Kertas 3 Sejarah Periksa Akhir Tahun 2013 Tingkatan 4 (ver 3).pdf
-
Upload
soa-firdaus -
Category
Documents
-
view
1.591 -
download
29
description
Transcript of Kertas 3 Sejarah Periksa Akhir Tahun 2013 Tingkatan 4 (ver 3).pdf
Kertas 3 Sejarah Periksa Akhir Tahun 2013 Tingkatan 4 – Bab 9 (complete)
1)Pengenalan (5 markah)
Penjelajahan dan penerokaan merupakan kegiatan para pelaut Eropah mencari laluan baru untuk
membolehkan mereka menuju ke Timur. Pada abad yang ke-16 M, mereka telah berjaya menjelajah ke
beberapa kawasan di luar Eropah. Kejayaan sains dan teknologi pada Zaman Renaissance turut membantu
kegiatan penerokaan dan penjelajahan Eropah. Namun, penguasaan Istanbul oleh Turki pada tahun 1453
menyebabkan orang Eropah menghadapi masalah untuk mendapatkan barangan melaui jalan ini. Lantas,
orang Eropah mencari jalan alternatif untuk ke Timur dengan meneroka Lautan Atlantik dan mereka telah
berjaya menjadikan Lautan Atlantik sebagai laluan mereka ke Timur. Ini menjelaskan bahawa orang Eropah
pada masa itu sangat berani dan optimistik sehinggakan mereka sanggup untuk mencari jalan mudah
untuk berhadapan dengan masalah yang menyekat perkembangan ekonomi mereka.
2)Sebab-Sebab Berlakunya Kegiatan Penjelajahan dan Penerokaan (30 markah)
Antara sebab berlakunya kegiatan penjelajahan dan penerokaan kuasa barat ke Timur dapat
dirumuskan dengan kata-kata Gold , Gospel dan Glory. Konsep ‘’gold’’ dan “gospel” ini terbentuk
disebabkan oleh desakan ekonomi yang terdapat di Eropah dan semangat keagamaan. Orang Eropah pada
masa itu ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera, dan rempah-ratus dari timur. Raja
Sepanyol,Putera Henry dan Raja Portugal ,Ratu Isabella merupakan pemerintah yang banyak
bertanggungjawab memberikan galakan kepada usaha ini, kerana perdagangan emas , sutera, rempah-
ratus mendatangkan banyak keuntungan.
Namun begitu,aktiviti penjelajahan dan penerokaan ini telah menimbulkan persaingan yang sengit
antara kuasa-kuasa Eropah.Sebagai contoh,Sepanyol telah menumpukan penerokaan ke Amerika Latin
walaupun turut menjelajah ke Timur.Manakala pelaut Portugal lebih awal sampai ke Timur daripada pelaut
Sepanyol.Dalam pada itu,kuasa Portugal juga mempunyai kepentingan di Amerika Latin.Oleh itu,kedua-dua
kuasa tersebut saling bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan tanah jajahan takluk masing-
masing.
Persaingan ini akhirnya telah menyebabkan pihak Paus di Rom menggesa kedua-dua kuasa tersebut
menetapkan kawasan pengaruh masing-masing.Oleh itu,pada tahun 1494,Perjanjian Tordesillas telah
ditandatangani.Dengan perjanjian tersebut kawasan ke Timur dari kepulauan Tanjung Verde dan Hindia
Barat di Lautan Atlantik telah dianggap sebagai kawasan Portugal dan kawasan ke baratnya dianggap
sebagai kawasan Sepanyol.
Selain itu,kuasa Eropah pada zaman itu juga memiliki ramai pelaut unggul pada termasuklah
Cristopher Columbus.Beliau merupakan orang Eropah pertama yang sampai ke Amerika.Dalam pelayaran
ke Timur pula,salah seorang pelayar terkenal pada masa itu ialah Ferdinand Magellan.Beliau telah berjaya
sampai ke Filipina meskipun terbunuh di salah sebuah kepulauan di Filipina dalam perjalanannya menuju
ke Kepulauan Maluku.
Di samping itu, Sepanyol dan Portugal juga merupakan dua buah negara Katolik yang mempunyai
pengaruh gereja yang kuat.Oleh itu,pihak penguasa Gereja memberikan galakan dalam kegiatan ini bagi
menakankan usaha untuk menyebarkan agama Kristian ke seberang laut.Sepanyol yang pernah dikuasai
oleh orang Islam pada satu masa dulu,begitu bersemangat untuk menyebarkan agama Kristian pula.Vasco
da Gama merupakan antara contoh pelaut yang gigih dalam menyebarkan dakyah Kristian ini.
