1 Lecture 11 Neighbourhood Operations (1) TK3813 DR MASRI AYOB.
Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
-
Upload
salihah-mohd-nor -
Category
Documents
-
view
282 -
download
1
Transcript of Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
1/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
1
SEKAPUR SIREH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia,taufik dan hidayatnya, dapat saya menyiapkan tugasan yang dberikan dengan
jayanya. Di mana tugasan ini saya diminta untuk menyiapkan kerja kursus berasaskan
ilmu iaitu projek individu dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG) Semester 3. Iaitu
perkembangan kognitif kanak-kanak.
Tugasan ini banyak memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada saya
dalam memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada saya dalam mempelajarilebih banyak ilmu tentang pengajaran dalam tunjang Sains dan Teknologi iaitu
berdasarkan aktiviti Sains dan Matematik terutamanya dari segi teori-teori dan asas
Perkembangan Kognitif Jean Piaget Dan Lev Vygosky. Selain itu juga saya dikehendaki
membina bahan bantu mengajar di mana saya telah membina replika zoo dan murid-
murid di kehendaki mengelaskan haiwan-haiwan mengikut habitat masing-masing dan
juga saya juga dikehendaki melaksanakan pengajaran di dalam kelas prasekolah.
Dengan adanya bahan-bahan rujukan daripada penulisan buku dan bahan-
bahan dari internet dapat saya menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang
ditetapkan. Dengan kekurangan ilmu yang saya ada saya sentiasa menerima teguran
dan kritikan yang membina kearah menjadikan satu-satu tugasan yang dibuat lebih baik
dan menepati tajuk yang diberikan.
Mudah-mudahan Allah SWT memberkati dan merahmati serta mengurniakan
keredhaan kepada saya dalam menyiapkan kerja ini. Akhir sekali saya mengucapkanterima kasih kepada semua yang terlibat bagi menyiapkan tugasan ini, terutamanya
pensyarah pembimbing saya, En Mohamed Ayob b. Sukani dari Jabatan Pendidikan
Awal Kanak-kanak. Saya memohon kepada Allah SWT agar segala harapan, cita-cita
dan hasrat saya diterima oleh Allah SWT.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
2/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
2
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1. Sekapur sireh 1
2 Isi kandungan 2
3 Pengenalan 3-4
4
5
6 Laporan Pelaksanaan Slot Pengajaran Perkembangan Fizikal(Perancangan)
7 Slot Pengajaran
8 Laporan Pelaksanaan Slot Pengajaran Perkembangan Fizikal(Perlaksanaan)
9
10 Penilaian
11 Kekuatan Dan Kelemahan Aktiviti Pengajaran Dan
Pembelajaran Yang Telah Dilaksanakan
12 Penutup
13 Refleksi terhadap tugasan
14 Rujukan
15 Borang Pemarkahan
16 Borang kolaborasi
17 Lampiran
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
3/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
3
PENGENALAN
Perkembangan merupakan sesuatu aspek perubahan yang dialami oleh individu
dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkahlaku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat
kematangan yang tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan
yang menuju ke arah tertentu serta di jangkakan. Perkembangan juga turut dipengaruhi
oleh baka dan juga persekitaran.Baka menentukan had perkembangan manakala
persekitaran akan membantu individu mencapai perkembangan yang optimum.
Perkembangan adalah satu bahagian yang saling berhubung antara satu sama
lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara perkembangan jasmani dan perkembangan
kognitif manusia. Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak
mencapai titik yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut
peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan
seterusnya.
Begitu juga dengan perkembangan kognitif, di mana manusia merupakan insan
yang istimewa berbanding dengan haiwan kerana manusia di kurniakan akal dan fikiranoleh Allah SWT. Kognitif pada diri manusia membezakan manusia dengan haiwan serta
makhluk lain di dunia. Kognitif adalah sesuatu yang berkaitan dengan minda dan akal.
Menurut Nani, M. dan Rohani, A. (2007), dalam bukunya Panduan Kognitif Kanak-
kanak Prasekolah (cetakan ketiga), kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran (
Spodek dan rakan-rakan 1987). Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara
kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Dengan kata lain ia adalah suatu
proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.
Menurut Haliza Hamzah Dan Joy N Samuel (2009:42) berpendapat kemahiran
kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami,
mengingati, mengkategorikan, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah,
mencipta berimaganasi dan lain-lain. Selain itu juga perkembangan kognitif kanak-
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
4/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
4
kanak memberi penekanan terhadap pemikiran yang berlaku dari zaman kanak-kanak
lagi. Pembinaan daya pemikiran kanak-kanak dipengaruhi oleh penekanan terhadap
perkembangan kognitif kanak-kanak.
Bagi Mok Song Sang (2008:42) kemahiran kognitif membolehkan individu itu
memberi pendapat, memahami dan mengingati perkara-perkara yang berlaku
disekeliling. Di sini perkembangan kognitif adalah melambangkan proses mental.
Semakin berkembang mental individu semakin berkembanglah kemahiran minda
mengikut kadar umur bagi kanak-kanak normal. Bagi kanak-kanak yang tidak normal,
kognitif mereka berkembang dengan corak yang sama tetapi dengan kadar yang
berbeza.
Kajian tentang kognitif di pelopor oleh dua orang tokoh yang terkenal iaitu Jean
Piaget iaitu ahli psikologi Switzerland dan Lev Vygotsky ahli psikologi Russia. Jean
Piaget telah memperkenalkan teori di kenali sebagai Teori Perkembangan Kognitif Jean
Piaget manakala Lev Vygotsky pula telah memperkenalkan Teori Perkembangan
Kognitif yang dikenali di seluruh dunia iaitu Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky.
Kajian mereka telah memudahkan guru-guru menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) kerana teori ini membantu guru memahami pemikiran kanak-kanak
serta memahami kognitif kanak-kanak. Setiap proses P&P haruslah sesuai dengan
perkembangan kognitif kanak-kanak supaya proses P&P berkesan dan meransang
minat kanak-kanak untuk belajar.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
5/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
5
1. Menjelaskan teori-teori perkembangan Kognitif Jean Piaget Dan Lev Vygotsky
Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Jean Piaget
Jean Piaget merupakan seorang ahli biologi yang amat terkenal dan salah
seorang pencetus teori dalam dunia pendidikan. Beliau di lahirkan di Nauchatel,
Switzerland pada tahun 9 Ogos 1896. beliau telah menggunakan model biologi untuk
menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Minat menyelidik proses pemikiran
kanak-kanak telah wujud dalam diri beliau dan hasil dari pemerhatian perkembangan
ketiga-tiga anak-anaknya maka tercetusnya Teori Perkembangan Kognitif Piaget. Pada
pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasikan
masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Dalam bidang
Psikologi, jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke 20. Latar
belakang beliau memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi bagi
membentuk ujian kecerdasan mental.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
6/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
6
Piaget mengatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan
mereka yang bersendirian. Dengan itu kanak-kanak yang berlainan peringkat
kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka.
Piaget berpendapat bahawa pekembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat-
peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan
peringkat yang berikutnya yang awal itu menjadi asas bagi perkembangan yang
berikutnya.
Piaget juga menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu. Pertama,
melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Kedua, melalui
pengetahuan fizikal iaitu tentang sesuatu benda yang diperolehi melalui penerokaan
dunia fizikal. Ketiga, melalui logical matematik yang meliputi konsep nombor, klasifikasi
dan sebagainya.
Antara teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada
perkembangan kognitif kanak-kanak. Piaget telah membahagikan empat peringkat ini
iaitu skema (schema), penyerapan (assimilation), pengubahsuaian (accomodation) dan
keseimbangan (equilibrium). Skema adalah struktur kognitif atau mental yang
membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaanpersekitaraan. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan,
menyusun dan mengurus. Contohnya, kanak-kanak memegang sesuatu benda adalah
skema peganganya. Ini menyebabkan teknik memegangnya semakin beransur-ansur
maju apabila perubahan skema kanak-kanak kini sebenarnya mewakili hasil yang
diperolehi daripada pembelajarannya. Asimilasi merupakan proses kognitif di mana
seseorang menyatukan maklumat maklumat baru atau pengalaman baru ke dalam
skema yang sedia ada, penyerapan maklumat baru ke dalam struktur sedia ada.
Manakala Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif
serta perkembangan skema. Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang
ada, maka is akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai,
maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Proses ini berlaku secara
berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
7/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
7
mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu. Keseimbangan akan tercapai apabila
seseorang kanak kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian.
Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan
menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses
keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya jika ia tidak diserap, maka maklumat itu akan
diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau
maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses
ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi hingga dewasa.
Dari kajian pemerhatiannya, piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif
kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut
perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai sensori
motor, pra operasi, operasi konkrit, operasi formal.
Peringkat yang pertama iaitu Peringkat Deria Motor Atau Sensori Motor (0-2
tahun), kanak-kanak mula menggunakan deria untuk memahami dean persekitarannya.
Selepas dilahirkan selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-
objek di dalam persekitaran. Antara 4 hingga 8 bulan, bayi kelihatan telah mempunyai
daya koordinasi di anatar penglihatan dan sentuhan. Apabila berusia satu tahun, dia
mula menyedari objek-objek lain dipersekitaran. Di antara 1 hingga, kanak-kanak cuba
menggunakan berbagai-bagai skema. Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapatenam sub tahap yang dikategori dengan melihat perkembangan keblehan tertentu pada
umur yang tertentu.
Tahap pertama iaitu dari lahir hingga satu bulan (refleks), dimana bayi mampu
melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir mellaui
tingkahlaku pendengaran, penyusunan, pandangan, gerakan tangan, penyesuaian,
pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Tahap kedua iaitu sebulan hingga
empat bulan (reaksi asas sekular), dimana peringkat pertama pencapaian untuk
penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. Di tahap ini pengalaman memainkan
peranan penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pada tahap ketiga
empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua), bayi mmempunyai persediaan untuk
mmebuat pandangan dan pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkalku bayi
dihasilkan daripada sesuatu proses pembelajaran. Contohnya, bayi sengaja
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
8/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
8
memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengetahui atau
mengenali barang tersebut. Pada tahap keempat iaitu lapan hingga dua belas bulan
(reaksi kordinasi) di mana ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan
yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini,
perkembangan mentalbayi sudah dapat dikatakan sebagai tahap perkembangan daya
kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Tahap kelima iaitu dua belas bulan
hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga) penemuan makna melalui pengalaman
yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif, bayi memerlukan kecepatan unutk
melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi
baru. Pada tahap keenam iaitu lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran
pemikiran awal) iaitu berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula
mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik, pada
ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat
membezakan jenis-jenis tingkahlaku peniruan yang diperhatikan.
Peringkat yang kedua pula iaitu Peringkat Pra Operasi (2 hingga 7 tahun) di
mana pada peringkat ini kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta symbol untuk
menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun kanak-kanak boleh
bertutur dengan fasih dan bahasa yang dikuasai, perkembangan kognitifnya kianmenjadi pesat. Pemikiran kanak-kanak dalam peringkat ini adalah egosentrik. Pada
peringkat ini, mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan
mereka, boleh mengelaskan objekmengikut ciir-ciri tertentu dan memahami konsep
pengabdian bilangan.
Pada peringkat yang ketiga pula iaitu Peringkat Operasi Formal (selepas 12
tahun), ia bermula umur 11 atau 12 tahun dan seterusnya melibatkan operasi mental
pada yang abstrak dan symbol yang mungkin tidak mempunyai bentuk fizikal dan
konkrit. Pada masa itu, kanak-kanak mula memahami perkara-perkara yang mungkin
mereka tidak terlibat dan alami secara langsung. Justeru itu, teori perkembangan
kognitif adalah berasaskan tahap demi tahap. Bagi piaget, tahap-tahap ini berlaku pada
usia yang sama bagi kanak-kanak.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
9/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
9
Aplikasi Teori Piaget dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Mengikut teori pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun
mengikut peringkat perkembangan kognitiif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepadaabsrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada kepada
pengalaman yang baru, daripada kasar kepada halusmengikut perkembangan fizikal
individu. Mengikut Piaget juga, pembelajaran merupakan perubahan bentuk
tingkahlaku. Pembelajaran yang abru dan komleks hendaklah menggunakan proses
akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar dapar di adaptasikan keperluan
situasi pembelajaran yang dihadapinya. Joyce, Weil dan Slavin menyarankan dan
mengaturkan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan implikasi
Teori Pembelajaran Kognitif.
Teori Pembelajaran Kognitif Piaget Dalam Pengajaran
Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget dalam pengajaran seorang guru
yang mengajar pelbagai subjek di tadika, kita seharusnya menumpukan perhatian
terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami
kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran matematik di peringkat sekolah rendah.
Murid-murid hanya memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit, oleh itu
alat bantu mengajar penting untuk menyampaikan konsep matematik dengan berkesan.
Keadah kerja praktik adalah kaedah yang sesuai dan menggalakkan murid melibatkan
diri secara aktif dalam pembelajaran matematik. Untuk membimbing murid mengatasi
masalah ini, pengajaran mengenai masalah matematik harus dikaitkan dengan situasi
yang sebenar dan perkenalan symbol matematik harus dikaitkan dengan contoh yang
konkrit.
Kritikan pada Teori Jean Piaget
Piaget telah memberi sumbangan yang besar dalam psikologi dari segi
penerangannya tentang perkembangan kognitif yang luas. Bagaimanapun ada juga
ahli-ahli psikologi lain yang berpendapat bahawa teori tersebut mempunyai beberapa
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
10/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
10
kelemahan seperti berikut. Antara kelemahan teori ini iaiah ketidaksempurnaandi mana
Piaget telah memberi satu rangka penerangan tentang perkembangan kognitif kanak-
kanak yang amat berguna dan berfaedah tetapi beliau tidak menjelaskan tentang kaitan
antara teorinya dengan peristiwa-peristiwa empirical, istilah penting seperti asimilasi,
akomodasi, keseimbangan dan tahap-tahap perkembangan kognitif yang kurang jelas
dan tidak tepat. Selain itu juga, Piaget lebih Berjaya menguraikan tahap-tahap ini
daripada menjelaskan pengaliran perkembangan dan dalam beberapa aspek, Piaget
telah memperkecilkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Kelemahan yang kedua
dari segi metologi iaitu ketidaksesuaian kaedah yang digunakan untuk kemungkinan
wujud keputusan yang biasa kerana bilangan responden yang sedikit, tiada
pemerhatian yang lain dan kurang kawalan semasa Piaget menjalankan kajian. kajian
Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif awal bergantung pada aktiviti motor
dan deria. Beliau tidak terfikir bahawa mungkin keupayaan otak bayi berkembang lebih
cepat daripada keupayaan motor dan deria.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
11/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
11
Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky
Lev Vygotsky
Nama sebenarnya adalah Lev Semyonovich Vygotsky. (1896-1934) beliau
merupakan ahli psikologi Russia. Beliau merupakan ahli psikologi Russia. Beliau
dilahirkan pada tahun 1896 dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 38 tahun
iaitu pada tahun 1934. Beliau mendalami bidang ilmu perubatan dan kemuadian beralih
kepada pengajian undang-undang dan turut mendalami bidang kesusasteraan.
Penerbitan dan kajian beliau mendapat perhatian bertajuk The Psychology Of Art
Tetapi di sepanjang hayatnya, beliau menghadapi kesukaran untuk menyerapkan teori-
teori dalam idea-idea politik Russia (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004)
Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif individu adalah berlaku dalam
persekitaran sosiobudaya yang mempergaruhi tingkahlaku dan pemikiran individu di
mana beliau telah memberi alternatif kepada idea Piaget tentang perkembangan
kognitif kanak-kanak yang menekankan peranan social dan budaya dalam
perkembangan minda kanak-kanak.
Bagi Vygotsky juga, perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaran
sosiobudaya yang mempengaruhi pemikirannya. Kebanyakan daripada kemahiran
kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibu bapa,
guru, orang dewasa lain dan rakan sebayanya. Menurut beliau juga, bayi lahir dengan
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
12/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
12
beberapa fungsi asas mental (elementary mental functions) iaitu perhatian, sensasi,
persepsi, dan memori yang kemudiannya berubah menerusi kontek dengan budaya
kepada proses mental yang lebih rumit dikenali fungsi mental peringkat tinggi (higher
mental functions) (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004).
Pada peringkat awal, kebolehan kanak-kanak membentuk memori terhad oleh
kekangan biologi. Namun begitu, melalui budaya kanak-kanak dibekalkan dengan alat
untuk membuat adaptasi dalam fungsi asas mental.
Jadi, setiap budaya memindahkan cara hidup kepada kanak-kanak melalui
interaksi sosial termasuk strategi membuat memori atau cara menggunakan mental
untuk berfikir. Oleh sebab setiap budaya memindahkan juga kepada kanak-kanak
system kepercayaan dan nilai, bermakna setiap budaya juga membekalkan perkara
yang perlu difikirkan oleh kanak-kanak.
