Kertas Kerja Pembangunan Perisian Realiti Maya (Virtual Reality) Hiwar
-
Upload
shahril-hezrin-shamsuddin -
Category
Documents
-
view
2.005 -
download
11
Transcript of Kertas Kerja Pembangunan Perisian Realiti Maya (Virtual Reality) Hiwar
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN
2008
Pembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti MayaPembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti Maya SOFIAN SAURI HUSSEINSHAHRIL HEZRIN SHAMSUDDIN
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUANPembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti Maya
2
LATAR BELAKANG MASALAH
Perbincangan di bahagian ini difokuskan kepada perkembangan pengajaran dan pembelajaran
bahasa Arab di Malaysia secara am.
Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia.
Sejarah telah membuktikan bahawa kedatangan bahasa Arab adalah lebih awal daripada
bahasa Inggeris (Nik Mohd Rahimi 1999)1. Namun masa yang tepat tidak diketahui kerana
tidak wujud sebarang rekod yang boleh membuktikan bila bermulanya pembelajaran bahasa
Arab di Malaysia. (Ishak Rejab 1987).2
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berlaku di institusi pendidikan yang rasmi dan
tidak rasmi. Pembelajaran secara tidak rasmi ianya dipelajari di masjid-masjid dan surau serta
pondok. Menurut Osman Haji Khalid (1993)3 menyatakan bahawa pengajaran dan
pembelajaran bahasa Arab di negara ini secara tidak formal bermula dengan tertubuhnya
institusi pondok dan sekolah agama rakyat.
Bahasa Arab yang digunakan di institusi pondok adalah bertujuan untuk memahami beberapa
pelajaran yang diajar seperti Tafsir, Hadith, Fiqh, Balaghah, Mantiq, Usul Fiqh dan lain-lain
matapelajaran agama yang ditulis dalam bahasa Arab (Haji Khairuddin 1993)4
Sumber utama Islam adalah Al-Quran dan Hadith, setiap institusi pendidikan yang
berteraskan Islam pasti akan menumpukan segenap usaha dalam memahami dua sumber ini.
Para ibu-bapa bersungguh-sungguh menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah agama
dengan harapan mereka dapat memahami dan mendalami dua sumber utama islam ini.
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUANPembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti Maya
3
Bahkan menurut Zakaria et al. (2003)5. Kesungguhan ini dapat dilihat apabila 95% daripada
responden kajian beliau mementingkan nilai keagamaan dalam semua aktiviti kehidupan yang
berkaitan dengan pendidikan dan juga responden yang berpendapat pendidikan yang berkaitan
dengan pendidikan agama perlu menjadi teras dalam sistem pendidikan negara merupakan
nilai yang paling tinggi (97.7%). Maka bahasa Arab secara tidak langsung duduk sama
penting dengan nilai agama yang diinginkan oleh mayarakat
Pertemuan Pegawai Pendidikan Agama pada tahun 1958 telah mencetuskan satu usaha ke
arah pembangunan yang sistematik dan tersusun bagi pengurusan Sekolah Agama Rakyat.
Pada tahun 1961 tertubuhlah Unit Pendidikan Agama diletakkan di bawah Bahagian Sekolah.
Unit ini kemudian telah mengalami penambahbaikan pada tahun 1973 yang mana ianya telah
ditingkatkan dari unit kepada bahagian dan diketuai oleh seorang Pengarah. Bahagian ini
kemudian telah diperbesarkan kepada Jabatan pada tahun 1995. (Kusuma et al. 2001)6 Ini
memperlihatkan kepada kita betapa pendidikan Islam dan Bahasa Arab mengalami
penambahbaikan dari segi pengurusan dan juga kehendak rakyat Malaysia.
Fenomena ini memperlihatkan sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan seperti Kolej Islam
Sultan Alam Shah dan Sekolah- sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) serta
sekolah agama kelolaan kerajaan –kerajaan negeri juga turut menawarkan bahasa Arab.
Bahasa ini menjadi salah satu matapelajaran yang diajar secara formal di sekolah-sekolah
kelolaan kerajaan (Zawawi Ismail 2001)7
Dalam peperiksaan awam pula, bahasa Arab mula dijadikan subjek pilihan dalam Penilaian
Menengah Rendah(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM).
