Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda2
-
Upload
ahmad-lili -
Category
Data & Analytics
-
view
93 -
download
4
Transcript of Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda2
SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT PATRICK , MUKAH
KERTAS CADANGAN
PROGRAM INOVASI DOKTOR MUDA SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT PATRICK
TAJUK:
“SMART KIOSK “
DIHASILKAN OLEH:
KELAB DOKTOR MUDA
KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI DOKTOR MUDA
SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT PATRICK, MUKAH SARAWAK.
PENGENALAN
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
( PPPM ) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem
pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi doktor
muda ini diharap dapat menyuntik semangat murid-murid di SEKOLAH KEBANGSAAN
SAINT PATRICK, MUKAH SARAWAK untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang
reka cipta.
LATAR BELAKANG
Inovasi ini ideanya terbit daripada keadaan sekolah yang menjadi semakin sempit
akibat memberi laluan kepada pembinaan jalan untuk ke Tapak kaul Mukah, sekolah
kami telah kehilangan hampir separuh daripada kawasan sekolah kami. Kami juga
kehilangan bilik doktor muda serta ruang yang biasa kami gunakan untuk pameran. Jadi
amat sesuailah jika “kiosk serbaguna” diaplikasikan disekolah ini dan seterusnya boleh
digunakan untuk kegunaan pameran ditempat lain.
OBJEKTIF
Antara objektif program ini ialah;
1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.
2. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.
3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam
penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.
4. Melahirkan murid yang mempunyai impian untuk membantu masyarakat.
ISI KANDUNGAN
Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan
serba boleh secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.
Semua ahli Persatuan Doktor Muda Sekolah Kebangsaan Saint Patrick memberi
khidmat serta sumbangan dalam usaha kearah sebuah sekolah yang berwatak, sihat
dan terus maju jaya.
ISU DAN PERMASALAHAN
Antaranya ialah :
1. Ruang pameran sekolah yang sempit dan terhad untuk mempamerkan
maklumat kesihatan
2. Pelajar perlukan banyak maklumat tetapi kekurangan ruang menjadikan
maklumat yang dipamerkan agak terhad.
3. Dewan serrgaguna memerlukan sesuatu yang boleh diali untuk tujuan pameran
kerana dewan tersebut digunakan untuk tujuan-tujuan lain.
KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK
Antara kepentingannya ialah:
1. Murid mendapatkan maklumat kesihatan lebih mudah dengan adanya kiosk
serbaguna ini.
2. Menyediakan ruang pameran yang lebih baik dan boleh diletakan dimana sahaja
mengikut keperluan.
3. Ruang pameran yang cukup untuk semua kerana inovasi ini memudahkan untuk
mempamerkan bahan.
4. Melahirkan bakal doktor yang inovasi dan mampu berdaya saing.
PERANCANGAN PROJEK
Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:
1. Januari :
a. Mesyuarat Persatuan , Program Inovasi akan dimasukkan dalam agenda
mesyuarat.
b. membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi – AJK akan memulakan
pencarian
idea sumbang saran dan perkongsian idea.
c. Memulakan dengan memilih pelajar yang memberi idea yang dianggap
sesuai.
d. Pelajar membuat beberapa cadangan inovasi.
2. Februari
a. Memuktamadkan inovasi yang dipilih.
b. Memulakan pemurnian inovasi untuk pembentangan dan kesuaiaan untuk
digunakan dalam penyertaan dalam program inovasi doktor muda
c. Membuat kertas kerja untuk mendapatkan bajet untuk membina inovasi
3. Mac
a. Inovasi yang terpilih iaitu “KIOSK SERAGUNA”
b. Inovasi digunakan untuk pameran untuk melihat respon.
4. April
a. 21 April 2015 Mini Konvensyen Doktor Muda peringkat sekolah Sk Saint
Patrick.
b. 23 April 2015 Mini Konvensyen Doktor Muda peringkat Bahagian Mukah.
ANGGARAN KOS PROJEK
Kos anggaran untuk projek inovasi ini tidak melebihi RM150.00. Antara bahan-bahan
yang diperlukan ialah :
1. Paip 1 ½ 12 X 500cm rm 48.00
2. Penyambung T 12 X 3 rm 36.00
3. Penyambung C 12 X 3 rm 36.00
4. Banner rm 20 x 4 rm 80.00
5. Jumlah
Rm200.00
Jumlah perbelanjaan rm 200.00
TINJAUAN DAN KAJIAN
Daripada tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak maklumat yang perlu dipamerkan
tetapi ruang amat terhad.
KAEDAH PENYELIDIKAN
Kaedah yang akan dijalankan ialah melalui temuramah, pemerhatian dan keperluan
semasa.
Meminta khidmat nasihat dari Unit Promosi Kesihatan dan guru Kemahiran Hidup .
PERANCANGAN PROJEK
Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:
5. Januari :
e. Mesyuarat Persatuan , Program Inovasi akan dimasukkan dalam agenda
mesyuarat.
f. membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi – AJK akan memulakan
pencarian
idea sumbang saran dan perkongsian idea.
g. Memulakan dengan memilih pelajar yang memberi idea yang dianggap
sesuai.
h. Pelajar membuat beberapa cadangan inovasi.
6. Februari
d. Memuktamadkan inovasi yang dipilih.
e. Memulakan pemurnian inovasi untuk pembentangan dan kesuaiaan untuk
digunakan dalam penyertaan dalam program inovasi doktor muda
f. Membuat kertas kerja untuk mendapatkan bajet untuk membina inovasi
7. Mac
c. Inovasi yang terpilih iaitu “KIOSK SERAGUNA”
d. Inovasi digunakan untuk pameran untuk melihat respon.
8. April
c. 21 April 2015 Mini Konvensyen Doktor Muda peringkat sekolah Sk saint
Patrick.
d. 23 April 2015 Mini Konvensyen Doktor Muda peringkat Bahagian Mukah.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam
kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta,
satu kemahiran yang telah dipelajari. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat
melahirkan bakat senitaman dalam diri murid. Akhirnya sekali, projek ini dapat
memberikan manfaat kepada murid, sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan
negara.
Disediakan oleh Disemak Oleh
………………………………..
……………………………….
(AHMAD BIN LILI) (KIPLI BIN ABDULLAH)
SETIAUSAHA PROJEK PENGERUSI PROJEK
Disahkan Oleh
…………………………………
(LAWRENCE BIN AJIM)
PENASIHAT PROJEK