Tema yang digunakan oleh teori Vygotsky ialah perkembangan kognitif individu
berlaku dalam konteks sosial. Maka perkembangan kognitif termasuklah penguasaan
tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh budaya atau masyarakat di mana
mereka tinggal.
Menurut Vygotsky, Zon Perkembangan Proximal (ZOPD) ialah jarak di antara
tahap perkembangan sebenar yang ditentukan oleh penyelesaian masalah secara
bersendiriana atau tahap perkembangan potensi yang dicapai melalui pengusaan ilmudi bawah bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih berkemahiran. Oleh
itu, dengan menilai tahap kebolehan pelajar menguasai kemahiran secara bersendirian
dan juga tahap kebolehan pelajar menguasai kemahiran dengan bantuan orang dewasa
atau rakan sebaya yang lebih mahir, kita dapat memahami idea zon perkembangan
proximal yang diutarakan oleh Vygotsky (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004).
ZON PERKEMBANGAN PROXIMAL
Ia dikenali sebagai zon peluang gerak balas maksimum (zone of maximum
response opportunity) oleh Borich (1996). Contohnya di kalangan kanak-kanak yang
baru mula membaca, andaikanlah kanak-kanak tersebut boleh membaca perkataan
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
13/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
13
yang terdiri daripada dua suku kata yang digabungkan (kv-kv) seperti perkataan baba,
susu, tata, dan kuku. Dia belum boleh membaca perkataan yang menagndungi
konsonan-vokal-konsonan-vokal-konsonan (kvkvk) seperti bakul, sukar, takar,
pasar dan lain-lain. Kemahiran pada peringkat ini hanya boleh dicapainya melalui
bantuan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. Seterusnya dia boleh maju
dan boleh pula membaca perkataan yang mengandungi konsonan-vokal-konsonan-
vokal-konsonan-vokal-konsonan (kvkvkvk) seperti perkataan belajar, melakar atau
selamat. Jadi zon perkembangan proximal kanak-kanak tersebut berada di antara
membaca perkataan mengandungi kvkv dengan perkataan mengandungi kvkvk.
Kesimpulannya, zon ini di satu pihak mengandungi kemahiran atau kebolehan
yang boleh dikuasai individu sendiri dan di satu pihak ialah kemahiran yang perlu
dikuasai dengan bantuan atau bimbingan orang yang lebih mahir.
Scaffolding makna asanya ialah kerangka besi dan kayu yang menyokong
bangunan. Scaffolding adalah bantuan/bimbingan, petunjuk, tatacara oleh orang
dewasa atau rakan yang lebih berpengetahuan dalam menguasai sesuatu
kemahiran/ilmu. Bantuan diberi lebih sesar di awal pembelajaran dan semakin
berkurangan dan akhirnya tiada langsung sebab kanak-kanak telah boleh buat sendiri
(Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004).
Menurut Vugotsky lagi, fikiran dan bahasa pada tahap permulaan, berkembangsecara terpisah dan tidak saling mempengaruhi , iaitu fikiran mula-mula berkembang
tanpa bahasa dan bahasa mula-mula berkembang tanpa fikiran. Beliau menyarankan
bahawa fikiran dan bahasa adalah berasingan sehingga kanak-kanak berumur hampir
dua tahun. Ini disokong oleh pendapat Piaget yang menyatakan kanak-kanak satu dan
dua tahun berada pada peringkat perkembangan kognitif deria motor mula memperolehi
asas kemahiran berbahasa.
Fikiran dan bahasa kanak-kanak pula saling berhubung kait sejak berumur dua
tahun, kanak-kanak mula mula mengembangkan kefahaman berbahasa dan
menggunakan bahasa sebagai alat bantuan dalam membuat penaakulan. Menurut
Vygotsky, kanak-kanak menguasai pertuturan luaran dengan mula menggunakan satu
perkataan, kemudian mula menggabungkan dua atau tiga perkataan dalam
pertuturannya kemudian menggunakan ayat-ayat yang mudah kepada unsur-unsur
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
14/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
14
ayat-ayat yang kompleks. Akhirnya mereka akan bertutur dengan jelas menggunakan
ayat-ayat tersebut. Ini bermakna kanak-kanak bertutur daripada satu bahagian
(perkataan) kepada keseluruhan (ayat lengkap). Daripada aspek semantik, kanak-
kanak mula daripada keseluruhan makna sepenuh yang kompleks, kemudian
menguasai unit-unit semantik yang berasingan seperti makna perkataan dan pemikiran
yang menyeluruh kepada unit-unit. Aspek semantic dan pertuturan luaran berkembang
mengikut arah yang berlawanan (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004).
Teori Piaget telah dipersetjui oleh Vygotsky tentang pemikiran kanak-kanak
pralinguistik diperlihatkan melalui tindakan dan perlakuan, tetapi tidak bersetuju dengan
pernyataan Piaget tentang pemikiran dan bahasa bercantum dan kebanyakan non
social. Ini disifatkan oleh piaget sebagai egosentrik. Tetapi menurut Vygotsky pula,
ianya menggambarkan perubahan pralinguistik kepada lisan. Menurut beliau lagi,
kanak-kanak bercakap sendiri zaman prasekolah berlaku lebih kerap dalam
menyelesaikan masalah mahu pun mendapatkan sesuatu matlamat yang difikirkan
penting. Sekiranya kanak-kanak tersebut berhadapan dengan masalah yang berat
maka scenario bercakap sendiri akan berlaku secara dramatik.
Berdasarkan kajian beliau, Vygotsky berpendapat bahawa pertuturan egosentrik
adalah satu cara menyatakan fikiran ayau ingatan yang berkembang dan cara
meluahkan perasaan dalaman. Pemerhatian beliau ke atas persamaan di antarapertuturan egosentrik oleh kanak-kanak prasekolah dan pertuturan dalam proses
pemikiran senyap kanak-kanak yang lebih tua dan pertuturan dalaman orang dewasa
meyakinkan Vygotsky bahawa Piaget telah tersalah tafsir kepentingan pertuturan
egosentrik. Vygotsky menyatakan bahawa persamaan dalam penggunaan percakapan
peribadi dalam tiga golongan subjek kajiannya menyokong andaian bahawa apabila
pertuturan egosentrik hilang dari pandangan, ia tidak lenyap begitu sahaja tetapi
bertukar menjadi percakapan dalaman (inner speech) (Ramlah Jantan & Mahani
Razali, 2004).
Aplikasi Teori Kognitif Lev Vygotsky
Perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak tidak berkembang dalam
situasi social yang hampa. Teori Lev Vygotsky menekankan bagaimana proses-proses
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
15/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
15
perkembangan mental seperti ingatan, perhatian dan penalaran melibatkan
pembelajaran menggunakan temuan masyarakat seperti bahasa, system matematika,
dan alat-alat ingatan. Lev Vygotsky menekankan peranan orang dewasa dan anak-anak
lain memudahkan perkembangan si anak, menurut Lev Vygotsky, anak-anak lahir
dengan fungsi mental dan relative dasar seperti kemampuan untuk memahami dunia
luar dan memusatkan perhatian.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
16/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
16
RUMUSAN
Jean Piaget dan Lev Vygotsky telah memberI sumbangan yang amat penting
dalam perkembangan kognitif dan harus di analisa dari segi perkembangan pemikir
pelajar iaitu bagaimana kanak-kanak berfikir dan bertingkahlaku. Keperluan guru
memerhati pelajar dengan teliti untuk membantu pembelajaran yang berdasarkan
perkembangan kognitif adalah menjadi asas yang kukuh dalam menterjemahkan idea
Piaget dan Vygotsky dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Pemprosesan
informasi membincangkan bagaimana pelajar menerima dan mengorganisasikan
informasi dalam memori. Pendekatan pemprosesan informasi mengemukakan pelbagai
model tentang bagaimana minda memproses sesuatu, menerima dan mencungkil ilmupengetahuan yang telah dimanipulasikan melalui proses interaksi pada persekitaran
yang menjelaskan bagaimanapelajar belajar dengan bantuan proses kognitif. Fokus
kepada teori ini, menerangkan bagaimana pelajar mengalami dan memahami makan
dan mengingatkan semua informasi dan ilmu pengetahuan yang dipelajari melalui
proses kognitif sejak kecil lagi melalui pembelajaran formal di sekolah dan tidak formal
iaitu di persekitaran mereka. Dalam pada itu, dianalisis juga teori perkembangan
kognitif Piaget, pengaruh sosiobudaya Vygotsky, pemprosesan informasi, peranan
metakognitif dan teori-teori kognitif kontemporari yang diketengahkan muktahir ini.
