Kesan Obesiti Dan Kegemukkan Terhadap Kemurungan Dalam Kalangan Wanita Di Sabah
Transcript of Kesan Obesiti Dan Kegemukkan Terhadap Kemurungan Dalam Kalangan Wanita Di Sabah
“KESAN OBESITI DAN KEGEMUKKAN TERHADAP KEMURUNGAN DALAM KALANGAN WANITA DI SABAH”
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Masalah pertambahan berat badan adalah satu fenomena yang menjadi topik utama
yang popular dibincangkan bagi sesebuah negara maju dan negara yang sedang pesat
membangun seperti Malaysia. Pada masa ini, obesiti dianggap sebagai suatu masalah
kesihatan epidemik yang melanda di seluruh dunia (Anon Ahmad, 2000, dlm. Dietz,
W.H. 1990). Ia juga bukan hanya masalah yang dihadapi oleh penduduk di negara-
negara kaya atau maju mahupun golongan atasan dalam kelas sosial masyarakat,
tetapi juga dalam kalangan golongan kelas sosial yang lebih rendah. Terdapat banyak
faktor risiko dan penyumbang kepada berlakunya keadaan ini, baik daripada aspek
biologi, genetik, persekitaran mahupun sosiobudaya dan biasanya ia berlaku bukan
hanya disebabkan faktor ini sahaja tetap lebih kepada gabungan beberapa faktor.
Obesiti sering dikaitkan dengan wanita berbanding lelaki, pelbagai nama diberi kepada
wanita yang obes antaranya gemuk, gendut, gebu dan sebagainya.
Obesiti juga bukanlah sesuatu yang boleh berlaku dalam tempoh yang pendek
tetapi merupakan suatu kesan jangka panjang. Dalam pada masa yang sama, obesiti
juga merupakan faktor risiko yang penting kepada berlakunya penyakit-penyakit kronik
yang mempunyai kaitan kuat dengan kelebihan nutrien.
Selain daripada kesan secara langsung kepada aspek kesihatan fizikal, obesiti juga
memberikan kesan secara tidak langsung kepada aspek psikologi dan sosial. Di barat,
orang yang obes seringkali dikaitkan dengan keadaan murung atau mengalami tekanan
emosi akibat daripada keadaan fizikal mereka seperti mempunyai tahap keyakinan diri
yang rendah. Menurut Gregory Simon M.D, (2008) wanita pada pertengahan umur lebih
murung apabila mereka obes. Peningkatan berat badan kesan daripada pengambilan
makanan yang tinggi kalori akan menyebabkan wanita mengalami kemurungan. Obesiti
dan kemurungan saling berhubungan antara satu sama lain kerana apabila seseorang
itu mengalami peningkatan berat badan, mereka akan mengalami kemurungan dan
akan bertambah murung sekiranya individu terbabit sukar untuk menurunkan berat
badan.
Dalam kajian yang dijalankan seramai 4641 responden yang berumur 40 hingga
65 tahun telah di temubual melalui telefon. Kajian menunjukkan hampir keseluruhan
wanita obesiti mengalami kemurungan dua kali ganda berbanding wanita yang
mempunyai berat badan ideal. Hubungan antara kemurungan dan obesiti dilihat juga
dari aspek perkahwinan, pendidikan, amalan merokok dan ubat anti kemurungan.
Selain itu juga faktor stigma masyarakat terhadap indiviudu yang obes juga telah
mempengaruhi hasil kajian ini. Hal ini menyebabkan penghargaan kendiri mereka
rendah dan mereka juga kurang bergaul dengan orang ramai kerana kurang diterima
oleh masyarakat (Anon Ahmad, 2000, dlm. Dietz, W.H. 1990)
1.2 Permasalahan Kajian
Kajian dan laporan sejak kebelakangan ini menyatakan masalah kegemukan dan
obesiti di Malaysia semakin meningkat. Utusan Malaysia melaporkan satu juta wanita
berusia antara 25 dan 64 tahun di negara ini gemuk berbanding 850,000 orang lelaki
gemuk dalam lingkungan usia yang sama. Masalah ‘3G’ iaitu gebu, gempal dan gemuk
bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan tetapi turut mempengaruhi psikologi
individu. seperti konsep kendiri yang rendah, penarikan diri daripada membina
hubungan, pengasingan sosial, kebimbangan dan kesan-kesan psikologi yang
lain.Gejala 3G ini dikatakan menjadi masalah kesihatan yang semakin serius. Hal ini
kerana kegemukan adalah permulaan untuk mendapat penyakit kronik seperti jantung,
koronari, diabetes dan strok.
Memandangkan gejala ‘3G’ ini sudah menjadi masalah kesihatan yang semakin
serius, langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan oleh semua pihak. Masalah
kegemukan bukan sahaja dialami oleh penduduk negara ini. Kajian oleh American
Medical Association menunjukkan peningkatan jumlah kes obesiti dari tahun
1991 hingga 1998 di Amerika Syarikat. Seorang ahli psikologi menjelaskan bahawa
masyarakat Amerika Syarikat mempunyai wang yang lebih dan mengalami gaya hidup
yang lebih sibuk. Oleh itu, cara pemakanan turut berubah di mana mereka lebih
menggemari makanan segera. Kajian ini juga mendapati terlalu banyak makanan yang
menyelerakan dan kurang senaman juga antara punca kegemukan (Utusan Malaysia,
2007)
Tambahan pula obesiti dikaitkan dengan kesan psikologikal seperti mempunyai
konsep kendiri yang rendah, mengalami masalah psikologikal seperti mempunyai
tingkah laku untuk mengawal berat badan yang tidak sihat seperti bulimia.Wanita yang
mengalami masalah gemuk yang berlebihan juga dilaporkan lebih cenderung untuk
mengamalkan diet yang berlebihan, tidak makan mengikut jadual waktu yang
sepatutnya dan menghabiskan masa yang panjang dihadapan televisyen. Kesan jangka
masa panjang pula ialah mereka menerima layanan yang kurang adil di tempat kerja
dan kadar perkahwinan yang rendah (Bryan J, dan Tiggemann M, 2001)
1.3 Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk melihat keadaan tahap kemurungan terhadap wanita obesiti.
