kesejahteraan penempatan PPRT
-
Upload
iezahosman9741 -
Category
Documents
-
view
1.717 -
download
3
description
Transcript of kesejahteraan penempatan PPRT
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Kediaman merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia ini
jelas dari segi definisi dan fungsi kediaman sendiri yang mampu memberi
perlindungan, privasi, ketenteraman, rasa hak memiliki, identiti dan keselesaan.
Identiti mempunyai perkaitan yang rapat dengan rumah yang dimiliki ,perasaan
selamat serta kehidupan bermasyarakat yang menjamin kehidupan yang lebih
sihat dan selamat. Selain itu, kediaman juga telah diterima sebagai satu daripada
hak asasi manusia. Hak ini telah termaktub dalam Konvensyen Antarabangsa
seperti Deklarasi Sejagat Mengenai Hak Asasi Manusia (Artikel 25), Perjanjian
Antarabangsa Mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan kebudayaan (Artikel 11(1)) dan
lain–lain. Justeru itu, kediaman dianggap suatu tempat yang mampu memberi
kesejahteraan kepada penghuninya.
Dari tahun 1960 sehingga tahun 2000 penduduk Malaysia mengalami
pertumbuhan hampir tiga kali ganda. Manakala, unjuran kadar pertumbuhan ini
1
akan terus meningkat pada tahun 2020 di mana rakyat Malaysia mencapai angka
34 juta orang (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Malaysia, 2001).
Perkembangan yang pesat di beberapa negeri dalam negara telah menyumbang
kepada peningkatan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar. Akibat
penghijrahan penduduk luar bandar untuk memenuhi pasaran buruh telah
menyebabkan proses perbandaran meningkat. Selangor merupakan negeri yang
mencatatkan kadar bilangan tertinggi penduduk bandar iaitu 3,483,765 orang pada
tahun 2000. Peningkatan pendudukan dalam sesuatu bandar telah mewujudkan
satu bentuk rangsangan kepada pihak-pihak tertentu dalam meningkatkan taraf
hidup penduduk dalam aspek perumahan yang mampu menampung bilangan
penduduk yang semakin meningkat.
Bahkan sistem kemudahan lain turut terlibat seperti kemudahan sanitari,
pembuangan sampah mahupun penyediaan sistem saliran yang baik. Secara
amnya di Malaysia, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dalam
memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyatnya dari segi aspek
perbandaran terutamanya perlindungan alam sekitar dari pencemaran air, udara,
bunyi yang terhasil daripada proses perbandaran dan peningkatan dalam sektor
industri. Justeru itu, kajian yang dilakukan oleh Nor Adilah (2005) menyatakan
bahawa dalam penyediaan perumahan, kerajaan bersama sektor swasta
mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab sosial
ini termasuklah penyediaan prasarana dan persekitaran yang sihat kepada
penghuni rumah. Pada yang sama, tanggungjawab ini penting bagi memastikan
masalah kemiskinan dan perpaduan dalam kalangan rakyat dapat diatasi.
2
Namun, usaha yang digembleng oleh pihak kerajaan dan pihak swasta
dalam penyediaan perumahan kos rendah dan sederhana kepada penduduk masih
tidak mampu memenuhi permintaan. Bahkan, bagi golongan yang tidak mampu
membeli rumah atau menyewa mempunyai kecenderungan untuk membina rumah
di penempatan haram. Pelbagai isu dan masalah berkaitan seperti kesesakan
penghuni, masalah sosial, kemiskinan, keburukan astetik alam sekitar dengan
bangunan berselerak serta kekurangan kemudahan insfrastruktur dan sebagainya
telah wujud di kawasan setinggan dan kawasan sekitarnya. Kawasan penempatan
secara haram ini juga dikenali sebagai perumahan setinggan.
Secara umumnya, setinggan merupakan penempatan perumahan. Rumah
merupakan keperluan asas yang amat penting selain daripada makanan dan juga
minuman. Rumah setinggan ialah sejenis rumah yang didiami oleh manusia bagi
mendapat perlindungan. Setinggan dikatakan perumahan haram kerana setiap
aspek atau perkara yang berkaitan pendirian rumah di sesuatu kawasan tidak
mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan Punca utama kepada kewujudan
setinggan ialah ketidakupayaan orang awam untuk memiliki rumah yang
disediakan oleh kerajaan ataupun pihak swasta (Mohamed, 2005). Dalam kajian
beliau lagi, penempatan haram ini dikenali sebagai setinggan di Malaysia,
Indonesia dipanggil ‛kampung’, di Manila dikenali sebagai ‛barung atau borongs’,
di Bombay pula penempatan ini dikenali sebagai ‛butees’, manakala di Istanbul ia
dikenali sebagai ‛qecekandus’. Oleh hal demikian, permasalahan setinggan bukan
sahaja berlaku di Malaysia malah ia merupakan masalah kepada negara-negara
lain di dunia.
3
Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pelbagai langkah
telah diambil oleh badan pemerintah untuk menyelesaikan permasalahan atau isu
kemiskinan. Bermula daripada Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) lagi
kerajaan telah mengatur beberapa strategi sehingga Rancangan Malaysia Ke-9
(2006-2010) kini bagi menangani masalah kemiskinan di kalangan rakyat
Malaysia.
Setinggan sering kali dikaitkan dengan kemiskinan, definisi Kemiskinan
secara relatifnya iaitu mengikut keadaan masyarakat yang berada di sesebuah
negara. Bagi kebanyakan individu menyatakan kebimbangan mengenai
kemiskinan, isu ini amat merisaukan pelbagai pihak. Ia dianggap sebagai penyakit
sosial yang paling dahsyat dan menjadi musuh utama kepada rancangan
pembangunan negara (Hairi, 1984). Kemiskinan bukan sahaja dilihat sebagai
fenomena ekonomi semata-mata, tetapi juga sebagai masalah sosial dan politik.
Oleh hal demikian, bagi membendung isu kemiskinan ini pelbagai langkah yang
telah diambil oleh kerajaan dan salah satu langkahnya ialah Program Perumahan
Rakyat (PPR) Bersepadu. Program (PPR) direncanakan oleh kerajaan ini
ditubuhkan pada tahun 1989. Tujuan utama (PPR) ialah memastikan pertumbuhan
ekonomi yang berterusan dan seimbang serta bagi menjana pendapatan rakyat
terutamanya yang berpendapatan rendah dan membasmi kemiskinan tegar serta
meningkatkan kualiti hidup.
Program Penempatan Semula (PPR) ini adalah satu program yang
menyediakan kemudahan perumahan untuk disewa pada harga RM124 sebulan
bagi penempatan semula setinggan. Matlamat program ini adalah untuk mencapai
4
setinggan sifar menjelang Wawasan 2020. Sehingga tahun 2006 sebanyak 52
projek telah dilaksanakan yang melibatkan 53,348 unit rumah
(www.ktkp.gov.my). Program ini adalah keputusan yang dibuat oleh Majlis
Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi membendung setinggan dan memberi
sebuah kediaman kepada rakyat yang layak untuk menerimanya ataupun kawasan
setinggan yang dipindahkan ke kawasan penempatan yang lebih terancang.
Jadual 1.1: Maklumat Setinggan Mengikut Negeri-Negeri Terpilih.
Negeri Bil. setinggan yang belum dipindahkan (n=rumah)
W. P. Kuala Lumpur 11,969
W. P. Labuan 1,068
Selangor 2,811
Johor 11,411
Pulau Pinang 5,835
Kedah 3,443
Perak 14,282
Melaka 52
Sabah 25,525
Sumber: Kajian Penduduk dan Keluarga Setinggan di Semenanjung Malaysia,
2006.
1.1 Kenyataan Masalah
Program Penempatan Semula ( PPR) merupakan satu projek penyediaan
perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dan juga mereka yng terbabit
dengan setinggan. Program ini mula dilaksanakan semenjak 10 tahun lalu bagi
5
menangani permasalahan berkaitan penempatan rakyat yang tidak teratur serta
bagi membasmi kemiskinan dalam negara. Keadaan ini telah memberi harapan
yang baru bagi rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih sempurna dan sihat.
Melalui prasarana yang dibina di kawasan penempatan semula rakyat ini akan
memberi kemudahan kepada rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih baik
di samping dapat meningkatkan kualiti hidup.
Namun begitu, terdapat beberapa masalah sampingan di sebalik
pembangunan program ini. Sehubungan dengan kewujudan masalah di dalam
program ini kajian ini cuba melihat dan mengkaji dengan lebih mendalam tentang
permasalahan yang wujud misalnya mengenai ruang fizikal, kewangan,
pengukuran persekitaran dan material. Kajian ini penting dalam melihat tahap
kesejahteraan penghuni Program Penempatan Semula:
1. Adakah ruang fizikal kediaman ini memberi tahap kepuasan
kepada penghuninya?
2. Adakah prasarana kediaman ini memberi tahap keselamatan yang baik
kepada penghuni kawasan PPR?
3 Bagaimana perbelanjaan dan kos sara hidup penghuni setelah berpindah.
4. Mengenalpasti tahap kepuasan hidup di penempatan semula berbanding
setinggan.
1.2 Kepentingan Kajian
6
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesejahteraan isi rumah (PPR) yang
berkaitan dengan kewangan, pengukuran aspek persekitaran, ruang fizikal dan
material oleh penghuni. Seharusnya (PPR) mampu memberi kesejahteraan bagi
setiap penghuni. Pelaksanaan program ini juga mempunyai matlamat untuk
meningkatkan kualiti hidup
Sehubungan itu, penekanan seharusnya memberi fokus yang utama dalam
ke arah penyediaan rumah yang berkualiti dan tempat tinggal yang selamat.
Keadaan ini boleh memberi hubungan langsung kepada penghuni dari segi
kesejahteraan. Bagi meningkatkan lagi tahap kesejahteraan rakyat yang menerima
PPR ini. Prasarana dan kemudahan awam yang lebih tersusun dan bersistematik
seharusnya dilaksanakan. Selain itu, sepangjang tempoh Rancangan Malaysia
sebanyak 9556 unit rumah baru telah dibina untuk golongan miskin tegar dan
sebanyak 13037 unit rumah telah di baikpulih.
1.3 Objektif Kajian
7
1.3.1 Objektif Umum:
Mengkaji kesejahteraan isi rumah Program Penempatan Semula di
Malaysia.
1.3.2 Objektif Khusus :
1. Mengenalpasti latar belakang isi rumah dan kemampuan kewangan
penghuni PPR Bersepadu
2. Mengkaji tahap kepuasan isi rumah terhadap kewangan, material,
pengukuran fizikal dan pengukuran persekitaran.
3. Mengkaji penggunaan isi rumah dari segi pemilikan material.
4. Mengkaji keperluan perumahan dan persekitaran isi rumah berdasarkan
ciri isi rumah, kemampuan kewangan dan perancangan masa hadapan.
1.4 Definasi Istilah
Kesejahteraan
Konseptual: Keselamatan, kesenangan, (hidup dan lain–lain), kesentosaan dan
ketenteraman. (Kamus Dewan, 2003)
Isi rumah
Konseptual: Individu yang tinggal dalam satu kediaman yang memiliki hubungan
darah ataupun tidak. (Laily, 2007)
Perumahan
8
Konseptual: sebagai satu struktur fizikal yang menyediakan kerangka fizikal
untuk seseorang dibesarkan, tempat untuk menjalankan aktiviti kehidupan, ruang
kehidupan peribadi, ruang untuk mendapat ketenangan, memberi indentiti diri,
jaringan sosial serta tempat untuk membentuk hubungan mesra dan kasih sayang
(Wan Zahari & Ahmad Hariza, 2005).
Kepuasan Perumahan
Konseptual: satu bentuk pengukuran kualiti perumahan yang berbentuk
subjektif. Pengukuran secara subjektif berkait rapat dengan aspek psikososial
seseorang seperti nilai, aspirasi, persepsi, kepuasan dan juga kekecewaan. Ia
mencerminkan penilaian subjektif daripada pengalaman yang dilalui oleh
seseorang adalah satu kompenan penting dalam pengukuran subektif. Secara
definasinya, nilai adalah sesuatu yang penting dan bermakna dalam kehidupan
seseorang kerana ia mempengaruhi tindakan dan keputusan seseorang. Nilai
adalah kriteria yang boeh digunakan untuk mengenalpasti kepuasan atau
ketidakpuasan seseorang. Dalam Kajian perumahan ,ukuran kepuasan dan aspirasi
terhadap pelbagai ciri atau aspek rumah adalah penting dan ianya digunakan
secara meluas (Ahmad Hariza & Bukryman, 2002)
1.5 Kerangka Konseptual
9
Kerangka konseptual ini adalah berdasarkan andaian bahawa kesejahteraan hidup
penghuni PPR adalah bertimbal balas antara komponen kewangan, pemilikan,
kepuasan fizikal dan kepuasan pesekitaran. Oleh hal demikian, kesemua
komponen ini dilihat saling kait dalam mencapai tahap kesejahteraan isi rumah.
Sekiranya berlaku ketidakseimbangan di antara komponen ini maka kesejahteraan
hidup tidak dapat dicapai oleh isi rumah secara menyeluruh (Nurizan, Ahmad
Hariza, Laily & Bukryman, 2000).
Bahkan kerangka konseptual ini juga menujukkan rumah mampu memberi
tahap kepuasan kepada penghuni sekiranya kesemua komponen ini bertimbal
balik. Kepuasan perumahan merupakan pengukuran subjektif yang dibuat oleh
penghuni rumah tersebut. Aspek persekitaran amat penting dalam memberi tahap
kepuasan kepada penghuni. Kawasan perumahan kejiranan adalah satu istilah
yang kerap didengari. Ianya merupakan istilah yang merujuka hubungan antara
kelompok manusia yang tinggal berhampiran. Dalam kajian Ahmad Hariza dan
Bukryman (2002) telah menyatakan kejiaranan sebagai satu unit sosiala spatial
untuk satu organisasi sosial diantara kuasa dan institusi masyarakat yang lebih
besar dari dengan rutin individu setempat dalam keidupan seharian mereka.
Manakala perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di kawasan
perumahan juga penting, penyediaan rumah sebagai keperluan asas tidakdapat
dipisahkan daripada kemudahan, perkhidmtan serta kejiranan diperlukan bagi
menjamin penduduk atau pengguna mencapai tahap kualiti hidup yang berpatutan.
Hal ini termasuklah kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan
10
elektrik,pendidikan seperti sekolah, pengangkutan, kemudahan keselamatan dan
sebagainya. Di samping keperluan berbentuk fizikal, pengguna atau komuniti
penduduk juga memerlukan aktiviti sosial dan kejiranan untuk menghasilkan
komuniti yang sihat, peka terhadap hal ehwal dalam komuniti dan muhibah.
Kajian yang lalu menunjukkan bahawa komuniti yang aktif dalam mengadakan
aktiviti kejiranan dapat merapatkan hubungan dan mengurangkan masalah jenayah
dan sosial dalam komuniti mereka (Nurizan & Mohd Amin, 2002)
1.6 Limitasi Kajian
Kajian ini dijalankan di negeri Kedah Darul Aman di kawasan penempatan
semula Rakyat di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah. Responden yang akan
terlibat adalah penghuni–penghuni perumahan PPR dari kaum melayu untuk
mengetahui tahap kesejahteraan isi rumah Program Penempatan Semula ini.
Ketepatan hasil kajian bergantung kepada kejujuran responden memberi jawapan
kepada soalan. Kefahaman responden terhadap soal selidik yang diberikan juga
akan turut mempengaruhi jawapan yang diberikan.
Angkubah Antisiden Angkubah Bebas Angkubah Bersandar
11
Rajah 1.1: Kerangka Konseptual ”Kesejahteraan Isi Rumah Program
Penempatan Semula, Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah”
12
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan kajian lepas yang berkaitan dengan kesejahteraan isi
rumah terhadap perumahan. Secara umumnya kajian kesejahteraan ini boleh
dibahagi kepada beberapa bahagian seperti kewangan isi rumah, pemilikan
barangan, kepuasan
fizikal, persekitaran dan kepuasan hidup.
2.1 Kesejahteraan
Kebanyakan pengkaji menyatakan kesejahteraan hidup ialah sesuatu perkara yang
menyebabkab seseorang berasa seronok, bahagia dan merasakan hidupnya penuh
bermakna. Kesejahteraan hidup boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu kualiti
hidup objektif dan kualiti hidup subjektif. Kualiti hidup objektif bermaksud
keperluan hidup yang dapat dikecapi oleh individu dan boleh dilihat secara luaran
seperti pendapatan, kesihatan, dan pendidikan. Manakala, kualiti hidup subjektif
membawa erti kepuasan dan nikmat hidup yang dialami oleh individu (Nurizan,
2003).
