KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN ......sekolah yang berkaitan dijalankan untuk menentukan...
Transcript of KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN ......sekolah yang berkaitan dijalankan untuk menentukan...
LAPORANAUDIT SEKOLAH
DISATUKAN TAHUN2019
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAHKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Penyata Kewangan Sekolah Bagi TahunBerakhir Pada 31 Disember 2018
KATA ALU-ALUAN CARTA ORGANISASI MISI, VISI DAN OBJEKTIF BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH AHLI JAWATANKUASA PENYELARASAN LADT TAHUN 2019
i
ii
iii
iv
PENGENALAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF v - viii
BAHAGIAN 1 PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN SEKOLAH
1. Pengesahan Penyata Kewangan Sekolah Bagi Tahun Berakhir
Pada 31 Disember 2018
2. Laporan Audit Mengenai Penyata Kewangan Sekolah
3. Penyata Kewangan Tahunan Sekolah
4. Kesimpulan
1
2
4
20
BAHAGIAN 2 PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH
5. Pengurusan Kewangan Sekolah Bagi Tahun 2018
6. Penarafan Pengurusan Kewangan Sekolah
7. Kawalan Pengurusan Dan Penyelenggaraan Rekod Kewangan
8. Kawalan Terimaan
9. Kawalan Perbelanjaan
10. Kawalan Pengurusan Aset Alih Dan Stor Kerajaan
11. Rumusan Dan Syor Audit
21
22
27
30
36
54
57
BAHAGIAN 3 LAPORAN KHAS
12. Laporan Khas Dan Laporan Aduan
59
PENGLIBATAN BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH TERHADAP PERSEMBAHAN PENYATA KEWANGAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH
61
PROGRAM BANTUAN PENGAUDITAN PENYATA DAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH DI SARAWAK
62
PENUTUP 63
KANDUNGAN
KATA ALU-ALUAN
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
i
الرحمن الرحيم بســـــــــم �
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Sejahtera
Syukur kehadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmat dan izinnya, Bahagian Audit Sekolah terus menelusuri tahun 2019 dengan cemerlang. Penerbitan Laporan Audit Sekolah Disatukan Tahun 2019 ini merupakan satu usaha untuk melaporkan penemuan audit dan prestasi kewangan sekolah bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2018. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan juga kepada semua pegawai saya yang telah berusaha gigih serta memberi kerjasama dan komitmen untuk menyiapkan laporan ini dengan jayanya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pegawai KPM yang telah memberi kerjasama sepanjang pengauditan dijalankan.
Pendidikan adalah teras dalam pembangunan dan perkembangan individu yang seterusnya akan membawa inovatif serta kemajuan kepada bangsa dan negara menuju ke arah merealisasikan wawasan negara. Pendidikan juga merupakan perkara utama yang berupaya mempengaruhi pembangunan diri individu dan menyediakan pelbagai peluang dalam mencorakkan kehidupan masa depan. Salah satu anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), 2013 -2025 adalah untuk memaksimumkan keberhasilan murid hasil daripada pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan melalui pengurusan kewangan yang cekap. Justeru itu, bagi merealisasikan PPPM, pihak sekolah perlu memastikan wujudnya kawalan dalaman yang berkesan serta pemantauan Pengurus Sekolah terhadap pengurusan kewangan perlu dijalankan secara berkala supaya sumber pendapatan dapat diurus dengan cekap dan mematuhi peraturan kewangan agar segala peruntukan kewangan di sekolah dapat digunakan secara optimum dan efisyen. Bahagian Audit Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia sangat komited dan sentiasa berusaha meningkatkan prestasi pengauditan terhadap akaun Kumpulan Wang Sekolah bagi memastikan wujud akauntabiliti dalam pengurusan kewangan serta melaporkan kepada pihak pengurusan. Laporan Audit Sekolah Disatukan Tahun 2019 ini diharap dapat dimanfaatkan bagi mempertingkatkan kecekapan, akauntabiliti dan tadbir urus, ketelusan dan beretika dalam pelaksanaan tugas demi kecemerlangan pengurusan kewangan sekolah. AZMI BIN MOHAMMAD Setiausaha Bahagian Bahagian Audit Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya
KATA ALU-ALUAN
CARTAORGANISASI
BAHAGIANAUDIT SEKOLAH
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ii
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH (BAS)
MISI, VISI DANOBJEKTIF
BAHAGIANAUDIT SEKOLAH
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
iii
MISI, VISI DAN OBJEKTIF BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
MISIMenyumbang kepada prestasi cemerlang pengurusan kewangan dan akauntabiliti.
VISICemerlang dalam khidmat pengauditan.
OBJEKTIFMenjalankan pengauditan terhadap akaun sekolah Kerajaan dan sekolahbantuan Kerajaan bagi memastikan wujud akauntabiliti dalampengurusan kewangan serta melaporkan kepada pihak pengurusan.
AHLI JAWATANKUASAPENYELARASANLAPORAN AUDIT
DISATUKAN TAHUN 2019
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
iv
Penaung
Encik Azmi bin Mohammad Setiausaha Bahagian Penasihat
Encik Mohd Sofuan bin Din Timbalan Setiausaha Bahagian
Ahli-Ahli Jawatankuasa
1. Puan Nurafifah binti Abdul Ghaffar
2. Puan Nur Diana binti Marzuki
3. Puan Siti Suraya binti Nordin
4. Puan Umera binti Abdul Rahim
5. Encik Zulkarnain bin Zakaria
6. Puan Noor Farziera Irney binti Zakari
7. Puan Khairani binti Yahya
8. Encik Muhammad Khairi bin Zainuddin
1. Encik Jarahim bin Jahim
2. Encik Azmar bin Momin
3. Encik Salim Anak Macbeth
4. Encik Abdul Aziz bin Isahak
5. Puan Nuurul Arfahuda binti Yusuf
6. Puan Nurul Liza binti Jaafar
7. Puan Khairuzi binti Abdul Karim
8. Puan Siti Fatimah binti Mansor
9. Encik Mohd Noornezam bin Md Aroff
10. Puan Nor Irmawati binti Abu Hasan
11. Encik Mohd Shahir bin Che Razali
12. Puan Rozana binti Hashim
13. Puan Norhazlin binti Mohd Hanapi
14. Puan Nafisah binti Abd Rashid
15. Puan Kamsiah binti Bastami
16. Puan Dayang Farizah binti Mat Saad
17. Puan Mun Mei Lai
18. Puan Madeline Usun Anyie
19. Puan Shirley Anak Bonie
20. Encik Mohd Shah Rizal bin Japri
21. Puan Norsalwaty binti Mohd Jais
22. Puan Aezarit Sofia binti Ahmad Satibi
AHLI-AHLI JAWATANKUASA PENYELARASAN LAPORAN AUDIT DISATUKAN TAHUN 2019
KETUA AUDIT SEKOLAH YANG TERLIBAT SECARA TIDAK LANGSUNG
Penaung Penasihat
Ahli-Ahli Jawatankuasa 1 2 3
5 6
7 8
4
PENGENALANDAN
RINGKASANEKSEKUTIF
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
v
PENGENALAN
Laporan Audit Sekolah Disatukan Tahun 2019 disediakan bagi melaporkan maklumat yang
berkaitan dengan pengauditan Penyata Kewangan Sekolah bagi tahun berakhir pada 31 Disember
2018 selaras dengan para 8(1)(c) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002 dan
laporan ini mengandungi 3 bahagian iaitu:
Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002, yang dibuat di bawah Seksyen
130 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) antara lain menghendaki institusi pendidikan Islam, institusi
pendidikan Kerajaan atau bantuan Kerajaan yang menerima bantuan kewangan tahunan untuk
mengemukakan Penyata Kewangan Sekolah bagi tahun berakhir pada 31 Disember setiap tahun
mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum kepada Ketua PTJ (Ketua Pusat
Tanggungjawab). Penyata ini kemudiannya hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Audit
Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tujuan pengauditan tidak lewat dari 31 Mac tahun
berikutnya. Kegagalan pihak sekolah mengemukakan penyata tersebut, dianggap sebagai
melanggar Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002 dan boleh dikenakan Penalti.
Penalti:
“Seseorang yang melanggar Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002
yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 adalah dianggap melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu Ringgit
Malaysia (RM5,000) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau
kedua-duanya.”
Bahagian 1 - Pengesahan Penyata Kewangan Sekolah
Bahagian 2 - Pengurusan Kewangan Sekolah
Bahagian 3 - Laporan Khas & Laporan Aduan
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
vi
RINGKASAN EKSEKUTIF
Laporan mengenai pengauditan terhadap Penyata Kewangan Sekolah bagi tahun berakhir pada 31
Disember 2018 disediakan hasil daripada pengauditan yang dijalankan di sekolah Kerajaan dan
bantuan Kerajaan sepanjang tahun 2018. Pengauditan ini dijalankan adalah untuk memberi
pendapat sama ada Penyata Kewangan Sekolah bagi tahun berkenaan menggambarkan
kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan
dengan teratur dan kemas kini. Pengauditan ini dibuat dengan berpandukan Akta Tatacara
Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit)
2002 di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) serta peraturan-peraturan kewangan yang sedang
berkuat kuasa.
PENERIMAAN PENYATA KEWANGAN SEKOLAH
Sebanyak 10,202 Penyata Kewangan Sekolah perlu dikemukakan oleh Pengurus Sekolah dan kesemuanya telah diterima oleh Bahagian Audit Sekolah.
PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN SEKOLAH
Kaedah pengauditan dijalankan adalah secara:
a) Auditan di pejabat atau di sekolah
b) Berpusat/ berkelompok
Menjalinkan kerjasama bersama Ketua PTJ, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
PENSIJILAN PENYATA KEWANGAN SEKOLAH
Sebanyak 10,123 Penyata Kewangan Sekolah telah disijilkan.
Baki 79 Penyata Kewangan Sekolah masih belum diaudit disebabkan oleh kekangan peruntukan dan masa.
BAHAGIAN 1 PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN SEKOLAH BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2018
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
vii
Selain daripada Pengesahan Penyata Kewangan Sekolah, pengauditan terhadap pengurusan
kewangan sekolah juga dilaksanakan secara persampelan untuk memberi penarafan terhadap
tahap pengurusan kewangan di sekolah sama ada ianya dilaksanakan mengikut undang-undang
dan peraturan kewangan yang berkaitan. Penarafan mengikut tahap pencapaian pengurusan
kewangan sekolah telah diperkenalkan oleh Bahagian Audit Sekolah bagi membantu pihak sekolah
dalam usaha meningkatkan tahap pengurusan kewangan sekolah.
Pengauditan pengurusan kewangan secara persampelan telah dijalankan terhadap 10,117 sekolah
bagi tahun kewangan 2018 untuk menentukan sama ada pengurusan kewangan di sekolah
berkenaan telah diuruskan mengikut peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa. Walau
bagaimanapun pengauditan pengurusan kewangan bagi 6 sekolah tidak dapat dijalankan kerana 3
sekolah tutup dan 3 sekolah yang mengalami kebakaran yang menyebabkan dokumen kewangan
bagi sekolah berkenaan musnah. Pengauditan ini dijalankan bagi tujuan membuat penilaian
terhadap pengurusan kewangan sekolah dengan menyemak rekod dan dokumen kewangan dan
juga pemeriksaan fizikal. Bilangan sekolah berdasarkan tahap pengurusan kewangan adalah
seperti di Jadual 1 berikut:
Jadual 1 Bilangan Sekolah Mengikut Tahap Penarafan
Pengurusan Kewangan Bagi Tahun 2018
Tahap Penarafan Markah (%) Bil.
Sekolah
Cemerlang 95.0 – 100 2,799
Baik 85.0 – 94.9 4,557
Memuaskan 70.0 – 84.9 2,485
Kurang Memuaskan 50.0 – 69.9 238
Tidak Memuaskan 49.9 ke bawah 38
Jumlah 10,117
BAHAGIAN 2 PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
viii
Laporan Khas dikeluarkan untuk melaporkan hasil siasatan lanjut terhadap penemuan-penemuan
audit berkaitan ketidakpatuhan peraturan kewangan yang menjurus kepada wujudnya penipuan,
pecah amanah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Manakala Laporan Aduan ialah laporan
daripada siasatan yang dijalankan hasil daripada aduan yang diterima daripada pelbagai sumber
termasuk surat aduan awam, emel dan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Kementerian
Pendidikan Malaysia. Semakan secara terperinci terhadap penyata dan dokumen kewangan
sekolah yang berkaitan dijalankan untuk menentukan kesahihan dan ketepatan maklumat yang
dilaporkan.
Bagi tempoh Februari 2019 sehingga Januari 2020, Bahagian ini telah mengeluarkan 8 Laporan
Khas dan 3 Laporan Aduan. Maklumat mengenai laporan yang dikeluarkan seperti di Jadual 2.
Manakala isu-isu yang dilaporkan adalah seperti di Jadual 3.
Jadual 2 Bilangan Laporan Dan Amaun Yang Terlibat
Jadual 3
Isu Yang Dilaporkan
Bil. Isu-Isu
1. Pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Sekolah tanpa kebenaran untuk tujuan
peribadi.
2. Pungutan tidak dibankkan
(contoh: sewa dan yuran makan asrama)
3.
Lebihan agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan dan bantuan Kumpulan Wang
Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) tidak diakaunkan dan dibankkan dan tidak
dikembalikan kepada KPM.
4. Pembayaran bagi perkhidmatan yang tidak dibekalkan.
LAPORAN KHAS
•8 Laporan Khas telah dikeluarkan
•6 Ketua PTJ yang terlibat
•Amaun terlibat berjumlah RM281,910
LAPORAN ADUAN
•3 Laporan Aduan telah dikeluarkan. Namun, hanya 1 aduan sahaja yang berasas.
•2 Ketua PTJ yang terlibat
BAHAGIAN 3 LAPORAN KHAS DAN LAPORAN ADUAN
BAHAGIAN 1PENGESAHAN
PENYATAKEWANGAN
SEKOLAH
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1
BAHAGIAN 1
1. PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN SEKOLAH
1.1 PENDAHULUAN
1.1.1 Peraturan 6 (a) dan (b) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002,
menghendaki Pengurus Sekolah menyediakan penyata kewangan tahunan bagi tahun
berakhir 31 Disember tiap-tiap tahun mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum.
Penyata kewangan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua PTJ dan memastikan
penyata kewangan tahunan sekolah tersebut lengkap dan seterusnya mengemukakan
kepada Bahagian Audit Sekolah (BAS) tidak lewat daripada 31 Mac tahun berikutnya.
1.1.2 Selaras dengan peruntukan peraturan-peraturan tersebut, penyata kewangan
tahunan yang disediakan perlu melaporkan semua urusniaga kewangan bagi tahun
kewangan 2018 berkaitan dengan penggunaan pemberian bantuan kerajaan dan
sumbangan wang awam. Peraturan 3 di bawah Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan
Audit) 2002, menghendaki penyata kewangan tahunan tersebut mengandungi Kunci Kira-
kira, Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran, Nota
Kepada Akaun dan penyata lain yang berkaitan.
1.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan terhadap Penyata Kewangan Sekolah bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2018
adalah untuk memberi pendapat sama ada Penyata Kewangan Sekolah di bawah Kumpulan Wang
Sekolah menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama selaras dengan Jadual (Peraturan
3) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002.
1.3 SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN
Pengauditan terhadap sistem perakaunan, rekod dan dokumen kewangan tahun 2018 telah
dijalankan secara berterusan sepanjang tahun 2019 secara semak uji, menyemak bukti yang
menyokong angka bagi memastikan penyata kewangan adalah bebas daripada kesilapan,
ketinggalan yang ketara dan pendedahan yang mencukupi.
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2
BAHAGIAN 1
2. LAPORAN SETIAUSAHA BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH MENGENAI
PENYATA KEWANGAN SEKOLAH
2.1 JENIS LAPORAN AUDIT
Terdapat 4 jenis laporan yang boleh diberikan terhadap Penyata Kewangan Sekolah daripada
pengauditan yang dijalankan. Penjelasan bagi jenis Laporan tersebut adalah seperti berikut:
2.1.1 Laporan Tanpa Teguran
Laporan ini diberi apabila juruaudit berpuas hati bahawa Penyata Kewangan Sekolah telah
disediakan dan dipersembahkan dengan benar dan saksama mengikut piawaian yang
diluluskan, diamalkan secara konsisten, seragam dan mempunyai pendedahan yang
mencukupi.
Manakala Laporan Audit Tanpa Teguran (Emphasis Of Matter) merupakan satu
perenggan yang dimasukkan di dalam Laporan Setiausaha Bahagian yang merujuk kepada
suatu perkara yang dipersembahkan/didedahkan dengan sewajarnya yang mana pada
pandangan juruaudit adalah penting dan mustahak bagi kefahaman pengguna mengenai
penyata kewangan. Contoh keadaan-keadaan di mana juruaudit boleh mengambil kira untuk
memasukkan perenggan Emphasis of Matter adalah termasuk:
• Ketidaktentuan yang berkaitan dengan outcome di masa hadapan berkaitan tindakan
mahkamah atau undang-undang yang luar biasa.
• Pemakaian/penggunaan awal standard perakaunan baru (yang dibenarkan) yang
mendahului tarikh kuat kuasanya dan mempunyai kesan menyeluruh ke atas penyata
kewangan.
• Suatu bencana besar yang memberi kesan signifikan terhadap kedudukan kewangan
sesebuah entiti.
