Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual PSV 3105
-
Upload
durianpisang -
Category
Documents
-
view
467 -
download
12
description
Transcript of Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual PSV 3105
H A L A M A N | 1
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
PENDAHULUAN
Seni merupakan suatu bidang yang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Tanpa seni, maka kehidupan
manusia tidak mungkin akan berseri dan menyeronokkan. Menurut Dudi (2011), seni banyak membantu dalam pelbagai aspek
kehidupan. Ia memberi info atau maklumat, mengembangkan minat dan memperluaskan pengalaman manusia. Kemahiran
berfikir secara abstrak berseni akan banyak membantu dalam kehidupan. Seni juga bukan setakat terbatas pada seni tarian
atau visual sahaja tetapi ia ada kaitannya dengan falsafah dan pelbagai bidang yang lain.
Seni dan sosial mempunyai hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai kurikulum intergrasi iaitu memerlukan
kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan pengalaman manusia. Justeru untuk memahami sesuatu masyarakat, harus
difahami dahulu bagaimana seni mempengaruhi sosial, politik, dan ekonomi sesuatu masyarakat. Pendidikan Seni banyak
mempersiapkan individu untuk ke dunia kerjaya. Ramai pendidik berpendapat seni wajar dijadikan mata pelajaran teras di
sekolah. Ramai berpendapat seni mempunyai potensi untuk dikembangkan. Seni dapat membantu dalam pelbagai bidang.
Seni banyak membantu dari sudut kerjasama dan kasih sayang, merancang dan melaksanakan, meningkatkan kemahiran
berfikir, berkebolehan dalam mengadaptasi diri dengan orang lain, mengembangkan bakat, berani mengambil risiko dan
membuat keputusan, meningkatkan harga diri dan keyakinan diri dan sebagainya.
Cara pembelajaran yang terbaik ialah melalui seni. Kemahiran berfikir secara abstrak dan kemahiran kreatif boleh
dirangsang melalui mata pelajaran seni. Hidup pada hari ini terlalu banyak maklumat. Amat mustahil untuk memperolehi dan
menyimpan semua info atau maklumat. Seni berbeza kerana ia bersifat abstrak. Dengan melihat karya seni sahaja kadang-
kadang akan berasa tenang. Jelas sekali bahawa seni sebagai ekspresi diri. Proses memupuk dan mengembangkan kreativiti
para pelajar boleh dilakukan dalam seni melalui pembentukan dasar kearah melahirkan masyarakat cinta akan kesenian
bermula seawal pendidikan rendah lagi.
H A L A M A N | 2
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
1.1 PENDAHULUAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000), Pendidikan Seni Visual KBSR telah digubal
bagi menggantikan matapelajaran Pendidikan Seni yang terkandung dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR).
Pendidikan Seni Visual kini lebih khusus kerana memperincikan perkaitan seni tampak atau visual, dan tidak mempunyai
campuraduk dengan seni muzik, seni sastera dan seni-seni lain. Pendidikan Seni Visual digarapkan supaya memberikan
peluang kepada murid menyemai minat, memperkembang jati diri, memberi kesedaran dan cakna terhadap unsur-unsur
kesenian dan alam sekitar.
Kanak-kanak yang mendiami sistem persekolahan peringkat rendah pada umumnya adalah kreatif, ekspresif dan aktif.
PSV menjadi suatu wadah dalam meningkatkan lagi sifat di atas melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran.
Kegiatan pemikiran, penerokaan dan merekabentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membuatkan mereka dapat
meluahkan idea dan ekspresi diri. Ianya penting bagi membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan
mengenali cita rasanya sendiri. PSV di peringkat rendah ini juga menyarankan kepada guru untuk menjalankan konsep
pengabungjalinan diantara PSV dan juga matapelajaran lain seperti sejarah, sains dan sebagainya. Pengajaran dan
pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan
menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis
dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.
Kanak-kanak yang lahir secara fitrahnya mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel
dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi
pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.
H A L A M A N | 3
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
1.1.1 Matlamat Pendidikan Seni Visual KBSR
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis,
kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan
rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).
1.1.2 Objektif Pendidikan Seni Visual KBSR
Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR ini, secara umumnya murid akan dapat :
Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.
Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan.
Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.
Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.
Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat.
Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin, disiplin dan bertanggungjawab.
Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.
Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan karya seni visual.
Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti yang berfaedah di masa lapang.
H A L A M A N | 4
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
1.2 PENDAHULUAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KSSR
Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2010), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
telah disemak dengan teliti dan telah ditambahbaik seiring dengan peredaran dan keperluan global. Maka suatu
piawaian/rujukan dasar pendidikan baru telah diketengahkan yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Bagi matapelajaran Pendidikan Seni Visual, nama matapelajaran masih dikekalkan namun dengan pendekatan P&P
yang sedikit moden dan berbeza. Kementerian telah memperkenalkan Dokumen Standard Seni Visual di peringkat sekolah
rendah bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran
dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Secara azalinya, murid di sekolah rendah pada keseluruhan adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Seni Visual memainkan
peranan memperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi, dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran,
penerokaan, dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.
Pengalaman ini penting kerana dapat membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian, dan mengenali cita
rasanya tersendiri.
Dokumen Standard Seni Visual merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian
seni secara menyeluruh, dan aspek kritikan. Diharapkan dengan adanya Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah akan dapat
membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian.
H A L A M A N | 5
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
1.2.1 Matlamat Pendidikan Seni Visual KSSR
Matlamat mata pelajaran Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif
menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke
arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.2.2 Objektif Pendidikan Seni Visual KSSR
Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni Visual KSSR ini, secara umumnya murid akan dapat :
Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.
Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan.
Menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera.
Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.
Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat.
Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, dan bertanggungjawab.
Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.
Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.
Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.
H A L A M A N | 6
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
1.3 PERBEZAAN KURIKULUM PSV KBSR & KSSR
Menurut portal S.K. Bukit Bangkong (2011), perbezaan yang ketara antara kurikulum Pendidikan Seni Visual bagi Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dapat dikelaskan kepada 5 skop
iaitu asas rekabentuk kurikulum, bahan kurikulum, rekabentuk kurikulum, organisasi kurikulum dan juga fokus elemen
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK).
Pertama; Asas Rekabentuk Kurikulum. KBSR menekankan 3 asas rekabentuk utama iaitu komunikasi, manusia dan
alam sekitar serta perkembangan diri individu. Manakala KSSR pula menekankan 6 tunjang rekabentuk kurikulum iaitu
komunikasi; kerohanian, sikap dan nilai; kemanusiaan; perkembangan fizikal dan estetika; sains dan teknologi; keterampilan
diri.
Kedua; Skop Bahan Kurikulum. KBSR menggunakan Sukatan Pelajaran (SP) manakala KSSR pula menggunakan
Dokumen Standard Kurikulum (DSK)
Ketiga; Rekabentuk Kurikulum. KBSR menekankan kurikulum berbentuk linear iaitu satu hala manakala KSSR
menekankan kurikulum berkonsepkan modular.
Keempat; Organisasi Kurikulum. KBSR membahagikan tahap persekolah rendah kepada 2 kelompok utama iaitu tahap
1 (tahun 1, 2 dan 3) dan tahap 2 (tahun 4,5 dan 6). Bagi kedua-dua tahap, matapelajaran pendidikan seni visual boleh
dijadikan matapelajaran teras, wajib dan tambahan. Manakala bagi KSSR pula, tahap persekolah rendah tetap dibahagi
kepada 2 seperti KBSR namun bagi tahap 1 pendidikan seni visual sebagai modul teras asas, modul teras tema dan modul
elektif dan tahap 2 pula hanya sebagai matapelajaraan teras dan elektif sahaja.
H A L A M A N | 7
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Kelima; Fokus Elemen KBKK. Bagi KBSR lebih menekankan kepada pencapaian 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Bagi KSSR pula lebih meluas dengan penekanan kepada 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul
(berfikir). Ianya sesuai dengan perkembangan arus pendidikan perdana global di serata dunia.
