Kesejahteraan Kaunselor - faqing.orgfaqing.org/hawkuen/kesejahteraan_kaunselor.pdf · sesuai. Ahli...
Transcript of Kesejahteraan Kaunselor - faqing.orgfaqing.org/hawkuen/kesejahteraan_kaunselor.pdf · sesuai. Ahli...
Kesejahteraan Kaunselor Ng Haw Kuen
“Wellness” atau Kesejahteraan bukan sahaja bermaksud bebas dari penyakit dan keuzuran,
malah menurut definisi Pertubuhan Kesihatan Dunia (World Health Organization) ia juga
melibatkan aspek kesejahteraan fizikal, mental dan sosial (Lawson, Venart , Hazler dan Kottler,
2007 ; Roscoe, 2009). Lawson (2007) menyatakan bahawa kaunselor yang tidak sihat atau
sejahtera seperti stress, murung atau tidak stabil (impairment) adalah tidak berkemampuan
membekalkan perkhidmatan yang berkualiti kepada klien.
KOMPONEN KESEJAHTERAAN
Roscoe (2009) telah menyenaraikan sebanyak lapan komponen dalam kajiannya terhadap
model-model kesejahteraan. Antara lapan komponen berkenaan ialah (1) Sosial, (2) Emosi, (3)
Fizikal, (4) Intelek, (5) Rohani, (6) Psikologikal, (7) Pekerjaan dan (8) Pesekitaran.
1. Kesejahteraan Sosial
Kesejahteraan hubungan individu dengan orang lain, komuniti dan masyarakat.
2. Kesejahteraan Emosi
Kesedaran dan penerimaan perasaan diri sendiri dan orang lain serta kemampuan
menguruskan, mengekspresi dan integrasi perasaan.
3. Kesejahteraan Fizikal
Mengekalkan kecergasan dan kekuatan badan.
4. Kesejahteraan Intelek
Perkembangan pengetahuan dan penggunaanya untuk mencapai kesejahteraan hidup.
5. Kesejahteraan Rohani
Kesedaran tentang hubungan harmoni dengan alam semesta dan kebatinan.
6. Kesejahteraan Psikologikal
Sikap optimis atau positif terhadap pengalaman hidup.
7. Kesejahteraan Pekerjaan
Kepuasan dan kekayaan hasil dari pekerjaan serta peluang eksprerasi nilai.
8. Kesejahteraan Pesekitaran
Stabiliti antara rumah dan pekerjaan serta hubungan individu dengan alam sekitar dan
komuniti.
MASALAH KESEJAHTERAAN KAUNSELOR
Setiap orang tidak dapat elak dari masalah, lebih-lebih lagi mereka yang memilih profesion
kaunselor sebagai kerjaya. Cummins, Massey dan Jones (2007) menyatakan bahawa antara
punca yang menyebabkan masalah kesejahteraan kaunselor adalah seperti selalu berurusan
dengan stress, sejarah trauma, masalah personaliti, tekanan hidup, sifat personaliti, tempat
kerja, jumlah dan jenis kerja, terlebih beban tentang kes kemurungan dan terlalu banyak kerja
lebih masa.
Punca-punca ini akan mengakibatkan kaunselor tidak stabil (impairment) yang
mempunyai masalah kesihatan seperti Kelesuan dan keletihan (burnout), kehilangan sifat belas
kasihan (compassion fatigue), trauma penganti (vacarious traumatization), kerunsingan
(anxiety), tekanan kerja (job stress) , masalah mental, penyalahgunaan bahan kimia, masalah
fizikal dan lain-lain (Lawson, 2007; Roach & Young, 2007, Lawson, Venart, Hazler dan Kottler,
2007). Menurut Rollins (2005) lebih kurang 10% atau 5000 orang kaunselor yang berkhidmat di
Amerika sedang berdepan dengan masalah tidak stabil.
Secara teori, kelesuan dan keletihan (Burnout) boleh didefinisikan sebagai tanda-tanda
khusus kesejahteraan pekerja dengan tekanan pekerjaan, hasil daripada hubugan permintaan
dan perubahan emosi di antara pemberi dan penerima (Maslach dan Schaufeli, 1993). Lebih
spesifik Burnout boleh didefinisikan sebagai syndrom psikologikal dalam kepenatan emosi
(emotinal exhaustion), kehilangan personaliti (depersonalization) dan pengurangan kejayaan
individu (reduced personal accomlishment) (Maslach, 1993). Kepenatan emosi merujuk kepada
pengurangan tenaga batin atau sumber emosi. Kehilangan personaliti merujuk kepada
perkembangan sikap negetif dan sinis terhadap masyarakat. Pengurangan kerjayaan individu
merupakan kecederungan menilai kerja individu secara negetif, penilaian ini selalunya diiringi
perasaan ketidak puas hati (Maslach, 1993).
