Kertas Kerja KESIHATAN
-
Upload
hafizah-hamid -
Category
Documents
-
view
296 -
download
1
description
Transcript of Kertas Kerja KESIHATAN
1.0 PENDAHULUAN
Program Kempen Kesihatan Orang Asli adalah hasil kerjasama
bersepadu semua pihak untuk memastikan warga sekolah dan
masyarakat setempat bebas dan selamat daripada serangan nyamuk
aedes. Pihak sekolah berusaha untuk menerangkan punca dan bahaya
denggi terhadap para pelajar, keluarga, masyarakat dan negara. Adalah
diharapkan agar program Minggu Anti Denggi dapat mencapai
sasarannya.
Minggu Anti Denggi ini merupakan program yang dirancang khas
selama 4 hari untuk memberi maklumat, di samping menjalankan aktiviti-
aktiviti yang boleh memberi faedah kepada semua pihak. Walaupun
program seumpama ini julung kali diadakan, diharap dapat berjalan
dengan lancar seperti yang dirancangkan.
2.0 RASIONAL
2.1 Mengikut statistik Pejabat Kesihatan Daerah Gombak kawasan
sekitar Kampung Melayu merupakan salah satu kawasan yang
mempunyai kes denggi paling tinggi sepanjang 2007. Denggi yang
berpunca daripada nyamuk aedes boleh merebak dan membunuh
mangsanya.
2.2 Oleh itu, Program Minggu Anti Denggi bertujuan untuk
memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya denggi dan
kesan-kesannya.
3.0 MATLAMAT
3.1 Memberi kesedaran kepada para pelajar, warga sekolah,ibu bapa
dan masyarakat setempat terhadap tanggungjawab menghapuskan
tempat pembiakan dan cara mencegah pembiakan nyamuk aedes di
kawasan rumah mereka.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Pelajar dapat mengetahui dan menyedari bahaya denggi dan kesan-
kesannya.
4.2 Dapat menyemai sikap tanggungjawab melindungi keluarga dan jiran
daripada jangkitan denggi.
4.3 Membentuk pelajar yang bertanggungjawab dan perihatin terhadap
persekitaran mereka dan bertindak dengan segera.
5.0 PELAKSANAAN
5.1 Tarikh : 3 Mac hingga 6 Mac 2008
5.2 Hari : Isnin sehingga Khamis
5.3 Masa : 7.40 pagi sehingga 12.30 tengah hari
5.4 Tempat : SK Sungai Buloh
6.0 KUMPULAN SASARAN
6.1 Semua Murid-murid Tahap Dua
7.0 PERSONALIA
7.1 Guru Besar : Tn. Hj. Zulkifli Hj. Hainin
7.2 Guru PK 1 : En. Shamuri Boradi
7.3 Guru PK HEM : Pn. Hjh. Sumiah Abd. Rahman
7.4 Guru PK Kokurikulum : En. Halimon Suratman
7.5 Guru PK Penyelia Petang : En. Yusof Sudin
7.6 Guru Bimbingan dan Kaunseling : Pn. Wan Pidura Wan Ali
7.7 Ketua Aliran Tahun 4, 5 dan 6
7.8 Guru-guru Tahun 4, 5 dan 6
7.9 Ketua Guru Disiplin
7.10 Penyelaras Unit Kesihatan dan Keselamatan, Unit Disiplin dan Unit
Kebersihan dan Keceriaan.
8.0 CADANGAN PENCERAMAH
8.1 Dr. Fadzillah Hanom Mohd Nor
Pejabat Kesihatan Daerah Gombak, Selangor.
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
9.1 Penceramah - RM 150.00
9.2 Cenderahati - RM 20.00
9.3 Hadiah untuk pemenang
RM 3.00 x 27 - RM 87.00
9.4 Jamuan Ringan
RM 3.00 x 12 - RM 36.00
JUMLAH RM 293.00
10.0 SUMBER KEWANGAN
10.1 PIBG SK Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
11.0 JAWATAN KUASA PROGRAM
11.1 Penasihat : Hj. Zulkifli Hj. Hainin
( Guru Besar SK Sungai Buloh )
11.2 Pengerusi : En. Samuri Boradi
Pn. Hjh. Sumiah Abd. Rahman
En. Halimon Suratman
En. Yusof Sudin
11.3 Ketua : Pn. Norhanida Saaidin
11.4 Setiausaha : Pn. Faridah binti Majid
11.5 Bendahari : Pn. Suzanna Md Saud
11.6 Ajk : Pn. Norazuwani Mohammad Arif
Pn. Zakiyah Abdullah
Pn. Nooriza Ramlan
Pn. Noor Anita Ishak
12.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
12.1 Penyambut Tetamu
Hj. Zulkifli Hainin
En. Samuri Boradi
Pn. Hjh. Sumiah Abd. Rahman
En. Halimon Suratman
En. Yusof Sudin
12.2 Kertas Kerja
Pn. Faridah binti Majid
12.3 Buku Program
Pn. Noor Anita Ishak
Pn. Rohana Arshad
12.4 Hadiah dan Cenderahati
Pn. Azlina Ebil
Pn. Norlaili Daud
12.5 Persiapan dan Mengemas Dewan
En. Rosmanizam Ismail
En. Mohd Kamis Basirun
En. Narasiman
En. Najmuddin Ya
En. Farid Wajidi