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUANPembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti Maya
4
Rentetan dari perkembangan pendidikan Islam yang seiringan dengan pendidikan bahasa Arab
bermula semenjak adanya kelas-kelas mengaji al-Quran sehingga terbinanya Kolej Islam
Kelang pada tahun 1956 sebagai institusi pendidikan secara formal dalam pengajaran bahasa
Arab (Zawawi Ismail 2001).
Perkembangan sistem dan pusat pengajian bahasa Arab ini boleh dianggap fasa awal
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia dan perkembangan ini kemudiannya
diuliti perkembangan teknologi maklumat hingga pihak kementerian Pendidikan mula
memperkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dalam
kurikulum bermula tahun 1995.(Yusuf 1998)8.
PERNYATAAN MASALAH
Persekitaran yang tidak merangsang pelajar bertutur bahasa Arab9 menurut Ghazali Yusri et.
al (2006) sebaik mana sekalipun pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berlaku
sekiranya bahasa tersebut tidak digunakan di luar kelas maka pembelajaran secara
keseluruhannya akan menjadi kurang berkesan. Masalah yang menyelubungi persekitaran
bahasa merupakan masalah yang membingungkan bagi sesebuah tempat yang tidak
menuturkan bahasa tersebut kerana individu tidak mampu menguasai komunitinya untuk
menuturkan bahasa tersebut bahkan permasalahan persekitaran bahasa ini juga timbul dari
pelbagai sudut iaitu kemampuan individu adakah dia mampu menguasai bahasa tersebut,
kandungan perbualan yang dipertuturkan, sikap, penerimaan masyarakat dan sebagainya.
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUANPembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti Maya
5
Zainur Rijal dan Rosni Samah (2006)10 juga mendapati cabaran dan halangan penguasaan
bahasa Arab di kalangan pelajar terbahagi kepada dua iaitu;
a) Cabaran dan halangan dalaman
b) Cabaran dan halangan luaran
Ketika mengulas mengenai cabaran dan halangan luaran tujuh halangan dikemukakan dan
didapati sebahagian besar pelajar menjawab bersetuju dengan persekitaran yang kurang
membantu, perspektif masyarakat umum terhadap bahasa Arab, kekurangan alat bantu
mengajar, kekurangan bahan- bahan sokongan, persaingan dengan bahasa- bahasa lain di
dunia, sukatan pelajaran terbatas dan tidak menyeluruh dan gaya persembahan buku teks
kurang menarik. Halangan terbesar yang didapati di antara tujuh perkara yang dikemukakan
ini adalah kekurangan bahan sokongan. Jelas di sini kekurangan sokongan merupakan salah
satu unsur yang kurang menyumbang terhadap persekitaran yang merangsang kepada
kebolehan dan kemampuan pelajar bertutur dan memahami bahasa Arab. Wan Muhammad
dan Ab Halim (2006) merumuskan persepsi pensyarah terhadap tahap penggunaan bahasa
Arab di kalangan pelajar pengkhususan Bahasa Arab di IPTA tempatan seperti Universiti
Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kolej Universiti Islam
Malaysia (KUIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya
(UM) menunjukkan 100% pensyarah kurang atau tidak bersetuju bahawa pelajar bercakap
bahasa Arab ketika di luar kelas, 97% pensyarah kurang atau tidak bersetuju bahawa pelajar
berbual sesama mereka dalam bahasa Arab dan 90.7% pensyarah kurang atau tidak bersetuju
bahawa pelajar biasa membaca majalah Arab. Rumusan ini juga menunjukkan persepsi
pensyarah yang kurang atau tidak yakin dengan persekitaran yang mungkin dialami oleh
pelajar.
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUANPembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti Maya
6
Permasalahan persekitaran bagi pembelajaran bahasa Arab adalah sesuatu yang diakui oleh
kebanyakan pengkaji dan juga mengakui peri pentingnya peranan persekitaran bagi
pembelajaran bahasa Arab dan ini dapat dilihat dari pentakrifan Shihatah et.al (2003)11
mengenai persekitaran iaitu apa yang melingkungi kehidupan seseorang sama ada dari segi
tabiat semulajadi, geografi, manusia dan sebagainya. Manakala persekitaran pembelajaran
pula adalah anasir-anasir berupa medium yang luas bagi memperlengkapkan pelajar ketika
menerima pembelajaran seperti cahaya lampu, warna, suara, kedudukan guru, perabot dan
alatan di dalam kelas dan sebagainya. (Michael Eraut 2003)12.
