kemampanan tenaga

download kemampanan tenaga

of 5

description

SAINS

Transcript of kemampanan tenaga

Isu 4 Kemampanan SumberSecara umumnya, sumber tenaga boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumber tenaga berasaskan bahan api atau bahan api asli, merupakan tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum, arang batu dan nuklear. Sumber ini wujud dalam kuantiti yang terhad dan lama-kelamaan sumber ini akan kehabisan. Hal ini boleh merumitkan negara serta kehidupan orang ramai sekiranya ia kehabisan, oleh itu sumber tenaga alternatif digunakan untuk mengatasi masalah ini.Sumber tenaga alternatif merupakan sumber tenaga yang kedua iaitu sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Sumber tenaga ini dapat membantu negara dalam berhadapan dengan kehabisan bahan fosil seperti petroleum, arang batu dan gas asli kerana tenaga yang terjana daripada sumber ini bukan berasaskan bahan api asli. Antara sumber alternatif tenaga yang telah dihasilkan ialah tenaga bio jisim, tenaga cahaya suria, tenaga angin, tenaga hidro elektrik, tenaga ombak dan tenaga geoterma.Perkembangan sains dan teknologi serta keperluan sumber tenaga telah mendorong kepada kewujudan pelbagai jenis sumber tenaga alternatif bagi membantu kehidupan manusia.Penggunaan tenaga alternatif memberi banyak faedah kepada manusia, namun tenaga alternatif juga turut mempunyai risikonya. Isu disini ialah berkaitan dengan sumber tenaga alternatif iaitu sumber tenaga hidroelektrik. Semenjak dari tahun 70-an lagi, Malaysia telah pun mempelopori bidang teknologi tenaga hidroelektrik.Beberapa projek hidroelektrik telah lama beroperasi seperti Empangan Hidro Tasik Chenderoh yang merupakan empangan hidro yang pertama di Malaysia yang mula beroperasi pada tahun 1940. Selain itu yang terbaru ialah projek gergasi hidroelektrik Bakun dijangka apabila beroperasi sepenuhnya kelak akan dapat menjana tenaga elektrik yang murah, bersih dan efisyen kepada seluruh negara.Tenaga hidroelektrik merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular di negara-negara membangun. Tenaga ini hanya dapat dijalankan di negara membangun yang mempunyai aliran sungai yang deras. Aliran sungai yang deras seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan, misalnya di Malaysia yang mempunyai banyak empangan hidroelektrik seperti di Empangan Bakun, Sarawak. Hal ini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik. Bukan itu sahaja, isipadu air yang tetap dan banyak juga penting untuk penjanaan tenaga hidroelektrik. Isipadu air sungai yang sedikit menyukarkan turbin digerakkan dan secara tidak langsung menyebabkan tenaga elektrik yang terhasil adalah sedikit. Selain itu, tenaga hidroelektrik merupakan tenaga komersial yang keempat terbesar di peringkat global selepas minyak, arang batu dan gas. Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik kini telah menjadi penting kepada penduduk dunia bagi membekalkan tenaga elektrik.Tenaga hidroelektrik telah dikomersialkan kerana tenaga ini bersih dan tidak mencemarkan udara. Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida yang mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan radio aktif atau bahan kimia lain yang boleh mencemarkan sungai. Hal ini berbeza dengan tenaga konvensional seperti petroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara sekeliling ketika penghasilan minyak. Kebanyakan tenaga hidroelektrik yang dijana di negara-negara membangun mempunyai sungai yang sentiasa mengalir sepanjang tahun. Hal ini membolehkan tenaga elektrik dijana setiap masa. Tenaga hidroelektrik sukar dijana jika aliran sungai tidak berlaku sepanjang tahun. Selain aliran sungai faktor lain ialah tempat strategik yang banyak untuk membina empangan hidroelektrik. Hal ini membolehkan tenaga hidroelektrik banyak dijana di negara tersebut. India merupakan salah satu negara yang banyak menjana tenaga hidroelektrik selain negara kita Malaysia. Tambahan lagi, tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan. Oleh