuk

ruangan ini adalah kepelbagaian jenis pokok herba dan poko renek, tanaman

berbatas dan kolam untuk tumbuhan air seperti teratai dan kiambang.

iv)           Alat Permainan Luar

Alat permainan luar disediakan bagi membolehkan murid untuk meningkatkan

kemahiran motor kasar mereka, mendisplinkan diri semasa menggunakannya

dan juga menjadi prihatin terhadap aspek keselamatan semasa menggunakan

setiap jenis alatan permainan luar. Antara peralatan yang boleh diletakkan

dalam permainan luar ialah jongkang jongket, papan gelunsur, papan

imbangan, rangka panjat (monkey bar), terowong dan buaian.

c)    Ruang Dapur

Ruang dapur terbahagi kepada ruang penyediaan makanan dan juga ruang

makan.

i)             Ruang Penyediaan Makanan

Ruang penyediaan makanan diwujudkan bagi membolehkan aktiviti memasak

dan aktiviti mencuci peralatan dijalankan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk

memberi bimbingan kepada murid dalam penyediaan makanan dan minuman.

Tambahan pula, ruangan ini mampu membantu dan memberi bimbingan

kepada murid untuk mengemas peralatan dapur serta mengasingkannya

mengikut tahap keselamatan masing-masing setelah digunakan. Antara

peralatan yang terdapat dalam ruangan ini ialah dapur, sinki, peti sejuk, rak

pinggan mangkuk, set peralatan memasak, peralatan mencuci, set pinggan

mangkuk, menu, kain pengelap, bahan pencuci atau pembasmi kuman dan alat

pemadam api.

Page 13: Keselamatan Di Prasekolah

ii)            Ruang Makan

Ruang makan perlu diwujudkan bagi membolehkan murid untuk makan

ditempat yang disediakan. Selain itu, mereka juga boleh didedahkan dan

dibimbing mengenai cara penyediaan serta hidangan makanan dan minuman.

Murid-murid juga dibimbing dalam ruangan ini mengenai cara mengemas

ruang makan selepas digunakan. Antara peralatan yang terdapat dalam

ruangan ini ialah meja beralas, tikar, kerusi, pelapik makanan, carta doa

makan, carta makanan seimbang, carta kesihatan, tuala tangan dan cermin.

d)    Ruang Bilik Air

Ruang bilik air diwujudkan bagi membolehkan murid untuk mengamalkan

kebersihan diri dengan betul, mengamalkan kebersihan tandas sebelum,

semasa dan selepas menggunakannya, serta mengetahui cara penggunaan air

secara berhemah. Dalam ruangan ini, terdapat pelbagai kemudahan yang

disediakan seperti tandas untuk murid lelaki dan murid perempuan yang

diasingkan mengikut jantinanya, sinki, bilik mandi (shower), cermin, sabun,

berus, mop, pewangi dan pencuci, gayung dan baldi, salur getah serta selipar.

PANDUAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN

a)    Ruang Pembelajaran dan Kebersihan

Pembahagian ruang mestilah seimbang. Susun atur perabot hendaklah

memudahkan pergerakan murid supaya ‘traffic flow’ dalam kelas berjalan

lancar. Susun atur perabot juga mestilah tidak melindungi pandangan guru

untuk melihat pergerakan murid. Setiap penjuru perabot yang tajam perlu

diletakkan atau disusun dalam keadaan yang tidak membahayakan murid.

Manakala peralatan yang membahayakan seperti gunting, jarum dan

sebagainya hendaklah disimpan di tempat yang selamat. Bagi bahan-bahan

yang digunakan seperti krayon, pewarna, plastesin, dan sebagainya hendaklah

dipastikan bahawa ianya diperbuat daripada bahan yang tidak bertoksid.

Selain itu, keadaan peralatan daripada elektrik seperti komputer, radio dan

Page 14: Keselamatan Di Prasekolah

televisyen dipastikan bahawa suisnya dimatikan selepas digunakan. Jeriji besi

kelas hendaklah sentiasa ditutup sekiranya kelas prasekolah berasingan

dengan taman permainan.

           

Keadaan lantai dalam kelas hendaklah sentiasa kering dan bersih.

