KENYATAAN MEDIA - hasil.gov.my€¦ · Muka surat 2 daripada 6 /LHDNM /LHDNMOfficial LHDNM lhdnTube...
Transcript of KENYATAAN MEDIA - hasil.gov.my€¦ · Muka surat 2 daripada 6 /LHDNM /LHDNMOfficial LHDNM lhdnTube...
Muka surat 1 daripada 6
/LHDNM /LHDNMOfficial LHDNM lhdnTube
LHDNM/2019/02/26 - 9
LHDNM BERJAYA KUMPUL 649 PAIN DARAH
Cyberjaya, 26 Februari 2019 – Sebanyak 649 pain darah telah berjaya
dikumpulkan menerusi Program Derma Darah Perdana anjuran Lembaga Hasil
Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan kerjasama Pusat Darah Negara
(PDN) pada hari ini bagi mengisi bekalan darah di Pusat Darah Negara dan
hospital-hospital awam di seluruh negara.
YBhg. Dato’ Sri Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dalam
ucapannya berkata, “Program Derma Darah Perdana ini merupakan acara
tahunan LHDNM sebagai pengisian kepada Majlis Sambutan Hari Hasil yang
merupakan ulang tahun sambutan penubuhan LHDNM yang telah masuk edisi
ke-23 pada tahun 2019”.
Bertemakan #hasilprihatin dengan teras Caring Organization, Program Derma
Darah ini juga merupakan satu daripada program Tanggungjawab Sosial
Korporat (CSR) LHDNM ke arah mewujudkan masyarakat yang peka mengenai
kepentingan untuk menderma darah sekaligus dapat menambah bekalan
darah di PDN dan hospital awam.
KENYATAAN MEDIA
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
Untuk Siaran Segera
LHDNM/2019/02/26 - 9
Muka surat 2 daripada 6
/LHDNM /LHDNMOfficial LHDNM lhdnTube
LHDNM/2019/02/26 - 9
Program Derma Darah ini berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada warga kerja LHDNM dengan jumlah penderma yang meningkat tahun
demi tahun. Program Derma Darah ini secara rasminya telah bermula pada
21 Februari 2019 di Petaling Jaya dan seterusnya dijalankan serentak di 11
pejabat LHDNM terpilih di seluruh negara pada hari ini iaitu di Cyberjaya, Sibu,
Sungai Petani, Bintulu, Alor Setar, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bharu, Kota
Kinabalu, Bukit Mertajam dan Sandakan. Manakala baki 6 lagi lokasi iaitu di
Wangsa Maju, Ipoh, Seremban, Klang, Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur
akan diadakan pada 28 Februari sehingga bulan Mac 2019.
Menyerikan lagi Program Derma Darah Perdana ini adalah penganjuran Majlis
Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Tazkirah Perdana yang turut diadakan di Masjid
Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya di sini pada hari ini.
Untuk rekod, Majlis Sambutan Hari Hasil ke-23 adalah merupakan majlis ulang
tahun sambutan penubuhan LHDNM yang secara rasminya ditubuhkan pada
1 Mac 1996. Justeru pada setiap tahun Majlis Sambutan Hari Hasil akan
dianjurkan sebagai pengiktirafan kepada warga kerja LHDNM yang turut
bersama-sama menyumbang bakti memungut hasil bagi pembangunan
negara. Ia juga sebagai platform warga kerja LHDNM untuk mendengar
amanat dan hasrat Pengurusan Tertinggi LHDNM dan harapan dari pihak
Kerajaan khususnya dari Kementerian Kewangan.
# # #
Muka surat 3 daripada 6
/LHDNM /LHDNMOfficial LHDNM lhdnTube
LHDNM/2019/02/26 - 9
SEKIAN, TERIMA KASIH
Dikeluarkan oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
: 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 | : 03-8313 7873
Hasil Careline : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
Tarikh: 26 Februari 2019
Muka surat 4 daripada 6
/LHDNM /LHDNMOfficial LHDNM lhdnTube
LHDNM/2019/02/26 - 9
Gambar 1 : Perasmian Program Derma Darah LHDNM 2019 anjuran Ibu Pejabat LHDNM Cyberjaya.
Gambar 2 : Program Derma Darah Perdana anjuran Ibu Pejabat LHDNM Cyberjaya.
Muka surat 5 daripada 6
/LHDNM /LHDNMOfficial LHDNM lhdnTube
LHDNM/2019/02/26 - 9
Gambar 3 : Program Derma Darah Perdana di Cawangan LHDNM.
Gambar 4 : Program Derma Darah Perdana di Cawangan LHDNM.