Kelemahan ketara pelajar dalam penguasaan Bahasa Arab terbukti dengan pengumuman
Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak tentang pembatalan MOU antara IPTS
dengan Al-Azhar. Faktor utama yang menjadi pembatalan adalah disebabkan penguasaan
bahasa Arab yang lemah di kalangan pelajar Al- Azhar. (Berita Harian 2008)13. Kenyataan ini
amat sukar ditelan oleh pelajar universiti Al-Azhar dan telah menimbulkan polemik yang
yang tidak berkesudahan namun yang demikian adalah lebih penting mencari jalan keluar dari
permasalahan ini.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan perisian pembelajaran berbantukan komputer bagi
empat kemahiran bahasa iaitu dengar, tutur, baca dan menulis bahasa Arab di Pusat Bahasa
Kolej Islam Darul Ridzuan.
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUANPembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti Maya
7
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian yang dikenalpasti adalah melalui dua objektif utama.
1. Pembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer bagi kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis bahasa Arab
- membina perisian interaktif bahasa Arab yang dapat menarik minat pelajar
menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.
- Membina perisian interaktif bahasa Arab yang mempunyai ciri- ciri interaktif dan
mambantu dalam mendengar, bertutur,membaca dan menulis.
- Membina perisian yang mampu mewujudkan persekitaran bahasa Arab.
2. Penilaian perisian pembelajaran berbantukan komputer bagi kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis bahasa Arab
- Mengenalpasti perisian interaktif bahasa Arab yang dibangunkan menggunakan
pedekatan pedagogi tutorial, inkuiri, latih tubi dan simulasi.
- Mengenalpasti perisian interaktif bahasa Arab yang dibangunkan menggunakan
strategi pembelajaran, anjal dan akses kendiri.
- Mengenalpasti perisian interaktif bahasa Arab yang dibangunkan berdasarkan teori
behaviorisme.
PERSOALAN KAJIAN
a. Adakah perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bagi empat
kemahiran bahasa Arab ini dapat menarik minat pelajar, menggunakan bahasa Arab
sebagai bahasa pengantar?
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUANPembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti Maya
8
b. Adakah perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bagi empat
kemahiran bahasa Arab ini mempunyai ciri- ciri interaktif dan membantu dalam
mendengar, bertutur,membaca dan menulis?
c. Adakah perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bagi empat
kemahiran bahasa Arab ini dibangunkan menggunakan pedekatan pedagogi tutorial,
inkuiri, latih tubi dan simulasi?
d. Adakah perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bagi empat
kemahiran bahasa Arab dibangunkan menggunakan strategi pembelajaran anjal dan
akses kendiri?
e. Adakah perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bagi empat
kemahiran bahasa Arab ini dibangunkan berdasarkan teori behaviorisme?
f. Adakah perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bagi empat
kemahiran bahasa Arab ini dapat menwujudkan persekitaran bahasa Arab?
DEFINISI ISTILAH.
Perisian
Ianya merupakan bahagian sistem komputer yang berfungsi menjalankan sistem dan terdiri
daripada aturcara, rutin, subrutin dan suruhan yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan.
Penyimpan, penyususn, penjana dan sistem pengendalian juga digolongkan sebagai perisian.
(Kamus Komputer 1995)14
Menurut Simonson dan Thompson (1997) perisian komputer merupakan maklumat ataupun
program yang mengerakkan komputer untuk melakukan sesuatu tugas.15
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUANPembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti Maya
9
Pembelajaran berbantukan komputer.
Siti Fatimah et. Al (2001)16 menakrifkan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
sebagai satu perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa
pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia
(multimedia authoring and programming) untuk pengajaran dan pembelajaran sesuatu
matapelajaran.
Baharuddin et.al (2002)17 menakrifkan PBK sebagai pengajaran dan pembelajaran
menggunakan komputer. Ianya dibahagikan kepada dua iaitu:
i) Komputer sebagai medium untuk mempelajari sesuatu secara langkah demi
langkah.
ii) Komputer sebagai alat pembelajaran secara penemuan dan pelajar diberi
kebebasan meneroka maklumat mengenai komputer.
Menurut Allesi dan Trollip (1985)18 pengajaran dan pembangunan berbantukan komputer
bermaksud penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, membimbing, melatih dan
menilai prestasi pelajar.