12.6 Jamuan Ringan
Pn. Aminah Yaakub
Pn. Fodziah KM. Nordin
12.7 Siaraya
En. Mokhtar Mahmod
En. Nurasyid Nordin
12.8 Persiapan Sudut Pameran
En. Nordin Sariman
En. Mohammad Nor Shariff
Pn. Adiyatul Zailah
Pn. Rosnah Non
12.9 Kawalan Disiplin
En. Mohd Noor Yunus
En. Kamis Basirun
Pn. Norseha Mohammad Rejab
Pn. Nor Azizah Othman
Pn. Sulia Suhed
12.10 Juru acara
Pn. Wan Pidura Wan Ali
12.11 Bacaan Doa
En. Jakaria Abdullah
12.12 Dokumentasi
En. Hafiz Bakhtiar
12.13 Hakim Pertandingan
Melukis Poster
i. Pn. Rosmawati Ali
ii. Pn. Hasliza Hassan
iii. Pn. Fazillah Che Will
Pertandingan Mengarang
i. Pn. Nooriza Ramlan
ii. Pn. Luctcumy a/p Ramoorty
iii. Pn. Zakiyah Abdullah
iv. Pn. Anizah Ahmad
v. Pn. Shuriza Shukor
vi. Pn. Normala Sanusie
12.14 Hiasan Pentas
Pn. Nor Ameta Abd. Razak
Pn. Ruzaini Rahman
En. Jeffri Supagat
En. Yusri Saad
Pn. Zaimah Abd. Rahman
13.0 JADUAL PELAKSANAAN
TARIKH MASA AKTIVITI SASARAN TINDAKAN TEMPAT
3/3/2008
(ISNIN)
7.40-8.10
- Perhimpunan
- Perasmian
kempen
Minggu
Mencegah
Denggi
Murid
Tahap 2
Guru Besar
GPK HEM
Guru B&K
Tempat
Perhimpunan
8.40-10.10
-Pertandingan
Mengarang
dalam BM/BI
Murid
Tahap 2
Ketua Aliran
Guru Tahap 2
Bilik Darjah
4/3/2008
(SELASA)
7.40-10.10
Ceramah
Pencegahan
Denggi oleh Dr.
Fadzillah Hanom
Mohd Nor
Murid
Tahap 2
GPK HEM
Guru B&K
AJK
Pelaksanaan
Dewan
Terbuka
10.30-
12.30 Pameran
Murid
Tahap 2
GPK HEM
Guru B&K
AJK Pameran
Pusat
Sumber
5/3/2008
(RABU)
8.00-10.00 Melukis
Poster
Murid
Tahap 2
GPK HEM
Guru B&K
AJK
Pelaksanaan
Dewan
Terbuka
6/3/2008
(KHAMIS)
7.40-10.10
Perasmian
Penutup dan
Penyampaian
Hadiah
Murid
Tahap 2
Guru Besar
GPK HEM
Guru B&K
Semua AJK
Pelaksana
Program
Dewan
Terbuka
* Selepas rehat, Pengajaran-pembelajaran akan berjalan seperti biasa. Guru
yang mengajar kelas yang terlibat diminta masuk seperti jadual biasa.
14.0 JADUAL PROGRAM CERAMAH MENCEGAH DENGGI
Tarikh : 3 Mac 2008
07.40 pagi : Pesertamengambil tempat
08.00 pagi : Ketibaan Jemputan
08.15 pagi : Ucapan Pengerusi Kempen Mencegah Denggi
( Pn. Hjh. Sumiah Abd. Rahman )
08.35 pagi : Ceramah Pencegahan Denggi
( Dr. Fadzillah Hanom Mohd Nor )
09.40 pagi : Bacaan Ikrar oleh semua murid Tahap Dua
09.50 pagi : Penyampaian Cenderahati
10.00 pagi : Majlis Bersurai dan Rehat
15.0 JADUAL PERASMIAN PENUTUP KEMPEN ANTI DENGGI
Tarikh : 6 Mac 2008
07.35 pagi : Peserta mengambil tempat masing-masing
08.00 pagi : Ketibaan Yang Dipertua PIBG SKSungai Buloh.
( Dato Dr. Razak Nordin )
08.15 pagi : Ucapan Guru Besar SK Sungai Buloh.
( Hj. Zulkifli Hj. Hainin )
08.35 pagi : Ucapan Perasmian Penutup Program Kempen Anti
Denggi Dato Dr. Razak Nordin YDP PIBG , SK Sungai
Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
09.15 pagi : Penyampaian Hadiah kepada para pemenang
Pertandingan Melukis Poster, Pertandingan
Mengarang Esei dalam Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris.
09.50 pagi : Bacaan hasil karangan terbaik Pertandingan Mengarang
Esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
10.00 pagi : Penyampaian Cenderahati
10.05 pagi : Majlis bersurai dan rehat
16.0 Penutup
Semoga program yang dijalankan selama seminggu ini akan dapat
memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya jangkitan denggi
dan kesan-kesannya. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk melahirkan
insan yang sihat dan cergas serta dapat menimbulkan rasa
tanggungjawab kepada diri, keluarga, agama dan negara. Pencegahan
tempat pembiakan nyamuk aedes adalah tanggungjawab bersama.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
-------------------------- ---------------------------( FARIDAH MAJID ) (NORHANIDA SAIDIN )Setiausaha, Ketua,Unit Keselamatan dan Unit Keselamatan dan Kesihatan Kesihatan
Disahkan oleh,
-------------------------------------( HAJAH SUMIAH ABDUL RAHMAN )
Pengerusi Unit Keselamatan dan Kesihatan