Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102
Click here to load reader
-
Upload
vasugi-kuppan -
Category
Documents
-
view
184 -
download
5
Transcript of Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102
Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102
1.0 Pengenalan
Menurut tokoh dalam bidang pendidikan jasmani seperti LeBlanc, B. Dan Lowy, S. (1994) serta Burton (1977), pergerakan asas merupakan proses yang memandu pelajar atau pelaku untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan peningkatan dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar dan ia melibatkan gabungan psikomotor, kognitif dan afektif iaitu hubung kait motor penglihatan, motor-pendengaran dan motor kinestatik.
Pergerakan asas meliputi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Pergerakan lokomotor adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.
Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar dan ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, tarik naik pasangan, melentik, mengangkat tangan, menghayun tangan dan sebagainya. Perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan lokomor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil.
Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan alatan. Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau dalam kumpulan. Namun, pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti dalam suasana yang dipilih. Melalui pembelajaran kemahiran ini, pelaku atau individu tersebut dapat mengawal dan mengendalikan pelbagai objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, reben, gelung kecil dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz, dan komposisi.
2.0 MatlamatMatlamat penghasilan kertas kerja ini adalah sebagai suatu penyediaan sebelum ujian amali. Selain itu, ia juga
untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelatih atau pelaku tentang pergerakan asas. Oleh itu, seseorang individu dapat mempraktikan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) menerusi pergerakan-pergerakan asas yang dilakukan secara individu atau kumpulan.3.0 ObjektifKertas kerja yang disediakan ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut :
i. memberi peluang kepada pelatih untuk mencurahkan idea. ii. mempelajari cara untuk menyusun atur pergerakan mengikut ruang dan aliran. iii. pelatih dapat menjana idea dan pemikiran yang kreatif, mereka cipta serta mencipta pergerakan tubuh badan. iv. meningkatkan kefahaman tentang pergerakan jika bergabung dengan alatan. v. Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri
dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar. vi. Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberi.
4.0 Kumpulan SasaranMurid-murid Sekolah Rendah Tahap Satu
6.0 Rumusan Melalui kertas kerja dan ujian amali yang dilakukan, ia telah banyak meningkatkan kefahaman kami tentang pergerakan asas. Kami telah banyak memperoleh pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini kerana kami telah banyak mencari dan meneroka maklumat ketika dalam proses menyiapkan kertas kerja ini.
Di samping itu, semasa dalam proses mencipta pergerakan untuk stesen-stesen tertentu, ia telah mencungkil kreativiti kami sekumpulan dengan menjana idea yang baru. Kami juga mendapati bahawa pergerakan asas adalah amat menarik sekiranya kita meletakkan usaha dalam kreativiti untuk mencipta pergerakan baru.
Bil
Pergerakan Ahli Aktiviti / Kemahiran Catatan
1 Bukan
Lokomotor
A dan B
(kumpulan)
Berdiri sambil melambung
gelung kepada rakan
Gelung : 2
2 Lokomotor A dan B
(kumpulan)
Berlari sambil melompat
dengan tali.
Tali : 1
3 Bukan
Lokomotor
C dan D
(kumpulan)
Berdiri sambil melantun
bola kepada rakan.
Bola : 2
4 Lokomotor C dan D
(kumpulan)
Galop sambil memegang
tali secara berpasangan
Tali : 1
5 Bukan
Lokomotor
A, B, dan C
(kumpulan)
Membongkok di atas peti
lombol sambil melontar dan
sambut bola daripada rakan
yang berdiri di bawah
Bola : 1
6 Lokomotor B
(individu)
Menggolek bola lalu
berguling di atas tilam dan
menangkap bola sebelum
sampai ke hujung tilam.
Bola : 1
7 Bukan
Lokomotor
A
(individu)
Memutar gelung di
pinggang
Gelung : 1
8 Lokomotor D (individu) Melambung gelung ke atas
dan menyambut.
Gelung : 1
9 Bukan
Lokomotor
A dan B Imbangan badan dan
melantun bola kepada
rakan.
