Kerja Kursus Edu 3106 Budaya Pembelajaran
-
Upload
berok-gorila -
Category
Documents
-
view
104 -
download
3
Transcript of Kerja Kursus Edu 3106 Budaya Pembelajaran
Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia.
Suasana pembelajaran di negara kita sekarang sudah jauh berubah. Kita
berinteraksi dengan pelbagai latar budaya masyarakat. Pembelajaran dalam bilik darjah pula
mendedahkan murid kepada pola hubungan kepelbagaian kaum. Pendedahan kepada
pelbagai latar belakang masyarakat memerlukan para pendidik mengetahui konsep budaya
di Malaysia serta kepelbagaian kelompok tersebut untuk membentuk 1Malaysia seperti yang
disarankan oleh Pemimpin negara.
Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum,
bangsa dan agama penganutnya.Perkataan ‘budaya’ berasal daripada cantuman perkataan
‘Sanskrit’ dan ‘Melayu’ yang membawa pergertian: ‘Kecergasan Fikiran dan Akal’. Budaya
memberi maksud seseorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan
pengaruh semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka. Budaya merupakan
kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran ke arah
meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menangani sesuatu permasalahan.
Penyelesaian yang boleh diterima oleh semua anggota masyarakat akan menjadi
amalan bersama. Amalan yang diterima ini seterusnya dijadikan Budaya dalam kehidupan
mereka. Amalan inilah yang harus diterapkan kepada murid-murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.
Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup masyarakat yang
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan berbeza dari satu
masyarakat ke masyarakat yang lain. Namun begitu, terdapat juga beberapa persamaan
yang wujud dalam masyarakat dari segi bahasa, objek kebendaan, amalan agama, sistem
kekeluargaan, nilai kesenian dan lain-lain. Persamaan ini dikenali sebagai Pola Kebudayaan
Sejagat.
Tujuan utamanya adalah untuk membina imej negara ke arah mewujudkan
keperibadian serta identiti. Budaya juga merupakan sesuatu yang diwarisi dari satu generasi
ke generasi yang lain. Namun begitu, Budaya sering berubah mengikut peredaran masa
yang dapat diterima secara kolektif oleh masyarakat.
Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim, Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani
atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Hasrat serta nilai yang diingini itu pula seharusnya
tidak bercanggah dengan kehendak masyarakat secara umumnya dan diterima serta
dipersetujui untuk diamalkan bersama. Nilai tersebut akan membentuk Norma dalam
masyarakat.
Menurut Kamus Dewan (2005), Budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran,
akal budi, cara berfikirdan kelakuan. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup
yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Sementara itu, dalam
‘Dictionary of Philosophy (1996), turut dijelaskan maksud Budaya sebagai:
‘The way of Philosophy (1996), ‘The way of life of people, including their attitudes, values,
beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thought and activity’.
Amalan yang dibentuk ini akan menentukan hala tuju bersama dalam masyarakat
berkenaan.
Prof. Mohd Taib Osman (1988) memperlihatkan budaya sebagai satu himpunan
kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan
kemasyarakatan serta menyesuaikan diri dengan alam sekeliling.
Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi (1984), bersepakat bahawa Budaya merupakan
alat penghasilan karya seni, rasa serta penciptaan dalam sesebuah masyarakat.
Menurut E.D. Tylor (1947), Budaya merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi
ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat serta amalan
kebiasaan yang lain.
Ini merujuk kepada perkataan ‘Bourdieu’ yang membawa maksud satu proses sosial yang
membolehkan Budaya dan struktur sosial saling berinteraksi.
Nilai dalam masyarakat adalah terlalu kompleks.
Proses Sosialisasi akan turut membantu memperkembang Budaya yang terdiri daripada
Latar Bangsa dan Agama.
L.A. White (1956), menjelaskan bahawa Budaya merupakan satu pola tingkah laku, objek,
alat, idea, sentimen, yang bergantung kepada simbol-simbol.
Tindakan dan Tingkah Laku tersebut akan menunjukkan nilai yang diterima secara bersama
oleh setiap individu yang terdapat dalam masyarakat.
Kroeber & Kluckohn (1954), berpendapat bahawa Budaya sebagai sebagai satu Entiti yang
mengandungi pola Implisit serta Eksplisit tentang tingkah laku yang diperoleh dan
diwariskan melalui Simbol serta berbentuk Material.
Malinowsky (1965), dalam bukunya “A Scientific Theory of Culture”, mengkelaskan Budaya
sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia.
Budaya merupakan keseluruhan aspek kemanusiaan dari segi sejarah, kesusteraan,
institusi politik, muzik, lukisan, falsafah, dll.
Budaya secara umumnya adalah cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat atau bangsa.
Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk
pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang dalam menghadapi
sesuatu situasi.
Budaya juga boleh dikaitkan dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan
masyarakat sekelilingnya.
Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.
Dalam konteks pendidikan semasa, Budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada
Budaya masyarakat.
Murid-murid akan dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat.
Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi Budaya di sesebuah sekolah.
Adalah menjadi tanggungjawab murid untuk menerapkan nilai-nilai pendidikan yang
mempunyai Nilai Material dan Bukan Material.
Guru seharusnya merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan
murid yang bakal memberikan sumbangan kepada pembangunan masyarakat tanpa
menyalahi Budaya yang diterima bersama.
Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia, Budaya meliputi aspek lokasi, pekerjaan
ibu bapa, pendidikan, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat
resam, kepercayaan dan jantina.
Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan keseluruhan aspek yang mengandungi
unsur Budaya Rakyat Asal.
Terdapat Unsur Budaya Asing dari kaum lain yang sesuai dan yang tidak bercanggah,
diterima dalam Budaya masyarakat di Malaysia.
Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsi oleh semua rakyat.
Budaya yang terdapat dalam sesuatu kelompok mempunyai ciri-ciri berikut:
i. boleh dipelajari
ii. boleh dikongsi
iii. bersifat sejagat
iv. boleh diwarisi
v. sentiasa berubah
vi. mempunyai unsur simbolik
vii. mempunyai pandangan semesta
Pemupukan Kesedaran Kebangsaan dan Kenegaraan dalam kalangan murid berasaskan
ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.
Guru perlu menerapkan nilai murni dalam masyarakat supaya mereka kelak dapat
menyesuaikan diri dengan Budaya masyarakat.
Kita perlu menyatukan penduduk berbilang etnik yang mempunyai Budaya berlainan di
bawah satu bentuk Identiti Nasional yang khusus tetapi dapat diterima oleh hampir semua
golongan etnik di negara ini.
Pengalaman penjajahan telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap masyarakat kita.
‘Ilmu Kolonial’ telah mencipta himpunan maklumat dan analisis mengenai ‘Etnisiti’ iaitu Etnik.
Masalah Perhubungan yang timbul di kalangan Etnik adalah berpunca daripada Interaksi
Sosial yang tidak mesra serta kebudayaan yang berbeza-beza.
Jenis dan Demografi Kelompok
Kelompok Sosial didefinisikan sebagai dua individu atau lebih, yang berinteraksi, saling
bergantung dan saling bergabung untuk mencapai sasaran tertentu.
Kelompok bersifat: Formal dan Tidak Formal
Kelompok Formal merujuk kepada kelompok yang ditentukan oleh Struktur Organisasi serta
Pengkhususan
Tugas (Division of Labour) untuk mencapai objektif Organisasi.
Klasifikasi Kelompok dalam sesuatu masyarakat dapat diklasifikasikan kepada beberapa
kumpulan:
i. Kelompok Tugas: Bersama-sama menyelesaikan sesuatu tugas.
ii. Kelompok Kepentingan: Individu bekerjasama untuk mencapai sasaran khusus.
iii. Kelompok Persahabatan: Kelompok yang ditetapkan secara bersama-sama kerana
memiliki satu atau lebih sifat yang sama.