Komputer Grafik dan Persekiratan Maya
Komputer grafik secara umumnya ianya adalah berkaitan dengan model, pencahayaan dan
kedinamikan dunia maya dan ini bermaksud manusia boleh berinteraksi dengannya. Ianya
kemudian dikenali sebagai ”phantom world of projections” dan hari ini ianya lebih dikenali
sebagai virtual environment”(persekitaran maya) ataupun ”virtual reality” (realiti maya).
Manusia melihat dan berinteraksi dengan phantom (bayangan) objek yang terpapar dari imej
dan melalui pengalaman yang bukan realiti(bayangan)
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUANPembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti Maya
10
Komputer grafik umumnya telah dipersetujui ramai bahawa ianya dicetuskan oleh Ivan
Sutherland yang telah menghuraikan ”SketchPad System” . Sistem ini dibina dengan
membenarkan pengguna untuk berinteraksi secara melukis di atas skrin dengan menggunakan
satu alat yang dinamakan ”light Pen”. Kebanyakan konsep yang berkaitan dengan komputer
grafik hari ini diambil dari cetusan yang dimulakan oleh Ivan Sutherland. (Mel Slater et. Al
2002)19
Kecerdasan Buatan
Menurut Capron et.al (1993)20 kcerdasan buatan adalah satu penerokaan bagaimana komputer
boleh digunakan bagi tugasan yang menyerupai ciri-ciri manusia seperti kebijaksanaan,
imaginasi dan gerak hati. Istilah ini dilihat mempunyai ciri-ciri khusus seperti berikut:
i) Penyelesai Masalah. Litupan kecerdasan buatan ini boleh dianggap
bermula dari bermain permainan hinggalah kepada perancangan strategi
ketenteraan.
ii) Bahasa semulajadi. Aspek yang melibatkan kajian orang perseorangan
atau komputer yang ruang hubungkaitnya adalah bahasa Inggeris yang
biasa dituturkan.(unconstrained)
iii) Fuzzy Logik. Sebahagian jenis kecerdasan buatan yang membenarkan
mesin ”berfikir” seperti manusia serta membekalkan kaedah yang tepat
bagi mengukur konsep yang tidak jelas.
iv) Sistem Berkeupayaan Tinggi. Kecerdasan buatan adalah
memperkenalkan komputer sebagai satu sistem yang mempunyai
keupayaan yang tinggi bagi penyelesaian sesetengah topik.
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUANPembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti Maya
11
v) Robotik. Kecerdasan buatan ini juga melibatkan kemampuan komputer
sebagai mesin pengendalian di samping kemampuan elektronik bagi
paparan, pertuturan dan sentuhan.
METODOLOGI KAJIAN
Pembangunan perisian ”Hiwar” ini melibatkan tiga fasa utama iaitu:
a) Fasa 1: ”Need Assessment Phase” (Fasa Analisis Keperluan)
b) Fasa 2: ”Design Phase” (Fasa Rekabentuk)
c) Fasa 3: ”Develop & Implement Phase” (Fasa Pembangunan & Pelaksanaan)
FASA1: FASA ANALISIS KEPERLUAN
Matlamat Perisian
Matlamat utama perisian PPBK ini ialah untuk mewujudkan persekitaran bahasa lantas
memudahkan penguasaan pelajar terhadap kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.
Objektif Perisian
Objektif pembelajaran perisian ini ialah supaya pelajar dapat:
i. Menguasai kemahiran mendengar bahasa Arab mengikut situasi.
ii. Menguasai kemahiran bertutur bahasa Arab mengikut situasi.
iii. Menguasai kemahiran membaca bahasa Arab mengikut situasi.
iv. Menguasai kemahiran menulis bahasa Arab mengikut situasi.
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUANPembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti Maya
12
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran perisian PPBK ini adalah pelajar yang mengikuti pengajian di Pusat
Bahasa Kolej Islam Darul Ridzuan di mana mereka telah mampu membaca dan memahami
ayat di dalam bahasa Arab.
Kandungan Perisian
Pembangunan perisian “HIWAR” berasaskan realiti maya ini menggunakan pendekatan
pedagogi tutorial (linear), inkuiri, latih tubi dan simulasi. Berdasarkan kepada pendekatan ini
pengguna bebas untuk memilih bahagian yang ingin mereka ikuti. Di samping integrasi
elemen multimedia interaktif boleh meransang minat pelajar mempelajari perisian ini.
