KERTAS KERJA PESTA SILANG BUDAYA TARIKH TEMPAT … · 1.0 TUJUAN Pengusulan kertas kerja ini adalah...
Transcript of KERTAS KERJA PESTA SILANG BUDAYA TARIKH TEMPAT … · 1.0 TUJUAN Pengusulan kertas kerja ini adalah...
KERTAS KERJA
PESTA SILANG BUDAYA
KOLEJ KERIS MAS SESI 2013/2014
TARIKH
27 MAC 2014
TEMPAT
PENTAS UTAMA TG2KM,
KOLEJ KERIS MAS
ANJURAN
EKSEKUTIF INTEGRASI DAN PERPADUAN
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR SESI 2013/2014
KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TEMA
“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN”
PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 2
KERTAS KERJA
PESTA SILANG BUDAYA
KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2012/2013
1.0 TUJUAN
Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan persetujuan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk mendapatkan kelulusan serta bantuan kewangan
bagi penganjuran satu program yang memberi pendedahan kepada mahasiswa-mahasiswi Universiti
Kebangsaan Malaysia mengenai budaya pelbagai kaum, menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi khasnya warga Kolej Keris Mas serta mendedahkan mahasiswa-
mahasiswi terhadap budaya pelbagai kaum melalui media.
2.0 PENGENALAN
Program Pesta Silang Budaya merupakan aktiviti kedua dianjurkan oleh Eksekutif Integrasi dan
Perpaduan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Keris Mas Sesi 2013/2014 Universiti Kebangsaan
Malaysia. Program ini melibatkan semua penghuni Kolej Keris Mas dan juga mahasiswa-mahasiswi yang berminat menyertai program ini. Bersesuaian dengan hasrat Universiti Kebangsaan Malaysia
dan slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib
bin Tun Abdul Razak iaitu 1 Malaysia, Eksekutif Integrasi dan Perpaduan Majlis Eksekutif Pelajar
Kolej Keris Mas Sesi 2013/2014 merancang untuk menganjurkan program Pesta Silang Budaya untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga Universiti Kebangsaan Malaysi yang berbilang kaum
melalui aktiviti kebudayaan.
Program ini bertujuan untuk menekankan kepentingan persefahaman kebudayaan mahasiswa-
mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia, khususnya warga Kolej Keris Mas. Melalui program
tersebut, mahasiswa-mahasiswi akan lebih menyedari kepentingan perpaduan antara pelbagai kaum
dan seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan bangsa. Selain itu, program ini dapat memperkuatkan kerjasama pelbagai etnik dalam
aspek bantuan sepanjang program ini dilaksanakan.
3.0 MISI
Sebagai pihak penganjur, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kelancaran
program ini dan berjanji:
3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia supaya dapat membentuk mahasiswa-mahasiswi yang berketrampilan.
3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang dirancang.
3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sapanjang dan selepas pelaksanaan program. 3.4 Menjalin hubungan silaturahim yang rapat dan kukuh dalam kalangan warga Kolej Keris Mas
agar menyedari kepentingan saling menghormati dan tolenrasi sebagai kriteria utama
dalammenjamin keharmonian di sekitar kolej kediaman.
4.0 MATLAMAT
Pihak jawatankuasa kami telah menetapkan beberapa matlamat penganjuran program iaitu:
4.1 Membentuk dan menerapkan perpaduan dan hormat-menghormati dalam kalangan mahasiswa-
mahasiswi. 4.2 Mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi Universiti
Kebangsaan Malaysia terutamanya dalam kalangan warga Kolej Keris Mas.
PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 3
4.3 Menyemai rasa cinta terhadap Universiti Kebangsaan Malaysia yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi yang berbilang kaum, bangsa dan agama.
4.4 Melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berketrampilan dalam kesukarelaan, kepimpinan,
transformasi idea dan sebagainya.
5.0 OBJEKTIF
Pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai:
5.1 Kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban dengan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam palajaran, sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti supaya bekerjasama dalam
suasana pelbagai budaya.
5.2 Kemahiran kumunikasi yang ditunjukkan semasa menjalankan pemasaran, perbincangan dan
perjumpaan dengan semua ahli jawatankuasa. Setiap urusetia menyampaikan idea dengan jelas
dan tersusun serta menghormati perbezaan budaya dan selesa berinteraksi. Kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh, nada suara dan hubungan mata) yang berkesan,
mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan menggunakan bahasa kebangsaan
dan bahasa antarabangsa.
