Kerja Kursus Geografi 2009 an Dan ya
Transcript of Kerja Kursus Geografi 2009 an Dan ya
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BALUNG,
PETI SURAT 60070,
91001 TAWAU, SABAH.
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009
PETEMPATAN DI KAMPUNG SRI HARMONI DAN PERBANDINGANNYA DENGAN NEGARA INDONESIA
Nama Calon: ABDUL ROHMAN BIN MOHAMAD
Tingkatan: 3 ARIF
Kad Pengenalan: 940924-12-6261
Angka Giliran:
Sekolah : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BALUNG,
Peti Surat No.60070, 91010 Tawau, Sabah, Malaysia.
Guru Penilai : Puan Suzanah Simon
Tarikh: 01.07.2009
Tandatangan Guru:
1.0 TAJUK KAJIAN
PETEMPATAN DI KAMPUNG SRI HARMONI DAN PERBANDINGANNYA DENGAN NEGARA INDONESIA
2.0 SENARAI KANDUNGAN
Bil TAJUK MUKA SURAT
1.0 TAJUK KAJIAN
2.0 SENARAI KANDUNGAN
3.0 PENGHARGAAN
4.0 PENDAHULUAN
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
6.0 KAWASAN KAJIAN
7.0 KAEDAH KAJIAN
8.0 HASIL KAJIAN
9.0 RUMUSAN
10.0 RUJUKAN
11.0 LAMPIRAN
3.0 PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Encik Thangavelu Subramaniam, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Balung Tawau
kerana memberi kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada Puan Suzanah Simon, Guru Geografi kerana telah memberi
tunjuk ajar dan panduan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada kedua-dua
ibubapa saya yang telah memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini dijalankan. Tidak
lupa juga kepada rakan-rakan saya iaitu Adi Roslianzah, Khairuddin dan Nazri Azwani kerana
kerjasama mereka dalam mengumpulkan maklumat-maklumat semasa menjalankan kajian.
Akhir sekali ucapan terima kasih ditujukan kepada semua responden yang membantu dalam
menyiapkan kajian saya ini.
4.0 PENDAHULUAN
Saya telah memilih tajuk petempatan dan perkembangannya dan dibandingkan dengan
Negara lain. Saya memilih Kampung Sri Harmoni dan membandingkannya dengan Pulau Jawa
di Indonesia.
Kami memilih kawasan ini untuk dikaji kerana ia merupakan kawasan tempat tinggal
kami. Saya memilih Pulau Jawa di Indonesia sebagai perbandingan kerana cirri-ciri fizikal dan
budaya di kepulauan Indonesia lebih kurang sama dengan kawasan kajian yang saya pilih.
Kami menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya menulis laporan kajian
ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang dikumpulkan di lapangan secara
berkumpulan. Laporan kajian ini Berjaya disiapkan dalam masa 2 minggu.
5.0 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan objektif-objektif dibawah:
1. Memahami jenis dan pola petempatan di Kampung Sri Harmoni dan dibandingkan
dengan Pulau Jawa di Indonesia.
2. Menyenaraikan factor-faktor yang mempengaruhi petempatan di Kampung Sri Harmoni
dan dibandingkan dengan Pulau Jawa di Indonesia.
3. Menyenaraikan fungsi petempatan di Kampung Sri Harmoni dan dibandingkan dengan
Pulau Jawa di Indonesia.
4. Mengetahui masalah petempatan di Kampung Sri Harmoni dan dibandingkan dengan
Pulau Jawa di Indonesia.
5. Menyenaraikan langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan di Kampung Sri
Harmoni dan dibandingkan dengan Pulau Jawa di Indonesia.
6. Penerapan nilai dan unsure patriotism terhadap Kampung Sri Harmoni dan dibandingkan
dengan Pulau Jawa di Indonesia.
6.0 Kawasan Kajian
Kampung Sri Harmoni terletak di persimpangan antara Tawau dan Semporna. Kampung
ini letaknya kira-kira 2.5km dari Jalan Raya Tawau Semporna. Kawasan ini terletak 32km
dari Sekolah Menengah Kebangsaan Balung jarak relative antara kawasan kajian dengan
Bandar tawau ialah 30 minit. Biasanya, kos tambang jika menaiki bas awam dari kawasan
kajian hingga ke Bandar RM13.00. Kawasan kajian mempunyai kawasan lebih kurang 10km
persegi dan mempunyai bentuk muka bumi ada yang rata dan ada yang berbukit-bukit.
7.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah yang saya jalankan adalah menggunakan kaedah-kaedah berikut:
1. Pemerhatian
-Saya menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengenal pasti ciri-ciri fizikal dan
bentuk muka bumi di kawasan kajian.
2. Temu Bual
-Saya telah menemu bual beberapa orang responden untuk mendapatkan maklumat
tentang kawasan kajian saya.
3. Rujukan
-Saya menggunakan buku-buku ilmiah dan majalah untuk mencari maklumat Negara
banding iaitu Pulau Jawa, Indonesia.
8.0 DAPATAN KAJIAN
8.1 Jenis dan pola petempatan
Kawasan kajian yang saya pilih terletak pada lokasi luar Bandar. Kebanyakan petempatan
di kawasan ini dipengaruhi oleh bentuk muka buminya. Pola petempatan di Kampung Sri
Harmoni ialah bersejajar. Ini adalah kerana pembangunannya yang telah diatur sebelum
membinanya. Jika dibandingkan dengan Pulau Jawa, Indonesia, kebanyakan petempatan di
kawasan luar Bandar adalah berselerak atau berpusat. Ini adalah kerana kawasan petempatan
dipengaruhi oleh kegiatan ekonomi penduduk.
Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga kerana mempunyai petempatan
pelbagai jenis dan rakyat yang berbilang kaum. Ini akan menjadikan kita lebih cinta akan tanah
air yang aman dan makmur.
8.2 Faktor mempengaruhi petempatan
Ada beberapa faktor yang pengaruhi petempatan Kampung Sri Harmoni iaitu:
-Bentuk Muka Bumi
Kampung Sri Harmoni mempunyai bentuk muka bumi ialah bertanah pamah. Bentuk
muka bumi ini sesuai untuk dijadikan kawasan petempatan kerana sebahagian besar melibatkan
pertanian. Selain bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi turut mempengaruhi petempatan di
Kampung Sri Harmoni. Di kawasan tanah pamah merupakan kawasan kegiatan ekonomi utama
penduduk kampung yang kebanyakannya bekerja sebagai tanih.
Jadual dan Graf dibawah ini mewakili bilangan setiap perkerjaan penduduk Kampung Sri
Harmoni.
Bangsa
Pekerjaan
Melayu Cina India Lain-lain
Pengurusan Perkilangan
3 8 5 5
Tanih7 3 2 10
Buruh20 3 5 15
Lain-lain10 5 8 20
Jumlah40 19 20 50
Pengurusan Perki-langan
Tanih Buruh Lain-lain Jumlah 0
10
20
30
40
50
60
MelayuCinaIndiaLain-lain
Jika di bandingkan dengan Pulau Jawa, Indonesia terdapat persamaan iaitu bentuk muka
bumi dan kegiatan ekonomi turut mempengaruhi petempatannya. Bentuk muka bumi Pulau Jawa
lebih kepada tanah pamah dan kawasan tanah tinggi. Ramai penduduk berkumpul di kawasan ini
kerana wujudnya pusat Bandar atau pusat kegiatan ekonomi. Selain bentuk muka bumi kegiatan
ekonomi turut mempengaruhi petempatan di Pulau Jawa, Indonesia di kawasan-kawasan
tumpuan kegiatan ekonomi seperti di Jakarta dan Surabaya merupakan tumpuan penduduk
kerana terdapat banyak peluang pekerjaan.
Saya amat berbangga terhadap petempatan saya, iaitu Kampung Sri Harmoni kerana
mempunyai tanah yang subur untuk penduduk kampung saya menjalani pertanian dan serba
sedikit menambah pendapatan.
8.3 Fungsi petempatan
Terdapat banyak fungsi petempatan yang dibuat terhadap pembangunan kawasan
Kampung Sri Harmoni. Salah satu fungsi petempatan yang terdapat di kampung ialah
perkilangan. Contohnya ialah Perindustrian, Manakala di Bandar Jakarta fungsi petempatannya
ialah sebagai sebuah pusat pentadbiran dan perniagaan.
Kita mestilah mempunyai sikap cinta akan negara dan tempat tinggal kita. Ini kerana kita
bertuah dapat tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur.Kita juga seharusnya berusaha
mengekalkan keamanan tempat tinggal kita dan negara yang tercinta dan kita juga perlulah
menjaga segala kemudahan yang telah disediakan.
8.4 Masalah petempatan
Berdasarkan kajian yang telah saya buat melalui kaedah temu bual, beberapa masalah
telah dapat dikenal pasti. Antara masalah iaitu kesesakan lalu lintas dan juga pencemaran alam
sekitar. Pencemaran terjadi akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk kawasan
Kampung Sri Harmoni. Pencemaran juga berlaku akibat kegiatan Perindustrian. Kesesakan lalu
lintas boleh berlaku terutama pada masa-masa tertentu iaitu kerana kemudahan infrustruktur
yang masih kurang memuaskan contohnya ruang yang terlalu sempit.
Berbanding dengan Pulau Jawa, Indonesia masalah yang dihadapi ialah pencemaran dan
bencana alam. Pencemaran adalah disebabkan pembangunan yang tidak terkawal di Bandar-
bandar pusat seperti Jakarta. Bencana alam yang sering berlaku seperti gempa bumi dan tanah
runtuh tidak dapat dielakkan keranabentuk muka bumi yang bergunung-ganang dan terletak di
dalam langkaran api pasifik.
Kita seharusnya peka kapada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran kita. Kita
juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan tidak melakukan
sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang dengan sewenang-wenangnya. Bagi
mengelakkan berlakunya keadaan-keadaan di atas, sebagai penduduk Kampung Sri Harmoni,
kita hendaklah saling bantu-membantu dan bekerjasama antara satu sama lain untuk menjaga
alam sekitar kita agar tidak tercemar dan sebagainya. Kita seharusnya bersyukur dengan segala
kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan berusaha untuk menjaga dan
mengekalkannya.
