Kertas Kerja Sudut Psv

10
SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN 2 43000 KAJANG, SELANGOR KERTAS KERJA SENI MURAL 3 - DIMENSI ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL SK SAUJANA IMPIAN 2, KAJANG DENGAN KERJASAMA: IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, GURU PELATIH PISMP AMBILAN JANUARI 2012. 1

description

kertas kerja internship

Transcript of Kertas Kerja Sudut Psv

Page 1: Kertas Kerja Sudut Psv

SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN 243000 KAJANG, SELANGOR

KERTAS KERJA SENI MURAL 3 - DIMENSI

ANJURANPANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

SK SAUJANA IMPIAN 2, KAJANG

DENGAN KERJASAMA:IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM,

GURU PELATIH PISMP AMBILAN JANUARI 2012.

KERTAS KERJA SENI MURAL 3-DIMENSI

SK SAUJANA IMPIAN 2, KAJANG

1

Page 2: Kertas Kerja Sudut Psv

1. PENDAHULUAN

Mural merupakan lukisan yang selalunya dilukis di media berpermukaan luas

seperti dinding, tembok dan terkini permukaan jalanraya. Kebanyakan lukisan mural

adalah merupakan lukisan pemandangan. Mural juga mampu memberikan satu impak

terhadap media yang dilukiskan. Mural di Malaysia kebanyakkannya boleh dilihat di

bangunan-bangunan terutama bangunan kerajaan seperti pejabat kerajaan, sekolah

serta tadika. Seni rupa 3 dimensi merupakan karya seni yang memiliki ruang. Unsur

ruang inilah yang menjadi perbezaan antara karya seni rupa 2 dimensi dengan karya

seni rupa 3 dimensi. Terkini, lukisan mural telah berevolusi dengan penerapan konsep

3D yang sungguh mengagumkan.

2. RASIONAL

Program ini dilaksanakan untuk memberi apresiasi terhadap karya-karya murid

SK Saujana Impian 2 serta guru-guru SK Saujana Impian 2 untuk dipamerkan di

ruangan-ruangan yang terdapat di dalam kawasan sekolah.

3. MATLAMAT

Program ini dilaksanakan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan seni

mural terhadap kehidupan. Bahkan program ini dilaksanakan khusus untuk memberi

pengiktirafan dan apresiasi terhadap murid-murid Sekolah Kebangsaan Saujana

Impian 2 yang telah bertungkus-lumus menghasilkan karya masing-masing. Di

samping itu, program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan seni

mural dalam menyampaikan sesuatu mesej secara lebih positif. Maka program ini

dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar

yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpotensi untuk

sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa,

negara dan agama dalam mengekspresikan diri melalui seni mural.

2

Page 3: Kertas Kerja Sudut Psv

4. OBJEKTIF

Melalui penubuhan sudut seni mural 3-dimensi ini, guru-guru, murid-murid

dan ibu bapa akan mendapat:

i. Sifat kecintaan terhadap karya seni visual 3-dimensi.

ii. Nilai apresiasi dan pengiktirafan terhadap karya seni visual 3-dimensi.

iii. Melahirkan pelajar dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan

menyeronokkan.

5. NAMA SUDUT:

“Pokok 3-Dimensi“

6. TEMPAT:

Dinding sekolah – tangga tingkat dua dan tiga Blok Indah.

7. PENGELOLA

Jawatankuasa Pelaksana Seni Mural 3 - Dimensi iaitu guru pelatih dari, Guru

pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim dan

guru-guru Panitia Penidikan Seni Visual, SK Saujana Impian 2.

8. SASARAN

Semua guru, murid dan ibu bapa SK Saujana Impian 2, Kajang.

3

Page 4: Kertas Kerja Sudut Psv

9. AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA INDUK

SUDUT BAHASA INGGERIS

SK SAUJANA IMPIAN 2, KAJANG

Pengerusi : Pn Shahar Fadzilah Bt Mohamad Daud, AMP

Timbalan Pengerusi : Pn Jamilah Bt Mohamad Yusof (PK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 1 : Pn Nur Hanani Bt Md Nafi (PK Pentadbiran dan Kurikulum)

Naib Pengerusi 2 : En Ruzaimie Bin Razak (PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 3 : Pn Nazilah Bt Abdul Rahman (PK Petang)

Setiausaha : En Muhammad Ehsan Bin Adenan

Penolong Setiausaha : Pn Norazma Ismail

Bendahari : Pn Raja Normurni bt Raja Ismail

AJK : Pn Norfaezah bt Abd Wahab

Pn Misah bt Tumin

Cik Yusrina bt Nazaha

4

Page 5: Kertas Kerja Sudut Psv

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENATARAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SK SAUJANA IMPIAN 2, KAJANG

Pengerusi : Pn Jamilah Bt Mohd Yusof {PK Hal Ehwal Murid}

Penyelaras : En Muhammad Ehsan Bin Adenan

Setiausaha : Pn Norazma Ismail {Ketua Panitia PSV}

Bendahari : Pn Raja Normurni bt Raja Ismail

Ajk : Pn Norfaezah bt Abd Wahab

Pn Misah bt Tumin

Cik Yusrina bt Nazaha

5

Page 6: Kertas Kerja Sudut Psv

10. ANGGARAN BELANJAWAN

SUMBER: Panitia Pendidikan Seni Visual, SKSI2

BIL PERKARA HARGA/KUANTITI JUMLAH

1 Cat dinding RM 37.10 x 1 RM 37.10

2 Foam huruf RM 3.20 x 14 RM 44.80

3 Foam hiasan RM 3.50 x 8 RM 28.00

4 Foam hiasan RM 10 x 3 RM 30.00

5 Double side tape RM 8.50 x 1 RM 8.50

6 White glue RM 3.50 x 1 RM 3.50

7

Cat plaka

1. biru

2. merah

3. kuning

RM 14.50 x 3 RM 43.50

8 Laminate A3 saiz RM 45.00 x 1 RM 45.00

JUMLAH RM 240.40

6

Page 7: Kertas Kerja Sudut Psv

11. PENUTUP

Dunia Seni Visual bermatlamat untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, dan

kreatif menerusi pemupukan bahasa seni visual. Kandungan Dokumen Standard

berupaya membantu perkembangan emosi murid, meningkatkan rasa kesyukuran

terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan

warisan bangsa, serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,

masyarakat, dan negara. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke

arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Disediakan Oleh

.....................................

Muhammad Ehsan Bin Adenan

Penyelaras

SK Saujana Impian 2

Disemak Oleh Diluluskan Oleh

....................................... ..............................

Puan Jamilah Binti Mohd Yusof Datin Shahar Fadzilah Bt Mohamad Daud,. AMP

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Guru Besar

Sk Saujana Impian 2 SK Saujana Impian 2

7