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
3
BAHAGIAN 1
2.1.2 Laporan Audit Berteguran
Laporan ini diberi apabila juruaudit menemui perkara material dan pervasive (menyeluruh)
yang boleh menjejaskan kebenaran dan kesaksamaan Penyata Kewangan Sekolah dari
aspek prinsip perakaunan yang diguna pakai umum, konsistensi atau limitasi/had
disebabkan kekangan skop pengauditan. Pendapat Berteguran selalunya dinyatakan
dengan ungkapan “kecuali apa yang dinyatakan di perenggan” dan sebab teguran bagi
setiap syarat dan kesannya terhadap kesaksamaan Penyata Kewangan Sekolah hendaklah
dinyatakan.
2.1.3 Laporan Audit Bertentangan
Laporan ini diberi apabila juruaudit mendapati Penyata Kewangan Sekolah tidak
menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama atau tidak mematuhi prinsip
perakaunan yang diterima umum. Kesan perbezaan pendapat antara pihak pengurusan dan
Audit adalah material dan pervasive (menyeluruh) terhadap Penyata Kewangan Sekolah
dan pendapat berteguran tidak memadai untuk mendedahkan kekeliruan atau
ketidaksempurnaan Penyata Kewangan Sekolah.
2.1.4 Laporan Audit Tanpa Pendapat
Laporan ini diberi apabila pihak sekolah mengemukakan Penyata Kewangan Sekolah
dengan tidak lengkap atau tidak mengemukakan rekod/dokumen kewangan kerana musnah
akibat bencana alam, kebakaran atau kecurian. Pihak Audit tidak memperoleh bukti audit
yang mencukupi untuk memberi pendapat terhadap penyata kewangan yang dikemukakan.
Baki akhir Penyata Kewangan Sekolah tersebut akan menjadi baki awal tidak disahkan pada
Laporan Audit Penyata Kewangan tahun berikutnya.
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
4
BAHAGIAN 1
3. PENYATA KEWANGAN TAHUNAN SEKOLAH
3.1 PENYERAHAN PENYATA KEWANGAN TAHUNAN
Pada tahun 2019, sebanyak 10,202 Penyata Kewangan Sekolah bagi tahun berakhir pada
31 Disember 2018 telah dikemukakan kepada BAS bagi tujuan pengauditan dan pengesahan.
Jumlah ini telah meningkat berbanding tahun 2016 dan tahun 2017 masing-masing 10,160 dan
10,182 penyata. Bilangan Penyata Kewangan Sekolah mengikut Ketua PTJ bagi tahun 2018
berbanding dengan tahun 2016 dan 2017 adalah seperti di Jadual 3.1.
Jadual 3.1 Bilangan Penyata Kewangan Sekolah Bagi
Tahun 2016 Hingga 2018 Yang Dikemukakan Untuk Diaudit
Bil. Ketua PTJ
Bil. Penyata Kewangan Sekolah Mengikut Tahun
2016 2017 2018
1. JPN Sarawak 1,401 1,415 1,423
2. JPN Sabah 1,276 1,274 1,277
3. JPN Johor 1,129 1,131 1,133
4. JPN Perak 1,054 1,054 1,057
5. JPN Selangor 893 892 895
6. JPN Pahang 708 709 710
7. JPN Kedah 703 703 703
8. JPN Kelantan 559 559 560
9. JPN Terengganu 472 473 473
10. JPN Negeri Sembilan 442 443 443
11. JPN Pulau Pinang 374 374 375
12. JPN Melaka 293 293 293
13. JPWP Kuala Lumpur 288 288 283
14. Bhg. Pendidikan Islam 224 227 228
15. JPN Perlis 94 94 94
16. Bhg. Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
88 90 92
17. Bhg. Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
70 70 70
18. Bhg. Pendidikan Khas 34 34 34
19. JPWP Labuan 25 25 25
20. JPWP Putrajaya 24 24 24
21. Bhg. Sukan, Kokurikulum dan Kesenian 8 9 9
22. Bhg. Pengurusan Sekolah Harian 1 1 1
Jumlah 10,160 10,182 10,202
Sumber : Rekod Penyerahan Penyata Kewangan Sekolah
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
5
BAHAGIAN 1
Walau bagaimanapun, sehingga akhir tahun 2019, sebanyak 1 Penyata Kewangan Sekolah bagi
tahun berakhir pada 31 Disember 2016 masih belum dikemukakan kepada BAS kerana pihak
sekolah tidak menyediakan Penyata Kewangan Sekolah bagi tahun tersebut.
3.2 PENYATA KEWANGAN BELUM DIAUDIT
Kedudukan penyerahan Penyata Kewangan Sekolah sehingga akhir tahun 2019 mendapati 97
Penyata Kewangan Sekolah masih belum diaudit disebabkan oleh penyata/dokumen yang
dikemukakan tidak lengkap, masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dan kekangan peruntukan bagi menjalankan pengauditan. Ketua PTJ yang terlibat adalah
seperti di Jadual 3.2.
Jadual 3.2 Penyata Kewangan Sekolah Yang Belum Diaudit Hingga 31 Disember 2019
Bil. Ketua PTJ
Bil. Penyata Kewangan Sekolah Bagi Tahun
Jumlah 2015 2016 2017 2018
a b c a b c a b c a b c
1. JPN Sarawak - 1 - 1 3 1 1 3 4 2 3 59 78
2. JPN Sabah - - - 1 - - - - 3 11 - - 15
3. Bhg. Pendidikan Islam
- - - - - - - - - - - 1 1
4.
Bhg. Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
- - - - - - - - - - - 1 1
5. Bhg. Pendidikan Khas
- - - - - - - - - - - 1 1
6. JPN Melaka - - - - - - - - - 1 - - 1
Jumlah - 1 - 2 3 1 1 3 7 14 3 62 97 Sumber : Rekod Penyerahan Penyata Kewangan Sekolah
Nota: a) Penyata/Dokumen Kewangan Tidak Lengkap b) Dalam Siasatan SPRM c) Kekangan Peruntukan Bagi Menjalankan Pengauditan
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
6
BAHAGIAN 1
3.3 STATUS PENYATA YANG TERTUNGGAK BAGI TAHUN BERAKHIR PADA
31 DISEMBER 2017 YANG TELAH SELESAI DIAUDIT
Berdasarkan kepada Laporan Audit Disatukan Tahun 2018 terdapat 115 Penyata Kewangan
Sekolah belum diaudit disebabkan oleh penyata dan dokumen kewangan tidak lengkap serta
kekangan peruntukan. Walau bagaimanapun, sebanyak 104 pihak sekolah telah mengemukakan
penyata dan dokumen kewangan dengan lengkap pada tahun 2018 untuk diaudit dan status
Laporan Audit terhadap Penyata Kewangan Sekolah serta penarafan pengurusan kewangan
mengikut Ketua PTJ adalah seperti di Jadual 3.3 dan Jadual 3.4.
Jadual 3.3 Status Laporan Audit Terhadap Penyata Kewangan Sekolah Yang
Tertunggak Bagi Tahun Berakhir Pada 31 Disember 2017 Mengikut Ketua PTJ
Bil. Ketua PTJ
Bil. Penyata Kewangan Sekolah
Jumlah Tanpa
Teguran Berteguran Bertentangan
Tanpa
Pendapat
1. JPN Sarawak 52 18 - - 70
2. JPN Sabah 15 7 - - 22
3. Bhg. Pendidikan Islam 4 - - - 4
4.
Bhg. Pendidikan dan
Latihan Teknikal
Vokasional
2 1 - - 3
5. Bhg. Pengurusan Sekolah
Berasrama Penuh 2 - - - 2
6. JPN Kelantan - 2 - - 2
7. JPN Johor - 1 - - 1
Jumlah 75 29 - - 104
Sumber: Rekod Penyerahan Penyata Kewangan Sekolah
Jadual 3.4 Status Penarafan Pengurusan Kewangan Sekolah
Yang Tertunggak Bagi Tahun 2017 Mengikut Ketua PTJ
Bil. Ketua PTJ
Bil. Sekolah
Jumlah Cemerlang Baik Memuaskan
Kurang
Memuaskan
Tidak
Memuaskan
1. JPN Sarawak 2 18 37 11 2 70
2. JPN Sabah 1 1 17 2 1 22
3. Bhg. Pendidikan Islam - 1 3 - - 4
4.
Bhg. Pendidikan dan
Latihan Teknikal
Vokasional
- 1 2 - - 3
5.
Bhg. Pengurusan
Sekolah Berasrama
Penuh
- 1 1 - - 2
6. JPN Kelantan - - - - 2 2
7. JPN Johor - - - 1 - 1
Jumlah 3 22 60 14 5 104
Sumber: Rekod Penyerahan Penyata Kewangan Sekolah
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7
BAHAGIAN 1
3.4 KELEWATAN PENYERAHAN PENYATA KEWANGAN TAHUNAN
Kedudukan penyerahan Penyata Kewangan Sekolah bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2018
mendapati 60 daripada 10,202 Penyata Kewangan Sekolah lewat dikemukakan kepada BAS
dengan tempoh kelewatan antara 1 hingga 274 hari selepas 31 Mac 2019. Bilangan Penyata
Kewangan Sekolah bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2018 yang lewat dikemukakan mengikut
Ketua PTJ adalah seperti di Jadual 3.5.
Jadual 3.5 Bilangan Penyata Kewangan Sekolah
Bagi Tahun 2018 Yang Lewat Dikemuka Mengikut Ketua PTJ
Bil. Ketua PTJ
Bil. Penyata Kewangan Sekolah /
Tempoh Kelewatan (Hari)
Bil.
Keseluruhan
Penyata
Kewangan
Sekolah
1 - 30 31 - 60 61 - 90 Melebihi 90
1. JPN Sabah 12 - - 1 13
2. JPN Negeri Sembilan 4 2 - 4 10
3. JPN Melaka 2 2 2 1 7
4. JPN Kedah 5 1 - - 6
5. Bhg. Pendidikan Islam 5 - - 1 6
6. JPN Pahang 3 - 1 - 4
7. JPN Sarawak 3 - 1 - 4
8. JPWP Kuala Lumpur 1 - 2 1 4
9. JPN Pulau Pinang 1 - - 2 3
10. JPN Johor 1 - - - 1
11.
Bhg. Pendidikan dan
Latihan Teknikal
Vokasional
1 - - - 1
12. Bhg. Sukan, Kokurikulum
dan Kesenian 1 - - - 1
Jumlah 39 5 6 10 60
Sumber : Rekod Penyerahan Penyata Kewangan Sekolah
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
8
BAHAGIAN 1
3.5 LAPORAN AUDIT MENGENAI PENYATA KEWANGAN SEKOLAH
3.5.1 Pada tahun 2019, sebanyak 10,123 Penyata Kewangan Sekolah bagi tahun berakhir pada
31 Disember 2018 telah diaudit dan disahkan. Secara keseluruhannya, Laporan Audit terhadap
10,123 Penyata Kewangan Sekolah menunjukkan sebanyak 9,401 atau 92.8% penyata diberi
Laporan Audit Tanpa Teguran, 712 atau 7.0% penyata diberi Laporan Audit Berteguran, 8 atau
0.08% penyata diberi Laporan Audit Bertentangan dan 2 atau 0.02% penyata diberi Laporan Audit
Tanpa Pendapat. Kedudukan jenis Laporan Audit terhadap Penyata Kewangan Sekolah bagi tahun
2018 dan secara keseluruhan mengikut Ketua PTJ serta peratusannya adalah seperti di Jadual 3.6,
Carta 3.1 dan Jadual 3.7.
Jadual 3.6 Laporan Audit Terhadap Penyata
Kewangan Sekolah Bagi Tahun 2018 Jenis
Laporan Audit Bil. Penyata
Kewangan Sekolah Peratus
(%)
Tanpa Teguran 9,401 92.87
Berteguran 712 7.03
Bertentangan 8 0.08
Tanpa Pendapat 2 0.02
Jumlah 10,123 Sumber: Penyata Kewangan Sekolah 2018 Yang Diaudit
Carta 3.1 Peratus Laporan Audit Terhadap Penyata Kewangan Sekolah
Bagi Tahun Berakhir Pada 31 Disember 2018
Sumber: Penyata Kewangan Sekolah 2018 Yang Diaudit
Tanpa Teguran
9,401(92.87%)
Berteguran712 (7.03%)
Bertentangan8 (0.08%)
Tanpa Pendapat2 (0.02%)
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
9
BAHAGIAN 1
Jadual 3.7 Status Laporan Audit Terhadap Penyata Kewangan
Sekolah Bagi Tahun 2018 Mengikut Ketua PTJ
Bil. Ketua PTJ
Bil. Penyata Kewangan Sekolah
Jumlah Tanpa
Teguran Berteguran Bertentangan
Tanpa
Pendapat
1. JPN Sarawak 1,279 78 2 - 1,359
2. JPN Sabah 1,200 60 5 1 1,266
3. JPN Johor 1,044 89 - - 1,133
4. JPN Perak 1,020 36 - 1 1,057
5. JPN Selangor 735 160 - - 895
6. JPN Pahang 670 40 - - 710
7. JPN Kedah 637 66 - - 703
8. JPN Kelantan 555 5 - - 560
9. JPN Terengganu 465 8 - - 473
10. JPN Negeri Sembilan 409 34 - - 443
11. JPN Pulau Pinang 338 36 1 - 375
12. JPN Melaka 278 14 - - 292
13. JPWP Kuala Lumpur 252 31 - - 283
14. Bhg. Pendidikan Islam 197 30 - - 227
15. JPN Perlis 90 4 - - 94
16. Bhg. Pendidikan dan
Latihan Teknikal Vokasional 81 10 - - 91
17. Bhg. Pengurusan Sekolah
Berasrama Penuh 68 2 - - 70
18. Bhg. Pendidikan Khas 31 2 - - 33
19. JPWP Labuan 25 - - - 25
20. JPWP Putrajaya 20 4 - - 24
21. Bhg. Sukan, Kokurikulum
dan Kesenian 7 2 - - 9
22. Bhg. Pengurusan Sekolah
Harian - 1 - - 1
Jumlah 9,401 712 8 2 10,123
Sumber : Penyata Kewangan Sekolah 2018 Yang Diaudit
3.5.2 Analisis perbandingan bagi Laporan Audit yang diberi kepada Penyata Kewangan Sekolah
adalah untuk menunjukkan peningkatan dan penurunan pencapaian bagi tempoh 2 tahun iaitu tahun
2017 dan 2018. Hasil analisis menunjukkan sebanyak 9,401 penyata diberikan Laporan Audit Tanpa
Teguran pada tahun 2018 iaitu meningkat sebanyak 244 atau 2.66% berbanding 9,157 pada tahun
2017. Pada tahun 2018 juga, sebanyak 712 penyata diberi Laporan Audit Berteguran iaitu menurun
sebanyak 195 penyata atau 21.5% berbanding 907 pada tahun 2017. Analisis selanjutnya
mendapati 8 penyata diberi Laporan Audit Bertentangan, meningkat sebanyak 6 penyata atau 300%
dan 2 penyata diberi Laporan Audit Tanpa Pendapat, menurun sebanyak 4 penyata atau 66.7%.
Kedudukan perbandingan Laporan Audit terhadap Penyata Kewangan Sekolah bagi tahun 2017
dan 2018 adalah seperti di Jadual 3.8.
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10
BAHAGIAN 1
Jadual 3.8 Perbandingan Laporan Audit Terhadap Penyata Kewangan
Sekolah Bagi Tahun 2017 Dan 2018
Jenis Laporan
Audit
Bil. Penyata Kewangan
Sekolah Perubahan
2017 2018 Bilangan
Penyata
Peratus
(%)
Tanpa Teguran 9,157 9,401 244 2.66
Berteguran 907 712 -195 -21.50
Bertentangan 2 8 6 300
Tanpa Pendapat 6 2 -4 -66.67
Jumlah 10,072 10,123
Sumber: Penyata Kewangan Sekolah Tahun 2017 Dan 2018 Yang Diaudit
3.5.3 Analisis terhadap 10,202 penyata kewangan sekolah pada tahun 2018 berbanding tahun
2017 adalah untuk menunjukkan prestasi perubahan jenis Laporan Audit yang diberikan kepada
penyata kewangan untuk 2 tahun berkenaan. Hasil analisis menunjukkan pada tahun 2018,
sebanyak 8,656 atau 94.5% daripada 9,157 penyata yang diberikan Laporan Audit Tanpa Teguran
pada tahun 2017 mengekalkan Laporan Audit Tanpa Teguran. Manakala, 250 atau 0.2% daripada
907 penyata pada tahun 2017 yang diberikan Laporan Audit Berteguran pula mengekalkan Laporan
Audit Berteguran. Selain itu, sebanyak 636 atau 70.1% daripada 907 penyata pada tahun 2017
berubah daripada Laporan Audit Berteguran kepada Laporan Audit Tanpa Teguran. Analisis
selanjutnya mendapati pada tahun 2018, sebanyak 449 atau 4.9% daripada 9,157 penyata pada
tahun 2017 berubah daripada Laporan Audit Tanpa Teguran kepada Laporan Audit Berteguran.
Manakala bagi Laporan Audit Tanpa Teguran yang berubah kepada Laporan Audit Tanpa Pendapat
melibatkan 2 atau 0.02% daripada 9,157 penyata pada tahun 2017 dan Laporan Audit Berteguran
yang berubah kepada Laporan Audit Bertentangan melibatkan 2 atau 0.22% daripada 907 penyata
pada tahun 2017. Kedudukan perubahan jenis Laporan Audit yang diberikan kepada penyata
kewangan sekolah bagi tahun 2017 dan 2018 adalah seperti di Jadual 3.9.
