Kertas kerja lembah bujang
-
Upload
muhamad-farhan -
Category
Education
-
view
315 -
download
5
Transcript of Kertas kerja lembah bujang
KERTAS KERJA
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LEMBAH BUJANG DAN MUZIUM
ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG
MATA PELAJARAN EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
1.0 PENDAHULUAN
Program lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar guru mengenai konsep
budaya dan pengetahuan tentang pelbagai aspek sosio-budaya. Melalui lawatan ini,
pelajar guru akan menanamkan semangat menghargai kepentingan bahan-bahan
artifak peninggalan pelbagai kelompok-kelompok budaya di Malaysia.
2.0 OBJEKTIF
Lawatan sambil belajar ini akan memantapkan lagi keupayaan pelajar guru untuk:
i. memberi fokus kepada konsep budaya dan latar belakang kepelbagaian
kelompok masyarakat Malaysia.
ii. mengukuhkan pemahaman pelajar guru tentang kandungan matapelajaran
Budaya dan Pembelajaran di luar bilik darjah.
iii. meningkatkan pengetahuan pelajar guru mengenai ciri-ciri sosiobudaya di
Malaysia
iv. menanamkan sifat menghargai kesan-kesan peninggalan sejarah zaman silam
seperti dokumen dan artifak bersejarah mengenai pengaruh agama Hindu di
Lembah Bujang
v. meluahkan ilmu pengetahuan dan kesedaran para pelajar guru tentang latar
belakang pelajar di tempat bertugas kelak. Dengan ini, pelajar guru akan
menyesuaikan pedagogi mesra budaya selaras dengan keperluan peribadi.
3.0 BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 8 JULAI 2012
Hari : Ahad
Tempat : Lembah Bujang dan Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah
4.0 BILANGAN PESERTA
Seramai 33 orang pelajar guru PISMP Tahun 3 2012 mewakili kelas T3MT1, T3MT3,
T3SN1 dan T3KS berserta 1 orang pensyarah pengiring.
5.0 JAWATANKUASA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LEMBAH
BUJANG DAN MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG, MERBOK, KEDAH
Penaung : Tuan Haji Khalid b. Haji Ahmad, Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang
Pensyarah Penasihat : Pn. Soo Hoo Soon Teng (Penyelaras Matapelajaran)
: En. Kamil Nasuruddin bin Darus
: En. Harry Tombas
: Datin Rashidah bt. Abd Rahim
: En. Ng Weng Tutt
: En. Rajoo a/l Arokiasamy
Pengerusi Program : Mohd Nizamudin b. Mohd Pauzi (T3MT1)
Setiausaha : Muhamad Farhan b. Abdul Halim (T3MT1)
Bendahari : Mohamad Azlan b. Mohd Taher (T3MT1)
AJK Makanan : Ahmad Rafaie b. Abdullah (T3MT1)
6.0 TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI
8.00 pagi • Semua pelajar guru berkumpul di gelanggara
8.30 pagi • Bertolak ke Lembah Bujang
10.30 pagi • Tiba ke destinasi
10.45 pagi • Melawat ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang
12.30 tengahari • Rehat, solat Zohor dan makan tengahari
2.00 petang • Melawat monumen (candi) sekitar Lembah
Bujang
3.30 petang • Berkumpul di tempat letak kenderaan
4.00 petang • Bertolak pulang ke IPG Kampus Pulau Pinang
7.0 PERUNTUKAN
BIL PERKARA PERBELANJAAN/KOS
1. Makan RM12 x 1 Hari x 33 orang pelajar guru
= RM396.00
2. Penginapan Tiada
3. Hadiah/Cenderamata 1 set
4. Pengangkutan Bas Persiaran ( 1 buah bas)
JUMLAH BESAR RM396.00
8.0 SENARAI NAMA PESERTA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LEMBAH
BUJANG DAN MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG
Sila rujuk lampiran yang dilampirkan
9.0 PENUTUP
Semoga program lawatan ini dapat berjalan dengan lancar dan menepati objektif yang
dirancang. Sehubungan itu, diharap Tuan Pengarah dapat meluluskan kertas cadangan
ini serta memberi peruntukan dari segi pembiayaan perbelanjaan supaya program yang
bakal dijalankan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi impak yang
memanfaatkan pelajar guru khususnya Tahun 3, 2012.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
………………………….. …………………………
(MUHAMAD FARHAN B ABDUL HALIM) (PN. SOO HOO SOON TENG)
Setiausaha, Penyelaras EDU 3106
PISMP Tahun 3, Budaya dan Pembelajaran,
IPG Kampus Pulau Pinang IPG Kampus Pulau Pinang
Disahkan oleh,
…………………………..
(MOHD MASHOR BIN MUSTAPA)
Ketua,
Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPG Kampus Pulau Pinang
Diluluskan / Tidak diluluskan,
……………………………….
(KHALID BIN AHMAD)
Pengarah,
IPG Kampus Pulau Pinang.
………………………….. …………………………
(MUHAMAD FARHAN B ABDUL HALIM) (PN. SOO HOO SOON TENG)
Setiausaha, Penyelaras EDU 3106
PISMP Tahun 3, Budaya dan Pembelajaran,
IPG Kampus Pulau Pinang IPG Kampus Pulau Pinang
Disahkan oleh,
…………………………..
(MOHD MASHOR BIN MUSTAPA)
Ketua,
Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPG Kampus Pulau Pinang
Diluluskan / Tidak diluluskan,
……………………………….
(KHALID BIN AHMAD)
Pengarah,
IPG Kampus Pulau Pinang.