Kertas kerja big lawatan penanda aras ke sk bombalai
-
Upload
jumiati-suparno -
Category
Education
-
view
1.591 -
download
10
Transcript of Kertas kerja big lawatan penanda aras ke sk bombalai
1
INSTITUT PENDIDIKAN GURUMALAYSIA
KAMPUS IPG KENT TUARAN SABAH
KERTAS KERJAPROGRAM BINA INSAN GURU
FASA 5 PERINGKAT 3
TARIKH
16 FEBRUARI 2015 (SABTU)
TEMPAT
SK BOMBALAI (M), TAWAU
ANJURAN
PISMP-MOD KDC KOHORT 1
AMBILAN JUN 2011
KAMPUS IPG KENT TUARAN, SABAH
2
1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk
memenuhi syarat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi memperoleh
Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas
Dinamika Guru (ADG), pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu
mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru ke arah membentuk
insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah
Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun
Negara.
Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran
bahawa profession perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan
tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat
membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi ‘insan contoh’
kepada masyarakat.
Pada kali ini Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan dan budaya
sekolah. “Lawatan Penanda Arasan” atau “Lawatan Benchmarking ” menjadi tugasan
BIG yang merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga
sekolah harapan. Selain daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan
kepada pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan
infostruktur di sekolah tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek berikut amat penting
sebagai hasil pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab profesion perguruan.
Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang
lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru
adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di
samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif,
penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar
ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya
dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.
3
2.0 RASIONAL
Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang
berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi
kepada pengurusan dan budaya sekolah. Program ini merupakan batu asas kepada
penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisyen. Menurut Stephen Covey di dalam
bukunya yang berjudul “Stephen Covey's Seven Habits of Highly Effective People” yang
menekankan ke arah pembentukan manusia yang efeketif berlandaskan nilai-nilai dan
prinsip-prinsip di antaranya adalah seperti proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepada
perkara yang lebih penting.
Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan tentang gerak kerja dalam
pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran awal tugas
guru supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih eifisyen di dalam
pengurusan di sekolah. Guru efektif merupakan guru yang cemerlang di dalam
pengurusan di sekolah seiring dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Di samping itu, guru-guru pelatih dapat membina keyakinan diri dalam
menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam
membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni
membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina
realiti wawasan negara.
3.0 MATLAMAT
Matlamat Program Bina Insan Guru (BIG) kali ini ialah bagi memupuk kesedaran
tentang perkembangan kemahiran latihan dan penandarasan. Program ini bertujuan
bagi mendedahkan pelajar kepada guru dan lawatan benchmarking, ciri-ciri kepimpinan,
pengurusan sekolah, iklim sekolah, infrastruktur sekolah serta infrastruktur kurikulum di
sekolah. Pelajar diharap dapat membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap
kerjaya keguruan serta menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dalam hidup
berbakti.
4
4.0 OBJEKTIF
Sasaran kepada guru pelatih selepas mengikuti lawatan agar dapat:
4.1 Menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan.
4.2 Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang.
4.3 Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di
sekolah.
4.4 Mengetahui kepentingan infrastruktur dan juga pengendaliannya.
4.5 Memahami perlaksanaan infostruktur di sekolah dengan lebih efisyen.
5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN:6.0
Tarikh : 16 FEB 2015 (SABTU)
Masa : 8.00 PAGI HINGGA 1.00 TENGAHARI
Tempat : SK BOMBALAI (M) TAWAU, PETI SURAT 135,
91007 TAWAU
Jarak : 26KM dari Bandar Tawau
Tel. & Fax : 089-750790
6.0 PESERTA
Seramai 55 orang guru, peserta adalah merupakan pelajar PISMP – PPG KDC
KOHORT 1, Ambilan Jun 2011, Kampus IPG Kent Tuaran, Sabah. Bersama seorang
Pensyarah Pengiring Encik Amidy Malagob, Penyelaras BIG PPG IPG Kent Tuaran,
Sabah sebagai Ketua Kontinjen Lawatan Penanda Aras. (Senarai nama rujuk lampiran)
5
7.0 STRUKTUR ORGANISASI
Ketua Kontinjen : Amidy Malagob
Pengerusi : Jumiati binti Suparno
Naib Pengerusi : Ag. Umar bin Hj. Awang Salleh
Setiausaha : Morni bin Tasan
Bendahari : Jumatia bin Kadir
Ahli Jawatankuasa
AJK Makanan : Soffia Nonong
AJK Peralatan : Jais Scotle
AJK Jurugambar : Semua Peserta Lawatan
AJK Aktiviti : Masni bin Sakilan
AJK Buku Program / Poster / Broshur : Dg. Faridah binti Matunmar
AJK Kebersihan & Keselamatan : Rosumia bin Saan
AJK Pengangkutan : Abdul Mumin bin Hassan
AJK Perhubungan : Dayang Ruhaida binti Hj. Ag. Damit
AJK Dokumentasi : Semua Peserta Lawatan
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Berikut dinyatakan anggaran kewangan secara keseluruhan untuk perbelanjaan
program :
BIL PERKARA JUMLAH
1.
2.
Elaun Makan Dan Minum
RM12.00 X 1 hari x 70 orang
Cenderahati
RM200.00 X 1 cenderahati
RM700.00
RM200.00
6
3.
4.
5.
Pengangkutan (Bas)
RM700 X 1 bas
Banner Lawatan
RM300.00 X 1 set
Cenderahati untuk peserta
RM12.50 X 60 set
RM700.00
RM400.00
RM750
JUMLAH RM2,750.00
9.0 JADUAL PROGRAM
Program Bina Insan Guru kali ini akan mengambil masa sehari yang melibatkan
aktiviti berunsurkan ilmiah, dan interaksi sosial dan pengurusan seperti yang tertera di
dalam Jadual program adalah seperti di LAMPIRAN 2.
10.0 PENUTUP
Secara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak
yang terlibat dapat menjayakan program Lawatan Penanda Arasan ini dengan
sempurna. Hasil daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan
mendalami pengurusan yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan dan
pemahaman terhadap keperluan infrastruktur dan infostruktur sekolah. Justeru,
membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah
dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negara.
7
Disediakan Oleh:
...........................................
(JUMIATI SUPANRO)PENGERUSI,LAWATAN PENANDA ARASSK BOMBALAI (M)TAWAU.
Disahkan oleh,
.............................................................
(EN. VICTOR BAGA)PENYELARAS PPG,IPG KENT TUARAN, SABAH
Setelah membaca dan meneliti objektif pelaksanaan program, maka dengan ini saya
Diluluskan / Tidak diluluskan
...........................................................
(EN. ROMLI DARUS)PENGARAH
IPG KENT TUARAN, SABAH
Disemak dan disokong oleh:
........................................................
(EN. AMIDY GIHOT)PENYELARAS BIG,IPG KENT TUARAN, SABAH.
8
LAMPIRAN I
SENARAI NAMA PESERTA
BIL NAMA PELAJAR BIL NAMA PELAJAR
1 JUMIATI BINTI SUPARNO 21 NORIMAH NAPSIN
2 AG. OMAR HJ. AG. SALLEH 22 DAYANG RUHAIDA HJ. AG. DAMIT
3 ROSUMIA SAAN 23 NOORALIDAH HJ. OTHMAN
4 MORNI TASAN 24 ASNI GORENG
5 MOINI SANAN 25 JUMATIA KADIR
6 SOHIMAH SAPIN 26 NURIAM SIDIM
7 SOFFIA NONONG 27 MASNI SAKILAN
8 HASNAH ULOI 28 ABDUL MUMIN HASSA
9 DG. FARIDAH MATUMAR 29 RAZALI MELALI
10 SANDAUYAH DATU UGAI 30 ABD. MUMEN ANGGALUN
11 SITI ROBASIAH HJ. RAHAMAT 31 ISMAIL ABD. KADIR
12 NORONA MD. ATIN 32 BUMBUN@JAMAL JAKARALLAH
13 NAIMAH JOHAN 33 ABDULLAH HIKARI
14 DG. SARIFAH A. MAHMOD 34 MATDALI MASRI
15 ROSNAH YUSOF 35 ABDUL HAMIS ABDUL SYUKOR
16 KANAFIAH ALIN 36 JAIS SCOTLE
17 PAUZIAH BINI 37 NOORAINA HASSAN
18 HAISA MOHD. BASIR 38 NORMADIAH SARUTU
19 JAILANI ATI 39 MARIANI@MARIAM MOHD.ARIFFIN
20 ROSNANI MASDJAJA 40 AMSIAH MATNOR
9
BIL NAMA PELAJAR
41 ASMIAH BUANG
42 DG. NORASMAH JAMLU
43 HALIMAH YUNUS
44 JOEINAH GULDAM
45 JUITAH SAID
46 MAHANI PUTIH@PUTEH
47 MASRINIH MAHALI
48 MARIANI KOMBOS
49 NORALIDDAH ALIDIN@LAIDIN
50 NORJANA NURI
51 NORSAIDAH SAIDIN
52 RAHANAH RAKIM
53 RAHIMAH LANAMBAI
54 SUKIAH TAIL
55 TAI VUI MEE
10
LAMPIRAN II
TENTATIF PROGRAM PADA 16 FEBRUARI 2015 (SABTU)
DI SK BOMBALAI (M) TAWAU.
Masa Perkara
7.00 pagi - Berkumpul di PKG Tawau, Jalan James Power (dekat dengan
SK St. Patrick Tawau)
- Bertolak ke SK Bombalai (M) Tawau
8.00 pagi - Berkumpul di tapak perhimpunan sekolah, SK Bombalai (M) Tawau
- Mendengar taklimat ringkas daripada pihak pengurusan sekolah
8.30 pagi Sesi 1
- Amalan Pengajaran dan Pembelajaran (teknik, rutin, pendekatan dankaedah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran)
10.00 pagi Sesi 2
- Lawatan ke Bilik – bilik Khas Mata Pelajaran, Makmal Komputer,
PUAS, PSS, Pra-Sekolah, Linus, PPDa, BOSS dan lain-lain
12.00 pagi - Ucapan Penutupan dan perkongsian kejayaan dan kecemerlangan
sekolah (oleh; Guru Besar Cemerlang)
- Penyerahan cenderamata kepada pihak sekolah
1.00 petang - Makan tengahari
- Kembali ke PKG Tawau