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
11
BAHAGIAN 1
Jadual 3.9 Prestasi Perubahan Jenis Laporan Audit Terhadap
Penyata Kewangan Bagi Tahun 2017 dan 2018
Jenis Laporan Audit Prestasi
Perubahan
Jenis
Laporan
Audit
Peratus
(%)
2017 2018
Daripada
Bil.
Penyata
Kewangan
Sekolah
Kepada
Bil.
Penyata
Kewangan
Sekolah
Tanpa Teguran 9,157
Tanpa Teguran 8,656 Kekal 94.53
Berteguran 449 Berubah 4.90
Tanpa Pendapat 2 Berubah 0.02
Berteguran 907
Tanpa Teguran 636 Berubah 70.12
Berteguran 250 Kekal 27.56
Bertentangan 2 Berubah 0.22
Bertentangan 2 Tanpa Teguran 1 Berubah 50.00
Berteguran 1 Berubah 50.00
Tanpa Pendapat 6 Bertentangan 6 Berubah 100.00
Tidak Berkenaan
(Sekolah Baru Beroperasi, Penyata Kewangan Bagi Tahun
2017 Dan 2018 Belum Disijilkan)
199
Jumlah 10,202
Sumber: Penyata Kewangan Sekolah Tahun 2017 Dan 2018 Yang Diaudit
3.5.4 Secara keseluruhannya, prestasi Laporan Audit terhadap Penyata Kewangan Sekolah bagi
tahun berakhir pada 31 Disember 2018 adalah bertambah baik berbanding tahun 2017 dengan
peningkatan Laporan Audit Tanpa Teguran dan penurunan Laporan Audit Berteguran yang diterima
oleh pihak sekolah.
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
12
BAHAGIAN 1
3.5.5 Hasil analisis Audit terhadap perubahan Laporan Audit yang diberikan kepada Penyata
Kewangan Sekolah bagi tahun 2018 berbanding tahun 2017 mengikut 22 Ketua PTJ adalah seperti
di Jadual 3.10.
Jadual 3.10 Prestasi Perubahan Laporan Audit Terhadap Penyata Kewangan
Sekolah Bagi Tahun 2017 Dan 2018 Mengikut Ketua PTJ
Bil. Ketua PTJ
Jenis Laporan Audit Prestasi
Perubahan
Jenis
Laporan
Audit
Peratus
(%)
2017 2018
Daripada
Bil. Penyata
Kewangan
Sekolah
Kepada
Bil. Penyata
Kewangan
Sekolah
1. JPN Sarawak Tanpa
Teguran
1,179 Tanpa Teguran 1,095 Kekal 92.87
Berteguran 48 Berubah 4.07
Berteguran 157 Tanpa Teguran 117 Berubah 74.52
Berteguran 24 Kekal 15.29
Bertentang
an
2 Tanpa Teguran 1 Berubah 50.00
Berteguran 1 Berubah 50.00
Tanpa
Pendapat
2 Bertentangan 2
Berubah 100.00
Jumlah 1,340
2. JPN Sabah Tanpa
Teguran
1,163 Tanpa Teguran 1,124 Kekal 96.65
Berteguran 34 Berubah 2.92
Tanpa Pendapat 1 Berubah 0.08
Berteguran 84 Tanpa Teguran 58 Berubah 69.05
Berteguran 23 Kekal 27.38
Bertentangan 1 Berubah 1.19
Tanpa
Pendapat 4 Bertentangan 4 Berubah 100.00
Jumlah 1,251
3. JPN Johor Tanpa
Teguran
1,003 Tanpa Teguran 948 Kekal 94.52
Berteguran 55 Berubah 5.48
Berteguran 127 Tanpa Teguran 94 Berubah 74.02
Berteguran 33 Kekal 25.98
Jumlah 1,130
4. JPN Perak Tanpa
Teguran
1,025 Tanpa Teguran 993 Kekal 96.88
Berteguran 31 Berubah 3.02
Tanpa Pendapat 1 Berubah 0.10
Berteguran 29 Tanpa Teguran 24 Berubah 82.76
Berteguran 5 Kekal 17.24
Jumlah 1,054
5. JPN Selangor Tanpa
Teguran
756 Tanpa Teguran 652 Kekal 86.24
Berteguran 104 Berubah 13.76
Berteguran 136 Tanpa Teguran 81 Berubah 59.56
Berteguran 55 Kekal 40.44
Jumlah 892
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
13
BAHAGIAN 1
Bil. Ketua PTJ
Jenis Laporan Audit Prestasi
Perubahan
Jenis
Laporan
Audit
Peratus
(%)
2017 2018
Daripada
Bil. Penyata
Kewangan
Sekolah
Kepada
Bil. Penyata
Kewangan
Sekolah
6. JPN Pahang Tanpa
Teguran
662 Tanpa Teguran 635 Kekal 95.92
Berteguran 27 Berubah 4.08
Berteguran 47 Tanpa Teguran 34 Berubah 72.34
Berteguran 13 Kekal 27.66
Jumlah 709
7. JPN Kedah Tanpa
Teguran
634 Tanpa Teguran 587 Kekal 92.59
Berteguran 47 Berubah 7.41
Berteguran 69 Tanpa Teguran 50 Berubah 72.46
Berteguran 19 Kekal 27.54
Jumlah 703
8. JPN Kelantan Tanpa
Teguran
542 Tanpa Teguran 539 Kekal 99.45
Berteguran 3 Berubah 0.55
Berteguran 15 Tanpa Teguran 15 Berubah 100.00
Jumlah 557
9. JPN
Terengganu
Tanpa
Teguran
458 Tanpa Teguran 454 Kekal 99.13
Berteguran 4 Berubah 0.87
Berteguran 15 Tanpa Teguran 11 Berubah 73.33
Berteguran 4 Kekal 26.67
Jumlah 473
10. JPN Negeri
Sembilan
Tanpa
Teguran
415 Tanpa Teguran 395 Kekal 95.18
Berteguran 20 Berubah 4.82
Berteguran 28 Tanpa Teguran 14 Berubah 50.00
Berteguran 14 Kekal 50.00
Jumlah 443
11. JPN Pulau
Pinang
Tanpa
Teguran
313 Tanpa Teguran 287 Kekal 91.69
Berteguran 26 Berubah 8.31
Berteguran 61 Tanpa Teguran 50 Berubah 81.97
Berteguran 10 Kekal 16.39
Bertentangan 1 Berubah 1.64
Jumlah 374
12. JPN Melaka Tanpa
Teguran
272 Tanpa Teguran 269 Kekal 98.90
Berteguran 3 Berubah 1.10
Berteguran 21 Tanpa Teguran 9 Berubah 42.86
Berteguran 11 Kekal 52.38
Jumlah 293
13. JPWP Kuala
Lumpur
Tanpa
Teguran
249 Tanpa Teguran 224 Kekal 89.96
Berteguran 18 Berubah 7.23
Berteguran 39 Tanpa Teguran 26 Berubah 66.67
Berteguran 13 Kekal 33.33
Jumlah 288
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
14
BAHAGIAN 1
Bil. Ketua PTJ
Jenis Laporan Audit Prestasi
Perubahan
Jenis
Laporan
Audit
Peratus
(%)
2017 2018
Daripada
Bil. Penyata
Kewangan
Sekolah
Kepada
Bil. Penyata
Kewangan
Sekolah
14. Bhg.
Pendidikan
Islam
Tanpa
Teguran
187 Tanpa Teguran 169 Kekal 90.37
Berteguran 17 Berubah 9.09
Berteguran 36 Tanpa Teguran 23 Berubah 63.89
Berteguran 13 Kekal 36.11
Jumlah 223
15. JPN Perlis Tanpa
Teguran
87 Tanpa Teguran 84 Kekal 96.55
Berteguran 3 Berubah 3.45
Berteguran 7 Tanpa Teguran 6 Berubah 85.71
Berteguran 1 Kekal 14.29
Jumlah 94
16. Bhg.
Pendidikan
dan Latihan
Teknikal
Vokasional
Tanpa
Teguran
63 Tanpa Teguran 60 Kekal 95.24
Berteguran 2 Berubah 3.17
Berteguran 24 Tanpa Teguran 16 Berubah 66.67
Berteguran 8 Kekal 33.33
Jumlah 87
17. Bhg.
Pengurusan
Sekolah
Berasrama
Penuh
Tanpa
Teguran
63 Tanpa Teguran 62 Kekal 98.41
Berteguran 1 Berubah 1.59
Berteguran 5 Tanpa Teguran 4 Berubah 80.00
Berteguran 1 Kekal 20.00
Jumlah 68
18. Bhg.
Pendidikan
Khas
Tanpa
Teguran
31 Tanpa Teguran 29 Kekal 93.55
Berteguran 1 Berubah 3.23
Berteguran 3 Tanpa Teguran 2 Berubah 66.67
Berteguran 1 Kekal 33.33
Jumlah 34
19. JPWP Labuan Tanpa
Teguran
25 Tanpa Teguran 25 Kekal 100.00
Jumlah 25
20. JPWP
Putrajaya
Tanpa
Teguran
23 Tanpa Teguran 19 Kekal 82.61
Berteguran 4 Berubah 17.39
Berteguran 1 Tanpa Teguran 1 Berubah 100.00
Jumlah 24
21. Bhg. Sukan,
Kokurikulum
dan Kesenian
Tanpa
Teguran
7 Tanpa Teguran 6 Kekal 85.71
Berteguran 1 Berubah 14.29
Berteguran 2 Tanpa Teguran 1 Berubah 50.00
Berteguran 1 Kekal 50.00
Jumlah 9
22. Bhg.
Pengurusan
Sekolah Harian
Berteguran 1 Berteguran 1 Kekal 100.00
Jumlah 1
Sumber : Penyata Kewangan Sekolah 2017 dan 2018 Yang Diaudit
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
15
BAHAGIAN 1
3.5.6 Laporan Audit Berteguran
3.5.6.1 Isu Kepada Laporan Audit Berteguran
i. Penyata Kewangan Sekolah
Penemuan Audit terhadap isu Penyata Kewangan Sekolah bagi tahun berakhir pada 31
Disember 2018 adalah seperti di Jadual 3.11.
Jadual 3.11 Laporan Audit Berteguran –
Penyata Kewangan Mengikut Ketua PTJ
Bil. Ketua PTJ Bil. Penyata Kewangan Sekolah
a b c d e
1. JPN Pahang 4 2 3 1 -
2. JPN Sarawak 4 15 13 15 6
3. JPN Melaka 7 3 - 14 -
4. JPN Sabah 13 - 1 - 3
5. JPN Negeri Sembilan
10 4 1 - -
6. JPN Selangor - 18 26 102 -
7. JPN Kedah 6 1 8 1 -
8. JPN Johor 1 8 5 7 24
9. JPN Terengganu - 1 3 3 -
10. Bhg. Pendidikan Islam
6 2 3 7 1
11. Bhg. Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
1 - 1 3 1
12. JPN Perak - - - 6 2
13. JPN Kelantan - 2 - - -
14. JPN Perlis - 1 - - -
15. JPWP Putrajaya - - - 2 -
16. Bhg. Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
- - 1 - -
17. JPN Pulau Pinang 3 6 - - 11
18. JPWP Kuala Lumpur 4 2 - 11 -
19. Bhg. Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
1 - - - -
Jumlah 60 65 65 172 48
Sumber : Penyata Kewangan Sekolah Tahun 2018 Yang Diaudit
Nota: a) Penyata Kewangan Lewat Dikemukakan b) Penyata Kewangan Tidak Seimbang c) Baki Awal Penyata Kewangan Tidak Mengikut Baki Diaudit d) e)
Kesilapan Mengisytihar Amaun Di Penyata Kewangan Penyata Kewangan Tidak Tepat
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
16
BAHAGIAN 1
ii. Dokumen/Rekod Kewangan Dikemukakan Tidak Lengkap
Pengurus Sekolah adalah bertanggungjawab menyedia dan mengemukakan semua
dokumen/rekod kewangan kepada BAS untuk tujuan pengauditan. Dokumen/rekod
kewangan berkenaan hendaklah disediakan dengan lengkap, sempurna dan kemas kini.
Penemuan Audit terhadap isu penghantaran dokumen/rekod kewangan dilaporkan mengikut
Ketua PTJ seperti di Jadual 3.12.
Jadual 3.12 Laporan Audit Berteguran –
Dokumen/Rekod Kewangan Dikemukakan Tidak Lengkap Mengikut Ketua PTJ
Bil. Ketua PTJ Bil. Penyata
Kewangan Sekolah
1. JPN Sabah 11
2. JPN Sarawak 3
3. JPN Melaka 1
Jumlah 15
Sumber : Penyata Kewangan Sekolah Tahun 2018 Yang Diaudit
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
17
BAHAGIAN 1
iii. Terimaan
Terimaan adalah wang yang diperoleh oleh pihak sekolah daripada Kerajaan atau orang
awam dalam bentuk wang tunai, cek, kiriman wang atau pindahan dana elektronik. Semua
terimaan hendaklah diperakaunkan dan dibankkan mengikut peraturan yang telah
ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya kehilangan wang, kecuaian atau penyelewengan.
Penemuan Audit terhadap isu terimaan dilaporkan mengikut Ketua PTJ seperti di Jadual
3.13.
Jadual 3.13 Laporan Audit Berteguran –
Isu Mengenai Terimaan Mengikut Ketua PTJ
Bil. Ketua PTJ
a b c d e
Bil. Amaun
(RM) Bil.
Amaun (RM)
Bil. Amaun
(RM) Bil.
Amaun (RM)
Bil. Amaun
(RM)
1. JPN Sarawak 11 44,914 1 18,443 1 220 - - 3 100,669
2. JPN Selangor 9 19,926 4 23,140 3 18,925 - - - -
3. JPN Kedah 22 30,669 - - 1 25 1 25 - -
4. Bhg. Pendidikan Islam 2 195,642 1 4,080 3 39,717 4 29,370 - -
5. JPWP Kuala Lumpur 9 19,204 5 22,380 3 12,789 1 940 - -
6. JPN Sabah 5 43,795 1 5,660 3 25,097 1 497 1 1,498
7. JPN Johor 9 11,917 2 4,720 7 64,930 7 64,930 - -
8. JPN Negeri Sembilan - - 22 26,990 1 450 - - 1 122,249
9. JPN Pahang 9 21,650 - - 1 3,400 - - - -
10. JPN Perak 10 46,606 - - - - 2 69,845 - -
11. JPN Pulau Pinang 2 22,611 - - 16 105,789 16 105,789 - -
12. JPN Melaka 1 19,550 - - - - - - 1 1,980
13. JPN Perlis 2 2,300 - - - - - - - -
14. Bhg. Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
3 15,200 - - 1 4,500 1 4,500 - -
15. JPWP Putrajaya 1 500 - - - - - - - -
Jumlah 95 494,484 36 105,413 40 275,842 33 275,896 6 226,396
Sumber : Penyata Kewangan Sekolah Tahun 2018 Yang Diaudit
Nota: a) Akaun Belum Terima Tidak Diisytihar
b) Akaun Belum Terima Terkurang/Terlebih Isytihar
c) Pungutan Tidak Dibankkan
d) Pungutan Tidak Diperakaunkan
e) Kutipan/Terimaan Tidak Dikeluarkan Resit
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
18
BAHAGIAN 1
iv. Bayaran
Pembayaran hendaklah dibuat mengikut peraturan yang ditetapkan dan diperakaunkan
dengan tepat dan teratur. Semua pembayaran yang dilakukan oleh sekolah hendaklah
disokong dengan baucar bayaran serta dokumen sokongan lengkap. Pengurus Sekolah
bertanggungjawab memastikan bayaran wang awam dibayar kepada penerima yang sah
dan semua bil/invois/tuntutan dijelaskan tanpa kelewatan. Penemuan Audit terhadap isu
bayaran dilaporkan mengikut Ketua PTJ seperti di Jadual 3.14.
Jadual 3.14 Laporan Audit Berteguran –
Isu Mengenai Bayaran Mengikut Ketua PTJ
Sumber : Penyata Kewangan Sekolah Tahun 2018 Yang Diaudit
Bil. Ketua PTJ
a b c d e
Bil. Amaun
(RM) Bil.
Amaun (RM)
Bil. Amaun
(RM) Bil.
Amaun (RM)
Bil. Amaun
(RM)
1. JPN Sarawak 19 63,704 6 124,667 31 309,360 2 14,940 5 20,500
2. JPN Selangor 9 46,866 4 31,185 3 7,007 25 210,030 26 70,873
3. JPN Sabah 8 103,961 29 775,655 32 2,163,626 3 304,047 2 5,600
4. JPN Terengganu 5 15,139 2 7,144 1 2,108 - - - -
5. JPN Johor 17 194,306 13 43,686 7 159,685 17 44,138 - -
6. JPN Pahang 4 3,428 2 12,382 8 152,854 4 12,156 11 28,659
7. JPN Kedah - - 12 150,524 39 279,582 - - - -
8. Bhg. Pendidikan Islam 4 284,677 5 15,957 3 97,558 4 2,650 1 514
9. JPN Perak 2 992 5 13,301 4 9,355 2 1,887 11 43,733
10. JPN Kelantan - - 1 3,008 2 187,583 - - - -
11. JPN Negeri Sembilan 16 57,868 1 13,586 1 54,919 - - 1 5,450
12. JPN Pulau Pinang - - 2 4,995 - - - - - -
13. JPN Melaka 2 11,800 - - 6 284,160 - - - -
14. JPWP Kuala Lumpur 2 14,076 3 31,066 6 123,100 3 15,246 - -
15. JPN Perlis - - - - 1 1,600 - - - -
16. Bhg. Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
- - 1 8,060 2 23,701 2 9,200 1 888
17. Bhg. Pendidikan Khas 1 136 - - - - - - 1 210
18. Bhg. Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
1 600 1 13,420 - - - - - -
19. JPWP Putrajaya 1 118,000 1 23,532 - - - - - -
20. Bhg. Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
- - - - - - 1 5,510 - -
21. Bhg. Pengurusan Sekolah Harian
- - 1 1,550 1 23,760 1 1,000 - -
Jumlah 91 915,553 89 1,273,718 147 3,879,958 64 620,804 59 176,427
Nota: a) Akaun Belum Bayar Tidak Diisytihar d) Pembayaran Sebelum Perkhidmatan Disempurnakan
b) Pembayaran Tanpa Bil/Invois e) Cek Dibuka Palang
c) Pembayaran Tanpa Dokumen Sokongan Asal
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
19
BAHAGIAN 1
3.5.7 Laporan Audit Bertentangan
Bilangan dan isu kepada Laporan Audit Bertentangan terhadap Penyata Kewangan Sekolah bagi
tahun berakhir pada 31 Disember 2018 mengikut Ketua PTJ adalah seperti di Jadual 3.15.
