Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi

19
KERUNTUHAN INSTITUSI RUMAHTANGGA AKIBAT PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI MUJAHID / AFIQ / SYARUL / AIMAN / AMMAR

Transcript of Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi

Page 1: Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi

KERUNTUHAN INSTITUSI RUMAHTANGGA

AKIBAT PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI

MUJAHID / AFIQ / SYARUL / AIMAN / AMMAR

Page 2: Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi

Hati-hati Dengan Facebook - TG Dr Abdul Basit-SDr5aZwJBCw.webm

Page 3: Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi

ISI KANDUNGANPENGENALAN

OBJEKTIF

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKLUARGAAN

AKIBAT PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENYALAHGUNAAN

TEKNOLOGI DALAM INSTINTUSI KEKELUARGAAN

KESIMPULAN

SENARAI RUJUKAN

Page 4: Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi

PENGENALANDi arus perkembangan dunia, dapat kita saksikan pelbagai pihak yang berusaha untuk mengembangkan serta memajukan Negara. Pelbagai cara dan alternatif yang telah digunakan bagi membantu Negara kita mencapai tahap yang maju. Antara cara yang digunakan adalah melalui teknologi yang berkembang pesat pada hari ini sesuai dengan peredaran zaman yang sedang membangun .Semakin hari, semakin banyak aplikasi dan laman sesawang atas talian yang boleh digunakan oleh orang awam hatta kanak-kanak seperti facebook, instagram, whatsapp, telegram dan sebagainya. Kewujudan aplikasi dan laman sesawang ini diwujudkan bagi memudahkan perhubungan sosial di mana perhubungan yang melangkawi sempadan negara.Banyak kebaikan yang boleh disenaraikan hasil penggunaan teknologi secara berhemah seperti mengumpul derma atau sumbangan kebajikan dengan mengiklankan di media sosial, menambah kenalan baru daripada pelbagai negara.bangsa dan agama, meneroka negara-negara yang lain dengan melihat gambar-gambar yang diletakkan dalam laman sesawang seperti google images, membaca buku-buku eletronik dan mengumpul maklumat dengan pantas. Di samping kebaikan yang boleh didapati dengan penggunaan teknologi yang berhemah, wujud keburukan yang banyak seandainya teknologi disalahgunakan. Antara penyalahgunaan teknologi ialah menggunakan kamera untuk mengintip keburukan orang lain, menjalankan perniagaan dengan niat menipu, menonton video lucah dan keganasan melampau, menggodam akaun milik orang lain dan menyebarkan ideologi yang bertentangan dengan islam.

Page 5: Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi

OBJEKTIF1. Menganalisa sebab kes-kes keruntuhan rumah tangga akibat penyalahgunaan teknologi.2. Mencadangkan langkah mengatasi penyalahgunaan teknologi dalam pengurusan institusi rumah tangga.

Page 6: Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAANInstitusi rumah tangga ialah sebuah institusi yang dibina atas dasar cinta dan kepercayaan terhadap satu sama lain. Agama Islam amat menggalakkan perkahwinan dan Nabi Muhammad SAW amat bangga mempunyai umat yang ramai. Perkahwinan akan mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat dengan wujudnya perhubungan antara dua keluarga besar secara tidak langsung menyumbang kepada keharmonian negara.Kes perceraian dalam tempoh 6 tahun lalu merekodkan lebih 274,000 pasangan Islam di Malaysia bercerai.Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut mendedahkan sebanyak 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun lalu.Berdasarkan statistik itu, secara purata sebanyak 156 kes perceraian berlaku setiap hari atau enam kes bagi setiap jam.Selain itu, statistik perceraian pasangan Islam dalam tempoh lima tahun lalu juga menunjukkan peningkatan begitu ketara iaitu daripada 43,749 kes pada 2011 kepada 53,870 kes pada 2014, naik sebanyak 10,121 kes.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kebanyakan kes perceraian yang direkodkan itu melibatkan usia perkahwinan lima tahun ke bawah.

