Kertas Kerja Kem Tkrs

8
 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KUALA KETIL KERTAS KERJA PERKHEMAHAN TAHUNAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH TEMPAT: TAPAK PERHIMPUNAN SEKOLAH TARIKH: 30 OKTOBER HINGGA 1 NOVEMBER 2012

description

s

Transcript of Kertas Kerja Kem Tkrs

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KUALA KETIL

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN TAHUNAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

TEMPAT: TAPAK PERHIMPUNAN SEKOLAH

TARIKH: 30 OKTOBER HINGGA 1 NOVEMBER 2012

PERKHEMAHAN TAHUNAN TUNAS KADET REMAJASEKOLAH SJK(C) KUALA KETIL,09300, KUALA KETIL, KEDAH DARUL AMAN.

1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan Tahunan ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh Tunas Kadet Remaja Sekolah, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kuala Ketil pada setiap tahun. Aktiviti tahunan ini disertai oleh ahli unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah yang terpilih di SJK(C) Kuala Ketil. Ia akan diadakan di Tapak Perhimpunan SJK(C) pada 30 Oktober hingga 1 November 2012. Aktiviti tahunan ini dilaksanakan bagi memenuhi kurikulum Tunas Kadet Remaja Sekolah di samping menyahut kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh setiap ahli apabila menempuhi alam dewasa kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada setiap peserta bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan-kelemahan diri untuk bergerak ke hadapan. Selain itu, diharapkan perkhemahan yang dianjurkan ini akan memberi laluan minda kepada setiap peserta dalam menyampaikan mesej hubungan di antara manusia dan alam sekitar di samping memaparkan dan menginsafi diri para peserta tentang penggunaan masa. Perkhemahan ini juga diharap dapat menanam rasa bersyukur di samping dapat menyuntik pengetahuan berguna kepada setiap peserta.

3.0 OBJEKTIF

Diharap perkhemahan tahunan ini dapat;

3.1Memberikan peluang kepada setiap peserta untuk merasai pengalaman perkhemahan.

3.2Melatih setiap peserta untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.

3.3Memberi kesedaran kepada peserta agar bertindak pantas dalam sebarang masa kecemasan dengan penggunaan sebarang benda yang ada di persekitaran.

3.4Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.

3.5Melahirkan para peserta yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa menyertai aktiviti dalam kumpulan.

3.6Memberi peluang kepada para peserta untuk mempraktikkan cara-cara atau teknik-teknik perkhemahan yang betul merangkumi pemilihan kawasan, pemasangan dan penjagaan khemah, penyediaan bekalan makananserta aspek keselamatan diri.

3.7Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

4.0 CADANGAN

4.1Tarikh yang dirancang ialah 30 oktober hingga 1november 2012.

4.2Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam

4.3Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.

4.4Tentatif program adalah seperti Lampiran.

5.0 IMPLIKASI

5.1Program ini melibatkan ahli terpilih dari tahun 4, 5 dan 6 unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah. (senarai peserta adalah seperti Lampiran)

5.2Melibatkan beberapa orang guru yang menjadi guru pembimbing dan fasilitator jemputan.

5.3Kewangan adalah seperti yang tercatat dalam perbelanjaan.

6.0 PERASMIAN

Program perkhemahan Tahunan Tunas Kadet Remaja Sekolah ini akan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SJK(C) Kuala Ketil, Ng Hooi Lan dalam majlis Perasmian Penutup Perkhemahan Tahunan Tunas Kadet Remaja Sekolah di kantin sekolah.

7.0 JAWATANKUASA

7.1 Jawatankuasa Pengurusan

Penaung : Puan Ng Hooi Lan (Guru Besar SJK(C) Kuala Ketil)Penasihat : Thum Chak Meng (PK Kurikulum) Lee Ming Yuen (PK HEM)Penyelaras : Chang Poh Woon (PK Kokurikulum)Setiausaha :Siw Vin Cci Bendahari :Noraini binti Omar

7.2 Jawatankuasa Kerja

Pengurus Peserta :Ng Chai PhingBidang Tugas: Menyediakan murid-murid untuk menyertai perkhemahan Menyediakan borang kebenaran ibu bapabagi setiap peserta. Menyediakan segala peralatan yang diperlukan semasa perkhemahan. Menyediakan jadual guru bertugas. Memastikan penyediaan senarai semak peralatan lebih awal. Memastikan disiplin peserta sebelum danselepas perkhemahan.