Jadual 3.15 Isu Bagi Laporan Audit Bertentangan Bagi Tahun 2018 Mengikut Ketua PTJ
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah
Bil. Penyata
Kewangan Sekolah
a b c
1. JPN Sabah 5 - 1 4
2. JPN Sarawak 2 - 2 -
3. JPN Pulau Pinang 1 1 - -
Jumlah 8 1 3 4
Sumber : Penyata Kewangan Sekolah Tahun 2018 Yang Diaudit
Nota:
3.5.8 Laporan Audit Tanpa Pendapat
Laporan Audit Tanpa Pendapat dikeluarkan apabila pihak sekolah tidak mengemukakan Penyata
Kewangan Sekolah dengan lengkap atau tidak mengemukakan rekod/dokumen kewangan kerana
musnah akibat bencana alam seperti banjir dan kebakaran serta kecurian. Sebanyak 2 Penyata
Kewangan Sekolah bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2018 tidak dapat diaudit kerana rekod
kewangan tahun 2018 musnah/hilang disebabkan oleh kebakaran berbanding 6 Penyata Kewangan
Sekolah bagi rekod kewangan tahun 2017. Bilangan Ketua PTJ terlibat seperti di Jadual 3.16.
Jadual 3.16 Bilangan Sekolah Rekod/Dokumen Kewangan
Musnah Mengikut Ketua PTJ Bagi Tempoh 3 Tahun
Bil. Ketua PTJ
Bil. Penyata Kewangan Sekolah Mengikut Tahun
2016 2017 2018
a b a b a b
1. JPN Sabah - - 3 1 1 -
2. JPN Sarawak 1 1 - 2 - -
3. JPN Perak - - - - 1 -
Jumlah 1 1 3 3 2 -
Sumber : Penyata Kewangan Sekolah Tahun 2018 Yang Diaudit
Nota:
a) Kebakaran
b) Banjir
a) Baki Awal Penyata Kewangan Tidak Dapat Disahkan b) Baki Awal (Penyata Kewangan Tahun Lalu Tidak Dapat Disahkan) c) Penyata Kewangan Tidak Seimbang
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
20
BAHAGIAN 1
4. KESIMPULAN
4.1 Berdasarkan Laporan Audit Berteguran yang dikeluarkan oleh BAS, Ketua PTJ dan
Pengurus Sekolah hendaklah mengambil langkah proaktif bagi memantapkan lagi
penyediaan dan persembahan penyata mengikut piawaian perakaunan yang diterima umum
dan pengurusan kewangan mengikut peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.
Ketua PTJ hendaklah menjalankan pemantauan terhadap pengurusan kewangan sekolah
secara berterusan serta menganjurkan kursus pengurusan kewangan secara berkala
kepada Pengurus Sekolah, Pembantu Tadbir Kewangan dan Pembantu Tadbir Sekolah.
4.2 Bagi sekolah yang menerima Laporan Audit Tanpa Pendapat disebabkan rekod kewangan
musnah dalam kebakaran, disyorkan agar semua Pengurus Sekolah mengambil langkah
pencegahan yang sewajarnya untuk meminimumkan risiko kemusnahan rekod dan
dokumen kewangan.
BAHAGIAN 2PENGURUSAN
KEWANGANSEKOLAH
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
21
BAHAGIAN 2
5. PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH BAGI TAHUN 2018
5.1 LATAR BELAKANG
Arahan Perbendaharaan merupakan peraturan kewangan dan perakaunan utama dalam
pengurusan kewangan Kerajaan. Ianya mengandungi arahan-arahan mengenai pengurusan
belanjawan, hasil, perbelanjaan, perolehan dan Aset Awam. Manakala Tatacara Pengurusan
Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (TPPKWS) telah menetapkan tanggungjawab Pengurus
Sekolah adalah bagi menjamin wujudnya akauntabiliti dalam pengurusan kewangan sekolah. Setiap
Pengurus Sekolah adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua urusan berkaitan
pengurusan peruntukan bantuan persekolahan, terimaan, bayaran dan pengurusan aset serta stor
dibuat mengikut arahan dan peraturan yang ditetapkan.
5.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN
Bagi membolehkan penarafan tahap pengurusan kewangan sekolah, pengauditan dijalankan untuk
memastikan sama ada:
5.2.1 Wujudnya struktur dan sistem pengurusan kewangan yang berkesan.
5.2.2 Wujudnya sistem kawalan dalaman yang mantap.
5.2.3 Pengurusan kewangan dibuat mengikut undang-undang dan peraturan yang
ditetapkan.
5.2.4 Rekod yang berkaitan diselenggara dengan lengkap dan kemaskini.
5.3 SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN
Pada tahun 2018, pengauditan pengurusan kewangan sekolah secara persampelan telah
dijalankan terhadap 10,117 daripada 10,123 sekolah bagi tujuan membuat penilaian terhadap
kawalan pengurusan, kawalan terimaan, kawalan perbelanjaan, dan pengurusan aset serta stor
dengan menyemak rekod dan dokumen kewangan bagi tahun 2018. Pengauditan pengurusan
kewangan tidak dapat dijalankan terhadap 6 sekolah kerana sekolah tidak beroperasi bermula tahun
2018 dan rekod/dokumen kewangan musnah disebabkan bencana alam, kebakaran, banjir atau
kecurian.
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
22
BAHAGIAN 2
6. PENARAFAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH
6.1 Penarafan mengikut tahap pengurusan kewangan sekolah bagi membantu sekolah
berusaha meningkatkan tahap pengurusan kewangan sekolah seperti di Jadual 6.1.
Jadual 6.1 Jenis Penarafan Pengurusan Kewangan
TAHAP MARKAH (%) PENARAFAN
Cemerlang 95.0 – 100
Baik 85.0 – 94.9
Memuaskan 70.0 – 84.9
Kurang Memuaskan 50.0 – 69.9
Tidak Memuaskan 49.9 ke bawah
i. Pengurusan Kewangan - Cemerlang
Diberi apabila pihak sekolah telah mematuhi semua peraturan kewangan.
ii. Pengurusan Kewangan - Baik
Diberi apabila pihak sekolah telah mematuhi semua peraturan kewangan kecuali perkara
yang tidak menjejaskan penyata kewangan dan tindakan pembetulan telah diambil.
iii. Pengurusan Kewangan - Memuaskan
Diberi apabila berlaku ketidakpatuhan kepada beberapa perkara berkaitan pengurusan
kewangan tetapi tidak melebihi tahap material yang ditetapkan.
iv. Pengurusan Kewangan - Kurang Memuaskan
Diberi apabila pihak sekolah tidak mematuhi peraturan dalam urusan kewangan sekolah
seperti pungutan lewat dibankkan, pungutan tanpa kelulusan dan rekod kewangan tidak
diselenggara dengan lengkap dan kemas kini.
v. Pengurusan Kewangan - Tidak Memuaskan
Diberi jika pihak sekolah didapati gagal mematuhi peraturan kewangan yang ditetapkan
dan memberi implikasi kewangan yang serius dan ketara kepada sekolah. Perkara yang
dimaksudkan adalah seperti pungutan tidak dibankkan, pembayaran tanpa baucar, Akaun
Belum Terima dan Akaun Belum Bayar serta Kumpulan Wang Terkumpul berbaki defisit
pada akhir tahun kewangan.
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
23
BAHAGIAN 2
6.2 Pada tahun 2019, pengauditan pengurusan kewangan secara persampelan telah
dilaksanakan di 10,117 sekolah berbanding 10,059 sekolah pada tahun 2016. Daripada 10,117
sekolah yang diaudit, sebanyak 2,799 atau 27.7% diberi penarafan pengurusan kewangan
Cemerlang, sementara 4,557 atau 45% di tahap Baik, manakala 2,485 atau 24.6% di tahap
Memuaskan. Selain itu, sebanyak 238 atau 2.4% di tahap Kurang Memuaskan dan 38 atau 0.4% di
tahap Tidak Memuaskan. Bilangan sekolah berdasarkan tahap pengurusan kewangan mengikut
Ketua PTJ dan peratusan penarafan pengurusan kewangan seperti di Jadual 6.2, Carta 6.1 dan
Jadual 6.3.
Jadual 6.2 Penarafan Pengurusan Kewangan Sekolah
Bagi Tahun 2018 Tahap Pengurusan Kewangan Sekolah
Bil. Sekolah Peratus
(%)
Cemerlang 2,799 27.67
Baik 4,557 45.04
Memuaskan 2,485 24.56
Kurang Memuaskan 238 2.35
Tidak Memuaskan 38 0.38
Jumlah 10,117 Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
Carta 6.1 Peratusan Penarafan Pengurusan Kewangan Bagi Tahun 2018
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
Cemerlang2,799 (27.67%)
Baik 4,557 (45.04%)
Memuaskan 2,485 (24.56%)
Kurang Memuaskan 238 (2.35%)
Tidak Memuaskan 38 (0.37%)
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
24
BAHAGIAN 2
Jadual 6.3 Penarafan Pengurusan Kewangan Sekolah
Bagi Tahun 2018 Mengikut Ketua PTJ
Bil. Ketua PTJ
Bil. Sekolah
Jumlah Tahap Pengurusan Kewangan
Cemerlang Baik Memuaskan Kurang
Memuaskan Tidak
Memuaskan
1. JPN Sarawak 352 601 383 19 3 1,358
2. JPN Sabah 570 360 273 46 16 1,265
3. JPN Johor 102 658 342 26 5 1,133
4. JPN Perak 366 540 141 9 - 1,056
5. JPN Selangor 223 416 228 28 - 895
6. JPN Pahang 199 392 110 8 1 710
7. JPN Kedah 231 330 115 24 3 703
8. JPN Kelantan 246 241 67 6 - 560
9. JPN Terengganu 144 260 60 8 1 473
10. JPN Negeri Sembilan 113 205 106 14 5 443
11. JPN Pulau Pinang 34 89 238 14 - 375
12. JPN Melaka 7 54 217 13 1 292
13. JPWP Kuala Lumpur 118 127 29 6 - 280
14. Bhg. Pendidikan Islam 28 98 86 13 2 227
15. JPN Perlis 8 74 12 - - 94
16. Bhg. Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
6 45 38 1 1 91
17. Bhg. Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
14 34 21 1 - 70
18. Bhg. Pendidikan Khas 8 16 9 - - 33
19. JPWP Labuan 19 5 1 - - 25
20. JPWP Putrajaya 10 8 6 - - 24
21. Bhg. Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
1 4 3 1 - 9
22. Bhg. Pengurusan Sekolah Harian
- - - 1 - 1
Jumlah 2,799 4,557 2,485 238 38 10,117 Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
6.3 Secara keseluruhannya, prestasi pengurusan kewangan bagi 10,117 sekolah yang diberi
penarafan pada tahun 2018 adalah bertambah baik berbanding pada tahun 2017. Pada tahun 2018,
sebanyak 2,799 sekolah mencapai tahap Cemerlang iaitu meningkat sebanyak 1,044 atau 59.5%
berbanding 1,755 pada tahun 2017. Peningkatan berlaku walaupun pada tahun 2018 jumlah
sekolah yang diaudit bertambah sebanyak 58 daripada 10,059 kepada 10,117 sekolah pada tahun
2017. Prestasi pengurusan kewangan meningkat bagi 10,117 sekolah yang mendapat penarafan
Cemerlang untuk tahun 2018 berbanding tahun 2017 dari aspek bilangan sekolah dan peratusan.
Manakala, sekolah yang mencapai tahap Baik menurun sebanyak 270 atau 5.6% daripada 4,827
kepada 4,557 pada tahun 2018. Bilangan sekolah yang mencapai tahap Memuaskan juga menurun
sebanyak 713 atau 22.3% daripada 3,198 kepada 2,485 berbanding pada tahun 2017. Selain itu,
bilangan sekolah yang mencapai tahap Kurang Memuaskan meningkat sebanyak 22 atau 10.2%
daripada 216 kepada 238 dan bilangan sekolah yang mencapai tahap Tidak Memuaskan pula
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
25
BAHAGIAN 2
menurun sebanyak 25 daripada 63 kepada 38 pada tahun 2018. Kedudukan pencapaian tahap
prestasi pengurusan kewangan sekolah bagi tahun 2017 dan 2018 secara keseluruhan adalah
seperti di Jadual 6.4.
Jadual 6.4 Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Sekolah
Bagi Tahun 2017 dan 2018
Tahap Penarafan Bil. Sekolah
Perubahan (%) 2017 2018
Cemerlang 1,755 2,799 1,044 59.49
Baik 4,827 4,557 -270 -5.59
Memuaskan 3,198 2,485 -713 -22.29
Kurang Memuaskan 216 238 22 10.18
Tidak Memuaskan 63 38 -25 -39.68
Jumlah 10,059 10,117 58
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2017 dan 2018
6.4 Analisis terhadap 10,202 sekolah pada tahun 2018 berbanding tahun 2017 adalah untuk
menunjukkan prestasi perubahan penarafan pengurusan kewangan sekolah untuk 2 tahun
berkenaan. Hasil analisis mendapati pada tahun 2018, sebanyak 1,267 atau 72.2% daripada 1,755
sekolah pada tahun 2017 mengekalkan tahap Cemerlang dan 2,793 atau 57.9% daripada 4,827
sekolah pada tahun 2017 mengekalkan tahap Baik serta 1,551 atau 48.5% daripada 3,198 sekolah
pada tahun 2017 mengekalkan tahap Memuaskan. Pada tahun 2018 juga, sebanyak 13 atau
20.63% daripada 63 sekolah pada tahun 2017 mengekalkan tahap Tidak Memuaskan. Selain itu,
pada tahun 2018 sebanyak 6 atau 28.6% daripada 216 sekolah pada tahun 2017 berubah daripada
tahap Kurang Memuaskan kepada Cemerlang, sebanyak 222 atau 6.9% daripada 3,198 sekolah
pada tahun 2017 berubah daripada tahap Memuaskan kepada Cemerlang dan 1,254 atau 39.21%
daripada 3,198 sekolah pada tahun 2017 berubah daripada tahap Memuaskan kepada Baik.
Analisis selanjutnya mendapati pada tahun 2018 hanya 4 atau 0.08% daripada 4,827 sekolah pada
tahun 2017 berubah daripada tahap Baik kepada Tidak Memuaskan dan 2 atau 0.11% daripada
1,755 sekolah pada tahun 2017 berubah daripada tahap Cemerlang kepada Kurang Memuaskan.
Kedudukan prestasi perubahan penarafan pengurusan kewangan sekolah bagi tahun 2018
berbanding tahun 2017 adalah seperti di Jadual 6.5.
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
26
BAHAGIAN 2
Jadual 6.5 Prestasi Tahap Penarafan Pengurusan Kewangan Sekolah
Bagi Tahun 2017 dan 2018
Tahap Penarafan Prestasi Tahap
Penarafan
Peratus (%)
2017 2018
Daripada Bil.
Sekolah Kepada
Bil.
Sekolah
Cemerlang 1,755
Cemerlang 1,267 Kekal 72.19
Baik 421 Berubah 23.98
Memuaskan 63 Berubah 3.58
Kurang
Memuaskan 2 Berubah 0.11
Baik 4,827
Cemerlang 1,286 Berubah 26.64
Baik 2,793 Kekal 57.86
Memuaskan 684 Berubah 0.75
Kurang
Memuaskan 36 Berubah 0.75
Tidak
Memuaskan 4 Berubah 0.08
Memuaskan 3,198
Cemerlang 222 Berubah 6.94
Baik 1,254 Berubah 39.21
Memuaskan 1,551 Kekal 48.49
Kurang
Memuaskan 126 Berubah 3.94
Tidak
Memuaskan 13 Berubah 0.41
Kurang
Memuaskan 216
Cemerlang 6 Berubah 28.57
Baik 39 Berubah 185.71
Memuaskan 104 Berubah 48.15
Kurang
Memuaskan 53 Kekal 252.38
Tidak
Memuaskan 6 Berubah 2.78
Tidak Memuaskan 63
Cemerlang 1 Berubah 1.59
Baik 4 Berubah 6.34
Memuaskan 28 Berubah 44.44
Kurang
Memuaskan 15 Berubah 23.81
Tidak
Memuaskan 13 Kekal 20.63
Tidak Berkenaan (Laporan Audit Tanpa Pendapat, Sekolah Tidak Beroperasi, Sekolah Baru Beroperasi, Pengurusan Kewangan Bagi Tahun 2017 Dan 2018 Belum Diberi Penarafan)
211
Jumlah 10,202
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah 2017 dan 2018
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
27
BAHAGIAN 2
7. KAWALAN PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN REKOD
KEWANGAN
7.1 KAWALAN PENGURUSAN
Kawalan Pengurusan merupakan aspek utama bagi menentukan pengurusan kewangan
diuruskan dengan cekap dan berkesan. Semakan Audit telah dijalankan terhadap elemen utama
kawalan pengurusan iaitu penurunan kuasa, penyelenggaraan rekod kewangan dan agihan
peruntukan. Semakan Audit mendapati secara keseluruhannya Kawalan Pengurusan adalah
memuaskan kecuali kelemahan berkaitan perkara seperti Juruaudit Dalam tidak dilantik,
pemeriksaan mengejut mengikut Arahan Perbendaharaan 309 tidak dilaksanakan, surat
kebenaran dan penurunan kuasa tidak disediakan serta mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan
Kewangan Dan Akaun tidak dijalankan. Bilangan sekolah yang tidak mematuhi kawalan
pengurusan disenaraikan mengikut Ketua PTJ di Jadual 7.1.
Jadual 7.1 Kelemahan Kawalan Pengurusan
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
Nota:
a) Juruaudit Dalam tidak dilantik
b) Pemeriksaan mengejut tidak dijalankan (AP309)
c) Surat kebenaran dan penurunan kuasa tidak disediakan
d) Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun dan
Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan tidak dijalankan
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah
Isu Kawalan Pengurusan
a b c d
1. JPN Kedah 20 13 11 8 -
2. JPN Pulau Pinang 11 1 - 2 -
3. JPN Perak 3 - - - -
4. JPN Selangor 7 - 4 2 -
5. JPWP Kuala Lumpur 5 - 4 - 3
6. JPN Negeri Sembilan 13 3 4 7 10
7 JPN Pahang 6 3 0 1 -
8. JPN Kelantan 5 - - 1 4
9. JPN Sabah 44 18 32 27 5
10. JPN Sarawak 11 4 9 5 -
11. Bhg. Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
1 - - - -
12. Bhg. Pendidikan Islam 5 1 1 1 1
Jumlah 131 43 65 54 23
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
28
BAHAGIAN 2
7.2 PENYELENGGARAAN REKOD KEWANGAN
Jadual (Peraturan 3) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002 menghendaki pihak
sekolah menyelenggara rekod dan dokumen kewangan yang telah ditetapkan. Rekod kewangan
merupakan rekod asas yang perlu diselenggarakan oleh sekolah bagi memastikan urusan
terimaan dan bayaran dapat dilaksanakan dengan teratur dan kemaskini. Semakan Audit
mendapati secara keseluruhannya penyelenggaraan rekod kewangan adalah memuaskan kecuali
kelemahan berkaitan penyediaan Penyata Penyesuaian Bank, Akaun Subsidiari, Daftar Stok Buku
Resit, Daftar Bil, Daftar Stok Buku Cek, Daftar Cek Batal dan Daftar Stok Buku Pesanan Sekolah
manakala rekod kewangan yang tidak dikemaskini adalah seperti Akaun Subsidiari, Buku Tunai,
Borang Pesanan Sekolah dan Baucar Bayaran. Bilangan sekolah yang terlibat mengikut Ketua
PTJ adalah seperti di Jadual 7.2 dan Jadual 7.3.
Jadual 7.2 Rekod Kewangan Tidak Diselenggara
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018 Nota:
a) Penyata Penyesuaian Bank f) Jadual Kedatangan Murid k) Buku Tunai PWR
b) Borang Kutipan dan Serahan Guru ke Pejabat g) Daftar Stok Buku Pesanan Sekolah l) Daftar Akaun Belum Bayar
c) Daftar Bil h) Daftar Stok Buku Cek m) Daftar Akaun Belum Terima
d) Akaun Subsidiari i) Daftar Stok Buku Resit n) Daftar Pemeriksaan mengejut
e) Borang Nota Minta j) Daftar Cek Batal o) Buku Tunai
Bil. Ketua PTJ Bil. Sek.
Rekod Kewangan Tidak Diselenggara
a b c d e f g h i j k l m n o
1. JPN Kedah 21 2 - 3 1 10 - 12 7 8 8 3 3 10 2 -
2. JPN Pulau Pinang 5 - - 2 - - - 1 1 - - - 2 2 1 -
3. JPN Perak 1 - - - - - - 1 - 1 - - - 1 - -
4. JPN Selangor 21 13 2 4 17 2 - 2 - - - 1 1 - - 16
5. JPWP Kuala Lumpur 4 1 1 - - 1 - 2 2 1 - - - - - -
6. JPN Negeri Sembilan 8 8 - - - - - - - - - - - - - -
7. JPN Melaka 9 7 - 1 2 - - 1 1 - - - - - - 2
8. JPN Johor 12 1 - 3 2 5 - 1 - 2 - - 6 6 - 1
9. JPN Pahang 4 3 - 1 - - - 1 - 1 - 1 - - 1 -
10. JPN Terengganu 1 1 - - - - - - - 1 - - - - -
11. JPN Sabah 57 12 - 34 13 7 3 20 21 20 25 3 18 25 14 -
12. JPN Sarawak 5 - - 4 1 - - 3 4 3 4 - 1 1 -
13.
Bhg. Pendidikan dan
Latihan Teknikal
Vokasional
2 - - - - - - - - 1 - - - 1 - -
14. Bhg. Pendidikan Islam 5 2 2 1 1 - - 2 2 2 3 1 1 2 - -
15.
Bhg. Pengurusan
Sekolah Berasrama
Penuh
1 1 1 1 - - - - - - - - - - - -
Jumlah 156 51 6 54 37 25 3 46 38 40 40 9 31 48 19 19
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
29
BAHAGIAN 2
Jadual 7.3 Rekod Kewangan Tidak Kemaskini
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sek.
Rekod Kewangan Tidak Kemaskini
a b c d e f g h i j k l m n o p q r
1. JPN Kedah 26 11 - 2 11 18 - 1 - - - - 4 1 - - 11 1 1
2. JPN Pulau Pinang 13 10 - 4 7 5 - - - - 1 - - 2 1 1 11 - 5
3. JPN Perak 9 6 2 1 7 1 - - - - - 2 - 2 2 - 6 - -
4. JPN Selangor 13 9 2 7 11 3 - - - - 1 1 1 - - - 9 - -
5. JPWP Kuala
Lumpur 5 2 - - - 3 - - 1 - - - - - 1 - 5 - -
6. JPN Negeri
Sembilan 10 4 0 5 2 - - - 3 3 - 3 - - - 2 - - -
7. JPN Melaka 12 1 1 - 7 9 - 1 2 1 - - 2 - - - 9 5 4
8. JPN Johor 24 10 - 2 13 12 - 1 - - - - 1 - - - 19 - -
9. JPN Pahang 3 1 - 1 1 - - - - 1 - - - - - - - - -
10. JPN Terengganu 6 1 - - 4 - - - 1 - - 1 - - - - - - -
11. JPN Kelantan 5 3 - - 2 - - - - - - - - - - - 3 - -
12. JPN Sabah 61 29 - 13 30 44 1 - 9 5 6 8 - 1 2 1 28 10 10
13. JPN Sarawak 10 8 - 2 6 2 - - 4 4 2 4 - - 1 1 3 - 1
14.
Bhg. Pendidikan
dan Latihan
Teknikal Vokasional
1 - - 1 - - - - - 1 - 1 - - - - - - -
15. Bhg. Pendidikan
Islam 12 7 1 1 5 5 - - 2 1 2 - - - 1 - 9 - 2
16.
Bhg. Pengurusan
Sekolah Berasrama
Penuh
1 1 - 1 1 1 - - - - - - - - - - - - -
17. Bhg. Pengurusan
Sekolah Harian 1 1 - - 1 - - - 1 - - - - - - - 1 - -
18.
Bhg. Sukan,
Kokurikulun dan
Kesenian
1 - - - 1 - - - - - - - - - - - 1 - -
Jumlah 213 104 6 40 109 103 1 3 23 16 12 20 8 6 8 5 115 16 23
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Tahun 2018 Nota:
a) Penyata Penyesuaian Bank g) Daftar Penghuni Asrama m) Daftar ABB
b) Borang Kutipan dan Serahan Guru ke Pejabat h) Daftar Stok Buku Pesanan Sekolah n) Daftar ABT
c) Daftar Bil i) Daftar Stok Buku Cek o) Daftar Pemeriksaan Mengejut
d) Akaun Subsidiari j) Daftar Stok Buku Resit p) Buku Tunai
e) Borang Nota Minta k) Daftar Cek Batal q) Pesanan Sekolah
f) Jadual Kedatangan Murid l) Buku Tunai PWR r) Baucar Bayaran
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
30
BAHAGIAN 2
8. KAWALAN TERIMAAN
Terimaan utama sekolah adalah terdiri daripada Bantuan Geran Per Kapita, Yuran Khas Sekolah,
Bantuan Kokurikulum Sekolah, Bantuan Kokurikulum Prasekolah, Bantuan Kokurikulum Asrama,
Bantuan Sukan Sekolah, Bantuan Makanan Prasekolah, Bantuan Makanan Asrama dan Bantuan
Bayaran Tambahan Persekolahan serta Bantuan Persekolahan lain. Selain itu, pihak sekolah juga
membuat kutipan sewa kantin, sewa kedai buku dan kutipan lain yang telah diluluskan oleh
Pendaftar Sekolah. Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah telah
menetapkan semua terimaan hendaklah diperakaunkan dengan betul dan tepat mengikut
prosedur dan peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan daripada berlaku kehilangan wang
sekolah yang mungkin berpunca daripada kegagalan memungut dan merekod, kecuaian serta
penyelewengan. Selaras dengan itu, Pengurus Sekolah hendaklah memastikan wujudnya kawalan
dalaman terhadap terimaan. Sehubungan itu, pengauditan dijalankan untuk menentukan sama
ada kawalan yang secukupnya telah dibuat terhadap urusan terimaan serta rekod kewangan
diselenggara dengan lengkap dan kemas kini.
8.1 TERIMAAN DAN PUNGUTAN TANPA RESIT RASMI – RM970,667
Mengikut Arahan Perbendaharaan 60(i) dan perenggan 4.2.1 TPPKWS, resit rasmi hendaklah
dikeluarkan bagi memperakui setiap terimaan. Pada tahun 2018, sebanyak 20 Pengurus Sekolah
tidak mengeluarkan resit rasmi bagi terimaan dan pungutan berjumlah RM970,667. Bilangan
sekolah yang terlibat mengikut Ketua PTJ adalah seperti di Jadual 8.1.
Jadual 8.1 Terimaan Dan Pungutan Tanpa Resit Rasmi
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. JPN Perak 1 590,618
2. JPN Negeri Sembilan 2 122,749
3. JPN Sarawak 2 96,686
4. JPN Sabah 9 82,355
5. JPN Pulau Pinang 4 64,757
6. JPN Pahang 1 11,523
7. JPN Melaka 1 1,980
Jumlah 20 970,667 Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
31
BAHAGIAN 2
8.2 AKAUN BELUM TERIMA – RM405,671
Mengikut Arahan Perbendaharaan 89A dan perenggan 10.1 TPPKWS menyatakan Akaun Belum
Terima (ABT) merupakan terimaan yang sepatutnya diterima tetapi masih belum diterima
sehingga berakhir tahun kewangan semasa dan hendaklah dilaporkan dalam penyata kewangan.
Sehingga akhir tahun 2018, ABT yang dilaporkan adalah yuran makan asrama, sewa kantin, sewa
kedai buku dan lain-lain ABT berjumlah RM405,671 yang melibatkan 58 sekolah. Bilangan
sekolah yang terlibat mengikut Ketua PTJ adalah seperti di Jadual 8.2.
Jadual 8.2 Tunggakan Terimaan Dan Pungutan Mengikut Ketua PTJ
Bil. Ketua PTJ
Yuran Makan Asrama
Sewa Kantin Sewa Kedai
Buku *Lain-Lain
Bil. Amaun
(RM) Bil.
(RM)
Bil.
(RM) Bil.
(RM)
1. Bhg. Pendidikan Islam 2 202,517 - - - - - -
2. JPN Melaka 1 19,550 - - - - - -
3. JPN Perak 1 15,025 1 9,000 - - - -
4. Bhg. Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
1 12,840 - - - - 1 580
5. JPN Kedah - - 7 11,387 2 4,100 - -
6. JPN Pulau Pinang - - 3 15,450 2 12,650 - -
7. JPN Selangor - - 2 2,700 - - - -
8. JPWP Kuala Lumpur - - 3 12,700 - - 1 420
9. JPN Negeri Sembilan - - 10 9,810 - - - -
10. JPN Johor - - 6 6,930 - - 7 547
11. JPN Pahang - - 3 3,650 - - 1 1,100
12. JPN Kelantan - - - - - - 1 1,357
13. JPN Sarawak - - 1 3,509 - - - -
14. JPN Sabah - - 5 42,132 - - 2 4,517
15. Bhg. Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
- - 1 13,200 - - - -
Jumlah 5 249,932 42 130,468 4 16,750 13 8,521
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018 *Nota: a) Tuntutan Terlebih Bayar b) Bayaran Tambahan Persekolahan Murid Bukan Warganegara
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
32
BAHAGIAN 2
8.3 PUNGUTAN TANPA KELULUSAN – RM42,051
Mengikut Arahan Perbendaharaan 78, perenggan 3.4.2(a) dan 3.5.2(f) TPPKWS, sumber
kewangan yang diperakaunkan ke dalam Kumpulan Wang SUWA (KWS) dan Kumpulan Wang
Asrama (KWA), semua kutipan daripada murid/ pelajar/ ibu bapa/ penjaga yang berkaitan dengan
KWS dan KWA yang telah mendapat kelulusan daripada Pendaftar atau bayaran-bayaran yang
dibenarkan mengikut peruntukan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan dan
Surat-Surat Siaran berkaitan Bayaran Persekolahan yang masih berkuatkuasa. Pada tahun 2018,
pungutan tanpa kelulusan iaitu yuran kebajikan pelajar dan yuran untuk menjalankan program
pelajar di sekolah adalah sejumlah RM42,051 melibatkan 10 sekolah. Bilangan sekolah yang
terlibat mengikut Ketua PTJ adalah seperti di Jadual 8.3.
Jadual 8.3 Pungutan Tanpa Kelulusan
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. JPN Selangor 6 21,403
2. JPN Pulau Pinang 2 14,650
3. JPN Johor 1 5,875
4. JPN Negeri Sembilan 1 123
Jumlah 10 42,051
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
33
BAHAGIAN 2
8.4 PUNGUTAN TIDAK DIPERAKAUNKAN DAN TIDAK DIBANKKAN – RM108,297
Mengikut Arahan Perbendaharaan 73, 78(a) dan perenggan 4.2.10 TPPKWS, pungutan tanpa
mengira jumlahnya yang masih ada dalam tangan hendaklah dimasukkan ke akaun bank sekolah
pada hari kerja yang akhir dalam bulan berkenaan. Semua pungutan yang diterima pada sesuatu
tahun hendaklah diperakaunkan pada tahun itu juga. Pada tahun 2018, pungutan tidak direkod
dalam Buku Tunai dan tidak dibankkan adalah sejumlah RM108,297 melibatkan 10 sekolah.
Bilangan sekolah yang terlibat mengikut Ketua PTJ adalah seperti di Jadual 8.4.
Jadual 8.4 Pungutan Tidak Diperakaunkan Dan Tidak Dibankkan
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. JPN Perak 1 69,545
2. JPN Pulau Pinang 3 19,500
3. Bhg. Pendidikan Islam 2 13,380
4. JPN Johor 1 4,000
5. JPN Sarawak 1 1,350
6. JPN Sabah 1 497
7. JPN Negeri Sembilan 1 25
Jumlah 10 108,297
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
8.5 PUNGUTAN TIDAK DIBANKKAN – RM27,786
Mengikut Arahan Perbendaharaan 78(a) dan perenggan 4.2.9 TPPKWS, semua pungutan yang
diterima pada sesuatu tahun hendaklah dibankkan pada tahun kewangan tersebut. Bagi tahun
kewangan berakhir 31 Disember 2018, sejumlah RM27,786 pungutan tidak dibankkan melibatkan
10 sekolah sehingga tarikh pengauditan. Bilangan sekolah terlibat mengikut Ketua PTJ adalah
seperti di Jadual 8.5.
Jadual 8.5 Pungutan Tidak Dibankkan
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. JPN Selangor 1 7,900
2. JPN Sabah 4 5,045
3. JPN Kelantan 1 4,947
4. JPWP Kuala Lumpur 1 4,849
5. JPN Kedah 2 3,495
6. JPN Pahang 1 1,550
Jumlah 10 27,786
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
34
BAHAGIAN 2
8.6 PUNGUTAN LEWAT DIBANKKAN – RM19,979
Mengikut Arahan Perbendaharaan 78(a) dan perenggan 4.2.9 TPPKWS, pungutan wang tunai
melebihi RM500 atau jumlah pungutan (termasuk tunai, cek, wang pos dan lain-lain) yang
melebihi RM2,000 hendaklah dimasukkan ke dalam bank pada hari yang sama dan jika lewat
diterima, hendaklah dimasukkan pada hari kerja yang berikutnya. Pungutan wang tunai bagi tahun
2018 telah lewat dibankkan berjumlah RM19,979 melibatkan 13 buah sekolah dengan tempoh
kelewatan antara 2 hingga 354 hari. Antara punca pungutan lewat dibankkan, disebabkan
kelewatan serahan kutipan oleh guru kelas kepada Pengurus Sekolah. Bilangan sekolah terlibat
mengikut Ketua PTJ adalah seperti di Jadual 8.6.
Jadual 8.6
Pungutan Lewat Dibankkan
Bil. Ketua PTJ
Bil. Penyata Kewangan Sekolah /
Tempoh Kelewatan (Hari) Amaun
(RM) 1 - 30 31 - 60 61 - 90 Melebihi 90 Jumlah
1. JPN Selangor 1 - 1 2 4 10,344
2. JPN Sabah 2 1 - - 3 4,051
3. JPN Kedah 1 - 2 - 3 3,690
4. Bhg. Pendidikan
Islam
1 - - - 1 1,200
5. JPN Negeri
Sembilan
- - - 1 1 550
6. JPN Perak - - - 1 1 144
Jumlah 5 1 3 4 13 19,979
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
8.7 PUNGUTAN TIDAK DISERAH KEPADA PENGURUS SEKOLAH – RM18,709
Mengikut Arahan Perbendaharaan 79 dan perenggan 4.2.5 TPPKWS, pungutan yang dibuat oleh
guru kelas hendaklah direkodkan dalam Borang Kutipan dan Serahan Guru ke Pejabat dan
diserahkan kepada Pengurus Sekolah pada hari yang sama. Pada tahun 2018, tunggakan
pungutan tidak serah kepada Pengurus Sekolah berjumlah RM18,709 yang melibatkan 3 sekolah.
Sekolah terlibat mengikut Ketua PTJ adalah seperti di Jadual 8.7.
Jadual 8.7
Pungutan Tidak Diserah Kepada Pengurus Sekolah
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. JPN Selangor 1 13,440
2. JPWP Kuala Lumpur 2 5,269
Jumlah 3 18,709
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
35
BAHAGIAN 2
Secara keseluruhannya, tahap pengurusan kawalan terimaan adalah memuaskan berbanding
tahun sebelumnya. Ini adalah kerana amaun yang melibatkan kelemahan kawalan terimaan telah
berkurang menjadi RM1.59 juta berbanding RM2.35 juta pada tahun sebelumnya ataupun 32%
seperti di Carta 8.1. Pecahan isu-isu kelemahan kawalan terimaan adalah seperti berikut di Carta
8.2.
Sumber : Laporan Audit Disatukan Tahun 2014 hingga 2017 serta Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
2014 2015 2016 2017 2018
(RM Juta) 0.69 4.47 1.60 2.35 1.59
0.00
1.00
2.00
3.00
4.00
5.00
(RM
Ju
ta)
Carta 8.1Kelemahan Kawalan Terimaan
Bagi Tahun 2014 – 2018
Tanpa Resit Rasmi (RM974,812), 61.03%
Tanpa Kelulusan (RM42,051), 2.63%
Akaun Belum Terima (RM405,671), 25.40%
Tidak Dibankkan (RM27,786), 1.74%
Tidak Diakaunkan & Tidak Dibankkan
(RM108,297), 6.78%
Lewat Dibankkan (RM19,979), 1.25%
Tidak Serah Ke Pejabat (RM18,709), 1.17%
Carta 8.2 Pecahan Kelemahan Kawalan Terimaan
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
36
BAHAGIAN 2
9. KAWALAN PERBELANJAAN
Pengurusan perbelanjaan yang cekap merupakan aspek penting bagi menjamin perbelanjaan
diuruskan dengan berhemat dan mengelakkan pembaziran. Mengikut Seksyen 13 Akta Tatacara
Kewangan 1957, semua perbelanjaan wang awam hendaklah diluluskan oleh undang-undang
dan dibuat selaras dengan peraturan yang ditetapkan dalam Arahan Perbendaharaan (AP),
Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan, Akauntan Negara Malaysia dan Kementerian
Pendidikan Malaysia serta Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah. Kawalan
perbelanjaan adalah perlu untuk memastikan perbelanjaan dilakukan bagi maksud yang
diluluskan, disokong dengan dokumen yang mencukupi, diluluskan oleh pegawai yang diberi
kuasa, pembayaran dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dan diperakaunkan dengan betul,
lengkap dan kemaskini. Perkara penting yang perlu dilaksanakan termasuklah mengeluarkan
surat kuasa kepada pegawai yang menandatangani cek, baucar dan pesanan sekolah,
menyediakan penyata penyesuaian bank serta menyelenggara rekod dengan lengkap dan
kemaskini.
Pengurus Sekolah adalah bertanggungjawab memastikan peruntukan mencukupi bagi setiap
perbelanjaan yang dilakukan, perbelanjaan perlu disokong dengan baucar bayaran dan dokumen
sokongan yang lengkap dan sempurna, diluluskan oleh pegawai yang diberi kuasa dan
diperakaunkan dengan betul. Bagi tujuan ini, pengauditan dilaksanakan bagi menentukan
bahawa:
i. Perwakilan kuasa yang sewajarnya diberi kepada pegawai yang terlibat;
ii. Buku tunai, Daftar Bil, buku akaun subsidiari dan lain-lain dokumen pembayaran
diselenggarakan dengan lengkap dan kemaskini;
iii. Semua perolehan dan dokumen berkaitan dikawal dengan sewajarnya. Perbelanjaan
wang sekolah dilakukan dengan berhemat dan tanpa pembaziran agar matlamat
meningkatkan aspek pengajaran dan pembelajaran murid dapat dicapai;
iv. Semua bil dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh bil diterima; dan
v. Penyata penyesuaian bank disediakan dengan teratur, kemaskini dan dalam tempoh yang
telah ditetapkan.
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
37
BAHAGIAN 2
9.1 BAYARAN TANPA DOKUMEN SOKONGAN LENGKAP – RM5,051,132
Mengikut Arahan Perbendaharaan 99(a) serta perenggan 5.2.1(c) dan perenggan 5.5.5
TPPKWS, Pengurus Sekolah hendaklah memastikan segala pembayaran yang dilakukan oleh
sekolah adalah sah serta disokong dengan baucar bayaran dan dokumen sokongan. Setiap
baucar bayaran mesti disertakan dengan dokumen sokongan yang asal seperti bil/invois, pesanan
sekolah, nota minta atau satu penyataan yang telah diperakui seperti kertas kerja. Ketidakpatuhan
terhadap peraturan ini boleh mengakibatkan penyelewengan wang sekolah dan peruntukan yang
disalurkan untuk manfaat pengajaran dan pembelajaran tidak sampai kepada murid. Semakan
Audit mendapati 171 pengurus sekolah telah membuat bayaran tanpa dokumen sokongan yang
lengkap berjumlah RM5,051,132. Ketua PTJ yang terlibat adalah seperti di Jadual 9.1.
Jadual 9.1 Bayaran Tanpa Dokumen Sokongan Lengkap
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. JPWP Kuala Lumpur 6 1,238,562
2. JPN Sabah 34 1,050,281
3. JPN Sarawak 17 645,680
4. JPN Johor 29 553,094
5. JPN Kelantan 6 437,036
6. JPN Melaka 6 282,714
7. JPN Kedah 21 236,536
8. JPN Selangor 12 188,048
9. Bhg. Pendidikan Islam 8 166,485
10. JPN Negeri Sembilan 9 112,188
11. JPN Pulau Pinang 8 35,444
12. JPN Perak 5 30,741
13. Bhg. Sukan, Kokurikulum dan Kesenian 1 25,680
14. JPN Pahang 5 24,993
15. Bhg. Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh 1 14,740
16. Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal
Vokasional 1 7,210
17. JPN Terengganu 2 1,700
Jumlah 171 5,051,132
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
38
BAHAGIAN 2
9.2 PEROLEHAN TANPA PESANAN SEKOLAH – RM2,989,782
Mengikut Arahan Perbendaharaan 176.1(d) dan perenggan 11.5.1(b) TPPKWS, semua perolehan
hendaklah dibuat dengan menggunakan pesanan sekolah (DKS 005) terus kepada pembekal
yang terpilih. Penggunaan pesanan sekolah adalah untuk memastikan perolehan yang dilakukan
oleh sekolah adalah sah, diberi kuasa dan bekalan barang atau perkhidmatan adalah mengikut
kuantiti dan spesifikasi yang dipesan. Semakan Audit terhadap baucar bayaran tahun 2018
mendapati 128 pengurus sekolah telah membuat perolehan berjumlah RM2,989,782 tanpa
mengeluarkan pesanan sekolah. Ketua PTJ yang terlibat adalah seperti di Jadual 9.2.
Jadual 9.2 Perolehan Tanpa Pesanan Sekolah
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. JPN Sabah 36 1,164,408
2. JPWP Kuala Lumpur 7 964,595
3. JPN Johor 22 240,815
4. JPN Melaka 2 219,224
5. Bhg. Pendidikan Islam 8 206,002
6. JPN Selangor 12 36,371
7. JPN Sarawak 5 36,098
8. JPN Kedah 8 23,070
9. JPN Pulau Pinang 9 22,839
10. JPN Perak 2 21,130
11. JPN Pahang 5 17,027
12. JPN Negeri Sembilan 5 14,397
13. JPN Terengganu 4 8,327
14. Bhg. Pendidikan dan Latihan Teknikal
Vokasional 1 8,060
15. JPN Kelantan 2 7,419
Jumlah 128 2,989,782
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
39
BAHAGIAN 2
9.3 BAYARAN TANPA BAUCAR – RM1,807,842
Mengikut Arahan Perbendaharaan 99 dan perenggan 5.4.1 TPPKWS, baucar bayaran
merupakan dokumen asas untuk membolehkan sesuatu bayaran dibuat. Pengurus Sekolah
hendaklah memastikan baucar disediakan dan diperakukan terlebih dahulu sebelum pembayaran
dibuat. Semakan Audit mendapati 31 pengurus sekolah telah mengeluarkan cek bagi
pembayaran berjumlah RM1,807,842 tanpa menggunakan baucar bayaran sebagai dokumen
asas pembayaran pada tahun 2018. Ketua PTJ yang terlibat adalah seperti di Jadual 9.3.
Jadual 9.3 Bayaran Tanpa Baucar Bayaran
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. JPN Sabah 21 1,566,805
2. JPN Pahang 1 93,538
3. JPN Negeri Sembilan 2 57,008
4. Bhg. Pendidikan Islam 1 53,985
5. JPN Sarawak 2 30,834
6. JPN Terengganu 1 2,108
7. JPN Kedah 1 1,618
8. JPN Melaka 1 1,446
9. JPN Johor 1 500
Jumlah 31 1,807,842
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
40
BAHAGIAN 2
9.4 TIADA PERAKUAN PENERIMAAN DAN KEMASUKAN STOK – RM1,155,868
Mengikut Arahan Perbendaharaan 99(e)(ii) dan perenggan 11.5.1(h) TPPKWS, Pengurus
Sekolah hendaklah memastikan pegawai memperakui bekalan/perkhidmatan/kerja yang dipesan
telah diterima. Bekalan/perkhidmatan/kerja yang diterima hendaklah didaftarkan dan disimpan
melainkan bekalan untuk kegunaan terus seperti bahan mentah masakan. Kegagalan pihak
sekolah mematuhi peraturan tersebut akan mengakibatkan kehilangan harta/bekalan sekolah
atau penggunaan bahan/bekalan tanpa kawalan. Pada tahun 2018, seramai 123 pengurus
sekolah tidak melengkapkan perakuan penerimaan dan kemasukan stok serta perolehan ini tidak
direkodkan ke dalam buku stok yang berkaitan. Amaun yang terlibat adalah sejumlah
RM1,155,868. Ketua PTJ yang terlibat adalah seperti di Jadual 9.4.
Jadual 9.4 Tiada Perakuan Penerimaan Dan Kemasukan Stok
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Tahun 2018
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. JPN Sabah 19 336,676
2. JPN Negeri Sembilan 15 194,279
3. JPN Johor 18 119,903
4. JPN Selangor 11 76,805
5. Bhg. Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional 2 70,496
6. Bhg. Pendidikan Islam 22 67,933
7. JPN Kedah 9 65,621
8. JPN Kelantan 5 53,589
9. JPN Pulau Pinang 8 35,497
10. JPN Perak 3 33,435
11. Bhg. Sukan, Kokurikulum dan Kesenian 1 31,679
12. JPN Sarawak 4 30,979
13. JPN Terengganu 3 19,272
14. Bhg. Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh 1 14,280
15. JPWP Kuala Lumpur 2 5,424
Jumlah 123 1,155,868
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
41
BAHAGIAN 2
9.5 BAYARAN TANPA BIL/INVOIS – RM902,696
Mengikut Arahan Perbendaharaan 99 serta perenggan 5.2.1(c) dan perenggan 5.5.5 TPPKWS,
Pengurus Sekolah hendaklah memastikan segala pembayaran yang dilakukan oleh sekolah
adalah sah serta disokong dengan baucar bayaran dan dokumen sokongan. Setiap baucar
bayaran mesti disertakan dengan dokumen sokongan yang asal seperti bil/invois, pesanan
sekolah, nota minta atau satu penyataan yang telah diperakui seperti kertas kerja. Ketidakpatuhan
terhadap peraturan ini boleh mengakibatkan penyelewengan wang sekolah dan peruntukan yang
disalurkan untuk manfaat pengajaran dan pembelajaran tidak sampai kepada murid. Semakan
Audit mendapati 54 pengurus sekolah telah membuat bayaran tanpa dokumen sokongan yang
lengkap berjumlah RM902,696. Ketua PTJ yang terlibat adalah seperti di Jadual 9.5.
Jadual 9.5 Bayaran Tanpa Dokumen Bil/Invois
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. JPN Sabah 31 708,155
2. JPN Sarawak 4 112,955
3. JPWP Kuala Lumpur 3 30,576
4. Bhg. Pendidikan Islam 4 15,117
5. JPN Negeri Sembilan 1 13,586
6. JPN Johor 6 11,245
7. JPN Perak 2 5,761
8. JPN Selangor 1 2,443
9. JPN Terengganu 1 2,108
10. JPN Pahang 1 750
Jumlah 54 902,696
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
42
BAHAGIAN 2
9.6 PERBELANJAAN TANPA KELULUSAN – RM561,001
Menurut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.1 Kaedah Perolehan Kerajaan, perenggan
perenggan 5(vi) serta perenggan 3.4.3(c) dan perenggan 11.3.3(a) TPPKWS, sekiranya
perbelanjaan perlu dilakukan selain daripada maksud yang dibenarkan serta perolehan melebihi
RM20,000 setahun bagi setiap jenis item, pihak sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapatkan
kelulusan daripada Ketua PTJ dan perolehan tersebut perlu dilaksanakan secara sebut harga.
Manakala perolehan peralatan ICT perlu mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pemandu
ICT sebagaimana dinyatakan dalam Surat Pekeliling ICT Kementerian Pendidikan Malaysia
Bilangan 1 Tahun 2018. Pada tahun 2018, didapati 53 pengurus sekolah telah membuat
perbelanjaan berjumlah RM561,001 tanpa kelulusan daripada Ketua PTJ dan Jawatankuasa
Pemandu ICT. Ketua PTJ yang terlibat adalah seperti di Jadual 9.6.
Jadual 9.6 Perbelanjaan Tanpa Kelulusan
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. JPN Sarawak 5 169,693
2. JPN Selangor 9 154,988
3. JPN Sabah 9 94,578
4. JPN Johor 5 50,650
5. Bhg. Pendidikan dan Latihan Teknikal
Vokasional
2 32,286
6. JPN Kedah 10 25,329
7. JPN Pulau Pinang 3 11,752
8. JPWP Kuala Lumpur 2 7,518
9. Bhg. Pendidikan Islam 1 7,000
10. JPN Negeri Sembilan 2 3,439
11. JPN Pahang 1 1,734
12. JPN Perak 2 1,420
13. JPN Terengganu 1 320
14. JPN Kelantan 1 294
Jumlah 53 561,001
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
43
BAHAGIAN 2
9.7 BIL LEWAT JELAS – RM535,079
Mengikut Arahan Perbendaharaan 103(a) dan perenggan 5.3.1(a) TPPKWS, semua
bil/invois/tuntutan (kecuali bil Panjar Wang Runcit) direkod dan dijelaskan dalam tempoh 14 hari
dari tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna. Bagi tujuan ini semua bil/invois/tuntutan
yang diterima hendaklah dicop tarikh terima. Bil/invois berjumlah RM535,079 melibatkan 28
pengurus sekolah telah lewat dijelaskan antara 3 hingga 172 hari pada tahun 2018. Antara punca
kelewatan menjelaskan bil adalah peruntukan lewat diterima. Ketua PTJ terlibat adalah seperti di
Jadual 9.7.