Page 7: Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi

“Kajian menunjukkan tempoh perkahwinan yang berakhir dengan perceraian adalah dalam tempoh lima tahun ke bawah iaitu 37.2 peratus bagi wanita dan 35.4 peratus bagi lelaki.Bagaimana teknologi memberi kesan sehingga meruntuhkan institusi rumah tangga. Sebagai contoh aplikasi whatsapp dan laman sesawang facebook. Kedua- dua media sosial yang sepatutnya dijadikan sebagai permudah cara perhubungan dan kerja menjadi tempat luahan seseorang yang sedang marah. Kes ini sering terjadi sehingga mampu menyebabkan perceraian kerana bahasa yang digunakan dalam aplikasi tidak sama dengan nada yang sepatutnya didengari jika bercakap secara langsung. Akibat daripada salah faham ini mampu membawa kehancuran rumah tangga seperti hubungan kekeluargaan menjadi renggang, tidak bertegur sapa dan lebih dahsyat, ia mampu menyebabkan perceraian kata Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor. Keadaan perhubungan yang tidak sihat juga boleh berlaku dalam media sosial sehingga mendorong kepada perbuatan curang seperti berkongsi gambar yang tidak senonoh, bermesraan dengan lelaki atau perempuan lain, tidak menjaga sensitiviti pasangan dengan memuat naik gambar dan status yang tidak sesuai. .

Page 8: Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi

Menjadi kewajipan semua pihak bekerjasama menyedar masyarakat akan kepentingan memanfaatkan teknologi sebaiknya. Pasangan suami isteri sepatutnya tahu dan sedar akan kepentingan mengawal diri ketika menggunakan kemudahan teknologi dan menjaga sensitiviti pasangan serta mengawal penggunaan gadjet dan mengelakkan ketagihan. Pasangan seharusnya mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang komunikasi berkesan,kaedah pengurusan konflik, dan psikologi keluarga. Bagi pihak kerajaan pula, silibus kursus perkahwinan perlu dikaji semula bagi memastikan penyalahgunaan teknologi dapat dikurangkan seterusnya memanfaatkannya untuk kebaikan bersama

Page 9: Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi
Page 10: Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi

AKIBAT PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI

Pengunaan teknologi kadangkala boleh menghubungkan serta merapatkan hubungan antara insan. Seperti yang selalu dikatakan orang, ’Yang Jauh Kita Dekatkan Yang Dekat Kita Rapatkan’. Hal ini kerana, seseorang itu boleh terus berhubung dengan seseorang yang lain tanpa perlu berjumpa dengan individu tersebut. Fungsi ini sangat berguna, melalui penciptaan pelbagai aplikasi yang cukup terkenal seperti, wechat, whatsaap, line dan banyak lagi. Namun perlu diingati bahawa melalui aplikasi ini juga hubungan seseorang juga boleh musnah.

Page 11: Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi

WECHATTidak perlu diperkatakan lagi, bahawasanya wechat popular dalam kalangan masyarakat termasuk pasangan yang telah berkahwin. Kebanyakan wanita meluahkan perasaan mereka tentang suami yang menghubungi perempuan lain melalui wechat. Tambahan pula,ada juga isteri yang mula melayan lelaki lain. Hal ini kerana, terdapat fungsi-fungsi yang boleh membawa kemudharatan seperti fungsi look around di mana seseorang itu boleh mencari mana-mana pengguna wechat yang berdekatan. Andaikan apabila seorang suami atau isteri itu berseorangan, look around di wechat membolehkan mereka berjumpa dengan orang lain yang mungkin hanya berada berdekatan. Hebat bukan teknologi zaman sekarang? Hebat dalam merosak dan meruntuhkan rumahtangga jika tidak digunakan dengan betul.Antara kesan yang berlaku akibat permainan wechat adalah isteri berasa syak pada suami yang berahsia. Perkara ini sering terjadi kerana si suami leka melayan aplikasi wechat bahkan lebih teruk lagi melayan perempuan lain secara rahsia. Hal ini menyebabakan si isteri berasa terpinggir justeru merenggangkan hubungan mereka suami isteri.