Bola : 2
10 Lokomotor B ( Individu ) Berlari perlahan sambil
mengelecek bola melalui
skitel
Bola : 1
11 Bukan lokomotor C dan D
(kumpulan)
Duduk sambil memutar dan
menggolek bola kepada
rakan
Bola : 2
12 Lokomotor C dan D
(kumpulan)
Memutar gelung secara
perpasangan dari kiri ke
kanan bangku gimnastik
Gelung : 2
13 Bukan lokomotor A dan B
(kumpulan)
Duduk bersila sambil
melontar dan menggolek
bola
Bola : 2
14 Lokomotor A (individu) Merangkak sambil
menggolek bola
Bola : 1
15 Bukan lokomotor A dan C
(kumpulan)
Mengimbangkan badan
secara berpasangan sambil
tangan memutar tali
Tali : 2
16 Bukan lokomotor C (individu) Skiping mengunakan
gelung
Gelung : 1
17 Bukan lokomotor A B C dan D
(kumpulan )
Berdiri sambil menggolek
dan melambung gelung
kepada rakan
Gelung : 4
18 Lokomotor C dan
D(kumpulan)
Skipping sambil berlari
secara berpasangan
Tali : 1
19 Lokomotor A (individu) Melompat di atas papan
anjal dan memukul bola
yang dibaling oleh rakan.
Bola : 1
20 Bukan lokomotor A B C dan D
(kumpulan)
Berdiri sambil memutar
gelung dan meleret kepada
rakan dalam bulatan.
Gelung : 1
Pergerakan Kreatif dan ArtistikPosted by PJJ Malaysia at 6:49 PM
Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik yang melibatkan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak dengan
iringan muzik, tanpa atau dengan menggunakan peralatan. Tahap penguasaan kemahiran yang tinggi, kelembutan, koordinasi tubuh badan yang
baik dan daya kreativiti mencipta pergerakan merupakan keperluan utama bagi seorang ahli gimrama. Namun demikian, penyertaaan murid-murid
dari sekolah-sekolah rendah peringkat daerah anda kurang memuaskan. Sehubungan itu, untuk mempromosikan gimrama dalam kalangan
pelajar-pelajar sekolah rendah, Pejabat Pelajaran Daerah telah merancangkan satu pertandingan gimrama peringkat daerah yang akan
berlangsung pada Januari 2013.
Sebagai guru Pendidikan Jasmani sekolah, anda dikehendaki oleh Guru Besar untuk menyediakan satu pasukan gimrama untuk menyertai
pertandingan tersebut. Justeru, anda dikehendaki menyediakan satu perancangan yang sistematik untuk mendapatkan peruntukan dan kelulusan
pihak pengurusan sekolah anda bagi melaksanakan program latihan.
Sehubungan itu, anda dikehendaki :
i. menyediakan satu kertas kerja yang lengkap berkaitan dengan program latihan untuk pertandingan gimrama yang akan disertai.
ii. menyediakan pelan lantai bagi persembahan individu yang lengkap dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua alatan untuk persembahan
selama 3 minit.
Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan
sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.
Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda
boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.
Kerta Kerja Pergerakan Asas1.0 PENGENALAN
Kemahiran lokomotor memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain manakala, kemahiran bukan lokomotor pula ialah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan dasar penyokong seseorang. Tiga komponen utama dalam Pergerakan Asas ialah Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan Kemahiran Memanipulasikan Alatan. Ketiga-tiga pergerakan ini ditunjukkan menerusi aktiviti yang telah dirancang dengan memanipulasikan pelbagai alatan yang telah dipilih iaitu bola, gelung dan pundi kacang. Peralatan berat yang digunakan dalam melaksanakan aktiviti ini telah diletakkan di stesen-stesen tertentu. Antaranya ialah bangku panjang, tilam, skitel besar, peti lombol, tangga, dan papan anjal. Pelbagai pergerakan yang berlainan dijalankan di setiap stesen. Aktiviti yang dirancang melibatkan pergerakaan lokomotor atau bukan lokomotor di setiap stesen.
Aktiviti amali ini adalah kemahiran asas yang membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan serta meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan. Amali ini dilakukan agar pelajar dapat membezakan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor di samping memperolehi kecekapan yang pelbagai. Selain itu, pelajar-pelajar juga didedahkan dengan pergerakan menggunakan alatan.
