Kepentingan membaca

4
Kepentingan membaca.. ‘ Membaca jambatan ilmu ‘ ,itulah ayat yang sering kita dengar sama ada di kaca televisyen mahupun di surat khabar Amalan membaca merupakan amalan yang sangat mulia. Akhbar merupakan sumber maklumat menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.Selain mendapat maklumat ,membaca juga boleh mengisi masa lapang kita.jika kita menjadikan sifat membaca sebagai amalan, sudah tentu masa kita tidak terbuang begitu saja jadi, kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti bermain-main dan merayau–rayau di kedai-kedai dan sebagainya . Antara kelebihan membaca ialah kita dapat mengetahui sesuatu ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam.Sebagai contoh , apabila kita tidak mengetahui tentang sesuatu perkara ,kita disarankan membaca kerana membaca dapat meluaskan pengetahuan kita daripada sifar maklumat ,kita dapat menjadi seorang yang hebat dalam maklumat tersebut secara tidak langsung ,kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan di samping mengembangkan minda supaya bermaklumat.

description

Kepentingan membaca

Transcript of Kepentingan membaca

  • Kepentingan membaca..

    Membaca jambatan ilmu ,itulah ayat yang sering kita

    dengar sama ada di kaca televisyen mahupun di surat khabar

    Amalan membaca merupakan amalan yang sangat mulia. Akhbar

    merupakan sumber maklumat menyiarkan pelbagai peristiwa

    yang berlaku di seluruh dunia.Selain mendapat

    maklumat ,membaca juga boleh mengisi masa lapang

    kita.jika kita menjadikan sifat membaca sebagai amalan,

    sudah tentu masa kita tidak terbuang begitu saja jadi, kita

    boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang

    tidak berfaedah seperti bermain-main dan merayaurayau di

    kedai-kedai dan sebagainya .

    Antara kelebihan membaca ialah kita dapat mengetahui

    sesuatu ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam.Sebagai

    contoh , apabila kita tidak mengetahui tentang sesuatu

    perkara ,kita disarankan membaca kerana membaca dapat

    meluaskan pengetahuan kita daripada sifar maklumat ,kita

    dapat menjadi seorang yang hebat dalam maklumat tersebut

    secara tidak langsung ,kita dapat meningkatkan ilmu

    pengetahuan di samping mengembangkan minda supaya

    bermaklumat.

  • Di samping itu,membaca boleh membaiki penguasaan

    bahasa kita melaluinya kita boleh menambah perbendaharaan

    kata. Kita mestilah menjadikan tabiat suka membaca sebagai

    amalan hidup.Manusia yang suka membaca adalah manusia yang

    mempunyai banyak ilmu.Seterusnya,amalan membaca juga

    dapat mematangkan fikiran kita kerana dengan membaca , kita

    akan dapat mengetahui segala maklumat daripada pelosok

    dunia daripada sebesar zarah sehinggalah kepada maklumat

    yang paling besar . Malah, isu semasa jugak dapat dikuasai

    dalam waktu yang singkat sahaja hanya melalui pembacaan.Hal

    ini dapat mengelakkan diri kita daripada digelar bagai katak

    bawah tempurung .

    Pembacaan juga dapat mendedahkan kita kepada

    pelbagai bentuk teknologi moden dan ciptaan daripada dunia

    luar. Sebagai tamsilan,kita boleh membaca mengenai

    kehebatan negara jepun mencipta teknologi dengan tenaga dan

    keupayaan mereka sendiri .Apabila kita melihat dan

    mengkaji tentang teknologi daripada negara matahari terbit

    itu , sudah tentu kita akan dapat mencipta teknologi yang

    lebih hebat daripada teknologi mereka.Dengan berpandukan

    maklumat yang sedia ada, kita sudah pasti dapat mencipta

  • sesuatu teknologi yang lebih terbaru dan tidak pernah dicipta

    oleh sesiapapun .Hal ini dapat melahirkan modal insan yang

    kreatif .Inovatif dan berintegriti.

    Wawasan 2020 yang bakal menjelang juga turut

    menekankan kepentingan ilmu.Bahkan ,wawasan cetusan mantan

    perdana menteri yang keempat itu juga bermatlamat utuk

    menjadikan Malaysia sebagai negara perindustrian.Tanpa

    ilmu ,mustahil utuk negara kita mencapai wawasan

    tersebut.Hanya membaca sahaja dapat membongkar segala

    rahsia alam isi kandungannya.Seperti kata pepatah ,membaca

    adalah nadi ilmu.

    Tuntasnya , amalan membaca dapat menyumbangkan

    pelbagai ilmu yang bervariasi kepada para pembaca merangkumi

    semua aspek ilmu.Dengan membaca ,segala persoalan dalam

    dijawab .Membacalah kunci kepada segala ilmu.Oleh

    itu,generasi muda pada hari ini hendaklah

    mempraktikkan amalan membaca dalam kehidupan mereka agar

    generasi berilmu dan berminda kelas pertama dapat dijana

    sesuai dengan pepatah yang mengatakan,remajalah pencorak

    kegemilangan sesebuah tamadun , dan kegemilangan sebuah

    tamadun itu bermula daripada pembacaan.