KEPIMPINAN INSTRAKSIONAL

8
TUGASAN 1 Soalan 1: Cadangkan cara kepimpinan instruksional yang boleh diamalkan oleh Cikgu Norman dalam usaha meningkatkan lagi prestasi sekolahnya. Di sekolah, kepimpinan adalah satu aspek tingkahlaku dan juga sejenis pengaruh ( Ramaiah 1999 ). Dalam konteks pendidikan, Campbell ( 1983 ) menyatakan kepimpinan ialah proses bagi seorang pengetua mendapatkan kerjasama kakitangan ke arah penyempurnaan matlamat tertentu. Kepimpinan menurut Islam pula berteraskan konsep khalifah iaitu setiap manusia adalah pemimpin dirinya, keluarga dan ahli-ahli di bawahnya. Oleh itu seorang pentadbir di sekolah harus mempunyai suatu hala tuju untuk mencapai matlamat melalui sebarang cara ataupun semua cara usaha yang dilakukan. Dari segi konteks jenis kepimpinan instruksional, Hussein (1989) mendefinasikan ianya adalah usaha –usaha yang diambil oleh pemimpin sekolahuntuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses P & P dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. Mengikut Richardson (1989), seorang pemimpin instruksional mestilah memimpin kearah pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas dan mestilah mampu menjadikan visi sekolah satu kenyataan. Blasé ( 1998 ) menyatakan kepimpinan instruksional adalah gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum. Model Kepimpinan Instruksional mengikut Hallinger & Murphy ( 1985 ) terbahagi kepada tiga domain iaitu domain mendefinisikan matlamat sekolah, mengurus program instruksional dan mewujudkan iklim pembelajaran positif. Di bawah tiga bidang domain tersebut mengandungi 11 elemen peranan pemimpin yang sangat wajar untuk diikuti dan

Transcript of KEPIMPINAN INSTRAKSIONAL

TUGASAN 1Soalan 1: Cadangkan cara kepimpinan instruksional yang boleh diamalkan oleh Cikgu Norman dalam usaha meningkatkan lagi prestasi sekolahnya.Di sekolah, kepimpinan adalah satu aspek tingkahlaku dan juga sejenis pengaruh ( Ramaiah 1999 ). Dalam konteks pendidikan, Campbell ( 1983 ) menyatakan kepimpinan ialah proses bagi seorang pengetua mendapatkan kerjasama kakitangan ke arah penyempurnaan matlamat tertentu. Kepimpinan menurut Islam pula berteraskan konsep khalifah iaitu setiap manusia adalah pemimpin dirinya, keluarga dan ahli-ahli di bawahnya. Oleh itu seorang pentadbir di sekolah harus mempunyai suatu hala tuju untuk mencapai matlamat melalui sebarang cara ataupun semua cara usaha yang dilakukan.Dari segi konteks jenis kepimpinan instruksional, Hussein (1989) mendefinasikan ianya adalah usaha usaha yang diambil oleh pemimpin sekolahuntuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses P & P dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. Mengikut Richardson (1989), seorang pemimpin instruksional mestilah memimpin kearah pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas dan mestilah mampu menjadikan visi sekolah satu kenyataan. Blas ( 1998 ) menyatakan kepimpinan instruksional adalah gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum.Model Kepimpinan Instruksional mengikut Hallinger & Murphy ( 1985 ) terbahagi kepada tiga domain iaitu domain mendefinisikan matlamat sekolah, mengurus program instruksional dan mewujudkan iklim pembelajaran positif. Di bawah tiga bidang domain tersebut mengandungi 11 elemen peranan pemimpin yang sangat wajar untuk diikuti dan dicontohi oleh Cikgu Norman dalam usaha meningkatkan prestasi sekolahnya. Ini kerana 11 elemen yang terkandung dalam kepimpinan instruksional sangat menyeluruh khususnya dari segi aspek pembangunan prestasi bersesuaian dengan hasrat kerajaan berdasarkan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.