Keperluan Pengkomputeran
Perkakasan
i. Komputer peribadi:
a. Intel Core 2 Extreme Quad-Core
b. Ruang Capaian Rawak (RAM) 4 G
c. Cakera Keras 1TB
d. Pemacu cakera padat (DVD-R)
e. Monitor SVGA dengan resolusi 1024 x 768
f. Graphic Card minima 512 M.B
g. Sound Card, Sound Blaster 5.1
h. Senheizer Microphone
i. Altec Lansing 5.1 Speaker
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUANPembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti Maya
13
Perisian
i. Sistem Operasi : Microsoft Windows XP SP3
ii. Perisian Pengarangan : Macromedia Flash
iii. Penyunting imej : Adobe Photoshop
iv. Penyunting bunyi : Sound Forge
v. Penyunting animasi : Swish, 3D Studio Max
vi. Penyunting VR : Quest 3D
FASA 2: FASA REKABENTUK
Fasa reka bentuk merupakan fasa kedua, selepas menjalankan analisis keperluan. Sebelum
proses mereka bentuk dijalankan, spesifikasi keperluan perisian akan dilihat semula. Ia boleh
diubahsuai atau diperbaiki jika terdapat kelemahan. Fasa ini akan memperincikan reka bentuk
struktur pedagogi perisian PPBK, reka bentuk struktur organisasi kandungan perisian, reka
bentuk langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran dan reka bentuk antara muka yang
digunakan dalam membangunkan perisian ini.
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUANPembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti Maya
14
Rekabentuk Struktur Pedagogi Perisian PPBK
Rekabentuk perisian ini menggunakan pendekatan PPBK Alessi dan Trollip (1991).
Pendekatan tutorial kajian ini ditunjukkan dalam rajah 3.1
Pengenalan Persembahan Soalan/Aktiviti Maklumat & Gerak Balas
Maklum Balas Penilaian Gerak (Pemulihan / Pengayaan) Balas
RAJAH 3.1 Struktur Pedagogi Perisian PPBK “Hiwar”
Pendekatan tutorial dipilih kerana ia memudahkan pelajar atau pengguna membuat pilihan
pelajaran yang dibahagikan kepada tajuk-tajuk yang ingin dipelajari. Maklumat yang
dipersembahkan disusun dengan sistematik dengan menggunakan bahasa yang sesuai dengan
kumpulan sasaran. Rao et al. (1991) menyatakan bahawa tutorial merupakan jenis PPBK yang
agak popular iaitu merupakan pengajaran individu melalui komputer. Komputer akan
bertindak menyampaikan bahan pengajaran secara berturutan. Komputer akan menilai
kawapan pelajar dan member maklumbalas yang sesuai. Oleh itu, pelajar akan dapat belajar
berdasarkan kemampuan mereka dan mendapat motivasi untuk terus belajar keranan tahap
pencapaian dapat diketahui dengan serta merta.
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUANPembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti Maya
15
Rekabentuk Struktur Organisasi Kandungan Perisian
Rekabentuk organisasi kandungan perisian ini adalah gabungan struktur hierarki dan sawang.