KBSR KSSR
ASAS
REKABENTUK
KURIKULUM
Komunikasi
Manusia dan alam sekeliling
Perkembang diri Individu
Komunikasi Kerohanian, sikap dan nilai Kemanusiaan, Perkembangan fizikal dan estetika Sains dan teknologi Ketrampilan diri
BAHAN KURIKULUM Sukatan pelajaran (SP) Dokumen Standard Kurikulum (DSK)
REKABENTUK
KURIKULUM
Linear Modular
ORGANISASI
KURIKULUM
Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)
Mata pelajaran Teras, Wajib dan
Tambahan
Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
Mata pelajaran Teras, Wajib dan
Tambahan
Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)
Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan
modul Elektif.
Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
Mata pelajaraan Teras dan Elektif
FOKUS
ELEMEN KBKK
3M (Membaca, menulis dan mengira) 4M (Membaca, menulis, mengira
dan menaakul)
Jadual 1 : Perbezaan Kurikulum PSV KBSR dan KSSR.
H A L A M A N | 8
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
1.4 APA ITU SENI DAN PSV?
Menurut Shelly Essak (2010), kesenian atau seni boleh didefinisikan sebagai „Art is form and content‟ yang mengandungi
elemen seni dan prinsip rekabentuk. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah seni membawa maksud karya
(sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak
langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman
yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu
yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu
produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Pendidikan seni visual ini amat penting dalam menerapkan nilai estetika dan penghargaan terhadap seni ke dalam jiwa
murid-murid di sekolah. Melalui pendidikan seni murid mendapat pengalaman optima melalui seni membawa kepada
keyakinan diri dan kemahiran belajar dan sekaligus dapat memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan
ekspresi. Malah seni juga dapat menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh melalui wujudnya unsur
kreativiti semulajadi yang akan merangsang proses pembelajaran. Pengaplikasian seni dalam pendidikan juga dapat
menghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan “Lateral Leaps” iaitu keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti
menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi.
Malah bidang seni juga mendapat tempat dalam amalan teologi contohnya agama islam. Menurut Zaman (2012), seni
sering dikaitkan dengan hiburan dan keseronokan yang melalaikan dan menjangkau batas agama. Namun Islam memandang
kesenian dalam konteks lebih luas iaitu merujuk kepada keindahan dan keunikan ciptaan Yang Maha Agung. Ini kerana semua
ciptaan Allah SWT adalah seni yang tiada tolok bandingnya. Firman Allah SWT bermaksud:
“Dialah yang mencipta langit dan bumi dengan tujuan yang benar dan membentuk serta mencantikkan manusia.”
H A L A M A N | 9
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
(Surah At-Taghabun ayat 3)
“Tidakkah mereka memerhati langit bagaimana kami bangunkan dan menghiasinya”. (Surah Qaf, ayat 6)
Menurut Hafizah Iszzahanid (2012), berdasarkan hujah dari Pakar Prasejarah Akademi Tamadun Melayu (ATMA),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman berkata, definisi seni
Islam terbuka kepada perdebatan dan memiliki banyak pandangan. Dalam seni lukis sendiri terdapat 3 hujah perdebatan
utama yang memakruhkan seni lukis secara besar (mural) dari diaplikasi dalam masyarakat islam iaitu pandangan pertama
berpegang pada fahaman penghasilan karya menyerupai manusia atau haiwan dianggap cubaan menyaingi ciptaan tuhan,
justeru ia perlu diharamkan.
Pandangan kedua pula menyifatkan sebagaimana hebat pun ciptaan manusia, ia tidak akan mampu menyaingi
kesempurnaan ciptaan tuhan, justeru ia dibolehkan (hukum : harus). Sementara pandangan ketiga iaitu pandangan paling
ringan pula melihat penggunaan figura manusia atau haiwan sebagai proses biasa dan tidak perlu dihalang.
Menurut Herbert Read dalam bukunya The Meaning of Arts melalui Hushua Afendi (2012), seni adalah penghasilan
rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik (Art is Expression). Kesenangan estetik di
sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual.
Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.
H A L A M A N | 10
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
4 BIDANG PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Kurikulum PSV KBSR disusun dengan penambahbaikan dari KLSR bagi memberikan lebih pengalaman terus atau hands-on
kepada murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang
tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf
tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi
menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Ianya juga seiring perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari
segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.
Melaluinya juga, murid akan dapat menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan tersebut
ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga mendapat ilmu
tentang sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam PSV, proses pembuatan,
proses mendokumentasi dan penggunaan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan
diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara
kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan
perkakasan.
Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu :
Pemerhatian secara aktif.
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan.
Apresiasi seni visual secara mudah.
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
H A L A M A N | 11
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:
Menggambar
Membuat Corak dan Rekaan
Membentuk dan Membuat Binaan
Mengenal Kraf Tradisional
Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif
dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.
2.1 BIDANG MENGGAMBAR
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis
serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan
komposisi. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi
penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan
memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.
Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat
memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan
kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara
seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah :
H A L A M A N | 12
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.1.1 Lukisan
Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks, seni halus,
animasi, seni bina dan sebagainya. Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel
dan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad. Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci
yang menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figura mereka. Terdapat beberapa teknik lukisan iaitu teknik
garisan, teknik garisan pangkah, teknik titik, teknik lorekan dan teknik campuran. Manakala media lukisan yang digunakan
ialah pensil, arang, dakwat dan media pastel.
Foto 1 : Lukisan Pensil Foto 2 : Lukisan Arang Foto 3 : Lukisan Pen Foto 4 : Lukisan Oil Pastel
Sumber : http://imann9969.blogspot.com/2010_04_01_archive.html
H A L A M A N | 13
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Lukisan Oil Pastel
Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya ialah terhad dan minimun.
Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.
Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesutu benda.
Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan campuran media basah.
Media dominan ialah media kering seperti pansel untuk mendapatkan kesan rupa dan kesan dan bentuk ilusi pada
sesuatu permukaan.
Proses Penghasian Lukisan Oil Pastel
Meneliti secara keseluruhan benda atau imej yang hendak dilukis untuk mengenal pasti bentuk atau rupa asas imej
yang hendak dilukis.
Melihat kedudukan imej yang hendak dilukis, mengenal pasti kedudukan imej mengikut aras mata pelukis.
Melakar rupa asas benda yang hendak dilukis.
Meneliti arah datangnya cahaya untuk menampakkan unsur ruang pada subjek yang dikehendaki serta memahami
jarak sesuatu benda yang wujud dalam ruang perspektif.
Mengaplikasikan unsur seni reka seperti jalinan, bentuk dan tona warna serta prinsip seni reka seperti keseimbangan,
penegasan kesatuan dan harmoni.
H A L A M A N | 14
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.1.2 Catan
Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna „pigment‟ terlarut dalam pelarut (medium) dan agen pengikat (gam) kepada
permukaan (sokongan) seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis. Takrif ini digunakan terutamanya jika ia
merupakan kerjayanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan. Bagi teknik ini,
terdapat 4 jenis media yang digunakan iaitu cat air, cat poster, cat tempera, cat gouche dan cat minyak. Teknik menghasilkan
lukisan catan dapat dibahagikan kepada 4 jenis teknik penghasilan iaitu basah atas basah, basah atas kering, berus kering
dan kecatan.
Foto 5 : Catan Air Foto 6 : Catan Poster
Foto 7 : Catan Tempera
Foto 8 : Catan Minyak Foto 9 : Catan Gouche
Sumber : http://seriathirahart.blogspot.com/2011/04/teknik-catan-teknik-berus-kering-teknik.html
H A L A M A N | 15
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Catan Cat Air
Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub.
Pengilat : Gam arab.
Bahantara : Air.
Ciri-ciri : Bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali, membolehkan kerja-kerja dilakukan
dengan spontan.
Alat : Berus jenis lembut pelbagai saiz, palet, bekas air untuk bancuhan warna, kertas cat air jalinan kasar atau kertas katrij
tebal.
Teknik : .Basah atas basah, basah atas kering dan kering atas basah
Proses Penghasilan Karya Catan Cat Air
1. Penyediaan Kertas Cat Air
Regangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan pada papan alas (drawing board) dan lekatkan
dengan pita pelekat kertas (paper tape)
2. Penetapan Tajuk Catan
Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semulajadi
3. Membuat Lakaran
Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu. Elakkan daripada memadam kerana permukaan
kertas akan rosak jika dipadam.