Individu yang mengalami masalah Kehilangan sifat belas kasihan mempunyai
pengalaman seperti (a) tiada tenaga untuknya lagi, (b) tiada empati yang boleh diberi lagi, (c)
tiada keinginan untuk ke sana lagi, (d) perasaan kekurangan dalam semua dimensi, (e) terlalu
banyak soalan dan tiada jawapan, dan (f) kenapa saya melakukan perkara ini? (Wright, 2004).
Belas kasihan adalah digunakan untuk menanggung kederitaan, kehilangan sifat belas kasihan
akan menggurangkan kemampuan atau minat kita untuk menanggung kederitaan orang lain
(Figley, 2002).
Trauma Penganti akan mengaplikasikan sistem kognatif klien kepada kaunselor dalam
lima aspek seperti keselamatan, kepercayaan, konsep kendiri, keakraban atau intim dan
kawalan (Baird dan Kracen, 2006). Selain ini, kaunselor juga akan (a) mengalami tanda dan
simpton kliennya seperti kerunsingan, kemurungan dan Post Tekanan Trauma (Post-Traumatic
Stress Disorder), (b) Gangguan kepercayaan pertahanan diri kaunselor tentang keselamatan,
kawalan, ramalan dan nilai, (c) kadang-kadang menjadi saksi yang tak berdaya dalam kes
ulangan memudaratkan dan bunuh diri, (d) manipulasi diri dalam sinis, kecewa dan putus asa
(Sexton, 1999).
Satu kajian untuk menilai keberkesanan perkhidmatan psikologi di Amerika telah
dijalankan di kalangan 456 orang ahli psikologi yang berkhidmat di agensi swasta, klinik,
universiti, hospital dan lain-lain menunjukkan bahawa 59.6% daripada mereka terpaksa
meneruskan tugas terapi walaupun dalam keadaan stress dan tidak boleh bekerja secara efektif
(Pope, Tabachnick dan Keith-Spiegel, 1987). Guy, Poelstra dan Stark (1989) juga mendapati
sebanyak 74.3% daripada 318 orang ahli psikologi Amerika pernah mengalami personal distress
dalam masa tiga tahun dan hampir satu pertiga atau 36.7% daripada mereka setuju bahawa ia
akan memberikan kesan negetif terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada klien.
Kaunselor yang selalu terdedah dengan isu-isu seperti trauma, menakutkan, kejahatan
manusia dan malapetaka ekstrim boleh menyebabkan mereka mengalami perasaan takut,
kesakitan dan kederitaan yang sama dengan klien serta symtom trauma seperti gangguan
pemikiran, mimpi ngeri dan menggelakan diri daripda aktiviti sosial (Sexton, 1999). Keadaan ini
berlaku kerana salah satu aspek yang penting semasa menjalankan sesi adalah sifat empati
yang mendorong kita melihat apa yang dilihat oleh klien, merasa apa yang dirasa oleh klien
serta mengalami apa yang dialami oleh klien (Figley, 2002; Lawson, Venart , Hazler dan Kottler,
2007). Apabila kaunselor tidak boleh mencernakan isu dan emosi klien selepas sesi, maka
mereka kebarangkalian mengalami masalah trauma penganti. Sebaliknya jika kaunselor telah
imunisasi dengan keadaan ini, mereka akan terperangkap dengan masalah kehilangan belas
kasihan pula.
INTERVENSI MASALAH KESEJAHTERAAN KAUNSELOR
Mencegah lebih baik dari merawat, tetapi menurut Rollins (2005) terdapat satu pendapat
bahawa orang yang selalu memberikan bantuan kepada orang lain adalah golongan yang
enggan menerima bantuan. Kaunselor mungkin mempercayai bahawa kemahiran membantu
yang menjadi amalan mereka setiap hari dapat membantu dirinya sendiri apabila
memerlukannya, namun pada hakikatnya mereka takut untuk membincangkan masalah mereka
dengan rakan sekerja atau penyelia (Figley, 2002; Rollins, 2005). Kaunselor harus
memberanikan diri untuk membincangkan isu kesihatan mereka dengan pengamal profesion
membantu, jika kaunselor sendiri pun tidak mempercayai amalan kaunseling, siapa lagi yang
akan mempercayai perkhidmatan yang kita tawarkan.