Ini membolehkan pengguna memilih tajuk pelajaran yang disediakan. Pengguna dapat
memilih tajuk yang bersesuaian dengan tahap penguasaan Bahasa Arab. Di akhir setiap sessi
tutorial yang disediakan, perisian ini akan menyediakan ruangan soal jawab yang dinamik
1Rujukan
? Nik Rahimi Nik Yusoff. 1999. Tahap kemahiran bertutur bahasa Arab antara jantina, latar belakang keluarga, tahap minat dan pencapaian dalam peperiksaan. Jurnal Pendidikan 24:141-1542 Ishak Rejab. 1992. Masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Dlm Ismail Ab. Rahman. Pendidikan Islam di Malaysia, Bangi: Penerbit UKM.3 Osman Hj. Khalid. 1993 Pengajian Bahasa Arab di Sekolah-sekolah dan Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia Dlm Ismail Ab Rahman, Abdul Aziz @ Ahmad Noh & Mohd Yasin Muda. Isu-isu pendidikan Islam di Malaysia: Cabaran & harapan, Kuala Terengganu: Kolej Agama Sultan Zainal Abidin.4 Haji Khairuddin Mohammad. 1993. Pengajian Bahasa Arab di Terengganu: Suatu Penilaian. Dlm Ismail Ab Rahman, Abdul Aziz @ Ahmad Noh & Mohd Yasin Muda. Isu-isu pendidikan Islam di Malaysia: cabaran & harapan. Kuala Terengganu: Kolej Agama Sultan Zainal Abidin5Zakaria Stapa, Faudzinaim Hj Badaruddin, Zainab Ismail, Mohd Zamro Muda, Roziah sidik@Mat Sidik. 2003. Nilai keagamaan masyarakat melayu dalam arus globalisasi. Prosiding Seminar Kebangsaan Arus Perdana II. Universiti Kebangsaan Malaysia 6 Kusuma T.A. Adris, Vasundra Vasuden, Wong Kwai Chen, Salehuddin Ismail, Cecilia Cathrine Victor, Nor Saidatul Rajeah Zamzam Amin, Isham Ishak, Zurina Zulkarnain, Florence Tan, Rozana Mudzir. 2001. Education in Malaysia a journey to exellence. Kementerian Pendidikan Malaysia7 Zawawi Ismail 2001. Hubungan antara persekitaran bahasa Arab dengan kemahiran bertutur dalam bahasa Arab di kalangan
pelajar universiti di Malaysia. Tesis Sarjana Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.8 Yusuf Hashim. 1998. Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.9 Ghazali Yusri Abd Rahman, Muhd Arsyad Abdul Majid, 2006. Penggunaan Bahasa Arab Komunikasi di Luar Kelas: Sejauh Mana Masyarakat Bersedia. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 5). Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.10 Zainur Rijal Abd Razak, Rosni Samah. 2006. Cabaran dan Halangan Penguasaan Bahasa Arab di Kalangan Pelajar. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 5). Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.11 Shihatah dan Hassan et.al .2003. Al- Mucjam Al- Mustalahat Al- Tarbiyyah wa Al- Nafsiyah. Caerá. Al- Dar Al- Misriyyah Al- Lubnaniyah m/s 86.12 Michael Eraut. 2003The International Encyclopedia of Educational Technology, Oxford: Pergamon Press Lever-Duffy, Judy: Teaching and learning with Technology, USA: Pearson Education, Inc., P222.13 Demonstrasi bantah batal MoU Al-Azhar.2008. Berita Harian. 9 Ogos 2008.14 Kamus Komputer .1995. Dewan Bahasa Pustaka: Kuala Lumpur.15 Simonson, M.R. Thompson, A. 1997. Educational Computing Foundation. New Jersey: Prentice Hall.16 Siti Fatimah Mohd Yassin, Nor Sakinah Mohammad, Aidah Abdullah, Rosseni Din. 2001. The enhancement of student learning in computer education: Faculty of Eduacation experience. Technology and Vocational- Technical Education: Globalization and Future Trends Volume 1, hlm 335-34417 Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin, Manimegalai Subramaniam. 2002. Rekabentuk perisian multimedia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.18 Allesi, S.M. Trollip, R.S. 1985. Computer based instruction method and development. Englewood Cliffos, New Jersey: Prentice Hall.19 Mel Slater. Anthony Steed. Yiorgos Chrysanthou. 2002. Computer Graphic and Virtual Environments. Addison- Wesley. Pearson Education Limited20 Capron, H.L, Perron, J.D. 1993. Computers and information syatems. The Benjamín: Cumming Publishing Company.
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUANPembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti Maya
16
untuk menilai sejauh mana pemahaman pelajar. Rajah 3.2 menunjukkan rekabentuk
organisasi kandungan perisian PPBK “Hiwar”.
PAPARAN TAJUK
MENU UTAMA
ARAS 1
LATIHAN ARAS 2
LATIHAN ARAS 3
LATIHAN
KELUAR
TIDAK
YA
RAJAH 3.2 Rekabentuk Struktur Organisasi Kandungan Perisian PPBK “Hiwar”
Rekabentuk Langkah-Langkah Pengajaran dan Pembelajaran.