Pendekatan-pendekatan yang dibincangkan memaparkan bagaimana aspek
kognitif manusia berkembang mengikut urutan masa sejak zaman Piaget lagi. Kajian
tentang perkembangan kognitif Piaget, Neo-Piaget iaitu Vygotsky dan teori
pemprosesan informasi peranan metakognitif dan teori kognitif kontemporari di teliti
untuk seterusnya. Pada dasarnya, manusia dapat mengembangkan idea, pemikiran
dan pembelajaran mengikut peredaran masa dan zaman. Apabila manusi membesardari peringkat bayi ke peringkat kanak-kanak dan seterusnya remaja, didapati mereka
mempunyai keupayaan untuk berinteraksi dengan pemikiran dan bertingkah laku untuk
mengembangkan pengalam hidup.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
17/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
17
PENGURUSAN
GRAFIK
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
18/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
18
Lahir pada 9 Ogos 1896,Neuchatel, Switzerland.
Psikologi Swiss yang terkenal dalam bidang pendidikan.
Memfokuskan Teori Perkembangan Kognitif kanak-kanak.
Menulis lebih daripada 60 buah buku dan ratusan naskah.
Menurutnya,kanak-kanak melalui peringkat perkembangan kognitif yang sama
pada usia berbeza.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
19/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
19
Konsep Utama
Jean Piaget
SKEMA
Sebagai kebolehan atau pengalaman
individu yang dipelajari dan diperolehi
berdasarkan syarat-syarat yang
diwarisi
AKOMODASI
Pengubahsuaian skema yang ada
bagi menerima maklumat baru.
KESEIMBANGAN
Gabungan proses asimilasi dan
adaptasi yang membantu dalam
keseimbangan pengetahuaan.
ASIMILASI
Merupakan proses kognitif di manaseseorang maklumat baru atau
pengalaman baru ke dalam skemayang
sedia ada
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
20/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
20
TAHAP PERKEMBANGAN
KOGNITIF PIAGET
TAHAP DERIA MOTOR
( 1 2 Tahun
TAHAP PRA OPERASI
( 2- 7 Tahun )
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
21/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
21
TAHAP OPERASI KONKRIT
( 7 12 Tahun) )
TAHAP OPERASI FORMAL
( 12 Tahun ke atas )
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
22/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
22
TAHAP
DERIA MOTOR
Reflek ( 0 1 bulan )
Bayi hanya mampu
melakukan gerakan
pantulan
Reaksi asas sekular ( 1
4 bulan )Bayi mula mengerti
tentang bahagian badan
tertentu
Reaksi Sekular Kedua
( 4 8 bulan )
Bayi mempunyai
persediaan untuk
membuat pemerhatian
dan pandangan yang
lebihReaksi Kordinasi
( 8 12 bulan )
Bayi sudah mengetahuisebab akibat sesuatu
keadaan berlaku
Reaksi Sekular Ketiga
( 12 - 18 bulan )
Penemuan makna baru
melalui pengalaman yang
dilalui bayi berlaku secara
aktif
Pengambaran pemikiran awal
(18 2 tahun)
Berlaku kombinasi mental di
mana kanak-kanak mula
mempunyai keupayaan untuk
memahami aktiviti permainan dan
fun si simbolik
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
23/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
23
TAHAP
PRAOPERASI( 2-7 tahun)
Mula menggunakan bahasa dan menyatakan tentang
sesuatu objek dengan menggunakan gambar dan
perkataan.
Mula menggunakan simbol dalam permainan.
Contohnya; mengandaikan buku sebagai keretaapabila ditolak atas lantai.
Egosentrik dalam pemikiran,pertuturan
danperlakuan.Membuat penilaian berdasarkan apa
yang dilihat.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
24/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
24
TAHAP OPERASIKONKRIT
( 7-12 tahun )
kognitif makinmatang danberfikir cara
logik tidak lagiegosentrik
berfikir secarakonkrit dan
objektif sertaboleh
membuatbanding beza.
Mula belajar bermaindan bergaul denganrakan sebaya serta
dapat menerimapandangan orang
lain.
Wujud perasaandan kerap bertanya
sesuatu yangmenarik kepada
orang lebihdewasa.
Bolehmengenalpasti
objek alamsekitar dan
membezakanciri-ciri dan
fizikal objek.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
25/58
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
26/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
26
KEKUATAN TEORI JEAN
PIAGET
Tiga kebolehan asas yang berlaku :
Perkembangan kebolahan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang
ketara seperti kebolehan mengira.
Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian
tingkah laku yang dikukuhkan dan
generalisasikan sehingga menjadi skematingkah laku yang stabil
Hal-hal umun yang betul-betul difahami oleh
individu bagi mewujudkan sesuatu
pengukuhan tingkahlaku.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
27/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
27
Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky
PERKEMBANGAN KOGNITIF
Menekankan peranan socialdan budaya dalam
perkembanagan minda dan
kanak-kanak
Kebanyakan daripada
kemahiran kognif kanak-kanak
terhasil daripada interaksi
kanak-kanak dengan ibubapa,guru, orang-orang dewasa yang
lain dan sebayanya.
Perkembangan mental kanak-
kanak terhad disebabkan oleh
sistem biologi yang belum
matang
Menurut Vygotsky, pemikiran
kanak-kanak berkembang
akibat dari pergaulan dengan
orang lain
Bagi Vygotsky, kanak-kanak
tidak dapat membina
pengetahuannya sendiri tentang
persekitaran
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
28/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
28
Perkembangan Kognitifindividu berlaku dalam dua
peringkat
Menurut Vygotsky:
Peringkat sosial :
Maklumat atau pengetahuan
individu dipengaruhi mellaui
interaksi individu dengan individu
lain yang ada di persekitaran
seperti ibubapa, adik beradik,
guru, rakan sebaya dan keluarga
terdekat.
Peringkat individu :
Kebolehan individu menukar
maklumat dan pengetahuan yang
diperolehi daripada interaksi social
kepada kefahaman
individu(peribadi). Maklumat yang
diperolehi ini boleh menukar skem
individu.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
29/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
29
Zon Perkembangan
Proksimal
HAD ATAS
Peringkat kemahiran kanak-
kanak yang boleh dicapai
dengan bantuan individu
yang lebih mahir
HAD BAWAH
Kemahiran yang boleh atau
dicapai sendiri oleh kanak-
kanak. Pengetahuan sedia
ada kanak-kanak
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
30/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
30
Perancah (Scaffolding)
Konsep Scaffolding berkait rapat dengan idea Zon Perkembangan Proksimal
SCAFFOLDING
* scaffolding bermaksud
mengubahsuai tahap
sokongan yang diberikan
* Semasa proses pengajaran
berlaku, individu yang lebihberkemahiran (ibubapa, guru
atau rakan sebaya) akan
mengubahsuai tahap
bantuan yang diberikan
mengikut kemampuan murid
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
31/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
31
SCAFFOLDING
Perbualan dan
interaksi adalah
alat yang penting
semasa proses
scaffolding.
Komunikasi
dengan orang lain
untuk mempelajari
kemahiran baru
atau kemahiran
yang lebih sukar
dan kanak-kanak
juga
berkomunikasidengan diri
mereka sendiri.
Bercakap sendiri
ini menolong
kanak-kanak
merancang dan
mengawal
tingkahlaku
mereka sendiri
dan ia akhirnya
berubah menjadisuara dorongan
apabila dewasa
Vygotsky percaya
kanak-kanak yang
banyak bercakap
sendiri akan lebih
kemahiran social
berbandingkanak-kanak yang
kurang bercakap.
Kajian mendapati
kanak-kanak yang
suka bercakap
sendiri member
impak yang positif
kepada
perkembangan
mereka.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
32/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
32
Implikasi Teori Vygotsky
Ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran
Penilaian perlu difokuskan untuk
menentukan zon perkembanagn
proksimal setiap kanak-kanak.
Gunakan zon perkembangan
proksimal di dalam pengajaran.
Menggalakan bantuan daripada rakan
sebaya yang sudah mahir.
Kawal dan galakkan kanak-kanak
sentiasa menyelesaikan sesuatu
masalah.
Memberi arahan yang bermakna.