13
Selain daripada itu, kesejahteraan hidup merupakan satu usaha manusia
untuk meningkatkan dan mengatasi masalah sehingga mencapai satu tahap hidup
yang selamat, sihat, baik dari fizikal dan psikologi. Kesejahteraan hidup
merupakan suatu pengukuran tentang kualiti hidup yang berkaitan dengan tahap
dan taraf yang dicapai oleh individu dalam kehidupan mereka. Makna tahap ialah
apa yang sebenarnya dialami, sama ada yang menggembirakan atau yang dideritai
oleh individu ataupun kumpulan. Manakala maksud taraf pula ialah tahap yang
diingin atau dikejar. Pencapaian seseorang individu atau kumpulan ini akan
melambangkan kejayaan namun sekiranya gagal untuk mencapainya akan
dianggap sebagai kegagalan yang akan menyebabkan kekecewaan kepada
individu atau kumpulan (Laily & Suhaily, 2005).
Konsep tahap dan taraf tidak berhenti setakat ini sahaja malahan terdapat
tahap penggunaan. Tahap penggunaan adalah bersangkutan dengan makanan,
bahan api, dan lain-lain barangan yang tidak boleh diukur. Selain itu,
perkhidmatan yang diberikan oleh rumah, kenderaan, barang tahan lama dan
selainnya serta barangan atau perkhidmatan yang diberi oleh manusia dan
digunakan oleh individu atau kumpulan dalam satu jangka masa tertentu
dinamakan sebagai tahap penggunaan. Seterusnya ialah tahap hidup, keadaan
yang merupakan pengalaman sebenar individu. Senario ini terbentuk dari
kombinasi kompleks penggunaan, persekitaran kerja, pemilikan, kebebasan,
persekitaran serta keharmonian dan keseimbangan dalam memenuhi keperluan
dan kehendak manusia.
14
Menurut Laily dan Suhaily (2005) lagi, kebiasaannya untuk mengukur
tahap hidup ini akan menggunakan dua angkubah. Pengukuran angkubah langsung
digunakan dalam mengukur tahap hidup yang berkaitan dengan kebendaan iaitu
pendapatan dan penggunaan. Bagi pengukuran tidak langsung pula menggunakan
angkubah sosioekonomi. Secara amnya kesejahteraan hidup amat berkait rapat
dengan kualiti hidup yang memberi definisi interaksi pelbagai faktor ekonomi,
sosial, pemilikan, kesihatan, persekitaran dan sebagainya yang merupakan
perkaitan satu eleman dengan elemen yang lain.
2.2 Kewangan
Bagi melihat kesejahteraan hidup isi rumah penempatan semula indikator
ekonomi boleh digunakan. Perkataan ekonomi berasal daripada perkataan yunani
iaitu “ Oikau” yang bermaksud isi rumah “Nomos” pula membawa erti peraturan.
Kajian bersangkutan dengan ekonomi turut diperkembangkan sehingga
mencakupi perlakuan manusia dalam masyarakat dan seterusnya isi rumah.
Bidang ekonomi ini merupakan satu cabang ilmu dari sains sosial. Dalam
kehidupan seharian manusia, perkara yang sering dikaitkan ialah kehendak
individu yang tidak mempunyai batasan atau terhad. Hal ini membawa maksud
manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang diperolehi.
Ketidakseimbangan kehendak individu yang tidak terhad ini menyebabkan
individu terpaksa membuat pilihan iaitu kos melepas (Normaz Wana, 2002).
Penentuan yang dibuat oleh isi rumah terhadap pemilihan barang dan
perkhidmatan adalah untuk digunakan dalam kehidupan (Cochrane & Bell, 1956).
15
Manakala dalam kajian Sadano (1992), pendapatan boleh dibahagikan
kepada beberapa jenis iaitu gaji dan upah, sewa, bunga dan keuntungan
perusahaan. Pendapatan adalah jumlah pendapatan yang diterima oleh semua
individu dalam ekonomi tanpa mengambil kira sama ada pendapatan itu adalah
bayaran untuk faktor-faktor pengeluaran yang digunakan dalam proses
pengeluaran. Ataupun pendapatan itu diperolehi bukan dari penyediaan faktor-
faktor pengeluaran yang digunakan dalam pengeluaran barangan dan
perkhidmatan. Walau bagaimanapun, tidak semua pendapatan boleh digunakan
oleh individu. Pendapatan boleh guna membawa maksud pendapatan individu
yang diperolehi setelah ditolak dengan cukai pendapatan.
Antara lain pandangan mengenai pendapatan ialah kajian yang telah
dijalankan oleh Aldeoff (1985). Beliau telah menyatakan pendapatan dan
perbelanjaan isi rumah Duth di Netherland bergantung kepada beberapa faktor
iaitu komposisi isi rumah, pekerjaan, bilangan isi rumah berkerja, pendapatan dan
kadar upah yang di perolehi serta angkubah-angkubah sosioekonomi. Oleh hal
demikian, melalui kenyataan yang telah dinyatakan oleh Aldeoff (1985),
mendapati bahawa pendapatan isi rumah mempunyai hubungkait yang rapat
dengan saiz keluarga, perbelanjaan, taraf pendidikan, status sosioekonomi serta
faktor geografi isi rumah.
Pendapatan adalah penting bagi seseorang untuk menggunakannya bagi
memenuhi keperluan asas serta kehendak–kehendak yang tidak terbatas. Sadono
(1992) menyatakan pendapatan mempunyai perkaitan yang signifikan dengan
perbelanjaan isi rumah. Pada tingkat pendapatan boleh guna yang sangat rendah,
16
perbelanjaan adalah lebih besar daripada pendapatan. Keadaan ini menunjukkan
perbelanjaan isi rumah melebihi pendapatan pada masa itu tetapi telah di tampung
oleh sumber lain seperti simpanan, penjualan harta, dan juga melalui pinjaman.
Peningkatan pendapatan yang diterima oleh isi rumah semakin tinggi tahap
perbelanjaan isi rumah tersebut.
Pola perbelanjaan pendapatan oleh isi rumah adalah bergantung kepada
sebanyak mana pendapatan yang diperolehi. Pendapatan yang diperolehi akan
dibelanjakan untuk memenuhi keperluan hidup mengikut keutamaan iaitu
keperluan asas akan dipenuhi terlebih dahulu barulah diikuti oleh keperluan–
keperluan lain. Manakala dalam kajian Abdel Ghaney dan Schwouk (1993)
mendapati penggunaan pendapatan boleh dikelaskan kepada beberapa bahagian
iaitu makanan, tempat tinggal, pakaian, reakrasi dan pembacaan. Perbelanjaan
makanan termasuk makanan dan minuman bukan alkohol. Perbelanjaan ini
mempunyai kesamaan dengan indikator yang digunakan oleh Malaysia bagi
mengukur kualiti hidup.
Tingkah laku berbelanja ini dikaitkan dengan latar belakang individu
seperti tahap pendidikan, umur, jantina, pekerjaan, pendapatan, kitaran hidup
keluaraga dan lain-lain. Menurut Laily dan Nurizan (2004), jumlah perbelanjaan
isi rumah bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan perbelanjaan isi rumah
luar bandar bagi hampir semua kategori perbelanjaan. Namun begitu, jika dilihat
peratusan yang dibelanjakan mendapati isi rumah luar bandar membelanjakan
peratusan yang tinggi untuk keperluan asas seperti makanan, minuman dan
tembakau, pakaian dan kasut berbanding dengan isi rumah bandar. Makanan ialah
17
salah satu komponen yang paling asas dalam perbelanjaan isi rumah Malaysia
(Buku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2002). Kajian yang dijalankan oleh Laily
dan Nurizan (2004) menunjukkan perbelanjaan makanan luar rumah juga didapati
meningkatkan dengan peningkatan pendapatan.
Mengikut Laporan Penyiasatan Isi Rumah Malaysia (1999). Peratusan
perbelanjaan bagi makanan mempunyai hubungan songsang dengan tingkat
perbelanjaan, iaitu semakin tinggi tingkat perbelanjaan semakin rendah pula kadar
yang dibelanjakan untuk makanan. Menurut laporan penyiasatan Perbelanjaan Isi
Rumah Malaysia (1999) lagi perbelanjaan ke atas rawatan perubatan dan
kesihatan adalah kurang penting dalam perbelanjaan isi rumah Malaysia. Selain
itu, isi rumah di bandar adalah lebih membelanjakan pendapatannya untuk
rawatan perubatan dan kesihatan berbanding dengan isi rumah di luar bandar.
Justeru itu, indikator ekonomi kewangan boleh digunakan bagi mengukur tahap
kesejahteraan penduduk Program Penempatan Semula ini. Walau bagaimanapun,
penggunaan indikator ekonomi kewangan merupakan pengukuran yang diskriptif.
Terdapat beberapa pandangan yang telah diutarakan oleh pengkaji-pengkaji yang
terbabit dalam menguji atau menilai kesejahteraan seseorang. Penggunaan
pendekatan ekonomi dalam menentukan tahap kesejahteraan adalah diskriptif
tanpa membuat analisis terhadap persekitaran sosial seseorang (Mohd Razali,
1992). Oleh itu, bagi mengenalpasti kesejahteraan perlu menggunakan indikator
yang luas supaya kesejahteraan seseorang dapat diperolehi dengan terperinci.
2.3 Pemilikan Barangan
18
Pemilikan barangan boleh dikelaskan kepada barangan asas dan juga barangan
mewah. Pemilikan barangan juga akan memberi gambaran yang jelas berkaitan
kualiti hidup masyarakat. Rakyat Malaysia telah menunjukkan perubahan yang
meningkat dalam pemilikan barangan seperti kenderaan dan juga alat
telekomunikasi dalam kalangan rakyat Malaysia (Laporan Kualiti Hidup, 2004).
Pemilikan harta atau barangan dapat menjadi satu pengukuran kepada
kesejahteraan hidup individu. Kajian yang dilakukan untuk kualiti hidup rakyat
Malaysia pada tahun 2004 mendapati isi rumah memiliki barangan semakin
meningkat. Hal ini menunjukan bahawa kualiti hidup rakyat Malaysia semakin
baik. Pemilikan juga boleh dilihat melalui pemilikan rumah oleh seseorang
individu.
2.4 Kepuasan Fizikal
Pengukuran terhadap fizikal perumahan adalah penting untuk memastikan isi
rumah yang menghuni sesebuah rumah dapat mencapai satu tahap kualiti yang
setimpal mahupun maksimum. Keadaan perumahan yang tidak mampu untuk
memenuhi keperluan dan cita rasa penghuni boleh memberi kesan dalam
kesejahteraan isi rumah di samping kesihatan mental, pencemaran persekitaran,
kesesakan dan pelbagai masalah lain (Nurizan & Ahmad Hariza, 2000). Bahkan,
faktor yang berkait rapat dengan kepuasan penghuni ialah rumah yang memiliki
struktur berkualiti, ruang yang mencukupi untuk setiap individu terutamanya dari
segi bilik bagi setiap individu. Selain itu, tempoh tinggal di kawasan perumahan
tersebut dan kos penjagaan rumah yang rendah (Nurizan, 2004). Keadaan rumah
yang tidak memenuhi keperluan dan cita rasa penghuni akan mewujudkan suasana
19
yang tidak selesa dan tidak berpuas hati dalam kalangan isi rumah. Secara amnya,
kepuasan fizikal boleh dinilai daripada aspek fizikal rumah yang akan
menunjukkan kualiti sesebuah rumah.
Dalam kajian Nurizan dan Ahmad Hariza (2003) juga telah menjelaskan
terdapat dua jenis pengukuran kualiti perumahan. Jenis pengukuran tersebut ialah
pengukuran objektif dan pengukuran subjektif. Pengukuran objektif menggunakan
aspek fizikal manakala pengukuran subjektif pula melibatkan psikososial
seseorang. Rumah yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang selamat dan berkualiti
amat penting bagi menjamin keselamatan penghuni. Rumah sebagai struktur
fizikal yang utama kepada isi rumah seharusnya dapat menyokong dan
meggalakkan fungsi keluarga dipraktikkan dengan sempurna.
2.5 Kejiranan
Kejiranan ialah hubungan antara kelompok manusia yang tinggal berhampiran
atau berdekatan. Walau bagaimanapun, daripada hasil kajian terdahulu tidak
mempunyai definisi yang khusus berkenaan kejiranan. (Nurizan & Ahmad Hariza,
2003). Secara umumnya hidup dalam masyarakat pasti mempunyai jiran.
Kejiranan ataupun komuniti mestilah berada dalam satu kawasan yang sama dan
mempunyai ciri-ciri karekteristik yang sama antara satu sama lain. Ianya juga
boleh didefinisikan satu kelompok manusia yang mempunyai hubungan atau
jaringan serta berkongsi sesuatu yang dianggap umum (Habsah, 2005).
20
Hubungan yang baik sesama jiran amat penting bagi menjaga
keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan masyarakat setempat dalam
menjamin perpaduan. Oleh hal demikian, kejiranan mempunyai fungsi yang
penting dalam menjamin perpaduan dan keharmonian. Bagi membentuk hubungan
kejiranan yang baik setiap individu perlu mengamalkan sikap yang mulia seperti
jujur, amanah dan saling hormat menghormati. Hal ini selaras dengan ajaran islam
yang menyeru umatnya mewujudkan suasana yang harmoni dalam kalangan jiran.
"Hendaklah kamu bantu-membantu untuk membuat
kebajikan dan bertakwa, janganlah pula kamu bantu-
membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan
(melampaui batas-batas ajaran Allah) dan bertakwa kepada
Allah, sesungguhnya Allah amat berat azabnya".
(Surah Al-Maidah ayat 2)
Kejiranan di lihat sebagai salah satu persekitaran sosial perumahan.
Kejiranan dari segi saiz adalah lebih besar daripada isi rumah tetapi lebih kecil
daripada bandar. Oleh itu, kejiranan juga boleh didefinisikan sebagai satu unit
atau kelompok manusia yang rapat perhubungannya dan mempunyai kewilayahan
yang tertentu. Perasaan berkomuniti adalah aspek yang sangat penting. Perasaan
komuniti ini merujuk kepada perasaan bahawa ahlinya merasai dipunyai dan
merasa penting untuk bersama dengan masyarakat setempat disamping merasakan
diri masing-masing saling memerlukan (Nurizan & Ahmad Hariza,2003).
21
Selain itu, kejiranan boleh dilihat melalui fungsinya. Terdapat kajian yang
dilalukan telah mengkelaskan kejiranan. Model pertama iaitu kejiranan linear.
Kejiranan linear ialah kejiranan yang mempunyai tanggungjawab yang terhad.
Faktor pertambahan populasi komuniti akan memberi kesan kepada perubahan
tingkah laku komuniti. Hubungan yang sedia terjalin akan menjadi renggang,
peranan yang dahulunya dimainkan oleh masyarakat telah diganti dengan institusi
sosial yang dilantik oleh kerajaan ataupun badan bukan kerajaan untuk
menguruskan kebajikan sosial komuniti. Model ini menunjukkan bahawa arus
penghasilan dan penggunaan teknologi akan mewujudkan masyarakat tidak hanya
menumpu kelompok kejiranan pada kewilayahan yang sama sahaja tetapi boleh
kepada wilayah yang lain dengan teknologi seperti telekomunikasi dan
pengangkutan.
Seterusnya model kedua dikenali sebagai komuniti semulajadi kejiranan.
Model ini menyatakan bahawa terdapatnya jaringan yang kukuh dalam komuniti.
Hubungan persaudaraan yang dibina sangat rapat sama ada secara rasmi atau tidak
dalam sesuatu kawasan. Melalui model kedua penghuni akan berkongsi segala
maklumat dan hubungan yang akrab ini akan berterusan sampai bila-bila.
Kepuasan kejiranan sangat penting bagi individu mengalami kehidupan di sesuatu
kawasan. Kajian yang dilakukan oleh Nurizan dan Ahmad Hariza, (2003) dalam
buku mereka yang bertajuk Perumahan dan Kediaman menyatakan perasaan atau
kepuasan terhadap kejiranan boleh diukur melalui berapa ramai kenalan yang
dikenali oleh penghuni sebagai ukuran objektif.
2.6 Pendidikan
22
Pendidikan adalah pelaburan pada masa hadapan. Mempunyai tahap pendidikan
yang baik bererti mempunyai masa depan yang cerah. Falsafah Pendidikan Negara
menyatakan bahawa matlamat pendidikan negara ialah untuk mengembangkan
potensi setiap individu secara seimbang. Bagi menjayakan misi ini, usaha
menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada generasi muda negara ini telah
dimulakan dan telah banyak kejayaan yang dicapai. Tahap pendidikan seseorang
penting sebagai kayu pengukur kelayakan dan kesejahteraan hidup seseorang.
