kesan kedatangan spanyol ke Asia Tenggara
description
Transcript of kesan kedatangan spanyol ke Asia Tenggara
1.0 PENDAHALUAN
Impak disini membawa maksud kesan yang telah dibawa atau kesan yang
dihasilkan1 akibat kedatangan Sepanyol ke Filipina. Kedatangan mereka telah
membawa kesan yang cukup besar terhadap politik, ekonomi dan sosial di Filipina.
Sepanyol adalah kuasa barat pertama yang telah membuka laluan pelayaran untuk
mengelilingi dunia23.
Sejarah pengembaraan ini telah dipelopori oleh Ferdinand Magellan dibawah
perkhidmatan Raja Castille. Selepas kegagalan Magellan dalam menjalankan
misinya untuk penyebaran kuasa. Maka, usahanya telah disambung oleh Miguel
Lopez de Legaspi yang telah dilantik sebagai Gabenor dan Kaptan-Jeneral serta
seorang lagi pemimpin kapal yang telah dilantik oleh raja Philip II yang merupakan
seorang padri iaitu Andres de Urdaneta4. Usaha untuk menambah wilayah ini telah
dijalankan pada tahun 1564 bersama dengan anak kapal yang terdiri daripada
askar dan enam orang padri. Usaha ini telah membuahkan kejayaan kepada
Sepanyol melalui penaklukan Manila pada 3 Jun 1571 dan Sepanyol mangistiharkan
Manila sebagai sebuah bandar orang Sepanyol dengan menamakan “Bandar yang
terkenal dan sentiasa taat setia”.
Penaklukan Filipina oleh Sepanyol dicapai tanpa pertumbahan darah. Satu
sebabnya ialah raja Philip II tidak mahu pertumbahan darah berlaku seperti mana
yang pernah berlaku di Mexico dan Peru. Namun, sepanjang usaha penaklukan di
Filipina. Sepanyol hanya menerima tentangan daripada orang Moro di Mindanao5.
1 Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1992, Hlm. 449.2 Onofre D.Corpuz, “Filipina”, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, Hlm 29.3 D.G.E. Hall, “Sejarah Asia Tenggara”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, Hlm.285. 4 Ibid, Hlm. 297.5 Ibid, Hlm.297.
2.0 SEBELUM KEDATANGAN SEPANYOL
Sebelum kedatangan kuasa barat ke Filipina, penduduk Filipina tinggal dalam
kelompok-kelompok masyarakat yang bertaburan disana sini dan hampir-hampir
terasing. Terdapat 80 jenis loghat bahasa dan terdiri daripada keturunan bangsa
Melayu iaitu mereka yang berhijrah dari Indonesia atau dari gugusan kepulauan
Melayu6. Kehidupan mereka tidak jauh perbezaan dengan masyarakat Melayu
sebelum dijajah oleh kuasa barat.
Dari segi cara mendapatkan makanan, mereka mendapatkan sumber
makanan daripada sungai, tasik dan laut. Mereka juga mendapatkan hasil hutan
atau gunung untuk dijadikan pakaian, tempat tinggal dan alat untuk memburu
binatang. Hasil hutan seperti daging akan dijadikan bahan makanan mereka dan
buluh serta jerami akan dijadikan tempat tinggal. Dari segi seni bina pula, belum
wujud lagi bangunan besar untuk dijadikan sebagai berhala ataupun bangunan
untuk dijadikan sebagai pusat pentadbiran.
Walaupun begitu, pada saat ini telah berlaku perkembangan agama Islam.
Agama Islam telah lama bertapak di Filipina tetapi hanya tertumpu di Mindanao dan
Sulu sahaja. Manakala, sebahagian tempat yang lain pula masih mengamalkan
kepercayaan animisme. Penghuni-penghuni Islam mempunyai raja dan sultan tetapi
terasing daripada penduduk yang lain. Manakala penduduk yang lain pula
mempunyai golongan utama yang dikenali sebagai “Datu”.