Membimbing pelajar mengaplikasi
pengetahuan kepada pengalaman
sebenar.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
33/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
33
SOALAN 2. Membuat rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran berdasarkan isi
kandungan Pengajaran Matematik dan Konsep Sains yang boleh
diaplikasikan di kelas prasekolah
Rancangan Pengajaran Slot ( RPS ) - 30 MINIT
Kelas : Pra Sekolah Seri Mawar
Tarikh : 12 Mac 2013
Hari : Selasa
Masa : 9.10 pagi hingga 9.40 pagi (30 minit).
Bilangan murid : 25 orang (+4 dan +5).
Modul : Modul Tema
Tajuk / Tema : Haiwan
Subtema : Haiwan (Educate Zoo / Alam Hidupan)
(Haiwan Jinak. Haiwan Liar, Haiwan di Air, Serangga,
Burung)
Tunjang Utama: Matematik dan Konsep Sains
(ST 3.0) Menyiasat Alam Hidupan
(ST 7.0) Konsep Nombor
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
34/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
34
Standard Kandungan :
(ST 3.4) Menjalankan penerokaan ke atas cirri, habitat, cara pergerakan, jenis
makanan, kitaran hidup haiwan jinak yang biasa dijumpai.
(ST 7.1) Memahami nombor 1-10
Standard Pembelajaran :
(ST 3.4.5) Mengecam tempat tinggal haiwan (contoh kucing-rumah, ayam- reban, itik-
kolam, lembu-padang, kerbau-sawah, katak-air dan darat, ikan-air, burung-
pokok
(ST 3.4.6) Mengumpulkan haiwan mengikut habitatnya
(ST 7.1.3) Membilang objek 1-10
(ST 7.1.5) Memadankan angka 1-10 dengan bilangan objek yang betul
Kesepaduan Tunjang :
(BM2.2.4) Bersoal jawab secara spontan
(PM 16.1.1) Mematuhi arahan guru
(PSE 2.2.2) Menunjukkan semangat dan sifat positif seperti
berkeyakinan dan berdikari
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :-
i. Mengelaskan 7 daripada 10 haiwan
ii. Menamakan 7 daripada 10 haiwan yang terdapat dalam replika zoo
iii. Mengenal dan mengecam habitat / tempat tinggal haiwan
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
35/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
35
Pengetahuan Sedia Ada :
i. Murid telah didedahkan tentang nama-nama haiwan yang terdapat dipersekitaran
ii. Murid telah didedahkan dengan tempat tinggal haiwan
iii.Murid didedahkan dengan nombor 1-10
Kemahiran Berfikir ( KB ) :
Mengelaskan haiwan mengikut habitat
Penerapan Nilai ( PN ) :
Bekerjasama, berkeyakinan, tolong menolong, merendah diri, hormat-menghormati,
kerajinan, hemah tinggi, keberanian, dan kesyukuran.
Fokus MI :
Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan logical matematik, kecerdasan linguistik
Bahan Bantu Mengajar :
Replika Zoo, Tanah Liat, Tumbuh-Tumbuhan, Model/Replika Haiwan (Haiwan Jinak.
Haiwan Liar, Haiwan Di Air, Serangga, Burung)
Kosa Kata :
lembu, kambing, harimau, buaya, monyet, ikan, ketam
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
36/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
36
MASA /
LANGKAHPELAJARAN AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID
CATATAN
Set
Induksi
(3 minit)
Sesi
soaljawab
antara guru
dan murid
1. Guru menayangkan
video untuk
memperkenalkan
tajuk P&P hari ini
* Lawatan murid
prasekolah ke Zoo
Melaka
1. Murid melihat video
yang ditayangkan
oleh guru.
2. Murid bersoaljawab
dengan guru
mengenai video yang
ditayangkan.
BBM:
Video,
komputer
riba
PN :
Kecerdasa
Interperso
al
kecerdasa
linguistik
KB :
Kemahiran
mendenga
MI:
kerjasamaberani
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
37/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
37
1.Guru menanyakan
soalan kepada murid
*Siapa yang pernah
pergi ke zoo*Di zoo ada apa?
*Pergi dengan siapa
Langkah 1
(5 minit)
Meneka bunyibinatang
1. Guru memperdengarkanaudio bunyi pelbagaihaiwan kepada murid
* Bunyi haiwan apa ini?
1. Murid mendengar audiobunyi binatang yangdipasang oleh guru.
2. Murid meneka bunyi
haiwan tersebut.
3. Murid membunyikanpelbagai bunyihaiwan.
BBM:
Audio buny
haiwan,
komputer
riba
PN :
Kecerdasa
Interperso
al
KB
Kemahiran
mendenga
Menjana
idea
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
38/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
38
MI:
kerjasama
Langkah 2
10 minit
Menamakandanmengelaskan
haiwanmengikuthabitat
1. Guru bertanyakepada murid namasetiap model/replikahaiwan yangdipamerkan dihadapan kelas.
2. Guru membahagikankepada duakumpulan
3. Guru memberikansetiap kumpulanreplika haiwan untukdilengkapkanmengikut habitatdalam replika zooyang disediakan
1. Murid menamakansetiap haiwan yangditunjukkan oleh guru.
2. Murid berada dalamkumpulan yang dipiliholeh guru.
3. Murid mendapat replikahaiwan danmengelaskanhaiwan mengikuthabitat dalam replikazoo
BBM:
Audio buny
haiwan
PN :
Kecerdasa
logic
matematik
KB
Kemahiran
mendenga
Menjana
idea
MI:
Kerjasama
Langkah 3
7 minit
Mengirabilangan danmembandingmengikut saizdan warna
1. Guru memilih muriduntuk mengira bilanganhaiwan yang terdapatdalam habitat haiwan.
2. Guru bertanya kepadamurid tentang
1. Murid mengirabilangan haiwan yangterdapat dalam setiaphabitat. Kemudianmurid meletakkan kadnombor pada habitathaiwan tersebut.
BBM:
Replika
zoo, dan
haiwan, ka
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
39/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
39
perbandingan setiaphaiwan mengikut saizdan warna.
*Gajah dengan harimau
mana lebih lagi besar ?
* Mana lagi tinggi zirafahke harimau?
* Singa ini warna apa?
* Harimau makan apa?
2. Muridmembandingkanhaiwan mengikut saizdan warna.
nombor, lid
PN :
Kecerdasa
logik
matematik
KB
Memband
g,
mengira
MI:
kerjasama
Penutup
(5 Minit)
Rumusanpelajaran
1. Guru melihat setiapkumpulan mempamerkanhasil kerja mereka dihadapan kelas
2. Guru menasihati supayamurid berbuat baik danmenyayangi haiwankerana haiwan adalahmakhluk ciptaan AllahS.W.T
1. Setiap kumpulanmempamerkan hasilkerja yang dibuatbersama-sama kepadakumpulan lain
2. Murid dalam kumpulanmenceritakan semulatentang hasil kerjakepada kawan-kawanyang lain.
BBM:
Replika
zoo, dan
haiwan
PN :
Kecerdasa
Linguistik,
Kecerdasa
Interperso
al
KB
Refleksi
MI:
Keberania
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
40/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
40
Catatan Refleksi Guru :
Murid : Kanak-kanak berjaya :
1. Mengelaskan 7 daripada 10 haiwan
2. Menamakan 7 daripada 10 haiwan yang terdapat dalam replika zoo
3. Mengenal dan mengecam habitat / tempat tinggal haiwan
4. Murid bersoaljawab dengan guru mengenai video yang ditayangkan.
5. Murid mendengar audio bunyi binatang yang dipasang oleh guru. Murid
meneka bunyi haiwan tersebut dan membunyikan pelbagai bunyi haiwan
6. Murid melihat video yang ditayangkan oleh guru tentang lawatan murid
prasekolah ke Zoo Melaka dan bersoaljawab tentang video tersebut.
Guru : Guru perlu menggalakkan lebih ramai lagi kanak-kanak untuk
turut serta bagi meningkatkan perkembangan kognitif dan perkembangan sains
dan matematik.
Catatan rakan :
KEKUATAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
YANG TELAH DILAKSANAKAN
KEKUATAN :
1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini telah berjalan dengan lancar. Guru telah
membuat perancangan dengan teliti iaitu berbincang dengan rakan guru yang
berpengalaman dari sekolah lain dan merujuk Kurikulum Standard Prasekaolah
Kebangsaan2. Bahan bantu mengajar diurus dengan baik dan mencukupi.
3. Murid dapat mengikut arahan yang dijalankan oleh guru dengan mudah iaitu
berada dalam kumpulan dan memberi kerjasama semasa aktiviti dijalankan.
4. Murid gembira semasa aktiviti set induksi. Murid begitu teruja apabila guru
menggunakan video lawatan ke zoo dan audio bunyi binatang yang
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
41/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
41
dipasang oleh guru.