Individu yang berpelajaran dan tidak berpelajaran mempunyai corak pemikiranan
yang berbeza. Individu yang mendapat pendidikan sempurna akan lebih mengerti
keperluan-keperluan hidup yang lebih baik Dengan pendidikan, masyarakat akan
diajar pelbagai kemahiran asas yang akan meningkatkan kesejahteraan dalam
hidup (Zahir, 2006).
Pendidikan amat penting kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan
masyarakat. Melalui pendidikan juga, secara tidak langsung akan dapat
mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat di samping
meningktakan kualiti hidup. Tokoh ilmuan negara Za’ba di dalam penulisannya
pada tahun 1923 ada menyatakan melalui pendidikan boleh mengeluarkan
sesebuah masyarakat dari belenggu kemiskinan. Bahkan penentu utama kadar
kemiskinan ialah pendidikan. Kadar kemiskinan didapati berkurangan apabila
taraf pendidikan meningkat (Nurizan, 1998). Oleh hal demikian pendidikan yang
bersepadu perlu dalam sesebuah negara. Lantaran kesedaran bahawa pentingnya
pendidikan dalam kalangan masyarakat untuk mencapai segala agenda yang
23
direncanakan. Pihak kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk
memperkasakan sektor pendidikan negara.
Sejak negara merdeka lagi, kesedaran bahawa pendidikan penting telah
dapat dilihat melalui Penyata Razak (1956), di mana beberapa penekanan telah di
kemukakan bagi meningkatkan mutu serta kebajikan masyarakat dalam mendapat
pendidikan yang sempurna. Memandangkan peruntukan untuk pendidikan dalam
bajet 2007 adalah tinggi, maka adalah penting agar setiap yang direncanakan oleh
badan pemerintah akan tercapai. Kesungguhan negara dalam memperkemaskan
kualiti pendidikan negara dapat dilihat melalui penyertaan dengan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam isu pendidikan. Pada September 2000, PBB
telah meluluskan Millenium Deveploment Goals (MDG) bagi meningkatkan
ekonomi, penjagaan alam sekitar, dan persekitaran sosial negara peserta pada
tahun 2015. Resolusi ini sebagai komitmen negara anggota dan PBB dalam
melahirkan komuniti sejagat yang lebih baik. Terdapat lapan matlamat yang ingin
dicapai oleh MDG ini dan matlamat pendidikan adalah merupakan matlamat yang
kedua ingin dicapai selepas membasmi kemiskinan dan kelaparan (Zahir, 2007).
Bahkan, pendidikan di peringkat awal iaitu rendah dan menengah
merupakan elemen yang penting untuk menyediakan warga negara yang baik,
setia dan bertanggungjawab terhadap negara. Justeru itu, pendidikan merupakan
peluang sangat berharga bagi setiap lapisan masyarakat. Pengabaian dalam
memenuhi peluang ini akan menyebabkan sesebuah negara ketinggalan dalam
pelbagai bidang. Masyarakat yang mempunyai pendidikan dapat menyumbang
24
kepada proses pembangunan ekonomi negara dan secara tidak langsung dapat
mengurangkan kadar kemiskinan.
Hal ini berbeza dengan masyarakat yang tidak mendapat pendidikan yang
sempurna. Individu atau masyarakat yang berpendidikan akan lebih memahami
keperluan, mempunyai kesihatan yang baik dan pemakanan yang lebih baik
daripada individu atau masyarakat yang kurang berpendidikan. Melalui
pendidikan mereka akan diajar dengan pelbagai kemahiran asas kehidupan yang
akan meningkatkan pemahaman terhadap elemen penting yang memberi
kesejahteraan dalam hidup.
2.7 Kepuasan Pekerjaan
Selain itu, kepuasan kerja merujuk kepada satu sikap umum seseorang terhadap
pekerjaan ialah seperti gaji dan rakan sekerja, ciri responden, ciri pekerjaan dan
sikap terhadap kerja mempunyai perkaitan dengan tahap kepuasan kerja. Kajian
yang dibuat oleh Okpara (2004) turut menyatakan bahawa faktor seperti gaji akan
mempengaruhi tahap kepuasan kerja seseorang. Menurut beliau, pekerja yang
mempunyai gaji yang lebih tinggi akan mempunyai tahap kepuasan kerja yang
lebih tinggi. Hasil kajian tersebut turut disokong kajian yang dibuat oleh Eker
(2004) yang menyatakan terdapat perkaitan antara gaji dan kepuasan kerja.
Selain itu, kajian yang dibuat Siti Zawiyah dan Zahari (2006) di sebuah
kilang automotif pula menyatakan bahawa kepuasan kerja turut dipengaruhi oleh
persekitaran kerja. Menurut kajian tersebut, persekitaran yang bising dan keadaan
25
suhu yang panas ditempat kerja menyebabkan pekerja kurang selesa dan
mempunyai tahap kepuasan kerja yang rendah.
Faktor tahap pendidikan seseorang turut mempengaruhi tahap kepuasan
kerja seseorang (Ian, 2005). Menurut Ian (2005) lagi, terdapat hubungan positif
antara tahap pendidikan dan kepuasan kerja. Kajian Okpara (2004) turut
menyatakan bahawa pendidikan mempengaruhi tahap kepuasan kerja seseorang.
Menurut beliau, mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi akan mengambil
berat terhadap prestasi kerja mereka seterusnya akan mengurangkan perasaan
negatif mereka terhadap pekerjaan. Bagaimanapun hasil kajian tersebut
bercanggah dengan kajian Scott (2005) yang menyatakan bahawa pendidikan
tidak mempengaruhi tahap kepuasan kerja seseorang. Kajian tersebut turut
disokong oleh kajian yang dibuat Wan dan Leightley (2006) yang menyatakan
tidak terdapat bukti yang menyatakan bahawa pendidikan mempengaruhi tahap
kepuasan kerja seseorang. Knights dan Kennedy (2005) turut menyatakan bahawa
tidak wujud perkaitan antara pendidikan dan kepuasan kerja
Selain itu, dalam kajian yang dilakukan oleh Irissappane (2006), faktor
pendapatan dan jumlah tahun pengalaman kerja turut mempengaruhi tahap
kepuasan kerja seseorang. Estim diri juga turut memberi pengaruh ke atas
kepuasan kerja seseorang. Semakin tinggi estim diri, semakin tinggi kepuasan
kerja seseorang (Alavi & Askaripur, 2003). Dalam kajian yang dibuat oleh Cote
dan Morgan (2002) pula menyatakan bahawa faktor emosi turut memberi kesan ke
atas tahap kepuasan kerja seseorang. Menurut kajian, pekerja yang mempunyai
26
emosi yang ceria akan mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi dan
mempunyai kadar kehadiran ke tempat kerja yang tinggi.
2.8 Kepuasan Hidup
Kepuasan hidup adalah sesuatu yang subjektif bagi setiap individu. Kepuasan
ialah satu aspek yang berkaitan dengan psikososial seseorang seperti nilai, aspirasi
dan juga kekecewaan. Elemen-eleman ini memberi gambaran yang jelas tentang
penilaian subjektif individu daripada pengalaman yang telah dilalui oleh individu
tersebut. Nilai merupakan komponen penting dalam kehidupan seseorang individu
kerana melalui nilai akan mempengaruhi keputusan seseorang. Nilai boleh
digunakan untuk mengukur dan mengenalpasti tahap kepuasan seseorang.(Nurizan
& Ahmad Hariza, 2003)
Kepuasan hidup juga boleh diukur melalui kecukupan dan kepentingan
aspek perumahan yang dikaji (Nurizan et al., 2000) dalam kajian ini juga banyak
soalan terbuka dan tertutup yang telah dikemukan oleh pengkaji bagi
mengenalpasti kepuasan hidup penghuni. Kajian ini juga meneliti aspek
perumahan di kalangan penghuni rumah kos rendah di Johor dengan
menggunakkan skala likert. Aspek yang terlibat dalam kajian ini ialah unit rumah,
kemudahan, perbelanjaan keluarga, kejiranan, hubungan kekeluargaan dan
pendidikan. Kepuasan hidup penghuni atau individu yang mendiami sesebuah
rumah dapat dilihat melalui unit rumah. Dengan istilah lain penghuni mendapat
kepuasan daripada reka bentuk, keselesaan ruang dan kualiti bahan yang baik
(Azian, 2006).
27
2.9 Kemudahan
Selain itu, aspek kemudahan juga merupakan aspek yang penting kepada
perumahan. Kemudahan perlu disediakan oleh pihak berwajib mahupun pihak
pemaju. Kemudahan perlu disediakan bagi memudahkan penduduk di sesuatu
kawasan seperti kemudahan pengangkutan, bekalan air, elektrik, telefon dan
sebagainya. Kemudahan asas penting dalam meningkatkan kualiti hidup.
Sekiranya kemudahan asas tidak disediakan dalam kawasan perumahan, hal ini
akan meningkatkan penggunaan tenaga dan pembaziran masa untuk penghuni
mencari alternatif lain menggantikan kemudahan yang sepatutnya disediakan oleh
pihak pemaju. (Nurizan & Ahmad Hariza, 2003). Kemudahan asas yang perlu
disediakan ialah bekalan air, elektrik, pengangkutan, sekolah, tempat beribadat,
kedai dan sebagainya.
Selain itu, kemudahan perkhidmatan seperti pengangkutan sampah amat
penting bagi menjaga persekitaran perumahan. Kajian yang telah dilakukan oleh
Nurizan dan Ahmad Hariza (2003) mendapati isi rumah lebih berpuas hati
sekirannya kemudahan perkhidmatan disediakan di kawasan perumahan namun
sebaliknya sekirannya kemudahan perkhidmatan tidak disediakan.
Di samping itu, kemudahan juga perlu menitikberatkan juga kepada
golongan-golongan tertentu seperti kanak-kanak, remaja dan dewasa. Golongan
kanak-kanak yang memerlukan kemudahan taman dan padang permainan, remaja
memerlukan padang bola manakala golongan dewasa pula memerlukan ruang
28
untuk berkumpul dan berbincang. Aspek kemudahan juga tidak dapat lari dari
menyediakan kemudahan kepada golongan kurang upaya dan warga tua. Kawasan
perumahan perlu mempunyai akses kepada kemudahan yang bebas halangan atau
barrier free (Syarifah Norazizan & Nurizan,______).
29
BAB 3
METODOLOGI
3.0 Pengenalan
Bab ini membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam penyelidikan
ini. Perbincangan dalam bab ini meliputi lokasi kajian, pemilihan sampel,
pengumpulan data dan penganalisisan data. Bahagian ini menerangkan dengan
jelas berkenaan lokasi penyelidikan dijalankan dan bagaimana sampel dipilih.
Langkah-langkah yang digunakan dalam mengumpul dan menganalisis data turut
dijelaskan.
3.1 Lokasi Kajian
Kajian ini telah dijalankan di kawasan penempatan semula PPR Bersepadu di
Taman Kota Nelayan Kuala Kedah, Alor Star Kedah. Lokasi kajian merupakan
antara kawasan penempatan semula masyarakat yang terdapat di Kedah.
3.2 Pemilihan Sampel
30
Sampel yang dipilih terdiri daripada penduduk di kawasan PPR Bersepadu Kuala
Kedah yang terdiri daripada kaum melayu. Sebanyak 100 orang responden dipilih
untuk kajian ini. Pemilihan sampel adalah menggunakan kaedah persampelan
rawak mudah.
3.3 Pengumpulan data
Maklumat telah dikumpulkan dengan menemubual responden. Borang soal selidik
yang telah siap pula dikumpul semula oleh pengkaji sendiri. Maklumat mengenai
latar belakang responden telah dikumpulkan melalui borang soal selidik.
Pengendalian sesi temu bual diadakan selama 20 hingga 30 minit.
3.4 Pengukuran angkubah
Di dalam kajian ini, terdapat instrumen yang digunakan untuk mengukur
angkubah kesejahteraan isi rumah penempatan semula. Manakala angkubah
bersandar atau ciri-ciri individu diukur dengan menyatakan umur, jantina, dan
tahap pendidikan. Borang soal selidik yang telah digunakan terdiri daripada tujuh
bahagian utama iaitu Bahagian A meliputi latar belakang responden, Bahagian B
latar belakang kewangan responden, Bahagian C latar belakang pemilikan,
Bahagian D meliputi pengukuran persekitaran, Bahagian E meliputi ruang fizikal,
Bahagian F ialah mengenai tahap kepuasan responden dan Bahagian G ialah
aspirasi dan perancangan responden di masa hadapan.
i. Bahagian A: Latar Belakang Responden
31
Pada bahagian ini, terdapat beberapa soalan terbuka dan tertutup yang
perlu dijawab oleh responden. Soalan tertutup yang dikemukakan adalah
dari segi jantina. Soalan terbuka yang dikemukakan ialah umur, tahun dan
tahap pendidikan.
ii. Bahagian B: Latar Belakang Kewangan
Dalam bahagian ini, terdapat beberapa soalan yang berkaitan dengan status
kewangan responden akan disoal. Soalan merupakan soalan terbuka dan
terdapat juga soalan yang menggunakan skala likert.
iii. Bahagian C: Latar belakang Pemilikan
Bahagian ini pula telah mengemukakan soalan-soalan berkenaan dengan
pemilikn barangan tahan lama oleh responden. Bahagian ini juga
mempunyai soalan terbuka iaitu tentang kepuasan responden terhadap
persekitaran.
iv Bahagian D: Pengukuran Persekitaran.
Bahagian ini mengemukakan soalan yang berkaitan persekitaran kepada
responden seperti kemudahan yang terdapat atau yang telah disediakan
oleh pihk kerajaan di kawasan perumahan responden. Bahagian ini telah
menggunakan Skala Likert dengan 5 pilihan jawapan iaitu Sangat Puas
hati, Puas hati, Tidak Pasti, Tidak puas hati dan Sangat Tidak puas hati.
Setiap pilihan jawapan akan diberi markah sebanyak 5= Sangat puas hati,
4= Puas hati, 3= Tidak Pasti, 2= Tidak Puas hati dan 1= Sangat Tidak puas
hati.
32
v. Bahagian E: Persekitaran Ruang Fizikal
Soalan yang terdapat dalam bahagian ini ialah berkaitan dengan ruang
fizikal rumah yang didiami oleh responden. Bahagian ini juga akan
menggunakan Skala Likert dengan 5 pilihan jawapan iaitu Sangat Puas
hati, Puas hati, Tidak Pasti, Tidak puas hati dan Sangat Tidak puas hati.
Setiap pilihan jawapan akan diberi markah sebanyak 5= Sangat puas hati,
4= Puas hati, 3= Tidak Pasti, 2= Tidak Puas hati dan 1= Sangat Tidak puas
hati.
vi Bahagian F: Tahap Kepuasan Hidup
Bab ini berkaitan dengan tahap kepuasan hidup responden sekarang
berbanding mula menetap dahulu. Kesemua soalan menggunakan skala
likert.
vii Bahagian G: Aspirasi dan Perancangan Masa Depan
Bahagian ini mengenai perancangan masa depan oleh responden.
Kebanyakan soalan menggunakan soalan tertutup dan terbuka.
3.5 Analisis Data
33
Proses menganalisis data dijalankan dengan menggunakan program “Statistical
Package for Social Science” (SPSS) for Windows. Statistik deskriptif dalam
bentuk peratusan piawai telah digunakan untuk menghuraikan maklumat latar
belakang responden serta untuk memberi gambaran tentang pembolehubah yang
diukur.
34
BAB 4
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.0 Pengenalan
Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan dan
kesejahteraan penduduk Program Penempatan Semula (PPR) Bersepadu. Dalam
bab ini perbincangan akan bermula dengan latar belakang responden yang
merangkumi latar belakang personal, keluarga dan sosioekonomi responden yang
terlibat. Seterusnya, kajian akan membincangkan tentang kewangan responden,
tahap pemilikan, kepuasan responden mengenai fizikal perumahan, kepuasan
persekitaran dan akhir sekali kajian akan membincangkan mengenai aspirasi dan
perancangan responden di masa hadapan. Seramai 100 orang penduduk
perumahan PPR Bersepadu telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini.
Kesemua responden yang terlibat adalah berbangsa Melayu. Lokasi kajian ini
adalah di Taman Kota Nelayan Kuala Kedah.
Bab ini akan membentangkan hasil kajian yang diperolehi daripada
analisis yang dijalankan berdasarkan objektif dalam kajian ini yang telah
35
dibentuk. Hasil kajian dibincangkan menggunakan statistik diskriptif (frekuensi
dan peratusan) dan analisis skor tahap kepuasan responden.
Melalui bab ini juga, persoalan dan objektif kajian akan dibincangkan
dengan lebih terperinci mengikut subtopik berikut:
i. Profil personal responden.
ii. Pemilikan harta atau status kewangan responden.
iii. Tahap pemilikan material.
iv. Kepuasan fizikal perumahan.
v. Kepuasan persekitaran.
vi. Kepuasan hidup.
vii. Aspirasi dan perancangan masa depan.
viii. Rumusan hasil.
4.1 Latar Belakang Responden
Maklumat latar belakang responden yang terlibat dalam kajian ini mengandungi
elemen-elemen seperti jantina, umur, status perkahwinan, tahap pendidikan, etnik,
agama dan bilangan isi rumah. Jumlah keseluruhan responden yang terlibat sama
dalam kajian ini ialah 100 orang.
Jadual 4.1 menunjukkan jumlah responden yang terdiri daripada 91 peratus
responden lelaki dan sembilan (9) peratus orang responden perempuan yang
mencapai jumlah keseluruhan 100 orang. Bagi struktur umur, umur responden
yang tinggi ialah dalam lingkungan 51 tahun ke atas. Umur kedua tertinggi ialah
36
41 hingga 50 tahun dengan nilai 41 peratus. Seterusnya responden yang terlibat
ialah berada dalam lingkungan umur 31 hingga 40 tahun (14%) serta 30 tahun dan
ke bawah (2%). Secara keseluruhannya purata umur ketua isi rumah ialah 3.32
yang merupakan ketua isi rumah. Majoriti responden berumur dalam 51 tahun ke
atas daripada jumlah keseluruhan responden. Kesemua responden yang terlibat
adalah berbangsa melayu.
Tahap pendidikan responden yang paling tinggi ialah tamat sekolah rendah
yang mewakili 38 orang responden. Manakala, tahap kedua tertingi ialah
SRP/LCE/PMR iaitu sebanyak 28 peratus. Diikuti oleh SPM/SPMV (22%), tidak
pernah bersekolah (9%), STPM/sijil (2%) dan diploma (1%).
Kebanyakan responden yang menetap di penempatan semula ini rata-rata
memiliki tahap pendidikan yang rendah. Melalui hasil kajian yang telah diperolehi
mendapati kebanyakan responden berkerja sebagai nelayan iaitu sebanyak 41
peratus daripada jumlah responden.
Jadual juga menunjukkan ramai responden berkahwin yang mempunyai
nilai peratus yang paling tinggi iaitu sebanyak 91 peratus. Diikuti oleh status
perkahwinan bercerai sebanyak 5 peratus dan balu (4%). Hasil kajian juga
mendapati responden mempunyai sebuah keluarga yang mempunyai tanggungan
isi rumah 3 hingga 4 orang ialah 44 peratus. Diikuti oleh 5 hingga 6 orang isi
rumah dengan nilai 35 peratus Seterusnya, jumlah pendapatan ketua isi rumah
tidak merangkumi perolehan semua isi rumah. Hasil yang telah diperolehi
mendapati bahawa pendapatan ketua isi rumah yang paling tinggi berada dalam
37
lingkungan RM301.00 hingga RM600.00 (42%) diikuti oleh responden yang
mempunyai tahap pendapatan di antara RM601.00 hingga RM900.00 yang
mewakili sebanyak 30 peratus.
Jadual 4.1: Profil Personal Responden ( n=100 )
Profil Angkubah n (%)
Jantina
Lelaki 91 91
Perempuan 9 9
Umur
< 30 2 2
31-40 14 14
41-50 41 41
> 51 43 43
Status Perkahwinana
Berkahwin 91 91
Bercerai 4 4
Janda 5 5
Tahap pendidikan
Tak pernah bersekolah 9 9
Tamat sekolah rendah 38 38
SRP/LCE/PMR 28 28
SPM/SPMV 22 22
STPM/Sijil 2 2
Diploma 1 1
Sambungan...
Profil Angkubah n (%)
Etnik
38
Melayu 100 (100)
Bilangan Tanggungan
1-2 18 18
3-4 44 44
4-6 35 35
6-7 6 6
Pekerjaan
Nelayan 41 41
Pekerja kilang 10 10
Bekerja sendiri 34 34
Persara 5 5
Buruh 9 9
Lain-lain 1 1
Status Perkahwinan
Berkahwinan 91 91
Balu 4 4
Bercerai 5 5
Pendapatan
< 300 7 7
301-600 42 42
601-900 30 30
9001-1200 17 17
> 1201 4 4
4.2 Status Kewangan Responden
39
Pada bahagian ini aspek perbincangan ialah mengenai kedudukan kewangan
responden. Melalui pemerhatian setiap sesuatu pekerjaan mempunyai hubungan
yang rapat dengan jumlah pendapatan yang diterima oleh responden.
Dalam bahagian ini kajian telah mengenalpasti latar belakang kewangan
responden. Terdapat empat soalan yang mempunyai subtopik yang memerlukan
responden menjawab bagi kesemuanya. Soalan berkaitan pemilikan aset mahupun
harta merupakan soalan yang pertama di tanya. Seramai 25 peratus responden
menyatakan “ya” dan seramai 75 peratus lagi menyatakan “tidak” bagi kategori
pemilikan tanah sendiri. Nilai peratus kedua yang tertinggi ialah pada kategori
pemilikan rumah atau bangunan sendiri melibatkan 25 peratus responden daripada
100 responden memiliki rumah sendiri dan selebihnya tidak. Jadual 4.2 juga
menunjukkan (68%) responden mempunyai wang simpanan manakala 32 peratus
lagi tidak memiliki wang simpanan. Sekiranya diteliti hubungkait antara soalan-
soalan pemilikan aset ini, ia mempunyai kaitan rapat dengan jumlah pendapatan
yang diterima oleh setiap responden yang telah ditemubual.
Jadual 4.2: Latar Belakang Pemilikan Harta (n=100)
Maklumat Ada Tiada
n(%) n(%)
40
Wang simpanan 68 32
Tanah sendiri 25 75
Bangunan/rumah sendiri 45 55
Barang kemas 96 4
Pinjaman kepada orang lain 36 64
Seterusnya responden ditanya mengenai keadaan kewangan lepas, semasa
dan harapan pada keadaan kewangan akan datang. Pada bahagian ini responden
perlu menjawab mengikut skala yang telah diberikan. Bagi soalan berkaitan
keadaan kewangan lima tahun akan datang hampir kesemua responden memberi
jawapan positif iaitu 29 peratus mengandaikan keadaan kewangan mereka akan
menjadi jauh lebih baik dan 61 peratus menyatakan lebih baik namun begitu
selebihnya (5%) masing-masing menyatakan “teruk” dan “sama”. Kajian
mendapati keadaan kewangan lima tahun lalu menunjukkan sebanyak 15 peratus
responden menjawab “teruk”, (24 %) “sama”, (59 %) “lebih baik” dan (2 %)
menyatakan keadaan “lebih baik”. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh keadaan
kos sara hidup yang rendah untuk dibandingkan dengan lima tahun dahulu.
Mengenai keadaan kewangan semasa responden berbanding keluarga lain seramai
86 peratus menjawab sama, (4%) “teruk” dan (2%) “lebih teruk” hanya (8%)
sahaja menjawab “lebih baik”. Keadaan kos sara hidup yang tinggi dalam situasi
sekarang meyebabkan keadaan kewangan responden berada pada tahap yang
membimbangkan kerana kos sara hidup meningkat tetapi pendapatan yang
diterima masih ditahap yang sama.
Jadual 4.3: Keadaan Kewangan Responden(n=100)
Maklumat JLT
n(%)
T
n(%)
S
n(%)
LT
n(%)
JLB
n(%)
41
Bagaimana keadaan kewangan tuan/puan berbanding keluarga lain (dalam kategori yang sama)
2 4 86 8 -
Dibandingkan dengan lima tahun yang lalu, adakah kewangan tuan/puan sekarang
- 15 24 59 2
Memikirkan masa hadapan, lima tahun dari sekarang, jangkaan keadaan kewangan keluarga tuan/puan akan...
- 5 5 61 21
Nota: JLT=Jauh lebih teruk, T= Teruk, S=Sama, LT=Lebih teruk, JBL=Jauh lebih baik
Apabila ditanya mengenai kebimbangan responden terhadap kewangan
mereka seramai 65 peratus respoden menyatakan “kerap” merasa bimbang dengan
situasi kewangan mereka. 27 peratus pula menjawab “kadang-kadang”, lima (5)
peratus bagi “sangat” kerap dan hanya tiga (3) peratus sahaja yang menyatakan
bahawa “jarang” merasa bimbang tentang kewangan mereka. Seramai 56 orang
responden telah menjawab “kerap” dan 30 peratus menyatakan “kadang-kadang”
dan selebihnya “tidak pernah” serta “jarang”. Ditanya sama ada keadaan kewang
mengganggu hubungan kekeluargaan seramai 28 responden (28 %) menyatakan
kadang-kadang, jarang (41%) dan (28%) pula tidak pernah. Namun begitu hanya 3
peratus sahaja menyatakan kerap terganggu dengan keadaan kewangan yang
berkaitan pendapatan yang diterima.
Jadual 4.4: Kekerapan Memikirkan Kewangan Responden(n=100)
42
Maklumat TP
n(%)
J
n(%)
KDG
n(%)
K
n(%)
SK
n(%)
Anda bimbang dengan kewangan?
- 3 27 65 5
Keadaan kewangan menganggu aktiviti anda?
4 7 30 56 3
Keadaan kewangan menganggu hubungan kekeluargaan?
28 41 28 3 -
Nota: TP=Tidak pernah, J=Jarang, KDG=Kadang-kadang, K=Kerap, SK=Sangat kerap.
Selain itu, apabila ditanya pandangan responden mengenai pendapatan
mereka nilai purata yang dicatatkan 2.95 iaitu soalan berkaitan pendapatan yang
diterima tidak mencukupi. Sebanyak 69 peratus menyatakan bahawa mereka
mampu memenuhi setengah kehendak tetapi bukan semua yang diingini. Dalam
masa yang sama 19 peratus daripada responden memberi maklum balas bahawa
pendapatan mereka hanya mampu untuk memenuhi keperluan sahaja dan dua (2)
peratus menyatakan tidak cukup. Selebihnya lima (5) peratus masing-masing
menyatakan mampu untuk mendapatkan semua yang diingini serta mampu
mendapatkan apa yang diingini dan masih mempunyai baki untuk disimpan.
Jadual 4.5: Sejauhmana Pendapatan Yang Diterima Mengcukupi.
43
Maklumat n (%)
Tidak mencukupi 2 2.0
Memenuhi keperluan sahaja 19 19.0
Memenuhi sesetengah kehendak sahaja 69 69
Mampu mendapatkan semua yang diingini 5 5
Mampu mendapatkan semua yang diingini dan masih mempunyai baki untuk simpanan
5 5
Berdasarkan jadual 4.6, 79 peratus respondan mempunyai pendapatan
yang tidak tetap, tiga peratus memperolehi pendapatan yang sangat tidak tetap
manakala hanya 18 peratus responden sahaja yang mempunyai pendapatan tetap.
Pada kebiasaannya, pendapatan yang tetap diterima oleh respoden yang
mempunyai pekerjaan dengan pihak kerajaan mahupun swasta. Manakala bagi
responden yang bekerja sebagai nelayan ataupun perkerjaan sendiri memperolehi
pendapatan yang tidak tetap dalam 12 bulan.
Jadual 4.6: Status Pendapatan Yang Diterima Oleh Responden.
Maklumat Tetap Tidak tetap
Sangat tidak tetap
n(%) n(%) n(%)
Adakah tuan/puan menerima pandapatan tetap dalam masa 12 bulan?
18 79 3
Melalui data yang telah dianalisis, peningkatan peningkatan harga barang
adalah tidak selaras dengan pendapatan yang diterima. Sebanyak 68 peratus
menyatakan bahawa pendapatan meningkat lebih rendah daripada peningkatan
harga barang dan 20 peratus pula memberi maklum balas dengan menjawab
44
pendapatan meningkat jauh lebih rendah dari peningkatan harga barang. Manakala
12 peratus lagi menyatakan pendapatan lebih tinggi dari peningkatan harga
barang. Memandang situasi global sekarang yang mengalami peningkatan harga
barangan terutamanya dalam aspek barangan asas seperti tepung, beras, minyak
dan sebagainya telah memberi tekanan dan bebanan kepada responden yang
berpendapatan rendah.
Selain itu, hasil kajian mendapati seramai 52 peratus menyatakan tidak
berpuas hati terhadap sumber kewangan mereka apabila berlaku kes kecemasan.
Terdapat 32 peratus menyatakan “tidak pasti” dengan sumber kewangan mereka.
Seterusnya hanya dua (2) peratus sahaja yang “sangat berpuas hati” dengan
sumber kewangan mereka sekirannya berlaku kecemasan. Hal ini mempunyai
saling kait dengan pendapatan yang diterima adalah rendah dikalangan responden
yang rata-rata adalah nelayan dan juga pekerja kilang. Oleh itu, pendapatan
merupakan pengukuran kepada status sosial ekonomi responden namun begitu ia
bukanlah pengukur tahap kesejahteraan yang tepat.
4.3 Pemilikan Barangan
Seterusnya dalam bab ini membincangkan hasil dapatan mengenai pemilikan
barangan asas, mewah dan kenderaan oleh responden. Pemilikan barangan akan
melambangkan status ekonomi mahupun sosial seseorang di dalam masyarakat.
4.3.1 Barangan Asas
45
4.3.2
Berdasarkan jadual 4.7, data yang dikumpul didapati kebanyakan responden
mempunyai barangan asas seperti telefon bimbit (100%), televisyen (96%), peti
sejuk (96%) dan mesin pengisar (98%). Keadaan ini membuktikan bahawa
kebanyakan responden mempunyai hampir kesemua barangan asas yang bukan
lagi dianggap sebagai kehendak tetapi sebagai barangan keperluan untuk aktiviti
harian isi rumah.
Jadual 4.7: Pemilikan Barangan Asas Responden(n=100)
Jenis
Barangan
Ada
n (%)
Tiada
n (%)
Bilangan
n (%)
Cara Pembelian
n (%)
Barang Asas 1 2 3 4 5 Tunai Kredit
Televisyen 96 4 94 2 - - - 81 15
Radio 90 10 85 5 - - - 88 2
Peti sejuk 96 4 96 - - - - 27 69
Seterika 100 - 98 2 - - - 100 0
Kipas angin 100 - 22 38 36 2 2 99 1
Mesin basuh 100 - 95 5 - - - 54 46
Periuk elektrik 95 5 94 - 1 - - 95 0
Cerek elektrik 83 17 80 3 - - - 83 0
Mesin pengisar 98 2 97 1 2 - - 98 0
Telefon/Telefon bimbit
100 - 23 33 35 6 3 100 0
4.3.2 Barangan Mewah
46
Bagi pemilikan barangan mewah pula, peratusan yang paling tinggi dicatatkan
pada barangan vcd iaitu (81%) daripada responden memilikinya dan (57%) lagi
menyatakan memiliki ketuhar elektrik. Barangan vcd merupakan salah satu bentuk
hiburan yang dapat diperolehi di rumah dan ketuhar elektrik adalah alat pemudah
kepada kerja-kerja domestik harian penghuni. Melalui analisis yang dibuat
mendapati barangan mewah seperti pendingin udara dan ketuhar gelombang
mikro mempunyai peratusan pemilikan yang sangat rendah. Hal ini mungkin
disebabkan oleh tidak penting bagi penggunaan isi rumah
Jadual 4.8: Pemilikan Barangan Mewah(n=100)
Jenis Barangan
Adan(%)
Tiadan(%)
Bilangann(%)
Cara Pembelian n(%)
Barangan Mewah
1 2 3 4 5 Tunai Kredit
Pendingin udara
3 96 3 - - - - 2 1
Pendingin beku (freezer)
- 100 - - - - - - -
Pembancuh (mixer)
16 84 14 2 - - - 14 -
Astro 16 84 16 - - - - 16 -
Set stereo/karaoke
32 68 32 - - - - 24 8
Vcd/dvd 81 19 79 2 - - - 77 4
Sambungan...
47
Ketuhar
elektrik
57 43 57 - - - - 49 8
Ketuhar
gelombang
mikro
9 91 9 - - - - 9 -
Mesin jahit 40 60 39 1 - - - 31 9
Komp/laptop 29 71 26 3 - - - 20 9
4.3.3 Pemilikan kenderaan
Manakala bagi pemilikan kenderaan pula, hampir kesemua responden yang
terlibat dalam kajian memiliki motorsikal (92%), basikal (75%), kereta ( 51%) dan
pemilikan yang paling rendah ialah pada kenderaan van(1%). Pemilikan
kenderaan amat penting kepada responden mahupun isi rumah untuk kemudahan
bergerak di samping memberi keselesaan kepada pemilik tanpa menggunakan
perkhidmatan pengangkutan lain.
Jadual 4.9: Pemilikan Kenderaan(n=100)
Jenis
Barangan
Ada
n(%)
Tiada
n(%)
Bilangan
n(%)
Cara Pembelian n(%)
Kenderaan 1 2 3 4 5 Tunai Kredit
Kereta 51 49 49 2 - - - - 51
Motorsikal 92 8 67 25 - - - 15 65
Basikal 75 25 19 49 3 - - 75 -
Lori-kecil 7 93 7 - - - - - 7
Va 1 99 1 - - - - - 1
4.4 Kepuasan Perumahan
48
Secara keseluruhan kebanyakan responden menyatakan terdapat kesemua ruang
asas fizikal rumah dikawasan kajian. Ruang asas fizikal ialah seperti dapur, bilik
tidur, tandas dan sebagainya. Penyusunan unit rumah di antara unit rumah yang
lain adalah sistematik menyebabkan responden dapat menikmati kehidupan yang
lebih baik berbanding ketika tinggal di kawasan setinggan yang sangat sesak.
Kawasan penempatan ini mula didiami oleh responden pada empat tahun lepas
iaitu bermula tahun 2004.
Perpindahan responden dari kampung asal mereka iaitu Kampung
Seberang Kota, Kampung Baru dan Kampung Padang Garam telah dipindahkan di
Taman Kota Nelayan Kuala Kedah yang lebih terancangan kedudukannya serta
dikawal selia oleh Majlis Bandaraya Alor Star dengan kadar sewa bulanan yang
dikenakan sebanyak RM 124 bagi sebulan. Rumah PPR Bersepadu di Kuala
Kedah ini mempunyai keluasan lantai 20 x 40 kaki dan fizikal yang sama dengan
semua unit rumah yang terdapat di kawasan kajian ini sebanyak kira-kira 750
buah unit. Rumah ini merupakan rumah dua tingkat yang mempunyai tiga bilik
tidur, tandas dan bilik air secara berasingan, dapur dan ruang makan serta ruang
tamu. Kualiti perumahan dipengaruhi oleh fizikal sebuah rumah yang penentu
kepada kepuasan menduduki sesebuah rumah.
Berdasarkan jadual 4.10, hampir kesemua ruang fizikal rumah disediakan
dan kegunaan ruang tersebut adalah (100%). Namun begitu terdapat kelengkapan
rumah yang tidak disediakan oleh pihak pemaju seperti tong sampah, peti surat
dan pagar. Manakala, terdapat juga unit rumah yang tidak mempunyai penutup
manhold (11%) dan balkoni (4%).
49
Jadual 4.10: Kedapatan Dan Kegunaan Ruang Fizikal (n=100)
Ruang Fizikal
Rumah
Kedapatan Penggunaan
Ya
n (%)
Tidak
(%)
Ya (%) Tidak (%)
Pelan rumah 100 - 100 -
Bilik tidur utama 100 - 100 -
Bilik mandi/tandas 100 - 100 -
Bilik tidur 100 - 100 -
Ruang tamu 100 - 100 -
Ruang makan 100 - 100 -
Ruang dapur 100 - 100 -
Balkoni/kaki lima 96 4.0 89 4
Halaman rumah 100 - 100 -
Penutup manhold 89 11.0 89 11
Tong sampah - 100.0 - 100
Peti surat - 100.0 - 100
Atap genting/kekuda 100 - 100 -
Longkang luar 100 - 100 -
Pagar - 100.0 - 100
Meter air/meter
elektrik
100 - 100 -
Plaster luaran - 100 - 100
Tangki air 100 - 100 -
Cat luaran 100 - 96 4
Seterusnya Jadual 4.11 menunjukkan tahap kepuasan responden terhadap
fizikal unit rumah. Bagi meter air dan elektrik, hampir kesemua responden
50
berpuas hati (92%). Keadaan adalah disebabkan perbandingan yang dibuat oleh
responden semasa tinggal di kawasan setinggan dahulu, rata-rata mereka
mengalami kesukaran untuk meletakkan meter air berdekatan rumah mereka.
Kedudukan rumah antara rumah yang sangat rapat dan sesak telah menyukarkan
penduduk untuk memasang meter berhampiran rumah. Justeru, keadaan sekarang
adalah berbeza apabila meter air dan elektrik dipasang di setiap unit kediaman.
Majoriti responden (91%) berpuas hati dengan bilik tidur yanng terdapat
pada unit kediaman mereka. Terdapat tiga bilik tidur di tingkat satu rumah
berkenaan disamping keluasan bilik yang dapat memberi keselesaan kepada
penghuni. Walaupun hanya tiga bilik tidur responden merasa selesa. Hal ini
kerana, bilangan responden paling ramai yang terlibat dalam kajian ini adalah
mereka yang berumur lebih 51 tahun ke atas. Keluarga pada peringkat ini
mengalami proses pengucupan disebabkan anak-anak sudah berkahwin atau
berkerja dan menetap di tempat lain.
Tahap kepuasan yang mendapat respon “sangat tidak berpuas hati” ialah
bilik tidur utama (17%), tong sampah (13%) dan peti surat (10%). Responden
menyatakan bahawa mereka “tidak berpuas hati” kerana kedudukan bilik tidur
utama yang berada di tingkat atas manakala tong sampah dan peti surat pula tidak
disediakan di unit kediaman responden. Keadaan ini memberi kesukaran kepada
penghuni untuk membuang sampah dan pihak pengantar surat.
Jadual 4.11: Tahap Kepuasan Terhadap Fizikal Rumah(n=100)
Ruang Fizikal Rumah
Sangat Tidak
Puashati
Tidak Puashati
TidakPasti
Puashati SangatPuashati
n(%) n(%) n(%) n(%) n(%)
51
Pelan rumah 3 58 19 20 -
Bilik tidur utama 17 - 11 72 -
Bilik mandi/tandas - 23 9 68 -
Bilik tidur 1 8 - 91 -
Ruang tamu - 12 11 77 -
Ruang makan - 16 10 74 -
Ruang dapur 5 41 37 17 -
Balkoni/kaki lima - 3 12 85 -
Halaman rumah - 7 4 89 -
Penutup manhold 8 - 5 87 -
Tong sampah 13 82 2 3 -
Peti surat 10 76 13 1 -
Atap genting/kekuda
- 2 19 77 2
Longkang luar - 5 89 1 -
Pagar 8 50 15 27 -
Meter air/meter elektrik
- 1 7 92 -
Plaster luaran 10 70 19 1 -
Tangki air - 7 4 89 -Cat luaran 9 52 31 8 -
Melalui kajian yang dilakukan, didapati tahap kepuasan penghuni PPR di
Kuala Kedah ialah pada tahap sederhana dengan nilai skor 45 hingga 70 yang
mewakili 97 peratus. Manakala diikuti oleh (2%) untuk tahap rendah dan (1%)
untuk tahap tertingggi. Kebanyakan responden memberi maklum balas bahawa
kualiti dan juga saiz rumah asal adalah lebih baik berbanding sekarang.
Jadual 4.12: Skor Tahap Kepuasan Penghuni Terhadap Fizikal Perumahan
Maklumat n (%)
Tahap kepuasan rendah 297 2.0
52
(< 44)
Tahap kepuasan sederhanan
(45-70)
97 97.0
Tahap kepuasan tinggi
(> 77)
1 1.0
Kesimpulan yang dapat dibuat dalam bab ini ialah rata-rata penghuni
kurang berpuashati dengan keadaan fizikal dan kualiti perumahan PPR. Namun
begitu, rumah PPR ini tidak pula memberi tahap tidak puas hati yang tinggi.
Melalui beberapa aspek pembinaan atau struktur rumah yang dianggap oleh
penghuni tidak berkualiti. Situasi ini membawa maksud keadaan ini tidak
menyebabkan penghuni merasa tidak selesa atau sesak ketika berada di dalam
rumah.
4.5 Kepuasan Persekitaran
Di samping mengkaji aspek kepuasan fizikal, kepuasan persekitaran juga penting
dalam menilai kesejahteraan penghuni PPR Bersepadu. Istilah persekitaran
mempunyai skop yang sangat meluas. Namun di dalam kajian ini hanya tertumpu
kepada aspek hubungan kejiranan, kekeluargaan, pendidikan, perkerjaan dan
kemudahan-kemudahan yang terdapat di kawasan kajian.
4.5.1 Kejiranan
Amalan hidup yang baik merupakan tonggak utama kepada kekuatan perpaduan
53
sesebuah masyarakat. Kebiasaanya amalan seperti kenal mengenali, bertolenrasi
dan hormat menghormati terdapat dalam budaya setiap kejiranan. Amalan seperti
ini perlu dipupuk dan disemai dengan lebih meluas supaya masyarakat yang
harmoni dalam segenap aspek dapat diwujudkan
Jadual 4.13 menunjukan kepuasan kejiranan di kawasan kajian. Didapati
sebanyak 95 peratus masyarakat di kawasan ini terlibat dalam aktiviti gotong-
royong dan melakukan aktiviti riadah bersama. Perpaduan antara masyarakat
harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih
rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu
aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak
dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang
kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan
taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan
yang tulen. Gotong-royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni
yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di tempat kerja. Rasa kekitaan,
rasa prihatin, dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu
hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini
berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu menangani
gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian,
lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh setiap lapisan
ahli masyarakat dalam sesuatu kawasan. (http://ms.wikipedia.org)
Jadual 4.13: Taburan Tahap Kepuasan Kejiranan(n=100).
Kejiranan Sangat Tidak
puashati
Tidak puashati
TidakPasti
Puashati SangatPuashati
54
n(%) n(%) n(%) n(%) n(%)
Hubungan kejiranan
- - 5 94 1
Bantu membantu - - 5 90 5
Memberi makanan/bertukar juadah
- - 10 90 -
Meminjamkan barang-barang
- - 19 80 1
Menjaga anak jiran (bermain diluar rumah)
- - 5 90 5
Menjaga rumah apabila mereka tiada di rumah
- - - 90 10
Melakukan aktiviti riadah bersama
- - 1 95 4
Gotong royong - - - 95 5
Masalah jenayah seperti dadah, kecurian dan lain-lain
- - 7 15 4
Merujuk kepada jadual 4.14 hasil daripada kajian mendapati majoriti perhubungan
responden dengan jiran berada pada tahap tinggi iaitu 54 peratus. Kebanyakan
penghuni di kawasan ini saling mengenali antara satu sama lain. Walaupun,
kesemua penghuni di pindahkan ke kawasan penempatan semula melalui undian
nombor rumah, perhubungan yang akrab semasa di penempatan asal tidak
memustahilkan tahap kepuasan yang tinggi diperolehi.
Kemudian diikuti oleh skor tahap kepuasan rendah sebanyak 24 peratus
dan skor sederhana sebanyak 22 peratus. Perhubungan baik yang terjalin diantara
penduduk akan mewujudkan budaya kerjasama dalam menjalankan pelbagai
aktiviti. Namun begitu terdapat juga responden yang tidak mempunyai
perhubungan yang baik di antara jiran. Keadaan ini mungkin disebabakan oleh
55
penempatan asal tidak sama di antara responden.
Jadual 4.14: Taburan Skor Kepuasan Terhadap Persekitaran Kejiranan(n=100).
Maklumat n (%)
Tahap kepuasan rendah
(<21)
24 24.0
Tahap kepuasan sederhana
(22-34)
22 22.0
Tahap kepuasan tinggi
(>35)
54 54.0
4.5.1 Pendidikan, pekerjaan dan hubungan kekeluargaan
Perbincangan dalam bahagian ini juga menjurus kepada faktor kepuasan
persekitaran pendidikan, pekerjaan dan hubungan kekeluargaan. Hubungan
kekeluargaan dan interaksi diantara ahli keluarga sangat penting dalam
pembentukan sebuah keluarga. Interaksi dalam keluarga yang tinggi dapat
membentuk perasaan saling hormat menghormati dan juga memupuk kasih
sayang. Sebanyak 76 peratus menyatakan bahawa “berpuas hati” sekiranya sanak
saudara datang bermalam di rumah mereka.
Seterusnya 70 peratus menyatakan “puas hati” untuk mengadakan majlis
seperti kenduri dan hanya 64 peratus “berpuas hati” sekirannya saudara tinggal
bersama. Tinggal bersama melibatkan satu tempoh yang panjang. Oleh itu,
responden merasakan dengan keadaaan rumah yang kecil akan menimbulkan
suasana yang sesak dan tidak selesa.
56
Selain itu, aspek pendidikan pula menyaksikan bahawa terdapat 76 peratus
menyatakan puas hati terhadap minat anak-anak untuk belajar, jarak ke sekolah
(75%), prestasi anak di sekolah(70%), dan ruang untuk belajar (64%). Minat anak-
anak responden terhadap pendidikan meningkat mungkin mempunyai kaitan
dengan jarak ke sekolah. Sekolah kebangsaan Kuala Kedah adalah bersebelahan
dengan kawasan kajian.
Manakala, dari aspek pekerjaan pula mendapati responden berpuas hati
dengan pendapatan yang diperolehi. Pekerajaan (75%), kewangan (70%) dan
hutang (64%). Keadaan kewangan yang tidak stabil akan memberi kecenderungan
untuk berhutang. Tambahan pula, dengan peningkatan harga barang semasa akan
menyebabkan kadar hutang dalam kalangan responden semakin meningkat.
Jadual 4.15: Taburan Tahap Kepuasan Terhadap Hubungan Kekeluargaan,
Pendidikan Dan Pekerjaan(n=100).
Maklumat STP TPH TP PH SPH
Hubungan kekeluargaan n(%) n(%) n(%) n(%) n(%)
57
Kunjungan sanak saudara - 15 5 75 5
Sanak saudara bermalam - - 11 76 13
Jamuan/kenduri - - 6 70 24
Saudara tinggal bersama 9 15 6 64 6
Pendidikan
Jarak dari sekolah - 15 5 75 5
Minat anak untuk belajar - - 11 76 13
Prestasi anak di sekolah - - 6 70 24
Ruang untuk belajar 9 15 6 64 6
Pekerjaan
Pekerjaan - 15 5 75 5
Keadaan kewangan - - - 70 24
Hutang 9 15 6 64 6
Pendapatan - - 11 76 13
Skor dalam hubungan kekeluargaan yang tertinggi ialah pada tahap
sederhana iaitu dengan nilai skor sepuluh (10) hingga 15. Manakala, bagi skor
tahap kepuasan yang tinggi pula melibatkan lapan (8) peratus dengan nilai skor
melebihi 16. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh perhubungan responden
dengan saudara bukan sesama ahli keluarga. Seterusnya perolehan skor berkaitan
pendidikan menunjukkan bahawa 80 peratus pada tahap sederhana dan 14 peratus
pada tahap tinggi.
Kajian mendapati dari segi pendidikan anak-anak responden terdapat
perubahan yang ketara namun ada juga keadaan yang sama dengan sebelum ini.
Rata-rata responden memberi respon pada tahap sederhana terhadap pekerjaan
iaitu sebanyak 77 peratus. Keadaan ini disebabkan pekerjaan responden tidak
memberi kesan yang tinggi disebabkan perpindahan daripada setinggan ke
58
kawasan penempatan semula adalah dalam kawasan yang sama dan persekitaran
kerja yang sama.
Jadual 4.16 : Taburan Skor Kepuasan Persekitaran Pendidikan, Pekerjaan Dan
Kekeluargaan(n=100).
Maklumat Pendidikan Pekerjaan Kekeluargaan
n(%) n(%) n(%)
Tahap kepuasan rendah
(<9)
10 9 9
Tahap kepuasan sederhana
(10-15)
80 77 83
Tahap kepuasan tinggi
(>16)
10 14 8
4.5.2 Kemudahan
Kualiti perumahan juga mengambil kira tentang jenis kelengkapan dan
kemudahan yang disediakan. Kemudahan-kemudahan awam diperlukan bagi
meningkatkan kesejahteraan hidup setiap manusia. Kemudahan awam yang
terdapat di kawasan kajian ialah seperti sekolah iaitu sekolah Kebangsaan Kuala
Kedah, sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid sebarang Kota dan lain-lain.
Tahap kepuasan responden terhadap kemudahan yang disediakan di penempatan
baru berada pada tahap sederhana iaitu 69 peratus iaitu skor antara 63 hingga 98.
Tahap kedua tertinggi ialah skor yang melebihi daripada 99 (18%). Diikuti oleh
skor yang terendah iaitu kurang dari 62 sebanyak 13 peratus. Secara
keseluruhannya tahap kepuasan hati responden ialah pada kadar sederhana untuk
kemudahan yang disediakan di penempatan semula Taman Kota Nelayan Kuala
Kedah. Kesejahteraan penghuni di sesuatu kawasan perumahan juga mengambil
59
kira faktor-faktor kemudahan yang disediakan. Kemudahan awam penting dalam
meningkatkan kualiti dan tahap kesejahteraan penduduk.
Daripada kajian yang dijalankan mengenai kemudahan awam telah
melibatkan 27 item yang disoal kepada responden. Kemudahan awam yang
mendapat maklum balas tertinggi ialah kedai runcit sebanyak 62 peratus “berpuas
hati” dan 20 peratus daripada responden pula menyatakan “sangat berpuas hati”.
Seterusnya diikuti oleh stesen pam minyak sebanyak 55 peratus dan 15 peratus
bagi “sangat berpuas hati”. Hampir di setiap baris unit perumahan akan terdapat
sekurang-kurangnya satu kedai runcit. Keadaan ini akan memberi kemudahan
untuk isi rumah membeli keperluan harian di kawasan yang berhampiran dengan
kediamannya. Hasil kajian ini sama dengan hasil kajian yang dilakukan Nurizan ,
(1998).
Namun begitu, daripada 27 item yang di soal kepada responden terdapat
beberapa kemudahan awam yang mendapat respon yang rendah. Antaranya ialah
sistem pengurusan sampah yang membawa nilai 52 peratus “tidak berpuas hati”
dan 15 peratus memberi respon “sangat tidak berpuas hati”. Hampir kesemua
responden menyatakan “tidak berpuas hati” dengan sistem pengurusan sampah di
kawasan kajian. Hal ini disebabkan oleh pengurusan yang tidak sistematik iaitu
jadual pungutan sampah yang tidak teratur sebanyak dua kali seminggu. Dalam
masa yang sama, di setiap unit rumah tidak dibekalkan dengan tong sampah.
Keadaan ini bertambah rumit apabila terdapat hanya empat tempat pengumpulan
sampah. Bahkan terdapat juga tempat pembuangan sampah yang sangat
berhampiran dengan unit perumahan yang akan menyebabkan masalah
60
pencemaran bau serta fizikal yang kotor. Pernyataan ini disokong oleh dapatan
kajian yang dilakukan oleh Nurizan (1998). Secara tidak langsung keadaan ini
akan menyebabkan kawasan persekitaran perumahan akan terjejas.
Selain itu, pengangkutan awam juga menunjukkan rating yang rendah iaitu
57 peratus bagi “sangat tidak berpuas hati” dan 44 peratus “tidak berpuas hati”.
Kajian juga mendapati bahawa majoriti responden menyatakan “tidak berpuas
hati” dengan perkhidmatan pengangkutan dan ketiadaan tempat menunggu bas di
kawasan kajian. Pusat pengangkutan berada tidak jauh dari penempatan semula ini
namun penghuni perlu merentasi laut melalui jambatan Tok Pasai untuk sampai ke
pusat pengangkutan bas tersebut.
Dalam masa yang sama, kemudahan untuk kanak-kanak bermain tidak
disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab seperti pihak pemaju mahupun
pengurusan program ini. Perkara ini akan menjadi lebih komplek sekiranya kanak-
kanak tidak mempunyai tempat yang khusus untuk bermain. Rata-rata responden
yang ditemubual menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan anak atau cucu
mereka. Tambahan pula, dewasa kini sering terjadinya kes-kes jenayah yang
melibatkan kanak-kanak.
Jadual 4.17: Taburan Tahap Kepuasan Terhadap Kemudahan Awam(n=100).
Sangat Tidak Tidak Puashati Sangat
61
KemudahanTidak
puashati
puashati
Pasti Puashati
n(%) n(%) n(%) n(%) n(%)
Tadika 6 15 9 55 15
Tempat ibadat 14 21 1 47 17Sekolah rendah/ menengah
19 14 12 36 19
Khidmat kejiranan (jiran wanita. Jiran muda)
3 16 17 49 15
Sistem keselamatan (rukun tetangga/ RELA/ JKKK)
44 10 13 23 10
Gelanggang badminton/ sepak takraw
3 19 53 22 3
Bekalan elektrik - - - 64 36Lampu jalan 19 27 20 25 9Balai raya 10 5 26 48 11Dewan serbaguna 3 9 16 37 8Perkhidmatan polis 6 38 29 23 4Kedai makan 16 13 5 47 19Pejabat pos 32 13 6 34 15Bank 20 22 6 39 13Stesyen minyak 14 14 4 53 15Pengurusan sampah sarap
52 44 4 - -
Pengangkutan awam 57 42 1 - -Kawasan riadah/ reakrasi
34 40 8 16 2
Padang permainan kanak-kanak
41 48 11 - -
Pusat membeli belah/pasaraya
27 12 10 44 7
Klinik kesihatan 4 12 12 40 32Padang bola 21 16 10 40 13Perpustakaan 31 26 9 26 8Bekalan air bersih - 1 55 45 4Pasar/ kedai runcit 1 3 14 62 20Telefon awam 10 11 26 50 3Tempat menunggu bas 55 38 7 - -
Jadual 4.18 menunjukkan skor yang diperolehi oleh responden berkaitan
dengan tahap kepuasan kemudahan yang terdapat di kawasan kajian. Skor
62
responden berada pada tahap sederhana untuk kepuasan kemudahan iaitu 69
peratus. Skor tahap kepuasan tinggi pula mencatatkan 18 peratus dan skor tahap
kepuasan rendah pula sebanyak 13 peratus. Hasil keseluruhan berkaitan
kemudahan mendapati kebanyakan kemudahan awam telah disediakan oleh pihak
berwajib. Namun begitu, kemudahan yang ada telah di rosakkan atau tidak dapat
memberi fungsi yang terbaik. Terdapat juga kemudahan yang tidak disediakan
seperti pengangkutan awam yang sangat penting kepada penghuni PPR. Keadaan
ini telah meningkatkan kos perbelanjaan penghuni apabila ingin ke sesuatu
tempat.
Jadual 4.18: Skor Tahap Kepuasan Kemudahan Awam(n=100).
Maklumat n (%)
Tahap kepuasan rendah
(<62)
13 13
Tahap kepuasan sederhana
(63-98)
69 69
Tahap kepuasan tinggi
(>99)
18 18
4.5.3 Masalah unit rumah
Bagi meneliti tahap kepuasan persekitaran dengan lebih mendalam. Kajian ini
telah mengumpul seberapa banyak data berkaitan kepuasan persekitaran. Oleh hal
demikian, responden diminta menjawab soalan yang berkaitan masalah yang
timbul setelah proses penyerahan kunci dilakukan di antara pihak pengurusan dan
responden. Seringkali kedengaran bahawa perumahan kos rendah berlaku masalah
yang berkaitan dengan kualiti.
63
Senario yang sama turut berlaku dalam perumahan PPR ini. Sebanyak 24
kes tandas tersumbat telah dilaporkan oleh responden. Manakala, jumlah kedua
tertinggi ialah 14 kes untuk paip bocor, 11 kes bagi siling bocor dan sebanyak 18
kes lain-lain yang membawa jumlah keseluruhan responden yang mengalami
masalah setelah penyerahan kunci ialah sebanyak 67 kes. Apabila terdapat
masalah yang timbul, penghuni akan membuat aduan kepada pihak pengurusan
iaitu pihak Majlis Bandaraya Alor Star. Namun, difahamkan pihak terbabit
mengambil masa yang lama untuk membuat penyelenggaraan. Antara mahu atau
tidak penghuni terpaksa mengeluarkan kos sendiri bagi membaik pulih setiap
masalah yang timbul. Justeru itu, kos perbelanjaan penghuni akan meningkat
sekaligus akan memberi tekanan kepada penghuni dari segi kewangan dan
keselamatan.
Jadual 4.19: Jenis Masalah Rumah Setelah Penyerahan Kunci(n=100).
Maklumat n (%)
Tiada masalah 33 33.0
Tandas tersumbat 24 24.0
Paip bocor 14 14.0
Siling bocor 11 11.0
Lain-lain 18 18.0
Hasil kajian yang diperolehi mendapati bahawa terdapat 67 peratus
responden menyatakan telah membuat pengubahsuaian terhadap rumah mereka.
Manakala selebihnya daripada jumlah responden menyatakan “tidak” membuat
sebarang pengubahsuaian rumah. Rumah akan diubahsuai setelah penghuni
merasa rumah tersebut tidak selesa untuk didiami.
64
Jadual 4.20: Pengubahsuaian Terhadap Rumah (n=100).
Maklumat n (%)
Ya 67 67.0
Tidak 33 33.0
Berdasarkan jadual 4.21, pengubahsuaian dilakukan menggunakan
sumber-sumber kewangan seperti membuat pinjaman. Sebanyak 20 peratus
responden mengubahsuai rumah dengan membuat pinjaman daripada ahli
keluarga terdekat, rakan dan sebagainya. Daripada 100 orang responden, 36 orang
menyatakan pengubahsuaian rumah dibuat dengan menggunakan wang simpanan
sendiri. sepuluh (10) peratus pula memberi maklum balas bahawa segala
pengubahsuaian ditanggung oleh anak-anak yang sudah bekerja dan hanya satu
peratus sahaja yang sumber pengubahsuaiannya adalah daripada lain-lain. Melalui
pemerhatian yang dibuat, terdapat segelintir responden melakukan pengubahsuian
secara sendiri dan berperingkat.
Jadual 4.21: Sumber Kewangan Untuk Pengubahsuaian(n=100).
Malumat n (%)
Pinjaman 20 20.0
Simpanan 36 36.0
Pemberian anak 10 10.0
Lain-lain 1 1.0
Kebanyakan pengubahsuaian rumah di lakukan oleh responden pada tahun
kedua mendiami rumah PPR ini. Pada tahun 2005 seramai 30 orang telah
melakukan pengubahsuaian rumah diikuti oleh 28 peratus pada tahun 2004 dan
65
(8%) pada 2006 dan (1%) pada 2007.pengubahsuaian rumah dilakukan oleh
responden untuk mendapatkan keselesaan terhadap isi rumah. Hal ini juga berkait
rapat dengan penyesuaian diri responden dan keluarga di tempat yang baru. Oleh
itu, pengubahsuaian dianggap perlu untuk penyesuaian diri disamping faktor
kemampuan kewangan responden sendiri bagi melakukan pengubahsuaian rumah.
Jadual 4.22: Tahun Dilakukan Pengubahsuaian(n=100).
Maklumat n (%)
2004 28 28.0
2005 30 30.0
2006 8 8.0
2007 1 1.0
4.6 Aspirasi dan Harapan
Bab ini menganalisis aspirasi atau harapan responden pada masa akan datang.
Dalam bahagian ini data berkaitan dengan cadangan responden untuk menetap di
kawasan kajian selama-lamanya telah disoal. Aspirasi ataupun harapan responden
untuk masa hadapan penting bagi mengenalpasti tahap kemampuan responden
untuk mencapai impian serta kesejahteraan hidup di masa akan datang. Melalui
aspirasi responden juga, penilaian dapat dibuat ke atas kehendak dan kemampuan
responden di masa akan datang.
Jadual 4.23 menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara diantara jawapan
yang diberikan oleh responden. Daripada 100 orang responden yang terlibat
memberi respon bahawa mahu tinggal di sini selama-lamanya (89%). Manakala,
66
selebihnya (11%) sahaja yang mempunyai perancangan untuk berpindah keluar
dari kawasan kajian. Terdapat banyak sebab yang telah diutarakan oleh responden
mengapa mereka ingin terus tinggal di kawasan penempatan semula ini. Penyebab
kepada keadaan ini yang berada pada tahap paling tinggi ialah keselesa dengan
kadar 53 peratus. Diikuti oleh mudah untuk responden ke tempat kerja sebanyak
29 peratus dan sebab lain-lain (9%). Hal ini berlaku kerana, kebanyakan
responden ternyata sudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.
Tambahan pula, kebanyakan responden adalah terlibat secara langsung
dengan aktiviti laut maka akan memudahkan responden untuk ke tempat kerja.
Namun begitu, bagi responden yang tidak bercadang untuk tinggal di kawasan
kajian untuk selamanya mempunyai alasan yang sebaliknya. Sebanyak (8%)
menyatakan bahawa ingin memiliki rumah sendiri yang lebih selesa manakala
bakinya sebanyak tiga peratus pula memberi alasan keadaan persekitarn kajian
tidak selesa.
Jadual 4.23: Cadangan Untuk Menetap Di Penempatan Semula
selamanya(n=100).
Maklumat n (%)
Ya 89 89.0
Tidak 11 11.0
Selain itu, responden juga ditanya mengenai rancangan untuk membeli
rumah sendiri. Berdasarkan jadual 4.24, 13 peratus ingin membeli rumah sendiri
dan 87 peratus menyatakan tidak. Daripada 13 peratus yang mempunyai
67
perancangan untuk membeli rumah kerana untuk mecapai tahap keselesaan (4%)
dan bagi dijadikan aset atau harta (9%). Masalah kewangan merupakan 57 peratus
penyebab utama mengapa responden tidak mempunyai perancangan untuk
membeli rumah lain dan sebanyak 20 peratus menyatakan bahawa selesa dengan
keadaan kehidupan sekarang. Melalui pemerhatian, kadar peratus yang tinggi bagi
responden yang tiada perancangan untuk membeli rumah lain kerana responden
telah banyak mengeluarkan kos untuk pengyelenggaran dan penjagaan rumah
sekarang. Oleh hal demikian adalah tidak setimpal untuk mereka berpindah keluar
atau membeli rumah lain.
Jadual 4.24: Cadangan Untuk Membeli Rumah Lain(n=100).
Maklumat n (%)
Ya 13 13.0
Tidak 87 87.0
Di samping itu juga, 78 peratus responden memberi respon bahawa rumah
yang disediakan untuk mereka tidak sesuai untuk dihuni oleh golongan tua.
Sebanyak 40 peratus data yang dikutip menyatakan ruang fizikal rumah tidak
sesuai untuk warga tua. Rumah dua tingkat menyebabkan ketidakselesaan kepada
golongan ini untuk bergerak sebagai contoh, bilik tidur berada tingkat atas
manakala bilik air dan tandas berada ditingkat bawah. Dengan erti kata lain ruang
yang terdapat pada rumah tidak mesra kepada warga tua. Walaupun begitu,
terdapat juga responden yang menyatakan rumah tersebut sesuai untuk kehidupan
hari tua dengan alasan ruang yang sempit akan memberi kemudahan kepada
pergerakan warga tua ( 22%).
68
Jadual 4.25: Rumah PPR Sesuai Untuk Kediaman Warga Tua(n=100).
Maklumat n (%)
Ya 22 22.0
Tidak 78 78.0
Dalam kajian ini juga harapan responden terhadap pihak pemaju di masa
akan datang ialah dengan memberi rumah yang lebih berkualiti. Antara lainnya
harapan responden terhadap pihak pemaju supaya tidak membina rumah dengan
menggunakan bata blok. Rumah yang menggunakan bata blok akan memberi suhu
yang panas kepada penghuni kerana kepanasan akan diserap di bahagian ruang
kosong bata blok tersebut. Dengan ini akan meningkatkan suhu di dalam rumah.
Selain itu, pihak pemaju juga diharap menggunakan bahan yang lebih berkualiti
dalam perumahan supaya tidak akan memberi bebanan kepada penghuni untuk
membaiki rumah setelah penyerahan kunci. Pembinaan pagar (15%) juga penting
untuk keselamatan kanak-kanak dari kenderaan yang lalu lalang terutamanya bagi
rumah yang berada di jalan utama. Hasil kajian menunjukkan bahawa hampir
kesemua responden mempunyai aspirasi dan harapan yang ingin dicapai di masa
hadapan. Walau apa pun, perancangan responden kesejahteraan hidup merupakan
elemen yang ingin dicapai.
69
BAB 5
KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan tentang kesimpulan dan implikasi bagi kajian yang
telah dijalankan. Cadangan untuk kajian pada masa akan datang turut
dibincangkan di bahagian akhir bab ini.
5.1 Kesimpulan
Berdasarkan daripada analisis diskriptif, menunjukkan sebahagian besar
responden berumur lebih dari 51 tahun dan kebanyakan responden adalah lelaki.
Ini kerana kajian ini melibatkan ketua isi rumah yang terdiri daripada 91
responden lelaki dan 9 ketua isi rumah perempuan. Majoriti responden terlibat
secara langsung dengan aktiviti laut iaitu sebagai nelayan. Hal ini kerana,
kedudukan kawasan kajian yang merupakan pesisir laut. Hasil kajian juga
mendapati majoriti responden sudah berkahwin dan mempunyai bilangan
tanggungan 3 ke 4 orang. Selain itu juga, majoriti responden memperolehi
pendapatan antara RM301 hingga RM600. Kebanyakan responden menerima
pendapatan yang hampir sama kerana bekerja sebagai nelayan. Di samping itu,
70
melalui data yang diperolehi tahap pendidikan kebanyakan responden ialah tamat
sekolah rendah.
5.1.0 Status kewangan
Hasil kajian mendapati responden tidak berpuas hati dengan kewangan semasa
responden. Status pemilikan responden menunjukkan bahawa ia mempunyai
hubungkait dengan pendapatan responden sendiri. Keadaan ini betambah rumit
apabila kos sara hidup semakin meningkat manakala, pendapatan yang diterima
masih pada tahap yang lama. Tambahan pula, melalui data yang telah dianalisa
menunjukkan kebimbangan serta kekerapan responden memikirkan kewangan
adalah tinggi di samping aspek ini akan menggangu aktiviti mereka.
Selain itu, rata-rata responden menyatakan bahawa pendapatan yang
diterima oleh mereka tidak mencukupi. Hal ini kerana peningkatan kos hidup serta
kenaikan harga barang telah membebankan responden yang kebanyakan
mempunyai pendapatan yang rendah. Dalam masa yang sama, kajian mendapati
responden yang terlibat dalam kajian ini kebanyakannya tidak mempunyai
pendapatan tetap yang diterima setiap bulan. Bahkan, responden juga tidak
berpuas hati dengan kewangan semasa mereka sekirannya perkara yang tidak
diingini atau kes kecemasan berlaku. Oleh itu, pendapatan merupakan asas
pengukuran kepada status sosial ekonomi seseorang tetapi bukan sebagai
pengukur tahap kesejahteraan hidup yang tepat.
5.1.1 Pemilikan
71
Tahap pemilikan responden menunjukkan hampir kesemua responden memiliki
barangan asas seperti televisyen, peti sejuk, periuk elektrik dan sebagainya.
Pemilikan barangan asas adalah penting dalam memberi kemudahan yang optima
kepada kerja-kerja domestik isi rumah. Bagi barangan mewah pula terdapat pada
item-item tertentu yang menunjukkan bahawa keupayaan responden memilikinya
seperti vcd, ketuhar dan elektrik. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat item
barangan mewah yang dimiliki oleh kebanyakan responden dan ini memberi
gambaran, terdapat sesetengah barangan mewah yang telah dianggap satu
kemestian untuk memilikinya oleh responden.
Manakala untuk aspek pemilikan kenderaan pula mendapati hampir
keseluruhan responden memiliki motorsikal. Pemilikan kenderaan sekurang-
kurangnya motorsikal adalah penting untuk pergerakkan responden ke satu tempat
ke tempat yang lain. Pemilikan barangan yang semakin meningkat menunjukkan
tahap kualiti hidup masyarakat adalah lebih baik dari keadaan sebelum ini.
5.1.2 Kepuasan Fizikal
Selain itu, aspek kepuasan fizikal perumahan pula menunjukkan tahap kepuasan
responden berada pada tahap sederhana terhadap ruang fizikal rumah PPR ini.
Kebanyakan ruang asas telah disediakan oleh pihak pemaju seperti bilik tidur,
ruang tamu, dapur, tandas dan sebagainya. Keadaan ini membolehkan penghuni di
kawasan kajian dapat menikmati kehidupan yang baik. Namun begitu, terdapat
beberapa keperluan fizikal lain yang tidak disediakan oleh pihak pemaju.
72
Keperluan fizikal tersebut ialah tong sampah di setiap rumah, peti surat dan pagar.
Ketiga-tiga item ini penting kepada individu dalam mencapai tahap kepuasan
fizikal perumahan. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang lebih
suka keadaan perumahan sekarang tanpa pagar. Hal ini disebabkan oleh rasa
selesa dan juga mudah bagi mereka untuk menggunakan ruang yang ada sekiranya
terdapat keraian seperti kenduri kahwin dan sebagainya. Penggunaan ruang jiran
perlu bagi acara yang besar. Justeru itu, golongan ini lebih senang dengan konsep
rumah tanpa pagar ianya lebih kepada kehidupan mereka di tempat asal. Oleh hal
demikian, walaupun tahap kepuasan responden adalah sederhana pada fizikal
perumahan yang disediakan ianya tidak pula memberi tahap tidak berpuas hati
yang tinggi dalam kalangan responden.
5.1.3 Kepuasan Persekitaran
Kepuasan persekitaran merupakan skop yang sangat luas. Kajian mengenai
persekitaran yang dilakukan di kawasan kajian ialah dari segi aspek perhubungan
kejiranan, hubungan kekeluargaan, pendidikan, pekerjaan dan kemudahan yang
disediakan di kawasan kajian. Hubungan kejiranan di antara penghuni adalah
sangat baik, pelbagai aktiviti yang dilakukan mendapat sokongan dan penglibatan
penghuni sepenuhnya. Bagi hubungan kekeluargaan, pendidikan dan pekerjaan
berada pada tahap sederhana. Situasi ini mungkin disebabkan oleh keadaan dahulu
sebelum berpindah dangan kedaan sekarang adalah lebih kurang sama seperti
tempat kerja dan jarak ke sekolah.
73
Seterusnya ialah kemudahan, melalui data menunjukkan tahap kepuasan
kemudahan juga turut berada pada tahap yang sederhana. Banyak kemudahan
yang telah disediakan di kawasan kajian namun terdapat juga kemudahan yang
penting tidak disediakan seperti pengangkutan awam. Kedaan ini telah
menyusahkan penduduk di kawasan kajian sekiranya mereka tidak mempunyai
kenderaan sendiri. Kehidupan di kawasan setinggan lebih mudah untuk mereka
mendapatkan sebarang pengangkutan sama ada bas atau teksi. Justeru itu, keadaan
ini telah menyebabkan penghuni tidak berpuas hati dari aspek kemudahan
perkhidmatan.
5.2 Implikasi
Kajian mengenai tahap kesejahteraan penghuni PPR di Taman Kota Kuala Kedah
yang merangkumi 7 bahagian ini diharap dapat membantu pihak-pihak tertentu
terutamanya yang berkaitan dengan perumahan supaya dapat mengambil inisiatif
dalam membekalkan rumah yang berkualiti kepada penghuni Program
Penempatan Semula. Perancangan yang dilakukan tanpa pelaksanaan yang cekap
akan menyebabkan pelbagai masalah yang timbul. Golongan setinggan yang
terpaksa dipindahkan ke kawasan penempatan semula mempunyai pelbagai
andaian terhadap program ini. Antara paksa atau rela golongan setinggan akur
dengan kehendak dan matlamat kerajaan yang ingin mencapai penempatan
setinggan sifar menjelang tahun 2020.
Keputusan untuk mencapai setinggan sifar ada memberi reaksi positif dan
negatif daripada rakyat. Terutamanya daripada masyarakat yang tinggal di
74
kawasan setinggan. Daripada laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendapati sebanyak 53 buah projek ( 54,679
unit rumah) PPR Bersepadu telah dijalankn di seluruh negara
(www.ktkp.gov.my). Dalam keghairahan pihak pemerintah untuk mencapai
matlamat setinggan sifar, kebajikan atau kepentingan golongan sasaran tidak
dititikberatkan melalui pelaksanaan program ini. Banyak permasalahan asas yang
timbul walaupun secara asasnya kehidupan yang lebih tersusun mampu memberi
tahap kesejahteraan yang lebih baik kepada penghuni penempatan semula ini.
Daripada hasil kajian yang dijalankan di Taman Kota Nelayan Kuala Kedah ini
mendapati rata-rata responden mempunyai pendapatan atau tahap kepuasan yang
sederhana berbanding kehidupan setinggan dahulu. Tinjaun dibuat di kawasan asal
setinggan responden mendapati kemudahan seperti pengangkutan dan kemudahan
lain mudah dicapai oleh penghuni PPR ini.
Walaupun kedudukan perumahan yang tersusun tanpa kemudahan asas
penghuni tetap merasakan kesulitan tambahan pula penduduk PPR terpaksa
menyeberangi laut untuk mendapat kemudahan yang ada. Malahan kemudahan ini
pada dahulu adalah berhampiran dengan kawasan setinggan penduduk.
Penghasilan rumah sebuah mendapat reaksi positif penduduk. Hal ini kerana
penduduk memerlukan rumah sebuah disebabkan oleh majoriti penduduk adalah
nelayan yang memerlukan ruang terbuka. Namun, penggunaan bahan yang tidak
berkualiti oleh pihak pemaju telah membebankan penduduk. Dalam mengejar
keuntungan pihak pemaju memandang ringan aspek kualiti rumah yang
dihasilkan. Oleh hal demikian, segala tindak balas yang diperolehi dalam kajian
ini diharap dapat memberi satu demensi baru kepada pihak-pihak yang tertentu
75
dalam meningkatkan kesejahteraan penghuni penempatan semula selaras dengan
matlamat kerajaan yang mahu meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.
5.3 CADANGAN
Melalui hasil kajian yang diperolehi, terdapat beberapa perancangan yang perlu
dicadangkan untuk perhatian pelbagai pihak dalam usaha meningkatkan tahap
kesejahteraan penghuni penempatan semula ini. Peranan pihak Kementerian
Perumahan dan Keajaan Tempatan sangat penting sebagai penyelaras dan
pemantau terhadap isu ini. Manakala, Pihak Berkuasa Tempatan pula memainkan
fungsinya sebagai agensi pelaksana bagi menyelesaikan segala permasalahan
berkaitan. Menjadi harapan agar pada kajian yang bakal dilaksanakan pada masa
akan datang akan melibatkan lebih ramai responden untuk mendapat data yang
lebih terperinci. Bahkan, kajian yang telah banyak dijalankan sebelum ini hanya
menumpu kepada pendekatan ekonomi (Mohd Razali,1992).
Kajian yang menggunakan pendekatan ini lebih kepada diskriptif tanpa
menganalisa tentang persekitaran dan faktor sosial penghuni. Justeru, kajian yang
akan dilakukan kelak diharap agar mengcakupi semua lapangan kehidupan
penghuni. Sementara itu, cadangan lain yang perlu diberi perhatian ialah
pemindahan setinggan memerlukan kos yang tinggi. Maka, kerajaan haruslah
meneliti terlebih dahulu kawasan setinggan yang dianggap atau boleh diberi nafas
baru tanpa memindahkan masyarakat setinggan. Tetapi dengan melakukan
pemulihan dan pembaikkan terhadap kawasan setinggan tersebut dengan
menyediakan kemudahan infrastruktur serta fasiliti-fasiliti yang lain.
76
Seterusnya, pihak yang terlibat perlu memastikan bahawa unit rumah yang
akan menempatkan penghuni menggunakan bahan yang lebih berkualiti. Rumah
yang berkualiti akan mewujudkan satu bentuk persekitaran yang lebih baik kepada
penghuni. Sehubungan dengan itu, kerajaan juga perlu memperkemaskan lagi
strategi dan program berkaitan perumahan yang akan menyumbang kepada
keharmonian negara. Usaha yang berterusan dengan komitmen yang tinggi dalam
penglibatan sejagat seperti Agenda Habitat yang mempunyai matlamat, prinsip,
komitmen serta stategi ke arah petempatan manusia yang mampan perlu
ditingkatkan.
Di dalam perancangan perumahan akan datang, saiz isi rumah perlu
diambil kira di dalam pembahagian bilik supaya kesesakan dan kepadatan tidak
akan berlaku di dalam rumah. Ini kerana boleh menyebabkan isi rumah tidak
merasa selesa berda di rumah dan kesannya mereka akan mencari keselesaan di
luar. Pemaju perumahan juga boleh menyebabkan kualiti perumahan menjadi
rendah. Seperti yang diketahui, pemaju perumahan meletakkan keuntungan
menjadi motif utama mereka dalam pembinaan perumahan sedangkan
kesejahteraan dan kebajikan penduduk menjadi motif sampingan mereka.
Kesannya mereka terdorong untuk menggunakan bahan yang mempunyai
kualiti yang rendah yang menyebabkan ketidakselesaan dan keselamatan yang
tidak terjamin. Tambahan pula, pembinaan rumah-rumah ini dilakukan oleh
buruh-buruh dari negara jiran yang mungkin tidak peka dengan keadaan
persekitaran setempat. Oleh itu, kerajaaan perlulah tegas dalam mengambil
77
tindakan yang lebih berat kepada pemaju perumahan yang tidak mematuhi
piawaian yang minimum dalam penyediaan rumah. Dalam masa yang sama,
kerajaan tidak harus tergesa-gesa dalam perlaburan perumahan sedangkan kualiti
perumahan masih lagi di tahap rendah. Kerajaan dan pihak berwajib perlu lebih
menekankan kepada kualiti perumahan agar kesejahteraan penduduk lebih
terjamin di masa akan datang.
Sebagai langkah kesinambungan kepada kajian seterusnya, kajian
seumpama ini perlu menambah populasi kajian agar keputusan atau hasil yang
lebih terperinci diperolehi. Kemungkinan kajian akan datang akan memfokuskan
kepada satu kelompok untuk mendapatkan persepsi yang lebih khusus mengenai
kesejahteraan mereka. Seperti kajian terhadap golongan remaja mengenai persepsi
dan kesejahteraan golongan ini.
Kajian di masa akan datang juga di harap dapat menambah aspek-aspek
yang tidak di sentuh dalam kajian ini. Hal ini penting agar kajian-kaijian akan
datang lebih luas skopnya yang akan dapat memberi manfaat kepada pembaca.
Selain itu, ia boleh memberi gambaran yang menyeluruh tentang kualiti
perumahan yang tidak disentuh oleh kajian-kajian lepas.
78
BIBLIOGRAFI
Abdel Ghaney M. and Schwenk F.N (1993). Functional Forms Household Expenditure Patern in United States. Journal of Consumer Studies and Home Economics, 17, 325-324.
Ahmad Hariza H dan Bukryman S(2002).Perumahan dan Penempatan Manusia. Penerbit; Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (IDEAL).
Alavi, H. R., & Askaripur, M. R. (2003). The relationship between self-esteem and job satisfaction of personnel in government organizations. Dimuat turun pada September 30, 2007, dari Laman Web: http://www.entrepreneur.com/tradejournals/article/160714670_3.html
Aldershoff, D.E., Zuiberg, ACL and Black W. (1983). Household Production in Notherland. Swoka interimrapport.
Azian, K (2006). Kajian Literatur Terhadap Sistem Binaan Menggunakan blok Galas Beban Saling Mengunci Dan Potensinya Di Malaysia. Disertasi tesis yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia.
Chamhuri Siwar dan Mohd Fauzi Mohd Jani. Pola Pekerjaan, Pendapatan, Kemiskinan dan Perbelanjaan dalam Kalangan Penghuni Perumahan Awam Kos Rendah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Malaysian Journal of Consumer and Family Economic, Vol 3 2000.
Cote, S., & Morgan, L.M. (2002). A longitudinal analysis of the association between emotion regulation, job satisfaction, and intentions to quit. Journal of Organizational Behavior, 23, 947-962. Dimuat turun pada Oktober 10, 2007, dari http://www.interscience.wiley.com
Eker, L., Tuzun, E.H., Daskapan, A., & Surenkok, O. (2004). Predictors of Job satisfaction among Physiotherapists in Turkey. Journal of Occupation Health, 46, 500-505.
Habsah H (2005) Harmonius Community Living in Urban Neighbourhood: A case of Central Shah Alam, International Conference of The Asian Planning School Association.: “Cities for People” school of Housing, Building and Palnning.USM, Penang,
Hairi, A (1984). Kemiskinan Dan kehidupan Golongan Berpendapatan Rendah. Bangi: Penerbit UKM
Ian, H.F.B. (2005). The Relationship Between Job Satisfaction And Organisational Commitment Amongst High School Teachers In Disadvantaged Areas In The Western Cape. Dimuat turun pada 15 September, 2007, dari Laman Web University of the Western Cape: http//etd.uwc.ac.za/usrfiles/modules/etd init 5116 1174552058 pdf
79
Irissappane, D.A (2006). Influence of job satisfaction on performance levels among employees in a Multi-Lingual diverse cultural society. An empirical study
among employees in India. IEEE International Conference on Management of Innovation and Technology. Dimuat turun pada September 18, 2007, dari Laman Web: http://www.ieeexplore.ieee.org
Jabatan Perangkaan Malaysia. (1998). Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi rumah Malaysia.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2001). Rangcangan Malaysia Kelapan, 2001-2005.
Knights, J.A., & Kennedy, B.J. (2005). Psychological Contract Violation : Impacts on Job Satisfaction and Organizational Commitment Among Australian Senior Public Servants. Applied H.R.M. Research, 10(2), 57-72.
Kamus Dewan (2003), edisi ketiga
Kualiti Hidup Malaysia (2004). Unit Perancanagn Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Malaysia.
Laily, p. and Nurizan, Y.(2004). Kesejahteraan Isi Rumah Johor Darul Takzim. Penerbit: Serdang.
Mohamed, I. (2005). Setinggan Dan Permasalahannya Serta Penyelesaian Ke Arah Setinggan Sifar. Disertasi tesis yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia.
Nor Adilah, C. B. (2005).Kajian Terhadap Projek Perumahan Di Kelantan. Diertasi tesis yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia.
Normaz Wana, I. (2002). Ekonomi Asas,( edisi kedua). Penerbit: Prentice Hall.
Nurizan, Y (1998). Kemiskinan Dan Perumahan Di Bandar: Peranan Pemerintah Dan Penyelesaian. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Nurizan, Ahmad Hariza, Laily dan Bukryman (2000). Kajian Kesejahteraan Isirumah Penempatan Kos Rendah di Johor Bahru. Yayasan Pembangunan Keluarga Johor Darul Takzim.
Nurizan, Y. And Mohd. Amin, O. (2002). Pengenalan Sains Pengguna. Serdang: Penerbit UPM.
Nurizan,.Y. And Ahmad Hariza H. (2003) Perumahan dan Kediaman.Penerbit UPM.
Okpara, J.O. (2004). The impact of salary differential on managerial job satisfaction: A study of the gender gap and its implications for management education and practice in a developing economy. The Journal of Business in Developing Nations, 8, 62-98.
80
Laily P. dan Suhaily ,(2005). Penggunaan dan kualiti hidup. Penerbit UPM.
Razali, M (1992). Pembangunan Perumahan: Isu Dan Prospek. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Rose, M. (2003). Good deal, bad deal? Job satisfaction in occupations.Work Employmentand Society , 17(3),503-530.
Sadono, S. (1992). Makroekonomi: (edisi Ketiga). Universiti Malaya, Aneka Publishing.
Scott, M., Swortzel, K.A., & Taylor, W.N. (2005). The Relationships between Selected Demographic Factors and the Level of Job Satisfaction of Extension Agents. Journal of Southern Agricultural Education Research. 55(1),102-115.
Siti Zawiah, D. & Zahari, T. ( 2006). Factor affecting job satisfaction in two automotive industries in Malaysia. Jurnal Teknologi, 44(a), 65-80.
Susan, J.L. (2002). Job satisfaction among Russian workers. William Davidson workingn paper, 468 Dimuat turun pada 23 september 2007. http://www.wdi.umich.edu/files/Publications/WorkingPapers/wp468.pdf
Syarifah Nor Azizan, S.A.R dan Nurizan, Y (______). Peranan Dan Cabaran Dalam Mensejahterakan Warga Tua. [online]: http///www.irc_Malaysia.com/jkm/Peranan_Dan_Cabaran_files//filest.xml
Wan, Z., & Leightley, L.E. ( 2006). Job Satisfaction and Workforce Demographics. A longitudinal study of the U.S. forest products industry. Dimuat turun pada Mei 3, 2008, dari Laman Web: http://fwrc.msstate.edu/pubs/jobsatisfaction.pdf
Wan Zahari.W.Y dan Ahmad Hariza.H (2005). Pembangunan Perumahan: Melindungi Kepentingan Pengguna. Penerbit UPM
Zahir, Z (2006). Penempatan Semula Dan Kesan Sosial.[online] Mei 6 2008, dari http//zahirzainudin.blogspot.com.search.
________(2008). Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. [online] Mei 20 2008, dari http//ms.wikipedia.org/wiki/perisytiharan_hak_Asasi_Manusia_Sejagat.
________(2008). Program Penempatan Manusia Sejagat. [online] April 8 2008, dari http//ms.wikipedia.org/wiki/Program_Penempatan_Manusia_Pertubuhan_Bangsa_Bangsa_Bersatu.
81
________(2007). Gotong-Royong Di Malaysia. [online] April 8 2008, dari http//ms.wikipedia.org/wiki/Gotong-Royong_Di_Malaysia.
________(2005.Penyata Razak 1956. Dimuat turun pada Mei 8,2008. Dari http://gurusejarah.blogspot.som/search
http://www.kpkt.gov.my/kpkt/jpn.asp
82
LAMPIRAN
Borang soal selidik
Mengkaji Kesejahteraan Isi Rumah Program Penempatan Semula Di Malaysia.
Nombor responden ---------------------------
Nama penemubual ---------------------------
Tarikh temu bual ---------------------------
Terima kasih di atas kerjasama anda
83
Bahagian A : Maklumat Latar Belakang Isirumah
Sila lengkapkan maklumat latar belakang isirumah tuan/ puan pada ruangan berkenaan:
Ahli isirumah
Umur Etnik Jantina Tahap pendidikan
Pekerjaan utama
PendapatanSuami/isteri
Taraf perkahwinan dan lama berkahwin
Tahap kesihatan
1.Suami2.Isteri3.anak14.anak2 5. Anak
Lain-lain
Etnik Jantina Tahap pendidikan Status perkahwinan Tahap kesihatan1. Melayu 1. Lelaki 1. Tak pernah bersekolah 1. Bujang 1. Sihat2. Cina 2. Perempuan 2. Sekolah Rendah 2. Berkahwin 2. Sedikit kecacatan3. India 3. SRP/PMR 3. Duda 3. Hilang keupayaan4. Lain-lain 4. SPM/SPVM 4. Janda
5. STPM/ Sijil 5. Bercerai6. Diploma7. Ijazah
84
BAHAGIAN B : PEMILIKAN HARTA / STATUS KEWANGAN
1. Tandakan ( / ) jika tuan/ puan memiliki harta–harta berikut dan sila nyatakan
anggaran nilai harta tersebut.
Harta Ada Tiada
Jumlah wang simpanan
Insurans
Tanah
Bangunan/ Rumah sendiri
Barang kemas
Wang yang dipinjamkan kepada orang lain dan akan di
kembalikan
Lain – lain:
1.
2.
85
2. Adakah tuan/puan atau ahli isirumah tuan/ puan mempunyai sebarang
pinjaman/ hutang/ tanggungan berikut :
Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan anda.
Perkara
Jauh
lebih
teruk
(1 )
Teruk
( 2 )
Sama
( 3 )
Lebih
baik
( 4 )
Jauh
lebih
baik
( 5 )
Bagaimana keadaan kewangan
keluarga tuan/ puan berbanding
keluarga lain (dalam kategori
yang sama)
Dibandingkan dengan lima tahun
yang lalu, adakah kewangan
keluarga tuan/ puan?…
Memikirkan masa hadapan, lima
tahun dari sekarang, adakah
tuan/puan jangkakan keadaan
kewangan keluarga tuan/puan
akan menjadi?…
4. Memikirkan tentang keadaan kewangan keluarga tuan/ puan sekarang, berapa
kerapkah?
86
Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan anda.
Perkara
Tidak
pernah
( 1 )
Jaran
g
( 2 )
Kadang
-kadang
( 3 )
Kerap
( 4 )
Sangat
kerap
( 5 )
Anda bimbang dengan
kewangan
Keadaan kewangan
mengganggu aktiviti anda
sekarang
Keadaan kewangan
menganggu hubungan
kekeluargaan anda
5. Sejauh manakah tuan/ puan merasakan pendapatan yang diterima tidak cukup
untuk hidup?
a) Tidak cukup langsung
b) Boleh memenuhi keperluan sahaja
c) Boleh memenuhi sesetengan kehendak tapi bukan semua yang diingini.
d) Mampu mendapatkan hampir semua yang diingini.
e) Masih mampu untuk mendapatkan apa yang diingini dan masih ada baki
untuk simpanan.
6. Adakah tuan/ puan menerima pendapatan secara tetap dalam masa 12 bulan
yang lalu?
a) Sangat tetap
b) Tetap
87
c) Tidak tetap
d) sangat tidak tetap
7. Pada pandangan tuan/ puan adakah pendapatan keluarga tuan/ puan selaras
dengan peningkatan harga barang ?
a) Pendapat keluarga meningkat jauh lebih tinggi dari peningkatan harga.
b) Pendapatan keluarga meningkat lebih tinggi dari peningkatan harga.
c) Pendapatan keluarga meningkat lebih rendah dari peningkatan harga.
d) Pendapatan keluarga meningkat jauh lebih rendah dari peningkatan
harga.
8. Sejauhmana tuan/ puan berpuas hati dengan sumber kewangan yang ada
sekiranya berlaku kecemasan ?
a) Sangat berpuas hati
b) Puas hati
c) Tidak pasti
d) Tidak puas hati
e) Sangat tidak puas hati
88
BAHAGIAN D: KEPUASAN FIZIKAL PERUMAHAN
1. Kami ingin mengetahui tahap kepuasan anda mengenai tempat kediaman
sekarang.
Sila nyatakan sama ada anda :
Tahap kepuasan: 1. Sangat Tidak Puas Hati
2. Tidak Puas Hati
3. Tidak Pasti
4. Puas Hati
5. Sangat Puas Hati
Keadaan unit rumah Kedapatan Penggunaan Tahap kepuasan
Ada Tiada Ya Tida
k
1 2 3 4 5
Pelan/aturan ruang
bilik tidur utama
Bilangan bilik mandi/ tandas
Keluasan bilik tidur
Keluasan ruang tamu
Keluasan ruang makan
Keluasan ruang dapur
Keluasan balkoni/ kaki lima
Keluasan halaman
Penutup manhold
89
Tong sampah
Peti surat
Atap genting & kekuda
Longkang luar
Pagar
Meter air & meter elektrik
Plaster luaran
Tangki air
Cat luaran
90
BAHAGIAN E: KEPUASAN PERSEKITARAN
1. Kami ingin mengetahui tahap kepuasan anda mengenai tempat kediaman
sekarang.
Sila nyatakan sama ada anda:
STPH Sangat Tidak Puas Hati.
TPH Tidak Puas Hati.
TP Tidak Pasti.
TP Puas Hati.
SPH Sangat Puas Hati.
i) Kejiranan Tahap kepuasan
STP
H
TP
H
T
P
P
H
SP
H
Hubungan kejiranan
Bantu membantu
Memberi makanan/bertukar juadah
Meminjamkan barang-barang
Menjaga anak jiran (bermain diluar rumah)
Menjaga rumah apabila mereka tiada di rumah
Melakukan aktiviti riadah bersama
Gotong royong
Masalah jenayah seperti dadah, kecurian dan
lain-lain
91
ii) Hubungan kekeluargaan Tahap kepuasan
STPH TPH TP PH SPH
Kunjungan sanak saudara
Sanak saudara bermalam
Jamuan/ kenduri
Saudara tinggal bersama
iii) Pendidikan Tahap kepuasan
STPH TPH TP PH SPH
Jarak dari sekolah
Minat anak untuk belajar
Prestasi anak di sekolah
Ruang untuk belajar
iv) Pekerjaan Tahap Kepuasan
STPH TPH TP PH SPH
Pekerjaan
Pendapatan
Keadaan kewangan
Hutang
92
iiv) Kemudahan Tahap Kepuasan
STPH TPH TP PH SPH
Kawasan riadah/ reakrasi
Padang permainan kanak-kanak
Tadika
Sekolah rendah/ menengah
Tempat ibadat
Klinik kesihatan
Perpustakaan
Pasar/ kedai runcit
Telefon awam
Tempat menunggu bas
Perkhidmatan polis
Kedai makan
Pejabat pos
Bank
Stesyen minyak
Pengurusan sampah sarap
Pengangkutan awam
Khidmat kejiranan (jiran wanita.
Jiran muda)
Pusat membeli belah/pasaraya
Sistem keselamatan (rukun
tetangga/ RELA/ JKKK)
Padang bola
93
Gelanggang badminton/ sepak
takraw
Bekalan air bersih
Bekalan elektrik
Lampu jalan
Balai raya
Dewan serbaguna
2. Apakah masalah rumah yang dihadapi setelah penyerahan kunci rumah?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________
3. Adakah anda pernah membuat pengubahsuaian terhadap rumah anda?
a) Ya
b) Tidak
Perhatian : Jika “Ya” jawab soalan yang seterusnya
4. Jika ya, sila nyatakan jenis pengubahsuaian, bila dilakukan pengubahsuian,
anggaran perbelanjaan dan sumber kewangan untuk membuat pengubahsuaian
tersebut.
94
Jenis pengubahsuaian Bila dilakukan
pengubahsuaian
Anggaran
perbelanjaan
Sumber
kewangan
5. Mengapa anda membuat tambahan/perubahan kepada rumah anda ( boleh
jawab lebih dari satu)
a) Bilangan ahli keluarga semakin ramai
b) Perlu lebih bilik tidur
c) Untuk membuat kenduri
d) Ada lebih wang
e) Rumah sudah lama perlu dibaiki
f) Perlukan dapur yang lebih besar
g) Lain-lain ( sila nyatakan )____________________________________.
95
BAHAGIAN F : KEPUASAN HIDUP
1. Sila nyatakan kepuasan anda terhadap perkara-perkara berikut:
1. Sangat tidak berpuas hati
2. Tidak berpuas hati
3. Tidak pasti
4. Puas hati
5. Sangat puas hati
2. Dibandingkan dengan mula menetap dahulu, apakah tahap kepuasan anda
terhadap perkara berikut:
1. Kurang puas hati
2. Sama
3. Lebih berpuas hati
Perkara Sekarang
(tahap
kepuasan)
Dibandingkan
dengan ketika mula
menetap
Kehidupan anda secara umum
Kehidupan berkeluarga
Kebebasan untuk melakukan sesuatu yang
anda suka
Suasana hidup berjiran
Kerja
Barangan yang anda miliki
96
Tahap keselamatan negara
Bagaimana kerajaan memerintah negara
Polisi kerajaan terhadap perumahan
Bagaimana anda menggunakan masa
lapang
Keselesaan rumah yang didiami
Tahap pendidikan yang dicapai
Kemudahan yang disediakan di kawasan
perumahan anda (termasuk jalan raya dan
perkhidmatan memungut sampah)
Tahap kesihatan anda dan keluarga
Penglibatan dalam persatuan
Keperluan fizikal (makan, pakai, tidur dll)
Tanggungjawab anda dalam
melaksanakan perintah agama
Kecukupan kewangan keluarga
Persekitaran/kebersihan
97
BAHAGIAN G : ASPIRASI DAN PERANCANGAN MASA DEPAN
1. Adakah anda bercadang untuk tinggal di sini selamanya?
a) Ya
b) Tidak
2. Nyatakan sebabnya
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
3. Adakah anda merancang untuk membeli rumah?
a) Ya
b) Tidak
2. Nyatakan sebabnya
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
_______________________
3. Adakah anda merancang untuk membeli rumah/berpindah dalam masa lima
tahun ini?
98
a) Ya
b) Tidak
Perhatian jika “Tidak” teruskan ke soalan 9.
4. Nyatakan jenis rumah idaman anda.
( Jika anda merancang untuk membeli rumah atau berpindah )
a) Rumah sesebuah atau banglo.
b) Rumah teres berkembar.
c) Rumah separuh kembar ( semi-detached ).
d) Rumah pangsa.
e) Rumah kedai.
f) Kondominium.
g) Rumah kampong.
h) Lain-lain.
5. Jika anda merancang untuk membeli rumah atau berpindah nayatkan saiz
rumah
yang ingini. ( berbanding dengan rumah yang berada sekarang )
a) Lebih besar
b) Lebih kecil
c) Sama
99
6. Sila nyatakan harga rumah yang anda mampu miliki sekarang ini.
a) Kurang RM25,000
b) RM25,000 – RM35,000
c) RM35,000 – RM45,000
d) Lebih RM45,000
7. Kawasan perumahan yang anda inginkan.
a) Bandaraya
b) Pekan
c) Bandar
d) Luar Bandar/ Kampung
8. Mengapakah anda merancang untuk membeli rumah baru atau berpindah?
( Jawapan boleh lebih dari satu )
a) Bertukar tempat kerja
b) Untuk menambahkan pendapatan
c) Berubah bilangan isirumah
d) Berubah harta/ sewa rumah
e) Peluang pendidikan terhad
f) Ingin bertukar persekitaran perumahan
g) Ingin berdikari dari ibu bapa
h) Untuk tinggal bersama anak
i) Untuk tinggal bersama ibu bapa
j) Lain-lain
100
9. Adakah anda rasa rumah ini sesuai untuk kediaman hari tua anda?
a. Ya
b. Tidak
10. Kalau “Ya” mengapa?
_____________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
___
11. Kalau “Tidak” mengapa?
_____________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
___
12. Kami ingin tahu, apakah yang anda boleh dilakukan untuk menjadikan
rumah ini lebih selesa, tenteram dan sihat?
a.___________________________________________________________
b.___________________________________________________________
c.___________________________________________________________
d.___________________________________________________________
101
TERIMA KASIH
102