Amali yang dirancang ini melibatkan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan yang seterusnya dapat menguasai kemahiran sukan yang pelbagai serta dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan tentang pergerakan asas.
2.0 MATLAMAT
Kertas kerja Pergerakan Asas ini disediakan bagi mengajar kemahiran asas yang optimum dalam setiap jenis pergerakan agar pelajar-pelajar mempelajari dan menguasai kemahiran asas sukan dengan betul. Ia juga membolehkan pelajar mengendalikan dan mengawal objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi. Koordinasi antara mata dengan tangan diperlukan dalam melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasikan
alatan. Pergerakan asas ini bertujuan untuk melatih pelajar agar mencapai prestasi yang tinggi dan baik dalam aspek kemahiran-kemahiran pergerakan asas. Misalnya seperti melambung, membaling, melontar, melompat, menangkap, menyambut, dan sebagainya dengan menggunakan alatan.
Selain itu, pelajar akan didedahkan kepada aktiviti pergerakan asas yang mencabar dan kompleks agar mereka dapat mempraktikkan pergerakan yang betul dalam kehidupan seharian. Matlamat penghasilan kertas kerja ini adalah untuk memberikan peluang kepada pelatih agar dapat mempelajari teknik-teknik dan jenis-jenis pergerakan asas.
Justeru, pelajar akan lebih bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti kemahiran-kemahiran asas sukan setelah menjalani aktiviti yang telah dirancang.
3.0 OBJEKTIF
Kertas kerja ini disediakan adalah untuk: i. Melatih pelajar melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul serta dapat menggabungkan seluruh anggota badan
dalam melakukan sesuatu pergerakan. ii. Menguji pelajar dari segi kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. iii. Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan. iv. Membantu pelajar meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai bahagian tubuh badan mereka. v. Mempelajari cara untuk menyusun atur pergerakan mengikut ruang danaliran. vi. Dapat menjana idea dan pemikiran yang kreatif, mereka cipta serta mencipta pergerakan tubuh badan. vii. Melakukan pergerakan kreatif dengan mewujudkan kesedaran diri, ruang, tempat, keseimbangan dan koordinasi. viii. Memupuk kesungguhan, keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar. ix. Melahirkan guru-guru pelatih yang kreatif dan berfikiran luas dalam merancang aktiviti yang menarik serta bersesuaian
dengan tahap keupayaan pelajar. x. Memenuhi kehendak tugasan Kerja Kursus Pendek subjek Pergerakan Asas.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar-pelajar tahap satu sekolah rendah (Darjah 1, 2, dan 3).
5.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI
Setiap pelajar perlu melaksanakan pergerakan dengan memanipulasikan alatan dalam setiap pergerakan di semua
stesen. Stesen yang telah dirancang merangkumi 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor. Dalam
melaksanakan amali pergerakan ini, pelajar perlu melakukan pergerakan yang berbeza bagi setiap stesen. Pergerakan
asas yang dilakukan juga boleh menggunakan kreativiti tersendiri yang pelbagai dan menarik untuk mengawal dan
menggayakan serta mempelbagaikan pergerakan mereka tersebut. Koordinasi juga diperlukan dalam melaksanakan
pergerakan-pergerakan ini.
5.1 PROSEDUR PELAKSANAAN DEMONSTRASI
Bil Pergerakan Ahli Aktiviti / Kemahiran Catatan
1 Bukan Lokomotor A/B Mengilas badan dan melantun
bola ke arah kawan.
Bola
2 Lokomotor A/B Bergerak secara sisi, melantun
dan melambung bola secara
berselang-seli.
Bola
3 Bukan Lokomotor A/B/C Imbangan gelung
menggunakan tiga orang ahli.
Orang tengah beroperasi
sebagai penyokong kepada
Gelung
ahli kiri dan kanan.
4 Lokomotor C/D Menghantar gelung kepada
pasangan sambil melambung
dan bergerak ke arah sisi.
Gelung
5 Bukan Lokomotor E Melutut, sebelah kaki diangkat
dan memutarkan gelung secara
bulatan dengan menggunakan
tangan kanan.
