Kepentingan Kegiatan Ekonomi terhadap Pembangunan Negara

5
GEOGRAFI Kerja Masa Cuti Pertengahan Tahun 2015 Arahan ; Jawab semua soalan berikut. 1. Apakah kepentingan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan negara Malaysia? - Menyediakan peluang pekerjaan yang luas - Meningkatkan taraf hidup penduduk - Menjana pendapatan negara - Memajukan infrastruktur - Mengurangkan pergantungan terhadap barang import - Mempengaruhi perkembangan sesuatu petempatan 2. Huraikan dengan contoh bagaimana kepentingan kegiatan ekonomi membantu pembangunan negara Malaysia. Kepentingan kegiatan ekonomi Huraian dan contoh Menyediakan peluang pekerjaan yang luas - Perkembangan kegiatan ekonomi menyediakan peluang pekerjaaan yang luas kepada penduduk dan menyebabkan kadar pengangguran rendah. - Contoh; Sektor perkhidmatan – kerani, guru Sektor perkilangan – pengurus Sektor perniagaan – jurujual, pekedai Sektor pertanian – petani, peladang Sektor perikanan – nelayan Sektor perhutanan – pembalak Sektor perlombongan – pelombong Sektor pembinaan – arkitek, jurutera Sektor pelancongan – pemandu

description

Geografi Tingkatan 3

Transcript of Kepentingan Kegiatan Ekonomi terhadap Pembangunan Negara

GEOGRAFIKerja Masa Cuti Pertengahan Tahun 2015Arahan ; Jawab semua soalan berikut.1. Apakah kepentingan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan negara Malaysia?

Menyediakan peluang pekerjaan yang luas Meningkatkan taraf hidup penduduk Menjana pendapatan negara Memajukan infrastruktur Mengurangkan pergantungan terhadap barang import Mempengaruhi perkembangan sesuatu petempatan

2. Huraikan dengan contoh bagaimana kepentingan kegiatan ekonomi membantu pembangunan negara Malaysia.

Kepentingan kegiatan ekonomiHuraian dan contoh

Menyediakan peluang pekerjaan yang luas Perkembangan kegiatan ekonomi menyediakan peluang pekerjaaan yang luas kepada penduduk dan menyebabkan kadar pengangguran rendah. Contoh; Sektor perkhidmatan kerani, guru Sektor perkilangan pengurus Sektor perniagaan jurujual, pekedai Sektor pertanian petani, peladang Sektor perikanan nelayan Sektor perhutanan pembalak Sektor perlombongan pelombong Sektor pembinaan arkitek, jurutera Sektor pelancongan pemandu pelancong

Meningkatkan taraf hidup penduduk Peluang pekerjaan yang luas meningkatkan pendapatan penduduk dan seterusnya meningkatkan taraf hidup penduduk kerana mereka mempunyai kuasa beli untuk mendapatkan keperluan hidup ynag lebih baik. Contoh; Makanan seimbang Tempat tinggal Rawatan Pendidikan

Menjana pendapatan negara Kegiatan ekonomi menyumbang kepada pendapatan negara melalui hasil cukai, tukaran wang asing dan keuntungan perniagaan. Contoh; Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merupakan antara agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengutip cukai.

Memajukan infrastruktur

Pendapatan negara yang tinggi membolehkan kerajaan memperuntukkan lebih banyak perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur. Contoh; Jalan raya Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) Kereta api Landasan berkembar Kuala Lumpur Ipoh Pelabuhan Tanjung Pelepas Lapangan terbang KLIA Perhubungan Measat 1, Measat 2

Mengurangkan pergantungan terhadap barang import

Kemajuan ekonomi negara mengurangkan pergantungan terhadap barang import kerana negara berupaya menghasilkan produk sendiri. Contoh; Pengeluar kenderaan tempatan seperti Proton, Perodua dan DRB-Hicom telah berjaya menguasai 70% pasaran kenderaan dalam negara.

Mempengaruhi perkembangan sesuatu petempatan

Kegiatan ekonomi mempengaruhi perkembangan sesuatu petempatan menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian, pusat perlombongan pusat perkilangan dan pusat perniagaan. Contoh; Pusat pengumpulan pertanian Alor Setar, Kota Bharu Pusat pengumpulan petroleum dan gas asli Kerteh, Miri, Bintulu Pusat pengumpulan perindustrian Bayan Lepas, Prai dan Mak Mandin, Petaling Jaya dan Shah Alam

3. Jelaskan dengan contoh 5 kesan negatif kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar negara Malaysia.

Kesan NegatifContoh

Kepupusan Sumber Kepupusan hutan, flora dan fauna Kegiatan pembalakan hutan hujan tropika menyebabkan kepupusan spesies hutan. Penebangan hutan memusnahkan spesies tumbuh-tumbuhan seperti orkid. Penerokaan hutan untuk membuka lading, petempatan, tapak industri dan sebagainya turut memusnahkan habitat haiwan.

Pencemaran Pencemaran air, udara dan tanih Pembuangan sisa toksik oleh kilang ke dalam sungai, kolam dan tasik memusnahkan hidupan akuatik. Pembebasan asap kilang dan pembakaran bahan api mencemarkan udara dan meningkatkan Indeks Pencemaran Udara (API) Pembuangan sisa pepejal dan sisa toksik mencemarkan tanih dengan bahan kimia dan mengurangkan kadar kesuburan tanih.

Perubahan Pandang Darat (Landscape) Pandang darat tasik dan kolam, ladang dan kawasan Kegiatan perlombongan bijih timah mewujudkan tasik dan kolam seperti di Ipoh, Gopeng dll. Pembukaan tanah rancangan mewujudkan pandang darat kawasan tanaman kelapa sawit dan getah yang luas seperti di Jengka, Pahang.

Kesan Rumah Hijau Rumah Hijau merujuk kepada komposisi gas di atmosfera yang mengawal kadar kepanasan bumi. Pembakaran bahan api, pembakaran terbuka, pembebasan asap kilang dan asap kenderaan telah meningkatkan komposisi gas rumah hijau di atmosfera menyebabkan suhu global meningkat.

Penipisan Lapisan Ozon Lapisan ozon ialah lapisan di stratosfera yang berada antara 20 km hingga 50 km dari permukaan bumi. Kegiatan manusia yang membebaskan CFC telah menyebabkan gas klorin dalam CFC untuk bertindak balas dengan ozon lalu bertukar kepada oksigen dan seterusnya mengakibatkan lapisan ozon semakin menipis.

4. Cadangkan 5 langkah yang anda fikir dapat mengurangkan kesan negatif kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar negara Malaysia.

Penghutanan semula Kitar semula Pendidikan alam sekitar Kempen Penguatkuasaan undang-undang