4. Proses Mewarna
H A L A M A N | 16
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih berperingkat dengan ton yang semakin gelap.
Bahagian yang cerah atau pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang perlu bagai
kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan, langit atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan
berus yang bersaiz besar atau span. (ke link teknik cat air)
5. Kemasan dan Persembahan
Catan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu dibingkaikan agar kelihatan menarik dan elakkan
terdedah pada pancaran matahari.
H A L A M A N | 17
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.1.3 Kolaj
Menurut Ummi Nadiah Rosli (2009), seni kolaj (daripada bahasa Perancis, 'colle' atau diterjemahkan sebagai 'seni tampal')
dianggap sebagai cara membuat seni baru daripada material sedia ada, membenarkan para pelukis untuk mewujudkan satu
konteks baru, berciri peribadi bagi maklumat visual yang cirinya hanya boleh dilihat dalam satu cara sahaja. Seni kolaj juga
menghasilkan tekstur serta komposisi berlainan yang bersempadan dengan realiti, fantasi dan alam nyata. Menurut Isza
(2010), terdapat 6 jenis bahan yang biasa digunakan untuk membuat kolaj iaitu tisu, perca kain, kertas warna (digunting),
kertas warna (dikoyak), daun dan akhbar atau majalah.
Foto 10 : Kolaj Tisu Foto 11 : Kolaj Perca Kain
Foto 14 : Kolaj Daun Foto 13 : Kolaj Kertas Warna
Foto 12 : Kolaj Carikan Kertas
Foto 15 : Kolaj Akhbar/Majalah
Sumber : http://chekguisza.blogspot.com/2010/01/pendidikan-seni-visual-kolaj.html
H A L A M A N | 18
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Kolaj
Kertas warna yang digunting cebisan kecil.
Gam kertas.
Kertas putih (background)
Pensil
Gunting
Proses Penghasilan Karya Kolaj
Lakaran corak yang ingin dihasilkan dilukis menggunakan pensil.
Kertas pelbagai warna dipotong menggunakan gunting menjadi cebisan kecil.
Corak lakaran pensil disapu dengan gam kertas.
Sebelum gam kering, cepat-cepat diletakkan cebisan kertas warna kecil yang sudah digunting keatas permukaan
bergam.
Penggunaan cebisan kertas berlainan warna bagi menghasilkan variasi warna pada objek kolaj.
Lembaran tugasan yang sudah selesai dibiarkan untuk memastikan gam kering sepenuhnya.
Tugasan diframekan untuk apresiasi seni.
H A L A M A N | 19
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.1.4 Montaj
Montaj adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej
pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari
mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Ia mengandungi sebahagian daripada imej yang ada
seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu
imej dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk
menghasilkan satu hasil karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni.
Foto 16 : Montaj Alam Sekitar Foto 17 : Montaj Cinta Haiwan Foto 18 : Montaj Dedaun
Sumber : http://panitia-psvskpk.blogspot.com/2011/02/definasi-montaj-teknik-psv.html
H A L A M A N | 20
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Montaj
Kepingan kertas (A3) sebagai background.
Gambar bermotif dari pelbagai sumber (akhbar, majalah) untuk dijadikan subjek motif montaj.
Pensil.
Gam kertas.
Gunting.
Kertas pelbagai warna.
Proses Penghasilan Karya Montaj
Memilih motif/tema montaj yang ingin dihasilkan.
Mencari gambar motif yang bersesuaian dari pelbagai sumber (akhbar dan majalah) untuk ditampal pada montaj.
Gambar yang dikenalpasti digunting.
Melakar menggunakan pensil di atas medium background (kertas A3) letakan objek bermotif untuk menghasilkan
montaj.
Gam disapu di kawasan yang dikenalpasti
Gambar bermotif yang dikenalpasti ditampal untuk menghasilkan suatu montaj yang bertema.
H A L A M A N | 21
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.1.5 Cetakan
Menurut Anismi (2010), cetakan bermaksud satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui
perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Seseorang pelukis biasanya akan menentukan berapa banyak cetakan yang
hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke
atas sesuatu permukaan lain. Proses dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti. Imej atau gambar yang
dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata. Proses penerapan blok, plat atau skrin ke
atas sesuatu permukaan yang lain. Ianya menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan.
Perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain atau bahan
lain.
Foto 19 : Cetakan Timbulan Foto 20 : Cetakan Benam Foto 21 : Cetakan Planograf
Foto 22 : Cetakan Sarigraf
Sumber : http://berusdankrayonkami.blogspot.com/2010/04/definisi-cetakan.html
H A L A M A N | 22
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Cetakan Kentang
Kentang.
Warna air.
Kertas.
Gunting.
Pisau.
Berus.
Span
Proses Penghasilan Karya Cetakan Kentang
Potong kentang kepada dua bahagian. Bentuk corak di permukaannya dengan
menggunakan pisau. Sapukan warna dipermukaan kentang
yang telah siap dibentuk coraknya.
H A L A M A N | 23
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Bentukkan aliran corak yang sesuai dengan mencetak dipermukaan kertas.
Corak yang telah siap digunakan
sebagai penghias baling dan
sebagainya
H A L A M A N | 24
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.1.6 Resis
Menurut Anismi (2010), resis atau dalam perkataan inggeris resis ialah satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna
basah dan contengan lilin. Ianya satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan
contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Ini menyebabkan permukaan kertas
yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis juga boleh dijalankan dengan cara
menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Teknik ini
membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.
Foto 23 : Resis 1 Foto 24 : Resis 2 Foto 25 : Resis 3
Sumber : http://masnrazz.blogspot.com/2011/04/catan-dengan-lilin-year-5-artworks.html
H A L A M A N | 25
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Resis
Cat air.
Lilin
Medium background (A3)
Pensil
Proses Penghasilan Karya Resis
Corak yang diinginkan dilakar menggunakan pensil/
Ikut semula garisan lakaran menggunakan lilin.
Warna corak batil menggunakan, biarkan kering dan rendamkan dalam air panas untuk menghilangkan lilin.
H A L A M A N | 26
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.1.7 Gosokan
Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia adalah satu proses
penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Gosokan adalah satu cara
paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Apabila salah satu atau kedua-dua
objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat,
pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalin. Satu representasi yang
mengandungi salinan dibuat supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.
Foto 26 : Gosokan Syiling Foto 27 : Gosokan Pelbagai Foto 28 : Teknik Gosokan Tangan
Sumber : http://berusdankrayonkami.blogspot.com/2010/04/definisi-gosokan.html
H A L A M A N | 27
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Gosokan
Kertas Lukisan
Permukaan gosokan (pelbagai)
Krayon atau Pensel Warna.
Pensil
Proses Penghasilan Karya Gosokan
Lakarkan bentuk untuk digosok Gosokan bentuk menggunakan krayon dengan berlapikkan permukaan yang
bertekstur.
H A L A M A N | 28
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.1.8 Stensilan
Menurut Hazad Irwana (2008), bagi teknik ini, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya
meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas,
bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu
memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.
Foto 29 : Hasil Karya Stensilan Foto 30 : Stensil pada baju. Foto 31 : Proses Stensil
Sumber : http://lowchaiyen.blogspot.com/2011/12/mencorak-dan-membuat-rekaan-14.html
H A L A M A N | 29
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Stensilan
Kertas (sebagai acuan)
Pensil warna
pensil
gunting
pisau
Prose Penghasilan Karya Stensilan
Acuan stensil dilukis dan dipotong untuk dijadikan acuan.
Warna diletakkan di tepi acuan dan digosok menggunakan jari untuk
menghasilkan imej stensil.
Bentuk yang terhasil setelah distensile.
