Kertas Kerja Pertandingan Woodball
-
Upload
salfaida-min -
Category
Documents
-
view
1.292 -
download
94
description
Transcript of Kertas Kerja Pertandingan Woodball
KERTAS KERJA
“ KEJOHANAN WOODBALL ANTARA RUMAH SUKAN IPTAA 2007”
1. PENGENALAN
” Kejohanan Woodball Antara Rumah Sukan IPTAA 2007 ”
merupakan salah satu usaha untuk membudayakan pelajar IPTAA ke arah
gaya hidup yang sihat. Kejohanan ini dirancang sebagai wadah pengisian
pelajar IPTAA untuk meningkatkan kecenderungan minat mereka ke arah
sukan ini. Ia juga dianjurkan selaras dengan kerja kursus bagi pelajar
PISMK OUM PJK untuk subjek Pengurusan dan Pengelolaan Pendidikan
Jasmani dan Sukan. Sehubungan itu pelajar yang dilatih perlu memiliki
pengetahuan, kemahiran profesional dan sahsiah positif supaya dapat
melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran ko-kurikulum dengan
terancang, sistematik dan berkesan. Oleh itu, kejohanan ini bersesuaian
dengan pelajar IPTAA dan institut perguruan yang ingin membudayakan
kesukanan dan gaya hidup sihat.
2. RASIONAL
Kejohanan ini sebagai memperkenalkan pelajar kepada sukan woodball
dan pelajar juga didedahkankan kepada sukan yang sekian kalinya tidak
diIpandang ringan sebelum ini . Justeru itu ia dapat memberikan
pendedahan serta pengalaman awal dalam usaha membudayakan diri
dalam bidang kesukanan serta gaya hidup sihat di kalangan pelajar
1
3. OBJEKTIF
3.1 Memperkenalkan sukan woodball di kalangan pelajar IPTAA
3.2 Memupuk minat di kalangan pelajar untuk menjadikan sukan
woodball sebagai suatu permainan pilihan
3.3 Membina keupayaan, bakat, fizikal dan ketahanan diri guru pelatih
dalam sukan, selaras dengan usaha melahirkan profesion
keguruan yang berkualiti.
4. TEMA
” KE ARAH GAYA HIDUP YANG SIHAT ”
5. KUMPULAN SASARAN
20 orang. 5 Peserta daripada setiap rumah sukan Tok Gajah, Tok
Bahaman, Mat Kilau, Tok Lela
6. TARIKH PELAKSANAAN
25 Oktober 2007 ( Khamis )
2.00 – 7.00 petang
7. TEMPAT
Padang IPTAA
2
8. PENGANJURAN
Penaung : Pengarah
Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan,
Penasihat : En. Salleh bin Mohamed Sheh
Pengerusi : Nurul Hani binti Harun
N. Pengerusi : Norlela binti Hashim
Setiausaha : Siti Nurul Akma binti Sulaiman
Bendahari : Nur Haswani binti Mazlan
AJK Kecil
Peralatan : Azieyana bt Mat Zain,
Noraziah bt Ali
Jemputan, Sambutan dan Protokol : Shahida Nor bt Md. Yusof,
Siti Nurul Ain bt Hj. Amir Hamzah
Jamuan dan Makanan : Siti Noor Hafizah bt Jumud Din
Sijil dan Hadiah : Siti Asyraf bt Asbollah
Siaraya/ Dokumentasi/Publisiti : Aznee Fazilla bt Nik Awang
Perasmian dan Penutup : Siti Khadijah bt Hasmuni
Keselamatan dan Kebajikan : Siti Nur Fatehah bt Jamaludin
Pertandingan dan teknikal : Salfa’ida bt Abd. Wahab
Rohayu bt Mustafa
Buku Program/Brosur : Siti Zalwaniza bt. Wan Chek
Kehakiman dan Kepegawaian : Nor Fairus bt Mohd. Parid,
Ezdiani bt. Abdul Rahaman
Urusetia Pengelola : Khalisah bt Kadim
Audriana bt Ghazali
3
9. SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA
9.1 PENGERUSI
9.1.1 Memastikan perancangan, persediaan, pelaksanaan
pertandingan berjalan dengan lancar
9.1.2 Memaklum dan membincangkan perancangan,
pelaksanaan serta masalah kepada Penasihat
9.1.3 Mempengerusikan mesyuarat AJK Induk
9.1.4 Menjalankan post mortem kejohanan
9.2 SETIAUSAHA
