Kertas Kerja Susun Atur Bilik Sukan

4
SK TANJONG SEPAT, KG. TG. SEPAT 42800 KUALA LANGAT, SELANGOR KERTAS KERJA MENYUSUN ATUR BILIK SUKAN ANJURAN: PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (PISMP) SEMESTER LAPAN IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Transcript of Kertas Kerja Susun Atur Bilik Sukan

Page 1: Kertas Kerja Susun Atur Bilik Sukan

SK TANJONG SEPAT,

KG. TG. SEPAT 42800 KUALA LANGAT,

SELANGOR

KERTAS KERJA

MENYUSUN ATUR BILIK SUKAN

ANJURAN:

PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (PISMP) SEMESTER LAPAN

IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Page 2: Kertas Kerja Susun Atur Bilik Sukan

1.0 PENDAHULUANBilik sukan di sekolah merupakan satu bilik yang perlu diambil perhatian oleh

pihak sekolah. Ia tidak boleh dipandang remeh oleh pihak sekolah kerana bilik

ini akan memberikan manfaat yang tersendiri kepada murid-murid. Oleh itu,

stor sukan ini perlu dibuat susun atur yang sebaiknya mengikut keperluan dan

kuantiti alat sukan. Rasional projek ini dibuat adalah untuk menyusun atur

peralatan yang ada di dalam bilik sukan. Murid-murid yang akan memasuki

bilik sukan ini akan mendapat manfaat daripada cara penjagaan dan

penggunaan alatan yang betul.

2.0 NAMA PROJEK

‘MENYUSUN ATUR BILIK SUKAN’

3.0 TARIKH

3 hingga 12 Julai 2013

4.0 MASA

8.30 pagi hingga 10.00 pg

5.0 ANJURAN

Pelajar program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) Semester Lapan IPG KPI

6.0 OBJEKTIF PROJEK

6.1 Memenuhi sukatan praktikum bagi pelajar PISMP semester lapan

2013.

6.2 Meningkatkan keceriaan dan keselesaan menggunakan alatan.

6.3 Menyusun atur alatan dengan cara yang betul dan sistematik.

6.4 Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peraturan ketika di bilik

sukan.

6.5 Melatih bakal guru supaya lebih berkemahiran dalam pelbagai bidang

dan sentiasa mencurahkan khidmat bakti kepada semua khususnya

warga sekolah.

Page 3: Kertas Kerja Susun Atur Bilik Sukan

6.6 Sebagai salah satu cara untuk mengeratkan silaturrahim antara guru

pelatih dengan warga sekolah.

7.0 LOKASI PROJEK

Bilik Sukan SK Tanjong Sepat

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Semua guru praktikum Sk.Tg Sepat.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1. Kad manila 5 keping 5 x RM 0.502. Kertas warna 5 keping 5 x RM 1.003. Kertas A4 1 rim RM 10.004. Kertas A4 berwarna 1 rim RM 10.005. Gam 1 botol RM 5.006. Double tape 1 set RM 3.007. Polistren 1 keping RM 3.008. Plastik laminate 20 keping RM 5.00

JUMLAH RM 43.50

10.0 SUMBER KEWANGAN

1) Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat

11.0 PENUTUP

Projek ini diharapkan dapat memberi manfaat dan faedah kepada murid-

murid. Ia sekaligus dapat meningkatkan lai keselesaan pengguna dan sedikit

sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang

kepentingan penjagaan stor sukan. Oleh itu, adalah menjadi hasrat dan

harapan jawatankuasa pelaksana supaya projek ini mendapat perhatian,

pertimbangan dan seterusnya sokongan daripada semua pihak. Segala

kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan

ucapan terima kasih.

Page 4: Kertas Kerja Susun Atur Bilik Sukan

Disediakan oleh,

…………………………….

(NORATIKA BINTI SAMIAN)

Setiausaha Pelaksana,

Projek Menyusun Atur Bilik Sukan,

Sk Tanjung Sepat 2013,

IPGM Kampus Pendidikan Islam

Disemak oleh,

…………………………………

(EN MUHAMMAD ZAIMIE B. ZAHARI)

Setiausaha Kokurikulum,

SK Tanjung Sepat

42800 Tanjung Sepat,

Kuala Langat,

Selangor

Disokong oleh,

………………………………..

(EN JOHARI BIN ISMAIL)

Guru Besar,

SK Tanjung Sepat

42800 Tanjung Sepat,

Kuala Langat,

Selangor