Kertas Kerja Susu
-
Upload
nur-farhanim -
Category
Documents
-
view
173 -
download
6
description
Transcript of Kertas Kerja Susu
PENGENALAN
Saya telah memilih produk susu kerana dua gelas susu daripada rumusan susu
yang disyorkan sudah memadai dalam memenuhi keperluan minimum kalsium tubuh
anda. Ini sudah pasti perlu untuk mengelakkan kemerosotan jirim tulang, satu proses
yang tidak boleh diterbalikkan.Dan melalui pengambilan kalsium yang perlu setiap hari
mengikut sukatan yang disyorkan, kekuatan tulang dapat dikekalkan sepenuhnya.
Tetapi bagaimana untuk memastikan pengambilan kalsium daripada susu yang anda
minum adalah memadai?
Golongan dewasa semuda 19 tahun disyorkan mengambil antara 1000 dan 1200
milligram kalsium setiap hari. Beberapa jenama susu boleh membekalkan keperluan
kalsium yang secukupnya dengan meminum dua gelas susu itu setiap hari. Syarikat-
syarikat pengeluar susu di negara ini memberi perhatian serius kepada kumpulan
sasaran mereka khasnya pada tabiat meminum susu termasuk pilihan perasa
berlainan, mengikut kumpulan umur mereka serta faktor usia dan demografi. Produk
susu dan tenusu di bawah syarikat Fonterra menguasai 80 peratus daripada pasaran
dalam industri mereka dan mereka melabur US$45 juta bagi penyelidikan tulang.
Sebanyak US$14 juta dibelanjakan bagi pembangunan Anlene yang
menyebabkan ia diisytiharkan sebagai yang terbaik dalam kategori susu kalsium tinggi.
Mckay, juga menambah kata, "kami berada di hadapan daripada segi penyelidikan dan
inovasi, untuk menghasil dan menyampaikan produk tenusu terbaik bersama nutrisi
terbaik bagi kesemua peringkat pengguna kami. Kami juga mengambil kira citarasa
pengguna tempatan dan mempertimbangkannya bagi pembangunan projek di masa
depan."Produk-produk tenusu yang sihat termasuk dadih, keju dan mentega.
Rakyat Malaysia hendaklah terus meningkatkan kesedaran akan keperluan
pengambilan kalsium mandatori setiap hari.
PERKEMBANGAN
Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia pada 2009 ternyata tidak
meninggalkan kesan terhadap permintaan penggunaan susu termasuklah di Malaysia.
Malah, permintaan penggunaan susu dijangka untuk terus meningkat. Menurut Indeks
Susu Tetra Pak sebuah syarikat multinasional pemproses dan pembungkus,
penggunaan susu dijangka berkembang dengan kadar tahunan keseluruhan (CAGR)
2.2 peratus dari 2009. Trend itu dijangka berterusan bagi tiga tahun berikutnya.
"Walaupun kemelesetan ekonomi telah mempengaruhi banyak sektor, ia tidak
menjejaskan penggunaan bahan susu dan cecair susu. Susu adalah makanan ruji yang
sihat, berkhasiat dan mampu diperoleh dan diminum oleh 44 peratus daripada
penduduk dunia setiap hari. Sementara itu, penggunaan susu di Malaysia dijangka
meningkat sebanyak tiga peratus CAGR sehingga tahun 2012. Di Malaysia, industri
susu adalah hampir 24 peratus daripada jumlah minuman yang dijual dan diguna oleh
masyarakat. Antara 2005 sehingga 2009, CAGR pasaran susu telah berkembang
dengan mantap pada kadar dua peratus.
"Selari dengan trend global, di Malaysia kita tidak nampak penurunan ketara
dalam penggunaan susu disebabkan kemelesetan ekonomi. Kami percaya ini
disebabkan minuman itu adalah penting dalam diet," menurut Pengurus Pemasaran
Bahagian Pengurusan Pasaran dan Produk Tetra Pak (Malaysia) Sdn. Bhd., Noer
Wellington.Beliau berkata, tahun lepas menyaksikan kenaikan sepuluh peratus dalam
penghantaran produk pek keluarga syarikat tersebut iaitu karton satu liter apabila
pelanggan yang mahu penjimatan mula berubah kepada pek nilai itu.Menurut
Wellington, susu putih dan yang berperisa masih lagi bahagian yang penting dalam
pasaran Malaysia dengan pegangan sebanyak 60 peratus. Berdasarkan petunjuk bagi
beberapa kategori, produk itu dijangka mengekalkan kedudukannya.
