Kertas Kerja Minggu Kecergasan

5
SK TANJONG SEPAT, KG. TG. SEPAT 42800 KUALA LANGAT, SELANGOR KERTAS KERJA PELANCARAN MINGGU KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH ANJURAN: PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (PISMP) SEMESTER LAPAN IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Transcript of Kertas Kerja Minggu Kecergasan

Page 1: Kertas Kerja Minggu Kecergasan

SK TANJONG SEPAT,

KG. TG. SEPAT 42800 KUALA LANGAT,

SELANGOR

KERTAS KERJA

PELANCARAN MINGGU KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH

ANJURAN:

PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (PISMP) SEMESTER LAPAN

IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Page 2: Kertas Kerja Minggu Kecergasan

1.0 PENDAHULUAN

Aktiviti senamrobik merupakan salah satu sesi memanaskan badan sebelum

melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk

melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan

lebih terancang disamping membantu meransang otot dan tubuh badan

secara teratur. Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang

boleh dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping

memperoleh keseronokan dan ketenangan minda.

Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman

yang mampu meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi

saluran darah tersumbat disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik,

murid-murid dan guru-guru dapat meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya

mampu melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih. Keupayaan fizikal

yang optimum melalui aktiviti senamrobik seterusnya akan dapat

meningkatkan kecerdasan minda.

Aktiviti senamrobik merupakan salah satu aktiviti kecergasan fizikal

yang seimbang terdiri daripada gabungan senaman yang boleh meningkatkan

daya tahan kadiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan otot, ketahanan

dan kelenturan. Selain daripada itu, aktiviti senamrobik juga meningkatkan

kecergasan pelakuan psikomotor yang melibatkan kelajuan, keseimbangan,

koordinasi, kuasa dan ketangkasan.

2.0 NAMA PROJEK

Pelancaran Minggu Kecergasan Peringkat Sekolah

3.0 TARIKH

8 Julai 2013 (ISNIN)

4.0 MASA

8.00 pagi hingga 9.00 pagi

Page 3: Kertas Kerja Minggu Kecergasan

5.0 ANJURAN

Pelajar program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) Semester Lapan IPG KPI

6.0 MATLAMAT

Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan

generasi murid yang cergas dan sihat, serta membudayakan senaman

sebagai amalan rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik,

setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan

dengan iringan muzik beserta senaman yang dapat menyihatkan tubuh

badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina

keyakinan diri murid supaya yakin untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal

dan sukan yang lain.

7.0 OBJEKTIF PROJEK

7.1 Memenuhi sukatan praktikum bagi pelajar PISMP semester lapan

2013.

7.2 Meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk

bersukan.

7.3 Melibatkan penyertaan semua murid.

7.4 Mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas

7.5 Mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul.

7.6 Melatih bakal guru supaya lebih berkemahiran dalam pelbagai bidang

dan sentiasa mencurahkan khidmat bakti kepada semua khususnya

warga sekolah.

7.7 Sebagai salah satu cara untuk mengeratkan silaturrahim antara guru

pelatih dengan warga sekolah.

8.0 LOKASI PROJEK

Padang Sekolah

Page 4: Kertas Kerja Minggu Kecergasan

9.0 KUMPULAN SASARAN

9.1 Semua warga Sekolah yang diertikan seperti berikut:

9.1.1 Murid/pelajar

9.1.2 Guru

10.0 CADANGAN ATURCARA

LAMPIRAN A

11.0 JAWATANKUASA INDUK

LAMPIRAN B

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Tiada

13.0 SUMBER KEWANGAN

1) Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat

14.0 PENUTUP

Senamrobik ini diharapkan sebagai satu platform bagi warga pendidikan

memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang mudah dan

menyeronokkan.

Oleh itu, adalah menjadi hasrat dan harapan jawatankuasa pelaksana

supaya projek ini mendapat perhatian, pertimbangan dan seterusnya

sokongan daripada semua pihak. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat

kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Page 5: Kertas Kerja Minggu Kecergasan

Disediakan oleh,

…………………………….

(FATIMAH BINTI NAZERI)

Setiausaha Pelaksana,

Pelancaran Minggu Kecegasan Peringkat Sekolah,

Sk Tanjung Sepat 2013,

IPGM Kampus Pendidikan Islam.

Disemak oleh,

…………………………………

(EN MUHAMMAD ZAIMIE B. ZAHARI)

Setiausaha Kokurikulum,

SK Tanjung Sepat

42800 Tanjung Sepat,

Kuala Langat,

Selangor

Disokong oleh,

………………………………..

(EN JOHARI BIN ISMAIL)

Guru Besar,

SK Tanjung Sepat

42800 Tanjung Sepat,

Kuala Langat,

Selangor