Jadual 9.7 Bil Lewat Jelas
Bil. Ketua PTJ
Bil. Penyata Kewangan Sekolah /
Tempoh Kelewatan (Hari) Amaun
(RM) 1 - 30 31 - 60 61 - 90 Melebihi 90 Jumlah
1. JPN Sarawak 1 - - 3 4 252,864
2. Bhg. Pendidikan
Islam 1 - - - 1 148,425
3. JPN Sabah - 3 2 2 7 65,136
4. JPN Pahang - - 1 - 1 22,448
5. JPN Johor 3 - 1 - 4 15,322
6. JPN Melaka - - - 1 1 13,718
7. JPN Kedah 4 - - - 4 6,169
8. JPN Selangor 1 1 - - 2 4,655
9. JPN Terengganu 1 - - - 1 3,320
10. JPN Pulau Pinang 2 - - - 2 2,272
11. JPN Perak 1 - - - 1 750
Jumlah 14 4 4 6 28 535,079
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
44
BAHAGIAN 2
9.8 PEROLEHAN TANPA SEBUT HARGA – RM363,663
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.1 Kaedah Perolehan Kerajaan, perenggan 5(vi)
menetapkan perolehan bekalan dan perkhidmatan melebihi RM20,000 hingga RM500,000
setahun dan perolehan kerja-kerja kecil atau pembaikan yang tidak mengubah struktur asal dan
yang tidak mempunyai Jadual Kadar Kejuruteraan Awam yang bernilai melebihi RM20,000 hingga
RM500,000 setahun hendaklah dipelawa secara sebut harga. Perolehan melalui sebut harga
perlu dipatuhi bagi memastikan perkhidmatan/bekalan yang diperoleh adalah berkualiti dengan
harga yang berpatutan. Pada tahun 2018, perolehan 9 sekolah berjumlah RM363,663 telah dibuat
tanpa sebutharga. Ketua PTJ yang terlibat disenaraikan di Jadual 9.8.
Jadual 9.8 Perolehan Tanpa Sebut Harga
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. Bhg. Pendidikan dan Latihan
Teknikal Vokasional 2 98,306
2. JPN Johor 3 80,760
3. JPN Selangor 1 63,600
4. Bhg. Sukan, Kokurikulum dan
Kesenian 1 59,929
5. JPN Kedah 1 40,000
6. JPN Sarawak 1 21,068
Jumlah 9 363,663
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
45
BAHAGIAN 2
9.9 PERBELANJAAN TIDAK MENEPATI MAKSUD – RM266,135
Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012 menetapkan bahawa setiap peruntukan
hendaklah dibelanjakan mengikut maksud perbelanjaan yang ditetapkan. Pada tahun 2018,
seramai 93 Pengurus Sekolah telah membuat perbelanjaan berjumlah RM266,135 tanpa
mengikut maksud yang ditetapkan bagi peruntukan bantuan per kapita mata pelajaran dan lain-
lain bantuan Kerajaan. Perbelanjaan tanpa mengikut peruntukan yang ditetapkan akan
menyebabkan tujuan/maksud sebenar peruntukan yang diberi untuk kepentingan pengajaran dan
pembelajaran pelajar tidak tercapai. Selain itu, ia boleh mengakibatkan berlakunya perbelanjaan
melebihi peruntukan. Ketua PTJ yang terlibat adalah seperti di Jadual 9.9.
Jadual 9.9 Perbelanjaan Tidak Menepati Maksud
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. JPN Sabah 31 106,522
2. Bhg. Pendidikan dan Latihan Teknikal
Vokasional 2 38,682
3. JPN Johor 16 18,096
4. Bhg. Pendidikan Islam 8 17,099
5. JPN Perak 3 14,389
6. JPN Sarawak 7 12,426
7. JPN Kedah 5 10,861
8. JPN Terengganu 2 9,239
9. JPN Selangor 5 8,882
10. JPN Kelantan 3 8,852
11. JPWP Kuala Lumpur 2 7,543
12. JPN Pulau Pinang 5 6,091
13. JPN Negeri Sembilan 2 4,901
14. JPN Pahang 2 2,552
Jumlah 93 266,135
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
46
BAHAGIAN 2
9.10 AKAUN BELUM BAYAR – RM240,647
Perenggan 9.1 TPPKWS menyatakan bahawa Akaun Belum Bayar merupakan perbelanjaan yang
sepatutnya dibayar tetapi tidak dijelaskan sehingga berakhir tahun kewangan semasa. Pengurus
Sekolah hendaklah menentukan bayaran bagi bekalan atau perkhidmatan yang telah diterima,
dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan. Bagi bayaran yang sepatutnya dibayar tetapi belum
atau tidak dibayar kepada penerima pada akhir tahun kewangan, amaun tersebut hendaklah
diperakaunkan dalam Akaun Belum Bayar. Pada tahun 2018, didapati 89 pengurus sekolah tidak
mengisytiharkan baki Akaun Belum Bayar bagi bil-bil belum bayar serta bantuan persekolahan
yang masih belum diagihkan kepada murid berjumlah RM240,647 di penyata kewangan sekolah
pada tahun semasa. Jumlah yang tidak diisytiharkan dalam penyata kewangan sekolah pada
tahun semasa mengikut 2 kategori adalah seperti di Jadual 9.10.
Jadual 9.10 Akaun Belum Bayar Mengikut Kategori
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. Bil Belum Bayar 12 59,904
2. Lain-lain (BKAP, KWAPM, EMK, BPS)
77 180,743
Jumlah 89 240,647
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
*BKAP= Bantuan Khas Awal Persekolahan
*KWAPM= Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
*EMK = Elaun Murid Khas
*BPS = Bantuan Pakaian Seragam
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
47
BAHAGIAN 2
9.10.1 Bil Belum Bayar – RM59,904
Bil bagi bekalan atau perkhidmatan yang telah disempurnakan oleh pembekal tetapi belum
dibayar sehingga akhir tahun kewangan semasa merupakan tanggungan sekolah. Bil-bil
yang tidak dijelaskan dalam tempoh kewangan semasa akan memberi imej buruk sekolah
kepada pembekal dan menjejaskan perbelanjaan tahun berikutnya sekiranya baki
peruntukan tahun semasa tidak mencukupi. Pada tahun 2018, sebanyak 12 pengurus
sekolah masih belum menjelaskan bil berjumlah RM59,904. Jumlah bil belum dibayar dan
tidak dinyatakan dalam Penyata Kewangan pada akhir tahun 2018 mengikut Ketua PTJ
disenaraikan di Jadual 9.11.
Jadual 9.11 Bil Belum Bayar
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
9.10.2 Lain-Lain Akaun Belum Bayar – RM180,743
Pada tahun 2018, perkara-perkara lain yang dibangkitkan berkaitan Akaun Belum Bayar
adalah seperti bayaran bagi Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Bantuan
Khas Awal Persekolahan (BKAP), Bantuan Pakaian Seragam, Elaun Murid Khas (EMK)
melibatkan sebanyak 77 sekolah berjumlah RM180,743.
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. JPN Sarawak 2 23,936
2. JPN Selangor 2 15,624
3. JPN Terengganu 1 6,480
4. JPN Kedah 2 5,580
5. JPN Johor 1 4,624
6. JPN Pahang 1 2,668
7. JPN Perak 1 789
8. JPWP Kuala Lumpur 1 103
9. Bhg. Pendidikan Islam 1 100
Jumlah 12 59,904
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
48
BAHAGIAN 2
9.11 BAYARAN KEPADA PENERIMA YANG TIDAK SEPATUTNYA – RM187,797
Mengikut Arahan Perbendaharaan 92(b) dan perenggan 5.2.1(d) TPPKWS, dalam urusan
pembayaran Pengurus Sekolah hendaklah memastikan bahawa pembayaran hendaklah dibuat
kepada penerima yang sah. Pada tahun 2018, sebanyak 34 pengurus sekolah telah membuat
pembayaran kepada penerima yang tidak sah berjumlah RM187,797. Ketua PTJ terlibat adalah
seperti di Jadual 9.12.
Jadual 9.12 Bayaran Kepada Penerima Yang Tidak Sah
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. JPN Johor 9 71,845
2. JPN Melaka 1 23,899
3. JPN Selangor 11 22,405
4. JPN Sabah 3 22,190
5. Bhg. Pendidikan Islam 3 16,541
6. JPN Negeri Sembilan 2 13,736
7. Bhg. Sukan, Kokurikulum dan Kesenian 1 12,669
8. JPN Terengganu 3 3,512
9. JPN Perak 1 1,000
Jumlah 34 187,797
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
49
BAHAGIAN 2
9.12 BUKU TUNAI DAN KUMPULAN WANG TERKUMPUL BERBAKI DEFISIT – RM96,869
Pengurus Sekolah bertanggungjawab mengawal setiap peruntukan bagi menentukan baki
peruntukan kumpulan wang adalah mencukupi sebelum membuat sesuatu bayaran. Sehubungan
itu, perenggan 6.1 dan 5.2.1(a) TPPKWS, menetapkan agar Pengurus Sekolah menyelenggara
buku tunai bagi merekod segala urusniaga penerimaan dan pembayaran dengan sempurna dan
kemaskini serta memastikan peruntukan mencukupi dengan mengambilkira tanggungan yang
belum dijelaskan sebelum membuat sebarang komitmen perbelanjaan. Pada tahun 2018, buku
tunai bagi 5 sekolah telah berbaki defisit berjumlah RM96,869.
Manakala Kumpulan Wang Terkumpul bagi 7 sekolah mempunyai baki defisit berjumlah
RM157,930. Baki wang di bank/buku tunai dan Kumpulan Wang Terkumpul berbaki defisit
disebabkan oleh pihak sekolah tidak mengemas kini buku tunai dan rekod subsidiari serta tidak
menyediakan penyata penyesuaian bank setiap bulan seperti yang ditetapkan oleh peraturan.
Ketua PTJ yang terlibat disenaraikan di Jadual 9.13 dan Jadual 9.14.
Jadual 9.13
Buku Tunai Berbaki Defisit
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. JPN Sarawak 2 88,741
2. JPN Johor 1 3,105
3. JPN Kedah 1 2,742
4. JPN Melaka 1 2,281
Jumlah 5 96,869
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
Jadual 9.14 Kumpulan Wang Terkumpul Berbaki Defisit
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. JPN Negeri Sembilan 1 64,571
2. JPN Sarawak 2 63,038
3. JPN Kelantan 1 25,932
4. JPN Johor 1 3,605
5. JPN Terengganu 1 397
6. JPN Pahang 1 387
Jumlah 7 157,930
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
50
BAHAGIAN 2
9.13 BAYARAN ATAS NAMA PENJAWAT AWAM – RM110,794
Mengikut Arahan Perbendaharaan 99(b) dan perenggan 5.5.7 TPPKWS, nama seseorang
pegawai kerajaan tidak boleh dicatatkan sebagai penerima bayaran pada sesuatu baucar kecuali
berkenaan dengan gaji, pendahuluan dan pinjaman atau tuntutan persendirian yang lain.
Semakan Audit terhadap baucar bayaran tahun 2018 mendapati sebanyak 7 pengurus sekolah
telah membuat pembayaran kepada penjawat awam berjumlah RM110,794 selain daripada apa
yang dinyatakan di perenggan 5.5.7 TPPKWS. Bilangan sekolah terlibat mengikut Ketua PTJ
adalah seperti di Jadual 9.15.
Jadual 9.15
Bayaran Atas Nama Penjawat Awam
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. JPN Sabah 2 49,798
2. JPN Negeri Sembilan 2 45,750
3. JPWP Kuala Lumpur 1 14,046
4. JPN Perak 2 1,200
Jumlah 7 110,794
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
51
BAHAGIAN 2
9.14 PEMBAYARAN BIL TAHUN LALU TANPA KELULUSAN – RM70,775
Mengikut Arahan Perbendaharaan 58(a) dan perenggan 5.3.4 TPPKWS, bil/invois/tuntutan yang
tidak direkod ke dalam Daftar Bil dan tidak diambil kira sebagai Akaun Belum Bayar pada akhir
tahun kewangan hendaklah mendapat kelulusan daripada Ketua PTJ sebelum pembayaran
dibuat pada tahun berikutnya. Semakan Audit mendapati 13 pengurus sekolah telah menjelaskan
bil/invois/tuntutan tanpa mendapat kelulusan daripada Ketua PTJ berjumlah RM70,775 pada
tahun 2018. Bil/invois/tuntutan yang dibayar ini juga tidak diisytihar Akaun Belum Bayar pada
tahun 2017. Ketua PTJ yang terlibat disenaraikan di Jadual 9.16.
Jadual 9.16
Pembayaran Bil Tahun Lalu Tanpa Kelulusan
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. JPN Sarawak 1 36,367
2. JPN Selangor 1 15,588
3. JPN Sabah 6 14,635
4. JPN Terengganu 2 2,677
5 JPN Pulau Pinang 2 1,168
6 JPN Pahang 1 340
Jumlah 13 70,775
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
9.15 PEROLEHAN LUAR KONTRAK - RM57,395
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.1 Kaedah Perolehan Kerajaan, perenggan 2(iii)(c)
menetapkan semua Agensi hendaklah menggunakan Kontrak Pusat sepenuhnya dan tidak
dibenarkan membeli dari punca lain. Semakan Audit mendapati 17 pengurus sekolah telah
membuat perolehan di luar kontrak berjumlah RM57,395. Ketua PTJ yang terlibat adalah seperti
di Jadual 9.17.
Jadual 9.17 Perolehan Luar Kontrak
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. Bhg. Pendidikan dan Latihan
Teknikal Vokasional 1 27,916
2. JPN Kedah 2 10,700
3. JPN Johor 8 8,794
4. Bahagian Pendidikan Islam 4 5,105
5. JPN Terengganu 1 3,820
6. JPN Kelantan 1 1,060
Jumlah 17 57,395
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
52
BAHAGIAN 2
9.16 CEK DIBUKA PALANG – RM21,544
Mengikut Arahan Perbendaharaan 97(a) dan perenggan 5.9.1 TPPKWS, semua cek yang
dikeluarkan tidak boleh dibuka palang kecuali cek yang dikeluarkan bagi tujuan Panjar Wang
Runcit serta bayaran yang dibuat kepada penerima yang tiada akaun bank. Cek yang dibuka
palang boleh membawa risiko kepada unsur-unsur penyelewengan. Pada tahun 2018, sebanyak
15 pengurus sekolah telah membuat pembayaran dengan cek yang dibuka palang berjumlah
RM21,544. Ketua PTJ terlibat adalah seperti di Jadual 9.18.
Jadual 9.18
Cek Dibuka Palang
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah Amaun
(RM)
1. JPN Selangor 9 6,860
2. JPN Sabah 2 5,600
3. JPN Negeri Sembilan 1 5,450
4. JPN Pahang 2 3,379
5. JPN Perak 1 255
Jumlah 15 21,544
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
Secara keseluruhannya, pengurusan kawalan perbelanjaan pada tahun 2018 kurang memuaskan
berbanding tahun 2017. Terdapat ketidakpatuhan terhadap kawalan bayaran dan pengurusan
perbelanjaan yang melibatkan peningkatan amaun daripada RM10.93 juta bagi tahun 2017
kepada RM14.57 juta pada tahun 2018. Ringkasan ketidakpatuhan dan kelemahan terhadap
kawalan bayaran bagi tahun 2014 hingga 2018 adalah seperti di Carta 9.1.
Sumber : Laporan Audit Disatukan Tahun 2014 hingga 2017 serta Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
2014 2015 2016 2017 2018
(RM Juta) 8.43 13.42 12.75 10.93 14.57
0.00
10.00
20.00
(RM
Ju
ta)
Carta 9.1Kelemahan Kawalan Bayaran
Bagi Tahun 2014 – 2018
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
53
BAHAGIAN 2
Peningkatan sejumlah RM3.64 juta atau 13.3% adalah kesan daripada ketidakpatuhan kepada
peraturan-peraturan kewangan yang melibatkan 18 isu iaitu bayaran tanpa dokumen sokongan
yang lengkap, perolehan tanpa pesanan sekolah, bayaran tanpa bil/invois, perbelanjaan tanpa
kelulusan akaun belum bayar dan lain-lain isu seperti dalam Jadual 9.19.
Jadual 9.19 Senarai Isu Yang Dilaporkan
Bil. Senarai Isu
Tahun
2018 2017
Amaun (RM)
Amaun (RM)
1. Bayaran Tanpa Dokumen Sokongan Lengkap 5,051,131 2,853,984
2. Perolehan Tanpa Pesanan Sekolah 2,989,781 2,194,425
3. Bayaran Tanpa Baucar 1,807,841 1,184,817
4. Tiada Perakuan Penerimaan Dan Kemasukan Stok 1,155,867 1,187,650
5. Bayaran Tanpa Bil/Invois 902,696 661,427
6. Perbelanjaan Tanpa Kelulusan 561,001 420,268
7. Bil Lewat Jelas 535,078 273,777
8. Perolehan Tanpa Sebutharga 363,663 432,359
9. Perbelanjaan Tidak Menepati Maksud 266,133 452,134
10. Akaun Belum Bayar 240,647 332,155
11. Bayaran Kepada Penerima Yang Tidak Sepatutnya/Sah 187,797 39,401
12. Wang Di Bank/Buku Tunai Dan Kumpulan Wang Terkumpul Berbaki
Defisit 157,930 25,561
13. Bayaran Atas Nama Penjawat Awam 110,794 99,768
14. Buku Tunai/Penyata Bank Berbaki Defisit 96,868 332,001
15. Pembayaran Bil Tahun Lalu Tanpa Kelulusan 70,775 305,914
16. Perolehan Luar Kontrak 57,395 74,094
17. Cek Dibuka Palang 21,545 34,745
18. Pembayaran Sebelum Perkhidmatan Disempurnakan - 33,984
Jumlah 14,576,942 10,938,464
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Tahun 2018
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
54
BAHAGIAN 2
10. KAWALAN PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR KERAJAAN
10.1 PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR KERAJAAN
Pengurusan Aset dan Stor wajar diberi keutamaan oleh pihak sekolah kerana ia merupakan aspek
penting dalam pengurusan kewangan. Pengurusan aset yang komprehensif dan bersepadu
merangkumi pewujudan, penggunaan, penyenggaraan, pemeriksaan, pelupusan dan hapus kira
selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan AM 2.1 hingga 2.7 bagi memastikan aset sentiasa
berada dalam keadaan sempurna, selamat digunakan, penggunaan yang ekonomik dan menjamin
jangka hayat yang lebih lama.
Manakala, pengurusan stor yang teratur dan cekap merangkumi penerimaan, perekodan,
penyimpanan, pengeluaran, pemeriksaan, keselamatan dan kebersihan, pelupusan dan
kehilangan serta hapus kira selaras dengan Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan, Pekeliling
Perbendaharaan AM 6.1 hingga 6.9 adalah sangat penting kerana barang-barang dalam stor
merupakan modal Kerajaan yang tersimpan dalam bentuk barang-barang bagi tujuan memberi
perkhidmatan kepada pelanggan pada kos yang minimum.
Semakan Audit mendapati beberapa kelemahan dalam pengurusan aset dan stor sekolah seperti
berikut:
• Pegawai Aset, Pegawai Stor, Pegawai Pemeriksa Aset dan Stor serta Pegawai
Penerima/Pengesah Stok tidak dilantik;
• Laporan Pemeriksaan Harta Modal (KEW.PA-10) dan Laporan Pemeriksaan Aset Alih
Bernilai Rendah (KEW.PA-11) tidak disediakan;
• Daftar berkaitan aset dan stor tidak diselenggara; dan
• Dokumen/rekod berkaitan aset dan stor tidak dikemukakan untuk diaudit.
Butiran lanjut berkaitan isu pengurusan aset dan stor mengikut Ketua PTJ terlibat adalah seperti di
Jadual 10.1 dan Jadual 10.2.
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
55
BAHAGIAN 2
Jadual 10.1 Kelemahan Pengurusan Aset Alih Kerajaan
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah
Isu Pengurusan Aset Alih Kerajaan
a b c d e f g h i
1. JPN Kedah 16 13 12 14 14 5 - - 1 1
2. JPN Pulau Pinang 14 3 1 4 3 2 1 - - -
3. JPN Perak 4 1 - 1 1 2 - - - -
4. JPN Selangor 24 - - 18 18 - - - 16 20
5. JPN Kuala Lumpur 2 - - - - - - 1 1 2
6. JPN Negeri Sembilan 12 7 4 12 12 - - - - -
7. JPN Johor 18 9 - 15 15 6 - - - -
8. JPN Pahang 3 1 1 2 2 1 - - - -
9. JPN Terengganu 2 2 1 1 1 - - - - -
10. JPN Sabah 52 31 33 34 34 27 - 10 - -
11. JPN Sarawak 11 5 9 6 4 1 - - 2 2
12.
Bhg. Pendidikan dan
Latihan Teknikal
Vokasional
1 - - - - - 1 - - -
13. Bhg.Pendidikan Islam 8 2 2 5 5 4 - - - -
14. Bhg. Pengurusan Sekolah
Berasrama Penuh 1 - - 1 1 - - - - 1
15. Bhg. Pengurusan Sekolah
Harian 1 - - 1 1 1 - - - -
Jumlah 169 74 63 114 111 49 2 11 20 26
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Tahun 2018
Nota:
a) Pegawai Aset tidak dilantik
b) Pegawai Pemeriksa dan Pengesah Aset tidak dilantik
c) Laporan Pemeriksaan Harta Modal (KEW.PA-10) tidak disediakan
d) Laporan Pemeriksaan Aset Alih Bernilai Rendah (KEW.PA-11) tidak disediakan
e) Aset yang diperoleh tidak didaftarkan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pengesahan penerimaan
f) Aset Alih tidak dikelaskan dengan betul
g) Dokumen/rekod aset tidak dikemuka
h) Daftar Harta Modal (KEW. PA- 3 dan KEW.PA-4) tidak diselenggara
i) Senarai Daftar Harta Modal (KEW PA-5 dan KEW.PA-6) tidak diselenggara
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
56
BAHAGIAN 2
Jadual 10.2 Kelemahan Pengurusan Stor Kerajaan
Bil. Ketua PTJ Bil.
Sekolah
Isu Pengurusan Stor Kerajaan
a b c d e
1. JPN Kedah 19 16 15 9 10 -
2. JPN Pulau Pinang 3 - 2 1 0 -
3. JPN Selangor 15 2 - - 15 -
4. JPN Negeri Sembilan 15 6 3 3 14 -
5. JPN Johor 7 1 6 - 1 -
6. JPN Pahang 1 1 1 - - -
7. JPN Sabah 49 28 33 32 28 10
8. JPN Sarawak 6 3 3 1 3 -
9. Bhg.Pendidikan Islam 3 2 2 1 2 -
10. Bhg. Pengurusan Sekolah
Berasrama Penuh 1 - - - 1 -
Jumlah Sekolah 119 59 65 47 74 10
Sumber: Laporan Audit Pengurusan Kewangan Tahun 2018
Nota:
a) Pegawai Stor tidak dilantik
b) Pegawai Penerima/Pengesah tidak dilantik
c) Pegawai Pemeriksa Stor tidak dilantik
d) Kad Petak tidak diselenggara
e) Dokumen/rekod stor tidak dikemukakan
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
57
BAHAGIAN 2
11. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
Pada keseluruhannya, prestasi penarafan pengurusan kewangan sekolah adalah baik
merangkumi 45% daripada keseluruhan. Daripada 10,117 sekolah yang diberi penarafan
pengurusan kewangan, sekolah diberi penarafan cemerlang dan baik sebanyak 2,799 dan 4,557
masing-masing yang mewakili 72.7% daripada jumlah keseluruhan bilangan sekolah. Kelemahan
kawalan terimaan dan pungutan serta kawalan aset dan stor pada tahun 2018 menunjukkan
penurunan berbanding tahun sebelumnya.
Ketua PTJ yang terlibat perlu meningkatkan pemantauan terhadap kelemahan yang dibangkitkan
kerana masih berlaku ketidakpatuhan kepada tatacara pengurusan kewangan yang ditetapkan.
Perkara ini boleh diatasi sekiranya Pengurus Sekolah mengambil tindakan pembetulan terhadap
kelemahan yang dibangkitkan dan langkah pencegahan bagi memastikan kelemahan yang sama
tidak berulang seperti:
i. Pengurus Sekolah hendaklah menyelia dan memantau pengurusan kewangan secara
berterusan bagi menentukan prosedur kewangan, semua pekeliling dan peraturan yang
melibatkan pengurusan kewangan sentiasa dipatuhi.
ii. Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun serta Juruaudit Dalam Sekolah
memainkan peranan yang aktif dalam pengurusan kewangan sekolah.
iii. Melaksanakan pemeriksaan mengejut seperti yang ditetapkan selaras dengan Arahan
Perbendaharaan 309 terhadap wang tunai dan rekod kewangan di sekolah.
iv. Memastikan rekod kewangan diselenggara dan dikemaskini dari semasa ke semasa.
v. Pengurus Sekolah hendaklah menyelia dan memantau pengurusan terimaan secara
berterusan supaya tidak berlaku perlanggaran peraturan berkenaan kelemahan kawalan
terimaan dan pungutan.
vi. Pengurus Sekolah perlu memastikan pematuhan terhadap peraturan/prosedur pengurusan
kewangan sekolah dipertingkatkan agar isu yang dibangkitkan pada tahun lalu tidak
berulang.
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
58
BAHAGIAN 2
vii. Pegawai Pengawal hendaklah mengambil tindakan tatatertib mengikut Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan/atau surcaj mengikut
Seksyen 18 Akta Tatacara Kewangan 1957 terhadap pegawai yang terlibat dengan
pelanggaran peraturan kewangan dan/atau salah laku.
viii. Ketua PTJ hendaklah memberikan khidmat nasihat berkaitan pengurusan kewangan
kepada pihak sekolah yang mendapat Laporan Audit Berteguran dan Laporan Pengurusan
Kewangan Kurang Memuaskan dan Tidak Memuaskan.
BAHAGIAN 3LAPORAN KHAS
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
59
12. LAPORAN KHAS DAN LAPORAN ADUAN
12.1 LATAR BELAKANG
Laporan Khas dikeluarkan apabila pihak Audit menemui beberapa ketidakpatuhan peraturan
kewangan sewaktu pengauditan dijalankan. Manakala Laporan Aduan dikeluarkan apabila pihak
Audit menerima aduan secara lisan atau bertulis dan siasatan dijalankan bagi mengesahkan serta
menentukan kesahihan dan ketepatan aduan tersebut.
Laporan ini telah dikemukakan kepada Ketua PTJ dan salinan laporan dikemukakan kepada
Ketua Audit Negara, Ketua Setiausaha KPM, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Setiausaha
Bahagian Kewangan dan Ketua Unit Integriti supaya tindakan yang sewajarnya boleh diambil
terhadap pegawai yang berkenaan.
Bagi tempoh Februari 2019 sehingga Januari 2020, Bahagian ini telah mengeluarkan 8 Laporan
Khas terhadap 8 sekolah di bawah 6 Ketua PTJ melibatkan kes berjumlah RM281,910 dan 3
Laporan Aduan terhadap 3 buah sekolah di bawah 2 Ketua PTJ mengenai pengurusan kewangan
di sekolah. Walau bagaimanapun, hasil siasatan Audit mendapati hanya 1 aduan sahaja yang
berasas daripada 3 aduan yang dikemukakan kepada BAS. Isu-isu yang dilaporkan adalah seperti
di Jadual 12.1.
Jadual 12.1 Isu-Isu Yang Dilaporkan
Bil. Ketua PTJ Isu-Isu Amaun
(RM)
1. JPN Pulau Pinang Pengeluaran wang daripada kumpulan
wang sekolah untuk tujuan peribadi.
40,324
JPN Negeri Sembilan 52,014
2.
JPN Pahang Pungutan tidak dibankkan. (contoh: sewa dan yuran)
26,643
JPN Perak 104,573
JPN Johor 22,000
3. JPN Perak
Lebihan agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan dan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) tidak diakaunkan dan dibankkan dan dikembalikan kepada KPM.
12,350
4.
Bhg. Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
Pembayaran terhadap perkhidmatan yang tidak dibekalkan.
21,100
JPN Perak 2,906
Jumlah 281,910
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
60
12.2 RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
12.2.1 Secara keseluruhannya, unsur-unsur yang membawa kepada isu penyelewengan dan
pecah amanah ini disebabkan oleh kelemahan pihak pengurusan itu sendiri, kebanyakan kes yang
berlaku disebabkan oleh:
i. buku cek diserahkan kepada pembantu tadbir tanpa pemantauan yang khusus oleh
Pengurus Sekolah;
ii. penyediaan penyata kewangan dan perbelanjaan yang tidak dikawal selia oleh
Pengurus Sekolah; dan
iii. pemeriksaan mengejut tidak dijalankan secara berkala selaras dengan AP309.
12.2.2 Pendekatan punitif yang bersesuaian perlu diambil terhadap pegawai yang telah terbukti
sengaja atau cuai melaksanakan tanggungjawab mereka. Antaranya adalah tindakan
tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
12.2.3 Tindakan surcaj mengikut Seksyen 18 Akta Tatacara Kewangan 1957 hendaklah diambil
terhadap pegawai yang telah terbukti sengaja atau cuai melaksanakan tanggungjawab
bagi mengakaunkan segala terimaan.
12.2.4 Pemantauan berterusan oleh Pengurus Sekolah dan juga oleh Ketua PTJ bagi
mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak mematuhi dengan peraturan
kewangan dari masa ke semasa.
12.2.5 Pihak Sekolah juga perlu membentangkan aliran tunai dan perbelanjaan yang dilakukan
agar tidak berlaku unsur-unsur yang membawa kepada penyelewengan dan pecah
amanah juga ketidakpuasan hati terhadap pihak sekolah mengenai pengurusan kewangan.
PENGLIBATANBAHAGIAN AUDIT
SEKOLAH
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
61
13. PENGLIBATAN BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH TERHADAP PERSEMBAHAN PENYATA KEWANGAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH
Bahagian Audit Sekolah bekerjasama dengan Bahagian/Jabatan di peringkat Kementerian,
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dalam usaha memastikan
persembahan Penyata Kewangan Sekolah memberi gambaran yang benar dan saksama
serta meningkatkan kualiti dan prestasi pengurusan kewangan sekolah. Antara langkah
yang diambil adalah seperti berikut:
Tempat: Institut Aminuddin Baki Tarikh: 13 Mac 2019 Gambar: Ihsan Institut Aminuddin Baki
Tempat: Bilik Mesyuarat, PPD Pitas Sabah Tarikh: 21 Jun 2019
Tempat: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tarikh: 29 Mac 2019
Tempat: Hotel The Gurney, Pulau Pinang Tarikh: 15 Oktober 2019
Mengambil bahagian yang aktif dalam sesi perbincangan bersama Bahagian Kewangan KPM bagi memurnikan pekeliling dan peraturan sedia ada supaya jelas, lengkap dan mudah difahami.
Menghadiri forum sebagai ahli panel di Institut Aminuddin Baki bagi Kursus Integriti Dalam Pengurusan Kewangan Sekolah yang disertai oleh bakal Pengurus Sekolah yang akan menjalankan tugas kewangan di sekolah.
Memberi khidmat nasihat kepada pegawai yang menguruskan kewangan semasa pengauditan dijalankan agar penyediaan penyata kewangan mengikut standard perakaunan yang digunapakai di Malaysia.
Menghadiri mesyuarat bersama Pengarah JPN Sabah untuk menjelaskan isu yang memerlukan tindakan Jabatan dan melaporkan isu-isu yang perlu diambil tindakan segera oleh pihak sekolah.
PROGRAMBANTUAN
PENGAUDITANDI SARAWAK
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
62
14. PROGRAM BANTUAN PENGAUDITAN PENYATA DAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH DI SARAWAK
Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002, setiap institusi
pendidikan perlu mengemukakan Penyata Kewangan Sekolah untuk diaudit setiap tahun.
Namun, Bahagian Audit Sekolah Negeri Sarawak mempunyai kekangan dari segi bilangan
perjawatan yang diluluskan amat sedikit iaitu 8 orang pegawai yang menjalankan
pengauditan berbanding 1,458 Penyata Kewangan Sekolah yang perlu diaudit setiap
tahun. Justeru itu, Bahagian Audit Sekolah mengambil pendekatan proaktif dengan
menjalankan Program Bantuan Pengauditan Penyata & Pengurusan Kewangan Sekolah
bagi sekolah-sekolah di negeri Sarawak. Bahagian Audit Sekolah juga menjalinkan
kerjasama bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dan Pejabat Pendidikan
Negeri (PPD) di negeri Sarawak bagi menyediakan lokasi pengauditan secara berpusat
yang melibatkan anggaran 20 – 30 Penyata Kewangan Sekolah bagi setiap program.
Pada tahun 2019, sebanyak 25 program telah dijalankan melibatkan pegawai-pegawai
Bahagian Audit Sekolah di Semenanjung Malaysia dan Sabah yang melibatkan kos
sebanyak RM1.04 juta. Dengan pendekatan ini semua sekolah di negeri Sarawak dapat
diaudit sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, sehingga 31 Disember 2019, terdapat sebanyak 67 sekolah di
negeri Sarawak tidak dapat diaudit disebabkan oleh kekangan peruntukan dan
menyebabkan beberapa program bantuan tersebut terpaksa dibatalkan. Hal ini akan
menambahkan beban pengauditan pada tahun 2020 kerana sekolah-sekolah yang terlibat
perlu diaudit bagi tempoh 2 tahun (2018 dan 2019).
PENUTUP
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
63
PENUTUP
Pada umumnya, Penyata Kewangan Sekolah bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2018 yang
diaudit menunjukkan satu gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan penyata
kewangan serta rekod kewangan juga diselenggara dengan teratur dan kemas kini. Berdasarkan
Laporan Audit yang dikeluarkan terhadap 10,123 Penyata Kewangan Sekolah menunjukkan
sebanyak 92.87% penyata diberi Laporan Audit Tanpa Teguran, manakala 7.03% penyata diberi
Laporan Audit Berteguran, sebanyak 0.08% penyata diberi Laporan Audit Bertentangan serta
0.02% diberi Laporan Audit Tanpa Pendapat.
Laporan Pengurusan Kewangan Tahun 2018 yang dikeluarkan kepada 10,117 sekolah
menunjukkan sebanyak 27.67% diberi penarafan pengurusan kewangan Cemerlang, sementara
45.04% di tahap Baik, manakala 24.67% di tahap Memuaskan. Selain itu, sebanyak 2.35% di
tahap Kurang Memuaskan dan 0.38% di tahap Tidak Memuaskan.
Segala kelemahan yang dilaporkan perlu diambil tindakan bagi mewujudkan akauntabiliti dan
integriti dalam pengurusan kewangan dan pelaksanaan program sekolah. Sehubungan itu,
kecemerlangan pengurusan kewangan dan keberkesanan pelaksanaan program sekolah dapat
menyumbang kepada merealisasikan agenda pembangunan modal insan selaras dengan NKRA
Pendidikan.
Justeru, laporan ini akan memberi kesan dan manfaat sekiranya tumpuan beserta tindakan
susulan yang berkesan dan efektif oleh pihak yang terlibat khususnya pihak sekolah dan Ketua
PTJ bukan sahaja bagi menyelesaikan kelemahan yang dilaporkan tetapi memastikan perkara
yang dibangkitkan tidak berulang.
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAHKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 2, BLOK E9, KOMPLEKS EPUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62640 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA