kerja kursus baru
description
Transcript of kerja kursus baru
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya kerana saya telah berjaya melaksanakan
kerja kursus bagi kursus Guru dan Cabaran Semasa EDU3093 ini dengan jayanya.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada ………………………………… selaku pensyarah
bagi kursus ini kerana telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh kursus ini. Tidak dapat
saya lupakan segaja tunjuk ajar beliau kerana ilmu yang telah diberikan dan yang telah diterapkan
kerana ianya amatlah berguna untuk saya aplikasikan semasa bertugas disekolah pada masa hadapan.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam
menyelesaikan masalah serta memberi kerjasama dalam memastikan bahawa kita semua akan berjaya
bersama-sama.
Sesungguhnya segala ilmu dan jasa yang telah diberikan amatlah berharga dan tidak dapat
ditukar dengan wang ringgit dan akan dikenang sehingga akhir nyawa.
Sekian, terima kasih.
PENDAHULUAN
Profesion guru mencapai cabaran yang besar dalam membangunkan generasi bangsa
Malaysia yang maju menjelang tahun 2020. Cabaran ini disebabkan peranan guru yang lebih pelbagai
sehingga memerlukan mereka meningkatkan daya kreativiti, minda yang terbuka dan positif, dan peka
terhadap permintaan pelajaran yang lebih canggih berbanding dahulu dalam setiap mata pelajaran.
Mereka juga perlu lebih berdisiplin dan menjadikan profesion perguruan bukan sahaja tempat makan
gaji, tetapi lebih bersifat luhur budi, serta menjadikan profesion ini sebagai tempat berbakti kepada
anak bangsa. Seterusnya, mereka mesti mempunyai kekuatan mental dalam suasana yang lebih global
disamping bersedia dengan pihak ibubapa yang semakin hari semakin agresif dan pelajar pula yang
semakin kurang adab sopan serta tidak berterima kasih. Selain itu guru juga perlu bersabar dan
berhemah kerana untuk mencerminkan bahawa mereka seorang yang muliadan berdedikasi tinggi.
Guru juga perlu mmenunjukkan kepimpinan melalui teladan bukan memberi pelajaran kepada
pelajar, tetapi juga merupakan pendidik dan profesion yang diiktiraf diperingkat antara bangsa.
Justeru itu, kami telah ditugaskan untuk menjalankan satu sesi temubual bersama dengan guu
rakan sejawat bagi mendapatkan tips dan sedikit sebanyak maklumat mengenai cabaran-cabaran
semasa dalam dunia pendidikan yang semakin hari semakin mencabar ini. Perkongsian ini secara
tidak lansung dapat memberikan satu input-input baru kepada saya berkenaan hal hal semasa dalam
dunia pendidikan dan secara tidak lansung menimba sedikit sebanyak pengalaman dari guru-guru
senior yang banyak pengalaman dalam bidang ini.
BAHAGIAN A
2.0 Inovasi teknologi maklumat dalam membantu purid bermasalah pembelajaran
Seseorang yang bermasalah pembelajaran bukan bererti dia tidak mampu belajar. Adalah satu
tanggapan yang silap apabila kita katakan kanak-kanak ini tidak boleh belajar dan tidak akan dapat
belajar. Mereka boleh belajar dan bijak seperti orang lain. Cuma cara belajar mereka mungkin
berbeza. Mereka mempunyai cara belajar yang berbeza dan tersendiri. Setiap kanak-kanak belajar
dengan cara yang berbeza. Begitu juga dengan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran.
Walaupun dikumpulkan semua kanak-kanak bermasalah pembelajaran , mereka masih tidak sama
antara satu sama lain. Di antara jenis-jenis masalah pembelajaran ialah diskalkulia dan disleksia.