Antara tujuan kajian ini ialah:
Mengkaji hubungan di antara umur dengan tahap kemurungan
Mengkaji perbezaan di antara lima tahap Body Mass Index (BMI) (kurang berat
badan, berat badan ideal, berlebihan berat badan, Obesiti tahap 1 dan Obesiti
tahap 2) dari segi tahap kemurungan
Mengkaji pengaruh pengetahuan pemakanan seimbang dalam kalangan subjek
ke atas tahap kemurungan.
1.4 Kepentingan Kajian
Terdapat banyak kajian yang mengaitkan kemurungan dengan bunuh diri, stres dan
strategi daya tindak. Namun kurang kajian yang menekankan kepada obesiti. Kajian
dalam negara juga hanya menekankan aspek dari segi mental sahaja, sedangkan
kemurungan juga dilihat memberi kesan kepada aspek fizikal. Kajian ini juga dapat
memberi gambaran kepada kita kepada masyarakat tentang kesan obesiti ke atas
tahap kemurungan terhadap wanita obes. Kajian ini juga dapat membantu pengkaji
akan datang untuk merekabentuk kajian mereka dengan lebih baik dan teliti. Pengkaji
yang berminat mengkaji tentang aspek obesiti dapat menjadikan kajian ini sebagai
panduan atau rujukan. Pengkaji juga berharap melalui hasil kajian ini dapat memberi
pendedahan kepada masyarakat tentang kesan kepada perubahan fizikal seseorang
ke atas tahap kemurungan.
1.5 Kajian Lepas
Kajian oleh James E.R dan Barbara M.R (2004) mengkaji hubungan antara obesiti dan
sumber tekanan, masalah mental, kemurungan dan karekteristik demografi. Kajian ini
dilakukan terhadap 345 orang subjek dan menggunakan soal selidik yang mengandungi
item-item berkaitan amalan pemakanan, penjagaan kesihatan, kesihatan mental dan
sokongan sosial. Alat kajian yang digunakan adalah Duke Support and Stress Scale
(DUCOS) dan ditadbir menggunakan kaedah Chi Square dan Regresi Mudah
Hasil kajian mendapati, kebanyakan keluarga khususnya wanita akan cenderung
menjadi obes apabila mereka kekurangan kasih sayang dan sokongan sosial.
Tambahan lagi, tekanan hidup yang memerlukan wanita pada hari ini bekerja bagi
menambah pendapatan keluraga akan mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.
Selain itu, kajian ini mendapati tempat di mana sesebuah komuniti itu tinggal akan
mempengaruhi pemakanan dan seterusnya menjadi faktor menjadi obesiti. Hal ini
kerana, kedudukannya dalam skala sosial atau jenis makanan yang dimakan mungkin
mempengaruhi kecenderungan keobesan yang akan diperoleh.
Perbezaan yang dapat dilihat dengan ketara ialah di negara-negara kaya.
Golongan yang berpendapatan tinggi kurang terdedah kepada masalah obesiti
berbanding yang berpendapatan rendah. Ini dipercayai dipengaruhi oleh faktor
kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan seperti pemakanan dan
senaman. Penjagaan pemakanan yang berkualiti dan sihat memerlukan kos yang
tinggi.
Mohd Hamim, Baharudin dan Suhaina (1997) berpendapat makanan boleh
memberikan rasa tenang dan enak kepada individu. Keenakan tersebut telah
terprogram di dalam otak sebagai tindak balas terhadap rasa sakit, keresahan dan
keterujaan di mana otak akan menghasilkan sejenis sebatian menyerupai morfin (opiat-
like) yang akan meningkatkan ketahanan terhadap rasa sakit dan memberikan
ketenangan. Pengaruh yang sama ditunjukkan oleh makanan terhadap otak. Sebatian
yang dihasilkan akibat ransangan yang berpunca daripada makanan akan
menenangkan dan memberikan rasa enak.
Ini akhirnya akan menyebabkan berlakunya obesiti pada individu yang cuba untuk
menyelesaikan keresahan atau sebarang masalah diri dengan makan.
Kajian seterusnya yang dilakukan terhadap 250 pelajar di Florida mendapati,
faktor psikologikal dikatakan mempengaruhi tabiat makan seseorang, hal ini kerana
emosi merupakan antara faktor penentu dalam pemilihan makanan, baik dari segi
bentuk, tekstur, rasa dan jumlah yang diingini (Epal E., Lapidusb, R., McEwanc, B. dan
Brownwell, K. 2001) menyatakan bahawa peningkatan dalam emosi negatif sebagai
tindak balas terhadap tekanan mempunyai kaitan yang signifikan dengan pengambilan
makanan yang banyak.
Berdasarkan temubual dan soal selidik yang diedarkan, individu kajian didapati
makan lebih banyak pada hari-hari tekanan, tetapi makan pada jumlah yang sama
dengan individu kawalan pada hari-hari tidak tertekan. Tindak balas psikologikal
terhadap tekanan boleh mempengaruhi tabiat makan secara berterusan (Dressler,
W.W., Ribeirob, R.P., Othsa, K.S. dan Balieiroc, M. C 2003). Dalam jangka masa
tertentu, perubahan ini boleh memberi kesan terhadap berat badan dan kesihatan
seperti obesiti dan penyakit yang berkaitan dengannya.
Kajian oleh Tuschl, R.J (1990) menunjukkan terdapat hubung kait antara
pertambahan selera makan semasa menonton televisien. Ini menyumbang kepada
pertambahan berat badan. Kajian ini telah dilakukan terhadap pelajar di bandar Ohio.
Seramai 120 orang subjek telah terlibat dan menggunakan soal selidik bagi melihat
perhubungan antara gaya hidup dan amalan pemakanan seseorang. Hasil kajian
mencadangkan dengan mengurangkan pengambilan makanan dan meningkatkan
aktiviti bersenam, mampu mengurangkan kehadiran hormon obesiti yang meningkatkan
nafsu makan yang dikenali sebagai Ieptin. Sesetengah orang akan mengambil
makanan dengan berlebihan ketika sedang mengalami gangguan emosi seperti
ketegangan fikiran, kekecewaan, tekanan mental dan kesepian. Terdapat individu yang
ketagihan makanan berkalori tinggi yang berlebihan sehingga mereka menjadi obesiti.