Menurut Lawson (2007) kaunselor yang berkerja dengan majikan mempunyai risiko
yang tinggi mengalami keadaan tidak stabil benbanding dengan yang menjalankan amalan
kaunseling secara swasta atau persendirian. Contohnya Kaunselor sekolah yang bekerja dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa kini mempunyai pelbagai bidang tugas yang harus
dijalankan seperti (a) kecemerlangan akademik dan motivasi, (b) pendidikan dan kerjaya, (c)
psikososial dan kesejahteraan mental, (d) pembangunan diri dan kepimpinan, (e) pendidikan
keibubapaan, (f) pendidikan pencegahan dadah, (g) pengurusan dan pentadbiran dan (h)
perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993).
Bebanan kerja yang sebegini akan mencetus masalah kelesuan dan kepenatan kaunselor, pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia harus mewujudkan jawatan pembantu kaunselor bagi tujuan
meringankan tugas harian kaunselor sekolah.
Tanggapan (sense of coherence) mempunyai kesan secara langsung terhadap masalah
kelesuan dan kepenatan, kaunselor yang mempunyai persepsi yang negetif sering menghadapi
masalah kelesuan dan kepenatan (Fourie, Rothman dan Van De Vijver, 2007) serta cenderung
untuk berhenti atau menukar profesion (Figley, 2002). Abrams dan Ellis (1994) mempunyai
pandangan yang hampir sama di mana mereka menyatakan kepercayaan yang tidak rasional
merupakan punca masalah stress. Kaunselor perlu selalu prihatin dengan kepercayaan dan
tanggapan mereka, salah satu cara adalah melalui cara penyemakan persepsi daripada rakan
sekerja atau kaunselor. Selain ini, kaunselor juga boleh melakukan aktiviti yang dapat
meningkatkan kepercayaan positif seperti pembacaan, keagamaan dan menghadiri kursus
motivasi.
Untuk mengurangkan masalah kehilangan belas kasihan, cara yang berkesan adalah
mengehadkan dan menguruskan bilangan kes yang harus dikendalikan oleh kaunselor (Figley,
2002; Walsh dan Walsh, 2002). Kaunselor harus mendapat masa rehat yang secukupnya
sebelum mengendalikan kes yang berikutnya. Jika kaunselor bekerja dibawah majikan, mereka
harus memaklumkan perkara ini kepada majikan kerana kita bukan kilang pemprosesan atau
bengkel membaiki manusia. Prestasi kaunselor harus dinilai dari aspek etika dan amalan
kaunseling yang mereka jalankan bukannya dari jumlah bilangan kes banyak.
Stevanovic dan Rupert (2004) mendapati bahawa kaunselor yang memperuntukkan
masa yang lebih dengan keluarga dan pasangan serta mengekalkan keseimbangan antara
pekerjaan dengan gaya hidup boleh membantu meningkatkan kesihatan kaunselor. Ini tidak
bermaksud kaunselor akan melepaskan tekanan kerja atau emosi negetif terhadap ahli keluarga,
malah ia lebih kepada kepentingan hubungan antara keluarga dan kaunselor dalam usaha
mencegah masalah kesihatan kaunselor. Kaunselor yang mempunyai minat atau hobi yang
sihat seperti bersenam, berekreasi, melancong, bersosial dan lain-lain bukan sahaja dapat
menenangkan pemikiran, malah ia juga mempunyai kesan mengecas kaunselor dengan lebih
banyak tenaga positif untuk bertugas nanti.
Ramai pelajar kaunseling dan psikologi menghadapi masalah personaliti atau
penyesuaian yang serius (Witmer dan Young, 1996) pada satu ketika dahulu, namun pada hari
ini keadaan telah bertambah baik (Myers, Mobley dan Booth, 2003; Roach dan Young, 2007).
Ini merupakan satu petanda yang baik kerana ia menunjukkan latihan yang ditawarkan pada
hari mampu diaplikasikan oleh bakal kaunselor dalam menghadapi cabaran hidup. Pendidikan
kesihatan dalam program latihan kaunselor adalah penting untuk bakal kaunselor kerana
kaunseling merupakan kerja yang tertekan (Witmer dan Young, 1996; Skovholt, 2001) dan
keadaan kesihatan kaunselor akan mempengaruhi keberkesanan sesi kaunseling yang
dijalankan (Lawson, 2007; Young dan Lambie, 2007; Roach dan Young, 2007). Pemilihan pelatih
kaunselor harus dijalankan secara teliti bagi tujuan memilih calon yang sesuai dan mempunyai
ciri stabiliti yang tinggi dalam profesion kaunseling. Selain 8 bidang teori dalam piawai latihan
yang ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor (2003), pihak institusi latihan kaunselor juga harus
mengambil berat terhadap isu kesejahteraan kaunselor. Kurikulum latihan kaunselor harus
mendidik pelatihnya tentang kepentingan komponen kesejahteraan dalam bidang kaunseling
serta tanggungjawab mengekalkan kesejahteraan diri bagi mencegah masalah tidak stabil.
