Kertas Kerja Cadangan Jejak Prihatin

5
KERTAS KERJA CADANGAN  PROJEK  JEJAK PRIHATIN &  ZIARAH MAHABBAH PONDOK ANJURAN : GABUNGAN MUSLIM PRIHATIN DENGAN KERJASAMA PERSATUAN WANITA & ARMALAH KIJANG EMAS & KELAB BIMBINGAN LATIHAN DAN KEBAJIKAN ISLAM (BALKIS )

Transcript of Kertas Kerja Cadangan Jejak Prihatin

7/21/2019 Kertas Kerja Cadangan Jejak Prihatin

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-cadangan-jejak-prihatin 1/5

KERTAS KERJA CADANGAN

 PROJEK  JEJAK PRIHATIN

&

 ZIARAH MAHABBAH PONDOK 

ANJURAN :

GABUNGAN MUSLIM PRIHATINDENGAN KERJASAMA

PERSATUAN WANITA & ARMALAH KIJANG EMAS

&KELAB BIMBINGAN LATIHAN DAN KEBAJIKAN ISLAM

(BALKIS )

7/21/2019 Kertas Kerja Cadangan Jejak Prihatin

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-cadangan-jejak-prihatin 2/5

Pendahuluan

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:

 Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada

kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya

 Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutupke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah

 sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya.

 Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan

mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan

mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat 

akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat 

amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.

Mengambil ibrah daripada hadis di atas,pihak kami yang berhimpun di dalam satu

gabungan sukarelawan iaitu Gabungan Muslim Prihatin dengan kerjasama Persatuan Wanita Dan

Armalah Kijang Emas dan Kelab Bimbingan,Latihan & Kebajikan Islam BALKIS telah

mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ziarah ke kampung-kampung demi untuk 

menjejaki saudara-saudara seagama yang kehidupannya mungkin kurang bernasib baik 

 berbanding kita semua.

Di dalam kita menikmati indahnya kehidupan di bumi Malaysia bertuah ini,betapa

sebenarnya , nun jauh dari pandangan kebiasaan kita,masih wujud segolongan manusia yang

kurang bernasib baik dari segi menikmati indahnya kehidupan sepertimana kita rasai. Atas rasa

tanggungjawab dan dasar keprihatinan sebagai seorang muslim,pihak kami telah merangka siri-

siri Jejak Muslim Prihatin yang mana bertindak sebagai penghubung antara warga yang prihatin

dengan warga yang memerlukan bantuan.

Pihak kami juga bertindak sebagai medium untuk mengabungkan para muslim yang

mempunyai rasa tanggungjawab untuk sama-sama turun ke medan masyarakat sebagai

sukarelawan yang mampu , menghulurkan sedikit tenaga,buah fikiran dan sebagainya dalammenjayakan usaha kita untuk meringankan beban saudara muslim kita yang lain. Pihak kami

ingin menerapkan satu kesedaran kepada saudara di luar bahawa,gerak kerja kesukarelawan juga

adalah merupakan suatu sedekah yang diiktiraf dalam islam.Mengambil pengajaran dari hadis

Rasululllah S.A.W,

Abu Musa RA meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,

7/21/2019 Kertas Kerja Cadangan Jejak Prihatin

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-cadangan-jejak-prihatin 3/5

“ Sedekah adalah wajib ke atas semua orang Islam”. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya, “Ya

 Rasulullah, kalau kami tidak ada apa-apa untuk disedekahkan?” Baginda menjawab, “Dia

 perlu bekerja dengan tangannya dan beroleh hasil untuk dirinya dan bersedekah”. Merekabertanya lagi, “Kalau tidak dapat juga?” Baginda menjawab, “Dia perlu menolong orang yang 

berhajat untuk menyelesaikan hajatnya” Mereka bertanya lagi, “Kalau itupun dia tak dapat 

buat?” Baginda menjawab, ”Dia patut membuat perkara yang baik dan jauhi dari maksiat. Itulah sedekahnya.”

Oleh kerana itu,selain dari menjadi penghubung kepada pihak yang berhajat untuk menyumbang

dari segi material,pihak Kami juga menjadi satu medium untuk saudara muslim sekalian untuk 

sama-sama turun bersama-sama kami dalam menjalankan segala gerak kerja menyalurkan

 bantuan kepada warga yang memerlukan.