Gelung
6 Lokomotor C/D/E Ahli pertama menggolek bola.
Ahli lain merangkak sambil
memegang kaki ahli didepan.
Bola
7 Bukan Lokomotor A/B Lambung pundi kacang kepada
pasangan, tepuk tangan
sebanyak dua kali sebelum
menyambut pundi kacang.
Pundi Kacang
8 Lokomotor A/B/C Membaling pundi kacang
kepada ahli lain supaya ahli
yang berada di tengah tidak
dapat menangkap pundi kacang
tersebut. (Bermain Permainan
Monyet).
Pundi Kacang
9 Bukan Lokomotor D/E Duduk dan melambung pundi
kacang kepada pasangan di
Pundi Kacang
sebelah sebanyak lima kali.
10 Lokomotor D/E Mengawal bola dengan
menggunakan dua gelung
secara bersilang
melaluiskitle yang disediakan
dalam kedudukan zigzag.
Bola dan Gelung
11 Bukan Lokomotor D Membongkok sambil
menggolek bola ke kiri dan
kanan sebanyak lima kali.
Bola
12 Lokomotor A Berjalan sambil kaki diangkat
paras pinggang secara
berselang-seli sambil tangan
kanan memutarkan gelung.
Gelung
13 Bukan Lokomotor C Imbangkan badan dalam
keadaan membongkok sambil
memutarkan gelung dengan
sebelah kaki diangkat.
Gelung
14 Lokomotor B Merangkak melalui anak
tangga sambil tangan kanan
menimbang pundi kacang.
Pundi Kacang
15 Bukan Lokomotor B/E Duduk membelakangkan rakan
dan menggolekkan bola
mengelilingi badan.
Bola
16 Lokomotor A Memutarkan bola sambil
melakukan pergerakan
ketingting.
Bola
17 Bukan Lokomotor A/B/C/D Membongkok dan menggolek
bola di bawah kangkang yang
dibuka seluas bahu ke belakang
dan ke hadapan.
Bola
18 Lokomotor E Menggolek gelung sambil
berjalan.
Gelung
19 Lokomotor A/B/C/D/E Peserta pertama, berlari dan
melompat. Pundi kacang
dilambung ke atas. Peserta
seterusnya, berlari dan
melontar pundi kacang kepada
rakan yang menunggu dan
menangkap gelung yang
dilontarkan.
Pundi Kacang
20 Bukan Lokomotor A/B/C/D/E Duduk dengan kaki
dibengkokkan dalam bentuk
bulatan sambil menggolek bola
dalam bulatan kepada rakan.
Bola
5.1.1 JENIS-JENIS PERGERAKAN
GAMBAR RAJAH 1
GAMBAR RAJAH 2
GAMBAR RAJAH 3
GAMBAR RAJAH 4
GAMBAR RAJAH 5
GAMBAR RAJAH 6
5.2 PELAN KEDUDUKAN UJIAN AMALI PERGERAKAN ASAS
6.0 RUMUSAN / PENUTUP
Kesimpulannya, kertas kerja dan ujian amali ini telah banyak meningkatkan kefahaman mengenai konsep pergerakan asas yang terdiri daripada tiga komponen utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan memanipulasi alatan. Amali ini sepenuhnya merangkumi pergerakan memanipulasikan alatan dan ia sangat penting kerana merupakan asas untuk melakukan pergerakan yang lebih kompleks untuk diamalkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian manusia dan tujuan sukan. Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor ialah pergerakan setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan.
Pergerakan lokomotor dan manipulasi alatan sangat penting kerana ia merupakan asas untuk mencipta pergerakan yang lebih kompleks bagi tujuan sukan dan kehidupan seharian. Sebab itulah pergerakan asas diterapkan kepada pelajar di sekolah rendah supaya mereka dapat menguasai dan memahirkan diri dalam melakukan pergerakan yang lebih kompleks. Tujuan kertas kerja ini adalah supaya pengetahuan dan kefahaman variasi pergerakan asas dapat didalami dan dipraktikkan untuk tujuan pengajaran kelak.
Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Dalam aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor, kebaikan dan nilai-nilai positif akan dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak tersebut sama ada yang melibatkan aktiviti berkumpulan, kelas mahupun individu boleh digunakan dalam melaksanakan sebarang aktiviti. Pendidikan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan banyak lagi.
