kes buang bayi

download kes buang bayi

of 9

Transcript of kes buang bayi

FOKUS KARANGAN SPM 2010: LANGKAH-LANGKAH MENANGANI KES BUANG BAYI

Bayi Soalan: Kes pembuangan bayi sering menjadi tajuk utama akhbar-akhbar perdana di negara kita. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani kes ini. Jawaban: Strategi: T=Kes Pembuangan Bayi K=Usaha F=Umum Isi: 1. masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program 2. mengadakan ceramah atau kempen 3. menyediakan perkhidmatan kaunseling 4. pesalah laku yang disabitkan kesalahan merogol perlu dikenakan hukuman yang berat. 5. kursus keagamaan (AR) Dewasa ini, masalah sosial dalam kalangan masyarakat semakin menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan. (AR) Antaranya termasuklah kes pembuangan bayi yang semakin leluasa di negara kita. (AR) Dalam siaran berita di radio atau di televisyen, beritaberita seperti ini begitu kerap dilaporkan. (AR) Hal ini bukan sahaja menyusahkan banyak pihak malah imej negara kita akan terjejas. (AA) Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah harus diambil untuk membendung masalah ini. (AJ) Satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program. (AH) Pendidikan ini bertujuan memberikan buah fikiran mengenai perkahwinan yang sah kepada rakyat. (AH) Melalui cara ini, orang ramai akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan perbuatan sumbang. (AH) Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para remaja. (AC) Sebagai contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik remaja tentang perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. (AH) Tegasnya, orang ramai perlu diberi kesedaran tentang kesan buruk aktiviti pembuangan bayi. Selain itu, (AJ) pihak berkenaan hendaklah mengadakan ceramah atau kempen pada peringkat sekolah mahupun peringkat taman-taman perumahan. (AH) Melalui program tersebut, masyarakat dapat diberi kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas. (AH) Seperti yang kita ketahui, kes pembuangan bayi berpunca daripada pergaulan bebas yang dianggap sebagai suatu perkara biasa bagi warga urban kini. (AH) Kita seharusnya mengelakkan diri daripada unsur negatif tersebut supaya tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru nak tengadah. (AH) Sebagai contohnya, kempen kesedaran ini perlu dilakukan secara besar-besaran melalui iklan, risalah dan lain-lain. (AP) Usaha dinamik dan secara konsisten ini diperlukan untuk membimbing rakyat supaya sentiasa berada di landaan yang betul dalam kehidupan. (AJ) Langkah yang seterusnya ialah menyediakan perkhidmatan kaunseling yang perlu diurus oleh pihak kebajikan masyarakat. (AH) Khidmat nasihat hendaklah diberikan kepada

mangsa rogol dan individu yang mengandung tanpa nikah. (AH) Hal ini disebabkan mangsa mengalami ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri sendiri. (AC) Sebagai contohnya, mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan sebenar. (AP) Oleh hal yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak di seluruh negara untuk membantu mangsa-mangsa tersebut. Di samping itu, (AJ) pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes rogol perlu dikenakan hukuman yang berat. (AC) Sebagai contohnya, hukuman bagi kesalahan berzina dan merogol adalah seperti penjara dan hukuman sebat. (AH) Perogol atau orang yang mencabul kehormatan wanita merupakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka perlu dijatuhi hukuman yang berat sebagai peringatan kepada orang lain. (AH) Hal ini menyebabkan wanita-wanita ini kehilangan harga diri dan terpaksa menanggung malu sepanjang hayatnya. (AH) Perkara tersebut juga akan menconteng arang ke muka ahli keluarga mangsa. (AP) Oleh sebab itu, undang-undang negara perlu dikuatkuasakan supaya perogol atau mereka yang berzina berasa serik atau takut untuk melakukan perkara tersebut. Seterusnya, (AJ) pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. (AH) Ibu bapa hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses ini hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. (AH) Pendidikan agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dalam sanubari rakyat. (AC) Sebagai contohnya, anak-anak perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. (AH) Cara ini adalah amat efektif untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada kes pembuangan bayi. Kesimpulannya, (A Ksmpln) pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan dan mengurangkan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita. (A Pnln) Masalah tersebut akan menular dan menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani segera ketika negara sedang berusaha untuk mencapai wawasan 2020. (A Pndpt) Kerjasama daripada semua pihak adalah amat penting untuk membendung maalah ini kerana ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni. (A Pnln)Melalui usaha ini, hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dari segi lahiriah dan rohani dapat direalisasikan. (Karangan ini ditulis oleh Wong Mei Yee) Posted by agy7500 at 3:28 AM