Monarki baru di England,Perancis dan Belanda turut memberikan galakan yang amat
memberansangkan dalam aktiviti penjajahan dan penerokaan ke sebarang laut.Kegiatan ini bertambah
rancak apabila didorong oleh semangat kebanggaan bangsa untuk menjelajah dunia di luar Eropah.
.(15 markah)Kesan Kegiatan Penjelajahan Dan Penerokaan3)
Antara kesan kegiatan penjelajahan dan penerokaan dari segi politik ialah perjanjian Eropah.
Penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil suara Eropah. Selain itu, syarikat
merupakan kesan kegiatan penjelajahan dan penerokaan. Pemerintah tempatan terpaksa mengiktiraf
kekuatan kuasa Eropah. Di samping itu, penguasa tempatan perlu mengiktiraf penglibatan Eropah dalam
perdagangan melalui syarikat berpiagam.
Kesan kegiatan penjelajahan dan penerokaan dari segi ekonomi pula ialah pembekal barang.
Negara luar Eropah menjadi pembekal barang keperluan masyarakat di Eropah. Selain itu, pusat emporium
dunia telah dikuasai oleh kuasa Eropah disebabkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan. Seterusnya,
antara kesan kegiatan penjelajahan dan penerokaan ialah kuasa Eropah membolot kekayaan negeri yang
mereka jajah.
Akhir sekali,antara akibat kegiatan penjelajahan dan penerokaan dari segi sosial pula ialah gaya
hidup masyarakat tempatan terpengaruh dengan gaya hidup masyrakat Eropah. Selain itu, masyarakat
peribumi akan terpaksa menerima agama Kristian. Di samping itu, penghijrahan beramai-ramai orang
Eropah mewujudkan sebuah masyarakat yang baru di wilayah yang ditakluki. Seterusnya, tamadun
tempatan akan dihapuskan oleh kuasa Eropah.
4)Langkah yang diambil oleh Malaysia untuk menggalakkan penemuan baru.(15 markah)
Antara langkah yang perlu diambil oleh kerajaan Malaysia untuk menggalakkan penemuan
baru ialah dengan cara menguasai ilmu pengetahuan, dan juga mempunyai semangat inkuiri yang tinggi.
Malaysia juga haruslah memastikan rakyatnya supaya memiliki sifat keberanian dan kegigihan berusaha
yang tinggi untuk mencapai matlamat hidup.
Selain itu, langkah-langkah yang perlu ditekankan oleh Malaysia adalah mengekalkan keamanan negara
dengan cara membanteras perhimpunan haram seperti yang sering pada masa kini. Malaysia juga haruslah
memastikan rakyatnya mementingkan sifat kreatif dan inovatif dalam diri masing-masing supaya sentiasa
maju ke hadapan.
Seterusnya, kerajaan perlu memberi inisiatif untuk menggalakkan rakyat untuk menjelajah dan meneroka
lautan dan daratan , supaya mereka berani mengambil risiko untuk kemajuan negara. Hal ini membolehkan
negara menguasai pelbagai kemahiran malah kemahiran baharu juga boleh didapa dari kegiatan ini dan
kemudian akan meningkatkan semangat juang yang tinggi.
Di samping itu, memajukan bidang ICT juga antara langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk
menggalakkan penemuan baru, kerana dengan adanya bidang ICT yang canggih , komunikasi dan
pengongsian ilmu akan menjadi lebih giat. Malah, ia juga akan menggalakkan pelaburan asing sekali gus ia
akan memanfaatkan sumber optimum negara serta meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan.
Kerajaan juga perlu mengambil langkah memberikan inisiatif seperti memberi dana atau bantuan,
contohnya Dana 1Malaysia, Sejuta Impian dan lain-lain serta ingin menaiktarafkan Institusi Kemahiraan
MARA , sekolah vokasional dan lain lain institusi kemahiran, dengan ini ia akan mengurangkan karenah
birokrasi.