Dengan cara mmemanipulasikan alatan, kaedah pengajaran akan lebih menarik dan proaktif di samping pelajar dapat menimba pelbagai faedah dan ilmu baru daripada setiap pergerakan yang dijalankan.
Natijahnya, mudah-mudahan kertas kerja ujian amali Pergerakan Asas (PJM 3102) ini menjadi pedoman kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti dan seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi serta kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu perancangan.
7.0 REFLEKSI
Pergerakan asas yang telah dijalankan dalam kertas kerja ini merupakan perancangan teliti yang perlu kami laksanakan dalam semester ini. Perancangan aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ini merupakan perancangan kedua yang kami telah jalankan semasa di PPISMP semester 1. Pergerakan asas ini merupakan salah satu tugasan yang agak mencabar kerana kami perlu merancang pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasi alatan. Walaubagaimanapun, tugasan ini berjaya dilaksanakan melalui kerjasama dan perkongsian idea antara ahli kumpulan.
Melalui pergerakan asas yang kami telah rancang ini sebenarnya memberi kesan kepada kami dalam merancang aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor serta dapat membezakan lokomotor dan bukan lokomotor. Aktiviti ini juga sebenarnya mengajar kami untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis dalam merancang ativiti supaya dapat diaplikasikan semasa di sekolah kelak. Aktiviti ini juga sebenarnya membantu kami dalam menggunakan alatan dengan cara yang betul kerana sebelum ini kami menggunakannya dengan cara yang kurang tepat. Di samping itu, semasa dalam proses mencipta pergerakan dalam stesen-stesen tertentu, ia telah mencungkil kreativiti kami dengan menjana idea yang baru. Kami mendapati bahawa pergerakan asas adalah amat menarik sekiranya kita meletakkan usaha dalam kreativiti untuk mencipta pergerakan baru. Oleh itu, tugasan ini sebenarnya banyak membantu kami dalam merancang pergerakan berserta manipulasi alatan dalam sesuatu pergerakan.
Tugasan ini juga telah memberikan kami pengalaman yang berguna dan dapat diaplikasikan di sekolah kelak. Aktiviti pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor ini penting bagi murid-murid agar mereka dapat membezakan kedua-dua pergerakan tersebut. Di samping itu, kami dapat belajar merancang aktiviti pergerakan asas dengan menggunakan istilah-istilah yang betul. Hal ini kerana, sebelum ini kami menganggap istilah melontar dan membaling adalah pergerakan yang sama. Setelah diberi penerangan dengan jelas oleh Puan Lily, kami berjaya menguasai istilah-istilah tersebut serta dapat mengaplikasikan di sekolah kelak tanpa ragu-ragu.
Pada hakikatnya, tugasan ini agak mencabar kerana kami agak keliru dengan pergerakan secara kumpulan dan individu serta cara memanipulasi alatan. Di samping itu, kami dapat meningkatkan daya ketahanan otot-otot badan sepanjang melaksanakan aktiviti pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasi alatan ini. Tugasan ini memberikan kami pengetahuan dan pengalaman baru sepanjang merancang aktiviti ini.
Pergerakan Asas1.0 PENGENALAN
Dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 2, Pergerakan Asas merupakan salah satu daripada sukatan mata pelajaran yang perlu dipelajari di mana terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Semua guru pelatih bagi program ini diwajibkan untuk menyiapkan satu tugasan yang berkaitan dengan Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor di mana kami perlu menyediakan dan melaksanakan satu perancangan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan iaitu 4 hingga 5 orang dalam satu kumpulan.
Kertas kerja ini merangkumi perancangan dan pelaksanakan satu aktiviti rangkaian pergerakan asas bagi murid-murid Tahap Satu. Aktiviti ini merupakan rangkaian pergerakan asas yang memberi perhatian kepada keseluruhan tubuh badan murid-murid. Semua aktiviti tersebut menitikberatkan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak sama ada dari segi fizikal, mental, emosi, dan juga sosial.