Selain itu, Pembungkusan atau packaging adalah salah satu cara yang sangat
berkesan untuk menarik minat pembeli membeli produk susu anda. Bungkusan yang
unik dan lebih menonjol dapat meningkatkan lagi jualan produk berkenaan.
Contoh Pembungkusan Minuman Yang Menarik
Contoh botol jus minuman
Contoh kotak jus minuman
Sebagai contoh, Dutch Lady adalah antara 3 pengilang produk tenusu yang
terunggul di Malaysia. Sejak turun temurun, Dutch Lady Milk Industries mempunyai
komitmen untuk membekalkan produk tenusu dan produk pemakanan bayi yang
berkualiti tinggi ke seluruh Negara. Generasi demi generasi di Malaysia telah
membesar dengan produk-produk tenusu Dutch Lady. Masihkah anda ingat akan susu
kotak Coklat Dutch Lady UHT yang sering dibawa ke sekolah untuk waktu rehat?
Pengguna muda bagi generasi baru hari ini mempunyai banyak pilihan dengan adanya
rangkaian produk susu yang meluas untuk keperluan tumbesaran mereka. DutchLady
123 dan 456 bukan sahaja diperkaya dengan DHA, tetapi juga boleh didapati dalam
perisavanila, madu dan coklat.
Pada awal operasi, Dutch Lady memulakan perniagaannya sebagai pengilang
susu pekat manis.Kini rangkaian produk Dutch Lady Milk Industries semakin meluas
dari rumusan bayi dan susu untuk membesar sehinggalah jus buah-buahan dan yogurt.
Setiap inovasi produk dalam rangkaian rumusan susu bayi dan kanak-kanak yang
berkembang pesat disokong oleh kaji selidik tempatan dan antarabangsa yang
terperinci. Royal Friesland Campina, iaitu syarikat induk Dutch Lady di Belanda,
sentiasa melaburkan dana dalam usaha kaji selidik untuk meningkatkan pemakanan si
manja anda ke tahap yang lebih tinggi.Syarikat Dutch Lady percaya akan pentingnya
inovasi produk yang berterusan, suatu hasrat yang disokong sepenuhnya oleh
Friesland Campina. Dutch Lady Malaysia juga sentiasa memperbaiki kualiti dan nutrisi
produk sedia ada secara berterusan untuk memenuhi keperluan pihak pelanggan.
Dutch Lady Malaysia adalah syarikat pertama di dunia yang memperkenalkan Susu
membesar yang diformulakan khas untuk kanak-kanak yang berusia 1 hingga 3 tahun.
Produk Dutch Lady mempunyai tanda 'halal' daripada Bahagian KajianMakanan
dan Barangan Gunaan Islam, JAKIM (Jabatan Kemajuan IslamMalaysia). Proses
pengilangan kami menunjukkan pemahaman bahawa makanan dan minuman halal
adalah suatu perkara yang penting untuk setiap orang Islam. Sekiranya sebarang
makanan atau minuman mempunyai tanda'halal', ini bermaksud bahawa ia boleh
dimakan oleh orang Islam.
Dutch Lady Milk Industries Berhad begitu beriltizam untuk mendukung piawai
kesucian dan mengekalkan kepercayaan pengguna dalam setiap barangan yang
dikeluarkan oleh kilang Dutch Lady. Setiap produk Dutch Lady mempunyai logo 'halal'
rasmi keluaran JAKIM. Selain daripada mengesahkan taraf 'halal' produk, ini juga
member kepastian kepada pengguna bahawa Dutch Lady Milk Industries Berhad
mematuhi amalan kebersihan yang ketat, mengesahkan nama baik jenama yang telah
sekian lama bertapak di pasaran yang penuh dengan saingan.
Syarikat pegangan Dutch Lady Milk Industries Berhad ialah Royal Friesland
Campina, sebuah syarikat yang diperbadankan di Belanda. Royal Friesland Campina
merupakan sebuah perbadanan multinasional yang membangun, menghasil dan
menjual pelbagai produk tenusu dan minuman berasaskan buah-buahan yang
berjenama untuk pasaran pengguna, para pengguna profesional dan pengeluar
makanan. Rangkaian produk Royal Friesland Campina mempunyai kehadiran yang
kuat di market tenusu antarabangsa, terutama di Eropah Barat, Eropah
tengah, Timur tengah, Afrika Barat dan Asia Tenggara.
Selain itu, pembungkusan atau packaging susu Dutch Lady juga memainkan
peranan yang penting bagi menarik minat pelanggan untuk membeli produk-produk
Dutch Lady. Terdapat beberapa perubahan dari segi pembungkusan dan logo produk
Dutch Lady bagi mewujudkan inovasi dan kreativiti supaya pembungkusan produk-
produk Dutch Lady lebih menarik.
Perubahan Logo Produk Dutch Lady
Dutch Lady juga telah mengubah rupa bentuk pembungkusan bagi produk UHT Milk,
Pasteurized Milk and Family Milk Powder.
APLIKASI
Apakah asas pertimbangan kita apabila membeli sesuatu produk makanan dan
minuman? Selain harga, sudah pastinya pembungkusan dan jenama juga menjadi
kriteria utama kita dalam menilai sesuatu produk. Sesetengah jenama dengan
pembungkusan produk amat sinonim dengan kehidupan seharian kita. Peranan
pembungkusan yang menarik dan penjenamaan yang kukuh memberi impak yang
besar dalam pemasaran produk.
Pembungkusan adalah satu proses atau operasi membalut, membungkus atau
memasukkan produk ke dalam satu unit bentuk atau bekas bertujuan melindungi
produk dari sebarang kerosakan atau keadaan yang boleh mengubah atau merosakkan
produk sama ada kerosakan fizikal atau biologikal.Pembungkusan merupakan satu seni
yang menggunakan kaedah sains dan teknologi dalam melindungi, memelihara dan
mempersembahkan produk dengan lebih berkesan untuk kepuasan pengguna,
memaksimumkan keuntungan serta meminimumkan kerosakan.
Oleh itu, kumpulan kami telah menghasilkan pembungkus makanan dan
minuman yang telah diserapkan beberapa inovasi dan pembaharuan bagi menarik
minat pembeli.
Pembungkus makanan Pembungkus minuman
Pembungkus makanan dan minuman yang kami hasilkan ini dapat mengekalkan kualiti,
kesegaran dan melindungi produk dari kerosakan. Malah pembungkus makanan dan
minuman yang kami hasilkan juga senang untuk dibawa kemana-mana kerana saiznya
yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
Kami telah menghasilkan corak yang berwarna warni dan menarik iaitu kartun
biskut pada pembungkus makanan dan gambar seorang bayi pada pembungkus
minuman supaya dapat menarik minat sasaran pembeli kami iaitu kanak-kanak di
bawah umur 10 tahun. Selain itu, maklumat pemakanan dan minuman seperti nutrisi
makanan, berat makanan serta isipadu air minuman, ramuan makanan dan minuman
serta nama syarikat yang menghasilkannya jelas kami nyatakan di pembungkusan
tersebut. Hal ini demikian bagi mewujudkan komunikasi terus kepada pengguna
mengenai maklumat barangan, sejarahnya dan keadaan barangan itu serta membantu
pelanggan untuk menilai kualiti sesuatu produk dengan lebih jelas.
IMPLIKASI
Produk makanan dan minuman mempunyai sifat yang pelbagai, iaitu dalam
bentuk cecair, basah, lembab, mudah lentur, kering, ranggup, garing dan sebagainya.
Sifat-sifat produk ini mempengaruhi pemilihan bahan, bentuk dan teknik
pembungkusan. Hayat produk makanan banyak dipengaruh oleh sifat fizikal dan kimia
produk yang dikeluarkan.
Pembungkusan membantu memanjangkan hayat sesuatu produk. Terdapat
produk yang memerlukan perlindungan untuk mengekal dan memelihara cita rasa,
aroma, warna, bentuk, kekeringan dan kelembapan. Terdapat juga produk yang
memerlukan perlindungan dari kelembapan, cahaya panas, sejuk, oksigen, karat dan
lain-lain tindak balas bahan kimia, organisma halus, serangga, kulat, kecurian dan
sebagainya.
Sifat produk akan menentukan bahan dan teknik pembungkusan yang akan
digunakan seperti produk minuman susu kami ialah cecair dan memerlukan
pembungkusan yang boleh melindunginya dari tumpah atau meleleh keluar. Struktur
pembungkusan yang stabil dan kukuh diperlukan untuk melindung fizikal produk yang
mudah pecah, serpih dan hancur yang disebabkan oleh geseran, himpitan jatuh atau
hentakan seperti produk kraker coklat yang kami hasilkan. Selain itu, produk kraker
coklat kami yang bersifat ranggup seperti produk makanan ringan, memerlukan
perlindungan dari udara, kelembapan dan air untuk mengelakkan produk dari menjadi
lemau. Secara tidak langsung pembungkusan makanan dan minuman yang kami cipta
dapat memenuhi kesemua aspek perlindungan terhadap kualiti produk yang kami pilih.