Lembaga Kaunselor juga boleh mengambil langkah American Counseling Association
(ACA) dalam usaha penubuhan jawatankuasa kerja khas yang berkaitan dengan kesejahteraan
kaunselor. Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab untuk menyelia dan mencegah masalah
kesejahteraan kaunselor. Selain mempromosikan kepentingan menjaga kesejahteraan
kaunselor melalui pelbagai cara seperti bengkel, forum, laman web, penerbitan, media dan lain-
lain, jawatankuasa ini juga boleh mengkaji masalah kesejahteraan kaunselor di kalangan ahlinya
serta menghasilkan startegi-startegi yang sesuai dalam usaha pencegahan masalah
kesejahteraan yang selalu dihadapi oleh kaunselor tempatan.
Kaunselor-kaunselor yang berkhidmat di suatu kawasan berhampiran boleh membentuk
panel penyeliaan sesama ahli, mereka boleh menggekalkan hubungan antara ahli melalui
penggunaan telefon, email dan mengadakan perjumpaan sebulan sekali atau pada masa yang
sesuai. Ahli boleh berkongsi pengalaman dan membincangkan kes mereka disini. Dengan
adanya sokongan rakan-rakan panel, masalah tidak stabil kaunselor dipercayai boleh
dikurangkan kerana tekanan-tekanan kerja sedemikian mempunyai saluran yang positif untuk
dilepaskan serta diselesaikan bersama rakan panel.
Penulisan journal setiap hari dan ujian psikologi seperti 5F-WEL setiap beberapa bulan
juga sangat membantu dalam aspek penilaian semasa keadaan kesejahteraan kaunselor.
Kaunselor boleh mecatatkan perkara-perkara positif yang pernah berlaku semasa bersama klien
agar menjadi kata-kata semangat dan motivasi apabila mereka menghadapi keadaan tidak
stabil, kelesuan dan keletihan.
LIMITASI DAN CADANGAN KAJIAN
Bidang kesejahteraan kaunselor kurang diberi perhatian oleh penyelidik (Witmer dan Young,
1996 ; Lawson, 2007) dan isu ini juga berlaku di negara kita. Majoriti dapatan kertas ini adalah
dari rujukan luar negara, maka mungkin akan timbul persoalan tidak sesuai dengan budaya
tempatan atau masyarakat Malaysia. Cadangan kajian pada masa akan datang adalah
penyelidik boleh memberikan fokus terhadap keadaaan kesejahteraan kaunselor di Malaysia
serta mendapatkan data berkaitan jenis dan punca masalah yang selalu menghantui golongan
ini, agar pada akhir kajian dapat menghasilkan satu model intervensi dan pencegahan yang
sesuai bagi kaunselor tempatan.
RUMUSAN
Dalam kajian Gibson dan Pole (1993) sebanyak 92% (N=579) kaunselor setuju penggunaan
teknik pendedahan diri apabila menjalankan sesi kaunseling. Namun keadaan ini adalah sangat
bahaya kerana ramai kaunselor selalu beranggapan bahawa dirinya adalah sihat, tetapi pada
hakikatnya adalah bukan begitu (Lawson, 2007). Secara umum boleh dikatakan bahawa
kaunselor yang tidak sihat akan menghadapi kesulitan apabila menjalankan amalan kaunseling
(Lawson, 2007; Young dan Lambie, 2007; Roach dan Young, 2007).
Rujukan
Abrams, M. dan Ellis, A. 1994. Rational Emotive Behaviour Therapy in the Treatment of Stress.
British Journal of Guidance & Counselling. 22(1), 39-51.
Baird, K. dan Kracen, A.C. 2006. Vicarious Traumatization and Secondary Traumatic Stress: A
Research Synthesis. Counselling Psychology Quarterly. 19(2), 181-188.
Cummins, P.N. , Massey, L. dan Jones, A. 2007. Keeping Ourselves Well: Sstrategies for
Promoting and Maintaing Counselor Wellness. Journal of Humanistic Counseling, Education &
Development. 46 (1), 35-49.
Figley, C.R. 2002. Compassion Fatigue: Psychotherapits Chronic Lack of Self Care. Journal of
Clinical Psychology. 58 (11), 1433-1411.
Fourie, L. , Rothmann, S. dan Van De Vijver, J.R. 2008. A Model of Work Wellness for Non-
Professional Counsellors in South Africa. Stress and Health (formerly Stress Medicine). 24(1),
35-47.