Pengurus Khemah : Rosli bin Mat IsaBidang Tugas: Menyediakan pelan pembahagian tempat tapak perkhemahan. Menyediakan khemah yang mencukupi bagi keperluan peserta dan guru. Memastikan setiap khemah dibuka dan dibersihkan selepas perkhemahan. Menyediakan senarai nama guru mengikut khemah masing-masing.

Pengurus Aktiviti :Ong Soo WanBidang Tugas: Merangka, merancang dan menguruskan aktiviti yang hendak dijalankan Menyediakan keperluan peralatan yang diperlukan untuk setiap aktiviti yang hendak dijalankan. Memastikan semua peserta menyertai aktiviti yang dijalankan. Memastikan kerjasama dengan pelbagai pihak yang bertanggungjawab. Bertanggungjawab memastikan aktiviti dijalankan mengikut masa dan jadual yang ditetapkan. Memastikan kelancaran aktiviti.

Hadiah /Cenderamata : Lee Phaik ChengBidang Tugas: Mengurus hal berkaitan dan kos perbelanjaan yang diperlukan dalam program ini bagi tujuan hadiah. Menyediakan hadiah bagi aktiviti yang ingin dipertandingkan. Menyediakan cenderahati kepada urusetia dan para peserta sebagai kenag-kenangan.

Sijil Penyertaan : Lee Chang HengBidang Tugas: Menyediakan Sijil Penyertaan kepada semua peserta.

Elektrik dan Siaraya : Chiam Shien ChuanBidang Tugas: Menyediakan kemudahan elektrik dan siaraya di seluruh tapak perkhemahan sepanjang tempoh perkhemahan Mengemaskini peralatan yang telah digunakan dan disimpan pada tempat yang sesuai. Mengurus dan menyediakan peralatan untuk Malam Kebudayaan.

Makanan :Cheah Chew WahBidang Tugas: Menyediakan senarai menu sepanjang tempoh perkhemahan Memastikan penyediaan makanan untuk murid Islam dan bukan Islam. Memastikan kelancaran urusan yang melibatkan makanan. Memastikan makanan disediakan mengikut masa yang dijadualkan. Memastikan tahap kebersihan pengurusan makanan dan dapur. Peka terhadap masalah yang dihadapi peserta seperti individu yang mempunyai alahan dan masalah lain.

Keselamatan/Kecemasan : Teoh Phong HwaBidang Tugas: Memastikan keselamatan peserta dan kawasan persekitaran khemah. Membuat jadual tugasan malam mengikut giliran kumpulan aktiviti. Memastikan jadual tugasan malam dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh setiap kumpulan yang ditugaskan. Bertindak pantas apabila berlaku sebarang kecemasan. Memastikan peti pertolongan cemas dibawa dan lengkap peralatannya. Sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga dan peka dengan persekitaran.

Apreasasi seni : Ng Chai PhingBidang Tugas: Menentukan jenis persembahan dan syarat-syaratnya. Menyediakan borang penghakiman. Mengurus perjalanan Malam Kebudayaan. Memastikan tempat aktiviti bersih selepas digunakan. Memberi taklimat kepada para peserta.

Senaman Pagi : Lim Swee LiewBidang Tugas: Menyediakan jadual bertugas pengendali senaman pagi Mengendalikan perjalanan senaman pagi.

8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat membantu murid membina keyakinan diri, membentuk sahsiah dan motivasi diri murid dalam masyarakat berbilang kaum. Semua program dan aktiviti yang dirancang diharapkan dapat dijalankan dan memberi impak yang positif kepada murid-murid dan mencapai objektif yang disasarkan khususnya terhadap murid-murid yang terlibat dalam kem ini.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

------------------------------ ----------------------------( ) ( ) SIW VIN CCI Setiausaha Kem TKRS