Alasan orang untuk saling bergantung dan bergabung dalam kelompok adalah seperti
berikut:
i. Keamanan
ii. Status
iii. Harga Diri
iv. Afiliasi: (Dapat memenuhi keperluan Sosial).
v. Kekuatan
vi. Pencapaian Tujuan
Pengelasan Kelompok Ras dalam masyarakat pula boleh dilihat kepada beberapa bahagian
seperti:-
i. Caucasoid- (Orang-Orang Eropah)
ii. Negroid- (Orang-Orang Kulit Hitam)
iii. Mongoloid- (Orang-Orang Asia)
iv. American Indian-(Orang Asli Amerika)
v. Austroloid-(Orang Asli Australia)
Antara permasalahan yang dikenalpasti telah diringkas seperti berikut:-
i. Perbezaan Pencapaian
ii. Jurang Sosial
iii. Monopoli
iv. Budaya
iv. Pengekalan Identiti
v. Prasangka
vi. Ethnocentrisme
vii. Stereotaip
Pengelompokan masyarakat ini juga boleh dibincangkan secara bersama dengan
‘Demografi’.
Achille Guillard (1885), pertama menggunakan istillah ‘Demografi’ ini dalam karyanya yang
berjudul ‘Elements of Human Statistics or Comparative Demography’.
Kata ‘Demografi’ berasal dari bahasa Yunani ‘demos’ bermaksud penduduk di sesuatu
kawasan.
‘Grafein’ pula bermaksud menulis tentang sesuatu perkara.
Demografi Kelompok merupakan analisa statistik terhadap jumlah dan komposisi penduduk
di sesuatu kawasan.
Kajian Saintifik dan Statistikal meliputi soal Fertiliti (kelahiran), Mortaliti (Kematian),
Perkahwinan serta Imigrasi dan bagaimana komponen ini berubah mengikut masa serta
mempengaruhi saiz dan taburan penduduk manusia.
Demografi Kelompok di Malaysia pula terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Golongan Bumiputera Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, suku kaum
etnik di Sabah serta suku kaum etnik di Sarawak.
Masyarakat di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada pelbagai bangsa dan kelompok iaitu
Melayu (54%), Cina (25%), India (7%), Suku kaum etnik di Sabah dan Sarawak ialah
sebanyak (14%).
Penduduk utama Malaysia adalah akibat pembentukan Masyarakat Majmuk.
Masyarakat Majmuk terdiri daripada etnik Melayu, Cina, India, Orang Asli dan Suku Kaum di
Sabah dan Sarawak.
Penduduk Asal atau Melayu yang mendiami alam Melayu ini telah membina asas peradaban
yang mantap sebelum bertembung dan melalui Proses Difusi Budaya.(Menerima Budaya
orang lain ke dalam Budaya sendiri).
Peradaban Islam serta Peradaban India amat mempengaruhi pembangunan peradaban
Melayu di Asia Tenggara.
Di Sabah, terdapat kira-kira 23 suku kaum etnik manakala di Sarawak terdapat kira-kira 17
suku kaum etnik yang menetap di sini.
Terdapat kira-kira 46 Suku Kaum etnik yang terdapat di Malaysia.
Pada tahun2006, terdapat jumlah orang Asli seramai 141, 230 orang. Ekonomi orang Asli
masih lagi berasaskan pertanian dan sara diri.
Malaysia meletakkan Perpaduan Nasional sebagai matlamat akhirnya.
Matlamat akhir proses penyatuan ini ialah terbentuknya satu ‘Bangsa Malaysia’ yang terdiri
daripada
satu masyarakat berbilang etnik yang bersatu padu, sejahtera dan mempunyai identiti
nasional tersendiri.
Proses perpaduan negara dalam kalangan negara yang berbilang etnik diwakili oleh parti
politik etnik masing-masing.
Mereka mengamalkan budaya, agama, bahasa dan orientasi pemikiran masing-masing.
Perbezaan inilah dikatakan sebagai penghalang kepada masalah dalam proses penyatuan,
perpaduan dan pembinaan bangsa Malaysia.
Teori Hubungan Kaum merupakan teori yang terdapat dalam menyatupadukan masyarakat
Malaysia dan membentuk hubungan atau kepelbagaian kaum.
Peringkat proses seterusnya dinamakan: Sergresi.
Hubungan yang bersifat Pemisahan antara etnik dalam sebuah negara seperti pemisahan
kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.
Akomodasi adalah satu keadaan yang mana kelompok yang berkonflik bersetuju untuk
menghentikan konflik apabila adanya interaksi secara aman.
Masyarakat Majmuk hidup berdekatan, saling bekerjasama tetapi tidak bersatu padu.
Mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. (Furnival, 1949).
Proses ini berlaku apabila etnik-etnik menyedari tentang kepentingan norma dan nilai
mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan Budaya hidup
masing-masing.
Institusi-Institusi tertentu seperti ekonomi dan pendidikan saling bergantungan antara satu
sama lain. Contohnya, negara Switzerland.
Negara Switzerland mempunyai hubungan etnik bersifat Akomodasi, di mana etnik-etnik di
dalamnya seperti Etnik Jerman, Peranchis dan Itali saling membuat penyesuaian antara
satu sama lain dan hidup dalam keadaan aman.
Akulturasi pula merupakan satu proses yang kadang kala dikenali sebagai Asimilasi Budaya
yang terjadi apabila manusia dalam Kumpulan Minoriti menerima norma, nilai dan pola-pola
tingkah-laku dan Budaya dari Golongan Majoriti.
Proses ini merupakan proses meminjam dan menerima unsur-unsur Budaya golongan
Majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur Budaya Asal.
Asimilasi adalah Proses Percantuman dan Penyatuan antara kelompok dan individu yang
berlainan kebudayaan dan identiti supaya wujud satu kelompok yang mempunyai identiti
yang sama.
Amalgamasi Budaya merupakan satu proses yang terjadi apabila Budaya dan Ras
bercampur untuk membentuk jenis-jenis Budaya dan Ras yang baru.
Cara utama untuk menentukan Proses Amalgamasi terjadi ialah Perkahwinan Campur
antara Etnik dan Ras.
Perbezaan Sosio-Ekonomi, Budaya, Segregasi, Pemisahan Fizikal, Agama, Dasar
Kerajaan,dll turut menjadi
faktor penghalang ketara.
Pelbagai usaha sosial dan Kebudayaan turut diadakan oleh kerajaan bagi mencapai
matlamat pembentukan Budaya ini.
Antaranya memperkenalkan Konsep Kebudayaan Nasional.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
telah diakui dan diterima oleh semua lapisan masyarakat.
Peristiwa 13 Mei 1969 telah menjejaskan hubungan antara etnik.
Kemajuan ekonomi sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang.
Kementerian Pelajaran perlu bertanggungjawab memupuk semangat perpaduan sejak dari
bangku sekolah lagi.
Murid perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan memahami hubungan Etnik.
Antara usaha yang telah dijalankan ke arah memupuk Perpaduan Nasional yang telah
dijalankan oleh kerajaan adalah:
i. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara
ii. Rukun Negara
iii. Dasar Ekonomi Baru
iv. Dasar Pendidikan Kebangsaan
v. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
vi. Gabungan Parti-Parti Politik.
vii. Integrasi antara Wilayah.
viii. Integrasi Semenanjung Malaysia dengan Sabah/Sarawak.
Usaha kerajaan (Top-Down) sahaja tidak memadai tetapi mesti digenapkan dengan usaha
yang berbentuk (bottom-up) menerusi kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta,
sektor komuniti dan semua parti politik.
Hubungan antara Kumpulan Kelas Sosial yang berbeza seperti Kelas Atasan, Kelas
Menengah serta Kelas Bawahan perlu ditingkatkan.