Gibson, W.T. dan Pope, K.S. 1993. The Ethics of Counseling: A National Survey of Certified
Counselors. Journal of Counseling & Development. 71(3), 330-336.
Guy, J.D. , Poelstra, P.L. dan Stark, M.J. 1989. Personal Distress and Therapeutic Effectiveness:
National Survey of Psychologists Practicing Psychotherapy. Professional Psychology: Research
and Practice. 20(1), 48-50.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1993. Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling Di Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bahagian
Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lawson, G. , Venart, E. , Hazler, R.J. dan Kottler, J.A. 2007. Toward a Culture of Counselor
Wellness. Journal of Humanistic Counseling, Education & Development. 46 (1), 5-19.
Lawson, G. 2007. Counselor Wellness and Impairment: A National Survey. Journal of
Humanistic Counseling, Education & Development. 46 (1), 20-34.
Lembaga Kaunselor. 2003. Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor. Kuala Lumpur: Lembaga
Kaunselor.
Maslach, C. dan Schaufeli, W.B. 1993.Historical and Conceptual Development of Burnout. In
Bakker, A.B. , Van Der Zee, K.I. , Lewig, K.A. and Dollard, M.F. 2006. The Relationship
Between the Bi Five Personality Factors and Burnout: A Study Among Volunteer Counselors.
Journal of Social Psychology. 146 (1), 31-50.
Maslach, C. 1993. Burnout: A Multidimensional Perspective. In Bakker, A.B. , Van Der Zee,
K.I. , Lewig, K.A. and Dollard, M.F. 2006. The Relationship Between the Bi Five Personality
Factors and Burnout: A Study Among Volunteer Counselors. Journal of Social Psychology. 146
(1), 31-50.
Myers, J.E. , Mobley, A.K. dan Booth, C.S. 2003. Wellness of Counseling Students: Practicing
What We Preach. Counseling Education and Supervision. 42 (4), 264-274.
Pope, K.S. , Tabachnick, B.G. dan Keith-Spiegel, P. 1987. Ethics of Practice: The Beliefs and
Behaviors of Psychologists as as Therapists. American Psychologist. 42, 993-1006.
Perlman, L.A. dan Saakvitne, K.W. 1995. Trauma and The Therapist. In Sexton, L. 1999.
Vicarious Traumatisation of Counsellors and Effects on Their Workplaces. British Journal of
Guidance & Counselling. 27 (3), 393-404.
Perlman, L.A. dan Saakvitne, K.W. 1995. Treating therapists with Vicarious and Secondary
Traumatic Stress Disorders. In Sexton, L. 1999. Vicarious Traumatisation of Counsellors and
Effects on Their Workplaces. British Journal of Guidance & Counselling. 27 (3), 393-404.
Roscoe, L.J. 2009. Wellness: A Review of Theory and Measurement for Counselors. Journal of
Counseling & Development. 87 (2), 216-226.
Rollins, J. 2005. A Campaign for Counselor Wellness. Counseling Today. 48 (4), 22-42, 3p.
Roach, L.F. dan Young, M.E. 2007. Do Counselor Education Programs Promote Well in Their
Students? Counselor Education and Supervision. 47 (1), 29-45.
Skovholt, T. M. 2001. The Resilient Practitioner: Burnout Prevention and Self-Care Strategies
for Counselors, Therapists, Teachers, and Health Professionals. In Roach, L.F. dan Young, M.E.
2007. Do Counselor Education Programs Promote Well in Their Students? Counselor Education
and Supervision. 47 (1), 29-45.
Stevanovic, P. dan Rupert, P.A. 2004. Career-Sustaining Behaviors, Satisfactions and Stresses
of Professional Psychologists. Psychotherapy: Theory, Research, Practice, Training. 41(3), 301-
309.
Walsh, B. dan Walsh, S. 2002. Caseload Factors and the Psychological Well-Being of
Community Mental Health Staff. Journal of Mental Health. 11(1), 67-78.
Witmer, J.M. dan Young, M.E. 1996. Preventing Counselor Impairment: A Wellness Approach.
Journal of Humanistic Education & Development. 34(3), 141-156.
Wright, Bob BW. 2004. Compassion Fatigue: How to Avoid it. Palliative Medicine. 18 (1), 3-4.
Young, M.E. dan Lambie, G.W. 2007. Wellness in school and mental health settings. In Roach,
L.F. dan Young, M.E. 2007. Do Counselor Education Programs Promote Well in Their Students?
Counselor Education and Supervision. 47 (1), 29-45.