Rekabentuk langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran merupakan langkah-langkah
ringkas yang menunjukkan cara sesuatu perisian PPBK akan dipersembahkan. Rekabentuk ini
melibatkan bahagian persembahan maklumat, penilaian dan maklumbalas seperti rajah 3.3
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUANPembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti Maya
17
MULA
MENU
PEMILIHAN ARAS PELAJARAN
PERSEMBAHAN MAKLUMAT
PENILAIAN
MAKLUM BALAS
TAMAT
RAJAH 3.3 Carta Alir Pengajaran dan Pembelajaran Perisian PPBK “Hiwar”
FASA3: FASA PEMBANGUNAN DAN PELAKSANAAN
Prosedur perlaksanaan dalam menbangunkan perisian ini melibatkan aktiviti-aktiviti berikut:
1. Mengenalpasti dan merangka isi kandungan mengikut aras yang ditetapkan.
2. Membina Papan Cerita.
3. Membina skrin paparan antaramuka.
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUANPembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti Maya
18
4. Membina perisian pengecaman suara.
5. Membina Struktur 3D.
6. Merakam Suara dan Pengeditan Audio.
7. Membina Aplikasi Realiti Maya ‘ Virtual Reality’.
8. Kompilasi.
9. Menguji semua aspek navigasi dan interaktiviti.
10. Melaksanakan penilaian formatif dan menganalisis dapatan.
11. Mengubahsuai perisian berdasarkan analisis penilaian formatif.
12. Melaksanakan penilaian sumatif.
13. Menganalisis penilaian sumatif dan melaporkan dapatan.
Pembangunan Perisian
Pembangunan perisian ini dilakukan berdasarkan langkah-langkah dalam prosedur
perlaksanaan perisian. Semua skrin paparan antaramuka dibangunkan dengan menggunakan
perisian Adobe Photoshop. Struktur binaan dan pergerakan animasi 3D akan dibangunkan
dengan menggunakan perisian 3D Studio Max. Rakaman dan pengeditan audio akan
menggunakan SoundForge dan setelah itu, kesemua elemen ini akan dikompilasikan
menggunakan perisian Quest3D. Terdapat juga gabungan aplikasi yang dibangunkan sendiri
dengan menggunakan Bahasa Pengarangan C di dalam pembinaan sistem pengecaman suara.
Perisian ini kemudiannya akan dimasukkan ke dalam komputer yang telah dilengkapi dengan
kemudahan realiti maya untuk tujuan penilaian dan kepenggunaan.
Pengujian Perisian
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUANPembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti Maya
19
Dalam fasa ini, penyemakan dan penilaian perisian dilakukan untuk memastikan sesuatu
perisian menepati cirri-ciri yang telah ditetapkan. Penilaian dan pengujian dilakukan ke atas
pelajar bagi menentukan tahap kesesuaian penggunaan perisian ini. Norhashim et. Al (1996)
menggariskan tiga jenis ujian yang boleh digunakan untuk tujuan pengujian. Jenis-jenis ujian
tersebut adalah seperti berikut:
1. Semakan Input
a. Semakan ini merangkumi semakan isi kandungan, termasuklah semakan aras
yang ditentukan, isi, konsep persembahan, struktur organisasi, pendekatan
yang dipilih serta penggunaan teori dan strategi pembelajaran.
2. Semakan Output.
a. Semakan Output ialah semakan terhadap aspek-aspek warna, grafik, imej serta
animasi. Paparan skrin antaramuka akan dinilai dalam bahagian ini.
3. Semakan Keseluruhan.
a. Semakan keseluruhan dibuat adalah tentang perisian sama ada menarik,
memotivasikan, interaktif serta kebaikan dan kelemahan yagn terdapat dalam
perisian ini.
FASA PENILAIAN
Penilaian Formatif
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUANPembangunan & Penilaian Perisian “Hiwar” Berasaskan Realiti Maya
20
Penilaian formatif merupakan suatu proses penilaian yang dilakukan sepanjang proses
pembangunan sesebuah perisian multimedia. Ianya bertujuan untuk mengenalpasti bahagian
perisian yang perlu diperbaiki.
Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif bertujuan untuk memastikan sesebuah perisian yang dibangunkan berjaya
menepati matlamat yang ingin dicapai. Ianya akan dilaksanakan di akhir suatu proses
pembangunan
Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan ialah:
i. Protokol temubual guru untuk analisis awal
ii. Protokol temual pelajar
iii. Senarai semak penilaian formatif guru
iv. Senarai semak penilaian formatif pelajar
v. Penilaian sumatif guru
vi. Penilaian sumatif pelajar