Page 12: Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi

FACEBOOKFacebook mudah didapati dan diakses samada melalui komputer mahupun telefon pintar. Majoriti masyarakat kebiasaanya meluangkan masa yang banyak hanya untuk scroll facebook. Perbuatan ini menjadi satu tabiat buruk kerana hampir setiap masa diluangkan dengan telefon pintar di tangan. Seperti realiti yang berlaku hari ini, walaupun ketika makan bersama, si isteri atau suami masih sibuk melayan facebook di tangannya.

Akibatnya, pasangan mengabaikan komunikasi bersama bahkan lebih teruk lagi mengabaikan tanggungjawab masing-masing. Demikian hal inilah yang menjadi punca keruntuhan rumahtangga kerana sikap dan perangai yang buruk akibat penyalahgunaan teknologi

Page 13: Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi

INSTAGRAMInstagram merupakan salah satu laman sosial yang terkenal bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia. Dalam instagram disediakan fungsi memuat naik gambar ataupun video. Justeru masyarakat dapat berkongsi cerita rutin kehidupan mereka. Hal ini tampak baik pada asalnya, namun jika disalahgunakan mengakibatkan banyak kesan buruk antaranya perselisihan dalam rumahtangga

Daripada pemerhatian terhadap kes yang berlaku berpunca dari laman sosial, masalah perselisihan terjadi akibat isteri yang suka memuat naik gambar yang menarik perhatian lelaki seperti gambar selfie dan sebagainya. Oleh itu, rentetan daripada komen-komen dan like dalam instagram menyebabkan si suami mudah cemburu kepada isteri. Hal ini bertambah buruk apabila si isteri turut melayan komen-komen tersebut dengan mesra. Maka terjadilah pergaduhan dalam rumahtangga akibat penyalahgunaan aplikasi tersebut.

Page 14: Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INSTINTUSI KEKELUARGAAN

MEMPERBANYAKKAN AKTIVITI KEKELUARGAAN Hal ini akan memupuk komunikasi yang baik sesama pasangan dalam keluarga dan dapat menguatkan lagi kefahaman antara ahli keluarga.

MAKAN BERSAMA

Elakkan makan sendirian.Makan bersama memberi ruang dan masa pada pasangan untuk berkomunikasi tanpa bermain gadget.

BERKONGSI PRIVASI DI LAMAN SOCIAL BERSAMA PASANGAN

Perkara ini memberi kesan yang positif dan sangat baik kerana keraguan pasangan antara satu sama lain dapat dielakkan Di samping itu, kemesraan dapat diperkukuhkan antara pasangan

Page 15: Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi
Page 16: Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi

KESIMPULAN

Disamping kebaikan yang boleh didapati dengan penggunaan teknologi dalam institusi rumahtangga, wujud juga keburukan yang banyak seandainya teknologi disalahgunakan. Antara kelebihan dan kekurangan yang dapat dilihat adalah :

Page 17: Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi

KELEBIHAN TEKNOLOGI DALAM INSTITUSI KEKELUARGAAN ANDAI DIGUNAKAN DENGAN BAIK1-Mudah menghubungi pasangan dan ahli keluarga.2-Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan pasangan.

Page 18: Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi

KEKURANGAN TEKNOLOGI DALAM INSTITUSI KEKELUARGAAN ANDAI DISALAHGUNAKAN1- Rahsia antara pasangan semakin banyak.2- Hubungan semakin renggang kerana sibuk dengan gajet.3- Timbul fitnah kepada pasangan berpunca dari laman sosial.4- Masa bersama keluarga semakin berkurang.

Page 19: Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi

SENARAI RUJUKAN

1. https://siraplimau.com/mobile-app-menjadi-perosak-punca-perceraian-malaysia/2.https://keluarga.com/1234/8-cara-facebook-dapat-merusak-rumah-tangga-anda3. http://zahirzainudin.blogspot.my/2016/08/impak-facebook-terhadap-masa-hadapan.html?m=1