Selain itu, kertas kerja ini juga memberikan panduan kepada guru pelatih untuk menjalani amali dan juga memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang cara dan prosedur untuk merancang dan melaksanakan aktiviti rangkaian pergerakan asas ini. Kertas kerja ini mengandungi panduan pelaksanaan demonstrasi, prosedur pelaksanaan demonstrasi yang dalam bentuk jadual, jenis-jenis pergerakan yang bersertakan gambar-gambar serta pelan kedudukan ujian amali Pergerakan Asas. Hal ini bertujuan memudahkan para guru pelatih melihat carta alir pergerakan asas dalam amali ini. Seterusnya ialah rumusan iaitu kesimpulan mengenai keseluruhan kertas kerja ini.
2.0 MATLAMAT
Amali Pergerakan Asas ini diadakan bertujuan memberi pendedahan atau pendekatan kepada kita yang sebagai bakal guru tentang perancangan dan pelaksanakan aktiviti rangkaian pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan melalui penyediaan kertas kerja di samping membuat persiapan untuk menghadapi ujian amali Pergerakan Asas ini nanti. Selain itu, amali ini juga bertujuan untuk mendedahkan para guru pelatih kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih menarik dan mencabar mengikut tahap umur. Guru pelatih diharapkan dapat menggunakan peluang ini sebaik-
baiknya dengan menimba seberapa banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai pergerakan asas ini dan dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak. Tambahan pula, melalui tugasan amali yang diberikan, para guru pelatih diharapkan boleh mempraktikkan pergerakan secara berkesan dalam kehidupan seharian setelah memperolehi pengetahuan yang maksimum. Bukan sahaja itu, para guru pelatih juga boleh mempelbagaikan kemahiran pergerakan asas dengan menggunakan alatan dan meningkatkan kemahiran serta kecekapan seseorang individu dalam sesuatu pergerakan. Secara langsungnya, guru pelatih yang terlibat dapat meningkatkan kecergasannya dari segi fizikal, mental, emosi dan sebagainya. Amali ini turut bertujuan mempertajamkan imaginasi dan sensiviti serta kreativiti dalam merancang pergerakan asas.
Selain itu, kertas kerja ini dihasilkan bagi mendapat bimbingan pensyarah dalam menyediakan pergerakan-pergerakan yang sesuai untuk murid-murid tahap satu. Semoga amali seperti ini menjadi perintis kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi. Sehubungan itu, melalui tugasan amali ini yang dilakukan secara berkumpulan, turut diharapkan mampu mengeratkan hubungan antara satu sama lain di samping memupuk semangat toleransi dan kerjasama serta membentuk kepimpinan dan sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru.
3.0 OBJEKTIF
Objektif utama yang hendak dicapai melalui rangkaian pergerakan asas ini ialah merekacipta serta melaksanakan rangkaian pergerakan asas
yang mengaplikasikan kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Selain itu, objektif lain yang terlibat ialah guru pelatih dapat:
i. Psikomotor
Melakukan pergerakan manupulasi alatan yang melibatkan aras, daya, arah dan bahagian tubuh badan.
Dapat menggabungkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manupulasi alatan secara bebas yang melibatkan penggunaan manipulasi
alatan.
Melakukan dan menguasai kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan teknik yang betul melibatkan konsep pergerakan asas.
Melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang melibatkan aras, ekstensi dan perhubungan dengan 3 manipulasi alatan.
Melakukan gerak edar menggunakan konsep pergerakan asas.
Memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan.
ii. Kognitif
Menghasilkan satu kertas kerja untuk menyempurnakan satu rangkaian pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan.
Memahami konsep pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan dengan tepat.
Membentuk guru pelatih yang berfikiran kreatif dalam menyediakan pergerakan-pergerakan yang perlu dilakukan di setiap stesen.
iii. Afektif
Menunjukkan sikap dan nilai kerjasama dengan menyumbang idea dan berkongsi maklumat bersama rakan-rakan yang lain.
Mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli kumpulan dan rakan-rakan lain.
Bersikap berdisiplin dan mendengar arahan para penguji semasa ujian amali.
Melahirkan perasaan positif dalam diri guru pelatih dengan menginterprestasi idea secara simbolik melalui pergerakan.