Semoga segala daya usaha kita,sedikit sebanyak akan mampu memberikan sedikit sinar 

dan kemanisan kepada saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik. Diharapkan juga,dengan

 penglibatan kita sebagai sukarelawan dalm membantu saudara muslim yang daif ,akan

memberikan keinsafan kepada kita agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah

dikurniakan kepada kita.Ketahuilah,betapa disebalik kesenangan dan kemanisan kehidupan yang

sedang kita kecapi kini,terselit dicelah celah masyarakat,golongan yang bibirnya hanya mampu

menelan air liur semata lantaran kekurangan yang sedang mereka hadapi. Semoga ,rasa prihatin

kita boleh menjadi satu asbab kepada kesempurnaan keimanan kita sebagai muslim,sejajar 

dengan sabda Rasul :

Dari Anas ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga

iakasih kepada saudaranya sepertimana ia kasih kepada dirinya sendiri. (Bukhari dan Muslim)

Objektif 

1- Menyalurkan bantuan barangan asasi kepada warga fakir miskin.

2- Menjadi satu medium kepada para muslim untuk menjadi sukarelawan dalam membantu

muslim yang daif.3- Menyediakan pengisian motivasi dan rohani kepada warga fakir miskin.

4- Mendekati para alim ulama di pondok pengajian sebagai mengambil ilmu dan keberkatan

darinya.

7/21/2019 Kertas Kerja Cadangan Jejak Prihatin

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-cadangan-jejak-prihatin 4/5

MODUS OPERANDI

1. Majlis pemberian bantuan di masjid - Warga fakir miskin akan dikumpulkan di suatutempat dan majlis pemberian pek bantuan dijalankan secara beramai-ramai.

2. Majlis pengisian Rohani – Sedikit pengisian rohani akan disampaikan oleh ustaz yang

dipilih sebagai suatu medium dakwah kepada warga fakir miskin.

3. Ziarah ke rumah warga fakir miskin - Konsep Ziarah ini diatur untuk memberikan

mereka sokongan dan tanda keprihatinan kita sebagai saudara seagama. Selain itu,ianya

 juga bertujuan untuk memberikan rasa keinsafan kepada anggota rombongan atas segala

nikmat yang sedang dinikmati dan juga bermatlamat memupuk rasa cinta dan prihatin

kepada golongan fakir.Beberapa rumah yang paling daif akan dipilih untuk tujuan ziarah

rumah ke rumah ini.

4. Ziarah ke pondok-pondok pengajian Islam – Ziarah ini dirancang sebagai satumedium penghubung antara para sukarelawan dengan institusi pondok.Ianya bertujuan

memupuk rasa cinta untuk mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam.

5. Pek Bantuan Makanan dan Ziarah – 1 Pek Anggaran RM 100.

Pek Bantuan mengandungi makanan asasi yang terdiri daripada beras,minyak 

masak,gula,susu ,biskut dan sebagainya bagi meringankan sedikit beban mereka yang

kurang berkemampuan. Sumbangan Wang – Sedikit sumbangan wang juga akan

diberikan – Anggaran RM 100.

7/21/2019 Kertas Kerja Cadangan Jejak Prihatin

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-cadangan-jejak-prihatin 5/5

TENTATIF PROGRAM

19 .12.2013 Khamis 

9.00 p.m - Bertolak jam 10 malam dari Kuala Lumpur 

20.12.2013 Jumaat

6.00 a.m - Tiba di Kota Bharu6.15 a.m - Solat Subuh berjemaah

7.30 a.m - Sarapan pagi

8.00 a.m - Kuliah Tok Guru di medan ilmu

12.30 p.m - Solat Jumaat di Masjid Pulau Melaka2.00 p.m - Ziarah Tok Guru Nik Aziz

4.00 p.m - Ziarah Pondok Pasir Tumbuh7.00 p.m - Kembali ke tempat Penginapan.

7.30 p.m - Solat Berjemaah dan Pengisian Rohani

9.00 p.m - Lawatan ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh

21.12.2013 Sabtu

5.30 a.m - Bangun pagi6.00 a.m - Solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh

8.00 a.m - Sarapan pagi

9.00 a.m – Program bersama 100 fakir miskin di Daerah Badang.12.00 a.m - Makan Tengahari

1.00 a.m - Solat Zuhur Berjemaah

3.00 p.m – Program bersama 100 fakir miskin di Bachok 7.00 p.m - Solat Berjemaah dan Pengisian Rohani

22.12.2013 Ahad

5.30 a.m - Bangun pagi

6.00 a.m - Solat Subuh berjemaah

8.00 a.m - Sarapan pagi9.00 a.m - Ziarah Pondok Pasir Tumbuh

11.00 a.m - Melawat Bandar Kota Bharu

2.00 p.m - Bertolak balik ke Kuala Lumpur 10.00 p.m - Tiba di Kuala Lumpur