5)Pencapaian Malaysia Sejak Merdeka Hingga Kini (10 Markah)
1. EKONOMI
Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana dan berubah daripada sebuah negara
pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan sebagainya pada 1971 kepada negara berekonomi
pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi Baru. Pada dasarnya, pertumbuhan Malaysia adalah bergantung
kepada eksport bahan elektronik seperti cip komputer dan sebagainya. Akibatnya, Malaysia merasai
tekanan hebat semasa kegawatan ekonomi pada 1998 dan kemerosotan dalam sektor teknologi maklumat
pada tahun 2001. KDNK pada tahun 2001 hanya meningkat sebanyak 0.3% disebabkan pengurangan 11%
dalam bilangan eksport tetapi pakej perangsang fizikal yang besar telah mengurangkan kesan gawat
tersebut.
Malaysia mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil (di mana kadar inflasi dan kadar
pengangguran kekal di bawah 3%), simpanan pertukaran wang asing yang sihat, dan hutang luar yang kecil.
Ini membolehkan Malaysia untuk tidak lagi mengalami krisis yang sama seperti Krisis Kewangan Asia pada
1997. Walaubagaimanapun, prospek jangka panjang kelihatan agak kabur disebabkan kurangnya
perubahan dalam sektor korporat terutama sekali sektor yang berurusan dengan hutang korporat yang
tinggi dan kompetitif.
2 SUKAN
Kejayaan Malaysia dalam pelbagai arena sukan telah menaikkan nama negara kita ,tidak kira sama ada di
peringkat tempatan atau antarabangsa kerana atlit-atlit di negara kita telah berusaha bersungguh-sungguh
untuk sampai ke peringkat ini demi mengharumkan nama negara .Contohnya , pasukan badminton telah
menjuarai Piala Thomas pada tahun 1992 dan Nicol Ann David menjuarai pertandingan skuasy dunia
Lagenda sukan di negara Malaysia
Dato 'Mokhtar Dahari
Allahyarham Dato 'Mokhtar Dahari (13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah seorang pemain bola sepak
Persatuan Malaysia dari Setapak, Selangor (pada masa itu). Beliau adalah salah seorang pemain terbaik di
Asia pada tahun 1970 dan dikenali sebagai pemain bola sepak terbaik Malaysia pada masa itu, seorang
lagenda dalam bola sepak Malaysia. Pada 1970-an, Mokhtar bermain untuk Malaysia dan Malaysia menjadi
satu pasukan yang kuat dan mengalahkan gergasi Asia seperti Korea Selatan dan Jepun.
Beliau digelar SuperMokh [1] kerana kemahiran bermain beliau, kekuatan dan keupayaan untuk
menjaringkan gol yang luar biasa sepanjang kerjayanya. Salah satu masa yang terkenal Mokhtar adalah
apabila Mokhtar berjabat tangan dengan Diego Maradona sebelum perlawanan persahabatan dengan
Boca Juniors.Beliau juga dikenali sebagai SuperMokh .
Misbun Sidek
Dato 'Misbun Sidek (lahir 17 Feb 1960) adalah bekas pemain badminton Malaysia yang tertinggi di
kalangan pemain perseorangan yang terkemuka di dunia lelaki 1980-an. Beliau adalah anak sulung
daripada enam yang terkenal Sidek saudara, semua yang terlibat secara aktif dalam arena badminton
antarabangsa. Walaupun dia gagal untuk menangkap beberapa tajuk besar badminton seperti Kejohanan
Dunia, All-Englands, dan Sukan Asia, Misbun telah dikenali sebagai "pembunuh gergasi," yang, pada
terbaik, boleh mengalahkan mana-mana pemain atas era beliau.
3.TEKNOLOGI
Kemajuan Sains dan Teknologi (S&T) merupakan satu ciri sebuah negara maju. S&T perlu
dibangunkan sebagai pemangkin kepada aktiviti ekonomi dan menjadi penggerak kemajuan sesebuah
negara. Hubungan S&T dengan ekonomi sangat rapat. Sesebuah negara yang maju ekonominya tetapi
tidak ada aktiviti S&T ibarat manusia yang hidup sihat tetapi tidak punya 5 pancaindera. Manakala negara
yang maju S&T tetapi tidak mantap ekonominya, ibarat manusia yang lengkap pancaindera tapi tidak
bertenaga. Kesan kedua-dua keadaan ini ialah negara akan bersifat statik. Malah mungkin akan jadi
mundur. Sebaliknya perkembangan menggalakkan dalam kedua-dua bidang (S&T dan ekonomi)
membolehkan sesebuah negara menjadi dinamik dan berkembang. Maka mutu dan taraf hidup
masyarakatnya akan meningkat.
Antara faktor perkembangan ekonomi ialah kemajuan S&T. Ini kerana aktiviti ekonomi banyak bergantung
kepada teknologi, dan ianya berkait rapat pula dengan kemajuan sains. Melalui penyelidikan sains, banyak
teknologi baru dapat dibangunkan. Kemajuan teknologi membolehkan peralatan-peralatan baru dibina
bagi tujuan aktiviti ekonomi. Bidang perindustrian, misalnya, banyak bergantung kepada teknologi.
Antaranya keperluan dalam pembinaan bangunan, kemudahan infrastruktur dan alat pengangkutan, serta
penggunaan mesin/robot dalam sektor pembuatan. Bidang perindustrian merupakan antara faktor kepada
kemajuan ekonomi moden. Tanpa S&T, industri mungkin tidak akan berkembang. Akibatnya aktiviti
ekonomi sesebuah negara tidak dapat berlaku dengan berkesan. Ini akan menjejaskan pendapatan dan
hasil ekonomi sesebuah negara industri seperti Malaysia.
Matlamat meningkatkan keupayaan S&T berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu "ekonomi yang
cekap teknologinya mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi
intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih."
MINT - 1972
Telah ditubuhkan pada 1972 dan dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail. Pada Jun 1983
PUSPATI ditukar nama kepada Unit Tenaga Nuklear (UTN) dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana
Menteri. Pada Oktober 1990, UTN telah dipindahkan menjadi sebuah institut penyelidikan teknologi
nuklear terunggul di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan dikenali sebagai MINT
(Malaysian Institute for Nuclear Technology) pada 10 Ogos 1994. Ia bertanggungjawab memperkenal dan
mempromosikan penggunaan sains nuklear dalam pembangunan negara.
MIMOS - 1985
Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia atau (Malaysian Institute of Microelectronic System) ditubuhkan
pada tahun 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri dan telah dipindahkan menjadi sebuah agensi di
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada bulan November 1990. MIMOS bertanggungjawab
membantu melaksanakan R & D kepada industri elektronik tempatan supaya menjadi lebih competatif dan
inovatif.
Malaysia East Asia Satellite - 1996
MEASAT (Malaysia East Asia Satellite) merupakan nama barisan satelit komunikasi Malaysia yang dimiliki
dan dikendali oleh MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd. Sehingga awal 2007, jaringan satelit MEASAT
terdiri daripada tiga satelit geopegun yang direka dan dibina oleh Boeing Satellite Development Center
(dahulunya Boeing Satellite Systems). MEASAT-1 dan MEASAT-2 dilancarkan pada 1996 dan MEASAT-3
pada 2006. Satelit MEASAT-1 dan 2 direka bagi membenarkan khidmat televisyen langsung kepada
pengguna selama 12 tahun di Malaysia dan juga bagi khidmat perhubungan awam di kawasan dari
Malaysia kepada Filipina dan dari Beijing hingga ke Indonesia.
Koridor Raya Multimedia - 1996
Koridor Raya Multimedia adalah satu inisiatif menarik dari Malaysia untuk industri global informasi dan
teknologi (ICT). Projek ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan Persidangan
Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996. Juga dikenali sebagai "MSC MALAYSIA" di Malaysia, Koridor Raya
Multimedia bertujuan untuk menarik syarikat-syarikat IT dari seluruh dunia bertapak di Malaysia dengan
menawarkan pengecualian cukai syarikat sementara serta kemudahan-kemudahan berteknologi tinggi.
Multimedia Development Corporation telah diberi mandat oleh kerajaan Malaysia untuk menyelia
perkembangan MSC.
7 Aplikasi Perdana e-Government - 1996
Bagi memantapkan objektif Wawasan 2020, satu usaha bersepadu telah dilaksanakan melalui tujuh
inovatif Aplikasi Perdana. Aplikasi ini telah dibangunkan untuk melonjakkan Inisiatif MSC Malaysia dan
mencipta utopia multimedia untuk pengusaha-pengusaha dan penguna-penguna yang inovatif di pelbagai
bidang multimedia teknologi. Multimedia Super Corridor(MSC) menawarkan inisiatif menarik untuk rakyat
Malaysia di era informasi ini. Tujuh aplikasi perdana MSC ialah Kerajaan Elektronik, Kad Pintar Pelbagai
guna, Sekolah Pintar, Telekesihatan, Kumpulan R&D, e-Perniagaan dan Pembangunan Usahawan
Teknologi.
Taman Teknologi Malaysia - 1996
Taman Teknologi Malaysia atau (Technology Park Malaysia-TPM) diwujudkan di bawah Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi yang dipertanggunjawabkan untuk membangunkan teknologi rakyat tempatan ke
arah perindustrian. Objektif utama TPM ialah untuk membolehkan hasil penyelidikan dan inovasi yang
dijana oleh organisasi penyelidikan awam dan swasta negara dikomersilkan. Tumpuan adalah terhadap
promosi industri berteknologi tinggi dan koleberasi aktif antara industri, agensi kerajaan, institusi
penyelidikan dan institusi akademik ke arah mempromosikan perpindahan teknologi.
ASTRO - 1996
Astro merupakan penyedia perkhidmatan televisyen satelit berbayar pertama di Malaysia di bawah
MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., sebuah konsortium syarikat kerajaan dan perdagangan.
Astro memulakan siarannya pada 1996 dengan permulaan hanya menawarkan 22 saluran pelbagai dan
juga 8 saluran radio. Mulai 31 Ogos 2006, Astro menambah 7 saluran baru dengan memperkenalkan 3
saluran jenama Astro iaitu Astro Aruna, Astro Kirana dan Astro Ceria. 4 saluran baru yang lain ialah CCTV4,
WaTV, Animax dan Zee TV. Selain itu, mulai 28 Disember, 2006, Astro telah menawarkan 4 lagi saluran
baru iaitu Al-Jazeera English, ETTV Asia, BBC Entertainment dan saluran terestrial ke-enam Malaysia TV9.
MyKad / Kad Pintar - 2001
MyKad adalah inisiatif Kerajaan Malaysia untuk memberikan kemudahan kepada orang awam melalui
sekeping kad pintar untuk pelbagai aplikasi. Tidak seperti kad-kad lain yang sedia ada, MyKad
menggabungkan pelbagai aplikasi Kerajaan dan swasta di dalam satu kad. Tambahan pula, MyKad yang
berdasarkan teknologi kad pintar direkacipta agar berupaya untuk memuatkan pelbagai aplikasi baru di
masa akan datang. Teknologi di sebalik sistem kad pintar adalah teknologi cip dan biometrik. MyKad
menggunakan teknologi terkini yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan. Di antara ciri-ciri tersebut
adalah pengesahan kad melalui kunci kriptografi yang simetrik. Sistem pengendalian pelbagai aplikasi
dengan "firewall" dan platform cip yang selamat.
My Government - 2006
myGovernment adalah singkatan untuk Portal Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia. myGovernment
merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Kerajaan Malaysia melalui Internet. Anda
juga boleh melayari lebih 900 laman web agensi-agensi Kerajaan Malaysia. Inisiatif ini dilaksanakan oleh
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.
4.PENDIDIKAN
Sektor pendidikan Malaysia diselia oleh Kementerian Malaysia. Sistem pendidikan Malaysia terdiri
daripada pendidikan prasekolah bukan wajib, diikuti enam tahun pendidikan rendah yang wajib dan lima
tahun pendidikan menengah. Sekolah rendah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu sekolah kebangsaan
dan sekolah jenis kebangsaan (vernakular). Sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Malaysia sebagai
perantara, manakala sekolah jenis kebangsaan menjadikan bahasa Mandarin atau Tamil untuk tujuan yang
sama. Sebelum ke sekolah menengah, murid-murid Tahun 6 wajib menduduki Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR).
Pendidikan menengah di Malaysia dilakukan terutamanya di Sekolah Menengah Kebangsaan selama lima
tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga, murid-murid mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR); tetapi PMR bakal dimansuhkan pada tahun 2016. Pada tahun terakhir persekolahan menengah iaitu
Tingkatan Lima, para pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sekolah menengah
kebangsaan menjadikan bahasa Malaysia sebagai perantara utama, tetapi wujudnya juga sekolah
menengah swasta yang berantara dalam bahasa Cina dan Inggeris. Sekolah antarabangsa juga didirikan di
Malaysia khas untuk anak-anak warga asing.