H A L A M A N | 30
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.1.9 Percikan & Renjisan
Menurut Anismi (2010), percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian
bulu berus yang akan menghasilkan kesan „a speckled granite- style finish’ yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan
warna yang lain. Percikan-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Mengikut
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air
atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Alatan penting yang digunakan ialah berus dari pelbagai jenis, warna-warna
basah dan kertas. Ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna dengan kaedah yang berlainan. Menurut
Nor Zakiah Abdullah (2011), terdapat 3 jenis kaedah percikan iaitu mendetik, mengetuk dan menjentik.
Foto 33 : Karya Teknik Percikan Bebas
Foto 34 : Karya Teknik Percikan Terarah
Foto 35 : Karya Teknik Percikan
Sumber : http://sharinginfoz.blogspot.com/2012/02/jom-buat-lukisan-renjisan-corak.html
H A L A M A N | 31
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Percikan
Berus gigi
Sikat
Daun
Kertas lukisan
Warna air, warna poster atau tempera
Proses Penghasilan Karya Renjisan
Warna dibancuh dengan teliti. Subjek untuk acuan renjisan/percikan diletakkan di atas medium.
Proses renjissan dilakukan dengan menggunakan berus gigi dan sikat.
H A L A M A N | 32
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Corak renjisan mula kelihatan. Karya yang berasaskan teknik renjisan siap dan boleh diapresiasikan.
H A L A M A N | 33
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.1.10 Gurisan
Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan dengan teknik gurisan dengan menggunakan sesuatu objek atau alat yang
tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan
warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti
kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis
alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.
Foto 36 : Kad Ucapan Teknik Gurisan Foto 37 : Karya Teknik Gurisan
Foto 38 : Karya Teknik Gurisan
Foto 39 : Karya Teknik Gurisan
Sumber : http://chegujad.blogspot.com/2009/11/teknik-gurisan.html
H A L A M A N | 34
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Gurisan
Krayon
Kertas A3 (background)
Batang lidi.
Proses Penghasilan Karya Gurisan
Warnakan background dengan warna krayon mengikut corak yang
diinginkan.
Warnakan kertas tersebut dengan warna hitam hingga kertas tersebut
menjadi hitam.
Lukiskan pada permukaan kertas tersebut dengan menggunakan objek
tajam seperti batang lidi.
H A L A M A N | 35
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.1.11 Capan
Menurut Anismi (2010), secara amnya teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah
cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau poster) dan dicatkan ke atas
sesuatu permukaan. Capan boleh dihasilkan dengan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis bahan.
Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi (sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai
bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.
Foto 40 : Capan Tapak Tangan Foto 41 : Capan Ibu Jari
Foto 42 : Capan cotton buds Foto 43 : Capan Daun
Sumber : http://pgsr08ps.blogspot.com/2011/05/tekn
ik-capan.html
H A L A M A N | 36
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Capan
Kertas Lukisan
Berus
Cat Air
Bekas Warna
Proses Penghasilkan Karya Capan
Melakar corak yang ingin dicap. Hujung jari (ibu jari) akan disapu dengan cat air untuk dicap ke atas
medium
Hujung jari bercat akan dicap ke atas medium dengan menggunakan
pelbagai warna.
H A L A M A N | 37
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.1.12 Mozek
Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu rekabentuk atau gambar yang dibuat
daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang
Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Kini teknik mozek luas digunakan
dalam pembinaan bangunan dan aktiviti seni disekolah. Di peringkat sekolah rendah aktiviti mozek diperkenalkan dalam
subjek pendidikan seni. Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan secara berkumpulan di dalam kelas dimana berlainan kumpulan
menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik yang berlainan. Terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek
iaitu secara Direct Method, Indirect Method dan Double Indirect Method.
Foto 44 : Mozek Teknik Direct Method
Foto 45 : Mozek Teknik Indirect Method
Foto 46 : Karya Mozek Kertas
Sumber : http://rolda73-panitiapsv.blogspot.com/2010/05/istilah-seni-visual.html
H A L A M A N | 38
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Mozek
Gunting
Kertas berwarna (pelbagai)
Gam
Proses Penghasilan Karya Mozek
Buat satu lakaran pensil tentang tema atau tajuk yang hendak dibuat di atas permukaan kertas.
Potong kertas warna dalam rupa bentuk yang sama. Potongan kertas yang berlainan warna perlu diasingkan supaya
senang diperolehi dan boleh menjimatkan masa semasa proses menampal dijalankan.
Letak gam atau pelekat pada cebisan kertas dan di atas permukaan kertas yang mempunyai lakaran. Lekat potongan
kertas berwarna tersebut pada kawasan lakaran tersebut. Tinggalkan ruang di antara cebisan-cebisan kertas supaya
tindihan tidak berlaku. Potongan kertas boleh diangkat dengan menggunakan pin rambut atau pencungkil gigi yang
diletak sedikit gam.
Teruskan kerja-kerja menghasilkan mozek sehingga habis.
H A L A M A N | 39
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.1.13 Poster
Poster adalah satu bentuk seni komunikasi/ sebagai alat perhubungan dan pengiklanan. Ia berfungsi sebagai alat
pengumuman, pemberitahuan dan untuk mempromosikan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Poster yang berkesan harus
menarik perhatian pembaca serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan. Poster boleh di
persembahkan melalui pelbagai cara seperti menggunakan muka taip sahaja/notis atau menggunakan muka taip berserta
ilustrasi dalam bentuk lukisan, gambar atau foto. Poster dapat dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti teknik lukisan, catan,
kolaj, cetakan, fotomontaj dan teknik campuran.
Foto 47 : Poster Lukisan Foto 48 : Poster Catan Foto 50 : Poster Cetakan
Foto 51 : Poster Fotomontaj
Foto 49 : Poster Kolaj
Foto 52 : Poster Campuran
Sumber : http://panitia-psvskpk.blogspot.com/2011/02/definasi-montaj-
teknik-psv.html
H A L A M A N | 40
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Poster
Cat air
Pensil
Kertas lukisan
Pensil warna
Proses Penghasilan Karya Poster
Penentuan tema dan tajuk
Mendapatkan maklumat berkaitan tema melalui kajian bagi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam
Memahami tujuan dan mesej yang hendak disampaikan.
Membuat beberapa lakaran kasar dan kemudian pilih hasil terbaik.
Menentukan jenis iustrasi dan jenis muka taip yang berkesan dan bersesuaian.
Merancang skima warna dan memilih kombinasi warna yang dapat menarik perhatian.
Menentukan teknik yang sesuai untuk membuat poster tersebut.
Penyediaan alat dan bahan.
Penghasilan poster berdasarkan teknik dan media yang telah ditetapkan.
H A L A M A N | 41
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.2 BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan
mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil
daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji
pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk
menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang,
corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses
pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan. Corak terhasil
daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti penghasilan corak tidak terancang dan corak terancang.
Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak
Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak
Terancang. Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora,
fauna, geometrikal dan organik.
2.2.1 Corak Tidak Terancang
Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti
merenjis, meniup, mengayak menggolek dan sebagainya. Contoh Corak teknik pualaman, corak tiupan, corak stensilan dan
corak teknik titisan dan sebagainya.
H A L A M A N | 42
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.2.1.1 Kegiatan Corak Tidak Terancang
(a) Pualaman
Menurut Kasbie Bin Yahya (2011), pualaman ialah proses membuat corak di mana cat minyak pelbagai warna terapung-apung
di permukaan kertas dan mewujudkan corak-corak di atsa kertas tersebut. hasil pualaman boleh digunakan dalam kegiatan
membuat poster, grafik atau kulit buku. Suminagashi merupakan teknik pualaman yang paling lama dikenalpasti.
Teknik tersebut diamalkan di Jepun untuk menghasilkan corak daripada air dan dakwat kalografi. Secara amnya, teknik
pualaman boleh dilakukan dengan cara yang sangat mudah atau paling kompleks bergantung kepada yang ingin
menghasilkan corak. Umur bukanlah sesuatu faktor penghad untuk mempelajari teknik ini kerana semua orang (kanank-kanak
hingga dewasa) boleh menghasilkan karya seni.