Orang Sepanyol menganggap bahawa golongan “datu” sebagai raja atau
anak raja. Walhal, mereka ini adalah ketua mengikut adat. Hubungan kekeluargaan
ini di wujudkan menjadi satu kumpuluan kekeluargaan yang besar dan menjadi satu
institusi yang kukuh. Ketua mereka telah dilantik sebagai seorang pentadbir yang
paling rendah pangkatnya tetapi amat penting dikalangan masyarakat.
Manakala dari segi teknologi pula, mereka menghadkan perkembangan
teknologi kerana keperluan adalah minima terhadap peralatan tersebut. Ekonomi
6 Onofre D.Corpuz, Op.cit..,1972, Hlm. 25.
yang diamalkan oleh masyarakat Filipina pada masa ini adalah ekonomi secukup
keperluan sendiri sahaja dan ini telah menyebabkan tidak wujud lebihan
pengeluran. Hal ini jugalah yang telah membataskan perkembangan pengangkutan,
perhubungan dan teknologi mereka. Masyarakat ini juga tidak mengamalkan sistem
ekonomi pertukaran barang. Namun, perdagangan telah wujud di kegugusan
kepulauan ini. Perhubungan perdagangan telah wujud dengan orang Islam dan
India. Dan, pada masa inilah mereka baru mengamalkan sistem pertukaran
barang7.
2.0 KEDATANGAN SEPANYOL KE FILIPINA
Selepas penaklukan Sepanyol keatas Manila pada 3 Jun 1571, maka bermulalah
satu dimensi baharu terhadap pentadbiran Filipina. Bermula dari saat itu jugalah
perkembangan agama Islam telah terencat dan berlaku penindasan terhadap
golongan ini di Mindanao dan sulu8. Sepanyol telah mendapat pangkalan yang
sangat elok dan ini memudahkan mereka untuk menakluki kepulauan yang lain.
Dasar penaklukan mereka adalah atas dasar kesedaran dalam menyebarkan agama
Kritian kepada negara yang mereka jajahi dengan mengunakan kekuatan senjata
api.
Tidak semua kepulauan Filipina berjaya ditumpaskan. Ini adalah kerana bahagian
Mindanao berada dibawah kawalan orang Moro(Islam) dan golongan ini telah
berjaya mempertahankan kedudukan mereka. Penempatan orang Kristian juga
telah dibina di Mindanao bagi menjalankan sekatan keatas orang Islam dan
penempatan ini dilengkapi dengan alat senjata bagi menahan sekatan dari orang
Islam. Walaupun begitu, benteng ini berjaya ditembusi dengan serangan yang
dilancarkan oleh orang Islam sehingga ke bahagian Utara Luzon9. Namun, kekuatan
orang Islam akhirnya telah berjaya ditumbangkan pada abad kesembilanbelas.
Sepanyol telah dibantu dengan kekuatan kapal perang yang banyak jika
dibandingkan dengan perahu yang kecil.
7 Onofre D.Corpuz, Op.cit..,1972, Hlm. 32.8 Ibid, Hlm 30.9 Onofre D.Corpuz, Op.cit..,1972, Hlm. 32
Peta 1 : Peta Filipina
Sumbur : Onofre D.Corpuz, “Filipin”, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Penaklukan Sepanyol keatas Filipina telah banyak meninggalkan kesan
terhadap politik, ekonomi dan sosialnya. Tujuan utama kedatangan mereka ke
Filipina adalah untuk menyebarkan agama Kristian10. Ini disahkan sendiri menerusi
10 Gregorrio F.Zaide, “Sejarah Politik Dan Kebudayaan Filipina”, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1978, Hlm. 243.