5. Pelaksanaan aktiviti ini dibantu oleh pembantu pengurusan murid dan guru
damping, sedikit sebanyak dapat membantu guru menyediakan dan menguruskan
BBM (replika zoo dan haiwan).
6. Murid gembira dan teransang semasa aktiviti mnegelaskan haiwan mengikut
habitatnya.
7. Arahan guru jelas dan mudah difahami oleh murid. Semua murid dapat bermain
dengan lancar.
8. Murid dapat memberi kerjasama dengan guru dan rakan pasukan dalam kumpulan
masing-masing.
9. Sesi pengajaran ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar dan
kanak-kanak terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
dalam Tunjang Sains dan Matematik.
KELEMAHAN
1. Terdapat masalah dengan murid yang berumur 5 tahun kerana tidak boleh
memahami arahan guru dengan baik. Guru terpaksa membimbing mereka.2. Guru terpaksa memberi arahan yang tegas semasa Tempat aktiviti yang
dijalankan tidak kemas, ini menyulitkan murid-murid lain untuk menjalankan
aktiviti tersebut
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
42/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
42
LAPORAN REFLEKSI
Sebagai seorang guru prasekolah, saya mestilah membantu murid agar dapat
mencapai perkembangan kognitif yang optimum dan meningkatkan . Jadi, guru mestilah
merancang pelajarannya agar merealisasikan hasrat ini. sebelum menjalankan
pelaksanaan di dalam kelas prasekolah, saya telah memilih untuk membina
Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan Dokumen Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK). Saya juga telah merancang dan melaksanakan aktiviti
berdasarkan pengajaran matematik dan konsep sains menggunakan kaedah
mengelaskan haiwan, mengecam tempat tinggal, menamakan haiwan yang terdapat
dalam replika zoo untuk pengajaran murid-murid prasekolah. Bagi menarik minat murid
untuk belajar dan meransang minat murid mengetahui sesuatu aktiviti yang akan
dijalankan, guru mestilah menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit untuk
memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh, jika murid diajar kemahiran
mengenal binatang mengikut habitatnya, guru boleh menggunakan bahan-bahan
konkrit yang berada di sekelilingnya seperti replika haiwan atau haiwan yang sebenar
yang tidak mendatang bahaya contohnya seperti kucing dan sebagainya. Pendekatan
ini sesuai untuk kanak-kanak pada peringkat Pra operasi, iaitu berumur 2 hingga 7
tahun. Selain itu, guru boleh menggunakan bahan konkrit sebagai bahan bantumengajar dalam mempelajari kemahiran yang baru. Bahan-bahan ini mestilah menarik
dan bersesuaian dengan pelajaran yang ingin diajarkan kepada kanak-kanak. Sebagai
contoh, guru boleh menggunakan model-model tiga dimensi seperti haiwan, tumbuhan
mainan untuk mewakili objek yang dipelajari oleh mereka iaitu melalui replika zoo yang
menampakkan tempat tinggal sebenar haiwan-haiwan tersebut. Pendekatan ini boleh
dipraktikkan untuk kanak-kanak di peringkat operasi konkrit, iaitu kanak-kanak berumur
7 hingga 11 tahun.
Seterusnya, guru harus memberi arahan dengan menggunakan ayat yang
pendek dan disertai dengan contoh agar mudah difahami oleh murid. Contohnya,
arahan untuk murid meletakkan haiwan mengikut habitat sebenar seperti yang terdapat
di Zoo Negara, Zoo Melaka, Zoo Taiping Dan Sebagainya. Selain arahan yang mudah
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
43/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
43
iaitu menamakan haiwan yang terdapat dalam replika zoo yang diberi dengan
menggunakan ayat mudah dan jelas. Arahan yang pendek serta jelas ini akan
memudahkan murid untuk menuruti dan mengikuti kehendak guru.
Guru juga boleh menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kanak-kanak
tidak semestinya belajar dalam bilik darjah sahaja. Berikan mereka peluang untuk
merasa sendiri pengalaman di luar bilik darjah untuk memperkaya ingatan dan fikiran
mereka kepada flora dan fauna. Contohnya, guru membuat lawatan ke Zoo Negara,
taman yang berada di sekolah, dan sebagainya. Menerusi pengalaman ini, mereka
akan dapat membuka minda mereka dan dapat menikmati sendiri pengalaman tersebut.
Saya juga telah menayangkan video lawatan murid prasekolah ke Zoo Melaka dan dan
audio bunyi binatang yang dipasang oleh guru dan murid membunyikan bunyi binatang
tersebut.
Selain itu, murid-murid akan lebih menumpukan perhatian kepada pengajaran
guru jika dikaitkan dengan pengalaman mereka sendiri. Jadi, guru boleh mengaitkan
pengalaman mereka seperti pengalaman pernah pergi ke zoo dan melihat sendiri
haiwan jinak, liar, haiwan di air, serangga, burung dan sebagainya dengan pengajaran.
Pengalaman ini amat membantu kanak-kanak untuk memahami perkara yang lebih
kompleks. Ini bertepatan dengan teori Lev Vygotsky iaitu kaitkan pengajaran dankehidupan seharian kanak-kanak serta pengaplikasian pengetahuan kanak-kanak
kepada pengalaman mereka yang sebenar.
Guru juga seharusnya memberi peluang kepada murid-murid agar dapat
memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajarkan kepadanya. Berilah mereka
peluang untuk mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari agar mereka dapat berfikir
secara kritis dan kreatif di bawah bimbingan guru. Contohnya, murid mengelaskan
haiwan mengikut habitatnya, menamakan haiwan dan membilang haiwan terdapat
setiap habitat. Dengan memberi mereka peluang untuk melakukannya, murid-murid
akan lebih faham dengan apa yang dipelajarinya dan lebih mengetahui perkara tersebut
berdasarkan pengalamannya tadi.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
44/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
44
Seterusnya, murid-murid juga seharusnya diberi peluang oleh guru untuk
melahirkankan ideanya sendiri. Setiap kumpulan mempamerkan hasil kerja yang dibuat
bersama-sama kepada kumpulan lain. Murid dalam kumpulan menceritakan semula
tentang hasil kerja kepada kawan-kawan yang lain. Pembacaan dan pembentangan ini
akan meningkatkan keupayaan berbahasa mereka ke arah yang lebih baik dan untuk
memberikan pandangannya sendiri. Kemudian, guru membimbing kanak-kanak untuk
membentangkan idea-idea mereka dengan langkah-langkah mudah.
Guru boleh menggunakan bahan yang konkrit untuk menggambarkan sesuatu
konsep yang lebih kompleks untuk kanak-kanak pada peringkat operasi formal.
Contohnya, penggunaan bahan tiga dimensi, carta, rajah, gambar, jadual, dan
pengalaman murid sendiri sebagai alternatif untuk mengajar sesuatu yang lebih sukar.Dengan penggunaan bahan-bahan tersebut, murid-murid dapat membayangkan
perkara yang diajar oleh guru serta dapat memahami perkara yang kompleks dengan
lebih mudah.
Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting kepada kanak-kanak
dalam mencapai perkembangan kognitif yang optimum. Jadi, guru mestilah merancang
aktiviti untuk murid-murid dengan efektif sebagaimana yang telah disarankan. Selain itu,
guru perlulah membimbing murid-murid dengan sebaiknya untuk mencapai
perkembangan kognitif ini. Tahap pemikiran murid mungkin berbeza-beza, jadi guru
perlulah cakna dengan perkembangan kognitif murid untuk merealisasikan hasrat ini.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
45/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
45
Antara perancangan yang saya lakukan adalah menyediakan langkah pengajaran
seperti berikut;
SET INDUKSI
Sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru akan mengumpulkan
murid-murid di hadapan kelas dan menyuruh mereka duduk berhadapan guru mengikut
kumpulan. Untuk set induksi, guru telah menyediakan satu tayangan yang berbentuk
video untuk ditayangkan kepada murid prasekolah. Video itu menayangkan gambar
lawatan murid prasekolah ke Zoo Melaka. Objektif yang ingin guru perolehi nanti ialah
murid-murid dapat murid bersoaljawab dengan guru mengenai video yang ditayangkan.
Kemuadian guru bertanya tentang pengalaman melawat zoo dan melihat haiwan yang
ada di zoo.