Foto 53 : Teknik Pualaman 1 Foto 54 : Teknik Pualaman 2 Foto 55 : Teknik Pualaman 3
Sumber : http://kasbie.blogspot.com/2011/11/rekaan-corak-pualaman-marbling.html
H A L A M A N | 43
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Pualaman
Tisu
Cat air
Bekas cat air
Proses Penghasilan Karya Pualaman
Cat minyak diletakkan di atas permukaan air secara rawak.
Kertas lukisan diletakkan di atas permukaan cat minyak.
Hasil karya dijemur sehingga kering.
H A L A M A N | 44
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
(b) Tiupan
Menurut Low Chai Yen. (2011), teknik tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan angin.
Teknik tiupan ini senang dan menarik kerana selain membuat corak (tidak terancang) kita juga boleh menjadikan teknik ini
sebagai menggambar. Bagi menghasilkan teknik ini, straw atau bahan yang lain digunakan asalnya dapat digunakan untuk
meniup atau tiupan mulut. Kemudian warna yang diletakkan diatas sekeping kertas ditiup ke arah yang dikehendaki.
Contohnya seperti membuat ranting-ranting katu atau pokok yang rendang. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah straw,
kertas lukisan dan warna poster.
Foto 56 : Teknik Tiupan 1 Foto 57 : Teknik Tiupan 2 Foto 58 : Teknik Tiupan 3
Sumber : http://lowchaiyen.blogspot.com/2011/12/mencorak-dan-membuat-rekaan-8-tiupan.html
H A L A M A N | 45
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Tiupan
Straw
Cat air
Kertas lukisan
Proses Penghasilan Karya Tiupan
H A L A M A N | 46
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
(c) Titisan
Teknik yang menggunakan berus, berus gigi atau penyedut minuman yang melibatkan titisan dengan menggunakan warna
cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas, kain, kanvas,
playwood, permukaan dinding atau lantai dan sebagainya untuk menghasilkan kesan yang spontan dan menarik.
Foto 59 : Teknik Titisan 1 Foto 60 : Teknik Titisan 2
Foto 61 : Teknik Titisan 3 Sumber : http://imann9969.blogspot.com/2010_04_01_archive.html
H A L A M A N | 47
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Penghasilan Karya Titisan
Cat air
Straw/berus
Kertas lukisan
Proses Penghasilan Karya Titisan
Cat air dibancuh dengan sekata.
Straw atau berus digunakan untuk menitiskan cat air ke atas kertas lukisan.
Menitiskan cat air pada permukaan kertas lukisan.
Menitiskan cat air dari atas dengan jarak yang berbeza ke kertas lukisan untuk mendapatkan kesan yang berbeza.
H A L A M A N | 48
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
(d) Ikatan dan Celupan
Menurut Imann Qhayra (2010), teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan. Celupan yang
terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil. Teknik ikat
dan celup dalam batik juga dikenali sebagai batik pelangi. Haji Che Su Bin Ishak adalah antara tokoh batik ikatan dan celupan
yang terkenal di Malaysia. Garam turut digunakan sebagai bahan penyerapan. Jenis kain yang biasa digunakan ialah kain
kapas, sutera dan organza.
Foto 62 : Teknik Ikatan dan Celupan 1
Foto 63 : Teknik Ikatan dan Celupa 2
Foto 64 : Teknik Ikatan dan Celupan 3
Sumber : http://imann9969.blogspot.com/2010_04_01_archive.html
H A L A M A N | 49
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Celupan
Tisu
Cat air
Bekas cat air
Proses Penghasilan Karya Celupan
Tisu dilipat untuk bersedia dicelup ke dalam larutan cat air.
Tisu yang sudah dilipat dicelup ke dalam larutan cat air.
Tisu dibuka dan kelihatan corak celupan terhasil di permukaan.
H A L A M A N | 50
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
(e) Renjisan dan Percikan
Menurut Imann Qhayra (2010), reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau
tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan. Bentuk kreativiti artistik dapat memenuhi keperluan domain
kognitif, psikomotor dan afektif. Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi
memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Mencipta reka corak renjis melibatkan
proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.
Foto 65 : Teknik Renjisan dan Percikan 1
Foto 66 : Teknik Renjisan dan Percikan 2
Foto 67 : Teknik Renjisan dan Percikan 3
Sumber : http://sharinginfoz.blogspot.com/2012/02/jom-buat-lukisan-renjisan-corak.html
H A L A M A N | 51
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.2.2 Corak Terancang
Corak Terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan
corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.
2.2.2.1 Jenis Motif/Susunan Corak Terancang
Secara umumnya terdapat 16 jenis motif susunan bagi corak terancang ini. Motif ini kebiasannya digunakan dan digabung
antara satu sama lain bagi menghasilkan suatu karya bercirikan corak terancang melalui teknik menggambar. Antara teknik
menggambar yang menggabungkan pelbagai motif corak terancang ini adalah melalui teknik lukisan, catan, capan, resis dan
sebagainya. Antara corak atau motif corak terancang ialah :
Corak Batu-Bata
Corak Selang-Seli
Corak Sendeng
Corak Siku Keluang
Corak Cerminan
Corak Bertindih
Corak Berpusat
Corak Sisik Ikan
Corak Turun Separa
Corak Jidar
Corak Orgee
H A L A M A N | 52
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Sumber : http://visualandart.blogspot.com/2012/01/corak-terancang.html
H A L A M A N | 53
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.2.2.2 Kegiatan Corak Terancang
(a) Lukisan
Menurut Imann Qhayra (2010), lukisan merupakan bentuk seni halus tertua sekali. Manusia melukis sebelum menulis.
Terdapat tiga asas teknik melukis iaitu teknik lorekan ton, melakar garisan, titikan dan gosokan. Corak dalam lukisan berkait
dengan minda, emosi dan perwatakan. Leonardo da Vinci adalah pelukis terkenal zaman Renaissance di Itali. Teknik lukisan
memberi kesan terhadap lukisan yang dihasilkan.
Foto 68 : Corak Terancang - Lukisan 1
Foto 69 : Corak Terancang - Lukisan 2
Foto 70 : Corak Terancang - Lukisan 3
Sumber : http://anismi.blogspot.com/2010/04/teknik-menggambar.html
H A L A M A N | 54
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
(b) Catan
Catan adalah suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan perasaannya, membuat interpretasi pandangannya
ataupun merakamkan gambaran yang dirasai atau dilihatnya dalam bentuk imej visual. Lukisan Mesir purba adalah catan yang
mempunyai corak tersendiri tentang kepercayaan dan agama. Corak dalam catan boleh terbentuk secara terancang dan tidak
terancang. Corak dalam catan terbentuk kesan daripada kemahiran artis menggunakan media dan teknik.
Foto 71 : Corak Terancang - Catan 1
Foto 72 : Corak Terancang - Catan 2
Foto 73 : Corak Terancang - Catan 3
Sumber : http://imann9969.blogspot.com/2010_04_01_archive.html
H A L A M A N | 55
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
(c) Cetakan
Cetakan kayu mula dihasilkan di negeri China. Redza Piyadasa, Juhari Muhammad Said, Chew Teng Beng dikenali sebagai
artis seni cetak di Malaysia. Cetakan timbulan, cetakan stensil, cetakan lithografi dan cetakan intaglio adalah jenis cetakan
yang biasa dihasilkan oleh artis. Kaedah dalam cetakan terdiri daripada kaedah turisan, gurisan asid, akuantin dan mesotin.
Foto 74 : Corak Terancang - Cetakan 1
Foto 75 : Corak Terancang - Cetakan 2
Foto 76 : Corak Terancang - Cetakan Litografi
Sumber : http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/pengenalan-cetakan.html
H A L A M A N | 56
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
(d) Capan
Secaranya amnya teknik capan boleh digolongkan di bawah cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya
dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air/poster) dan dicatkan di atas satu pemukaan. Capan boleh
dihasilkan dengan pelbagai rupa bentuk dengan menggunakan jenis bahan. Contohnya capan bahan buangan, capan alam
semulajadi (cengkerang) dan sebagainya.