surat wasiat terakhir Queen Isabella the Catholic berdasarkan semangat Katholik
menerusi Undang-undang Pulau Hindia yang telah dibawa oleh mubaligh-mubaligh
Kritisan dalam mengajar agama mereka. Orang Sepanyol telah menyeberangi
lautan dan menjajah negera-negara kafir adalah kerana ingin berkhidmat kepada
Tuhan. Mereka juga ingin menukar agama anak-anak negera yang dijajah kepada
agama Kristian. Masyarakat lain dianggap sebagai jahil selagi mereka tidak
memeluk agama Kristian. Atas semangat inilah Sepanyol berjaya mencapai banyak
kejayaan didalam menjalankan dasar penjelajahan mereka. Begitu jugalah yang
berlaku ke atas Filipina yang telah dijajah selama 300 tahun lamanya.
Pada dasarnya, penjelajahan Sepanyol di Filipina khususnya mahu
menukarkan agama anak-anak negeri kepada agama Kristian dan bukanlah ingin
memeras hasil-hasil kepulauan tersebut. Mereka juga beranggapan bahawa mereka
perlu menyelamatkan roh penduduk-penduduk yang masih memeluk agama yang
telah dibawa oleh mereka. Disebabkan oleh tujuan ini maka tidak hairan bahawa
semua angkatan Sepanyol ke Filipina adalah disertai oleh mubaligh.
Disamping ingin mencapai matlamat tersebut, tujuan mereka menawan
Filipina adalah untuk mendapatkan kekayaan ekonominya. Tujuan ini timbul kerana
perjuangan dan persaingan yang hebat di antara negara-negara eropah dalam
mengawal perdagangan rempah di Gugusan Kepulauan Melayu. Sejarah telah
dicatatkan bahawa Magellan telah belayar menyeberangi Lautan Pasifik untuk
mendapatkan rempah-ratus dan barangan dari Timur untuk di bawa pulang ke
Sepanyol. Namun, usaha itu telah gagal malah tidak mendapatkan sebarang
keuntungan kebendaan. Walaupun mereka telah mentadbir Filipina selama 300
tahun tetapi mereka tidak mampu mengaut keuntungan yang banyak. Mereka
hanya membelanjakan hasil yang ada hanya untuk mengekalkan ketuanan mereka
di Filipina dan boleh dikatakan bahawa mereka tidak mendapat sedikit pun hasil
kebendaan11. Ini adalah kerana keuntungan telah digunakan dalam menjalankan
kewajipan kepada tuhan seiring dengan tujuan asal mereka iaitu menyebarkan
agama Kristian12.
11 Gregorio F.Zaide, Op.Cit.., 1978, Hlm.246.12 Ibid, Hlm.246.
Manakala tujuan ketiga dan terakhir mereka adalah untuk mencapai
kemegahan politik. Dengan menakluki negara Filipina, Sepanyol telah muncul
sebagai sebuah empayar yang amat kuat. Empayar ini mampu meluaskan
kuasanya sehingga dihujung pelusuk dunia dan ini telah membawa kemegahan
kepada raja Philip II yang merupakan raja Eropah yang pertama yang telah berjaya
menyebarkan lambing kebesaran mereka hingga ke pelusuk alam semesta.
Walaupun begitu, hasil kemegahan politik yang telah diperolehi itu telah hilang
ditelan zaman. Begitu juga dengan harta yang bertimbun hasil perlombongan emas
di Mexico dan Peru. Pada masa kini, empayar Sepanyol hanyalah baying-bayang
daripada zaman silam yang agung dan gah sahaja.
2.1 KESAN DARI SEGI POLITIK
Sepanyol telah bertindak menubuhkan sebuah penempatan yang berkelompok
kepada rakyatnya bagi menyatukan masyarakat yang dahulunya tinggal secara
berselerak. Mereka dikehendaki menetap dibandar dan wilayah yang dirikan serta
ditadbir oleh seorang gebenor. Mereka ditempatkan di “Debajo De Las Campanas”
yang bermaksud “ dibawah naungan loceng gereja”. Ini merujuk kepada proses dan
semangat penjajah yang mahukan sistem pentadbiran yang mencirikan sistem
pentadbiran keagamaan. Penempatan terancang ini berbentuk satu garisan teratur
berdasarkan jalan-jalan yang dibina secara meluas dari plaza atau medan dan
ditengah-tengahnya terdapat sebuah gereja mukim serta dewan bandaran. Dengan
demikian, rakyat Filipina dapat tinggal secara berkelompok dan dapat mendengar
loceng besar sebagai petanda waktu pemujaan dan sembahyang13.
Penduduk Filipina telah dimasukkan ke organisasi perbandaran. Penduduk
bandar ini terbahagi kepada beberapa barangay(penduduk) dan setiap satu
kumpulan akan ditadbir oleh seorang cabeza(ketua) sendiri. Ketua mengikut adat
ini akan menjadi pegawai pentadbir dan bertanggungjawab dalam memugut
tributos(cukai) daripada setiap orang dewasa dan menentukan perkhidmatan buruh
kepada penduduk yang dibawah kuasa tadbirnya. Bagi menghargai perkhidmatan
ketua ini, maka beliau dan anak sulungnya akan dikecualikan daripada membayar
13 Onofre D.Corpuz, Op.cit..,1972, Hlm. 32
cukai. Disamping turut mendapat gaji yang murah daripada pemerintah. Melalui
cabeza dan gobernadorcillo(Ketua Cabeza) jugalah pemerintah akan menyampaikan
amanat kepada rakyatnya.
Orang Sepanyol tidak mengambil berat terhadap penduduk Filipina
melainkan hanya sebagai sumber pendapatan mereka sahaja. Jalan-jalan yang telah
dibina untuk menaik taraf kehidupan rakyat jelata telah ditutup dan rakyat tidak
diberikan pendidikan serta tidak dilibatkan dalam politik mahupun pentadbiran
Filipina. Di peringkat awal pentadbiran Sepanyol, mereka telah memberi sedikit
pendidikan untuk menjelaskan tentang kepercayaan dan moral terhadap agama
Kristian. Peraturan-peraturan yang dikenakan telah menyebabkan rakyat Filipina
kekal dalam keadaan tidak berkuasa.
2.2 KESAN DARI SEGI EKONOMI
Sumber ekonomi Sepanyol adalah ufti yang dibayar dan perkhidmatan buruh paksa
yang diberikan oleh orang Filipina. Keadaan ini berlarutan sehingga hampir
penghujung abad yang kelapanbelas. Pada hakikatnya, golongan yang datang
memerintah Filipina bukanlah datang daripada golongan kaum pengeluar tetapi
terdiri daripada padri, askar, pejawat atau bakal pejawat dan keluarga mereka.
Golongan ini tiba ke Filipina menjadi kerabat yang dihormati dan lebih cederung
untuk menghina kerja-kerja buruh kasar. Kedatangan mereka sebenarnya tidak
membuahkan sebarang keuntungan tetapi telah menambah bebanan penduduk
tempatan.
Ini adalah kerana rakyat Filipina terpaksa mengeluarkan hasil tambahan bagi
menampung keperluan orang asing yang datang berbanding keperluan secukup
untuk kehidupan mereka dahulu. Namun, tanah-tanah ladang mereka dahulu tidak
mampu menampung keperluan mereka selepas kedatangan Sepanyol14. Malah,
kaedah dan alat-alat pertanian yang digunakan sudah tidak sesuai digunakan dalam
menghasilkan sumber keperluan yang banyak. Maka, penduduk tempat terpaksa
diajar dan belajar cara-cara untuk bercucuk tanam. Maka, berlakulah transformasi
14 Onofre D.Corpuz, Op.cit..,1972, Hlm. 40.
didalam kehidupan mereka. Golongan ini sudah mampu menanam padi dan
mengunakan teknologi yang sederhana untuk membantu meringankan beban
mereka.
Dalam pada masa yang sama, pihak Sepanyol telah melarang penduduk
tempatan untuk tidak melombong. Ini adalah kesan daripada pengalaman yang
diterima semasa menjajah negara Amerika satu ketika dahulu. Namun, perbuatan
ini sebenarnya sedikit sebanyak telah menghalang perkembangan ekonomi di
Filipina.
Walaupun begitu, pihak Sepanyol telah memerah keringan rakyat Filipina
untuk menjadi buruh paksa dengan membuat kapal-kapal perang untuk dijual
kepada bangsa lain. Kebanyakkannya kapal ini dibuat di kepulauan Visaya dan
sesetengah tempat yang berhampiran dengan Manila15. Buruh paksa ini akan
diarahkan untuk memotong kayu balak, menenun layar, membuat tali layar dan
banyak lagi. Namun, semua ini tidak memberi apa-apa kepada ekonomi
bumiputera.
Namun, ekonomi hanya mula berkembang selepas masyaraknya sudah
mempunyai semangat nasionalisme. Semangat ini timbul bertitik tolak daripada
semangat nasionalisme yang telah menular didalam pentadbiran kerajaan Sepanyol
di Perancis. Hal ini turut meninggalkan kesan terhadap negara lain terutamanya di
Filipina. Namun, kesan ini hanya melibatkan golongan principali sahaja.
Perkembangan ini berlaku pada tahun 1780 dimana Filipina telah menjalankan
perdagangan eksport dan mengerjakan tanah dengan bersistem bagi menghasilkan
pengeluaran lebihan untuk tujuan perdagangan. Filipina mengeksport tembakau
dan nila ke Sepanyol dengan menggunakan kapal laut milik kerajaan Sepanyol.
Dalam pada masa ini, tanah adalah salah satu sumber pengeluaran dalam
perkembangan ekonomi Filipina.
Pengkhususan pada tanaman lain juga turut diperkenalkan. Sepanyol telah
membuka satu lamparan baru dengan memberi pengkhususan kepada penanaman
15 Onofre D.Corpuz, Op.cit..,1972, Hlm. 42.
gula dan abaca. Tanaman ini telah mendapat sambutan yang baik dikalangan
syarikat perdagangan eropah.
Selain itu, sistem pemilikan tanah turut diperkenalkan. Pada amnya terdapat
empat jenis tanah iaitu tanah yang dimiliki oleh bumiputera yang ditetapkan
melalui sempadan, tanah yang dimiliki oleh perbadanan agama dan pertubuhan
amal, tanah yang dimiliki oleh orang Sepanyol diatas perkhidmatan yang telah
disumbangkan dan tanah diraja Sepanyol. Manakala penduduk lain seperti yang
berhijrah ke Filipina selain rakyat Sepanyol contohnya orang Cina tidak mempunyai
hak dalam memiliki tanah.
2.3 KESAN DARI SEGI SOSIAL
Akibat penjajahan Sepanyol ke atas masyarakat Filipina. Maka, negara ini muncul
sebagai sebuah negara Kristian diseluruh asia kesan daripada dasar perluasan
kuasa oleh Sepanyol. Amalan lama telah digantikan dengan keunggulan agama
Kristian. Pada asalnya, orang Filipina tidak menerima secara terus tentang agama
baharu ini sama seperti penerimaan terhadap pemerintahan Sepanyol. Namun,
terdapat juga masyarakat Sepanyol yang susah mampu menerima ajaran baharu
tetapi tetap mengamalkan kepercayaan kuno.
Orang Sepanyol turut memberi sedikit pendidikan kepada rakyat Filipina
dengan mengajar bahasa mereka sama seperti mereka lakukan kepada negara
yang pernah menjadi tanah jajahan mereka. Orang Sepanyol memerintah dengan
berpandukan undang-undang yang telah diluluskan di Madrid dan mengikut dikri
yang telah ditetapkan di Filipina. Mereka menjalankan tugas dengan keras terhadap
rakyat Filipina. Mereka juga turut mengenakan syarat kepada rakyat Filipina yang
ingin memegang jawatan di dalam kerajaan haruslah fasih dalam bahasa Sepanyol.
Bukan itu sahaja, mereka yang ingin menikmati lebih banyak keistimewaan
haruslah pandai dalam bertutur bahasa asing tersebut. Namun, hasil bancian yang
telah dijalankan oleh pihak Sepanyol pada tahun 196016. Hanya dua orang sahaja
yang mampu bertutur dengan baik bahasa Sepanyol.
Disebabkan oleh penggunaan bahasa Sepanyol didalam semua urusan
pentadbiran kerajaan sehinggalah urusan keagamaan. Maka, tidak heranlah jika
dikatakan bahawa rakyat Filipina pada asalnya tidal mendapat manafaat dan
kesedaran batin didalam pengajaran keagamaan. Bukan itu sahaja, para padre
yang mengajar penduduk tempatan juga tidak mencirikan kebaikan. Sebaliknya,
mereka menjalankan usaha penyebaran agama Kristian dengan sikap kedaulatan,
berkuasa, sombong dan bongkak. Mereka juga menganggap rakyat Filipina sebagai
keanak-anakan dan tidak matang serta penuh dosa. Selain padri, terdapat juga
golongan askar yang turut menganiayai rakyat bumiputera dan bertengkar sesama
sendiri17.
Dalam usaha yang telah disumbangkan kepada rakyat Filipina. Maka,
penduduk tempat yang telah memeluk Kristian haruslah membayar ufti. Ini
dikatakan untuk menghargai usaha-usaha untuk mengkristiankan mereka. Namun,
terdapat juga padri yang memohon agar golongan dewasa yang baru memeluk
agama kritian perlu dikecualikan.
Walaupun begitu, kedatangan agama baharu ke Filipina ini sebenarnya telah
memberi kemajuan sosio-kebudayaan kepada rakyat Filipina. Terdapat banyak
perubahan yang boleh disaksikan kesan daripada penyebaran agama ini. Antaranya
adalah pembinaan Gereja yang diperbuat daripada batu untuk dijadikan sebagai
tempat beribadah dan pembinaan jalan raya bagi memudahkan usaha tabligh
dalam usaha menyebarkan fahaman mereka18. Padri jugalah yang telah membawa
perkembang ekonomi Filipina. Ini kerana Padri telah membawa masuk tanaman
penting bagi menyana ekonomi Negara yang telah berjaya mereka takluki.
Pihak gereja juga telah memainkan peranan penting dalam membentuk
tamadun masyarakat Filipina. Ini dapat dibuktikan menerusi pembinaan
16 Onofre D.Corpuz, Op.cit..,1972, Hlm. 43.17 Ibid, Hlm. 44.18 Onofre D.Corpuz, Op.cit..,1972, Hlm. 45.
penempatan semula orang Filipina di bandar-bandar utama bagi menyatukan dan
meningkatkan taraf hidup mesyarakat bumiputera. Bukan itu sahaja,
perkembangan agama ini sebenarnya adalah punca kepada perkembangan
teknologi Filipina.
Padri juga turut mendedahkan cara tanaman baharu kepada penduduk
tempatan bagi membantu peningkatkan hasil pengeluaran mereka. Padri juga
membantu dalam menempa dan membuat mata tenggala, pedang sabit, sabit,
cangkul dan alat-alat besi yang lain di bengkel peleburan yang membuat meriam
dan ubat bedil. Mereka juga membantu rakyat tempatan dengan membawa kerbau
ke kawasan-kasawan penyebaran agama bagi membantu usaha pertanian rakyat
tempatan. Kerbau ini digunakan sebagai alat membajak tanah.
Rakyat tempatan yang memeluk agama Kristian akan menghiaskan dinding
rumah mereka dengan ukiran-ukiran berpahat, patung atau gambar. Di lengan
mereka pula terdapat chachah dengan lambing salib dan terdapat tasbih di leher
mereka. Penduduk tempatan juga turut menghiaskan gereja mereka agar kelihatan
indah dan menarik.
Pihak pemerintah juga telah membina sekolah bagi memberi pendidikan
kepada anak-anak orang Filipina. Kanak-kanak akan belajar menulis dengan
menggunakan ranting kayu dan jari diatas daun pisang atau diatas pasir yang
disimpan dalam kotak19. Di Sekolah tersebut akan diketua oleh seorang guru yang
telah dilatih oleh padri. Sistem pengajaran mereka adalah mengekalkan pemikiran
yang sederhana itu tetap sederhana dan untuk menanam semangat sentiasa patuh
dan taat setia.
Guru sekolah akan diberi arahan dengan membunyikan loceng mengarahkan
semua pelajar akan berkumpul di dalam gereja lalu berjalan berbaris ke sekolah.
Semua pelajar akan diajar sehingga 9.30 pagi dan jam 10.00 pagi leceng akan
dibunyikan bagi menunjukkan waktu sembahyang di gereja. Dan, kemudian akan
kembali ke sekolah bagi meneruskan pembelajaran mereka. Pelajar-pelajar ini akan
turut diajar untuk menghormati, menjaga kebersihan dan kesihatan dari segi zahir
19 Onofre D.Corpuz, Op.cit..,1972, Hlm. 47.
dan batin. Bidang pendidikan telah berlaku perkembangan yang pesat selepas
masyarakatnya mempunyai semangat nasionalisme. Hal ini telah membawa kepada
pembukaan pusat pengajian tinggi di Manila. Namun, pada tahun 1880 hanya
keluarga yang terkemuka sahaja mampu untuk memberi tahap pendidikan yang
lebih tinggi terhadap anak mereka20.
Sepanyol cuba untuk menyatukan rakyat Filipina yang beragama Kristian dan
orang Islam. Namun, usaha itu tidak berjaya . Malah, ianya telah membawa kepada
peperangan yang telah menggorbankan banyak nyawa. Peperangan yang
dimaksudkan adalah “Perang Moro”. Permusuhan ini telah berlarutan sehingga
berakhirnya pemerintahan Sepanyol dan beralih kuasa pemerintahan kepada
Amerika ke atas Filipina pada tahun 1898 hingga 1946.
3.0 KESIMPULAN
Penaklukan Sepanyol telah banyak meninggalkan kesan dari segi politik, ekonomi
dan sosialnya. Apa yang dibanggakan disini adalah penjelahan ini tidak melibatkan
petumbahan darah. Namun, selepas berakhirnya pemerintahan mereka di Filipina,
satu peristiwa penting telah berlaku terhadap Filipina. Iaitu, selepas tamatnya
pemerintahan Sepanyol. Permusushan antara orang Islam dan Kristian telah
bertambah teruk sehingga membawa kepada “Perang Moro” yang telah memakan
masa yang lama dan melibatkan banyak nyawa terkorban. Keadaan ini berlaku
semasa pemerintahan Amerika.
Walaupun begitu, Filipina masih boleh berbangga kerana mereka mempunyai
negara yang satu-satunya negara Kristian di peringkat Asia. Kejayaan ini diperolehi
20 Ibid, Hlm. 49.
daripada kesan penjelahan Sepanyol ke atas Filipina yang telah memakan masa
selama 300 tahun lamanya.
4.0 RUJUKAN
Corpuz. Onofre D. “Filipina”. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. 1972.
Hall D.G.E. “Sejarah Asia Tenggara”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1984.
Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.1992
Zaide. Gregorrio F. “Sejarah Politik Dan Kebudayaan Filipina”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka. 1978.