Makanan berkalori tinggi mengandungi seakan bahan kimia yang dapat meredakan
ketegangan.
Kebanyakan pakar pemakanan berpendapat dan bersetuju bahawa penyebab
utama menjadi obes ialah pengambilan makanan yang berlebihan dan pengambilan
kalori banyak berbanding dengan kalori yang digunakan. Ini boleh berlaku apabila
seseorang itu mengambil makanan yang tidak seimbang dan tinggi kalorinya tanpa
melakukan aktiviti yang boleh membuang kalori tersebut. Akibatnya kalori yang semakin
banyak ini akan terkumpul sebagai lemak yang menyebabkan seseorang individu yang
obesiti kelihatan gemuk. Orang yang bekerja kuat banyak menggunakan tenaga, dan ini
menyebabkan mereka kurang mengalami obesiti. Sedangkan orang yang bekerja di
pejabat atau yang kurang bersukan lebih cenderung untuk menjadi gemuk. Menurut
Pyke (1975), obesiti terjadi apabila amaun makanan yang diambil oleh seseorang
adalah tidak seimbang. Keadaan ini akan menyebabkan terjadi bahagian lebihan
tenaga yang akan disimpan sebagai lemak.
Selain itu, corak pemakanan akan menentukan tahap kesihatan individu, apa yang
dimakan oleh seseorang merujuk kepada istilah sikap, bentuk, saiz badan dan
kehidupan berdasarkan cara pengambilan pemakanan seimbang. Istilah pemakanan
berkenaan adalah kaedah yang baik untuk dijadikan contoh corak pemakanan bagi
menjamin cara kehidupan yang lebih sihat. Menikmati hidangan yang berlebihan setiap
kali waktu makan boleh memudaratkan kesihatan sekiranya tidak mengikut cara
pemakanan seimbang seperti yang disyorkan. Menurut Lembaga Pembangunan
Penduduk Keluarga Negara, satu kajian yang dilakukan di sekitar Klang terhadap 200
wanita yang bekerja menunjukkan kesihatan manusia pada hari ini diparas
membimbangkan. Jumlah kematian berlaku berpunca daripada penyakit berbahaya
yang datangnya daripada corak pemakanan yang tidak betul dan mengamalkan cara
hidup yang tidak sihat (Utusan Malaysia, 2007)
1.6 Pendekatan Teoritikal
1.6.1 Teori Daya Tindak Tekanan
Kesan tekanan terhadap kesihatan kuat dipengaruhi oleh diri seseorang, khususnya
dari segi kemampuan mereka bertindak terhadap masalah tekanan. Peristiwa dalam
kehidupan dianggap sebagai penekan dalam hidup. Contohnya, apabila seseorang
mengalami peristiwa yang menekan dalam hidup, satu proses percubaan akan di cari
bagi mengurus atau mengatur masalah tersebut. Percubaan seseorang untuk berdaya
tindak terhadap tekanan boleh jadi sama ada sihat atau sebaliknya. Misalnya apabila
seseorang wanita cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak ketika
mengahadapi tekanan atau berasa sunyi. Kesan-kesan fizikal daripada tekanan juga
dapat mengeluarkan cecair gastrik yang berlebihan menyebabkan seseorang akan
makan atau minum secara berlebihan.
Menurut Sam (1996) sesetengah orang makan dengan banyak ketika mengalami
gangguan emosi, seperti ketegangan fikiran, kekecewaan, tekanan mental atau pun
kesepian. Ada juga yang ketagihan makanan berkalori tinggi sehingga akhirnya
menyebabkan mereka menjadi obes. Selanjutnya, keobesan ini menjadi beban fikiran
mereka dan mengakibatkan mereka makan dengan lebih banyak lagi. Bagi sesetengah
orang, emosi sangat mempengaruhi tabiat makan. Ramai orang gemar makan sebagai
tindak balas kepada emosi yang negatif seperti kebosanan, tekanan, kesedihan dan
juga kemarahan. Keadaan hidup pada zaman ini yang serba mencabar akan memberi
tekanan kepada manusia. Tekanan yang dihadapi juga boleh berpunca daripada
pelbagai sebab seperti di tempat kerja atau belajar, di rumah mahpun daripada
persekitaran sosial (Jacoby dan Goldstein, 2003)
1.7 Kerangka Teoritikal
Umur
Tahap Obesiti
Pengetahuan Pemakanan Seimbang
Tahap Kemurungan
Rajah 1: Menunjukan Hubungan Antara Umur, Tahap Obesiti dan Pengetahuan
Pemakanan Seimbang dengan Tahap Kemurungan.
Kerangka kajian dapat memberi gambaran tentang pembolehubah yang terlibat dalam
kajian ini. Dalam kajian ini, pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat telah
dikenalpasti bagi menguji hipotesis. Antaranya umur, tahap Indeks Jisim Tubuh atau
Body Mass Index (BMI) dan pengetahuan makanan seimbang. Manakala kemurungan
merupakan pembolehubah terikat.
1.8 Definisi Konsep
1.8.1 Konsep Kemurungan
Menurut Carlson (1990) mengatakan kemurungan merupakan gangguan perasaan
yang mana kesedihan yang berpanjangan, kelemahan dari segi pemikiran dan
pergerakan serta kadangkala mengalami perasaan gelisah.
Selain itu, kemurungan ditakrifkan sebagai satu keadaan perasaan negatif yang
berpanjangan yang mempunyai ciri-ciri seperti keadaan, sikap mudah putus asa,
kekecewaan, bersifat pasif, sukar untuk membuat keputusan, mempunyai pemikiran
untuk membunuh diri, mengalami gangguan tidur, dan gejala dari aspek mental dan
fizikal yang berkaitan dengan kecelaruan perasaan (Lazarus dan Colman, 1995).