Hukuman mati kes buang bayi Oleh Nazura Ngah 2010/08/13

Tindakan dianggap cubaan bunuh boleh dipenjara 20 tahun; Polis guna ujian DNA kenal pasti ibu bapa bayi KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini hingga semalam. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata bukan saja wanita terbabit dengan kes pembuangan bayi akan dikenakan siasatan tetapi juga lelaki yang menyebabkan wanita itu mengandung. Katanya, polis juga diminta menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan. Keputusan itu dicapai selepas kementerian sekali lagi membawa isu pembuangan bayi ke mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin kerana perbuatan itu berleluasa walaupun kerajaan mengambil pelbagai inisiatif menangani masalah berkenaan. Saya tidak mahu ada pihak mengambil ringan kes pembuangan bayi sehingga membiarkan menjadi budaya yang menular dalam masyarakat seolah-olah kita berada pada zaman jahiliah. Sekian lama kerajaan menangani masalah kes pembuangan bayi menerusi pendekatan kebajikan termasuk kempen dan pelbagai program, malangnya masih ada manusia sanggup membunuh bayi, katanya selepas majlis penyerahan bantuan khas perbendaharaan kira-kira RM2.7 juta kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya, semalam. Shahrizat berkata, langkah itu wajar untuk membawa pihak bertanggungjawab membunuh bayi dihadapkan ke mahkamah, sekali gus diberikan hukuman

setimpal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan. Jika ada pasangan yang terlanjur dan terdesak mendapatkan bantuan, mereka boleh datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, polis, NGO dan pemimpin politik terutama Barisan Nasional (BN) supaya mereka boleh dibantu. Oleh itu, tiada alasan dan maaf bagi mereka yang masih sanggup melakukan kesalahan membuang bayi kerana pelbagai program dan bantuan disediakan untuk golongan berkenaan. Saya juga mahu memberi amaran kepada lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan wanita hamil luar nikah bahawa mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, katanya Enam langkah penyelesaian masalah KES pembuangan bayi nampaknya tidak ada kesudahan. Baru-baru ini seorang pemancing menemui satu bungkusan beg plastik yang mengandungi mayat bayi lelaki di tebing Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya, Selangor. Pihak polis Petaling Jaya mempercayai bayi berkenaan telah dibuang agak lama kerana sudah berbau. Kes seperti itu termasuk kes-kes lain sebelum ini jelas membuktikan bahawa kes pembuangan bayi tidak ada kesudahannya walaupun banyak mesej telah disampaikan kepada masyarakat terutama remaja agar tidak terlibat dalam gejala sosial ini. Banyak pihak termasuk Utusan Malaysia telah mendedahkan masalah ini dengan harapan anggota masyarakat menghindari daripada terlibat dalam gejala sosial yang amat jijik ini. Beberapa agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) turut memberikan pandangan masing-masing dalam isu tersebut. Ada di antara mereka mencadangkan supaya kerajaan mengenakan hukuman berat seperti hukuman mati kepada pesalah yang telah terbukti mempunyai niat untuk membunuh seorang bayi. Komen dan pandangan daripada beberapa NG0 dan individu yang mempunyai kepakaran serta pengalaman juga perlu diambil kira yang mana ramai bersetuju bahawa pendekatan hukuman berat (capital punishment) tidak menghalang kes-kes yang serupa berulang. Malah ia tidak mengurangkan jenayah tersebut jika kita melihat kes-kes pengedaran dadah yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati. Justeru, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) ingin menekankan betapa perlunya disediakan pilihan bagi menyelesaikan beberapa peringkat permasalahan yang berbeza dan bukan sekadar merangkumkan segalanya sebagai satu masalah sahaja. Penyelesaian kepada masalah ini perlu menitikberatkan beberapa langkah seperti berikut: Langkah pertama: Sistem pendidikan perlu menekankan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah. Kesedaran terhadap pembentukan sifat dan sahsiah diri seperti elemen tolong menolong, nasihat menasihati, prihatin, bertanggungjawab, kepercayaan kepada agama, beretika, dan berintegriti adalah amat perlu. Langkah kedua: Pendidikan kepada ibu bapa tentang gejala ini dan kebertanggungjawaban mereka terhadap gejala ini. Institusi keluarga boleh memainkan peranan membanteras gejala ini yang mana fokus yang lebih besar perlu dititikberatkan dalam peranan keluarga atau ahli keluarga bagi membendungnya di peringkat awal.