Foto 77 : Corak Terancang - Capan 1
Foto 78 : Corak Terancang - Capan 2
Foto 79 : Corak Terancang - Capan 3
Sumber : http://pgsr08ps.blogspot.com/2011/05/teknik-capan.html
H A L A M A N | 57
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
(e) Lipatan dan Guntingan
Menurut Zulkifli Bin Sarbini (2011), teknik lipatan dan guntingan merupakan satu aktiviti membentuk objek atau corak. Antara
kaedah yang digunakan secara melipat kertas tertentu, mengguntingkan dan menampalkannya pada permukaan bahagian
kertas yang lain. Ianya menghasilkan corak positif dan negatif.
Foto 80 : Corak Terancang -Lipatan dan Guntingan 1
Foto 81 : Corak Terancang - Lipatan dan Guntingan 2
Foto 82 : Contoh Karya Hasil Dari Teknik Lipatan dan
Guntingan Sumber : http://www.slideshare.net/sifatpgsr/rph-kum-7-guntingan-lipatan
H A L A M A N | 58
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Lipatan dan Guntingan
Kertas keras
Gunting
Proses Penghasilan Karya Lipatan & Guntingan
Kertas dilipat dan dilakar corak yang ingin digunting.
Kertas yang dilipat digunting mengikut lakaran yang dibuat.
Corak terancang yang dihasilkan dari teknik lipatan dan guntingan.
H A L A M A N | 59
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
(f) Resis
Reka corak resis didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang berkait rapat dengan penggunaan media
berasaskan air dan minyak. Reka corak resis boleh menghasilkan corak terancang dan corak tidak terancang. Reka corak
resis memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Mencipta reka corak resis melibatkan
proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Teknik mencanting dalam batik adalah satu
kaedah membuat corak resis.
Foto 83 : Corak Terancang - Resis 1
Foto 84 : Corak Terancang - Resis 2
Foto 85 : Corak Terancang - Resis 3
Sumber : http://imann9969.blogspot.com/2010_04_01_archive.html
H A L A M A N | 60
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
(g) Kolaj
Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Ia juga boleh didefinisikan
sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun
dan ditindih. Berbagai jenis bahan dilekat dan tampal disatu permukaan khas seperti kertas lukisan. Mempunyai satu tema
bagi sesuatu karya seni kolaj.
Foto 86 : Corak Terancang - Kolaj 1
Foto 87 : Corak Terancang - Kolaj 2
Foto 88 : Corak Terancang - Kolaj 3
Sumber : http://berusdankrayonkami.blogspot.com/2010/04/pengenalan-kolaj.html
H A L A M A N | 61
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
(h) Kaligrafi
Khat atau kaligrafi (dari bahasa Greek κάλλος kallos "cantik" + γραφή graphẽ "tulisan") ialah sejenis seni visual. Ia sering
digelar seni dalam penulisan. Takrifan semasa bagi amalan khat adalah "seni bagi memberi bentuk bagi tanda dalam bentuk
gambaran, harmoni dan kemahiran". Seni kaligrafi terus berkembang dalam bentuk jemputan perkahwinan dan majlis, reka
bentuk fon/tipografi, reka bentuk tulisan tangan asal logo, seni keagamaan, pengumuman/reka bentuk grafik/khat ditempah,
ukiran tulisan batu dan dokumen peringatan. Ia juga digunakan sebagai prop dan imej bergerak bagi filem dan televisyen,
persaksian, sijil kelahiran dan kematian/peta, dan hasil kerja lain yang membabitkan penulisan. Terdapat 3 jenis kaligrafi
utama iaitu kaligrafi arab, kalligrafi latin dan kaligrafi cina.
Foto 89 : Corak Terancang - Kaligrafi Arab
Foto 90 : Corak Terancang - Kaligrafi Cina
Foto 91 : Corak Terancang - Kaligrafi Latin
Sumber : http://aljawad.tripod.com/kaligrafi.htm
H A L A M A N | 62
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Kaligrafi
Pen kaligrafi
Kertas lukisan
Dakwat pen
Pembaris
Proses Penghasilan Karya Kaligrafi
Kaedah menulis menggunakan atas pen dan sisi pen.
Kaedah pergerakan dan sudut sewaktu menulis.
Garisan dilukis sebelum kaligrafi ditulis untuk menghasilkan kaligrafi inggeris.
H A L A M A N | 63
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.3 BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur,
imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk
dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan
penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif
dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar.
Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil
kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi,
lakonan, nyanyian dan cerita. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti :
H A L A M A N | 64
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.3.1 Arca timbul
Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut.
Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik, mencungkil dan
menguris. Selalunya arca dapat dilihat di galeri, taman permainan, dan tempat- tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti
di muzium dan Tugu Peringatan.
Foto 92 : Arca Timbul 1
Sumber : http://klik-aje.blogspot.com/2011/09/arca-timbul-daripada-kertas-paling.html
Foto 93 : Arca Timbul 2
Sumber : http://senivisual1.blogspot.com/2009/11/arca.html
H A L A M A N | 65
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Proses Penghasilan Arca Timbul
Ukiran motif diukir di atas pastel paris yang sudah dikeraskan.
Ukiran mula digosok menggunakan kertas pasir bagi melicikan permukaan.
Ukiran subjek diwarnakan mengikut kesesuian.
Ukiran dilekatkan dengan kepingan papan di bahagian belakang.
Kemasan seperti mata ditambah ke atas ukiran.
Karya arca timbul yang selesai dihasilkan.
H A L A M A N | 66
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.3.2 Asemblaj
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang
menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi,
ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu „Bicycle Wheel‟ (karya asli
telah hilang) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan
yang terdapat di rumah.
Foto 94 : Asemblaj 1
Sumber : http://aidaliepurnamamerindu-aidalie.blogspot.com/2011/02/contoh-arca-asemblaj.html
Foto 95 : Asemblaj 2
Sumber : http://aidaliepurnamamerindu-aidalie.blogspot.com/2011/02/contoh-arca-asemblaj.html
H A L A M A N | 67
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.3.3 Mobail
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan
menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.
Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak, berputar atau berombak. Mobail mula
dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada
sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.
Foto 96 : Mobail Bermotif Pohonan
Sumber : http://senivisual1.blogspot.com/2010/02/arca-mobail-seni-halus.html
Foto 97 : Mobail Bermotif Hidupan Akuatik
Sumber : http://epkhas.ses.usm.my/learning-object/membentuk-mobail-ikan
H A L A M A N | 68
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Proses Menghasilkan Mobail
Beberapa bongkah kotak sederhana saiz dikumpulkan.
Kotak tersebut diwarnakan untuk kelihatan menarik.
Lubang untuk dawai ditebuk.
Penyediaan dawai untuk dimasukkan ke dalam bongkah kotak.
Dawai dimuatkan ke dalam kotak dan dibengkokkan untuk pegangan lebih
kemas.
Kotak-kotak tersebut digantung menjadi stabail.
H A L A M A N | 69
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.3.4 Stabail
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja
boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak
mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.
Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah
didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap, atau pintu siling.
Foto 98 : Stabail Abstrak
Sumber : http://cikgumuhammadfadhil.blogspot.com/2011/08/arca-stabail.html
Foto 99 : Stabail Bermotif Bunga
Sumber : http://senivisual-preetysonia.blogspot.com/2011/11/stabail.html
H A L A M A N | 70
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Stabail
Gunting
Kertas keras berwarna
Pensil warna
Pita pelekat
Proses Penghasilan Karya Stabail
Lakaran corak/subjek dihasilkan dan diwarna bagi kelihatan menarik.
Objek stabail digunting. Pita pelekat dilekat di bahagian belakang bersama batang stabail.
H A L A M A N | 71
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.3.5 Model
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Model
Kotak
Kertas warna (pelbagai)
Gam
Gunting
Pisau
Pensil warna
Foto 100 : Model Bangunan
Sumber : http://www.yelp.com/biz_photos/0DZQA74K8IodQfBEMxJbQw?select=l
Mqtbtkn5rwGJaNwWVen0A#lMqtbtkn5rwGJaNwWVen0A
Foto 101 : Model Kapal
Sumber : http://www.superyachttimes.com/editorial/52/article/id/1094
H A L A M A N | 72
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Proses Penghasilan Karya Model
Kepingan kertas digam untuk membentuk fizikal model kereta.