Sentiasa berasa riang, seronok dan yakin semasa melakukan pergerakan dan sentiasa mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
4.0 KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran bagi rangkaian pergerakan asas ini ialah murid Tahap satu iaitu murid tahun 3 yang berumur 9 tahun.
5.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI5.1 PROSEDUR PELAKSANAAN DEMONSTRASI
Bil. Jenis pergerakan5.1Ahli
kumpulan
Aktiviti / kemahiran Catatan
1 Bukan lokomotor A & B Duduk dan baring A & B duduk dan baring sambil melambung dan menyambut bola
secara bergilir-gilir
2 Lokomotor A & B Galop A & B galop sambil melambung dan menyambut bola antara satu
sama lain secara bergilir-gilir
3 Bukan lokomotor A,B & D Berdiri A,B & D berdiri sambil melambung, menampar dan menyambut
bola kepada rakan di sebelah kanannya
4 Lokomotor D Skip D skip ke dalam gelung melepasi seluruh badan
5 Bukan lokomotor C & D Berdiri dan meregang C & D berdiri dan meregang sambil melambung dan menyambut
bola dengan menggunakan tangan dan kaki Berdiri dan
meregang di atas lantai dan peti lombol
Menggunakan bola bersaiz besar.
6 Lokomotor C & D Berjalan dan menggelungsur C & D berjalan dan menggelungsur menghadap tilam sambil
Memutar bola dengan
Bil. Jenis pergerakan5.1Ahli
kumpulan
Aktiviti / kemahiran Catatan
mengangkat kaki D dan memutar bola menggunakan tangan
7 Bukan lokomotor A,B,C & D Duduk A, B, C & D duduk sambil memusing bola untuk dihantar ke rakan
di sebelah kirinya
Memutar bola di atas lantai
8 Lokomotor A & C Ketingting (Hop) A & C ketingting sambil menghayun tali bersama-sama
9 Bukan lokomotor A,B & C Melentik dan berdiri A, B & C berdiri dan melentik sambil menggolek dan menyambut
bola secara bergilir-gilir melepasi bawah badan C
- C melentikkan badan dalam posisi melentang di atas lantai dan kaki dirapatkan
- A & B berdiri sambil membongkokkan badan semasa menggolek dan menyambut bola
10 Lokomotor B Berjalan dengan membongkokkan badan B berjalan dengan membongkokkan badan sambil melantun bola
melalui skitel11 Bukan lokomotor A,B,C & D Berdiri
A, B, C dan & D berdiri sambil menendang bola kepada rakan di sebelah kanannya secara serentak
Bil. Jenis pergerakan5.1Ahli
kumpulan
Aktiviti / kemahiran Catatan
12 Lokomotor C & D Berjalan C & D berjalan ke tepi di atas bangku gimnastik sambil
menghayun gelung bersama-sama
13 Bukan lokomotor A,B, C & D Berdiri B & C berdiri sambil membaling dan menyambut bola sementara
A & D berdiri sambil menggolek gelung antara satu sama lain secara bergilir-gilir
14 Lokomotor A Merangkak A merangkak melalui tangga sambil menggolek bola
15 Bukan lokomotor A & B Membongkok A & B membongkok sambil melantun bola antara satu sama lain
secara bergilir-gilir
Membongkokkan badan dengan kaki dikangkang
16 Lokomotor B Skip B skip sambil melibas tali ke kiri dan ke kanan
Bil. Jenis pergerakan5.1Ahli
kumpulan
Aktiviti / kemahiran Catatan
17 Bukan lokomotor B & C Melentik B & C melentik sambil menarik dan menolak tali
18 Lokomotor C Berjalan C berjalan mengundur sambil memutar gelung
19 Lokomotor C & D Berjoging dan lompat layang (Leap) D berjoging dan membaling bola kepada C yang melakukan
lompat layang di atas papan anjal sambil menyambut bola
20 Bukan lokomotor A,B,C & DBerdiri
A,B,C & D berdiri sambil melambung dan menyambut gelung
Berdiri di atas lutut
5.2 PELAN KEDUDUKAN UJIAN AMALI PERGERAKAN ASASLITAR RANGKAIAN PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR DENGAN MENGGUNAKAN ALATAN
5.3 SENARAI PERALATAN
BIL ALATAN BERAT KUANTITI ALATAN TANGAN
KUANTITI
1 BANGKU PANJANG 2 BOLA 122 SKETEL 5 BOLA BESAR 13 TILAM 3 GELUNG 64 PAPAN ANJAL 1 TALI 25 PETI LOMBOL 1