Sebelum saya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran saya telah terlebih
dahulu merujuk atau memilih untuk membina Rancangan Pengajaran
Harian berdasarkan Dokumen Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Ia
berdasarkan kepada tema mingguan yang wajid di ajar pada setiap minggu mengikuttema-tema yang ditetapkan dan sesuai dengan keadaan. Saya memilih modul tema
iaitu tema haiwan dalam Tunjang Sains dan Matematik. Perancangan aktiviti
mengambilkira tahap perkembangan serta keadaan semasa murid-murid berdasarkan
latar belakang, pengetahuan sedia ada, persekitaran, bakat, kebolehan dan minat.
Selepas video ditayangkan, murid dengan guru bersoaljawab mengenai viveo yang
ditayangkan. Kemudian sesi soaljawab akan dilakukan untuk menarik minat dan
pengetahuan murid berkenaan tema yang akan guru ajar. Kemahiran yang akan guru
uji dalam set induksi ialah kemahiran lisan.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
46/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
46
LANGKAH 1
Dalam langkah pertama pula, Di sini guru hanya menggunakan komputer riba
kerana kelas prasekolah tidak mempunyai LCD dan papan layar. Guru akan
memperdengarkan audio bunyi pelbagai haiwan kepada murid. Kemuadian murid
meneka bunyi haiwan tersebut dan murid pula akan membunyikan pelbagai bunyi
haiwan yang di sebut oleh guru. Di sini kemahiran mendengar dikalangan murid
prasekolah amat penting bagi menguji pendengaran murid dan menarik minat murid
untuk mendengar bunyi haiwan tersebut. Guru juga akan mengajukan soalan kepada
murid selepas audio dipasang untuk menguji kefahaman mereka.
Langkah 2
Langkah kedua Rancangan Pengajaran Harian, guru telah mempamerkan setiap
replika haiwan, iaitu haiwan jinak, haiwan liar, haiwan di air, serangga, burung dan
sebagainya kepada murid dan murid menamakan setiap haiwan yang ditunjukkan oleh
guru. Kelihatan semua murid-murid teruja dan seronok untuk melihat dengan lebih
dekat lagi haiwan yang ditunjukkan. Selain itu juga saya terlebih dahulu menyiapkanreplika zoo yang telah saya siapkan sebelum itu. Saya merasakan begitu susah untuk
menyiapkan replika zoo kerana ia memerlukan masa dan kewangan yang banyak,
tetapi berkat kesabaran dan usaha saya dan idea daripada kawan-kawan saya, saya
berjaya menyiapkan replika zoo ini dengan bantuan tukang sekolah untuk membuat
sangkar burung. Saya juga telah membahagikan kepada dua kumpulan dan saya juga
telah memberikan setiap kumpulan replika haiwan untuk dilengkapkan mengikut habitat
dalam replika zoo yang telah disiapkan sebelum ini. Aktiviti bermula iaitu murid berada
di dalam kumpulan dan mengelaskan haiwan mengikut habitat atau tempat tinggal
dalam replika zoo.
Langkah 3
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
47/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
47
Pada langkah ketiga guru memilih seorang murid yang berada kumpulan untuk
mengira haiwan yang terdapat dalam habitat haiwan dalam replika zoo. Murid mengira
bilangan haiwan yang terdapat dalam setiap habitat. Kemudian murid meletakkan kad
nombor pada habitat haiwan tersebut mengikut bilangan haiwan yang terdapat di
habitat tersebut. Kemudian guru bertanya kepada murid tentang perbandingan setaip
haiwan mengikut saiz dan warna haiwan. Murid-murid begitu aktif menjawab soalan
yang dikemukakan oleh berkaitan dengan haiwan yang terdapat dalam replika zoo
tersebut dengan bimbingan guru sepertimana objektif yang sudah guru rancangkan
untuk dicapai oleh murid.
Langkah 4 (PENUTUP)
Langkah yang terakhir, iaitu langkah penutup, guru akan melihat setiap kumpulan
mempamerkan hasil kerja mereka di hadapan kelas dan guru memanggil seorang murid
bagi setiap ketua untuk menceritakan semula hasil kerja kepada kawan-kawan yang
lain. Akhirnya sekali, guru menasihati supaya murid berbuat baik dan menyayangi
haiwan kerana haiwan adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T. saya juga melihat
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan pada hari ini berjalan dengan baik danlancer dan semua murid-murid memberi kerjasama yang baik terutamanya ketika
berada dalam kumpulan masing-masing. Kemudian, penerapan niilai-nilai murni juga
guru terapkan supaya mereka meneladaninya kelak.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
48/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
48
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI
TUNJANG SAINS DAN MATEMATIK
Set Induksi
1. Guru menayangkan video untuk memperkenalkan tajuk P&P hari ini
2. Murid bersoaljawab dengan guru mengenai video yang ditayangkan.
3. Murid bersoaljawab dengan guru mengenai video yang ditayangkan
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
49/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
49
Langkah 1
Bunyi haiwan apa ini?
1. Guru memperdengarkan audio bunyi pelbagai haiwan kepada murid
2. Murid meneka bunyi haiwan tersebut.
3. Murid membunyikan pelbagai bunyi haiwan.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
50/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
50
Langkah 2
1. Guru bertanya kepada murid nama setiap model/replika haiwan yang dipamerkan di
hadapan kelas.
2. Murid menamakan setiap haiwan yang ditunjukkan oleh guru.
3. Guru membahagikan kepada dua kumpulan
4. Guru memberikan setiap kumpulan replika haiwan untuk dilengkapkan mengikut
habitat dalam replika zoo yang disediakan
5. Murid mendapat replika haiwan dan mengelaskan haiwan mengikut habitat dalam
replika zoo.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
51/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
51
Langkah 3
1. Guru memilih murid untuk mengira bilangan haiwan yang terdapat dalam habitat
haiwan.
2. Murid mengira bilangan haiwan yang terdapat dalam setiap habitat. Kemudian murid
meletakkan kad nombor pada habitat haiwan tersebut.3. Guru bertanya kepada murid tentang perbandingan setiap haiwan mengikut saiz dan
warna.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
52/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
52
Langkah 4
(Penutup)
1. Guru melihat setiap kumpulan mempamerkan hasil kerja mereka di hadapan kelas
2 Setiap kumpulan mempamerkan hasil kerja yang dibuat bersama-sama kepada
kumpulan lain.
3. Murid dalam kumpulan menceritakan semula tentang hasil kerja kepada kawan-
kawan yang lain.
4. Guru menasihati supaya murid berbuat baik dan menyayangi haiwan kerana haiwan
adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
53/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
53
Bahan Bantu Mengajar
Big Book
Topeng
Arnab, Kura-kura, Sang Kancil
http://2.bp.blogspot.com/-miwq0xlcIrQ/Tey7_E_YYHI/AAAAAAAAABc/N7WJXuWbwvc/s1600/untitled11.bmphttp://1.bp.blogspot.com/-XhDXqtVja-g/Tey5KTQta1I/AAAAAAAAABY/lQjP9VLVJyg/s1600/untitled10.bmphttp://2.bp.blogspot.com/-JlL30r_YMvA/Tey4f7m4cII/AAAAAAAAABU/w9qk1H89Ods/s1600/untitled3.bmphttp://2.bp.blogspot.com/-miwq0xlcIrQ/Tey7_E_YYHI/AAAAAAAAABc/N7WJXuWbwvc/s1600/untitled11.bmphttp://1.bp.blogspot.com/-XhDXqtVja-g/Tey5KTQta1I/AAAAAAAAABY/lQjP9VLVJyg/s1600/untitled10.bmphttp://2.bp.blogspot.com/-JlL30r_YMvA/Tey4f7m4cII/AAAAAAAAABU/w9qk1H89Ods/s1600/untitled3.bmphttp://2.bp.blogspot.com/-miwq0xlcIrQ/Tey7_E_YYHI/AAAAAAAAABc/N7WJXuWbwvc/s1600/untitled11.bmphttp://1.bp.blogspot.com/-XhDXqtVja-g/Tey5KTQta1I/AAAAAAAAABY/lQjP9VLVJyg/s1600/untitled10.bmphttp://2.bp.blogspot.com/-JlL30r_YMvA/Tey4f7m4cII/AAAAAAAAABU/w9qk1H89Ods/s1600/untitled3.bmp -
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
54/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
54
Penutup
Jean Piaget dan Lev Vygotsky telah memberi sumbangan yang amat penting
dalam perkembangan kognitif dan harus di analisa dari segi perkembangan pemikirpelajar iaitu bagaimana kanak-kanak berfikir dan bertingkahlaku. Keperluan guru
memerhati pelajar dengan teliti untuk membantu pembelajaran yang berdasarkan
perkembangan kognitif adalah menjadi asas yang kukuh dalam menterjemahkan idea
Piaget dan Vygotsky dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Pemprosesan
informasi membincangkan bagaimana pelajar menerima dan mengorganisasikan
informasi dalam memori. Pendekatan pemprosesan informasi mengemukakan pelbagai
model tentang bagaimana minda memproses sesuatu, menerima dan mencungkil ilmu
pengetahuan yang telah dimanipulasikan melalui proses interaksi pada persekitaran
yang menjelaskan bagaimanapelajar belajar dengan bantuan proses kognitif. Fokus
kepada teori ini, menerangkan bagaimana pelajar mengalami dan memahami makan
dan mengingatkan semua informasi dan ilmu pengetahuan yang dipelajari melalui
proses kognitif sejak kecil lagi melalui pembelajaran formal di sekolah dan tidak formal
iaitu di persekitaran mereka. Dalam pada itu, dianalisis juga teori perkembangan
kognitif Piaget, pengaruh sosiobudaya Vygotsky, pemprosesan informasi, peranan
metakognitif dan teori-teori kognitif kontemporari yang diketengahkan muktahir ini.
Pendekatan-pendekatan yang dibincangkan memaparkan bagaimana aspek
kognitif manusia berkembang mengikut urutan masa sejak zaman Piaget lagi. Kajian
tentang perkembangan kognitif Piaget, Neo-Piaget iaitu Vygotsky dan teori
pemprosesan informasi peranan metakognitif dan teori kognitif kontemporari di teliti
untuk seterusnya. Pada dasarnya, manusia dapat mengembangkan idea, pemikiran
dan pembelajaran mengikut peredaran masa dan zaman. Apabila manusi membesar
dari peringkat bayi ke peringkat kanak-kanak dan seterusnya remaja, didapati mereka
mempunyai keupayaan untuk berinteraksi dengan pemikiran dan bertingkah laku untuk
mengembangkan pengalam hidup.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
55/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
55
REFLEKSI TERHADAP TUGASAN
Nama : Salihah bt Mohd Nor .
Assalamualaikum..
Syukur ke hadrat Allah subhanu wataala dengan izinnya dapat saya menyiapkan
tugasan yang telah diberikan, dikesempatan ini sedikit maklumat diri saya, Salihah bt
Mohd Nor, Kelas Prasekolah A, ambilan Feb 2012, ingin berkongsi pengalaman
berkenaan tugasan yang telah diberkan kepada saya.
Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran kerana dengan izinnya saya
dapat melaksanakan kerja kursus iaitu Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak ini dengan
jayanya. Pensyarah yang bertanggungjawab iaitu En Mohamed Ayod Bin Sukani dari
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah memberikan tugasan yang bermula dari
16 Feb hingga 23 Mac 2013. Tugasan ini dijalankan secara individu mengikut kriteria
yang dikehendaki. Tugasan ini banyak memberikan pendedahan dan pengetahuan
kepada saya dalam mempelajari lebih banyak ilmu tentang pengajaran dalam tunjang
Sains dan Teknologi iaitu berdasarkan aktiviti Sains dan Matematik terutamanya dari
segi teori-teori dan asas Perkembangan Kognitif Jean Piaget Dan Lev Vygosky. Selainitu juga saya dikehendaki membina bahan bantu mengajar di mana saya telah membina
replika zoo dan murid-murid di kehendaki mengelaskan haiwan-haiwan mengikut
habitat masing-masing dan juga saya juga dikehendaki melaksanakan pengajaran di
dalam kelas prasekolah.
Pada mula membaca soalan yang diberikan rasanya amat susah untuk dibuat
kerana belum memahami kehendak dan kriteria yang diperlukan soalan tersebut
terutamanya membuatdalam membina bantu bantu mengajar sains dan matematik dan
menlaksanakan pengajaran di dalam kelas prasekolah. Namun saya menerimanya
dengan hati yang terbuka dan berazam akan menyelesaikan tugasan yang diberikan ini.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
56/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
56
Langkah pertama, saya telah mencari maklumat di dalam buku dan internet
tentang maklumat yang dikehendaki dan merujuk buku Dokumen Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK). Saya juga tidak dapat mencari bahan-bahan rujukan di
perpustakaan kerana kekangan yang terhad, bahan rujukan yang sedia ada tidak
mencukupi maka saya terpaksa mendapatkan bahan-bahan rujukan tambahan untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan seperti dari buku, artikel dan juga dari internet.
Selain membuat tugasan ini dirumah saya juga terpaksa melayari internet di sekolah
jika ada masa terluang disamping sibuk dengan tugas dirumah dan disekolah.
Disamping bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan maklumat, saya sering
mengadakan perbincangan dari masa kesemasa berkenaan perkembangan tugasan
yang diberikan ini. Perbincangan-perbincangan yang dibuat seperti di kelas, melalui
telefon dan juga emel. Namun begitu berbagai masalah yang timbul kerana jarang
berlaku perbincangan secara langsung dapat diadakan. Walauapapun masalah yang
timbul akan diatasi dengan sebaiknya. Segala halangan dan masalah yang wujud
merupakan dugaan dan cubaan yang perlu dihadapi dan diatasi.
Setiap kali ada masalah saya akan berbincang untuk mengatasinya dan saya
sering bekerjasama dengan kawan-kawan lain walaupun tugasan ini secara individu.serta bantu membantu untuk mengatasi masalah yang timbul. Dengan adanya
kerjasama dari kawan yang lain maka tugasan ini dapat diselesaikan dan hasilnya
sebagaimana yang saya hantar kepada pensyarah yang berkenaan pada tarikh yang
telah ditetapkan.
Pengalaman dalam menyiapkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran tunjang
Sains dan Teknologi iaitu Sains dan Matematik ini amat bermakna dan bermanfaat bagi
saya. Selain itu, melalui tugasan ini saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam
tentang proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah terutama tentang
bagaimana mengendalikan aktiviti pengajaran di dalam kelas iaitu pengajaran dalam
Sains dan Matematik
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
57/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
57
Kebanyakan guru prasekolah menghadapi masalah dalam merancang dan
melaksanakan aktiviti yang melibatkan sains dan matematik, tetapi setelah
melaksanakan tugasan ini ia banyak memberikan pengalaman yang sangat berguna
kepada saya dan tugasan ini membantu meningkatkan profesionalisme guru prasekolah
seperti saya dan guru-guru yang lain. Secara langsung pengetahuan ini dapat
membantu menambahkan pengalaman saya sebagai seorang guru prasekolah yang
boleh mengendalikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran tunjang Sains dan
Teknologi iaitu Sains dan Matematik yang bermakna dan menyeronokkan kanak-kanak.
Dalam menyiapkan tugasan ini, saya banyak mempelajari ilmu serta kemahiran-
kemahiran baharu. Pengalaman menjalankan pengajaran di adalam kelas ini banyak
mengajar saya bagaimana berhadapan dengan kanak-kanak yang pelbagai ragam dan
kebolehan dan aras perkembangan kognitif kanak-kanak. Teori perkembangan
mengikut peringakat atau tahap, keadaan setempat dan keperluan aktiviti murid. Selain
itu juga guru seharusnya mengenalpsti dan memberi respons kepada diversiti murid
dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif dan guru juga perlu
menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mneyokong
pembangunan komuniti murid yang kreatif dan berfikiran terbuka dengan menunjukkan
sikap posiitf terhadap idea baru murid dan juga mmenberi tanggugjawab kepada murid
terhadap pembelajaran mereka sendiri.
Selain itu juga saya juga dapat mengetahui sedikit sebanyak kajian tentang
kognitif di pelopor oleh dua orang tokoh yang terkenal iaitu Jean Piaget iaitu ahli
psikologi Switzerland dan Lev Vygotsky ahli psikologi Russia. Jean Piaget telah
memperkenalkan teori di kenali sebagai Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
manakala Lev Vygotsky pula telah memperkenalkan Teori Perkembangan Kognitif yang
dikenali di seluruh dunia iaitu Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky. Kajian
mereka telah memudahkan guru-guru menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) kerana teori ini membantu guru memahami pemikiran kanak-kanak
serta memahami kognitif kanak-kanak. Setiap proses P&P haruslah sesuai dengan
perkembangan kognitif kanak-kanak supaya proses P&P berkesan dan meransang
minat kanak-kanak untuk belajar.
-
7/29/2019 Kerja Kusus Perkmbngan Kognitif (en Ayob)
58/58
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. saya
amat berpuas hati atas gandingan hasil usaha saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada
sesiapa sahaja yang terlibat secara lansung mahupun tidak langsung dalam
menjayakan tugasan kami ini.