5.3 Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dengan sentiasa
memounyai strategi untuk medapatkan bahan-bahan, menganalisis masalah secara kendiri,
mencari, mengumpul dan menggunakan maklumat yang sesuai. Urusetia juga membuat keputusan yang rasional dan merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan
kemahiran, meneroka masalah, mencari penyelesaiannya dengan mengumpul dan mengurus
maklumat, memastikan pelaksanaan tugasan yang konsisten dan sistematik dengan perancangan
yang kukuh serta mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan.
5.4 Kemahiran membina nilai, sikap, etika dan profesionalisme dengan menunjukkan integriti
antara perbezaan kaum dalam barisan urusetia supaya sedia memberi pertolongan dan bantuan secara sukarela. Selain itu, setiap urusetia dapat melaksanakan tanggungjawab dengan integriti
dan menunjukkan sikap kesukarelaan untuk melakukan kerja dengan penuh amanah.
5.5 Kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik dengan
mengenal pasti masalah yang dihadapi sepanjang masa persediaan program ini. Urusetia harus
mengenal pasti hubungan pelengkap yang diperlukan untuk mensintesis masalah. Keputusan
diklasifikasikan sebagai bukti terbaik dalam konteksnya dan dipertimbangkan dengan sempurna berdasarkan maklumat yang tepat dan memberikan perhatian yang mendalam terlebih dahulu
terhadap sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.
5.6 Kepimpinan dan kerja berpasukan dengan menunjukkan daya kepimpinan dan kerjasama berpasukan yang sangat berkesan dan mudah membantu rakan-rakan secara proaktif tanpa
mengira bangsa dan agama demi mementingkan integrasi dan perpaduan kaum. Perpaduan
antara kerja berpasukan untukmencapai matlamat yang disepakati dapat membantu menyelesaikan satu tugasan.
5.7 Kemahiran pengurusan dan keusahawanan dengan sentiasa mempamerkan keupayaan
merancang aktiviti secara sistematik dan berupaya mengagihkan tugasan kepada ahli jawatankuasa serta sentiasa berupaya melaksanakan aktiviti untuk mencapai objektif.
5.8 Kemahiran kreatif dan inovatif dengan dapat mempamerkan kebolehan mencadangkan idea yang baru dan sentiasa merebut peluang dalam semua aspek kerja seperti pemasaran dan hiasan
pentas. Tambahan pula, urusetia dapat sentiasa merentas halangan, berani meneroka idea yang
baru, mengemukakan cadangan penyelesaian yang sesuai dan bersedia untuk menerima
perubahan.
PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 4
6.0 TEMA
“ Budaya Dipamerkan, Perpaduan Diutuhkan”
Seiring dengan objektif pelaksanaan program, pihak urusetia telah memilih tema “Budaya Dipamerkan, Perpaduan Diutuhkan” sebagai tema program. Pihak penganjur berhasrat dapat
memupuk perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi
Universiti Kebangsaan Malaysia terutamanya warga Kolej Keris Mas melalui aktiviti kebudayaan.
7.0 ANJURAN
Eksekutif Integrasi dan Perpaduan
Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Keris Mas
Sesi 2013/2014
Universiti Kebangsaan Malaysia.
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini akan diadakan pada:
Tarikh : 27 Mac 2014
Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi – 11.00 malam
9.0 TEMPAT KEJOHANAN
Tempat pelaksanaan program yang dicadangkan ialah Pentas Utama TG2KM, Kolej Keris Mas.
10.0 PUBLISITI
Pihak jawatankuasa mencadangkan publisiti diadakan menggunakan kaedah berikut:
Poster
Flyers
11.0 CADANGAN PERASMI
Cadangan perasmi pembukaan dan penutup program:
1. Dr. Ruslin bin Amir Pengetua Kolej Keris Mas
2. Tuan Haji Ishak bin Abdul Rahman Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas
3. Encik Mat Yusop bin Achin Pengurus Kanan Kolej Keris Mas
PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 5
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
15.1 Jumlah peserta : 250 peserta
15.2 Jumlah urusetia : 50 orang
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
15.1 Ketibaan Para Hadirin
15.2 Ketibaan Tetamu Kehormat, Felo dan Exco Majlis Eksekutif Pelajar
Tetamu Kehormat, Felo dan Exco MEP akan berarak masuk ke Pentas Utama TG2KM, Kolej
Keris Mas untuk menyaksikan persembahan.
15.3 Nyanyian Lagu Negaraku dan Varsiti Kita
Para hadirin diminta berdiri dan menyanyikan Lagu Negaraku dan Varsiti Kita.
15.4 Ucapan Ketua Pengarah
Ketua Pengarah Pesta Silang Budaya akan menyampaikan ucapan.
