Kertas Kerja Merentas Desa 2013
-
Upload
faris-farfaez -
Category
Documents
-
view
240 -
download
5
description
Transcript of Kertas Kerja Merentas Desa 2013
KERTAS KERJA
KARNIVAL BOLA BALING JEMPUTAN TERTUTUP SMK BUKIT MERCHU
PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN
SMK BUKIT MERCHU TAHUN 2014
1. PENGENALAN
Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh kelab bola baling SMK Bukit Merchu. Pertandingan ini disertai oleh ahli kelab bola baling dan pelajar yang akan mewakili sekolah dalam pertandingan bola baling peringkat daerah . Aktiviti ini diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokurikulum.
2. MATLAMAT
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sebelum bertanding perlawanan sebenar ke peringkat daerah. Melalui aktiviti ini dapat mengekalkan pencapaian permainan bola baling di tempat pertama lima kali berturut-turut untuk pemain bawah 18 tahun.
3. OBJEKTIF
3.1 Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas.
3.2 Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam kalangan pelajar dan guru melalui pertandingan.
3.3. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga Merchuan dalam mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya.
3.4. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah.
4. KUMPULAN SASARAN
4.1 SMK Bukit Merchu (2 kumpulan)
4.2 SMA Maahad al-Mizan
4.3 SM Perempuan RPK
4.4 SM Raja Muda Musa
5. FORMAT PERTANDINGAN
Karnival ini berformat liga. Semua pasukan akan bertemu sekali dan juara ditentukan melalui kiraan mata.
5. TARIKH DAN TEMPAT KEJOHANAN
Tarikh : 15 Februari 2014.
Masa : 8.00 pagi 12.30 tengah hari
Tempat : SMK Bukit Merchu
6. ANGGARAN PERBELANJAAN
SUMBER KEWANGAN
Bantuan sukan sekolah RM 140.00
JUMLAH RM 140.00
PERBELANJAAN
Minuman dan makanan pelajar dan guru 50 x 2.00 RM 100.00HampersPiala PusinganBolaMinyak Hitam
Pancang Jaring
JUMLAH RM140.00
7. PENUTUP
Semoga aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar sebelum bertanding perlawanan sebenar di peringkat daerah. Melalui aktiviti ini dapat mengekalkan pencapaian permainan bola baling di tempat pertama empat kali berturut-turut untuk pemain bawah 18 tahun.
Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,
......................................................... ........................................................(PN HJH ZUBEDAH BT HASHIM) ( PN ZAINI BINTI MAT SAMAN) Pengurus bola baling PK Kokurikulum SMK Bukit Merchu,K.Kangsar
Diluluskan Oleh ,
.............................................
( NOLITA BT ABD. RAHIM)
Pengetua
SMK Bukit Merchu,Kuala Kangsar