1.8.2 Konsep Obesiti
Obesiti ditakrifkan sebagai suatu keadaan di mana terdapat lebihan lemak dalam tubuh,
dengan berat badan melebihi 20% daripada berat badan ideal seseorang (Townsend
dan Roth, 2000) ataupun Indeks Jisim Tubuh, IJT melebihi 25 kg/m2. Lemak berlebihan
ini merupakan lebihan kalori yang diambil tetapi tidak digunakan, lalu disimpan oleh
tubuh sebagai lemak dibawah tisu adipos dan juga disekitar organ-organ penting dalam
badan.
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang
terkumpul di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan
terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh
mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan
menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada menghadkan kegiatan
fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
1.8.3 Konsep Indeks Jisim Tubuh (IJT)
Indeks jisim tubuh mengukur berat dalam hubungannya terhadap tinggi dan ia dikira
dengan membahagikan berat tubuh dalam kilogram kepada tinggi dalam unit meter
kuasa dua (WHO, 2000). Penggunaan IJT dalam menilai berat badan tidak memerlukan
kemahiran yang tinggi. Kelemahan utama dalam penggunaan IJT ialah berfungsi
sebagai andaian bahawa kelebihan berat badan adalah hasil daripada lemak
berlebihan. Ia tidak mengambilkira sebab lain seperti edema atau berat otot yang besar
yang biasanya terjadi dalam kalangan ahli sukan seperti sukan bina badan (Schiller,
2003)
Jadual 1
Klasifikasi Indeks Jisim Tubuh Orang Asia
KLASIFIKASI NILAI IJT
Kurang berat badan <18.5
Berat badan ideal 18.5-22.9
Berlebihan berat badan 23-24.9
Obesiti 1 25.29.9
Obesiti 11 >30
1.9 Definisi Operasi
1.9.1 Kemurungan
Dalam kajian ini, kemurungan bermaksud tahap kemurungan yang dialami oleh wanita.
Tahap kemurungan ini akan diukur berdasarkan Beck Depression Index II (BDI-II).
Semakin tinggi skor yang diperolehi semakin tinggi tahap kemurungan. Antara item
yang digunakan untuk mengukur tahap kemurungan seperti perubahan dalam selera
makan dan kesukaran membuat keputusan. Semakin tinggi skor yang diperolehi
semakin tinggi tahap kemurungan.
1.9.2 Pengetahuan Pemakanan Seimbang
Dalam aspek pengetahuan terhadap pemakanan seimbang, subjek akan diuji dengan
soal selidik yang mengandungi item mengenai pengetahuan mereka dalam
pengambilan makanan seimbang. Antara contoh item yang mengukur pengetahuan
terhadap pemakanan seperti zat yang membantu pembentukan tubuh dan zat yang
paling banyak membekalkan tenaga. Semakin tinggi skor pada bahagian ini, semakin
tinggi pengetahuan terhadap pemakanan seimbang. Skor tertinggi adalah 21 dan
terendah 1.
1.9.3 Obesiti (Body Mass Index)
Obesiti dalam kajian ini merujuk kepada tahap berat badan seseorang yang diukur
berdasarkan Body Mass Index (BMI). Ini dikira berdasarkan formula berat didarab berat
dan dibahagi tinggi. Hasil tersebut akan dilihat pada skala yang telah ditetapka dalam
Indeks Jisim Badan (IJT) Terdapat 5 skala bagi BMI iaitu, kurang berat badan, berat
badan ideal, berlebihan berat badan, obesiti tahap 1 dan obesiti tahap 2.
Rajah 2
Pengiraan Indeks Jisim Tubuh (IJT)
Formula : Contoh :
Berat (kg) X Berat (kg) 53 kg X 53 kg
Tinggi (cm) 152 cm
= 18.50 (Berat badan ideal)
1.10 Hipotesis Kajian
Pengkaji telah membentuk sebanyak tiga hipotesis dibentuk. Hipotesis ini dibentuk
berdasarkan tujuan kajian dan kajian-kajian yang lepas. Hipotesis-hipotesis tersebut
adalah seperti berikut:
Hip 1 : Terdapat hubungan yang signifikan di antara umur dengan tahap kemurungan
Hip 2 : Terdapat perbezaan yang signifikan di antara lima tahap Body Mass Index(BMI)
(kurang berat badan, berat badan ideal, berlebihan berat badan, Obesiti tahap 1 dan
Obesiti tahap 2,) dari segi tahap kemurungan
Hip 3 : Terdapat pengaruh pengetahuan pemakanan seimbang dalam kalangan subjek
ke atas tahap kemurungan.
BAB 2
METODOLOGI
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji membincangkan tentang metodologi kajian yang digunakan
sepanjang menjalankan kajian ini. Ia termasuklah rekabentuk kajian, tempat kajian,
subjek kajian, alat kajian, cara pemarkatan, kebolehpercayaan alat kajian, prosedur
kajian dan cara menganalisis data.
2.2 Reka bentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif secara lapangan di dua lokasi yang
menggunakan soal selidik untuk mengumpul data. Soal selidik dipilih kerana ia mudah
ditadbir dan difahami. Selain itu pilihan jawapan yang disediakan memudahkan subjek
menjawab soal selidik. Subjek yang dipilih terdiri daripada peserta Seminar Stres dalam
kalangan guru wanita di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu dan peserta
yang mengikuti Seminar Keselamatan Keluarga di Kota Kinabalu. Subjek terdiri
daripada kalangan pekerja wanita yang bekerja dengan badan kerajaan.
2.3 Subjek Kajian
Kajian ini telah dijalankan ke atas 63 orang subjek wanita yang lingkungan umur dari 24
tahun hingga 50 tahun yang bekerja dengan badan kerajaan.
2.4 Tempat Kajian
Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu dan di Dewan
Bandaraya Kota Kinabalu.