Perkataan diskalkulia bermakna kesulitan pengiraan dalam kemahiran-kemahiran yang tertentu dalam
matematik. Ada di antara kanak-kanak diskalkulia yang mahir berbahasa, menulis dan membaca
tetapi akan lemah apabila melibatkan nombor. Namun, ini tidak bermakna mereka tidak dapat
menguasai kemahiran-kemahiran matematik ini cuma mereka memerlukan jumlah masa yang
mencukupi dalam melaksanakan operasi-operasi dalam matematik serta kaedah-kaedah yang
bersesuaian dengan kebolehan mereka. Kanak-kanak disleksia pula menghadapi masalah dalam
mengenali huruf dan membaca perkataan. Tidak akan ada pada mereka yang mengalami disleksia
persamaan di antara satu sama lain. Terdapat perbezaan tahap disleksia dari yang ringan, sederhana
dan yang serius. Ada di antara kanak-kanak disleksia melihat huruf-huruf secara terbalik dan huruf-
huruf itu seakan-akan bergerak dan berselerak apabila dibaca. Kanak-kanak disleksia kurang
menghadapi masalah dalam nombor tetapi akan menghadapi masalah apabila wujudnya perkataan-
perkataan dalam ayat matematik.
Pembentukan keyakinan diri asas pendidikan disleksia dan diskalulia
Bagi kanak-kanak disleksia mahupun diskalkulia, mereka memerlukan perhatian dan pendekatan yang
berbeza dalam proses pembelajaran. Kebanyakan kanak-kanak ini merasakan diri mereka lemah dan
malas dalam pembelajaran apabila mereka tidak boleh menguasai proses pembelajaran tersebut.
Apabila mereka menghadapi kesulitan yang berpanjangan baik dalam menulis, membaca maupun
dalam pengiraan, ini akan mengakibatkan permasalahan yang lebih serius lagi. Mereka akan
merasakan bahawa kebanyakan murid yang lain dapat melakukan aktiviti tanpa sebarang masalah
sedangkan mereka susah untuk memahaminya. Maka timbul persoalan bahawa adakah mereka ini
lembam atau bodoh. Inilah kesimpulan yang sering dilakukan oleh setiap orang yang berhadapan
dengan situasi yang sama.
Membina ’self-esteem’ dan keyakinan diri.
Sebaik manapun teknik pembelajaran seperti penggunaan ’phoneme’, buku-buku yang menarik dan
permainan yang melibatkan perkataan, perkara yang paling asas yang perlu diterapkan kepada kanak-
kanak ini ialah pembinaan keyakinan diri yang tinggi. Permasalahannya, disleksia dan diskalkulia
tidak kelihatan secara fizikal. Jika seorang kanak-kanak yang tangannya patah, pertimbangan dan
simpati akan diberikan. ’Sudah tentu dia tidak boleh menulis, tangannya patah. Tidak ada kaitan
dengan kecerdasannya.’ Tetapi tidak ada sesiapa yang akan berkata, ’Sudah tentu dia tidak boleh
menulis, dia telah mengalami brain circuit yang berbeza, tidak ada kaitan dengan kecerdasannya.’
Tanggapan kanak-kanak ini bahawa dirinya tidak pandai dan lembab adalah tidak tepat, ini perlu
diperbetulkan terlebih dahulu jika kita ingin membina keyakinan diri dan meningkatkan semula self-
esteem pada diri mereka agar lebih bersedia dan positif menerima pembelajaran yang seterusnya. Ini
bukan sekadar memberitahu mereka bahawa mereka adalah bijak sepertimana kawan-kawan yang lain
kerana usaha ini tidak akan memberi kesan. Mereka memerlukan bukti dan membina gambaran
tentang diri sendiri. Hanya dengan cara ini, mereka akan melihat bahawa masalah pembelajaran
mereka dapat di atasi dalam situasi yang sebenar, sama seperti kanak-kanak lain yang tidak
mengalami masalah pembelajaran. Mereka juga ada kelemahan dan kekuatan yang tersendiri dalam
bidang-bidang yang tertentu.
Kebanyakkan kanak-kanak disleksia mempunyai kekuatan dalam bidang ’fizikal co-coordination’,
kreatif dan perasaan impati terhadap orang lain dan mereka akan dapati bahawa terdapat juga kanak-
kanak biasa yang lemah dalam bidang yang sama. Salah satu cara yang mudah dan boleh dijalankan
adalah dengan menyenaraikan kekuatan dan kelemahan kanak-kanak yang terlibat. Masa yang
diperlukan adalah lebih kurang lima atau sepuluh minit untuk berbincang tentang apa yang
disenaraikan. Aktiviti ini amat berkesan dan boleh dilakukan oleh guru ataupun ibu bapa. Sebagai
contoh;
Kekuatan saya Kelemahan saya
berenang membantu ibu
melukis menyapu sampah
mengemas meja menemani datuk
menjaga adik
membantu kawan
membaca
menulis
Apabila kanak-kanak ini menulis sendiri kekuatan dan kelemahan dirinya mengikut fahaman mereka,
dia akan menyedari bahawa terdapat banyak kekuatan lain yang mampu dilakukan dan ini
membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kekuatan di bidang-bidang yang berbeza. Namun,
kekuatan dan kelemahan ini perlu dibincangkan, kita tidak menghargai seseorang hanya kerana
mereka pandai membaca atau pandai mengira, tetapi kita menghargai seseorang apabila mereka
mempunyai kriteria-kriteria yang lain seperti suka membantu, rajin atau menghormati orang tua.
Perbincangan ini boleh diteruskan sehingga kanak-kanak ini dapat melihat bahawa diri mereka juga
seorang yang berjaya walaupun mengalami berbezaan dari segi pembelajaran berbanding dengan
kanak-kanak lain.
Melihat diri mereka dalam satu cahaya yang baru akan menjadi satu titik permulaan bagi kanak-kanak
disleksia dan diskalkulia memupuk keyakinan diri dan ’self-esteem’ yang akan merangsang mereka
untuk lebih bersedia menerima pembelajaran dalam membina kemahiran membaca atau menulis.
Usaha ini memerlukan masa dan sokongan yang lain contohnya dari segi puji-pujian yang harus
diberikan bagi kejayaan dalam bidang bukan akademik, memberi penghargaan kepada mereka yang
berusaha dan sentiasa menfokuskan usaha-usaha yang telah dilakukan dan bukan hasilnya. Tidak
semua kanak-kanak akan menghasilkan keputusan yang baik tetapi semua kanak-kanak boleh
berbangga dengan ketekunan dan usaha gigih mereka serta menumpukan sepenuh perhatian terhadap
kerja yang diberikan. Dengan mengutamakan etika kerja, kita mengajar kanak-kanak bahawa
mencuba adalah lebih penting dari mendapat markah penuh dalam setiap peperiksaan.
(B.W.,Tennessee).
Mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia dan diskalkulia
Kemajuan di dalam bidang komunikasi dan teknologi perkomputeran sebenarnya memberikan banyak
kelebihan dan peluang kepada kanak-kanak disleksia dan diskalkulia, atau mana-mana kanak-kanak
yang bermasalah pembelajaran untuk belajar seperti kanak-kanak normal lain. ICT mempunyai
keupayaan untuk menambah faktor motivasi, menerap rasa ingin bersaing terhadap diri sendiri serta
membina keyakinan diri (Thomas , 1992) dan Florian (2004) telah menyenaraikan enam kelebihan
menggunakan ICT dalam persekitaran pembelajaran antaranya sebagai alat bantu mengajar, alat
menilai pelajar, alat pengurusan pembelajaran, alat untuk berkomunikasi, alat bagi memperbaiki
kaedah eksplorasi dalam pembelajaran dan alat pemudahcara. Kelebihan penggunaan ICT di dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran turut disokong oleh Barnes dan Walter (2004) namun
keseronokan yang dialami semasa penggunaan komputer dan peralatan ICT yang lain boleh
mengambil alih nilai dan fungsi komponen ICT berkenaan sebagai alat bantu mengajar.
Mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia dan diskalkulia
tidak hanya termaktub kepada penggunaan komputer dan perisian khas sahaja bahkan pelbagai
komponen ICT lain turut diguna sama. Komponen ICT yang lain termasuklah pembesar suara, mesin
pencetak, projektor LCD, skrin putih, papan kekunci, ‘joystick’, capaian internet, alat pengimbas dan
papan putih interaktif. Kebanyakan sekolah di Malaysia, malahan hampir semua telah menerima
bekalan peralatan ICT hasil daripada pelaksanaan program PPSMI yang telah mula dilaksanakan
secara rasmi pada tahun 2003. Namun begitu penggunaan alatan ICT ini hanya berpusatkan PPSMI,
lalu keperluan ICT bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran seperti disleksia dan diskalkulia
terabai. Ini ditambah pula dengan ketidakupayaan guru atau personalia pendidikan yang lain
mengenalpasti kanak-kanak bermasalah pembelajaran di dalam sesebuah kelas. Mekanisme biasa
yang dibuat oleh pihak sekolah adalah menubuhkan kelas pemulihan, iaitu sebuah kelas berasingan
dari kelas biasa dan diajar oleh guru-guru sama ada yang mempunyai opsyen pendidikan khas atau
guru biasa yang tiada asas mengajar murid pemulihan. Definisi program pemulihan khas yang
ditakrifkan dalam Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas Edisi Percubaan (2008) oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum adalah “Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang
mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor
persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”
Namun begitu, perisian-perisian lain yang telah tersedia di dalam sesebuah komputer seperti
Microsoft Office Word, Microsoft Office Excell, Microsoft Office Paint dan Microsoft Office Power
Point juga turut membolehkan kanak-kanak disleksia dan diskalkulia belajar. Sebagai contoh, perisian
yang paling mudah dan meninggalkan impak yang besar terhadap pembelajaran kanak-kanak disleksia
dan diskalkulia adalah perisian Microsoft Office Power Point kerana perisian ini memberikan peluang
kepada guru atau tenaga pengajar membuat animasi ringkas tetapi menarik.
Kaedah kedua adalah menggunakan capaian internet yang secara langsung dapat menghubungkan
guru atau tenaga pengajar mengakses sumber pengajaran dan pembelajaran melalui laman-laman
sesawang di seluruh dunia. Melalui internet, banyak maklumat dan sumber pengajaran dan
pembelajaran yang dapat membantu kanak-kanak disleksia dan diskalkulia belajar. Terdapat laman-
laman sesawang khusus untuk yang dibangunkan oleh individu berpengalaman atau persatuan
disleksia dan diskalkulia untuk membantu menangani masalah pembelajaran. Kesimpulannya, ICT
adalah pembangunan termaju yang dapat membantu menangani masalah pembelajaran seperti
disleksia dan diskalkulia. Berikut merupakan beberapa perisian yang digunakan dalam membantu
masalah disleksia dan diskalkulia dalam pembelajaran :
VOCA
• VOCA boleh diprogram untukmenghasilkan pertuturan.
• Menggunakan PictureExchange CommunicationSystem – (PECS)
• Dapat mengurangkan masalahtingkah laku
• Meningkatkan kemahiran komunikasi
Mouthstick and Slant Board
• Digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah dalam pergerakan tangan sama ada penggunaan
lengan yang terhad ataupun tidak dapat menggerakkan tangan.
• Slant board tersebut boleh diubah kedudukan mengikutkesesuaian ketinggian pelajar dan keselesaan.
Talking Word Processors
• Salah satu sokongan membaca kepada pelajar semasa merekamembaca mahupun menulis kerana
program ini telah dirangka
.• Untuk membantu membunyikan huruf, membaca perkataan, ayat danperenggan.
• Program ini turut dapat membaca perkataan yang sedang ditulis.
Portable Word Processor: AlphaSmart
• Diubahsuai sesuai dengan keperluan pelajar
.• Alat ini adalah senang di bawa kerana mempunyai saiz yang kecil sertaringan.
• Mempunyai sistem penstoran fail.
• Boleh dimuat turun kepada komputer menggunakan wayar dan jugaboleh terus untuk dicetak.
Positron Emission Tomography (PET) dan FuntionalMagnetic Resonance Imaging(fRMI)
.• Berfungsi untuk melihat perbezaan di antara disleksia dan bukan disleksia.
Notetakers
• Pengguna notetaker Braille juga mempunyaipilihan untuk memasukkan maklumat kedalam alat ini,
dan kemudian bolehmemindahkannya ke komputer yang lebihbesar memorinya.