Sebelum sistem matrikulasi diperkenalkan, pelajar yang hendak memasuki universiti awam perlu
melanjutkan lagi persekolahan menengah selama 18 bulan untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Semenjak kemunculan program matrikulasi alternatif kepada sejak tahun 1999, sesiapa yang menyiapkan
program 12 bulan di kolej matrikulasi boleh berdaftar di universiti awam.
5.KESIHATAN
Kerajaan Malaysia menitikberatkan peluasan dan pembangunan penjagaan kesihatan dengan
memperuntukkan 5% perbelanjaan pembangunan sektor sosial kerajaan kepada kesihatan awam. Kerajaan
juga cuba mempromosikan Malaysia sebagai destinasi perubatan serantau dan antarabangsa. Kerajaan
melaksanakan sistem penjagaan kesihatan sejagat di samping membenarkan perusahaan perubatan
swasta. Pada tahun 2008, ladar kematian bayi di Malaysia berada pada takat 5.92 per 1000 orang,
manakala jangka hayat ketika lahir adalah 74 tahun. Sistem penjagaan kesihatan Malaysia mewajibkan
doktor untuk berkhidmat di hospital awam selama tiga tahun untuk memastikan kakitangan yang
mencukupi di hospital-hospital berkenaan.
6)Cabaran dan langkah mengahadapi cabaran di abad ke-21 (a) Cabaran dan langkah menghadapi
cabaran di abad ke-21 (10 markah)
(a) Cabaran
Pada abad ke-21,malaysia pasti akan menghadapi banayak dugaan serta cabaran untuk menjadi
negara yang maju agar setanding dengan negara lain.malaysia pasti akan kekurangan modal atau dana
untuk menampung kebajikan rakyat,pembangunan,sukan dan membayar hutang kerajaan yang
lampau.malaysia juga akan mengahadapi kekuranagan kepakaran dan tenaga buruh mahir kerana
semua rakyat malaysia yang mempunyai kepakaran dan buruh mahir akan berhijrah ke negara lain
kerana upah kerja yang rendah di malaysia.Oleh itu malaysia akanmengharapkan bantuan kepada
teknologi dan apa-apa pertolongan dari negara luar yang lebih maju.
(b) Langkah-langkah
Oleh itu,malaysia perlu mengambil langkah segera untuk menangani masalah
tersebut dari sekarang.pihak yang bertanggungjawab perlu mengadakan kempen untuk
menaikkan semangat rakyat malaysia,perkara sebegini perlu dikhususkan kepada
golongan belia,ini kerana mereka yang akan memimpin negara malaysia pada masa
hadapan.Seterusnya,rakyat malaysia harus mula menerokai dunia IT dan menguasai
ilmu pengatahuan.Anak-anak muda juga perlu diterapkan dengan pembangunan moral
insan supaya wujudnya masyarakat yang hormat menghormati antara satu sama lain
7)Nilai-Nilai Murni Pencapaian Rakyat Malaysia (10 markah)
Antara nilai murni yang diperolehi daripada pencapaian rakyat Malaysia adalah mempunyai
keyakinan diri yang tinggi. Rakyat dan pemimpin perlu lah mempunyai sifat bagi menjayakan wawasan
2020. Para pemimpin negara telah bijak mengambil peluang dan bertindak secara professional bagi
memejukan negara Malaysia. Selain itu,rakyat juga perlulah mempunyai sifat inovatif dan kreatif bagi
menghasilkan produk yang berkualiti tinggi. Seterusnya, rakyat Malaysia perlulah berbangga menjadi
rakyat Malaysia dan berdaya saing bagi memberi daya saing kepada negara-negara yang bertaraf tinggi.
8)Rumusan (15 markah)
Berdasarkan pengetahuan yang diperolehi, seharusnya kita menjadikan ianya iktibar kepada diri
sendiri, bangsa dan negara yang tercinta. Pada masa dahulu, Lautan Atlantik merupakan halangan kepada
kegiatan pelayaran dan pengembaraan orang Eropah. Namun setelah diteroka, lautan tersebut telah
menjadi laluan utama dan jambatan mereka untuk ke dunia luar. Ini menunjukkan semangat keberanian
dan cinta akan negara oleh orang Eropah. Semangat keberanian dan cinta akan negara amat diperlukan
oleh rakyat Malaysia supaya harapan negara untuk mencapai Wawasan 2020 akan terlaksana dan menjadi
contoh di mata dunia.