Kesantunan bahasa
Click here to load reader
-
Upload
prashantini94 -
Category
Documents
-
view
1.036 -
download
3
Transcript of Kesantunan bahasa
![Page 1: Kesantunan bahasa](https://reader037.fdocuments.net/reader037/viewer/2022100319/55894954d8b42a186d8b4599/html5/thumbnails/1.jpg)
Kesantunan BahasaPrashantini A/P NagalingamShalini Naidu A/P Vadivelu
![Page 2: Kesantunan bahasa](https://reader037.fdocuments.net/reader037/viewer/2022100319/55894954d8b42a186d8b4599/html5/thumbnails/2.jpg)
Kesantunan dalam penulisan melibatkan penggunaan bahasa yang betul, sopan, dan bertatasusila. Huraikan aspek-aspek kesantunan bahasa dalam bidang penulisan.
![Page 3: Kesantunan bahasa](https://reader037.fdocuments.net/reader037/viewer/2022100319/55894954d8b42a186d8b4599/html5/thumbnails/3.jpg)
• Kata “bahasa” mempunyai banyak makna. Bahasa bukan sekadar membawa maksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia dan antara individu dengan individu yang lain. Kata “bahasa” juga merupakan simpulan bahasa yang membawa maksud “sopan santun”.
• Jadi, membicarakan bahasa tanpa menyentuh aspek kesantunan bahasa merupakan satu kelompangan yang tidak seharus dan sewajarnya berlaku, lebih-lebih lagi bahasa Melayu yang mempunyai falsafah kesopanan yang tinggi yang didasarkan oleh falsafah budi dalam masyarakat Melayu dan akidah Islam yang dianutinya.
![Page 4: Kesantunan bahasa](https://reader037.fdocuments.net/reader037/viewer/2022100319/55894954d8b42a186d8b4599/html5/thumbnails/4.jpg)
• Rentetan daripada itu, melihat dan membicarakan bahasa dalam konteks kesantunan berbahasa, para sarjana bahasa tempatan seperti Asmah Omar menyentuh aspek ini dalam buku Setia dan santun bahasa dan Awang Sariyan melalui buku beliau iaituSantun berbahasa. Namun begitu asas kesantunan bahasa juga ditunjangi oleh agama diutarakan oleh Awang Sariyan.
![Page 5: Kesantunan bahasa](https://reader037.fdocuments.net/reader037/viewer/2022100319/55894954d8b42a186d8b4599/html5/thumbnails/5.jpg)
• Santun menurut Kamus dewan edisi keempat ialah halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab dan sopan, manakala kesantunan ialah perihal atau sifat kesopanan, kehalusan budi bahasa atau budi pekerti.
• Menurut Awang Sariyan dalam bukunyaSantun berbahasa, kesantunan bahasa “merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya”.
![Page 6: Kesantunan bahasa](https://reader037.fdocuments.net/reader037/viewer/2022100319/55894954d8b42a186d8b4599/html5/thumbnails/6.jpg)
• Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea danpendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibacaatau digunakan pada masa akan datang.
• Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secarabertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal.
![Page 7: Kesantunan bahasa](https://reader037.fdocuments.net/reader037/viewer/2022100319/55894954d8b42a186d8b4599/html5/thumbnails/7.jpg)
• Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah:a. Surat kiriman rasmib. Laporanc. Kertas kerjad. Ucapan rasmie. Pidato
![Page 8: Kesantunan bahasa](https://reader037.fdocuments.net/reader037/viewer/2022100319/55894954d8b42a186d8b4599/html5/thumbnails/8.jpg)
• Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi sepertipenulisan surat kepada sahabat, ibu bapa dan lain – lain
• Dalam bentuk komunikasi bertulis aspek-aspekkesantunan yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:-a. Penggunaan kata panggilan yang betulb. Kata sapaan yang betulc. Gaya bahasa yang tepatd. Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan kontekse. Isi yang tidak sensitif
![Page 9: Kesantunan bahasa](https://reader037.fdocuments.net/reader037/viewer/2022100319/55894954d8b42a186d8b4599/html5/thumbnails/9.jpg)
Apek – aspek kesantunan dalam penulisan
Dalam Surat rasmi …1.) Nama dan alamat penerima• Terdapat penggunaan pangkat, gelaran atau rujukan hormat yang perlu disesuaikan
dengan dengan pangkat atau gelaran yang dimiliki . Contohnya, Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berbahagia
2) Sapaan dan rujukan kehormat• Kata sapaan dan rujukan kehormat ditulis dalam surat rasmi selepas nama dam alamat
penerima surat. Contohnya, Assalamualaikum wr.wb. Y.B.Dato’3) Pembukaan surat• Adalah perenggan pertama dalam surat yang berkisar tentang tajuk. Contohnya, Dengan
hormatnya, Izinkanlah…4) Isi surat• Dalam isi surat terdapat arahan yang dinyatakan dan arahan yang digunakan boleh
diperhaluskan dengan menggunakan bahasa yang lebih halus seperti harap ataumengharapkan.
5) Penutup• Dalam bahagian penutup surat rasmi, biasanya ditandai dengan ucapan terima
kasih sebagai tanda penghargaan penulis surat kepada penerima.
![Page 10: Kesantunan bahasa](https://reader037.fdocuments.net/reader037/viewer/2022100319/55894954d8b42a186d8b4599/html5/thumbnails/10.jpg)
Kesimpulan
• Kesopanan tidak hanya dapat dilihat melalui aspek lisan sahaja tetapi melibatkan penggunaan bahan tulisan. Oleh itu, pemilihan dan penggunaan kata-kata yang tepat dan mempunyai nilai rasa yang halus dalam surat rasmi amat penting kerana surat merupakan cerminan kepada penulisnya. Justeru, dalam aspek penulisan surat rasmi aspek kesopanan berbahasa hendaklah dititikberatkan agar memberikan kesan yang elok kepada penulis dan penerima.
![Page 11: Kesantunan bahasa](https://reader037.fdocuments.net/reader037/viewer/2022100319/55894954d8b42a186d8b4599/html5/thumbnails/11.jpg)
TERIMA KASIH