Hubungan Etnik merupakan satu ciri penting yang mencorakkan Sistem Sosial di Malaysia.
Walaupun tahap Perpaduan Nasional di negara kita sukar diukur, Malaysia berjaya
mewujudkan hubungan etnik yang harmonis.
Abdul Rahman Embong (2001), menjelaskan bahawa bangsa yang terdiri daripada semua
kaum di Malaysia yang terbentuk dalam sejarah dan mempunyai perasaan sebangsa
dengan nama Kolektif (Bangsa Malaysia) yang sama serta berkongsi wilayah, ekonomi,
Budaya dan nasib masa depan dengan rupa bangsa yang sepunya.
Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building)
melibatkan satu proses yang panjang dan merupakan satu keperluan bagi Malaysia.
Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building) memerlukan penyertaan menyeluruh setiap
anggota masyarakat dan penglibatan sepenuhnya jentera kerajaan.
Satu Nilai dikongsi bersama perlu diwujudkan dan dihargai oleh seluruh warganegara
Malaysia.
Rakyat Malaysia cukup bertuah kerana kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran begitu
prihatin terhadap masalah dan isu-isu pendidikan serta sedaya upaya menyediakan peluang
pendidikan yang terbaik dan bertaraf dunia kepada seluruh rakyat. Pelbagai isu pendidikan
termasuklah isu guru, pelajar dan infrastruktur pendidikan diberi cukup perhatian. Selain itu,
dasar-dasar yang digubal seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dibentang di
Parlimen turut memperkukuhkan lagi pendidikan di Malaysia. Petikan dari ucapan mantan
Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein
yang dibuat sempena perutusan tahun baru 2006 jelas menterjemahkan misi dan visi
kementerian yang sedaya upaya merapatkan jurang pendidikan agar tidak ada golongan
yang tercicir dari arus pembangunan negara. Namun begitu, masih terdapat ketaksamaan
peluang pendidikan kepada setiap rakyat dan etnik di Malaysia.
Masalah ketaksamaan peluang pendidikan ini dibincangkan kepada beberapa faktor
penyumbang masalah termasuklah:
- Kelas sosial
- Jantina
- Kumpulan minoriti
- Murid berkeperluan khas
- Isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan
Perbincangan kita akan lebih berfokus kepada kelas sosial dan jantina. Bagi
membincangkan topik ketidaksamaan peluang pendidikan ini, saya telah merujuk kaum Cina
sebagai penanda aras. Sebagai pengenalan, masyarakat Cina adalah sebahagian daripada
etnik yang bermastautin di Malaysia. Menurut laman web Wikipedia, Masyarakat Cina
adalah golongan minoriti yang menduduki hampir 25 peratus daripada keseluruhan
penduduk di Malaysia. Masyarakat ini kaya dengan adat resamnya, bahasa pertuturan dan
sememangnya perbezaan dari segi budaya amat ketara bagi dua lagi masyarakat utama di
Malaysia iaitu kaum Melayu dan India.
Kelas sosial
Secara geografinya, etnik Cina kebiasaannya tinggal di kawasan bandar terutama bandar-
bandar besar di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Selangor. Ini
terbias daripada dasar penjajahan lampau British yang mengamalkan dasar pemerintahan
‘pecah dan perintah’. Oleh sebab itu, Etnik ini mempunyai peluang pendidikan yang lebih
baik berbanding kaum-kaum lain seperti Melayu yang tinggal di kawasan persisir pantai dan
pedalaman serta etnik India yang tinggal di ladang-ladang dan estet. Seperti yang kita sedia
maklum, isu pendidikan dari aspek prasarana lebih dititik beratkan di kawasan bandar.
Selalunya, sekolah-sekolah di kawasan bandar dilengkapi dengan peralatan belajar yang
lebih lengkap berbanding di luar bandar. Ini memberi kelebihan bukan sahaja penduduk di
kawasan bandar tetapi juga dari segi etnik yang dirujuk iaitu etnik Cina. Di pedalaman yang
rata-rata diduduki oleh etnik Melayu, mereka kurang diberi pendedahan peluang pendidikan
yang baik. Oleh sebab itu, mereka hanya menganggap pendidikan ini hanyalah sekadar
menulis, membaca dan mengira (3M). Setelah penguasaan asas tersebut tercapai, mereka
akan lebih berminat untuk menyambung legasi ibu bapanya seperti menangkap ikan,
menjual di kedai runcit dan sebagainya.
Etnik Cina mempunyai advantage kerana secara umumnya, penguasaan ekonomi
masih lagi berada di tangan mereka. Oleh itu, mereka mempunyai pendapatan bulanan
yang lebih besar berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Oleh sebab itu, mereka dapat
menghantar anak-anak ke sekolah. Malah, mereka yang hartawan pula sanggup
menghantar mereka ke sekolah yang lebih baik berbanding sekolah kerajaan. Mengikut
siaran berita Al-jazeera pada 24 April 2009, etnik Cina di Johor Bahru sanggup menghantar
anak mereka ke Singapura semata-mata kerana inginkan pendidikan yang lebih baik
berbanding di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Dianggarkan
lebih 5000 pelajar Malaysia bersekolah di Singapura dengan berulang alik ke sana setiap
hari dengan merentasi sempadan kedua-dua buah negara. Ini menggambarkan mereka
mempunyai kesungguhan yang tinggi serta ditampung pula dengan faktor kewangan yang
baik. Sudah semestinya, kaum-kaum lain di Malaysia seperti Melayu dan India rata-rata
kurang berkemampuan berbuat demikian kerana kita sedia maklum, pecahan pendapatan
kedua-dua kaum tersebut jauh lebih rendah berbanding etnik Cina.
Antara masalah pokok yang masih melanda Malaysia semenjak sebelum merdeka
lagi adalah isu bahasa dan agama. Memandangkan etnik Cina rata-rata lebih selesa bertutur
dalam bahasa ibunda mereka (malah masih ada yang tidak fasih berbahasa Kebangsaan),
mereka lebih senang memilih untuk ke sekolah jenis kebangsaan dan sekolah swasta.
Tumpuan utama kerajaan semestinya kepada sekolah kebangsaan dan sekolah menengah
kebangsaan di mana setiap tahun, peruntukan yang besar diberikan kepada kedua-dua
bentuk sekolah ini. Kewujudan sekolah jenis kebangsaan ini menyerlahkan lagi
ketidaksamaan peluang pendidikan kepada setiap etnik di Malaysia.
Tidak dapat dinafikan konsep diskriminasi yang ditakrifkan sebagai pandangan,
pemikiran, dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap
anggota atau kelompok etnik lain masih menebal dalam kalangan masyarakat Malaysia hari
ini. Ini tergerak dek perasaan prejudis dan saling membenci akibat kecelaruan politik
semasa. Faktor ini menyumbangkan masalah semakin lebarnya jurang pendidikan bagi
setiap etnik di Malaysia. Sebagai contoh, di peringkat IPT, wujud fenomena etnik Cina
memberi nota yang diperoleh kepada kalangan etnik mereka sahaja. Begitu juga etnik
Melayu dan sebagainya. Sebagai akibatnya, pasti terdapat perbezaan ketara keputusan
peperiksaan akhir setiap etnik. Sememangnya, sikap diskrimasi dan prejudis ini melebarkan
jurang ketaksamaan peluang pendidikan.
Jantina
Jurang ketidaksamaan peluang pendidikan antara jantina juga amat ketara.
Lazimnya, kita mendengar sesuatu kursus yang ditawarkan di peringkat IPT sering
dimonopoli oleh satu-satu jantina sahaja. Sebagai contoh perandingan, kursus kejuruteraan
masih dimonopoli oleh lelaki manakala perempuan masih memonopoli hampir keseluruhan
kursus di IPT termasuklah kursus perguruan. Ini jelas membuktikan bahawa ketaksamaan
peluang pendidikan wujud dengan ketara di antara kedua-dua jantina ini.
Faktor ini disokong oleh minat atau interest satu-satu jantina itu. Kaum lelaki
sememangnya sesuai serta menyukai sesuatu kursus yang mencabar dari segi fizikal, dan
ini membuatkan kursus kejuruteraan menjadi monopoli mereka. Berbeza pula dengan
perempuan yang lebih bersifat keibuan, mementingkan ilmu teori serta kurang terhadap
aktiviti lasak, mereka pasti memilih kursus yang lebih feminin seperti bidang keguruan,
kedoktoran serta kulinari.
Selain itu juga, minat terhadap pelajaran juga amat ketara sekali bagi kedua-dua
jantina ini. Menurut data dari Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (MCIIUM)
pada tahun 2006, peratus pelajar perempuan yang layak mendaftar di MCIIUM adalah
sekitar 60 peratus berbanding pelajar lelaki 40 peratus. Menurut Encik Khair Ngadiron,
bekas pengarah MCIIUM, fenomena ini disebabkan pelajar lelaki sebenarnya kurang
berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertiari dan memilih kerjaya yang setimpal
dengan kelulusan PMR dan SPM mereka bagi menampung keperluan harian diri. Ini
berbeza dengan pelajar perempuan yang masih memikirkan ilmu itu penting bagi
memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik pada masa akan datang. Menurut buku
karangan Syed Ismail dan Ahmad Subki bertajuk Budaya dan Pembelajaran (2009), kadar
pencapaian murid perempuan di peringkat tertiari telah meningkat daripada 0.5 peratus
pada tahun 1970 kepada 4.9 peratus pada tahun 1991 sementara bagi murid lelaki adalah
daripada 1.2 peratus kepada 6.0 peratus bagi tempoh yang sama.
Peluang melanjutkan pelajaran bagi kedua-dua jantina ini juga berbeza. Jika
disingkap kembali sejarah, zaman penjajah memperlihatkan golongan lelaki mendapat
tempat dalam pendidikan kerana pada zaman tersebut, peranan lelaki sangat meluas
meliputi isu pentadbiran, ketenteraan dan kepimpinan. Berbeza dengan perempuan yang
mana hanya diberi pendidikan asas kerana peranan golongan ini masih kecil pada ketika itu.
Jika dilihat dari konteks sekarang, golongan wanita telah mendapat tempat di peringkat IPT
malah peratusannya lebih tinggi berbanding lelaki. Namun begitu, masih terdapat lagi stigma
kuno yang mana perempuan perlu berada di rumah menguruskan rumah tangga dan tidak
dibenarkan keluar mencari pekerjaan. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa
wanita tidak memerlukan pendidikan yang tinggi. Justeru itu, masih ada golongan wanita
yang tidak menyambung pelajaran mereka setelah tamat di peringkat menengah atau
rendah.
Kumpulan minoriti
Kumpulan minoriti ditafsirkan sebagai suatu kumpulan etnik dalam sesebuah
masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil ( Syed Ismail, 2009). Kumpulan ini
banyak terdapat di Sabah dan Sarawak. Kumpulan ini termasuklah golongan daripada kaum
Bajau, Murud, Kadazan dan sebagainya. Kaum Asli juga termasuk dalam kalangan
kumpulan minoriti. Mereka sering terpisah daripada arus pembangunan dan pendidikan
amnya kerana faktor geografi dan taburan penduduknya yang rata-rata tinggal di kawasan
ceruk rantau dan pedalaman. Sebagai contoh, kaum asli Temiar di Pos Poi terpisah dari
bandar terdekatnya Sungai Siput sejauh 20 kilometer. Untuk sampai ke situ, individu perlu
menaiki pacuan empat roda atau sekurang-kurangnya motor ‘scrambler’ untuk sampai ke
penempatan orang asli tersebut. Ini jelas membuktikan pendidikan juga sedikit
terkebelakang kerana teknologi masih kurang di sana. Oleh itu, pendidikan masih lagi bukan
menjadi peranan utama anak-anak daripada golongan minoriti ini. Sebaliknya, kerja-kerja
untuk mencari nafkah tetap menjadi keutamaan.
Kumpulan minoriti ini tidak terhad kepada isu etnik dan kaum semata-mata.
Golongan yang bermasalah disiplin seperti pelajar ponteng sekolah, menghisap rokok, kaki
buli dan sebagainya juga dikaitkan dengan kumpulan minoriti. Ini kerana mereka tergolong
daripada sekelompok kecil pelajar yang bermasalah. Kebiasaannya, mereka yang
bermasalah ini kurang cemerlang dalam pendidikan. Ini ditambah lagi dengan masa yang
kurang untuk membuat rujukan dan ulangkaji kerana banyak masa dihabiskan dengan kerja-
kerja tidak berfaedah tersebut. Sememangnya golongan ini harus diambil perhatian serius
kerana mereka turut tergolong dalam kalangan yang tidak mendapat sama rata dalam
peluang pendidikan.
Murid berkeperluan khas
Murid sebegini telah diberi kekurang atau kelebihan daripada manusia normal.
Sememangnya, pelajar genius, lembam, down sydrom, dan sebagainya tidak dapat
mengikuti arus pendidikan normal seperti kanak-kanak dan pelajar lain. Mereka samada
terlalu kehadapan atau terlalu terkebelakang dari aspek pendidikan, perlu diberi pendidikan
khas. Terdapat 7 kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan program pendidikan
khas, iaitu:
- Kerencatan mental
- Bermasalah pembelajaran
- Kecelaruan tingkah laku
- Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi
- Cacat penglihatan
- Cacat fizikal
- Pintar-cerdas dan berbakat istimewa
Golongan ini jika dibiarkan dengan arus pendidikan normal, sudah pasti mereka tidak
mampu mengecapi erti kata pendidikan sebenar. Mereka tidak dapat menimba ilmu dengan
baik malah pencapaian dalam peperiksaan juga akan sangat kurang baik.
Implikasi terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara
Setiap tindakan atau peristiwa yang berlaku pasti akan memberi implikasi secara langsung
atau tidak langung kepada golongan sasaran. Isu ketaksamaan peluang pendidikan ini akan
memberi kesan atau implikasi kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.
(i) Individu
Umumnya, sudah semestinya ketaksamaan peluang pendidikan ini akan
membuatkan pelajar tersebut tidak selari dengan pencapaian pendidikan normal pelajar lain.
Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar tersebut pelajar yang lemah pelajaran kerana
faktor kewangan keluarga ditambah lagi dengan tinggal di pedalaman serta kurang berminat
untuk belajar pasti tidak dapat menandingi pelajar-pelajar lain yang pintar. Seterusnya,
individu tersebut akan tersisih daripada arus pembangunan negara, hidup dalam kejahilan,
tiada masa depan yang cerah dan juga kurangnya ilmu di dada.
Mungkin juga, jika dilihat dari sudut positifnya, individu itu akan lebih berdikari. Ini
kerana individu tersebut tiada kemudahan asas dan kesenangan sepertimana pelajar lain.
Ini mungkin membuatkan mereka akan lebih beruasaha untuk setaraf dengan pelajar lain
atau sekurang-kurangnya berdaya saing dengan yang lain.
(ii) Keluarga
Kita percaya bahawa pendidikan mampu mengubah nasib keluarga. Jika jurang
ketaksamaan peluang pendidikan masih melebar, tidak mustahil nasib keluarga masih
berada pada tahap yang sama tanpa perubahan positif. Sebagai contoh, orang asli yang
masih kurang mementingkan pendidikan kurang proaktif dalam dunia global sekarang.
Akibatnya, mereka lebih senang tinggal di dalam hutan seperti dahulu. Tiada kemudahan
yang sempurna dan jauh sekali perkembangan teknologi.
(iii) Masyarakat
Implikasi kepada masyarakat lebih kepada refleks daripad implikasi kepada keluarga.
Apabila kelompok keluarga yang kurang proaktif ini membentuk satu komuniti, sudah masti
masyarakat tersebut terkenal dengan tidak proaktifya, mundur dari aspek pendidikan malah
tercicir daripada arus pembangunan negara. Mungkin daripada kesan yang lebih buruk lagi,
masyarakat ini akan terus didiskriminasi dan tidak diambil peduli oleh masyakarat lain.
(iv) Negara
Sesebuah negara bergantung penuh kepada kepakaran modal insannya. Sekiranya modal
insan yang diharapkan iaitu berpendidikan dan berpengetahuan luas di samping berdaya
saing dan proaktif tidak mencukupi, sudah semestinya banyak dasar-dasar yang telah
digubal oleh pemerintah tidak dapat dilaksanakan. Kesan daripada hal sedemikian, negara
akan menjadi mundur, tidak mampu menjadi negara yang kuat dan yang paling memalukan,
kedaulatan negara akan dicabul. Imej negara akan menjadi buruk dan semestinya pelbagai
lagi andaian negatif bakal terjadi.
Kesimpulannya, isu ketaksamaan peluang pendidikan ini patut ditangani oleh bukan
sahaja di pihak kerajaan, tetapi juga pihak berwajib seperti ibu bapa, guru-guru, masyarakat
sekeliling dan individu itu sendiri. Semua perkara mampu ditangani selagi azam dan tekad
menjadi tunjang perjuangan.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN BUDAYA EDU3106
Perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah Negara
seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu,
Cina, dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta
orang asli dan kaum – kaum lain menjadi kaum minoriti. Setiap etnik membawa sosio-
budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek - moyang yang terdahulu.
Sebelum membincangkan lebih lanjut berkaitan kepelbagaian sosio-budaya, terlebih dahulu
dihuraikan maksud budaya itu sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan sosio-budaya?
Menurut ensiklopedia bebas http://ms.wikipedia.org/ budaya atau kebudayaan (daripada
perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang
bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal – hal berkaitan budi
dan akal manusia. Manakala daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan
kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila ke dua – dua perkataan ini dicantumkan (budaya)
membawa maksud tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3,1996,m/s:180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan
sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara
berfikir dan berkelakuan).
Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib ( bekas professor Madya UiTM) telah menyatakan dalam laman
web http://dppwp.wordpress.com/usrah/pembangunan -sistem-sosio-budaya-islam-dalam-
kontek-masyarakat-malaysia/ maksud sosio-budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup
dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri
masyakarat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan
meransang pembangunan hidup masyarakat tersebut.
Sementara itu menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian,
nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur – struktur kemasyarakatan, keagamaan selain
penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri – ciri khas sesebuah masyarakat.
Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai
satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, tatasusila, undang – undang, adat resam dan lain – lain kebolehan serta
kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari
ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih
besar. Menurut Papalia (2001) individu manusia itu berbeza dari segi jantina, saiz badan,
kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan emosi. Manakala Slavin (1997) pula mengaitkan
perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan
kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik,
budaya, kelas sosial, bahasa, jantina , bakat dan minat.
Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung terhadap
guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi kepada guru
‘…kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk
membawa kita kea rah wawasan yang ingin kita capai”
Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi PIPP 2006-2010 m.s 38
Pelajar pada masa kini, mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan supaya
menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1988
Manakala menurut Dato’ Panglima Sri Najib Tun Abd. Razak, dalam konsep 1 Malaysia,
kerajaan perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan dengan komitmen
membantu tanpa melihat ras dan etnik. Selagi seseorang itu memegang status sebagai
warga Negara Malaysia, mereka layak menerima bantuan tanpa melihat dari kaum mana
mereka datang. Setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya
dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina.
Natijahnya, tanggungjawab dan amanah ini terletak dipundak guru yang mengajar mengenal
tulis baca. Guru perlu berkemahiran menangani masalah kepelbagaian sosio-budaya murid
– murid agar masalah guru ‘syok sendiri’ dalam mengajar tidak berlaku.
Sewajibnya guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai seorang guru perkara – perkara
pokok seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik dan relevan
dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil
pelajar mengikut tahap kecerdasan.
Dalam erti kata lain, elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan
pengajarannya berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran,
penglibatan aktif murid, penilaian prestasi, pengukuran dan penambahbaikan. Selain itu
guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah dan mengintegrasikan TMK.
Murid adalah pelanggan manakala guru merupakan individu yang menawarkan
perkhidmatan. Oleh itu perkhidmatan yang diberi haruslah mengiktu standard yang telah
ditetapkan oleh majikan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia.
“orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah, seolah – olah
tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik,
terutama apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan
oleh masyarakat dan Negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara
realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan
sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan menyumbang kepada
pemajuan Negara-bangsa dan global’
(Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah (2001):hlm 24)
Bertitik tolak dari pernyataan di atas, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan boleh
ditakrifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti iaitu proses
yang dapat mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif ke
tahap yang optimum.
Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia, (2001),
proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa
prinsip yang digariskan. Antaranya ialah:
a) Pendekatan, kaedah dan teknk yang dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif;
b) Berpandukan bahan – bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa,
potensi dan kemajuan murid;
c) Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.
Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, seseorang guru haruslah peka dengan
kepelbagaian sosio-budaya murid – muridnya. Pendekatan yang bijak harus digunakan
dengan tidak membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa
mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan.
Perbezaan tahap kecerdasan murid juga harus dititik beratkan oleh seseorang guru dalam
menyampaikan pelajaran. Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian
dengan tahap murid. Perkara ini perlu untuk mengelakkan murid – murid merasa bosan dan
seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal.
Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. Aktiviti yang
melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat
menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang
sosial dan kecerdasan individu.
Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan, pelanggan iaitu murid haruslah sentiasa
dihormati dan bersikap adil kepada mereka. Hukuman berbentuk deraan dan memalukan
seharusnya tidak dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan murid
akan renggang dan menghilangkan minat untuk mereka meneruskan pembelajaran.
Murid yang lambat menerima pembelajaran tidak diabaikan. Pelbagai kaedah dan strategi
boleh dirancang dan dilaksanakan dalam mengatasi masalah murid – murid sedemikian.
Penggunaan bahasa standard iaitu bahasa rasmi kebangsaan iaitu bahasa Melayu
hendaklah digunakan tanpa pengaruh bahasa dialek. Ini akan member peluang sama rata
kepasa semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.
Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh member peluang kepada
semua murid tanpa mengira etnik dan jantina. Isu yang mempunyai unsur bias kepada mana
– mana jantina mesti dielakkan untuk member peluang sama rata pada setiap murid
meneroka aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi
tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif di kalangan murid supaya
mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.
Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali. Setiap
kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. Aktiviti pembelajaran
yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua murid tanpa mengira kaum,
adat budaya dan pegangan agama mereka.
Catatan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran
hendaklah dicatatkan sebagai refleksi atau impak di akhir sesi pembelajaran. Ini akan
memudahkan guru untuk merancang strategi dan kaedah yang sesuai untuk mengatasi
kelemahan.
Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang
yang mana fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati
hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan
lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistic dan bijak dalam
pengurusan masa.
Guru merupakan ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Anjakan paradigma
haruslah dilakukan oleh setiap guru dan tidak berada di zon selesa sentiasa. Guru haruslah
pro-aktif dalam mengatasi kelebihan dan kelemahan muridnya. Penyampaian pengajaran
guru haruslah kreatif dan efektif, menarik dan menyeronokkan.
Secara ringkasnya dapat disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru bukan sahaja meliputi
aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malahan meliputi skop yang lebih luas
seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir, pengurusan bilik darjah, motivasi dan
dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja.