8.5 Langkah mengurangkan masalah petempatan
Antara langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah petempatan di Kampung
Sri Harmoni ialah memperbaiki dan menaik taraf jalan raya yang sedia ada. Ini akan dapat
mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Selain daripada itu penguat kuasaan undang-undang
merupakan langkah yang patut diambil untuk mengatasi pencemaran. Kegiatan Perindustrian
yang dijalankan haruslah sentiasa dipantau oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Di Pulau Jawa, Indonesia masalah tanah runtuh boleh diatasi dengan tanaman tutup bumi
dan pertanian bertingkat. Untuk menghadapi bencana alam kerajaan Indonesia patut menghalang
pembinaan bangunan pencakar langit dan sentiasa memberikan maklumat kepada penduduk dari
semasa ke semasa.
Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil langkah-
langkah untuk mengatasi masalah-masalah ini dari semasa ke semasa. Namun begitu, para
penduduk juga perlu bekerjasama dengan kerajaan supaya program-program dan langkah yang
dilancarkan berhasil disamping saling bantu-membantu serta melahirkan rasa bertanggungjawab
untuk menjaga kawasan masing-masing.
9.0 RUMUSAN
Kajian yang telah saya jalankan di kawasan Kampung Sri Harmoni, Tawau, Sabah ini
telah memberi banyak pengalaman yang sangat berguna kepada saya. Kajian ini membolehkan
saya mengenalpasti pola petempatan yang terdapat di kawasan kajian. Selain itu, saya juga dapat
mengetahui dengan lebih jelas tentang faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan seperti
bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Berdasarkan kepada kajian yang saya
jalankan, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang fungsi petempatan di kawasan
kajian yang telah saya pilih dan juga negara bandingan iaitu Pulau Jawa, Indonesia. Saya juga
dapat mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan kajian dan kawasan
bandingan iaitu Pulau Jawa, Indonesia serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk
menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
Saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan terus memantau dan mengenalpasti
masalah-masalah yang terdapat di kawasan Kampung Sri Harmoni serta mencari jalan untuk
menyelesaikannya bagi memberi keselesaan kepada para penduduk. Pada pendapat saya bukan
sahaja pihak kerajaan yang perlu melakukan perkara ini, malah para penduduk juga perlu
mengambil inisiatif untuk terus menjaga kawasan persekitaran dengan baik.
Kita sepatutnya bersyukur kepada Tuhan kerana menganugerahkan nagara yang aman
dan merdeka dengan pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk jaringan sistem yang baik.
Akhir kata, marilah sama-sama kita sebagai penduduk Malaysia supaya bekerjasama menjaga
kemudahan dan petempatan yang disediakan oleh pihak kerajaan sebaik mungkin agar kita
semua tidak menghadapi masalah-masalah yang boleh menjejaskan taraf hidup kita akibat
perbuatan kita sendiri.
Jadual dibawah adalah nama responden yang telah saya soal selidik.
Bil
.
Nama Responden Jantina Pekerjaan
1. Baharuddin Bin Eberohim L Buruh
2. Subturia Bte Redzwan P Suri Rumah
3. Rubiah Bte Nelson P Suri Rumah
4. Herawati Bte Renreng P Pekerja Pejabat
5. Mohd Guntur Bin Matahari L Tanih
6. Ridwan Bin Subari L Manager
7. Abdul Haman Bin Lullah L Tanih
8. Andi Bulan Bte Abu Bakar P Pekerja pejabat
9. Aini Bte Ajirul P Suri Rumah
10. Mohd. Irfan Bin Sabri L Pemandu Bas
11. Hasibe Bin Ali L Buruh
12. Hj.Tambring Bin Mado L Manager
13. Ramli Bin Mapiasse L Tanih
14. Budi Bin Saleh L Buruh
15. Suraya Bte Mansur P Suri Rumah
16. Mohamad Bin Mapiase L Buruh
17. Hidayat Bin Awang L Tanih
18. Mustafa Bin Awang L Tanih
19. Mustafu Bin Bagu L Buruh
20. Baharuddin Bin Muhadang L Buruh
10.0 LAMPIRAN
Jalan yang telah dinaik taraf
Pokok kelapa sawit yang ditanam di petempatan saya iaitu kampung Sri Harmoni.
Pencemaran alam sekitar oleh kegiatan perkilangan
11.0 RUJUKAN
Laman web:
i) http://www.googleearth.com/
ii) http://www.sabah.gov.my/
Sumber buku teks:
i) Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Lateh, Tah Koh Lim, 2004, buku teks
Geografi Tingkatan 3.
ii) Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Vincent De Selva a/l Santhanasam Lim Jin
Fou, 2006, buku teks Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan.
Orang Sumber:
Nama:- Hapsah Binti Mado
No.KP:- 620719-12-5208
Pekerjaan:- Suri Rumah