6.0 RUMUSANPembelajaran pergerakan asas ini merupakan satu topik yang amat penting dalam mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan dalam sekolah rendah. Ini adalah kerana melalui pembelajaran pergerakan asas, murid-murid dapat memperolehi pelbagai teknik pergerakan dan kemahiran manipulasi sesuatu objek. Teknik pergerakan ini, sama ada pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor adalah pergerakan yang kita amat perlukan dalam aktiviti seharian. Oleh itu, melalui pembelajaran pergerakan asas ini, murid-murid dapat menggunakan sesuatu pergerakan dengan gaya dan masa yang betul. Contohnya, ketika guru menggunakan pendekatan belajar melalui bermain, murid-murid akan menggabung jalinkan pelbagai jenis pergerakan yang diperoleh melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang memerlukan individu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain manakala pergerakan bukan lokomotor pula pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan kemahiran lokomotor sama ada berlari, mengimbang dan memanjat. Melalui aktiviti yang dijalankan kami dapat mempelajari bagaimana cara untuk merancang strategi pelaksanaan aktiviti rangkaian pergerakan asas dengan lebih sistematik.Secara tidak langsung, kami dapat membentuk dan menghasilkan corak pergerakan yang menarik. Hal ini dapat membantu kami dalam meningkatkan lagi daya pemikiran dan kreativiti. Oleh demikian, sebagai seorang bakal guru, kami perlu memupuk dan menerapkan daya kreativiti dalam diri masing-masing bagi melahirkan generasi yang lebih kreatif dan inovatif pada masa hadapan.
Seterusnya, kami juga dapat mempelajari pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta mengetahui perbezaannya. Misalnya dalam dua kemahiran yang berbeza seperti melambung dan membaling, kami telah mengalami kekeliruan akibat daripada cara hantaran yang hampir sama. Namun, setelah melakukan tugasan ini, kami dapat mengenal pasti perbezaan antara kedua-dua kemahiran tersebut. Melambung merupakan satu pergerakan untuk melepasi halangan manakala membaling merupakan satu pergerakan untuk menghantar sesuatu objek jarak jauh. Akhir sekali, melalui tugasan ini, nilai kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli kumpulan. Kami bersama-sama berganding bahu untuk menyumbang idea, tenaga, masa, maklumat dan wang ringgit. Kami turut bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan.
Pergerakan kreatifPosted in | 2:16 PM | by pergerakan kreatif(A)
2.0 Pergerakan kreatif
Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkangerakan-gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secarakreatif ( meliputi aktiviti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing ( expressive and functional ) . Dalam aktiviti muzik, pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana kanak-kanak bergerak mengikuti muzik yang dimainkan. Setiap individu meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang didengari.
Fowler(1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam kaedah pengajaran. Kemahiran-kemahiran motor termasuk pergerakan kemahiran asas, permainan, tarian dan aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, pergerakanbermaksud pergerakan tubuh badan iaitu melibatkan motor kasar dan motor halus manakala kreatif pula bermaksud daya cipta seseorang yang diilhamkan oleh pengalaman (inspirasi), persekitaran dan imaginasinya. Kadangkala digabungkan ilhamnya atau diubahsuaikannya untuk menghasilkan sesuatu yang baru.
Sebelum kanak-kanak dapat bergerak sedemikian, perbendaharaan pergerakan perlu diterokai oleh setiap kanak-kanak. Pergerakan melibatkan tiga elemen iaitu ruangan (atas-bawah, kiri-kanan, dan depan-belakang), kuasa (berat-ringan, tegang-regang, tajam-licin) dan masa (cepat-perlahan, panjang-pendek,detik). Apabila kanak-kanak telah mengalami pelbagai cara pergerakan maka mereka dapat menggunakannya dengan lebih kreatif mengikut muzik