Langkah ketiga: Memberi penerangan secara meluas tentang salah laku sosial ini bagi menjelaskan kepada golongan sasar iaitu remaja dan belia bahawa setiap keputusan yang diambil akan memberi kesan yang mendalam di dalam kehidupan hari esok. Keputusan yang salah dengan membuang bayi atau membunuh bayi atas dasar menyelesaikan satu masalah akan mengundang masalah yang lebih besar dan serius. Langkah keempat: Menyediakan platform bagi mereka yang tersalah langkah untuk dipandu kembali ke jalan yang benar. Pusat pemulihan sosial perlu diwujudkan segera bagi remaja yang antisosial dan buat masa sekarang boleh difokuskan kepada remaja mengandung bagi membantu mereka dan mengenal pasti punca gejala ini berlaku. Langkah kelima: Menumpukan kepada remaja lelaki yang jika dilihat mungkin menjadi penyebab utama gejala ini berlaku. Golongan remaja lelaki ini mungkin terdiri daripada teman lelaki mangsa atau penjenayah seksual. Pendidikan dan hukuman perlu juga ditimbang daripada aspek ini dan penyelesaian masalah golongan ini akan membantu mengurangkan gejala pembuangan bayi. Langkah terakhir: Memberi penekanan hukuman berat sebagai langkah terakhir setelah semua langkah-langkah ini diambil dan perlu ditekankan pendekatan pembetulan dan pemulihan. MCPF percaya bahawa pencegahan awal melalui pendidikan masih perlu diutamakan terutama pendidikan tentang kebertanggungjawaban seseorang insan terhadap perbuatan yang dilakukan. Nilai-nilai murni perlu menjadi keutamaan sebagai benteng pertahanan kepada perilaku antisosial. Penekanan pendidikan nilai murni akan membendung segala bentuk ancaman sosial kepada masyarakat kita terutamanya kepada golongan muda dan belia yang akan mengambil alih teraju kepimpinan negara satu hari kelak. TAN SRI LEE LAM THYE Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)

Tangani kes buang bayi

2010/03/12Penjenayah mungkin ulangi perbuatan PEMBUANGAN bayi dilakukan oleh wanita hasil perhubungan luar nikah dan dilakukan lantaran si ibu bukan saja tidak mengingini bayi itu sebaliknya tekanan diterima masyarakat berhubung status anak berkenaan. Pengarah Institusi Pemulihan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid), Ustaz Masridzi Sat, berkata kes berkenaan dikesan dilakukan di kalangan remaja yang terdesak akibat perhubungan bebas antara lelaki dan wanita dan tidak tahu ke mana arah untuk mengadu nasib.

Katanya, perbuatan pembuangan bayi di lakukan sejak zaman Jahiliah lagi, tetapi apabila ia berlaku pada zaman ini, membuktikan penyakit sosial itu sesuatu yang serius dan perlu ditangani segera. Hari ini pembuangan bayi dilakukan mengikut dua cara iaitu sopan dan biadap. Sopan apabila dilakukan menerusi pengguguran haram di klinik atau tempat tertentu ketika janin masih dalam kandungan dan diletakkan di masjid atau rumah orang, tetapi dalam kes pembuangan yang dikategorikan sebagai biadap pula apabila bayi berkenaan dibuang bagaikan sampah. Dalam kes biadap tadi, bayi dijumpai selalunya mengalami kecacatan kerana ada tanda-tanda ia kesan pemakanan ibu yang ingin menggugurkan kandungan itu menerusi pengambilan arak dan sebagainya. Bagaimanapun pembunuhan yang tragis seperti memotong anggota tubuh, membakar dan sebagainya, besar kemungkinan di lakukan oleh ibu di bawah pengaruh dadah menjadikan tindakan diambil itu tidak waras, katanya ketika ditemui baru-baru ini. Katanya, perbuatan zina hingga melahirkan bayi dilakukan akibat pergaulan bebas. Dan dalam kebanyakan kes didapati di Perkid, 90 peratus daripada remaja mengatakan perbuatan melampau mereka berpunca daripada ibu bapa yang tidak berperanan dalam mendidik anak-anak ke jalan yang diredai Allah. Perkid, berjuang lebih 15 tahun membantu ibu bapa, guru serta pelbagai lapisan masyarakat dalam usaha menyelamatkan anak-anak umat Islam daripada bencana penyakit sosial dengan menubuhkan lima institusi pemulihan yang terbukti berjaya. Ia ditubuhkan bukan hanya merawat kes yang parah, sebaliknya turut turun padang menjalankan usaha dakwah dan cegah mungkar di lokasi remaja melakukan maksiat. Ia turut menawarkan program pencegahan khusus untuk membantu pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat mendidik anak atau pelajar melalui beberapa pakej program ditawarkan. Menerusi operasi dakwah dan cegah maksiat pula, ia dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa agama, pihak berkuasa tempatan, badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan sebagainya. Masridzi berkata, filem Anakku Sazali arahan Tan Sri P Ramlee, merungkai sikap ibu bapa yang tidak mempunyai ilmu mendidik anak-anak.

Lebih malang apabila anak berkenaan tersilap langkah, ibu bapa yang melahir dan membesarkan itu dianggap tidak memahami serta gagal hingga menjadikan mereka sebegitu. Apabila anak-anak bebas melakukan apa saja tanpa batasan, atas alasan kebebasan manusia dan hak remaja, maka mereka akan membesar sebagai remaja yang memberontak untuk mencari keseronokan. Remaja yang rosak akhlaknya di sini, kebanyakan disebabkan dalam keluarganya mengamalkan sifat keakuan. Ibu ayah sibuk dengan hal duniawi cenderung memenuhi keinginan anak-anak dengan telefon bimbit, internet di rumah sebagai membuktikan mereka sayangkan dan manjakan anak. Sedangkan remaja yang tidak tahu menghargai pemberian itu akan leka dan membina keseronokan sendiri. Saya menyifatkan telefon bimbit sebagai senjata pemusnah diri anak-anak walaupun ramai yang menyatakan ia satu keperluan, tetapi berapa ramai ibu bapa yang mengambil kisah apa yang ada dalam telefon bimbit anak-anak mereka? Hari ini membuat dosa, bukan perlu berada di kelabkelab malam atau berfoya-foya di luar rumah, sebaliknya ia boleh berlaku di dalam rumah dan hanya di hujung jari, katanya. Mengambil satu kes di mana seorang remaja perempuan yang didakwa baik oleh ibu bapanya, tetapi apabila diperiksa dalam telefon bimbitnya, terkandung gambar separuh bogel yang dihantar kepada teman lelakinya sedangkan sebelum itu ibu bapanya bukan saja membenarkannya menggunakan telefon bimbit, tetapi tidak mengawal atau memeriksa kandungannya. Malangnya teman lelakinya itu menggertak meletakkan gambar itu di You Tube, remaja ini sanggup menjadi hamba seks teman lelakinya atas alasan takut diketahui ibu bapa. Perhubungan ini boleh menjurus berlaku kehamilan dan apabila berlaku, kandungan itu besar kemungkinan akan dibuang sama ada menerusi pengguguran haram. Sekiranya kandungan tidak berjaya digugurkan, maka bayi yang lahir itu akan dibuang dan jangan terkejut sekiranya kehamilan dan pembuangan bayi boleh dilakukan lebih daripada sekali sekiranya ia tidak dibendung daripada awal, katanya. Mengumpamakan didikan anak-anak bagaikan bermain layang-layang, ibu bapa boleh melepaskan anak-anak terbang tinggi ditiup angin, tetapi benangnya tetap berada di tangan. Malangnya dalam setiap kes pembuangan bayi, penjenayah itu tidak boleh dikenal pasti justeru pendekatan baru yang lebih canggih boleh diambil seperti menerusi DNA. Perkid boleh dihubungi di talian 03-90213730 03-90213730 atau 03-4280 0730 03-4280 0730 .

FAKTA: Apa yang perlu anda tahu mengenai pembuangan bayi Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung. Punca :

Kehamilan tidak diingini Perhubungan seks rambang dan luar nikah

Kesan :

Sudut Perubatan o Kadar kematian bayi lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna o Kesihatan ibu yang terjejas akibat kehilangan darah; jangkitan kuman; kecederaan sewaktu bersalin; psikologi dan sosial. Sudut psikologi dan sosial o Murung o Hilang keyakinan diri o Rasa bersalah o Resah atau gelisah o Masalah emosi dan hubungan interpersonal Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi. Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.

Bagaimana mengelakkan pembuangan bayi? Elakkan kehamilan jika anda belum:

Berkahwin Bersedia membesarkan anak Bersedia membina keluarga.

Semua agama utama di Malaysia:

Melarang seks sebelum kahwin Taat kepada ajaran agama

Elakkan seks sebelum kahwin:

Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri. Lindungi kesihatan dan emosi anda tanpa seks sebelum kahwin. Jika pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda, dia tidak akan meminta seks sebelum kahwin. Selalu tanam dalam fikiran, badan anda adalah tanggungjawab anda, justeru jagalah badan anda dengan baik. Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah.

Babitkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti sukan, bersenam, aktiviti kebudayaan dan kerja-kerja sukarela.

Sekiranya anda sudah melakukan hubungan seks sebelum kahwin:

Fikirkanlah kesan dan akibatnya dengan teliti dan mendalam. Dapatkan bantuan jika anda hamil. Anda boleh mengatur supaya bayi anda dijadikan anak angkat.

Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan:

Terdapat pelbagai agensi yang boleh membantu anda. Pastikan anda tahu mengenai implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi.

Di mana anda boleh mendapatkan bantuan jika anda hamil? Dapatkan bantuan dari:

Ibu bapa sekiranya anda boleh berbincang dengan mereka. Kaunselor sekolah. Guru sekolah. Doktor dan anggota kesihatan di klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan. Pegawai kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan.

Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi: Di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Child Act) - Akta 611:

Seksyen 17 - Anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga. Seksyen 46 - Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang dibenarkan di bawah kuasa mahkamah.

Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia penal code:

Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun