Kepimpinan vs Kepemimpinan

9
KEPIMPINAN - KEPEMIMPINAN Konsep Kepimpinan Pertamanya molek kita cuba memahami apakah maksud Kepimpinan. Untuk kita lebih memahami Konsep kepimpinan ini lihat sahaja perbandingan definisi oleh para pemikir barat dengan apa yang telah disampaikan Al-Quran serta Hadis. Berikut adalah definisi kepimpinan yang diberikan oleh pemikir-pemikir Barat : . “Kepimpinan adalah tingkah laku individu apabila dia sedang mengarahkan aktiviti kelompok ke arah matlamat yang dikongsi bersama” (Hemphill & Coons) . “Kepimpinan adalah pengaruh antara perseorangan, yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi, dan diarahkan, melalui proses komunikasi, ke arah pencapaian matlamat atau matlamat-matlamat khusus.” (Tannenbaum, Weshler & Massarik) . “Kepimpinan adalah pendayautamaan dan penyelenggaraan struktur dalam jangkaan dan interaksi.” (Stogdill, 1974) . “Kepimpinan ialah hubungan antara perseorangan yang menunjukkan kuasa dan pengaruh diagih secara yang tidak sama rata sehingga seorang individu boleh mengarah dan mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka ke atas individu itu.” (Fiedler, 1967) . Sekarang, lihat pula apa yang telah terkandung dalam Al-Quran dan telah disebutkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sejak 1400 tahun yang lalu: . “Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-An’am : 165) . “Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.” (Surah Yunus : 14) . Daripada Ibn Umar r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiap seorang daripada kamu adalah penjaga (pemimpin) dan kamu bertanggungjawab terhadap penjagaan kamu (orang yang dipimpin). Imam adalah penjaga (pemimpin) dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, lelaki itu penjaga (pemimpin) dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, orang perempuan adalah penjaga (pemimpin) dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, hamba adalah penjaga harta tuannya dan bertanggungjawab kepada pimpinannya,

description

m

Transcript of Kepimpinan vs Kepemimpinan

KEPIMPINAN - KEPEMIMPINANKonsep Kepimpinan

Pertamanya molek kitacubamemahami apakah maksud Kepimpinan.Untuk kita lebih memahami Konsep kepimpinan ini lihat sahaja perbandingan definisi oleh para pemikir barat dengan apa yang telah disampaikan Al-Quran serta Hadis.Berikut adalah definisi kepimpinan yang diberikan oleh pemikir-pemikir Barat :.Kepimpinan adalah tingkah laku individu apabila dia sedang mengarahkan aktiviti kelompok ke arah matlamat yang dikongsi bersama(Hemphill & Coons).Kepimpinan adalah pengaruh antara perseorangan, yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi, dan diarahkan, melalui proses komunikasi, ke arah pencapaian matlamat atau matlamat-matlamat khusus.(Tannenbaum, Weshler & Massarik).Kepimpinan adalah pendayautamaan dan penyelenggaraan struktur dalam jangkaan dan interaksi.(Stogdill, 1974).Kepimpinan ialah hubungan antara perseorangan yang menunjukkan kuasa dan pengaruh diagih secara yang tidak sama rata sehingga seorang individu boleh mengarah dan mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka ke atas individu itu.(Fiedler, 1967).Sekarang, lihat pula apa yang telah terkandung dalam Al-Quran dan telah disebutkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sejak 1400 tahun yang lalu:.Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Surah Al-Anam : 165).Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.(Surah Yunus : 14).Daripada Ibn Umar r.a., Rasulullah s.a.w bersabda,Tiap seorang daripada kamu adalah penjaga (pemimpin) dan kamu bertanggungjawab terhadap penjagaan kamu (orang yang dipimpin). Imam adalah penjaga (pemimpin) dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, lelaki itu penjaga (pemimpin) dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, orang perempuan adalah penjaga (pemimpin) dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, hamba adalah penjaga harta tuannya dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, dan setiap kamu adalah penjaga (pemimpin) dan bertanggungjawab kepada pimpinan kamu. (Riwayat Muslim)

Apa yang dapat disimpulkan setelah meneliti teori dari barat dan juga konsep Islam adalah apabila kita menterjemahkan maksud Kepimpinan, mahu atau tidak kita tidak dapat lari untuk mengaitkan kepimpinan dengan individu yang dipanggil pemimpin. Apa yang pasti tingkah laku, kaedah serta pergerakan yang di bawa pemimpin dalam membawa organisasi menggambarkan corak kepimpinan beliau.

Gaya KepimpinanBerikut adalah gaya kepimpinan yang sering dikaitkan dengan seseorang pemimpin :-

Gaya Kepimpinan autokratik: memaksa pengikut membuat sesuatu tanpa mengambilkira keperluan individu pengikut. Beliau tidak prihatin pada perasaan pengikut, oleh itu beliau selalunya tidak digemari. Pengikut melakukan sesuatu kerja atas dasar takut (motivation by fear).

Gaya Kepimpinan demokratik: melibatkan pengikut dalam pembuatan keputusan. Biasanya disukai ramai kerana pengikut merasa mereka dihargai dan ada rasa pemilikan dan kekitaan.

GayaKepimpinan laissez-faire: menyerahkan kepad pengikut untuk membuat keputusan.Beliau hanya terlibat secara minimal. Keadaan mungkin huru-hara akibat struktur tugas yang tidak jelas dan tidak terarah.

Gaya Kepimpinan Islamik :Berpandukan dan merujuk kepada kepimpinan yang berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah serta menekankan pendekatanyang lebih Islamik dalam segenap aspek.

Gaya Kepimpinan berorintasikan tugas: lebih mengutamakan soal-soal pencapaian pengeluaran atau hasil kerja dari hal ehwal pengikut.

Gaya Kepimpinan berorintasikan manusia: mengambilkira keperluan individu dalam melaksanakan kepimpinannya.

Rumusan Kepimpinan

Penghayatan berkaitan konsep kepimpinan membawa kita kepada rumusan yang boleh kita ketengahkan seperti berikut :

Corak Kepimpinan yang terbaik oleh Pemimpin akan menjamin seseorang Pemimpin itu dapat menunaikan tanggunjawab yang telah diamanahkan kepadanya seterusnya membawa kumpulan/organisasi ke arah kejayaan

Definisi Kepemimpinan

Apakah yang dimaksudkan dengan kepemimpinan? Pelbagai definisi telah disusun oleh para cendiakawan dan ahli fikir sama ada dari barat maupun dunia Islam. Namun pada umumnya definasi Kepimpinan itu hanya terbahagi kepada 2 (dua) bahagian sahaja iaitu yang memandang kepemimpinan sebagai satu PROSES dan kepemimpinan sebagai SENI/KEMAHIRAN.Kepemimpinan sebagai PROSES1.Kepemimpinan adalah suatu proses yang kompleks di mana seseorang mempengaruhi orang-orang lain untuk menunaikan suatu misi, tugas, atau tujuan dan mengarahkan organisasi yang membuatnya lebih kohesif dan koheren."Mereka yang memegang jawatan sebagai pemimpin akan mempergunakan dan menerapkan proses kepemimpinan (keyakinan, nilai-nilai, etika, karakter, pengetahuan, dan ketrampilan). Oleh yang demikinan kita lihat setiap seorang pemimpin akan membawa pendekatan berbeza sepertimana dibandingkan pengurus dengan pemimpin.Seorang pemimpin akan berusaha menjadikan kumpulan yang dipimpin ingin mencapai tujuan dan sasaran yang tinggi, sedangkan seorang pengurus akan mengarahkan orang-orang untuk melaksanakan kerja/tugasan atau mencapai sesuatu tujuan. Seorang pemimpin melakukan perkara yang betul, manakala pengurus melakukan semua perkara dengan betul(Leaders do right things, managers do everything right).2.Kepemimpinanadalah"suatuprosesterancangyangdinamikmelaluisuatutempohwaktudalamsituasiyangdidalamnyapemimpinmenggunakanperilaku(pola/gaya)kepemimpinanyang khusussertaprasaranakepemimpinan(sumber-sumber) untukmemimpin(menggerakkan/mempengaruhi)bawahan(pengikut-pengikut)bagimelaksanakantugas/ pekerjaan(menyelesaikantugas)kearah(dalamupayapencapaian)tujuanyangmenguntungkan(membawakeuntungantimbalbalik)bagipemimpindan bawahansertalingkungansosialdimanamerekaada/hidup. DefinisiinidikemukakanolehJ.RobertClintondalambukunya,TheMakingof ALeaderdandimodifikasiolehY.Tomatala, dalambukunya,KepemimpinanYang Dinamis.

AKAUNTABILITI TANGGUNGJAWAB

AkauntabilitiSifat bertanggungjawab kpd seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dsb serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi dsb yg diperlukan: mereka yg mempunyai kepakaran perlu diberi kebebasan mengkritik keputusan mahkamah utk memastikan ~ institusi kehakiman.Konsep AkauntabilitiMengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.

Akauntabiliti keguruan.Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.

Akauntabiliti guru terhadapPelajarSeorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan.Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.DiriSeorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.SekolahSekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.Masyarakat dan NegaraSebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .Profesion KeguruanGuru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

PenutupDengan dapat memahami prinsip akauntabiliti, guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.

TanggungjawabKewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung: oleh sebab itu segala pegawai polis teramat berat ~nya;

PROFESIONAL PROFESIONALISMEProfesional

Profesionalisme

Konsep Profesion dan ProfesionalismeProfesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman, 1956).Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. (contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain).Profesional ialah ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam profesion. Menurut Ornstein dan Levine (1993), empat atribut dalam satu profesion ialah ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh mesyarakat untuk beroperasi.