Elemen-elemen tersebut dapat kita perincikan mengikut bidang domain nya dan difahami berdasarkan huraian di bawah.Domain Mendefinisikan Matlamat SekolahElemen 1: Merangka Matlamat S=ekolah.Matlamat sesebuah sekolah haruslah dirangka berpandukan visi ataupun misi yang dibuat dan ingin dicapai. Sebagai seorang pemimpin di sekolah, guru besar memainkan peranan yang penting untuk menetapkan hala tuju pencapaian sekolah. Hal ini haruslah dirancang dengan melihat tahap yang ada disekolah dan diperbaiki melalui perancangan strategik sekolah. Contohnya dengan mendapat data melalui analisa pencapaian dalam bidang pentadbiran, kurikulum mahupun ko-kurikulum, menyusun tarikh aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan rapi di dalam takwim sekolah dan melantik guru yang bertanggungjawab dalam membantu pemimpin untuk membuat perancangan strategiknya. Namun begitu segala matlamat dan program mestilah senang untuk dilaksanakan dan mudah dijadikan objektif pengajaran dan pembelajaran guru.Elemen 2 : Menghebahkan Matlamat Sekolah.Visi dan misi yang telah ditetapkan hendaklah diperjelaskan dan dihebahkan kepada semua pihak yang terlibat dengan pendidikan anak-anak . Hal ini adalah sangat penting kerana masyarakat di luar perlu tahu matlamat sekolah dan dapat bersama-sama memberi sokongan dengan mengembeling tenaga demi peningkatan prestasi sekolah. Pelbagai cara boleh digunakan oleh guru besar untuk menghebahkan matlamat sekolah. Contohnya pada hari pendaftaran murid, mesyuarat PIBG, perjumpaan waris penyerahan kad pelaporan peperiksaan dan apa sahaja aktiviti yang membabitkan kehadiran ibu bapa ataupun komuniti setempat. Apa yang menjadi keutamaan adalah perancangan strategik sekolah dapat direalisasikan.Domain ( B ) Mengurus Program Instruksional Elemen 3 : Penyeliaan dan Penilaian Pengajaran.Penyeliaan dan penilaian adalah sangat penting untuk melihat sejauh mana kekuatan dan kelemahan kerja guru atau akademik murid. Contohnya dengan melakukan pemantauan dan penyeliaan pengurusan pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan tugas penyeliaan klinikal dengan berkesan, membantu menyelia kerja-kerja guru dan merancang program budaya sekolah. Untuk memastikan keberkesanan penyeliaan dan penilaian, guru besar perlu menyelaraskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru, membuat perbincangan, memberi maklum balas tentang kekuatan dan kelemahan guru dalam proses pengajaran dan menyediakan kemudahan sumber pengajaran yang boleh digunakan oleh guru. Elemen 4: Menyelaras Kurikulum .Penyelarasan kurikulum merupakan aspek penting yang dapat membantu meningkatkan proses pengajaran guru dan pencapaian pelajar dalam ujian. Guru besar seharusnya menyelaras segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran. Contohnya program peringkat sekolah, Guru besar hendaklah memastikan perjalanan panitia mata pelajaran mengikut pekeliling ikhtisas, membantu menyediakan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel, menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan, menyusun jadual waktu kelas dan guru, membantu menentukan beban tugas guru dan staf sokongan sekolah serta menyelaras pengurusan dan perjalanan bimbingan dan pemulihan. Kesemua antara tugas-tugas di atas adalah diharapkan dapat diikuti dan diterjemahkan ke dalam objektif kurikulum. Rumusnya Guru besar melibatkan diri secara aktif dalam pemilihan, perancangan dan penyediaan bahan kurikulum.Elemen 5 : Memantau Kemajuan Pelajar.Kemajuan dalam prestasi akedemik pencapaian murid merupakan faktor terbesar bagi sesebuah sekolah lebih dikenali dan disegani. Untuk mendapatkan pencapaian terbaik ini, Guru besar haruslah sentiasa memantau pencapaian pelajar dengan berjumpa guru dan berbincang dari semasa ke semasa. Melalui proses perbincangan dan pemantauan Guru besar akan dapat mengenalpasti keperluan-keperluan yang dikehendaki bagi memantapkan lagi pencapaian akedemik pelajar. Contohnya mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar, menentukan jenis instrument/rekod/maklumat pencapaian pelajar dan melihat perkembangan pelajar, memastikan modus operandi pemantauan kemajuan pelajar dilaksanakan dengan berterusan dan memastikan pemantauan kerja murid dilaksanakan dengan berkesan dalam melihat proses pencapaian akedemik. Keputusan pencapaian sekolah hendaklah disebarkan kepada guru, pelajar dan ibu bapa dalam bentuk lisan, edaran mahupun bertulis agar kemajuan itu dikongsi bersama dan dapat memotivasikan diri untuk lebih maju.

Domain ( C ) Mengurus Program Instruksional Elemen 6 : Melindungi/Mengawal Waktu PengajaranWaktu pengajaran yang terhad akan lebih berkesan jika waktu yang diperuntukan itu dapat digunakan dan dimanfaatkan dengan bermakna. Ini bermaksud setiap waktu itu adalah sangat penting dan harus dipandang secara sirius oleh Guru besar. Contohnya, mengurangkan serta mengatasi gangguan waktu intraksi seperti pengumuman pelajar diminta ke pejabat atas urusan disiplin, guru keluar/ meninggalkan kelas untuk aktiviti lain akan mengganggu masa pelajaran yang akan meninggalkan kesan terhadap pembelajaran pelajar. Bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, masa guru mengajar tidak sepatutnya diganggu. Oleh itu Guru besar hendaklah menyediakan program guru ganti bagi melindungi waktu intraksi di samping memastikan kaedah strategik yang disediakan dijalankan dengan berkesan.

Elemen 7 : Mengekalkan Ketampakan ( Visibility )Segala aktiviti atau program yang dijalankan di sekolah akan lebih sempurna jika Guru besar sentiasa dapat menghadirkan diri. Guru besar yang hebat dan bertanggungjawab akan berusaha berada di sekolah walaupun terdapat kekangan masa seperti menghadiri pelbagai jenis mesyuarat, seminar atau perjumpaan. Contohnya Guru besar meluangkan masa berinteraksi dengan guru dan pelajar, melawat kelas- kelas, sentiasa mengambil tahu tentang isu-isu sekolah, melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum dan aktiviti tambahan yang lain. Tindakan menampakkan diri ini, memberi semangat dan rasa hormat dikalangan para guru dan pelajar kerana merasakan usaha mereka mendapat sokongan dan secara tidak langsung akan memberi kesan positif terhadap guru dan pelajar untuk lebih maju dan memberi komitmen yang tinggi. Selain daripada itu implikasi ketampakkan diri Guru besar akan memudahkan sesuatu masalah itu diselesaikan kerana keputusan cepat dicapai dan tindakan dapat dibuat dengan segera.Elemen 8 : Membudayakan Perkembangan ProfesionalMewujud dan mengamalkan budaya yang boleh meningkatkan kerja profesion guru amat membantu kearah meningkatkan prestasi sekolah. Pelajar yang cemerlang lahir daripada guru yang membuat kerjanya dengan cemerlang. Sekolah yang cemerlang adalah daripada guru dan pelajar yang cemerlang. Antara budaya profesion yang boleh dilakasanakan oleh Cikgu Norman ialah melaksanakan program perkembangan profesional, membantu serta membimbing dalam latihan mengajar dan tugas bagi guru baru dan guru ganti serta membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan staf sokongan.Manakala bagi membudayakan kecemerlangan pelajar dan sekolah, budaya membaca dipertingkatkan, menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah, memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukan dan mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat.Elemen 9 : Menyediakan Ganjaran Kepada GuruKualiti guru merupakan salah satu peramal pencapaian pelajar dan ini merupakan salah satu aspek utama dalam penambahbaikkan kualiti pendidikan di sekolah ( Peter Trabert Goff 2012 ). Oleh itu adalah layak dan sepatutnya jika guru-guru ini diberi ganjaran atas usaha-usahanya dalam meningkatkan prestasi sekolah. Contohnya, Guru besar memberi pujian secara peribadi, pengiktirafan secara terbuka, pemberian sijil ataupun hadiah. Para guru akan merasa terangsang, teruja dan lebih bermotivasi dengan tindakan, perhatian dan pengiktirafan yang diberikan oleh Guru besar.Elemen 10 : Penguatkuasaan Standard AkademikGreenfield (1987) menjelaskan bahawa kepimpinan instruksional adalah merujuk kepada tindakan-tindakan yang diambil oleh Guru besar/pengetua yang memberi perhatian terhadap usaha mengembangkan persekitaran kerja guru yang produktif. Oleh itu Guru besar hendaklah memastikan standard akademik sekolahnya dengan memperuntukan bilangan waktu setiap mata pelajaran mematuhi Akta Pendidikan 1996, memastikan guru-guru mematuhi sukatan mata pelajaran, mematuhi masa P&P dan memastikan setiap guru mempunyai standard pengajaran yang tinggi.Di samping itu, pengurusan sesebuah sekolah memerlukan kemahiran seorang pemimpin yang celik data dalam menyedia dan menganalisis data kuantitatif dan kualitatif. Contohnya Guru besar memastikan head count dibuat dengan telus mengikut proses yang betul, memastikan proses yang dirancang dilaksanakan untuk mencapai ETR ( expected target ) serta memastikan kutipan data/maklumat pencapaian pelajar adalah betul. Kelancaran dalam bidang ini membantu Guru besar mengkaji, merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan kearah meningkatkan prestasi sekolah.Elemen 11 : Menyediakan Insentif Kepada Pelajar.Guru besar hendaklah sentiasa bekerjasama dengan guru-gurunya bagi menyokong pencapaian tinggi pelajar-pelajarnya. Pelajar-pelajar yang berpencapaian tinggi dan menunjukkan kemajuan perlu mendapat pengiktirafan dan diberi nganjaran, anugerah atau hadiah. Adalah tanggungjawab Guru besar dengan bantuan guru-guru untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang perlu diberi insentif dan ganjaran dan menyediakan insentif dan ganjaran tersebut mengikut keperluan pelajar. Dengan amalan tersebut pelajar akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan lagi prestasi mereka bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam domain-domain yang lain.Rumusnya, mengikut Davis dan Thomas (1989) melaporkan bahawa pengetua di sekolah-sekolah berkesan mempunyai visi yang jelas, iaitu memfokuskan kepada pencapaian dan keperluan murid. Disamping itu pengetua-pengetua ini juga mewujudkan iklim sekolah yang menyokong pencapaian matlamat yang ditetapkan. Ringkasnya pengetua-pengetua disekolah berkesan mempamerkan gaya kepimpinan instruksional.