9.2.1 Menyediakan kertas kerja ( kertas cadangan ) pertandingan
9.2.2 Membincangkan kertas kerja dengan pengerusi dan wakil-
wakil AJK Induk
9.2.3 Urusan surat - menyurat
9.2.4 Membuat minit mesyuarat
9.2.5 Memastikan kelicinan perjalanan program sebelum,
semasa dan selepas pertandingan
9.2.6 Membantu pengerusi memberi taklimat kepada peserta
9.2.7 Menyusun dan menyediakan tempat untuk kemudahan
mesyuarat
9.2.8 Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan
agenda mesyuarat
9.3 BENDAHARI
9.3.1 Bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan
9.3.2 Menyediakan laporan wang masuk dan wang keluar
9.3.3 Memberikan pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan
masalah kewangan bagi pelaksanaan pertandingan
4
9.4 AHLI JAWATANKUASA:
9.4.1 Peralatan
9.4.1.1 Mengenalpasti dan menyediakan kemudahan asas
yang diperlukan
9.4.1.2 Mengenalpasti perkakasan dan peralatan yang
diperlukan oleh jawatankuasa-jawatankuasa kecil
yang lain dan berusaha mendapatkannya
9.4.1.3 Bekerjasama dengan jawatankuasa-jawatankuasa
kecil yang lain, khususnya jawatankuasa
pertandingan jawatankuasa makanan,
jawatankuasa keselamatan dan kebajikan
9.4.2 Jemputan, sambutan dan protokol
9.4.2.1 Menyediakan senarai jemputan dengan persetujuan
Jawatankuasa Penganjur dan pengelola
9.4.2.2 Menyediakan dan mencetak surat/kad jemputan
berdasarkan senarai yang disediakan
9.4.2.3 Mendapatkan maklumat terkini mengenai kehadiran
para jemputan dan mengemaskinikan
9.4.2.4 Mengenalpasti tetamu kehormat dan tetamu khas
yang akan hadir
9.4.2.5 Melaksanakan aturcara sambutan yang diluluskan
oleh jawatankuasa Penganjur
9.4.3 Jamuan dan Makan/Minum
9.4.3.1 Mengurus dan mengelolakan penyediaan dan
pengagihan makan/minum peserta yang
mengambil bahagian, dan pegawai-pegawai
bertugas
5
9.4.3.2 Menyediakan aturan pentadbiran jamuan
makan/minum
9.4.3.3 Menyerahkan laporan pelaksanaan tugas dan
tanggungajawab dan menyerahkan kepada urusetia
9.4.4 Sijil dan hadiah
9.4.4.1 Menyediakan hadiah dan sijil seperti yang
ditetapkan (selewat-lewatnya 5 hari sebelum
pertandingan)
9.4.4.2 Berusaha mendapatkan penajaan hadiah
9.4.4.3 Menyediakan cenderamata kepada tetamu
kehormat dan pegawai bertugas
9.4.4.4 Menyusun atur hadiah, sijil dan cenderamata di
meja yang ditentukan pada hari pertandingan
9.4.4.5 Menyediakan senarai hadiah, sijil dan cenderamata
yang telah disusun atur kepada jawatankuasa
Kehakiman, urusetia dan Juruacara
9.4.4.6 Menyerahkan laporan pelaksanaan tugas dan
tanggungajawab dan menyerahkan kepada urusetia
9.4.5 Siaraya/Dokumentasi/Publisiti
9.4.5.1 Mengenalpasti dan mendapatkan perkakasan serta
peralatan yang diperlukan untuk membuat laporan
peristiwa sepanjang pertandingan dan
mendokumentasikan laporan-laporan tersebut
9.4.5.2 Mendapatkan laporan-laporan sama ada dalam
bentuk tulisan, gambar ataupun rakaman audio
visual
9.4.5.3 Menempah kain rentang dan menyediakann tag
nama untuk ahli jawatan kuasa
6
9.4.5.4 Menyerahkan laporan pelaksanaan tugas dan
tanggungajawab dan menyerahkan kepada urusetia
9.4.6 Perasmian dan Penutup
9.4.6.1 Merancang dan menetapkan jenis majlis perasmian
dan penutup yang akan diadakan dengan
persetujuan Jawatankuasa Induk
9.4.6.2 Memastikan perjalanan perasmian dan penutup
berjalan dengan lancar