15.5 Ucapan Ketua Pengarah TG2KM
Ketua Pengarah TG2KM Sesi 2013/2014 akan menyampaikan sepatah dua kata.
15.6 Ucapan Perasmi
Perasmi majlis akan menyampaikan ucapan kepada para hadirin.
15.7 Majlis Perasmian dan Penyampaian Cenderamata
Selepas perasmi menyampaikan ucapan, beliau akan merasmikan majlis Pesta Silang Budaya
dan pengacara majlis akan mengumumkan majlis Pesta Silang Budaya bermula. Selepas itu,
ketua pengarah Pesta Silang Budaya akan menyampaikan cenderamata kepada perasmi
sebagai tanda penghargaan.
15.8 Tayangan Multimedia
Video multimedia disediakan oleh kumpulan teknikal yang mengandungi detik-detik istimewa
Eksekutif Integrasi dan Perpaduan serta gambar-gambar diambil sepanjang proses persediaan
bagi Pesta Silang Budaya ditayangkan.
15.9 Persembahan Nyanyian dan Kebudayaan
Acara persembahan bagi Pesta Silang Budaya termasuklah tarian tradisional tiga kaum.
15.10 Perarakan Keluar Tetamu Kehormat
Tetamu Kehormat, Felo dan Exco MEP berarak keluar Pentas Utama TG2KM, Kolej Keris
Mas selepas majlis tamat.
PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 6
15.11 Mengemas
Pihak urusetia akan mengemaskan dan membersihkan Pentas Utama TG2KM.
15.12 Bersurai
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila
hubungi :
Pejabat Majlis Eksekutif Pelajar,
Aras 2, Pusat Kemudahan Kolej,
Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p : Siti Nurfatihah Binti Rahman – 014-8009863)
Tel : 03 89214009
Faks : 03 89214009 E-mel : [email protected]
PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
27 MAC 2014
“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 7
18.0 PENUTUP
Dengan segala hormatnya, adalah menjadi harapan besar kami agar permohonan penganjuran
aktiviti dan bantuan kewangan mendapat sokongan dan kelulusan daripada Tuan. Akhir
sekali, semoga program Pesta Silang Budaya Kolej Keris Mas sesi 2013/2014 yang bakal
dijalankan akan dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya peserta program
ini. Tanggungjawab dan harapan yang diamanahkan akan dilaksanakan dengan penuh
kesungguhan dan dedikasi agar program ini dapat dijayakan sepenuhnya demi menjunjung
aspirasi dan citra universiti untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang dari
segenap aspek. Segala sokongan daripada Tuan amat dihargai dan didahului dengan ribuan
terima kasih.
Disediakan oleh,
SITI NURFATIHAH BINTI RAHMAN
Ketua Pengarah,
Program Pesta Silang Budaya,
Kolej Keris Mas,
Sesi 2013/2014,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Disokong oleh,
NUR FATIN ADILIN BINTI MOHD
ASHRI
Felo Penasihat,
Temasya Gemilang
Kolej Keris Mas,
Sesi 2013/2014,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Disemak oleh,
MOHD ZULFIQAR BIN MOHD NOR
Ketua Pengarah
Temasya Gemilang
Kolej Keris Mas,
Sesi 2013/2014,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Disahkan oleh,
YBHG. DR. RUSLIN BIN AMIR
Pengetua,
Kolej Keris Mas,
Sesi 2013/2014,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
No. Tel (P) : 03-89214009
(B) : 019-2986865
PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 8
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
STRUKTUR ORGANISASI
PESTA SILANG BUDAYA
KOLEJ KERIS MAS SESI 2013/2014
Penaung Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Binti Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
YBhg. Prof. Ir. Dato’ Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penyelaras
Tuan Hj. Musa Zainal Abidin Othman
Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar
Penasihat Utama YBhg. Dr. Ruslin Bin Amir
Pengetua Kolej Keris Mas, UKM
Penasihat Tuan Hj. Ishak Bin Abdul Rahman
Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas, UKM
Encik Mat Yusop Bin Achin
Pengurus Kanan Kolej Keris Mas, UKM
Encik Mahadi Bin Long Penolong Pengurus Kolej Keris Mas
Izazi Azzahidah Binti Amin Felo Penasihat
Eksekutif Integrasi dan Perpaduan
Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Keris Mas
Sesi 2013/2014
Pemantau Lovina A/P Yogarajan
Eksekutif Integrasi dan Perpaduan I,
Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Keris Mas
Sesi 2013/2014
Universiti Kebangsaan Malaysia.
PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 9
Leow Gaen Bein
Eksekutif Integrasi dan Perpaduan II, Majlis Eksekutif Pelajar
Kolej Keris Mas
Sesi 2013/2014
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ketua Pengarah
Siti Nurfatihah binti Rahman 013-3673133
FST/1
A145691
Timbalan Ketua Pengarah
Divyamalar A/P Lenganathan
016-4063751 FKAB/1
A144063
Setiausaha
Rubie Atul Adawiah Binti Ibrahim
013-9129593 FST/1
A145968
Bendahari Munirah Binti Mohamed
011-29428142
FST/1 A145962
Pengarah Program : Vinothini A/P Geneson FEP/1 A145558
AJK Program : Cinthu A/P Selvarao FEP/1 A143341
Siti Maizatul Syafinaz Binti Mohd Shahadin FST/1 A145677
Pengarah Protokol : Tee Siok Kian FUU/1 A146433
AJK Protokol : Tham Yong Wen FUU/1 A146480
Woi Pui Teen FUU/1 A146471
Pengarah Teknikal : Kaviinnaa a/p Unni Krishnan FEP/1 A143153
AJK Teknikal : Adeline Shoba FEP/1 A146865
Hephzibah Ruth A/P Kunasekar Palras FEP/1 A143238
Pengarah Jamuan : Tan Kong Ying FEP/1 A143399
AJK Jamuan : Lee Siew Yong FEP/1 A143533
Chong Shing Tong FEP/1 A143397
Pengarah Tugas-Tugas Khas : Ooi Ong Kit FUU/1 A146434
AJK Tugas-Tugas Khas : Lam Katie FEP/1 A143524
Pengarah Sijil dan Cenderamata : Aliffia Rachman FEP/1 A146582
AJK Sijil dan Cenderamata : Nurul Hidayati FST/1 A142432
Nor Elly Amira Binti Zainuddin FSSK/1 A142386
PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 10
Pengarah Pemasaran : Iva Lee Ke Ting FSSK/1 A145460
AJK Pemasaran : Wong Shi Yi FEP/1 A146845
Chan Qin Mi FSSK/1 A145175
Pengarah Pameran : Pavitra Sharma A/L Ragawah FKAB/1 A144070
AJK Pameran : Shakthiswary A/P Raja FEP/1 A145378
Noor Asdayanti Binti Abu Bakar FST/1 A145710
PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 11
LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM
PESTA SILANG BUDAYA
TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT
27 Mac 2014 (Khamis)
9.00 pagi
Pameran Kebudayaan
Kolej Keris Mas
8.30 malam Ketibaan Tetamu Kehormat, Felo Dan Exco MEP
9.00 malam Nyanyian Lagu Negaraku dan Varsiti Kita
9.05 malam Ucapan Ketua Pengarah
9.10 malam Ucapan Ketua Pengarah TG2KM
9.15 malam Ucapan Perasmi Pentas Utama TG2KM
9.20 malam Majlis Perasmian Dan Penyampaian Cenderamata
9.25 malam Tayangan Multimedia
9.30 malam Persembahan Nyanyian Dan Kebudayaan
10.30 malam Perarakan Keluar Tetamu Kehormat
10.35 malam Mengemas
11.30 malam Bersurai
*Aturcara program tertakluk kepada perubahan semasa
PESTA SILANG BUDAYA KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“BUDAYA DIPAMERKAN, PERPADUAN DIUTUHKAN” 12
LAMPIRAN C
BELANJAWAN
ANGGARAN PENDAPATAN
BIL PERKARA RM
1 Tabung Pengetua 2500.00
2 Peruntukan Jabatan Perkhidmatan Pelajar 1000.00
3 Sumbangan
- Pihak Penaja Rasmi
- Penaja Bersama
1250.00
1000.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 5,750.00
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA RM JUMLAH (RM)
1 Pengurusan
1.1 Alat-alat tulis
1.2 Kertas A4
20.00
50.00
1.3 Cetakan & Fotokopi 130.00 200.00
2 Pameran dan Hiasan Pentas 2.1 Backdrop 150.00
2.2 Cat Pelaka 300.00 450.00
3 Publisiti
3.1 Buku Cenderamata 200.00
3.2 Poster A3
3.3 Poster A4
300.00
250.00 750.00
4 Teknikal 4.1 Cakera Padat Video dan Gambar 150.00
4.2 Peralatan Teknikal 250.00 400.00
5 Program
5.1 Persembahan 2000.00 2000.00
6 Jamuan 6.1 Tetamu Jemputan 700.00 700.00
7 Cenderamata 7.1 Cenderamata Perasmi 250.00 250.00
8 Pakaian Rasmi 1000.00 1000.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 5750.00