Kesalahan Konsep Pecahan Tahun 2 (1)
-
Upload
din-shaharudin -
Category
Documents
-
view
99 -
download
0
Transcript of Kesalahan Konsep Pecahan Tahun 2 (1)
-
5/27/2018 Kesalahan Konsep Pecahan Tahun 2 (1)
1/7
Kesalahan Konsep Pecahan Tahun 2
Pada pertemuan interaksi ke-tiga kami di berikan tugasan mengenai kesalahan konsep
asas matematik. Kami diundi bagi menentukan tajuk setiap kumpulan dan individu.
Dalam tugasan individu saya dan rakan-rakan ditugaskan mencari kesalahan konsep
dalam tajuk pecahan. Bagi meyelesaikan tugasan ini saya perlu melakukan satu ujian
pra bagi mengetahui kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid semasa
menyelesaikan soalan-soalan yang berkaitan.
Sebelum melakukan sesuatu andaian , saya telah membaca serta mengamatibeberapa penulisan bagi menyokong pendapat saya mengenai alasan dan faktor
berlakunya kesalahan konsep pecahan. Kesalahan konsep ini bermula daripada
masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran di sekolah adalah lumrah kepada sesi
persekolahan. Masalah yang selalu di hadapi oleh pengajar atau guru ialah masalah
murid kurang atau tidak memahami sesuatu konsep yang diajar. Pemahaman konsep
yang lemah menyebabkan murid sering melakukan kesalahan dalam menyelesaikan
masalah matematik terutamanya tajuk pecahan. Tajuk pecahan adalah suatu tajuk yang
menerima peratusan yang tinggi bagi masalah penguasaan konsep di sekolah rendah.
Pecahan ini merupakan salah satu tajuk yang sering menjadi rungutan kebanyakan
murid. Melalui ujian pra dan analisa saya mendapati kelemahan konsep berpunca
daripada murid tidak dapat menguasai maksud sebenar kepada pecahan, tetapi murid-
murid ini masih dapat menyelesaikan soalan pecahan melalui hafalan algotrima.
Sehubungan itu, murid-murid tidak dapat memberikan sebab atau alasan disebalik
algotrima yang murid-murid lakukan. Murid-murid yang tidak dapat melakukan
pengiraan secara tepat atau keliru dengan algoritma yang sepatutnya akan
menghasilkan penyelesaian yang tidak betul. Selain daripada itu mendapati kesukaran
murid dalam tajuk pecahan ini boleh diungkapkan pemahaman ramai pelajar pecahan
dicirikan oleh pengetahuan peranan prosedur, yang sering tidak betul, dan bukannya
dengan konsep-konsep digariskan dalam prosedur.
-
5/27/2018 Kesalahan Konsep Pecahan Tahun 2 (1)
2/7
Dapatan Ujian Pra
Berdasarkan Ujian Pra yang saya lakukan kepada 5 murid tahun 2 di Sekolah
Kebangsaan Seri Maju Jaya mendapati murid melakukan kesalahan konsep yang
jangka bagi menyelesaikan masalah pecahan . Antara contoh-contoh kesalahan
ditunjukkan di bawah.
KESALAHAN MENILAI PENYEBUT
-
5/27/2018 Kesalahan Konsep Pecahan Tahun 2 (1)
3/7
KESALAHAN MENILAI PENYEBUT
-
5/27/2018 Kesalahan Konsep Pecahan Tahun 2 (1)
4/7
KESALAHAN MENILAI PENYEBUT
-
5/27/2018 Kesalahan Konsep Pecahan Tahun 2 (1)
5/7
KESALAHAN MENILAI PENYEBUT DAN TIDAK TAHU MELETAKKAN PENGANGKA DAN PENYEBUT
-
5/27/2018 Kesalahan Konsep Pecahan Tahun 2 (1)
6/7
Berdasarkan dapatan ujian pra yang dijalankan terhadap 5 murid didapati 2
murid melakukan kesalahan menilai penyebut berdasarkan gambarajah dan 1 murid
didapati melakukan kesalahan menilai penyebut dan tiada kefahaman tentang pecahan.
Selain daripada itu Hasil pengamatan dan rujukan saya dengan masalah ini,
menunjukkan bahawa murid-murid membuat kesalahan bukan kerana salah strategi
tetapi lebih kepada kurang pemahaman tentang konsep pecahan. Seolah-olah tiada
hubungan antara soalan berbentuk masalah atau gambar rajah dengan yang berbentuk
terus pengiraan.
Bagi penyelesaian masalah saya berpendapat penekanan harus diberi dalam
pembinaan kepekaan nombor di mana makna nombor bulat dikaitkan dengan nombor
nisbah sama ada dalam bentuk pecahan. Penekanan pecahan sebagai nombor
seharusnya dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian dan mudah
dimodelkan. Simbol pecahan seharusnya diperkenalkan setelah murid-murid
memahami konsep pecahan supaya simbol tersebut akan jadi lebih bermakna kepada
mereka.Penggunaan model-model konkrit seharusnya digunakan dalam pembelajaran
bagi mengukuhkan kefahaman bagi menentukan pecahan segi penyebut danpengangka. Selain daripada itu, dengan penggunaan model-model konkrit murid lebih
meneroka makna konsep dan dapat menerangkan secara lisan atau gambarajah
sesuatu pecahan.
Nama : Muhammad Hazlee Ab Gapal
Sekolah : Sk Seri Maju Jaya, Machap, Simpang Renggam, Johor.
Kumpl : Matematik 1
Pensyarah : Pn Norilla Satari
-
5/27/2018 Kesalahan Konsep Pecahan Tahun 2 (1)
7/7
Pelaksanaan Ujian Pra