KERTAS KONSEP kafeteria

download KERTAS KONSEP kafeteria

of 4

description

kertas konsep kafeteria

Transcript of KERTAS KONSEP kafeteria

KERTAS KONSEP : Mewujudkan Kafeteria Sekolah

KERTAS KONSEP : Mewujudkan Kafeteria SekolahKERTAS KONSEP

MEWUJUDKAN KAFETERIA

SK. SIKIJANGABSTRAK

KERTAS KONSEP : Mewujudkan Kafeteria SekolahSENARIO

KERTAS KONSEP

Bermula sesi persekolahan 2008, pihak sekolah tidak mempunyai lagi pengusaha kantin yang dapat menguruskan perihal kantin terutama dalam penyediaan makanan kepada murid-murid RMT. Pada tahun-tahun sebelum ini, kantin telah diuruskan oleh wakil PIBG ( ibu bapa ). Pihak sekolah telah meneliti permohonan Rancangan Makanan Tambahan bagi tahun ini dan didapati terdapat murid-murid yang layak menerima RMT. Setelah mengajukan permasalahan dalam penyediaan makanan kepada murid-murid RMT dan SBT kepada Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, kata putus yang diterima adalah mewujudkan satu kafateria yang berkonsep Menyediakan Makanan Dengan Segera dan Mudah. Hal yang demikian adalah untuk mengelakkan guru-guru terlibat secara langsung kerana kebanyakkan guru mempunyai komitmen mengajar yang amat tinggi. KERTAS KONSEP : Mewujudkan Kafeteria Sekolah01. Nama Projek :

Mewujudkan Kafeteria Sekolah

02. Objektif : Antara objektif mewujudkan kafeteria ini adalah :

a. Dapat menyediakan makanan terutama kepada murid-murid RMT seperti yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.b. Memberi kemudahan kepada warga sekolah bagi mendapatkan bekalan makanan memandangkan tiada pengusaha kantin yang dapat menyediakan makanan RMT.c. Dapat melahirkan murid yang lebih berkualiti kerana mereka disediakan dengan makanan sebelum bermulanya P & P.

03. Matlamat :

Antara matlamat program ini diadakan adalah :

a. Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bersedia.b. Untuk menyahut seruan Kementerian agar dapat menyediakan makanan kepada murid yang layak RMT sebelum pembelajaran bermula.

04. Sasaran /

Sumber Tenaga /

Penglibatan :a. Pemantauan : Guru Besar , GPK HEMb. Kelab Bilik Guru

c. Murid-murid penerima RMT

12. Jawatankuasa

Bertindak : Penasihat : Puan Hajah Normah binti Hasshim

Guru Besar SK. SikijangPengerusi : Encik Mohd Fuad bin Md. Ithnin

GPK Hal Ehwal Murid , SK. SikijangNaib Pengerusi : Encik Mohd Tap bin Abu

GPK Kurikulum, SK. SikijangSetiusaha : Cik Wong Shau Lu

..Dari aspek pembangunan fizikal , dalam tempoh RMK9 ini, setidak-tidaknya kita mesti berusaha untuk memastikan sekolah-sekolah kita mempunyai infrastruktur asas dan tidak beroperasi dalam keadaan daif serta merbahaya....

.....Segala perancangan yang hendak kita laksanakan merupakan tambahan kepada usaha-usaha untuk mengganti, menaik taraf, mengadakan kemudahan asas, mengadakan guru yang mencukupi dan mengadakan pendidikan berkualiti bagi sekolah-sekolah di kawasan luar bandar serta Sekolah Kurang Murid di sepanjang RMK9....

Petikan perutusan Y.B. Dato Sri Hishammudin bin Tun Hussien sempena Majlis Penyampaian Ucapan Perutusan Tahun Baru.

....Setiap kelemahan kita akan menjejaskan pelaksanaan dasar-dasar negara dan setiap kali pelaksanaan dasar ini terjejas, ia bermaksud haluan generasi masa depan negara juga akan terjejas.... Y.B. Dato Sri Hishammudin bin Tun Hussein.

Menyingkap kata-kata Y.B. Dato Sri Hishammudin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, beliau menekankan bahawa matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan pusat kecemerlangan pendidikan dari semua segi, baik dari segi prasarana, disiplin dan keselamatan pelajar, pencapaian akademik, pencapaian kokurikulum, penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), kualiti guru dan pengurusan sekolah.