2.5 Prosedur Kajian
Setiap subjek diberi satu soal selidik sebelum seminar berlangsung. Subjek diminta
untuk mengisikan soal selidik bagi setiap bahagian item yang mengukur pengetahuan
pemakanan seimbang, penjagaan kesihatan diri dan tahap kemurungan. Subjek diberi
peluang bertanya kepada pengkaji sekiranya mempunyai masalah atau keraguan
semasa mengisi soal selidik. Soal selidik akan dikutip selepas selesai subjek
menjawab.
2.6 Alat Kajian
Bagi mendapatkan maklumat daripada subjek, maka satu set soal selidik yang terdiri
daripada empat bahagian perlu dijawab, iaitu Bahagian A : maklumat diri, Bahagian B :
pengetahuan pemakanan seimbang, Bahagian C : penjagaan kesihatan diri dan
Bahagian D : tahap kemurungan.
Bahagian A
Bahagian ini adalah mengaitkan dengan maklumat demografi subjek seperti umur,
jantina bangsa, taraf perkahwinan, berat dan tinggi
Bahagian B
Bahagian ini akan mengukur pengetahuan subjek terhadap pemakanan seimbang.
Cara pemarkatan bagi bahagian ini adalah melibatkan jumlah jawapan yang betul.
Sekiranya subjek menjawab dengan betul, satu item dinilai sebagai empat markah.
Semakin tinggi jumlah skor, semakin tinggi pengetahuan subjek terhadap pemakanan
seimbang.
Jadual 3
Cara Pemarkatan Pengetahuan Terhadap Pemakanan Seimbang________________________________________________________________TAHAP SKOR
________________________________________________________________
Baik 15-21
Sederhana 8-14
Lemah 1-7
________________________________________________________________
Bahagian C
Dalam bahagian ini mengandungi aspek penjagaan kesihatan diri. Dalam bahagian ini,
subjek akan disoal mengenai sikap mereka terhadap kesihatan diri. Semakin tinggi skor
yang diperoleh, semakin baik sikap kurang mereka mengambil berat tentang penjagaan
kesihatan.
Jadual 4
Cara Pemarkatan Penjagaan Kesihatan Diri
________________________________________________________________TAHAP SKOR________________________________________________________________Baik 1-14
Lemah 15-28
Bahagian D
Bahagian D mengukur kemurungan dengan menggunakan Beck Depression Index II
(BDI-II). Soal selidik ini merangkumi 21 item telah digunakan untuk mengkaji tahap
kemurungan. Setiap item dalam BDI-II terdapat empat pilihan jawapan, 0 merupakan
markah minimum dan 3 merupakan markah maksimum. Jumlah skor mewakili tahap
kemurungan yang terdapat pada subjek, semakin tinggi skor bermakna semakin tinggi
tahap kemurungan subjek. Terdapat empat tahap kemurungan telah dikelaskan dengan
julat jumlah skor iaitu
Jadual 5
Cara Pemarkatan Beck Depression Indeks II (BDI-II)
TAHAP SKOR
Minimum 0-9
Ringan 10-18
Sederhana 19-29
Sangat teruk 30-63
2.7 Analisis Data
Setelah soal selidik dikutip balik, data dianalisis menggunakan Statistic Package for the
Social Science 13.0. Soal selidik yang dikutip akan ditadbir menggunakan kaedah
deskriptif dan inferensi iaitu analisis Korelasi, ANOVA sehala dan Regresi Mudah.
2.8 Kebolehpercayaan Alat Kajian
Kebolehpercayaan alat kajian adalah satu elemen yang sangat penting dalam
mengukur kriteria-kriteria yang ada pada diri subjek terhadap sesuatu perkara yang
ingin dikaji melalui alat kajian yang dipilih. Alat kajian yang menggunakan realibiliti
adalah satu alat kajian yang akan menghasilkan ukuran yang tepat, tekal dan jitu.
Menurut Gregory (2000) menyatakan bahawa realibiliti merujuk kepada sifat ketekalan
dalam pengukuran yang diukur dari segi tahap iaitu tahap tinggi atau rendah
kebolehpercayaan sesuatu alat pengukuran itu.
Bloch (1998) pula berpendapat bahawa realibiliti dipengaruhi oleh tindakan dan bukan
tindakan, kerja-kerja dan pengabaian oleh operasi, kumpulan penyelenggara, bahagian
teknikal, kakitangan yang merancang dan sebagainya. Kajian ini menggunakan kaedah
Alpha Cronbach untuk mengukur kebolehpercayaan alat kajian yang menunjukkan
tahap realibiliti yang boleh diterima adalah nilai alpha yang mencapai .60 dan ke atas.
Instrumen yang digunakan dalam kajian dianggap mempunyai nilai realibiliti yang
rendah sekiranya nilai pekali tersebut kurang dari .60.
Bagi menguji kebolehpercayaan alat kajian, pengkaji telah menjalankan satu
kajian rintis (pilot test) sebelum mengendalikan kajian yang sebenar. Pengkaji
menggunakan kaedah pekali Alpha Cronbach untuk mengukur nilai kebolehpercayaan
item-item dari segi ketekalan dalaman. Pengkaji juga menggunakan teknik korelasi item
keseluruhan untuk melihat keesahan alat kajian. Menurut Murphy dan Davidshofer
(1998), validiti merupakan ketepatan kesimpulan atau keputusan kepada atribut yang
ingin diukur. Pengukuran validiti dapat mengenal pasti sama ada sesuatu ujian mengukur
apa yang sepatutnya diukur. Pengkaji telah menguji alat kajian ini dengan menggunakan
kaedah validiti konvergen.
Pemilihan kaedah ini adalah berdasarkan andaian yang menganggap bahawa
tahap kemurungan adalah berkorelasi antara gagasan yang ingin dikaji. Kaedah ini
bertujuan untuk menghasilkan faktor-faktor yang bersesuaian dengan data. Dengan itu,
kaedah ini akan menghasilkan korelasi di antara faktor dengan dimensi yang ingi dikaji.
Nilai pekali korelasi atau nilai r yang menghampiri 1.0 dikatakan mempunyai hubungan
yang baik dan tinggi manakala nilai r yang menghampiri sifar adalah menunjukkan
terdapat hubungan yang lemah di antara dua pembolehubah yang diuji.