Begitu juga dengan pintu dan tingkap yang mestilah bersih sepanjang masa.

Keadaan peti pertolongan cemas pula mestilah sentiasa lengkap dan berada

ditempat yang selamat serta mudah untuk dicapai. Selain itu, pelan laluan

kecemasan atau kebakaran hendaklah ada dan dipamerkan di setiap kelas

prasekolah di tempat yang strategik. Manakala bagi latihan kebakaran pula,

pihak sekolah hendaklah membuat latihan ini sekurang-kurangnya dua kali

setahun kepada murid-murid. Keadaan perabot dan peralatannya mestilah

sentiasa kemas dan selamat untuk digunakan.

b)    Ruang Dapur (Ruang Penyediaan Makanan dan Ruang Makan)

Setiap peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat. Suis

peralatan elektrik yang digunakan hendaklah sentiasa dimatikan selepas

selesai menggunakannya. Keadaan peralatan elektrik mestilah berada dalam

kedudukan yang selamat dan tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak seperti

cerek dan kuali. Bagi bekas yang mengandungi air panas hendaklah sentiasa

ditutup dan diletakkan di tempat yang tinggi dan selamat. Bahan-bahan yang

berbahaya seperti bahan peluntur dan pembasmi kuman perlu dijauhkan

daripada kanak-kanak.  Keadaan tabung gas pula mestilah berada dalam

keadaan baik dan ditutup selepas digunakan. Sekiranya tabung gas diletakkan

ditempat yang tertutup, pastikan ianya mempunyai ruang untuk peredaran

udara yang baik dan selamat.

            Alat pemadam api yang terdapat di bangunan prasekolah ini hendaklah

berfungsi dan diletakkan di tempat yang selamat serta tidak luput tarikhnya.

Pihak pengurusan prasekolah iaitu pembantu pengurusan murid dan guru

prasekolah hendaklah sentiasa menyemak tarikh luput bagi setiap stok bahan

makanan dan minuman. Bagi lantai dan meja yang terdapat dalam ruangan ini

Page 15: Keselamatan Di Prasekolah

hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang kering dan bersih. Begitu juga

dengan setiap pinggan dan mangkuk di ruangan ini mestilah bersih dan

tersusun rapi. Tidak lupa juga peti sejuknya hendaklah sentiasa dibersihkan.

Selain itu, keadaan tong sampah juga hendaklah sentiasa ditutup dan

diletakkan di tempat yang betul.

c)    Ruang Bilik Air

Bagi keselamatan dan kebersihan dalam ruangan ini pula, keadaan lantainya

hendaklah sentiasa bersih dan kering. Setiap pencuci tandas, pewangi dan

pembasmi kuman perlulah disimpan di tempat yang selamat. Keadaan

mangkuk tandas dan sinki dalam ruangan ini mestilah berkeadaan bersih.

Begitu juga dengan saliran air yang berlaku hendaklah sentias bersih.

Manakala bahan seperti pencuci tangan, sabun dan tuala tangan perlu

disediakan dengan baik.

d)    Ruang Luar Kelas

Tempat permainan luar hendaklah rata dan selamat iaitu tidak terdapat batu

dan benda yang tajam. Setiap alat permainan luar hendaklah berada dalam

keadaan selamat untuk digunakan iaitu dijamin tidak berkarat atau rosak. Bagi

ruang kaki lima pula, ianya perlulah sentiasa kering dan bersih. Keadaan rak

kasut atau tempat letak kasut pula hendaklah sentiasa kemas dan tersusun.

Begitu juga dengan keadaan longkang disekitar kelas prasekolah ini.

longkang-longkang tersebut hendaklah berada dalam keadaan bersih dan

selamat dengan meletakkan penutup di atas setiap longkang supaya

mengelakkan kecederaan kanak-kanak berlaku.

e)    Cadangan perkhidmatan prasekolah berkualiti dan dapat memenuhi hak dan

keperluan kanak-kanak.