9.4.6.3 Menyediakan juruiring untuk majlis penyampaian
hadiah
9.4.6.4 Melantik juruacara perasmian dan penutup
9.4.6.5 Menyerahkan laporan pelaksanaan tugas dan
tanggungjawab dan menyerahkan kepada urusetia
9.4.7 Keselamatan dan Kebajikan Peserta
9.4.7.1 Menyediakan plan kuar masuk peserta bagi
mengelakkan kesesakan sistem pertandingan
9.4.7.2 Mendapatkan aliran pentadbiran keselamatan yang
akan dilaksanakan
9.4.7.3 Menyerahkan laporan pelaksanaan tugas dan
tanggungjawab dan menyerahkan kepada urusetia
9.4.8 Pertandingan dan Teknikal
9.4.8.1 Menggubal dan menetapkan format kejohanan dan
memaklumkannya kepada semua pasukan yang
akan mengambil bahagian
9.4.8.2 Menyediakan sistem jadual dan plan untuk
kejohanan
9.4.8.3 Menggubal dan menetapkan serta
menguatkuasakan syarat-syarat kejohanan yang
7
telah dimaklumkan kepada semua pasukan yang
akan mengambil bahagian
9.4.8.4 Menyedia dan menyelia tapak kejohanan dan plan
pertandingan
9.4.8.5 Mengenalpasti perkakasan dan alatan yang
diperlukan untuk kelancaran kejohanan yang akan
berlangsung
9.4.8.6 Menentukan giliran penyertaan ( secara undian )
dan menetapkan jadual pertandingan
9.4.8.7 Menyediakan aliran pentadbiran pertandingan
berdasarkan jadual pertandingan yang telah
ditetapkan
9.4.8.8 Memantau perjalanan pertandingan, disiplin para
peserta yang mengambil bahagian
9.4.8.9 Bekerjasama dengan jawatankuasa-jawatankuasa
kecil yang lain khususnya jawankuasa kehakiman,
urusetia pengelola, dan jawatankuasa pendaftaran
9.4.8.10 Menyerahkan laporan pelaksanaan tugas dan
tanggungajawab dan menyerahkan kepada urusetia
9.4.9 Buku program dan brosur
9.4.9.1 Menyediakan buku program atau brosur semasa
pertandingan berlangsung
9.4.9.2 Mengedarkan kepada hadirin yang hadir dan tetamu
kehormat
9.4.10 Kehakiman dan kepegawaian
9.4.10.1 Menetapkan format penghakiman dan skema
pemarkahan pertandingan dan memaklumkan
kepada semua peserta yang mengambil bahagian
8
9.4.10.2 Menetapkan dan melaksanakan kaedah
peghakiman yang telah dimaklumkan kepada
semua pasukan yang akan mengambil bahagian
9.4.10.3 Mengenalpasti dan menyediakan perkakasan,
peralatan dan borang-borang pemarkahan yang
diperlukan
9.4.10.4 Menentukan tugas setiap hakim
9.4.10.5 Menyediakan aliran pentadbiran penghakiman
berdasarkan jadual pertandingan dan tugasan
setiap hakim yang telah ditetapkan
9.4.10.6 Memproses markah-markah dan memutuskan
keputusan pertandingan dan seterusnya
menyerahkan keputusan pertandingan kepada
urusetia pengelola dan juruacara
9.4.10.7 Bekerjasama dengan jawatankuasa kecil khususnya
jawatankuasa pertandingan, urusetia pengelola,
peralatan dan juruacara
9.4.10.8 Menyerahkan laporan pelaksanaan tugas dan
tanggungajawab dan menyerahkan kepada urusetia
9.4.11 Urusetia
9.4.11.1 Menyelaraskan tugas dan tanggungjawab semua
jawatankuasa kecil yang dibentuk.
9.4.11.2 Memberikan maklumat kejohanan kepada semua
peserta
9.4.11.3 Melaksanakan tugas pendaftaran peserta pada hari
kejohanan
9.4.11.4 Penyerahan borang pendaftaran selewat-lewatnya 3
hari sebelum hari pertandingan.
9
9.4.11.5 Menyelaraskan tugas dan tanggungjawab ajk.
Menyediakan laporan pelaksanaan tugas dan
dibentangkan.
9.4.11.6 Melaksanakan urusan-urusan pentadbiran yang
berkaitan dengan pelaksanaan pertandingan.