BAB 3
KEPUTUSAN
3.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan tentang keputusan kajian. Keputusan kajian akan
diterangkan dalam dua bentuk statistik, iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi.
Sementara itu, pengkaji juga menjelaskan tentang keputusan ujian rintis untuk tahap
kebolehpercayaan dan keesahan alat kajian. Statistik deskriptif digunakan untuk
meenerangkan dari segi kekerapan dan peratusan. Manakala statistik inferensi
digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis yang telah dibina pada aras keyakinan
iaitu pada aras keyakinan 0.05. Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan analisis
korelasi, ANOVA sehala dan regresi mudah untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian.
3.2 Keputusan Tahap kebolehpercayaan dan Keesahan Alat Kajian
Pengkaji telah menggunakan kaedah pekali Alpha Cronbach untuk menilai tahap
kebolehpercayaan alat kajian. Jadual 6 telah menunjukkan nilai kebolehpercayaan alat
kajian yang telah digunakan dalam kajian rintis.
Jadual 6
Keputusan Tahap Kebolehpercayaan Alat Kajian B
Item-item Nilai Alpha Cronbach
Bahagian B .62
Berdasarkan Jadual 6, mendapati bahawa tahap kebolehpercayaan bahagian B adalah
agak tinggi dan baik, iaitu .62 Pengkaji juga menggunakan teknik korelasi item
keseluruhan untuk melihat tahap keesahan alat kajian. Jadual 6 dapat memberi
gambaran jelas tentang korelasi item secara keseluruhan dan nilai jika item tersebut
disingkirkan.
Daripada hasil analisis menunjukkan bahawa setiap item berkorelasi secara
positif. Ini bermakna semua item dalam alat kajian ini mengukur apa yang sepatutnya
diukur. Hasil kajian menunjukkan bahawa pekali korelasi bernilai di antara .101 hingga
0.62 Ia adalah satu tahap keesahan yang agak baik dan tinggi.
Jadual 7
Keputusan Tahap Kebolehpercayaan Alat Kajian C
Item-item Nilai Alpha Cronbach
Bahagian C .57
Berdasarkan keputusan yang didapati, bahagian C iaitu penjagaan kesihatan diri
menunjukkan realibiliti yang sederhana dengan pekali yang diperoleh adalah .57. dalam
bahagian ini hanya mengandungi 6 item sahaja. Ini menunjukkan kebolehpercayaan
yang rendah dan ia hanya boleh mengukur penjagaan kesihatan diri yang rendah.
Dengan kata lain, terdapat hal lain yang perlu diambil kira untuk mengukur penjagaan
kesihatan diri. Bagi analisis keesahan setiap item berkorelasi positif iaitu .166
hingga .57.
Jadual 8
Keputusan Tahap Kebolehpercayaan Alat Kajian D
Item-item Nilai Alfa Cronbach
Bahagian D .73
Beck Depression Inventory (BDI) mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dalam
kajian ini dengan nilai alpha .732. Beck, Steer dan Garbin (1988), menyatakan bahawa
Beck Depression Inventory (BDI) menunjukkan konsistensi dalaman yang tinggi dengan
nilai alpha .086 untuk populasi psikiatrik dan nilai alpha 0.81 untuk populasi bukan
psikiatrik. Bagi analisis kebolehpercayaan alat kajian bahagian D, mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi iaitu .732.
3.3 Analisis Deskriptif
Kaedah statistik deskriptif digunakan untuk menjelaskan kekerapan dan peratusan
mengenai profil subjek
3.3.1 Kategori Indeks Jisim Tubuh (BMI)
Kategori Indeks Jisim Tubuh terbahagi kepada kurang berat badan, berat badan
normal, berlebihan berat badan, Obesiti tahap 1 dan Obesiti tahap 2. Taburan bagi
wanita kurang berat badan ialah 5 orang (7.9%), berat badan normal seramai 23 orang
(36.5%), berlebihan berat badan seramai 6 orang (9.5%), Obesiti tahap 1 seramai 16
orang (25.4%) dan Obesiti tahap 2 seramai 13 orang (20.6%)
Jadual 9
Kategori Indeks Jisim Tubuh (BMI)
________________________________________________________________
Kategori Indeks Jisim Tubuh (BMI) N Peratus
________________________________________________________________
Kurang berat badan 5 7.9
Berat badan normal 23 36.5
Berlebihan berat badan 6 9.5
Obesiti tahap 1 16 25.4
Obesiti tahap 2 13 20.6
________________________________________________________________
63 100
________________________________________________________________
3.3.2 Status Perkahwinan
Jadual 9 menunjukkan seramai 17 orang wanita (27.0%) adalah bujang. Bagi status
perkahwinan wanita yang berkahwin, 44 (69.8%). Manakala bagi wanita yang kematian
suami atau balu adalah 2 orang (3.2%)
Jadual 10
Status Perkahwinan Subjek
Status N Peratus
Bujang 17 27.0
Berkahwin 44 69.8
Balu 2 3.2
63 100
Jadual 10 menunjukan hasil analisis tahap kemurungan yang dialami oleh subjek. Pada
tahap kemurungan minimum seramai 22 orang (35.1%). Tahap kemurungan ringan
seramai 13 orang (20.1%), tahap kemurungan sederhana 20 orang (32%) dan tahap
kemurungan sangat teruk adalah 7 orang (12.8%)
Jadual 11
Keputusan Tahap Kemurungan
Tahap N Peratus
________________________________________________________________Minimu
m 22 35.1
Ringan 14 20.1
Sederhana 20 32
Sangat teruk 7 12.8
63 100
3.3.3 Penjagaan Kesihatan Diri
Bagi hasil analisis penjagaan diri, wanita yang dalam kategori baik adalah 14 orang
(22.3 %) dan bagi wanita yang dalam kategori lemah dalam menjaga kesihatan diri
adalah 49 orang (77.7%)
Jadual 12
Tahap Penjagaan Kesihatan Diri
Tahap N Peratus
Baik 14 22.3
Lemah 49 77.7
63 100
3.4 Analisis Inferensi
Kesemua hipotesis dianalisis secara berasingan dengan menggunakan teknik statistik
inferensi. Hipotesis 1 dianalisis menggunakan kaedah Korelasi, hipotesis 2
menggunakan kaedah ANOVA dan hipotesis 3 dianalisis menggunakan kaedah Regresi
mudah
3.4.1 Hipotesis 1 : Terdapat hubungan yang signifikan di antara umur dengan
tahap kemurungan
Korelasi Pearson telah digunakan bagi menguji hipotesis untuk melihat hubungan
antara umur dengan tahap kemurungan. Keputusan yang diperoleh dapat dilihat dalam
jadual 3.1
Jadual 13
Keputusan Hubungan Umur Dengan Tahap Kemurungan________________________________________________________________Pembolehubah r Sig ________________________________________________________________Umur
.58 .11Tahap Kemurungan________________________________________________________________Nota : k < .05
Jadual 13 menunjukkan hasil ujian Korelasi yang melihat hubungan di antara umur
dengan tahap kemurungan wujud hubungan positif yang tidak signifikan nilai (r= .11,
k>.05) ini bermakna hipotesis 1 ditolak. Hasil analisis mendapati tiada hubungan di
antara umur dengan tahap kemurungan.