CIRI-CIRI KESELAMATAN CIRI-CIRI KESELAMATAN DI PRASEKOLAH YANG PERLU

DIUTAMAKA Menggunakan alatan permainan yang diperbuat daripada plastik - Ia boleh

Page 16: Keselamatan Di Prasekolah

mengurangkan risiko kecederaan di kalangan kanak-kanak semasa   bermain. Mengawasi

kanak-kanak - Guru sentiasa memantau dan mengawasi kanak-kanak ketika mereka   

bermain. Kanak-kanak yang terlalu lasak di berikan perhatian yang    lebih bagi

mengelakkan sebarang pergaduhan.   Penggunaan selipar ke tandas - kanak-kanak yang

ingin ke tandas harus memakai selipar. Ia bagi   mengelakkan kanak-kanak dari terjatuh jika

lantai licin. ¶ Pembalutan span pada tiang yang keras - membalut tiang atau bucu yang

tajam menggunakan span bagi   mengurangkan risiko kecederaan teruk kepada kanak-

kanak. Meja   segiempat tidak digunakan sebaliknya diganti dengan meja bulat yang   lebih

selamat. Mewujudkan kawasan larangan -    Dapur merupakan kawasan larangan bagi

kanak-kanak. Mereka      tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur kecuali ketika     

mengambil makanan. Kawasan longkang ditutup -Longkang dan lubang ditutup

menggunakan papan penutup. Ia bagi  mengelakkan kanak-kanak dari terjatuh ketika

bermain. Larangan menggunakan pensel warna yang tajam -  Kanak-kanak tidak dibenarkan

menggunakan pensel warna yang terlalu    tajam.Semasa kanak-kanak mewarna,guru

sentiasa memeriksa keadaan      pensel warna mereka. Wayar-wayar elektrik dijauhkan dari

kanak-kanak - Guru sentiasa memastikan wayar-wayar ini berada di tempat yang tinggi dan

tidak berserabut.Kanak-kanak juga dilarang mendekati wayar-wayar ini. Lantai kelas

haruslah sentiasa bersih dan kering - Guru sentiasa meneliti keadaan lantai

prasekolah.Lantai harus kering dan    bersih. Ini kerana,kanak-kanak gemar berlari dalam

kelas mereka.Lantai    yang licin boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak. Pintu

pagar ditutup mengikut waktu - Pintu pagar utama akan ditutup selepas jam 8.30 pagi setiap

hari. Ia bagi   mengelakkan orang yang tidak dikenali memasuki kawasan prasekolah dan  

ini akan membahayakan kanak-kanak. Pinggan dan cawan plastik digunakan - Kanak-kanak

menggunakan pinggan dan cawan daripada plastik ketika   makan. Jika perkakas ini

terjatuh,ia masih boleh bertahan dan tidak   mengundang risiko kecederaan kepada kanak-

kanak berbanding jika   menggunakan perkakas kaca.

Copy and WIN : http://bit.ly/1J3vX3K

Page 17: Keselamatan Di Prasekolah

KESELAMATAN KANAK-KANAK

Keselamatan di prasekolah/ rumah

       

Latih anak-anak dari kecil lagi tentang keselamatan diri dengan memberitahunya tentang

benda-benda yang berbahaya. Pada mulanya anak mungkin sukar memahaminya dan

mungkin akan melupakan larangan tersebut selepas itu tetapi jika anda kerap

mengingatinya, lama-kelamaan dia pasti dapat menerimanya. Apabila sudah cerdik, dia

akan memahami apa yang anda katakan dan akan melakukan apa yang disuruh.

Terdapat beberapa peraturan mudah yang harus diikuti. Peraturan tersebut ialah seperti

berikut:

jangan menyentuh soket elektrik dan jangan bermain dengan benda-benda tajam

jangan biar anak bersendirian terlalu lama. Walaupun anda sangat sibuk, pastikan

anda sentiasa tahu apa yang sedang dilakukan oleh anak dan di mana dia berada.

pastikan ubat-ubatan diletakkan di tempat yang tidak mudah tercapai oleh kanak-

kanak

jangan biarkan anak-anak berlari di dalam rumah atau di ruang prasekolah dengan

memakai stoking

pastikan terdapat nombor telefon kecemasan dan diletakkan di sebelah telefon.

jangan letak pokok atau pasu bunga yang beracun di dalam ruang tamu atau ruang

pembelajaran prasekolah.

jika meja mempunyai sisi yang tajam dan anak boleh terhantuk padanya, pasangkan

pelapik sudut plastik.

pastikan pintu depan ditutup rapat supaya anak tidak boleh membuka pintu dan

keluar ke jalan raya.

susun rapi alat permainan kanak-kanak.