Proses kemasan keatas model kereta dengan menggunakan pelbagai bahan.
Model kereta yang sudah siap.
H A L A M A N | 73
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.3.6 Diorama
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang
sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga
permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.
Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut.
Bahagian dinding kotak dilukis latarbelakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama .
bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.
Foto 102 : Diorama 1
Sumber : http://oliviasenger-jones.blogspot.com/2009/11/diorama.html
Foto 103 : Diorama 2
Sumber : http://www.perfect-touch.com/about_walter_wolstenhome_diorama.htm
H A L A M A N | 74
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.3.7 Boneka
Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam, terutamanya manusia
atau haiwan, serta tokoh-tokoh psikologi. Boneka bisa dikatakan salah satu mainan yang paling tua, kerana pada zaman
Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Namun fungsi, bentuk, maupun bahan pembuatnya ternyata
berbeza sekali antara dulu dan sekarang.
Foto 104 : Boneka Jari
Sumber : http://tsabita-boneka.blogspot.com/2011/11/boneka-jari-hewan-dua-dimensi.html
Foto 105 : Boneka Tangan
Sumber : http://tsabita-boneka.blogspot.com/2012/05/sedang-sibuk-apa-sih-tsabita-boneka.html
H A L A M A N | 75
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Boneka
Kain
Gunting
Pisau
Benang
Jarum
kapas
Proses Penghasilan Karya Boneka
Kepingan kertas digam untuk membentuk fizikal model kereta.
Proses kemasan keatas model kereta dengan menggunakan pelbagai bahan.
Model kereta yang sudah siap.
H A L A M A N | 76
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.3.8 Topeng
Topeng adalah benda yang dipakai di atas wajah. Biasanya topeng dipakai untuk mengiringi muzik kesenian daerah. Topeng
kesenian daerah umumnya untuk menghormati sembahan atau memperjelas watak dalam mengiringi kesenian. Bentuk topeng
bermacam-macam ada yang mengambarkan watak marah, ada yang menggambarkan lembut, dan ada pula yang
menggambarkan kebijaksanaan.
Kehidupan masyarakat moden kini menempatkan topeng sebagai salah satu bentuk karya seni tinggi. Tidak hanya
kerana keindahan estetika yang dimilikinya, tetapi makna tersirat yang misteri yang tersimpan pada raut wajah topeng tetap
mampu memancarkan kekuatan magik yang hitam dijelaskan.
Foto 106 : Topeng Mata
Sumber : http://outheretoo.blogspot.com/2011/11/that-mask.html
Foto 107 : Topeng Muka
Sumber : http://outheretoo.blogspot.com/2011/11/that-mask.html
H A L A M A N | 77
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Karya Topeng
Kertas keras
Cat air
Gunting
Pisau
Pensil
Tali
Proses Penghasilan Karya Topeng
Kepingan kertas keras dilakar bentuk dan digunting membentuk topeng.
Topeng diwarnakan bagi menghasilkan tekstur watak topeng.
Topeng dikemaskan dan dipasang tali di bahagian tepid an sedia untuk
dipakai.
H A L A M A N | 78
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.3.9 Origami
Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja
tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan. Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai
bermula semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang
bernama Ts'ai Lun.
Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah
dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak. Pada abad ke enam,
cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang
sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku. Semenjak itu Origami menjadi popular
dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun
tempatan yang dipanggil Washi.
Foto 108 : Origami Lipatan Kertas
Sumber : http://www.innovateus.net/innopedia/what-are-different-kinds-origami-paper
Foto 107 : Origami Pops Up
Sumber : http://www.papercraftcentral.net/2010/09/kirigami-stairs/
H A L A M A N | 79
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Proses Penghasilan Origami Burung
H A L A M A N | 80
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.4 BIDANG MENGENAL KRAF TRADISIONAL
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang
memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya
beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik
membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran
yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan.
Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Terdapat beberapa
jenis kraftangan yang dipelajari murid di sesi persekolahan.
2.4.1 Alat Domestik
Foto 108 : Gayung Tradisional
Sumber : http://web.pnm.my/Alat%20Tradisonal/dapur_gayung.htm
Foto 109 : Senduk Tradisional
Sumber : http://web.pnm.my/Alat%20Tradisonal/dapur_senduk.htm
H A L A M A N | 81
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Alatan & Bahan Menghasilkan Bakul
Gulungan kertas
Gam
Cat air
Gunting
Pisau
Proses Penghasilan Bakul Tradisional
Gulungan kertas dijadikan sebagai rangka utama bakul.
Proses lilitan dan putaran gulungan kertas mengelilingi rangka utama untuk
dijadikan bakul.
Bakul tradisional yang telah digam dan dicat untuk kelihatan lebih menarik.
H A L A M A N | 82
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.4.2 Alat Permainan
Alatan & Bahan Menghasilkan Wau
Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala buluh betong pula dijadikan tulang belakang.
Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Pisau dan piau raut digunakan tujuan meraut.
Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau. Tangsi pula diguna untuk menerbangkan wau.
Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna pada badan wau.
Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau.
Foto 110 : Wau Tradisional
Sumber : http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/p/mengenal-kraf-tradisional.html
Foto 111 : Gasing
Sumber : http://naeltrg.blogspot.com/2010/07/gasing-terengganu.html
H A L A M A N | 83
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Proses Penghasilan Wau
Buluh sedang diracik menjadi saiz yang sesuai untuk dijadikan tulang
belakang wau.
Proses kemasan : Membalut wau, meletakkan gam pada permukaan wau dan kemasan
hiasan corak.
Wau yang sudah siap sedia untuk dinaikkan.
H A L A M A N | 84
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.4.3 Alat Pertahanan Diri
Proses Penghasilan Keris
Foto 112 : Tombak
Sumber : http://www.malaysianmonarchy.org.my/malaysianmonarchy/?q=ms/tom
bakberambu
Foto 113 : Keris
Sumber : http://azizie.com/silat/mengapa-keris-perlu-diperasap
Mata bilah keris sedang ditempa mengikut permintaan pembeli.
Pemegang keris sedang diukir secara teliti
Keris yang lengkap.
H A L A M A N | 85
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.4.4 Perhiasan Diri (Ornamen)
2.4.5 Batik
Foto 114 : Dokoh
Sumber : http://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?pageNum_Recordset1=10&totalRow
s_Recordset1=13&p=2&idstopic=1&idskandungan=9&mtopic=1
Foto 115 : Gelang Tradisional
Sumber : http://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?pageNum_Recordset1=8&totalRows
_Recordset1=13&p=2&idstopic=1&idskandungan=9&mtopic=1
Foto 116 : Batik Tulis/Lukis
Sumber : http://apbbatik2011.wordpress.com/jenis-jenis-batik/
Foto 117 : Batik Cap
Sumber : http://apbbatik2011.wordpress.com/jenis-jenis-batik/
H A L A M A N | 86
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Proses Penghasilan Batik
2.4.6 Tekat
Foto 118 : Tekat Timbul Benang Emas
Sumber : http://pendidikan-senivisual.blogspot.com/2010/08/seni-tekat.html
Foto 119 : Tekat Perada
Sumber : http://pendidikansenivisual02.wordpress.com/isi-kandungan/jenis-tekat/
Batik sedang dicop mengikut acuan. Batik lukis yang telah siap dilukis direndam di dalam air panas untuk
menghilangkan lilin.
Batik cap yang sudah dikeringkan.
