Kertas Cadangan Ceramah Mengenai Emosi Kanak-kanak
-
Upload
hei-yii-tiong -
Category
Documents
-
view
375 -
download
3
description
Transcript of Kertas Cadangan Ceramah Mengenai Emosi Kanak-kanak
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN MING CHIANG
SUNGAI MERADONG,96500 BINTANGOR,
SARAWAK
KERTAS KERJA
CERAMAH MENGENAI EMOSI KANAK-KANAK
1.0 PENDAHULUAN
Kertas cadangan ini memperincikan keperluan tugasan pengurusan, peralatan, guna tenaga dan kewangan bagi tujuan pengelolaan ceramah berkenaan.
2.0 PROGRAM
Ceramah mengenai emosi kanak-kanak
3.0 RASIONAL
Ceramah mengenai emosi kanak-kanak adalah merupakan salah satu aktiviti yang membantu murid lebih memahami tentang emosi yang terdapat pada diri sendiri. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman murid-murid tentang emosi diri iaitu emosi positif dan emosi negatif seseorang. Di samping itu, melalui ceramah ini,murid adan meningkatkan kesedaran diri tentang cara-cara mengawal emosi diri dalam kehidupan harian mereka, terutamanya di depan ahli keluarga dan kawan-kawan mereka. Justeru itu, Unit Ko-Kurikulum SJK Ming Chiang mengambil inisiatif bagi menganjurkan ceramah mengenai emosi kanak-kanak yang akan dilaksanakan pada 11 September 2015.
4.0 MATLAMAT
Memberi pendedahan tentang jenis-jenis emosi yang dimiliki oleh seseorang manusia supaya murid dapat lebih memahami dan mengawal emosi diri sendiri. Melalui ceramah ini, murid-murid dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan utnuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian mereka. Justeru itu, dengan adanya ceramah sebegini ia dapat membantu melahirkan murid-murid yang berdisiplin, berkemahiran, berketrampilan disamping memastikan perkembangan yang seimbang dan menyeluruh melalui aspek-aspek intelek, rohani, emosi, jasmani dan akhlak, nilai-nilai murni dan sosial ke arah Matlamat Pendidikan Negara.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Meningkatkan kefahaman tentang emosi diri sendiri.
5.2 Menerapkan kemahiran mengawal emosi secara berkesan dalam kalangan murid.
5.3 Menerapkan nilai-nilai murni dan teknik bersosial dalam kalangan murid-murid.
5.4 Mewujudkan kesefahaman antara murid-murid5.5 Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan kawalan emosi
dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan inovatif.
6.0 MAKLUMAT PROGRAM
6.1 Tarikh : 11 September 2015 (Jumaat )
6.2 Masa : 1220 – 1415 petang
6.3 Tempat : bilik darjah Tahun 5
6.4 Sasaran : Murid Tahun 4,5, dan 6
7.0 TENTATIF PROGRAM
Tarikh/ Hari
Masa AktivitiTindakan/
Lokasi
Jumaat
11
September 2015
1205 – 1210
tengah hariSemua Peserta Melapor
DiriBilik darjah
Tahun 5
1210 – 1225 tengah hari
Ketibaan penceramahBilik darjag
Tahun 5
1235– 1245
petangMajlis Perasmian
Perasmi :
Guru Besar SJK Ming Chiang
1245 –1345
petangCeramah mengenai emosi
kanak-kanak Penceramah
jemputan
1345 – 1400 pagi Sesi soal jawab
Bilik darjah Tahun 5
Penceramah dan pelajar
1400 – 1415 pagiSesi penyampaian cendera
mata
8.0 SUMBER MANUSIA
8.1 Guru-guru SJK Ming Chiang
8.2 Semua staf sokongan sekolah
8.3 Murid Tahun 4, 5, dan 6
8.4 Penceramah Jemputan
9.0 PERBELANJAAN
Bil. Sumber Pendapatan
Perbelanjaan Nilai
1. Peruntukkan Bantuan kokurikulum sekolah
RM 40.00 Alat tulis (fail, kertas dan pensel)
RM 20.00
Cendera mata pencerama
RM 10.00
Sijil penyertaan RM 10.00
Jumlah RM 40.00 Jumlah RM 40.00
10.0 JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi : Pn. Ong Yi Ting
Naib Pengerusi 1 : Cik Tiong Hei Yii
Naib Pengerusi 2 : Pn. Ngu Liu Eng
Naib Pengerusi 3 : Cik Wong Hie Ling
Setiausaha : Cik Chan Mei Khiong
Bendahari : Pn. Sim Sii Ling
Ahli Jawatankuasa :
Latihan / Bengkel : Pn Lau Wei Ling
Majlis Perasmian/
Majlis penutup : Pn Tan Ling San
Pendaftaran : Cik Tiong Hei Yii
Hadiah / Sijil : Pn Yow Hui Ching
Jemputan / Buku
Pertolongan Cemas : Pn. Ting Chin Tie
Dokumentasi : Cik Wong Hie Ling
Urusetia : Cik Tiong Hei Yii
11.0 PELAN TINDAKAN
Bil. Perkara Tarikh
1. Pembentukan Jawatankuasa Pengelola 04 Ogos 2015
2. Penyediaan Kertas Cadangan 07 Ogos 2015
3. Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola 13 Ogos 2015
4. Pembentukan Jawatankuasa Kerja 19 Ogos 2015
5. Pemurniaan Kertas Cadangan 21 Ogos 2015
6. Taklimat kepada murid 04 September 2015
7. Surat kepada ibubapa/penjaga 07 September 2015
8. Pelaksanaan program 11 September 2015
9. Pelaporan dan penyerahan dokumen 17 September 2015
14.0 PENUTUPAdalah diharapkan melalui ceramah mengenai emosi kanak-kanak ini dapat membantu murid lebih mengenali emosi diri sendiri di kalangan murid dalam mengawal dan menguruskan perasaan mereka agar melahirkan murid bersosial positif . Selain itu juga, ceramah ini dapat membolehkan murid mengawal emosi dan bertindak dengan rasional apabila berdepan dengan sesuatu emosi. Di samping itu, semoga ia menghasilkan golongan murid yang mempunyai pengetahuan dan sosial yang baik dalam gaya hidup sihat mereka.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
............................................. ............................................
CHAN MEI KHIONG TIONG HEI YII
Setiausaha Sukan PK Ko-Kurikulum
SJK Ming Chiang SJK MING CHIANG
Disahkan oleh :
.............................................
PUAN ONG YI TING
Guru Besar
SJK MING CHIANG