9.4.11.7 Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi
oleh setiap jawatankuasa kecil pengelola dan
berusaha menyelesaikannya berdasarkan panduan
dan nasihat daripada jawatankuasa induk
9.4.11.8 Merancang dan menetapkan aturcara perasmian
dan penutup dengan jawatankuasa kecil perasmian
dan penutup dengan panduan jawatankuasa induk
9.4.11.9 Menyediakan laporan pelaksanaan tugas dan
tanggungjawab
11. PERALATAN
BIL. PERKARA JUMLAH
1. Papan putih 1
2. Marker Pen (whiteboard) 2
3. Rostrum 1
4. Kerusi/sofa untuk VIP 1
5. Meja 3
6. Gelas 1
8. Plastik sampah hitam 1 paket
9. P.A Sistem 1 set
10. Kotak Pertolongan Cemas 2 kotak
11. Mellet ( kayu pemukul woodball ) 24 batang
12. Bola woodball 24 biji
13. Riben 1 gulung
14. Fail 5
10
15. Kerusi 4
16. Payung 1
17. Kertas A4 1 rim
18. Score board 1
12. ATURCARA MAJLIS
2.00 petang - Peserta berkumpul di Padang IPTAA
2.15 petang - Pelajar bergerak ke tapak pertandingan
memulakan pertandingan
6.00 petang - Pertandingan tamat
- Perasmian Penutup oleh Penasihat/SUG
- Pengumuman keputusan
7.00 petang - Bersurai
13. PERUNTUKAN HADIAH
Hamper ditaja oleh Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
BIL. PERKARA KUANTITI (UNIT) RM (RM 3 SEUNIT)
1. Tempat Pertama 1 100
2. Tempat Kedua 1 70
3. Tempat Ketiga 1 50
4. Tempat Keempat 1 20
5. Terbaik Lelaki 1 20
6. Terbaik Perempuan 1 20
7. Jumlah 6 280
11
14. SYARAT PERTANDINGAN
SYARAT PENYERTAAN
1. Setiap pasukan / rumah sukan perlulah menghantar 5 wakil peserta
daripada mana-mana unit yang mewakil rumah sukan masing-masing.
2. Hanya borang asal sahaja yang diterima, sebarang salinan tidak akan
diterima.
3. Tarikh tutup penyertaan selewat-lewatnya 10 Oktober 2007.
12
BORANG PENDAFTARAN PESERTA
Pertandingan Woodball Antara Rumah Sukan IPTAA (2007)
Rumah Sukan :______________________________________
Nama Ketua Pasukan: ________________________________
Nama Ahli Pasukan:
1. _______________________________
2. _______________________________
3. _______________________________
4. _______________________________
5. _______________________________
Tarikh :___________________ __________________________
Tandatangan Ketua Pasukan
13
SYARAT KEJOHANAN
1. Peserta perlu menhadirkan diri ke tempat pertandingan 10 minit lebih awal
sebelum perlawanan di mulakan.
2. Hanya peserta berdaftar sahaja yang dibenarkan bertanding, sebarang
penukaran pada saat-saat akhir perlulah dimakluman kepada pihak
penganjur yang terlibat.
3. Setiap peserta yang bertanding haruslah menepati setiap syarat-syarat
penyertaan yang telah ditetapkan seperti di atas.
4. Peraturan dan syarat-syarat pertandingan adalah seperti lampiran yang
disertakan bersama borang ini.
5. Pemain dikehendaki memakai pakaian sukan atau baju unit yang
bersesuaian ketika pertandingan.
6. Sebarang sogokan dan anasir-anasir luar yang boleh menganggu pihak
lawan atau melangar syarat pertandingan adalah tidak di benarkan.
Sekiranya anda didapati melakukannya secara automatik penyertaan
akan di batalkan.
7. Keputusan juri adalah muktamad dan segala bantahan tidak akan dilayan.
14
UNDANG-UNDANG PERMAINAN
1. Peralatan Woodball
Terdiri daripada 3 bahagian:
a) Bola
b) Pemukul kayu/ mallet
c) Pintu jaringan/ gate
2. Peraturan umum
2.1 Permainan woodball dijalankan mengikut kesesuaian peraturan
dan undang- undang yang ditetapkan oleh pihak pengelola dan
undang-undang woodball.
2.2 Setiap pemain dimestikan menamatkan dan menghabiskan
permainan menerusi laluan pertama hingga ke laluan terakhir.
keputusan ditentukan melalui pengkiraan jumlah pukulan di dalam
pertandingan yang dijalankan.
3. Syarat-syarat dan undang-undang permainan
3.1 Memukul bola
- Memukul bola dengan sebatang pemukul kayu/mallet pada sudut
yang tepat.
3.2 Pintu jaringan mata/gate
- Bola dipukul ke arah pintu jaringan yang melepasi cawan kayu
ditengahnya. Ianya dikira sebagai satu mata.
3.3 Keluar lingkungan permainan/ out of bound
15
- Apabila bola dipukul keluar daripada fairway permainan, pemain
mesti mengambil dan meletakkan bola ditempat baru dalam jarak
dua ukuran kepala pemukul kayu dan dikenakan penalti sebanyak
satu pukulan. Permainan kemudiannya diteruskan.
4. Pencapaian mata terakhir
4.1 Seseorang akan memenangi permainan ini dengan melakukan
pukulan yang terkurang sekali di dalam permainan dua belas atau
dua puluh empat gate.
4.2 Sekiranya bilangan pukulan yang sama dicapai, pemain yang
mendapat mata jaringan yang paling rendah pada laluan terakhir
atau satu permainan tambahan akan dibenarkan untuk
menentukan pemenang.
5. Disiplin semasa bermain
5.1 Pemain hendaklah berpakaian kemas
5.2 Menepati masa
5.3 Tidak membuat gangguan atau bising semasa bermain
5.4 Bermain mengikut giliran
6. Score sheet
6.1 Setiap pukulan akan ditanda atas score sheet/card bagi
menentukan jumlah setiap pemain.
6.2 Pemain yang membuat pukulan terendah akan dikira
pemenang. Persamaan maka mata daripada gate dua belas atau
dua puluh empat dikira dan sekiranya masih sama maka permainan
akan diadakan bagi menentukan pemenang.
16
7. Kesalahan yang biasa dilakukan
7.1 Membuat bising sama ada menjerit, menyahut, melaung atau
berkata-kata semasa rakan sepasukan hendak membuat pukulan.
7.2 Berdiri berhampiran dengan rakan yang hendak memukul bola
sama ada dihadapan, di belakang, atau pun di kiri dan kanannya.
7.3 Memasuki, berjalan atau melintas fairway/laluan semasa rakan
membuat pukulan.
7.4 Dilarang memukul atau menahan bola yang sedang bergolek
atau sedang bergerak.
7.5 Melangkah gate semasa rakan membuat pukulan penamat.
17
14. SISTEM PEMARKAHAN
PAPAN MARKAH WOODBALL
INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LIPIS, PAHANG
PAR NAMA /
GATE
4 1
4 2
5 3
3 4
4 5
3 6
4 7
4 8
3 9
5 10
4 11
5 12
48
18
BORANG MARKAH WOODBALL
INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LIPIS, PAHANG .
EVENT :__________________________
DATE :__________________________ FLIGHT NO
:_________________
PLAYER ;__________________________ TIME
:_________________
MARKER :_________________________
GATE
NO
PAR STROKE COUNT PLAYER MAKER
SCORE
1 4 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10
11 12
2 4 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10
11 12
3 5 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10
11 12 13 14 15
4 3 1 2 3 4 5
6 7 8 9
5 4 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10
19
11 12
6 3 1 2 3 4 5
6 7 8 9
7 4 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10
11 12
8 4 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10
11 12
9 3 1 2 3 4 5
6 7 8 9
10 5 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10
11 12 13 14 15
11 4 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10
11 12
12 5 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10
11 12 13 14 15
20
15. PENUTUP
Sebagai satu aktiviti kejohanan kesukanan, adalah diharapkan proses dan
perjalanan kejohanan ini berjalan dengan lancarnya. Ia bergantung kepada
kesediaan dan kesanggupan semua pihak khususnya ahli jawatankuasa yang
tekun dan teliti melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Kejayaan juga bergantung kepada komitmen dan penyertaan guru-guru pelatih
IPTAA.
Melalui kejohanan ini diharapkan lebih ramai guru pelatih berminat dan
bergiat aktif dalam sukan yang mereka sendiri tidak didedahkan sebelum ini. Ia
sebagai salah satu strategi ke arah mencungkil bakat baru dan bakat terpendam
ke arah membudayakan kesukanan di kalangan pelajar. Kami selaku ahli
jawatankuasa berharap agar bimbingan dan sambutan yang padu terhadap
kejohanan yang akan dilangsungkan . Ia sebagai menyelitkan elemen “ KE
ARAH GAYA HIDUP YANG SIHAT” di kalangan pelajar IPTAA. InsyaAllah.....
Disediakan oleh,
Siti Nurul Akma binti Sulaiman ( PISMK OUM PJK )
Setiausaha
“ KEJOHANAN WOODBALL ANTARA RUMAH SUKAN IPTAA 2007”
21