3.4.2 Hipotesis 2 : Terdapat perbezaan yang signifikan di antara empat tahap
Body Mass Index (BMI) (kurang berat badan, berat badan ideal, berlebihan berat
badan, Obesiti tahap 1 dan Obesiti tahap 2,) dari segi tahap kemurungan
Jadual 13Keputusan Perbezaan Di antara Lima Tahap (BMI) Dari Segi Tahap Kemurungan
Tahap Kemurungan dk JKD MKD F Sig.
Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
4
58
658.06
1746.91
164.51
69.876
2.4 .08
Nota : k < .05
Jadual 13 menunjukkan keputusan bagi ANOVA sehala bagi perbezaan di antara
tahap Body Mass Index (BMI) dari segi tahap kemurungan. Berdasarkan analisis
ANOVA sehala, didapati lima tahap Body Mass Indeks atau berat badan ideal tidak
berbeza secara signifikan dengan tahap kemurungan di mana nilai
f (4, 58) = .34, k >0.05 menunjukkan aspek berat badan ideal dan tahap kemurungan tidak
berbeza secara signifikan. Ini bermakna hipotesis 2 ditolak.
3.4.3 Hip3 : Terdapat pengaruh pengetahuan pemakanan seimbang dalam
kalangan subjek ke atas tahap kemurungan.
Pemakanan Seimbang Beta R2 F Sig.
________________________________________________________________
Tahap Kemurungan 3.0 .22 3.14 .081
Nota : k < .05
Hasil analisis Regresi mudah mendapati tidak terdapat pengaruh pengetahuan
pemakanan seimbang ke atas tahap kemurungan (Beta, 3.0) Ini bermaksud hipotesis 3
ditolak.
BAB 3
PERBINCANGAN
3.0 Pengenalan
Bab ini akan menerangkan hasil dapatan kajian yang dianalisis daripada bahagian
keputusan. Pengkaji akan mencari fakta-fakta bagi menyokong hasil keputusan yang
diperoleh.
3.1 Tidak terdapat hubungan umur dengan tahap kemurungan
Hasil analisis mendapati umur wanita tidak mempunyai hubungan dengan tahap
kemurungan yang dialami mereka, berdasarkan subjek yang berumur lingkungan 20 an
higga 50 tahun. Menurut Dr. David V.S (2006), mendapati tahap umur seseorang tidak
mempengaruhi dalam tahap kemurungan yang dialami oleh seseorang. Menurut beliau,
kemurungan bukanlah bergantung kepada tahap umur kerana kanak-kanak seawal
berusia 10 tahun juga boleh mengalami tekanan. Selain daripada itu, terdapat faktor-
faktor lain yang mempengaruhi tahap kemurungan. Antaranya penyakit kronik yang
dialami oleh mereka seperti darah tinggi dan jantung yang akan memberi tekanan
kepada penghidapnya.
Tekanan juga sering menyumbang kepada permasalahan dari segi
perkembangan fizikal dan psikologikal seseorang, terutama sekali ketika individu
tersebut mengalami kemurungan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa
walaupun wanita terlibat dalam pekerjaan, tetapi mereka masih lagi memikul lebih
kurang 75% tanggungjawab keluarga, khususnya ke atas anak mereka. Ini bersesuaian
dengan kenyataan Parsons dan Bales (1995) yang menekankan kepada
tanggungjawab antara kerja dan rumahtangga penyumbang kepada kemurungan.
Wanita bekerja lebih tertekan dalam tanggungjawab mengasuh anak-anak kerana
mereka harus memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu. Kebanyakan pengkaji
berpendapat bahawa wanita yang memegang dua peranan akan mempunyai masalah
dalam kesihatan mental. Kadangkala wanita yang bekerja tidak mampu untuk
membahagikan antara kerjaya dan rumahtangga dengan sempurna. Keadaan ini akan
menyebabkan mereka tertekan dan mencari jalan penyelesaian.
Selain daripada itu, gaya hidup sihat bagi boleh dicapai dengan menghayati
sikap dan amalan seperti menjaga kebersihan diri, keluarga, rumah dan persekitaran,
mengamalkan sikap ambil berat tentang kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga.
Menjaga berat badan supaya sepadan dengan ketinggian diri supaya mencapai BMI
(Body Mass Index) 18 hingga 25 sahaja, senaman, tidak merokok dan kurangkan
pengambilan gula dan garam. Pemakanan sihat perlu dengan melebihkan pengambilan
buah-buahan dan sayur-sayuran, kurang atau elakkan pengambilan alkohol, elakkan
penyalahgunaan dadah, elakkan hubungan jenis rambang, berhati-hati di jalan raya,
hutan belantara, sungai dan lautan, jangan cemarkan alam sekitar, pentingkan
pelalian/imunisasi, amalkan penyusuan ibu (Breast Fedding) dan saringan berjadual
(Screening Examination).
