Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah
-
Upload
elly-elyana -
Category
Documents
-
view
272 -
download
1
description
Transcript of Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah
KERTAS KERJA PENUBUHAN PRASEKOLAH
1.0 LATAR BELAKANG
>Menyatakan keperluan pendidikan pra dalam negara Malaysia
>Kepentingan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak
-Pendidikan Asas (seimbang & harmoni)
-Persediaan fizikal, mental, sosial, emosi sebelum persekolahan formal
2.0 RASIONAL
>Mengapa peru menubuhkan prasekolah?
Contoh:-Pendidikan kurikulum tambahan lain daripada lain.
-Kurikulum selaras kehendak negara dan pembangunan modal insan
-Yuran yang rasional dsb
>Apa signifikan prasekolah yang hendak ditubuhkan?
3.0 NAMA, VISI & MISI PRASEKOLAH
>Memberi nama prasekolah yang bermakna (pemberian nama prasekolah mempunyai syarat-syarat
tertentu) *Nota akan disediakan di lain waktu :)*
>Visi: Matlamat Jangka Panjang
> Misi: Pernyataan yang lebih terinci dalam menjayakan visi
4.0 OBJEKTIF PENUBUHAN
>Pecahan-pecahan jangkaan atau harapan bagi menjelaskan tujuan penubuhan prasekolah
5.0 LOKASI
>Berikan alamat penuh premis (Juga terdapat lokasi yang sesuai dan tidak sesuai untuk penubuhan
prasekolah)*Nota akan disediakan di lain waktu :)*
6.0 PELAN LANTAI
>Draf lukisan menunjukkan skala betul & tepat
>Usaha penggunaan komputer
>Bahagian dalaman: Tampak dengan jelas pembahagian kawasan P&P, meja kanak-kanak, sudut P&P,
dapur, tandas dan kemudahan lain.
>Bahagian luar: Tampak dengan jelas sudut permainan, sudut pasir/ air dan lain-lain.
7.0 KURIKULUM & PROGRAM PEMBELAJARAN
>Mesti menggunakan kurikulum asas (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, KSPK 2009)
>Menyediakan kurikulum tambahan
>Menyertakan jadual pembelajaran
>Menggunakan buku-buku khas/ alat bantu belajar yang digunakan
>Nyatakan jika ada program tambahan seperti majlis hari jadi, hari terbuka, majlis konvokesyen dan
sebagainya.
8.0 ASPEK PEMAKANAN
>Nyatakan prinsip-prinsip penyediaan makanan ( menunjukkan kualiti pemakanan kanak-kanak)
>Bagaimana bentuk penyediaan makanan. Bermasak? Ditempah?
>Menyertakan menu makanan harian dalam seminggu
>Menyatakan jika ada keistimewaan dalam menu makanan yang disediakan
9.0 ASPEK KEBERSIHAN & KESELAMATAN
>Menyatakan langkah-langkah menjaga kebersihan kawasan prasekolah
>Langkah-langkah kebersihan: Panduan cuci tangan, menggosok gigi dll
>Langkah-langkah keselamatan: Kawasan persekitaran tiada benda tajam/ licin, pengawasan dari
kawasan jalan raya dll.
10.0 KOS PENUBUHAN
>Kos bangunan
>Kos penyediaan sudut-sudut pembelajaran (alat bantu mengajar)
>Kos taman permainan/ kawasan kanak-kanak memperoleh pengalaman
11.0 STAF
>Menyatakan berapa orang staf
>Menyediakan carta organisasi staf
>Kelulusan pendidikan staf
>Program pembangunan profesionalisme staf (kursus dll)
12.0 PENUTUP
>Menyatakan harapan kertas kerja diangkat bagi kelulusan
>Menyatakan harapan sokongan daripada pihak yang dipohon
>Menyediakan aspek kepentingan pendidikan awal kanak-kanak kepada negara.
http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com/2011/01/pra-3110-kertas-kerja-perancangan.html