Kertas Kerja Klinik Bola Jaring (1)
description
Transcript of Kertas Kerja Klinik Bola Jaring (1)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN,
06000 JITRA, KEDAH.
___________________________________________________________________
KERTAS KERJA
KLINIK BOLA JARING
TARIKH:
7 JULAI 2013 – 25 JULAI 2013
ANJURAN:
GURU-GURU INTERNSHIP SEMESTER 8
AMBILAN JANUARI 2010
IPG KAMPUS DARULAMAN
TEMPAT:
PADANG BOLA JARING
SEKOLAH KEBANGSAAN DARULAMAN HEIGHTS
1.0 PENDAHULUAN
Internship adalah satu tempoh latihan dan penilaian yang berterusan dan
guru pelatih perlu sentiasa berada di sekolah pada waktu persekolahan yang
ditetapkan. Sepanjang tempoh internship guru pelatih boleh mengikuti
pertandingan, kursus, bengkel atau mesyuarat (yang berkaitan) di luar
sekolah di bawah pemantauan pihak guru besar. Intership adalah latihan
wajib bagi semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(PISMP) semester 8 ambilan Januari 2010. Bagi memenuhi kriteria untuk
lulus cemerlang dalam latihan internship ini, kami guru pelatih IPG Kampus
Darulaman yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights
telah merancang beberapa program untuk dilaksanakan sepanjang latihan ini.
Antaranya ialah Klinik Bola Jaring.
2.0 RASIONAL
Memberi peluang kepada murid perempuan tahun 4 dan 5 untuk
menonjolkan minat, bakat dan kecenderungan dalam sukan bola jaring.
3.0 MATLAMAT
Matlamat utama pelaksanaan Klinik Bola Jaring ini adalah untuk melahirkan
murid yang seimbang dari segi jasmani dan emosi. Menerusi aktiviti Klinik
Bola Jaring ini, adalah diharapkan dapat mengenengahkan bakat baharu kepada
SKDH sebagai persediaan untuk pasukan bola jarring pada tahun 2014.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Mewujudkan pasukan bola jaring yang baharu.
4.2 Membuat pemilihan pemain berdasarkan stamina yang menepati
kehendak jurulatih.
4.3 Membuat pemilihan pemain berdasarkan kriteria pemain yang
dikehendaki.
4.4 Memberi pendedahan awal kepada murid tentang kemahiran asas bola
jaring.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Murid perempuan tahun 4 dan 5 Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights
seramai 35 orang.
6.0 JAWATANKUASA
Rujuk Lampiran 1
7.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT
7 Julai 2013 – 25 Julai 2013
Pukul 5.15 petang – 7 petang
Padang Bola Jaring, Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights
8.0 PERANCANGAN AKTIVITI
Rujuk Lampiran 2
9.0 PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran 3
10.0 PENUTUP
Kami selaku ahli jawatankuasa pelaksana Klinik Bola Jaring meminta jasa
baik pihak tuan agar mempertimbangkan usul dan peruntukan yang kami
pohon. Semoga Klinik Bola Jaring yang dirancang sepanjang 3minggu ini
dapat memberi manfaat kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan
Darulaman Heights. Justeru, segala perhatian dan jasa baik pihak tuan, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights dalam memberi kelulusan
terhadap usul dan peruntukan yang dipohon, amatlah dihargai. Sekian, terima
kasih.
Disediakan oleh,
……………………………………………….
(NURULJANNAH BINTI MOHD MAZUKI)
Setiausaha,
Klinik Bola Jaring,
Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights.
LAMPIRAN 1
JAWATANKUASA KERJA
KLINIK BOLA JARING SEKOLAH KEBANGSAAN DARULAMAN HEIGHTS
PENAUNG : ENCIK ZULKEFLEE BIN ALWI
PENGERUSI : ENCIK CHIAH SUPHON A/L NAY SWAT
PENYELARAS : PUAN DALINA BT ZAINAL ABIDIN
NAIB PENYELARAS : NOOR AYU IZZATI BINTI ISMAIL SHAH
SETIAUSAHA : NURULJANNAH BINTI MOHD MAZUKI
NAIB SETIAUSAHA : NUR IDAYU BINTI MOHD NOOR
BENDAHARI : FADILAH BINTI MOHD PUAD
AHLI JAWATANKUASA
JK MAKANAN : PREM SUKCHAREAN A/L KIM CHEE
JK PERALATAN/ TEMPAT : ARIFFUDDIN BIN SAAD
JK DOKUMENTASI : MOHD ASYRAF BIN HJ ABDULLAH
LAMPIRAN 2PERANCANGAN AKTIVITI
KLINIK BOLA JARING SEKOLAH KEBANGSAAN DARULAMAN HEIGHTS
TARIKH: 7 JULAI 2013 – 25 JULAI 2013
MINGGU/
TARIKHAKTIVITI CATATAN
MINGGU 1
30.7.2013 -
4.7.2013
Perancangan
MINGGU 2
7.7. 2013 –
11.7.2013
Pemilihan pemain bagi pasukan bola jaring yang baharu
Latihan kecergasan (fitness)o Lariano Tekan tubio “Bench step-up”o “Sit-up”
MINGGU 3
14.7.2013 –
18.7.2013
Pengenalan tentang sukan bola jaringo Peraturan permainan, kawasan
bermainan, posisi pemain, peralatan dan system pertandingan.
o Teori kemahiran hantaran Hantaran aras dada Hantaran aras bahu Hantaran lantun Hantaran lob Hantaran bawah tangan
MINGGU 4
21.7.2013 –
25.7.2013
Teori kemahiran asas bola jaringo Pergerakan kakio Menjaringo Menghalango Mengelak
LAMPIRAN 3PERBELANJAAN
No Perkara Harga Seunit
(RM)
Kuantiti Jumlah (RM)
1. Minuman 0.50 35 orang 17.50
JUMLAH KESELURUHAN 17.50
BAHAGIAN PENGESAHAN
BAHAGIAN A: SETIAUSAHA SUKAN
Data dan maklumat yang diberikan adalah betul.
Butiran kewangan yang diberikan adalah betul
Telah disemak dengan teliti
ULASAN(Jika ada)
……………………………………………………………………………………………….....
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
……………………… ………………………….
(Tarikh) (Tandatangan & Cop)
BAHAGIAN B: PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Disahkan betul.
DISOKONG / TIDAK DISOKONG
ULASAN(Jika ada)
……………………………………………………………………………………………….....
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
……………………… ………………………….
(Tarikh) (Tandatangan & Cop)
BAHAGIAN C: GURU BESAR
Tarikh sesuai/ Tidak sesuai
Masa sesuai/ Tidak sesuai
DISOKONG/ TIDAK DISOKONG
ULASAN(Jika ada)
……………………………………………………………………………………………….....
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
……………………… ………………………….
(Tarikh) (Tandatangan & Cop)