Kesemua perkara ini jika dilaksanakan dengan betul dan bersungguh-sungguh akan
memberi kesan yang sangat baik dan optima kepada kesihatan diri, keluarga dan
masyarakat. Kesan positif daripada gaya hidup sihat melalui sikap dan amalan
kebersihan diri, keluarga, rumah dan persekitaran sangat penting dalam pencegahan
pelbagai penyakit seperti penyakit kulit dan jangkitan kuman bakteria, virus, kulat dan
parasit yang menyebabkan kudis, kurap, kutu, cacing, cirit-birit, demam kepialu, denggi
dan banyak lagi. Sikap ambil berat merupakan sikap terpuji dan proaktif. Banyak
penyakit termasuk barah dapat disembuh jika dikesan dengan awal. Sikap berlawanan
seperti ‘tunggu dan lihat’ membahayakan kesihatan dan keselamatan diri dan keluarga.
Tidak Terdapat Perbezaan tahap Body Mass Index (BMI) iaitu kurang berat badan,
berat badan ideal, berlebihan berat badan, obesiti 1 dan obesiti 2 dengan tahap
kemurungan
Menurut kaji selidik oleh Malaysian Association For Obesity (MASO), sebanyak 15%
orang Malaysia adalah berlebihan berat badan manakala 5% adalah obes. Tiga
daripada 10 orang dewasa dalam negara ini adalah berpeluang untuk menjadi obes
menurut peraturan yang diluluskan oleh World Helath Organisation (WHO) untuk
mengkelaskan berat ideal orang-orang Asia. Pengerusi MASO, Mohd Ismail (2001),
berpendapat bahawa walaupun berlaku peningkatan kefahaman biologikal dan tabiat
yang disebabkan oleh obesiti tetapi masih banyak yang perlu dilakukan untuk
mengatasi masalah ini. Melalui tinjauan yang dijalankan mendapati tidak terdapat
perbezaan tekanan dan kemurungan antara perbezaan berat badan yang dialami oleh
subjek.
Tidak Terdapat Pengaruh pengetahuan pemakanan seimbang dengan tahap
kemurungan
Hasil kajian mendapati pengetahuan pemakanan seimbang tidak memberi pengaruh
kepada kemurungan. Hasil kajian ini disokong oleh Sam (1996) yang menyatakan
kawalan pemakanan bergantung kepada cara hidup seseorang. Menurut Sam (1996),
dalam keadaan normal, pengawalan nafsu makan kita akan berfungsi dengan baik.
Appestat merupakan pusat kawalan selera makan yang terletak di bahagian
hipotalamus dalam otak. Ia dikawal oleh tahap darah. Ia berfungsi seakan-akan
termostat dalam darah. Appestat akan rosak sekiranya pengambilan makanan ringan
dan gula yang tinggi tidak si kawalAppestat ini akan menurunkan atau mematikan nafsu
makan pada waktu tertentu dan biasanya berfungsi tepat pada waktunya. Jika appestat
ini tidak berfungsi dengan baik, dua kemungkinan boleh berlaku iaitu sama ada ingin
makan sepanjang masa atau terus tiada selera makan.
Kebanyakan pakar berpendapat dan bersetuju bahawa penyebab utama
keobesan ialah pengambilan makanan yang berlebihan dan pengambilan kalori yang
banyak berbanding kalori yang digunakan. (Shahron, 1989). Ini boleh berlaku apabila
seseorang itu mengambil makanan yang tinggi kalori tanpa melakukan aktiviti yang
boleh membuang kalori tersebut. Akibatnya, kalori yang semakin banyak ini akan
terkumpul sebagai lemak yang menyebabkan seseorang menjadi obes. Hasil kajian ini
juga disokong oleh kajian Universiti Putra Malaysia, di mana kebanyakan rakyat
Malaysia gemuk kerana tabiat makan malam. Makan pada waktu malam iaitu pada
waktu hendak masuk tidur juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
obesiti. Ini adalah kerana makan pada waktu malam ini akan diikuti dengan tidur. Ketika
tidur tiada sebarang aktiviti fizikal yang boleh membakar kalori yang akhirnya bertukar
menjadi lemak.
Daripada kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1996,
mendapati bahawa corak pemakanan orang Malaysia telah beralih kepada
pengambilan produk berasaskan haiwan serta pengambilan lemak yang tinggi. Corak
pemakanan ini biasanya diamalkan oleh negara-negara perindustrian. Pertukaran corak
pemakanan ini adalah seiring dengan peningkatan urbanisasi yang akan mewujudkan
diet yang berkaitan dengan peningkatan urbanisasi yang akan mewujudkan diet yang
berkaitan dengan penyakit kronik seperti obesiti dan penyakit kardivaskular. Kajian oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia, didapati bahawa peratusan orang Malaysia yang
menjadi obes, berlebihan berat badan dan kekurangan berat ialah masing-masing
4.4%, 16.6% dan 25.1%. Min BMI yang diperoleji dari kajian ini ialah 22.48
kg/m²(Fatimah, 1999)
Kita kadang kala terdorong untuk meningkat atau menambahkan dorongan dan
mencari kebangkitan dan bukan mengurangkannya. Menurut Ma’rof dan Haslinda
(2003), bangkitan adalah merujuk kepada keadaan kewaspadaan dan pengaktifan
fizikal dan mental. Kita adalah terdorong mengekalkan tingkat optimum bangkitan.
Sekiranya, bangkitan adalah kurang daripada tahap optimum, kita berbuat sesuatu
untuk merangsangkannya. Sekiranya bangkitan melebihi tahap optimum, kita berbuat
sesuatu untuk mengurangan rangsangan. Tahap bangkitan akan memberi kesan
kepada perasaan kita. Perasaan emosi adalah negatif di ke dua-dua hujung kontinum
ekstrim bangkitan. Manusia biasanya berasa selesa secara emosinya apabila tahap
bangkitan adalah dipertengahan kontinum. Apabila bangkitan adalah rendah, motif
rangsangan seperti ingin tahu dan motif untuk menjelajah, memanipulasi objek serta
untuk bermain akan menyebabkan rangsangan bertambah dan sebaliknya.