H A L A M A N | 87
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.4.7 Ukiran
2.4.8 Tenunan
Foto 120 : Ukiran Tebuk Tembus
Sumber : http://secretofart.blogspot.com/2011/02/jenis-jenis-ukiran.html
Foto 121 : Ukiran Larik
Sumber : http://secretofart.blogspot.com/2011/02/jenis-jenis-ukiran.html
Foto 122 : Kain Tenunan Polos
Sumber : http://republik-batik.com/shop/sarung/sarung-tenun/
Foto 123 : Proses Menenun Kain
Sumber : hhttp://www.antarasumsel.com/berita/264761/alat-tenun-ulos-dipamerkan-di-tapanuli-tengahttp://azizie.com/silat/mengapa-keris-perlu-
diperasap
H A L A M A N | 88
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.4.9 Anyaman
Proses Penghasilan Anyaman
Foto 124 : Anyaman Mengkuang
Sumber : http://lots-of-stuffs.blogspot.com/2010/05/anyaman-tikar-mengkuang.html
Foto 125 : Hasil Dari Anyaman Ribu-Ribu
Sumber : http://pkkmsabah.blogspot.com/2010/03/anyaman-ribu-ribu.html
Daun mengkuang yang belum dikeringkan untuk dianyam.
Proses anyaman sedang berlangsung.
Sebidang tikar anyaman yang telah siap.
H A L A M A N | 89
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.4.10 Tembikar
Proses Penghasilan Tembikar Labu Sayong
Foto 126 : Pasu Sarawak
Sumber : http://www.suzie284.com/2012/05/kos-kurier-pasu-sarawak.html
Foto 127 : Kendi
Sumber : http://su.wikipedia.org/wiki/Gambar:14th_century_Kendi_pot_%28Indon
esia%29.jpg
Tanah liat terpilih dipilih secara teliti dan dibasuh dengan cermat.
Tanah liat diuli untuk memastikan aduan sebati.
Tanah liat mula dibentuk menjadi labu sayung
H A L A M A N | 90
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
2.4.10 Alat Muzik
Foto 128 : Rebana Ubi
Sumber : http://www.malaysia.com/galleries-kuala-lumpur-craft-complex-12.html
Foto 129 : Gambus
Sumber : http://testpage-satujutaidea.blogspot.com/2009/12/gambus-grreng-grreng-enterprise.html
Corak dibentuk di badan labu sayong sewaktu ia masih belum mengeras.
Labu sayong diasapkan bagi menguatkan lagi ketahanan.
Dibakar bagi mengeraskan lagi permukaan labu sayong.
H A L A M A N | 91
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
BIBLIOGRAFI
14th Century Kendi Pot Indonesia. Diakses pada 12 Ogos 2012 dari URL http://su.wikipedia.org/wiki/Gambar:14th_century
_Kendi_pot_%28Indonesia%29.jpg
Anismi. (2010). Teknik Menggambar. Diakses pada 13 Ogos 2012 dari URL http://anismi.blogspot.com/2010/04/teknik-
menggambar.html
Arca. (2009). Diakses pada 25 Ogos 2012 dari URL http://senivisual1.blogspot.com/2009/11/arca.html
Corak Terancang. (2012). Diakses pada 23 Ogos 2012 dari URL http://visualandart.blogspot.com/2012/01/corak-
terancang.html
Definisi Corak. (2011). Diakses pada 23 Ogos 2012 dari URL http://terataksalju8182.blogspot.com/2011/05/definisi-corak.html
Dudi. (20 Disember 2011). Pengalaman Pendidikan Seni Membantu Meningkat Kreativiti Dalam Kehidupan Sosial
Masyarakat. Diakses pada 15 Ogos 2012 dari URL http://n9kini.com/pengalaman-pendidikan-seni-membantu-
meningkat-kreativiti-dalam-kehidupan-sosial-masyarakat/
Hafizah Iszzahanid. (24 Ogos 2012). Pengertian Seni. Diakses pada 24 Ogos 2012 dari URL
http://www.bharian.com.my/bharian /articles/ PolemikseniIslam/Article/
Hazad Irwana. (2008). Teknik Stensilan. Diakses pada 14 Ogos 2012 dari URL http://chegujad.blogspot.com/2008/09/minggu-
ke-11-teknik-stensil.html
Hushua Afendi. (28 Oktober 2012). Seni. Diakses pada 12 Ogos 2012 dari URL http://shydatulhushna.blogspot.com/
Imann Qhayra. (2010). Rumusan HBAE2103 Corak dan Rekaan. Diakses pada 19 Ogos 2012 dari URL http://imann9969
.blogspot.com/2010_04_01_archive.html
Isza. (2010). Pendidikan Seni Visual - Kolaj. Diakses pada 13 Ogos 2012 dari URL http://chekguisza.blogspot.com/2010/01
/pendidikan-seni-visual-kolaj.html
H A L A M A N | 92
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Jom Buat Lukisan Renjisan Corak. (2012). Diakses pada 21 Ogos 2012 dari URL
http://sharinginfoz.blogspot.com/2012/02/jom-buat-lukisan-renjisan-corak.html
Kasbie Bin Yahya. (2011). Rekaan Corak Pualaman Marbling. Diakses pada 20 Ogos 2012 dari URL
http://kasbie.blogspot.com /2011/11/rekaan-corak-pualaman-marbling.html
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia. Diakses pada 15 Ogos 2012 dari URL http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/seni/kbsr/
sp_pseni_kbsr.pdf
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Seni Visual KSSR. Bahagian
Pembangunan Kurikulum. Diakses pada 15 Ogos 2012 dari URL
http://www.moe.gov.my/bpk/kssr_docs/14%20Dunia%20Kesenian /04%20DSK-Seni%20Visual%20Tahun%201.pdf
Low Chai Yen. (2011). Mencorak dan Membuat Rekaan 8 : Tiupan. Diakses pada 20 Ogos 2012 dari URL http://lowchaiyen
.blogspot.com/2011/12/mencorak-dan-membuat-rekaan-8-tiupan.html
Matlamat & Objektif Pendidikan Seni. Diakses pada 12 Ogos 2012 dari URL http://psvisual.wordpress.com/2010/03/28
Mosaic. Diakses pada 17 Ogos 2012 dari URL http://www.thejoyofshards.co.uk/projects/mermaid/
Mosaic. Diakses pada 17 Ogos 2012 dari URL http://en.wikipedia.org/wiki/Mosaic#Three_techniques
Nor Zakiah Abdullah. (2011). Definisi Percikan Teknik PSV. Diakses pada 17 Ogos 2012 dari URL http://panitia-
psvskpk.blogspot.com/2011/02/definasi-percikan-teknik-psv.html
Pendidikan Seni Visual : Catan. (2009). Diakses pada 17 Ogos 2012 dari URL http://senivisual1.blogspot.com/p/blog-psv.html
Pengenalan Alat Tradisional. Diakses pada 26 Ogos 2012 dari URL http://malaysiana.pnm.my/Alat%20Tradisonal/pengenalan
_alat_tradisional.htm
Rebana Ubi. (2009). Diakses pada 13 Ogos 2012 dari URL http://www.malaysia.com/galleries-kuala-lumpur-craft-complex-
12.html
Seni Lukis. Diakses pada 16 Ogos 2012 dari URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Seni_lukis
H A L A M A N | 93
IPG KDRI
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)
Shelly Esaak. (2010). Matlamat dan Objektif KBSR dan KSSR. Diakses pada 12 Ogos 2012 dari URL
http://arthistory.about.com /cs/reference/f/what_is_art.htm/matlamat-objektif/
SK. Bukit Bangkong. (2011). Perbezaan KBSR dan KSSR. Diakses pada 16 Ogos 2012 dari URL http://skbukitbangkong
.blogspot.com/2011/01/perbezaan-kbsr-dan-kssr.html
Teknik Capan. (2008). Diakses pada 21 Ogos 2012 dari URL http://pgsr08ps.blogspot.com/2011/05/teknik-capan.html
Ummi Nadiah Rosli. (9 Disember 2009). Meniti Seni Kolaj. Diakses pada 13 Ogos 2012 dari URL http://www.bernama.com.my
/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=461019
Zaman. (24 Ogos 2012). Seni Mampu Mencerna Jiwa Naluri Tawaduk. Diakses pada 24 Ogos 2012 dari URL
http://www.bharian .com.my/bharian/articles/Senimampu mencernajiwa_naluritawaduk/Article/artikel
Zulkifli Bin Sarbini. (2011) Teknik Guntingan dan Lipatan. Diakses pada 21 Ogos 2012 dari URL http://www.slideshare.net
/sifatpgsr/rph-kum-7-guntingan-lipatan