Implikasi kepada murid
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap
kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah mahupun di luar
bilik darjah. Sebagai seorang pelanggan, kita haruslah melayan mereka dengan adil dan
saksama. Ini termaktub di dalam perlembagaan persekutuan;
Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.
(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-
mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir—
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak
berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau
pembayaran fi; atau
(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam
bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana
institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak
dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).
Petikan perlembagaan Malaysia
Berlandaskan Perlembagaan Malaysia, seharusnya guru mengurus tingkahlaku murid
berdasarkan matlamat untuk menghapus atau merapatkan jurang kepelbagaian sosio-
budaya di kalangan murid agar prinsip keadilan kesaksamaan dapat dipraktikkan.
Antara perkara yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus tingkahlaku murid ialah
menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka
patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam
melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan
perlu membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain.
Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikan dan aktiviti yang
dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke
dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah
dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara
langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya
membentuk masyarakat yang toleran kea rah memacu pembangunan Negara.
Dalam berkomunikasi, penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu harus diamalkan
oleh murid. Unsur – unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, penggunaan laras
bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kea
rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa
bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan
sosial yang sepatutnya.
Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina.
Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang
berlainan jantina.
Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan peranan dan tanggungjawab
tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan kelas mereka. Ahli Jawatan
Kuasa keceriaan kelas perlu diwujudkan disamping jawatan ketua kelas dan penolong ketua
kelas. Dengan ini setiap murid dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam
kelas mereka.
Guru sebagai ‘role model’ kepada murid – murid. Murid biasanya akan terpengaruh kepada
tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu guru mesti
membentuk program – program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan
dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negative.
Budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping meningkatkan
kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh menarik minat murid.
Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran akan membantu mengurangkan ketidakseimbangan di dalam penyampaian
pelajaran kepada setiap murid. Seharusnya seseorang guru mengenali dan memahami
sosio-budaya setiap muridnya agar sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
mudah dan mesra murid.
Cadangan kaedah P&P dalam menangani kepelbagaan sosio-budaya murid
Kepelbagaian sosio-budaya murid member kesan secara langsung terhadap kaedah yang
harus digunapakai oleh guru dalam sesi P&P agar setiap murid mendapat peluang sama
rata dalam penerimaan pembelajaran.
Acapkali dibaca dan didengar permasalahan masalah disiplin seperti ponteng sekolah,
vandalisma dan sebagainya yang dilakukan oleh murid. Walaupun berat untuk diakui,
namun kita harus menerima hakikat, salah satu faktor penyebab permasalahan ini adalah
datangnya dari guru yang tidak komited terhadap kerjayanya. Seringkali guru menggunakan
kaedah yang tidak selari dengan kehendak dan penerimaan murid yang mengakibatkan
murid bosan untuk mengikuti P&P.
Mengambil contoh permasalahan yang berlaku kepada etnik Orang Asli, masalah keciciran
pendidikan di kalangan etnik ini amat tinggi. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO)
melaporkan 34.31% dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.
Dalam kes tertentu mungkin terdapat segelintir kanak – kanak Orang Asli yang tidak dapat
ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak – kanak berkeperluan khas.
Persoalannya, kenapakah anak Orang Asli masih keberatan atau langsung tidak mahu ke
sekolah?
Mereka tidak mahu ke sekolah ketika tiba musim buah – buahan. Malah masih ada yang
terjajah pemikirannya. Menurut sumber Kementerian Pelajaran, kajian mendapati, ada
kalangan ibu bapa Orang Asli yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan
mengubah masa depan kaum mereka.
Apabila membicarakan tentang budaya pelajar Orang Asli, kita tidak dapat lari daripada isu
pembangunan dan budaya pemikiran komuniti Orang Asli yang masih dibelenggu struktur
persekitaran dan sosial masyarakat mereka sendiri.
Kemelut budaya, sensitif dan malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalah –
masalah pembelajaran menyebabkan pelajar Orang Asli terus memendam perasaan tanpa
berusaha mengatasi masalah yang dihadapi.
Seandainya guru tidak meratakan jurang kepimpinan dimana guru melakukan proses
pengajaran dan pembelajaran sekata antara pelajar, golongan Orang Asli ini akan
ketinggalan jika mereka tidak memahami sesuatu kerana budaya yang diwarisi
mempengaruhi mereka untuk terus berdiam diri dan memendam rasa tanpa reaksi bahkan
mereka akan tersinggung dengan kata – kata guru khususnya di sekolah, mereka akan
menyampaikan perilaku guru tersebut kepada ibu bapa. Ibu bapa pelajar Orang Asli mudah
percaya dengan aduan anak mereka dan ini menyumbang kepada faktor ponteng sekolah
seterusnya akan mematikan minat untuk belajar.
Selain daripada itu, budaya mencintai kesenian telah tertanam dalam kehidupan Orang Asli.
Mereka suka bermain alat muzik seperti gitar dan dram serta suka menyanyi. Sebagai
seorang guru, perkara ini boleh dijadikan kelebihan dalam merancang kaedah P&P yang
sesuai untuk menarik minat anak – anak Orang Asli ini mengikuti pelajaran.
Pelajar Orang Asli lebih suka bersantai dan tidak suka dikongkong. Masa lapang mereka
dipenuhi dengan aktiviti permainan. Memanjat pokok, menjerat haiwan, dan mandi sungai
merupakan aktiviti yang sering dilakukan oleh mereka.
Berdasarkan perkara – perkara di atas, dua kaedah yang dirasakan sesuai dipilih untuk
dilaksanakan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian sosial dan mempunyai anak
Orang Asli di dalam kelas tersebut.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH
TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH
1. PENDAHULUAN
Kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia
yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang
menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan
kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik mempunyai sosio-budaya berbeza
yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3, 1996, muka surat 180 menyatakan budaya dapat
ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal
budi ( cara berfikir dan berkelakuan ).
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilihat dari ras, etnik
dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang lebih luas.
Mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan
Kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan
yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat,
Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk akan memberi kesan secara
langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana
ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khasnya.
Gabungan yang mantap antara guru, murid dan sekolah memainkan peranan penting untuk
jayakan falsafah pendidikan negara.
2.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN
SOSIO BUDAYA
GURU MURID SEKOLAH
2.1 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK DARJAH
TERHADAP GURU
Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya menjadi satu
cabaran besar kepada guru dalam menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik. Di dalam
ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang
murid-murid sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap
pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza-
beza.
Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh
dedikasi dan bersikap rofessional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak
mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja..Murid dari kaum dan jantina
berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk
berinteraksi terbuka luas.
Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas rofes murid. Murid hendaklah
dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan
hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan. Guru Hukuman berbentuk deraan tidak
seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan antara guru dan murid
menjadi renggang dan hilang minat untuk meneruskan pembelajaran. Guru
bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar
belakang dari harus bijak dalam mengendalikan kelas rofes murid dimana akan wujud
pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat.
Dengan cara ini suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.
Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap
pencapaian mereka . Guru perlu membantu murid membina konsep positif kendiri, memberi
tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid
yang lemah melalui penganjuran kem motivasi dan sebagainya.
Guru mesti membiasakan diri rofes awal kekelas dan mempunyai amalan sentiasa menepati
masa. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut
tahap pencapaian murid. Masa pengajaran hendaklah dimaksimumkan dengan aktiviti yang
meransang minda.Kata-kata motivasi dan penuh senyuman, jenaka dan pujian supaya
suasana sentiasa ceria di samping teguran berupa nasihat dan bukan leteran.
Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Pelbagai sosio-budaya.
Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang
tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik
dan meniupkan api perkauman dikalangan murid.
Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-
murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitive dan
berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu
merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama
yang dianuti murid.
Aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan
memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku akibat
daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa yang
standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian
dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.
Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan
pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian serta mengemukakan
pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya
pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan
mempunyai penambahbaikan. Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya
kreativiti serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan
supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan pelbagai pemantauan yang terpaksa
dijalankan.
Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang
cemerlang. Antara perkara yang menjadi focus ialah mengetahui dan memahami bidang
kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka pendek dan jangka
panjang. Kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapainya, boleh dicapai,
realistic dan bijak dalam pengurusan masa.
Demi memastikan objektif tercapai, perancangan guru yang rapi meletakkan keutamaan
terhadap tugasan. Ini bermaksud, keutamaan diberi kepada keupayaan, kemahiran
melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi. Selain
itu, guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan mentadbir. Kemahiran
mengaplikasi peralatan yang terkini seperti computer, kecekapan menjalankan tugasan yang
diamanahkan disamping memiliki wawasan yang jelas.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIAL-BUDAYA DALAM
BILIK DARJAH TERHADAP GURU
Jalankan tugas penuh dedikasi & rofessional
Bantu murid memilih kerjaya
Sentiasa menepati masa.
Menghormati murid & bersifat adil
Tidak menyentuh kepercayaan murid
Kurangkan penggunaan bahasa dealek
Catat kemajuan & kelemahan murid
Mempunyai kemahiran mengurus dan
mentadbir
Guru mempunyai wawasan.
2.2 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK
TERHADAP MURID
Panduan mengurus peraturan yang wajib
tingkah laku dipatuhi
Tidak pertikai kepercayaan Galakkan penggunaan
dan amalan agama lain. . bahasa standard
Galakkan berinteraksi Perlu diberi
motivasi
dengan rakan.
perlukan bimbingan dan
dorongan dari guru
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah, Mereka
akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik
darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang melampaui
tingkah laku manusia. Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid
dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum
dalam pengurusan bilik darjah dan adalah penting kepada guru untuk memahami
tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah
yang betul dan tepat.
Panduan mengurus tingkah laku dengan menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui
tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran.
Murid harus bersosial dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran.. Murid harus berinteraksi
tanpa mengira kelas social dan perlu membuang sikap prejudis terhadap bangsa lain.
Setiap murid mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus
dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan berupaya menyemai semangat saling percaya dan
mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan
agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat
dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat
dan seterusnya berupaya membentukmasyarakat yang toleran memacu pembangunan
negara Murid digalakkan menggunakan bahasa standard semasa berkomunikasi sesama
rakan. Dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, murid mesti diingatkan untuk sentiasa
berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Penggunaan laras bahasa yang
tepat mesti diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kea rah peningkatan
bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasamurid sentiasa bertambah.
Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang
sepatutnya.
Murid digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina.
Mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi tersebut. Dalam
pengurusan bilik darjah, setiap murid harus diberikan peranan dan tanggungjawab
tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cinta akan kelas mereka. Ahli
jawatankuasa keceriaan kelas perlu diujudkan disamping jawatan ketua dan penolong ketua
kelas. Dengan ini setiap murud dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam
kelas mereka.
Murid perlu diberi motivasi secara berhemah dan berhikmah. Guru perlu menggunakan
komunikasi berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman selain kerap memberi
penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya.
Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi
disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat. Murid
perlu membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni,
hubungan yang mesra sesama rakan dan guru.
Murid perlu mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya, tahap disiplin yang
terkawal melalui tindakan yang berkhemah, yang dibaluti perasaan kasih sayang dapat
memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri kea rah pembentukan
modal insan yang berkualiti. Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. Guru dapat
kurangkan masalah disiplin melalui pendekatan bilik darjah yang berkesan. Murid-murid
yang menimbulkan punca permasalah harus dikenal pasti, supaya murid lain tidak menjadi ‘
pak turut ‘.
Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada
masanya. Guru dicadangkan agar menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran berlandaskan tahap pencapaian murid yang dimulakan dengan set indaksi
yang menarik dan diikuti aktiviti-aktiviti pembelajaran yang boleh menghilangkan rasa bosan
murid.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIAL-BUDAYA
DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP
SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH
Sekolah Kebangsaan Sekolah Berasrama penuh
Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Jenis
Kebangsan CinaVokasional
Sekolah Menengah Kebangsaan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Agama
2.3 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK
TERHADAP MURID
Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri
daripada pelbagai bangsa seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Cina dan Tamil.
Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosiobudaya
melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP)
adalah salah satu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduandalam
kalangan murid tanpa mengira kaum.
Pada masa kini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara.
Pada peringkat sekolah rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat menengah pula
terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah
Teknik dan Sekolah Menengah Agama. Diperingkat sekolah rendah, terdapat tiga jenis
sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan yang bahasa pengantar utamanya ialah Bahasa
Kebangsaan, SJKC yang bahasa pengantarnya Bahasa Cina manakala SJKT
menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Tamil.
Diperingkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama penuh (SBP) yang
memberi peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar mendapat
pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum
dan sahsiah. Setiap SBP mempunyai bidang keistemewaan masing-masing seperti
permainan ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Pancaragam di Sekolah Menengah Tun
Fatimah dan pidato di Kolej Islam Kelang.
Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam
bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir
dan separuh mahir yang mencukupi. Sekolah Teknik menawarkan bidang bidang vokasional
seperti ekonomi rumah tangga, pertanian, ketukangan elektrik, mekanikal dan awam
manakala bidang teknik termasuklah kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam. SMT yang
cemerlang termasuklah SMT Dato Undang Hj Md Sharip ( ekonomi rumah tangga), SMT
Chenor (pertanian), SMT Sri Manjung (ketukangan elektrik), SMT Muazam Shah
(ketukangan awam), SMT Shah Alam (ketukangan makanikal) dan SMT
Cheras (kejuruteraan).
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawar dan menyediakan program
Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti,
sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai
bidang ilmu di dalam dan di luar negara. Diantara yang membanggakan ialah SMKA
Maahad Haamidiah Kajang, Selangor. Ini adalah kometmen Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk menerapkan nilai kerohanian dan kepercayaan agama kepada murid-murid.
Sekolah Premier ialah sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh dan
memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya. Sekolah ini
mempunyai senibina yang bersejarah yang akan memperkayakan khazanah warisan
negara. Sekolah ini menjadi lambing kebanggaan negara kerana kecemerlangannya.
Sekolah ini melahirkan tokoh-tokoh negara dan korporat seperti Victoria Institiut (Kuala
Lumpur), Sekolah Zainab (Kelantan), Maktab Sultan Ismail (Kelantan) dan Sekolah
MenengahSt. John (Kuala Lumpur)
Sekolah Bestari merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya Multimedia
terutama di Putrajaya dan Cyberjaya. Sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik,
infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategic berhampiran dengan
Kompleks Kerajaan Persekutuan.
Sekolah Model Khas pula menggabungkan murid sekolah rendah pada peringkat tahap dua
dan murid sekolah menengah di bawah satu bumbung. Ia merupakan konsep baru dan
menyediakan kemudahan fizikal yang kundusif bagi murid-murid yang berpotensi di
kawasan luar Bandar seperti Sekolah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis, Pahang dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Jenun di Negeri Kedah.
Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah
penglihatan, pendengaran, autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan
disleksia. Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan yang berdikari dan dapat
menyumbang kepada pembangunan negara. Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Indrapura contohnya menyediakan kemudahan pelajaran bagi ketiga-tiga kategori
pendidikan khas. Sekolah Menengah Teknik memberi peluang pendidikan kepada murid
bermasalah pendengaran dengan menawarkan kursusu-kursus anjuran Majlis Latihan
Vokasional Kebangsaan (MLVK).
Sekolah Wawasan pula ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di
sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain,
kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila anak orang Melayu,
Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak dari peringkat awal persekolahan lagi
sedah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Penekanan
semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah
akan lebih memudahkan kerana mereka ini masih kanak-kanak yang boleh dibentuk.
3.0 PENUTUP
Kesimpulannya, para pendidik hendaklah mempelajari kepelbagaian
budaya dalam masyarakat di negara kita. Guru telah disarankan bagaimana untuk
membentuk interaksi sosial yang baik dalam kalangan murid. Disamping itu guru berperanan
memperkembangkan bakat murid tanpa sikap prejudis terhadap mana-mana kaum. Ini
membolehkan murid dapat dibentuk akan mencintai ilmu melalui budaya belajar kea rah
pencapaian prestasi budaya cemerlang.
Guru juga diingatkan bahawa kejayaan bukan sekadar dilihat kepada pencapaian akademik
semata-mata, sebaliknya guru harus mengambil kira aspek kurikulum yang tersirat. Nilai-
nilai murni harus diterapkan kepada murid-murid supaya mereka mereka dapat berkembang
secara seimbang dari segi intelek dan rohani.
Oleh itu, profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh
diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti,
ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidikan layak dan patut
menjadi guru .
Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian
Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran
supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid. Penekanan diberikan kepada
pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan
menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid.
Konsep kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan
dan diturunkan dari generasi ke generasi.Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme, sekolah
dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak
masyarakat mereka dan guru bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa prejudis.
Konsep modal budaya merujuk kepada inidividu yang mewarisi dan memperolehi
keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya.
Pierre Bourdieu (1930) dalam kajiannya menyatakan pencapaian persekolahan seseorang
individu adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya dan tahap
pendidikan ibu bapa mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak mereka daripada
kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat.
Pembelajaran secara direktif bermaksud, murid-murid belajar melalui penerangan tentang
konsep / kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan yang dibuat
dengan bimbingan guru.Contoh strategi-strategi pengajaran yang boleh digunakan oleh guru
ialah kuliah dan latih-tubi. Bagi elemen pembelajaran secara mediatif pula, murid-murid
diajar oleh guru untuk mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai kebenaran andaian, keputusan
dan hipotesis. Contoh-contoh aktiviti pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam
pendekatan mediatif ialah seperti penakulan dialektual, pemerolehan konsep, pembentukan
konsep, latihan inkuiri dan perbincangan terbuka.
Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid menjanakan idea-idea kritis dan
kreatif. Strategi ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif
dengan menggunakan idea-idea yang asli dan unik. Contoh-contoh aktiviti sumbangsaran
yang boleh digunakan oleh guru ialah seperti pemetaan minda, pemikiran lateral dan kreatif.
Dalam pendekatan pemerhatian, murid-murid diajar mengikuti perbuatan guru atau
memodelkan perlakuan sesuatu kemahiran. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang boleh digunakan oleh guru dalam kaedah pemerhatian ialah tunjuk cara. Untuk strategi
yang seterusnya, guru boleh menggunakan kaedah kontekstual yang mengaitkan bahan
pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenarnya. Kaedah ini
memotivasikan murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu pengetahuan dengan
pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan rakyat.
Pembelajaran kontekstual penting kerana ia mengaitkan pembelajaran kepada realiti
kehidupan. Jenis pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual
ialah pembelajaran ’eksperential’, pengalaman hidup sebenar, pembelajaran aktiviti dan
pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran ini mementingkan penyelesaian masalah.
Ia memberikan pengakuan bahawa situasi pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku juga
di dalam rumah dan masyarakat. Ia mengajar murid untuk memantau dan mengarah
pembelajaran sendiri supaya mereka lebih berdikari.
Prinsip-prinsip penting dalam pembelajaran kontekstual ialah seperti guru menggalakkan
murid untuk belajar daripada satu sama lain, guru menggunakan penilaian sebenar,
pembelajaran kontekstual bergantung kepada ingatan spatial guru dapat menyepadukan
mata pelajaran-mata pelajaran yang berlainan dan penilaian autentik melalui pengalaman
praktikal.
Dalam strategi metakognitif, murid-murid memikirkan tentang proses pembelajaran,
rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-contoh soalan yang
boleh diberikan oleh guru kepada murid-muridnya dalam strategi metakognitif ialah Apakah
yang saya telah belajar? Bagaimana saya boleh mempertingkatkan prestasi saya? Apakah
bantuan yang saya perlu? Murid-murid dapat mempraktikkan strategi metakognitif semasa
mereka menjalani latihan praktikum atau membuat journal refleksi. Pemikiran metakognitif
ialah pemikiran aras tinggi yang boleh dipraktikkan oleh murid-murid
Kaedah konteks luar ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh
guru di luar bilik darjah atau di makmal sains. Dalam kaedah ini, peranan guru sebagai
seorang fasilitator di mana dia akan cuba menyelesaikan semua masalah yang dihadapi
oleh murid. Guru akan memberikan satu aktiviti penyelesaian masalah dan murid mesti
berada di luar bilik darjah untuk menyelesaikan masalah ini. Selepas menyelesaikan aktiviti
yang diberikan oleh guru, murid akan menyediakan laporan secara individu atau mengikut
kumpulan.
Dalam kaedah kajian masa depan, guru membolehkan murid-murid mengambil bahagian
dalam penciptaan masa depan. Dalam konteks persekolahan, kajian masa depan adalah
amat penting untuk golongan remaja dan murid. Kaedah ini dapat membantu murid untuk
melihat manusia berfikiran jauh dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin
dihadapi pada masa akan datang. Dua prinsip dalam kajian masa depan ialah masa depan
sahajalah merupakan ruang di mana kita mempunyai kuasa atau pilihan untuk bertindak
atau melakukan sesuatu, terdapat bukan hanya satu masa depan tetapi beberapa dan
pelbagai masa depan. Oleh itu, pemilihan soalan kajian masa depan perlu dilakukan dengan
beretika dan bertanggungjawab oleh guru. Contoh-contoh soalan yang boleh dikemukakan
oleh guru dalam kaedah ini ialah seperti bagaimana keadaan lalu lintas pada satu hari nanti
di Malaysia? Apakah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan?
Apakah kesan-kesan daripada penebangan hutan? Guru boleh menanya soalan sama ada
murid pernah melihat hutan? Apakah yang akan berlaku pada haiwan-haiwan bila hutan
ditebang dan apakah akibat-akibatnya apabila tiada lagitumbuh an hijau di dunia?
Pendekatan koperatif berasaskan konsep di mana murid-murid belajar secara kumpulan dan
berbincang secara koperatif. Dalam kaedah ini, murid-murid dapat berinteraksi dan saling
membantu dalam aktiviti pembelajaran. Langkah-langkah dalam pembelajaran koperatif
ialah seperti guru sampaikan pelajaran baru, murid-murid membentuk kumpulan untuk
membincangkan secara koperatif, ujian dijalankan untuk mengesan kemajuan dan
pencapaian murid dalam setiap kumpulan. Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan
yang berprestasi cemerlang. Murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara
koperatif. Ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah seperti, murid-murid melibatkan diri secara
aktif, murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab sesama ahli kumpulan,
kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk dan murid-murid sedar tentang kebaikan
pembelajaran ini. Prosedur pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif ialah
seperti guru mengajar satu unit kaedah pembelajaran, murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mencapai objektif pembelajaran, guru
membimbing dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang sesuai, murid mengikuti
bimbingan guru, murid-murid berusaha bersama-sama dalam kumpulan mencapai objektif
pembelajaran yang ditetapkan.
Mengikut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak
atau lebih. Pendekatan kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama
ke arah mencapai prestasi yang cemerlang sama ada bidang akademik & ko-kurikulum.
Melalui pembelajaran ini, keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan nilai sosial &
kerjasama dapat dipupuk dengan baik serta masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap
yang minima. Pembelajaran koperatif & kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di
mana kedua-dua kaedah ini menekankan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.