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?

Page 18: Keselamatan Di Prasekolah

y=2010&dt=0702&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm

Keselamatan di dapur

   

 

 

Tempat ini berbahaya kerana tedapat benda-benda tajam seperti pisau dan benda yang

panas seperti air didih, minyak panas, kuali panas, mancis dan lain-lain.

 

Terdapat beberapa peraturan mudah yang harus diikuti. Peraturan tersebut ialah seperti

berikut:

tanggalkan plag perkakas elektrik supaya anak-anak tidak dapat memasangnya.

letak pisau dan garpu di tempat yang selamat.

bersihkan mangkuk haiwan peliharaan dan simpan di tempat yang selamat.

jangan letak perkakas yang berisi minyak panas atau air panas di tempat yang boleh

dicapai oleh kanak-kanak.

simpan mancis atau pemetik api  di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-

kanak.

pastikan lantai dapur sentiasa kering dan tidak berminyak.

sediakan pemadam api

engselkan pintu ayun semasa anak berada di dapur. Anak boleh tersepit jari atau

terhantuk.

jangan simpan makanan dalam tin yang telah dibuka  di dalam peti sejuk. simpan

baki makanan di dalam bekas yang bersih.

Page 19: Keselamatan Di Prasekolah

Keselamatan di dalam bilik air

       

Kanak-kanak mudah terjatuh di dalam bilik air. Terdapat beberapa panduan yang boleh

dirujuk bagi memastikan keselamatan anak di dalam bilik air.

gunakan kabinet ubat yang boleh dikunci.

gunakan alas kaki yang tidak tergelincir.

simpan kosmetik di tempat yang tidak dapat dicapai oleh anak terutama jenis

aerosol.

simpan bahan pencuci dan berus tandas di dalam kabinet yang berkunci. Jangan

letak di belakang tandas.

jangan biar anak bermain dengan air, baldi, singki dan lain-lain.

jangan biar anak bermain shampu, sabun, serbuk pencuci dan kertas tisu

Keselamatan semasa bermain alat mainan

        Periksa setiap alat permainan  supaya tidak mengandungi toksik. Walaupun terdapat

undang-undang tentang pengeluaran alat mainan yang selamat bagi kanak-kanak dan

kesedaran para pengeluar, ramai kanak-kanak masih tercedera atau terbunuh oleh alat

permainan. Pastikan alat permainan tidak mempunyai sisi yang tajam.  Alat permainan perlu

sentiasa bersih supaya kanak-kanak tidak terjangkit penyakit tangan kaki dan mulut. 

Page 20: Keselamatan Di Prasekolah

Pastikan alat permainan disimpan dengan baik di dalam kabinet selepas bermain supaya

ruang untuk berjalan lebih selamat.

Keselamatan semasa bersukan dan bermain di

taman permainan

       

 

Terdapat pelbagai jenis aktiviti luar. Aktiviti luar ialah aktiviti yang paling diminati oleh kanak-

kanak prasekolah. Antara perkara yang perlu diambil perhatian semasa kanak-kanak

bersukan atau ketika bermain di taman permainan ialah:

 pastikan kanak-kanak memakai kasut yang tapaknya tidak licin dan memakai seluar

sukan yang sesuai.

tempat memanjat seharusnya terletak di atas rumput atau pasir supaya anak-anak

tidak cedera jika terjatuh.

alat permainan mesti dipasang dengan kukuh.

jangan benarkan kanak-kanak membaling pasir semasa bermain di timbunan pasir.

Ini kerana pasir boleh mencalarkan mata.

semua alat permainan dipastikan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.

sumber: Dr Miriam Stoppard. (1998). Panduan Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak. Kuala

Lumpur: Tropical Press Sdn Bhd.