• Ia direka khas kepada individu yangmempunyai masalah penglihatan
• Alat ini juga boleh menyediakan tugas-tugasasas organisasi, seperti kalendar dan merekajuga boleh
digunakan untuk menghantar /menerima mesej e-mel
BAHAGIAN B
DEFINISI STRES
Stres merupakan perkataan pinjaman yang bersal daripada perkataan bahasa Inggeris; “stress” yang
membawa maksud tekanan, titik berat, dan ketegangan. Kamus Oxford pula mendefinisikan stres
sebagai satu tekanan atau desakan, usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental.Ini
bermaksud stres adalah suatu keadaan dimana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu
teruji melampaui keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan menanggungnya
lagi.
Menurut Statt (1981), stres ialah ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk suatu
masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk mengendali suatu situasi. Hans Selye
(1963), telah memberikan maksud yang berbeza mengenai stres dengan membuktikan di dalam
kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan bahawa stres boleh menyebabkan penyakit,
seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada stres yang berlebihan boleh membawa maut.
Daripada kajian beliau juga mendapati stres juga boleh berlaku ke atas manusia.
Cara menangani masalah emosi guru
Kenal pasti reaksi emosional.
Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan
cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua
di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking
pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar
bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang
sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia
inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan
memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.
Komitmen sosial.
Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya.
Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.
Kehidupan fizikal.
Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik
yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang waktu-waktu tekanan memuncak
seperti musim peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.
Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani
stress. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri.
Perbanyakkan melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal
seperti aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi menimbulkan
suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.
Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman rapat dalam masa
yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu.
Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah
menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang serta banyak menghabiskan
masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak,
berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.
Intelek
Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka
kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert,
1993).
Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu pengetahuan terutamanya
dalam mengetehui cara mengatasi stres. Guru seharusnya terus memperbanyakkan maklumat
mengenai pengurusan tekanan dari pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun menonton
rancangan-rancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi maka lebih
mudahlah untuk seseorang guru mengurus tekanannya.
Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting
untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca
yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu
bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada
masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya,
guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah
laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang
ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.
Bagi mengatasi masalah tersebut juga, rakan guru sejawat juga ada mengutarakan mengenai teknik
Goleman, Goleman (1999) telah menyarankan lima faktor atribusi terhadap masalah stress atau
burnout. Faktor- faktor tersebut ialah:
a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)
b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)
c) Motivasi Kendiri (self-motivation)
d) Empati
e) Kemahiran Sosial (social skills)
Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang guru untuk
mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka untuk memilih keutamaan
panduan dalam membuat keputusan. Seseorang guru yang mempunyai kesedaran kendiri juga
mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan mereka mempunyai keyakinan diri
yang utuh. Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi
agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru
yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan
negatif mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi.
Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya menggunakan kehendak diri
dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh
membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri.
Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah atau dalam
keadaan kekecewaan yang tinggi. Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang
mengesan perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru melihat atau
memahami sudut pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur
kemesraan dan keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai
sifat empati boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap
sesuatu perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa seseorang yang
boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi dengan orang lain terutama dalam
proses membantu seseorang. Guru perlu memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami dan
mendekati murid. Murid akan berasa selesa bersama guru dengan adanya kemahiran tersebut.
Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran bersosial (social
skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini membolehkan seseorang mengurus
pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi
sosial dan jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang
mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar runding yang baik
disamping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat
berpasukan dalam bilik darjah.
Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi masalah
dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mendapat galakan
daripada pentadbir.
Berikut juga merupakan lain-lain cara menangani stress atau emosi yang dinyatakan oleh guru :
1. Guru perlu belajar mengatakan tidak dalam kehidupan peribadi atau profesional.
2. Mengelakkan diri daripada individu yang menyebabkan stres.
3. Kongsi masalah atau meluahkan dengan orang yang boleh dipercayai.
4. Melibatkan diri dengan forum atau perbincangan.
5. Banyakkan membaca.
6. Teknik yoga dan pernafasan mendalam untuk meregangkan otot-otot.
7. Mengelakkan diri mencapai tugas yang terlalu banyak dalam kehidupan seharian.
BAHAGIAN C
Guru : perbezaan jurang digital
Kemajuan sosial dan ekonomi kini bersandar kepada kebolehan sesuatu individu atau masyarakat
menggunakan ilmu pengetahuan. Di waktu kini dan di masa hadapan akanterdapat lebih banyak ilmu
dan maklumat akan disalurkan melalui sistem Information & Communication Technology (ICT),
terutamanya Internet.
Jurang digital merujuk kepada perbezaan besar di dalam masyarakat, antara mereka yang mendapat
capaian secukupnya kepada kemudahan ICT, dan yang tidak mendapatnya. Mereka yang tidak
mendapat capaian sewajarnya difikirkan akan ketinggalan dalam usahapembangunan amnya.Jurang
ilmu pengetahuan pula merujuk kepada keadaan di mana maklumat yang dicapaimelalui kemudahan
infrastruktur ICT ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya disebabkankurang kemahiran untuk
menggunakannya dalam menjalani kehidupan seharian.Jurang Digital akan memberi peluang kepada
sebahagian sahaja daripada kita untukmendapat faedah, manakala yang sebahagian lagi tidak dapat
merasai manfaat dari kecanggihan teknologi ini.
Masyarakat desa adalah antara golongan yang mungkin terpinggir dan tercicir dalam arus
pembangunan sekiranya langkah-langkah positif tidak diambil untukmerapatkan Jurang digital
tersebut. Teknologi semata-mata tidak akan membawa manfaat kepada rakyat jelata dalam hal ini. Isi
kandungan serta aplikasi ilmu pengetahuan memainkan peranan penting bagi mendedahkan manfaat
ICT kepada kehidupan penduduk desa dan seterusnya boleh digunakan dalam kehidupan seharian
mereka.
Faktor Jurang Digital
Faktor terbentuknya jurang digital dalam pendidikan di Malaysia adalah berpunca dari beberapa
sebab. Antaranya:
i.Ekonomi
Ekonomi sesebuah keluarga diambil kira kerana terdapat isi rumah dengan pendapatan yang rendah.
Mereka tidak mampu untuk membeli dan mendapatkan khidmat ICT sedangkan dengan teknologi
kini, semua informasi dengan mudah boleh dimiliki dengan mudah. Semuanya berada dihujung jari
kita.
ii.Geografi
Terdapat beberapa daerah, kawasan atau tempat yang tidak mempunya liputan internet dan bekalan
elektrik terutamanya kawasan pedalaman. Ini akan menjadi salah satu sebab yang menyumbang
kepada jurang digital pada masa kini.
iii.Kemahiran komputer
Kekurangan pengetahuan dalam bidang komputer juga menyebabkan jurang digital tercipta. Terdapat
sesetengat pelajar masih tidak mengetahui cara untuk mengakses maklumat dari laman sesawang. Ini
kerana tidak ada atau kurang penerapan mengenai teknologi ini.
iv.Kemahiran bahasa dan literasi
Kemahiran dari segi bahasa dan literasi perlu ada pada setiap pelajar. Ini penting dalam era teknologi
global bagi mengakses maklumat denga betul. Terdapat pelajar yang tidak dapat membaca dan
memahami bahasa Internet dengan baik. Harus diingatkan, setiap perkara hendaklah difahami.
Dalam memastikan guru-guru bersedia untuk mengatasi jurang digital yang luas ini, kerajaan menjadi
kerangka utama dalam mengatasi permasalahan, ini merupakan satu tanggungjawab besar dan asas
bagi kementerian membuat satu lonjakan dalam memastikan jurang ini dapat dirapatkan, yang paling
jelas cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang
mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT
berbanding kawasan bandar. Dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan
dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-
sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di
luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina Pada waktu yang sama, KPM akan menambah
baik kaedah penyampaian program TV Pendidikan dan merintis penggunaan video teleconferencing
sebagai kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan-bahan p&p kepada pelajar dan
guru di kawasan pedalaman.
Penyambungan internet di kawasan pendalaman telah dijalankan melalui inisiatif seperti program
Pusat Internet Desa (PID) dan progam Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). PID telah dilancarkan
pada 3 April 2000 sebagai pendekatan menyeluruh dalam menyediakan akses Internet di kawasan
pedalaman melalui peruntukan keperluaninfrastruktur, pembinaan kapasiti serta pembangunan
kandungan. Di bawah program PID, operator pihak swasta yang dibiayai oleh kerajaan menyediakan
perlalatan komputer dan sambungan Internet; sementara tapak, keselamatan dan elektrik disediakan
oleh oleh pihak Pejabat Pos setempat. Latihan juga diberi kepada penyelia PID dan pengguna-
pengguna sebagai sebahagian dari pakejnya. Satu jawatankuasa sukarelawan juga digerakkan dengan
pembangunan laman web setempat yang mempamerkan barangan dan perkhidmatan komuniti beserta
penyediaan kandungan yang relevan dengan komuniti tersebut. Di fasa pertama projek ini, PID telah
diletakkan di dalam Pejabat Pos di kawasan-kawsasan yang mempunyai sambungan TM Net DSL
atau ISDN. Kini terdapat 42 buah PID di seluruh negara yang telah dilengkapkan dengan lima hingga
enam komputer berserta saluran Internet melalui ADSL atau ISDN. Sama seperti PID, Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga telah menubuhkan program Infodesa untuk menyerapkan
budaya ICT di kalangan penduduk luar bandar.Program USP adalah salah satu inisiatif yang penting
dalam usaha merapatkan jurang digita ldan sebahagian daripada polisi menyediakan perkhidmatan
komunikasi asas kepada setiap rakyat.
Menyedari bahawa tanggungjawab ini tidak boleh ditinggalkan kepada pihak Industri sahaja, kerajaan
telah meluluskan peruntukan sebanyak RM293.4 juta di bawah Rancangan Malaysia ke Lapan untuk
menyediakan sumber-sumber yang berkaitan di dalam memberi akses komunikasi kepada sekolah,
klinik dan perpustakaan di luar bandar. Dengan menggandingkan inisiatif sedia ada seperti Sekolah
Pintar dan fasa pertama projek USP, projek SchoolNet telah menyediakan akses jalur lebar kepada
lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara, dengan tumpuan kepada sekolah di kawasan luar bandar.
Projek SchoolNet bertumpu kepada pengedaran kandungan pembelajaran dan bertindak sebagai
Intranet. Sementara itu, infrastruktur yangdigunakan untuk projek tersebut juga bertindak sebagai batu
loncatan kepada perkembangan yang lebih meluas kepada komuniti.
Rangkaian SchoolNet telah dilihat sebagai sebuah rangkaian nasional yang terurus rapi sepenuhnya
yang berupaya mengeksploitasi kapasiti berlebihan di dalam tulang belakang negara.Strategi yang
seterusnya dalam merapatkan jurang digital meliputi program-programmelebarkan akses infrastruktur
ICT, peruntukan kemudahan dan perkhidmatan yang mampu-beli, meningkatkan kesedaran dan
pendidikan melalui pengetahuan berterusan kepadapelbagai kumpulan sasaran, serta penggalakan
pembangunan kandungan tempatan.
Dengan inisiatif yang ditunjukkan oleh kerajaan dalam merapatkan jurang pendidikan, kini tinggal
lagi usaha berterusan dan komitmen guru dalam memastikan semua yang dirangcang dan diberikan
oleh kerajaan dalam idlaksanakan dengan baik dan memberikan impak yang luas serta signifikan
dalam merapatkan jurang digital dalam pendidikan. Dan atas dasar serta usaha yang ditunjukkan oleh
kerajaan, secara kesimpulannya kita yakin bahawa guru mampu mendepani cabaran jurang digital
dalam pendidikan kerana kerangka hala tuju sudah pun di rencana dan hanya menungguhkan hasil
daripada pelaksanaan oleh guru itu sendiri.
Bibliografi
Abdullah Bin Hassan (1982). Keperluan guru masa kini: Fajar Bakti Sdn
Bhd, Kuala Lumpur.
Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur:
Penerbitan Sarjana.
Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar.( 2006 ).Technology in kind of education .
KualaLumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim (1981). Keperluan Bahasa dalam pengajaran: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur
Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. ( 2000 ). Guru dan cabaran masa kini, Affluent
Master Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
Siti Hajar Abdul Aziz. 2008. Siri Pendidikan Guru 1,Oxford Fajar Sdn. Bhd,
Kuala Lumpur.
.