sebab itu. negara-negara membangun banyak menjana tenaga ini kerana hal ini bersesuaian dengan keadaan kewangan negara. Menurut Datuk Seri Mahdzir Khalid , Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (2014) dalam Akhbar Utusan Online berkata kalau makin banyak hidro, ia boleh kurangkan tarif sebab ia lebih murah daripada gas. Kalau ada potensi boleh buat lebih banyak projek hidro, ia lebih baik untuk negara. Ini menunjukkan bahawa tenaga hidroelektrik merupakan sumber tenaga alternatif yang murah.Walaupun tenaga hidroelektrik ini mempunyai kelebihan atau kebaikan ia juga mempunyai keburukan atau kelemahan. Antara risiko penggunaan sumber tenaga alternatif ialah pencemaran alam. Pencemaran air akan berlaku apabila benteng dibina untuk penjanaan kuasa hidro elektrik. Pembinaan benteng yang digunakan untuk menahan air akan menjejaskan kualiti air semula jadi. Pencemaran air turut merebak ke kawasan lain seperti sungai, tasik dan laut. Apabila benteng dibina ia juga akan menganggu atau menghalang aliran semula jadi sedimen, akibatnya sedimen akan termendak dalam takungan empangan yang mampu mencetekkan sungai. Selain itu juga sekiranya empangan pecah ia boleh akan menjadi bencana dan akan membunuh ramai orang. Sebagai contoh klasik dalam sejarah Amerika ialah Banjir Johnstown yang berlaku pada 31 Mei 1889. Ia merupakan hasil kegagalan Empangan Fork Selatan (South Fork Dam) yang terletak 14 batu (23 km) ke hulu bandar Johnstown, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Namun empangan pada masa kini dengan bantuan teknologi yang canggih telah berjaya menghadapi tekanan air yang kuat. Pembinaan empangan memerlukan kawasan takungan air yang luas hal ini boleh menyebabkan kemusnahan alam sekitar. Ini terjadi apabila air ditakung, pokok-pokok yang berada di kawasan takungan akan ditenggelami air dan mati. Sekaligus menganggu ekosistem di kawasan tersebut yang pasti menyebabkan spesis-spesis tumbuhan dan haiwan yang berada dikawasan tersebut terpupus. Memandangkan sumber air adalah penting untuk penjanaan hidro elektrik musim kemarau atau penerimaan hujan yang kurang dikawasan empangan boleh menganggu penjanaan tenaga tersebut seperti mana laporan Akhbar Sinar Harian (17.04.2014) yang menyatakan bahawa empangan terima kurang hujan. Apabila kemarau dan penerimaan hujan yang kurang berlaku, takungan empangan mungkin tidak mencukupi untuk menghasilkan tenaga hidro.Kesimpulannya, bumi kita mempunyai pelbagai sumber yang boleh diteroka dan digunapakai untuk tujuan-tujuan tertentu bagi kegunaan harian manusia. Sumber-sumber ini terdiri dari sumber yang boleh diperbaharui seperti tenaga bio jisim, tenaga cahaya suria, tenaga angin, tenaga hidro elektrik, tenaga ombak dan tenaga geoterma manakala sumber petroleum, arang batu dan nuklear adalah tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Penggunaan kesemua sumber tenaga ini mendatangkan banyak faedah kepada manusia, namun sumber ini perlu diguna secara terkawal kerana penerokaan sumber-sumber tenaga ini secara berleluasa boleh mengakibatkan kemerosotan atau memberi kesan sampingan terhadap alam sekitar jika tidak ditangani oleh masyarakat global.

RujukanBrenda Walpole. (1994). Siri Kemahiran Sains Air. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Institut Pendidikan Guru. (2012). Modul Sains Teknologi dan Masyarakat. Cyberjaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rohani Sulaiman. (2011). Teknologi Tenaga. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Sinar Harian. (2014, April 17). Empangan terima kurang hujan, 19.

Utusan Online. (2014). Projek hidro kurangkan kadar tarif. Di perolehi Mac 01, 2015 daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141002/dn_24/Projek-hidro-kurangkan-kadar-tarif

Wikipedia. (2011). Empangan Hidro yang pertama dan tertua di Malaysia. Di perolehi Mac 01, 2015 daripadahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Empangan_Hidro_yang_pertama_dan_tertua_di_Malaysia