GAMBAR PEMBUKTIAN HC KEMAHIRAN KEPIMPINAN & KERJA BERPASUKAN
Kemahiran Asas Sukan Berpasukan SHARE
description
Transcript of Kemahiran Asas Sukan Berpasukan SHARE
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT1.0 PENGENALAN 22.0 KEMAHIRAN ASAS YANG PERLU DIKUASAI DALAM HOKI
2.1 MENGELECEK2.1.1 Gelecek longgar2.1.2 Gelecek rapat2.1.3 Gelecek cara India
2.2 HANTARAN2.3 MENGUIS DAN HANTARAN TINGGI
2.4 PENJAGAAN GAWANG GOL
33456
6-77
3.0 PROSEDUR / ANSUR MAJU LATIHAN KEMAHIRAN ASAS 3.1 MENGELECEK3.2 HANTARAN3.3 MENGUIS DAN HANTARAN TINGGI3.4 PENJAGAAN GAWANG GOL
89
1010
4.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN LATIHAN 115.0 PERALATAN
5.1 KAYU HOKI 5.2 BOLA HOKI 5.3 KASUT 5.4 ALATAN PENJAGA GOL
5.4.1 Ped kaki5.4.2 Sarung tangan5.4.3 Alat-alat lain
5.5 PENANDA 5.6 BIP 5.7 PAKAIAN 5.8 GOL 5.9 GRID LATIHAN
121313141415
15-161617171818
6.0 LAIN-LAIN
6.1 PADANG HOKI6.2 BULATAN JARINGAN (STRIKING CIRCLE)6.3 PINTU GOL
192021
7.0 RUMUSAN 228.0 RUJUKAN 23
1. 0 PENGENALAN
Hoki merupakan sukan yang terkenal di kalangan kaum lelaki dan wanita di
kebanyakkan negara di seluruh dunia. Nama hoki berasal daripada Bahasa Perancis
iaitu “hoquet” yang kemudiannya diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris menjadi
“hockey”.
Terdapat dua jenis hoki, dimana satu jenis daripadanya dimainkan di atas
padang rumput atau astrotuf dan sejenis lagi yang dimainkan di gelanggang ais. Di
sesetengah negara, hoki ais kurang menonjol berbanding dengan hoki yang bermain di
atas padang rumput atau astrotuf.
Di Malaysia, sukan hoki begitu popular dan dimainkan hampir di semua sekolah.
Pihak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) telah menganjurkan
pertandingan hoki pada setiap tahun dan melibatkan dua kategori,pelajar, iaitu
pertandingan di bawah umur 12 tahun dan satu lagi pula di bawah umur 18 tahun.
Perkembangan sukan hoki di Malaysia amat membanggakan dan negara kita
mampu bersaing dengan pasukan terhebat di dunia dalam kejohanan-kejohanan yang
dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Dunia (FIH).
2.0 KEMAHIRAN ASAS YANG PERLU DIKUASAI DALAM HOKI
2.1 MENGELECEK
Menggelecek adalah salah satu cara mengawal bola yang sedang bergerak. Ia
adalah kemahiran yang digunakan untuk melepaskan diri dan bola daripada halangan
dan kawalan pemain lawan.
Di antara kepentingan kemahiran menggelecek adalah mengekalkan kawalan bola
dengan pergerakan pantas. Selain itu, ia menolong pihak lawan atau mengumpan pihak
lawan keluar tanpa kehilangan bola. Ia juga menolong membuka atau mewujudkan
sudut-sudut hantaran bola atau menjaringkan gol. Ia juga melengahkan masa bermain
disamping mencari ruang dan menukar arah serta menghantar bola kepada rakan
sepasukan. Kemahiran ini amat penting apabila hendak mengatasi pihak bertahan
tanpa kehilangan bola.
Terdapat beberapa cara untuk menggelecek dalam permainan hoki. Berikut adalah
cara- cara menggelecek yang betul:
2.1.1 Gelecek Longgar
Kemahiran menggelecek longgar (open/loose dribble) boleh digunakan apabila
pemain hendak menggerakkan bola dengan pantas bagi tujuan untuk melepaskan diri
dengan bola daripada pemain lawan dan berlari dengan bola ke arah pintu gol.
2.1.2 Gelecek Rapat
Mengelecek cara ini membenarkan bola dikawal dengan bebas dan bergerak di
hadapan kayu. Kelecek bebas ini membolehkan pergerakan lebih pantas dan penelitian
yang baik tetapi menambahkan risiko bola dirampas oleh pihak lawan. Oleh itu, pemain
yang baik tidak akan membiarkan bola bergerak jauh dari kayunya dan menghadapi
risiko bola dirampas oleh pihak lawan.
Di samping itu, Kelecek bebas juga digunakan untuk melepasi pihak lawan yang
berada dalam keadaan pegun dengan menolak bola melalui celah dan keliling kaki
pemain lawan ke tempat lapang dan menggunakan kelajuannya untuk mengekalkan
pemilikan bola. Kelecek bebas ini juga digunakan oleh pemain di tempat lapang untuk
bergerak pantas dengan bola seperti seorang penyerang bergerak ke sasaran yang
lapang.
2.1.3 Mengelecek Cara India
Kemahiran menggelecek India sangat penting jika seseorang pemain hendak
menukar arah daripada kiri ke kanan atau sebaliknya. Kelecek dengan cara ini adalah
asas bagi semua gerakan dengan bola dalam permainan hoki. Pemain-pemain yang
dapat menguasai cara ini akan memperolehi kepuasan dan berupaya bertindak
cemerlang. Bagaimanapun, tiada gunanya jika seseorang pemain itu menunjukkan
kelecek India yang 'cantik' sekiranya tiada pemain lawan yang berhampiran.
Pemain-pemain mestilah melaksanakan kelecek India di hadapan badan dengan
cara menggerakkan bola ke hadapan dan ke belakang melintang badan serta dengan
cara silih berganti memainkan bola menggunakan hadapan dan kilas kayu. Tangan kiri
sentiasa menggerakkan kayu ke belakang dan ke hadapan ke atas bola. Tangan kanan
pula membenarkan kayu diputar bebas dan digabungkan dengan tangan kiri untuk
melakukan ketekan untuk menukar arah gerakan bola. Melalui cara ini pemain boleh
melarikan diri daripada pihak lawan.
2.2 HANTARAN
Hantaran dengan pukulan merupakan satu cara hantaran yang kuat kerana bola
akan bergerak dengan pantas ke arah sasaran. Ketepatan arah boleh dicapai dengan
melakukan banyak latihan dan ini biasanya akan dititikberatkan oleh jurulatih semasa
latihan.
Cara membuat hantaran adalah pegang kayu dengan kuat dengan tangan kiri di
atas tangan kanan. Kedua-dua tangan akan membentuk bentuk “V” apabila ibu jari dan
jari telunjuk kedua-dua tangan selari dengan jari kayu hoki. Bahu kiri menghadap
sasaran. Bola berada selari dengan kaki kiri. Aksi hantaran dimulakan dengan hayunan
kayu hoki ke belakang. Kemudian, hayun kayu ke arah bola dan pindahkan berat badan
ke kaki depan. Bengkokkan lutut semasa melakukannya dan mata hendaklah
memandang bola. Selepas itu, kontak bahagian belakang bola. Ikut lajak, kayu dituju
sehala dengan sasaran. Berat badan dipindahkan ke hadapan pula.
2.3 MENGUIS DAN HANTARAN TINGGI
Kemahiran kuisan dan hantaran tinggi boleh digunakan untuk menjaringkan gol.
Kemahiran menguis adalah penting kerana ia memerlukan persediaan untuk menguis
bola dalam keadaan terkawal.
Kuisan boleh mengelirukan pemain lawan kerana mereka tidak tahu ke mana
bola tersebut akan dihantar. Kemahiran menguis adalah sangat berguna untuk
menyelamatkan kubu pertahanan dari ancaman pihak lawan dan melakukan hantaran
jauh kepada rakan penyerang.
Cara membuat kemahiran kuisan dan hantaran tinggi adalah dengan bola
berada di sebelah kaki kiri. Kedudukan kayu hendaklah rapat dan berada di bawah
bola. Pada masa yang sama, bengkokkan lutut dan bahu kiri menghadap sasaran.
Berat badan berada di kaki kanan. Kemudiannya, alihkan berat badan ke kaki kiri.
Gunakan kekuatan tangan dengan melejang bola ke hadapan dan ke atas. Bengkokkan
badan semasa lakuan ini dan seterusnya ikut lajak ke arah atas.
2.4 PENJAGAAN GAWANG GOL
Teknik asas kemahiran menjaga gol juga merupakan suatu kemahiran yang
penting dan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh para pemain. Demi keselamatan
dan pembinaan keyakinan para pemain, jurulatih hendaklah menitikberatkan cara-cara
latihan yang mempunyai unsur-unsur moden.
Pada peringkat awal, bola tenis boleh digunakan untuk latihan menendang bola
dan menahan bola dengan tapak kaki. Begitu juga, bola digolekkan ke pintu gol dan
tidak dipukul pada peringkat awal. Di antara kemahiran asas menjaga gol ialah
menahan bola dengan kedua-dua pelapik kaki, menggelongsor untuk menahan bola,
menendang bola dan menggunakan tapak tangan untuk menahan bola.
3.0 PROSEDUR / ANSUR MAJU LATIHAN KEMAHIRAN ASAS
3.1 MENGELECEK
Prosedur /Ansur Maju Latihan Mengelecek Gambarajah Latihan Mengelecek
Pemain A menggelecek bola melepasi
halangan dengan menguis bola dan
membuat hantaran kepada pemain B.
Pemain B ulangi aktiviti pemain A.
Kedua-dua pemain menggelecek ke arah
kon.
Tiba di kon terakhir, kedua-dua pemain
menolak bola kepada pemain yang sedang
menunggu.
Pemain A mengelecek bola ke dalam D dan
memukul ke arah gol.
Pemain B menghantar bola kedua kepada
pemain A dan pemain A memukul bola ke
arah gol.
Pemain B mengulangi aktiviti yang dilakukan
oleh Pemain A.
Pemain C mengambil peranan dengan
mengumpan bola kedua kepada pemain B.
Ulang aktiviti seperti di atas tetapi ditambah
dengan pemain D menghantar bola selepas
pemain A memukul bola kedua.
Ulang aktiviti sehinga semua pemain dapat
menguasai kemahiran yang diajar.
3.2 HANTARAN
Prosedur /Ansur Maju Latihan Hantaran Gambarajah Latihan Hantaran
Pemain A memukul bola kepada pemain B
yang menunggu di kon 1.
Pemain B menerima dan menggelecek bola
sebelum memukul bola kapada pemain C.
Pemain C menerima dan memukul bola ke
arah gol X.
Pemain A menggelecek bola dan memukul ke
arah pemain B yang sedang berlari.
Pemain B menerima bola dan menggelecek
seorang pemain pertahanan dan memukul
bola ke arah gol X.
Urutan kemahiran diulangi oleh pemain lain.
Pemain A memukul bola ke arah pemain B.
Pemain B menggelecek bola dan memukul
kembali kepada pemain A yang telah
bergerak ke hadapan.
Pemain A menggelecek seorang pertahanan
dan memukul ke arah gol.
3.3 MENGUIS DAN HANTARAN TINGGI
Prosedur /Ansur Maju Latihan Menguis Dan Hantaran Tinggi
Gambarajah Latihan Menguis Dan Hantaran Tinggi
Pemain menguis bola melepasi kon.
Bertujuan untuk menguji jarak menguis.
Pemain menguis bola bola ke arah tembok
yang mempunyai empat tahap kesukaran.
Pemain dikehendaki menguis bola dari tahap
mudah ke tahap yang paling sukar.
3.4 PENJAGAAN GAWANG GOL
Prosedur /Ansur Maju Latihan Penjagaan Gawang Gol
Gambarajah Latihan Penjagaan Gawang Gol
Pemain A dan B memukul bola (bola
tenis atau mana-mana bola yang
sesuai) secara bergilir-gilir ke arah gol.
Penjaga gol dikehendaki menjaga
gawang daripada dibolosi.
4.0. JUSTIFIKASI PEMILIHAN LATIHAN
Berikut merupakan justifikasi saya memilih latihan ini:
o Latihan ini memberi tunjuk cara yang tepat berteraskan kepada prinsip mekanik
secara berterusan.
o Latihan ini mendedahkan pemain kepada satu sistem latihan yang rapi dan
berobjektif.
o Latihan ini Ia menjadi satu paduan kepada jurulatih mengendalikan satu sistem
latihan yang bersistematik.
o Latihan ini melahirkan pemain yang bersikap positif dan melahirkan pemain yang
berbakat.
Di samping itu, latihan ini pada keseluruhannya telah memuatkan contoh-contoh
sukatan latihan, rancangan latihan, gerak kerja serta latih tubi yang bersesuaian. Ia
boleh digunakan oleh jurulatih-jurulatih bagi menjalani satu sesi pengajaran permainan
hoki ke atas sekumpulan pelajar.
Secara amnya, manual latihan ini merangkumi konsep dan sistem latihan serta
cara pengelolaan yang bersesuaian dengan tahap pencapaian pemain.
Dari segi kejurulatihan, manual ini pula diharapkan dapat:
o Membantu jurulatih mengetahui kelebihan-kelebihan yang diperolehi dalam
menjalankan latihan berdasarkan sukatan yang diberi.
o Memberi tunjuk cara dan menjalankan latihan dengan lebih berkesan.
5.0 PERALATAN
5.1 KAYU HOKI
Kayu hoki pada kebiasannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang
hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang
mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu, kayu hoki mengiri untuk pemain
kidal tidak wujud dalam permainan hoki.
Sebatang kayu hoki yang baik perlulah:
Rata di sebelah kiri (muka kayu) dan berbentuk bulat (belakang kayu) di sebelah
kanan.
Pada bahagian belakang kayu tidak dibenarkan untuk memukul bola. Hanya
permukaan muka kayu sahaja yang dibenarkan untuk memukul bola.
Bahagian lengkok kayu dipanggil kepala kayu. Ia berbentuk ‘J’ atau ‘U’.
Kayu hoki perlulah licin dan tidak mempunyai unsur tajam dan merbahaya di tepi-
tepi kayu.
Tebal kayu dihadkan, di mana sebuah gelung yang berdiameter 51mm boleh
melepasinya.
Kayu hoki boleh diperbuat daripada apa-apa bahan sahaja kecuali logam. Akan
tetapi, ia perlulah menepati berat yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi 737g.
5.2 BOLA HOKI
Berikut merupakan ciri-ciri sebuah bola hoki:
Keras, pejal dan kosong
Pemukaan licin
Berwarna putih (warna lain dengan persetujuan kedua-dua belah pihak)
Berat:156g (mininum) -163g (maksimum)
Ukur lilit:224mm (minimum) -235mm (maksimum)
5.3 KASUT
Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai sebarang jenis kasut yang sesuai.
Namun, kasut-kasut yang merbahayakan pemain lain seperti kasut yang mempunyai
pancang (spikes) tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali. Kasut yang
mempunyai tetungku getah amatlah digalakan. Kasut khas turut digunakan ketika
pemain bermain di atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain.
5.4 ALATAN PENJAGA GOL
Penjaga gol dalam sukan hoki perlulah menjaga keselamatan dengan baik. Hal ini
bertepatan dengan tugas dan peranannya yang berbahaya. Antara alat keselamatan
yang perlu dipakai oleh penjaga gol adalah seperti:
5.4.1 Ped kaki
Dipakai pada pergelangan kaki hingga lutut.
Dipasang bersama kickers.
Bahagian kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki dan tempat di mana ped-ped
disambungkan kepada kickers di atas pergelangan kaki.
Ped hanya berdiamensi 300mm maksimum apabila dipakai untuk suatu permainan.
5.4.2 Sarung tangan
Diperbuat daripada kulit dan plastik.
Sarung tangan penting untuk memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk
menahan bola yang dipukul pada kelajuan 140-160km sejam.
Sarung tangan juga perlu lembut supaya boleh memegang kayu hoki dengan kukuh.
Sarung tangan tidak boleh melebihi 228mm lebar dan 355mm panjang.
5.4.3 Alat-alat lain
Pelindung dada
Ped-ped bahu
Penutup muka
Pelindung mulut
Seluar berped
Pelindung kemola (untuk penjaga gol lelaki)
5.5 PENANDA
Kon yang mencukupi adalah ideal untuk membuat penanda.
Sebagai gantian ¼ boleh juga digunakan tiang kayu, skital atau lain bahan yang
selamat.
5.6 BIP
Bip adalah ideal untuk mengenalpasti dua kumpulan /pa sukan.
Bilangan bip yang berlainan warna perlu berlandaskan kepada bilangan pelatih yang
ada.
5.7 PAKAIAN
Galakkan pakaian yang sesuai untuk permainan hoki seperti yang perlu mengikut
peraturan dan undang-undang.
Pelatih diingatkan memperolehi satu rupa pakaian yang standard.
Pelatih dinasihatkan untuk menyalin pakaian selepas latihan/ permainan.
5.8 GOL
Jika boleh dapatkan beberapa pasang gol yang lengkap dengan jaring dan juga
mudah digerakkan.
5.9 GRID LATIHAN
Untuk memudahkan latihan, adakan grid latihan.
Saiz grid latihan 60m x 40m adalah memadai.
Setiap satu kotak ialah 10 ela x 10 ela.
Mudah ditandakan kawasan latihan.
6.0 Lain-lain
6.1 PADANG HOKI
Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam
permainan ini. Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan
kemungkinan mereka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti
melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu,
pemain agak sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti menggelecek
dan mencedok bola. Sebaliknya, jika kawasan padang permainan terlalu luas,
keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh
kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka
diantara satu sama lain agak jauh.
Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, ciri-
ciri padang hoki adalah seperti berikut:
Berbentuk segi empat bujur.
Berukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar.
Garisan panjang dikenali sebagai garisan tepi dan garisan lebar dikenali sebagai
garisan belakang.
6.2 BULATAN JARINGAN (STRIKING CIRCLE)
Berikut merupakan ciri-ciri bulatan jaringan:
Satu garisan dengan panjang 3.66 meter selari dengan garisan gol di tengah
garisan berukuran 14.63 meter.
Dua suku bulatan dengan radius 14.63 meter dilukis bermula dari garisan 3.66
meter ke garisan belakang.
Dikenali sebagai kawasan D.
Strok penalti berada 6.4 meter di hadapan gol, manakala garisan bagi sudut penalti
yang lain berada 5.0 meter dan 10.0 meter dari tiang gol kiri atau kanan.
6.3 PINTU GOL
Setiap permainan mempunyai gol. Begitu juga hoki. Tanpa gol, sesuatu
permainan itu tidak mempunyai matlamat untuk dicapai. Bagi permainan hoki, setiap
pasukan mempunyai pintu gol masing-masing.
Ciri-ciri bagi pintu gol hoki adalah seperti berikut:
Terletak di tengah-tengah garisan belakang.
Diperbuat daripada dua tiang yang disambungkan dengan sebuah palang mendatar
(crossbar) dan jarak antara dua tiang tersebut ialah 3.66 meter.
Ketinggian tiang berukuran 2.14 meter.
Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk segi empat bujur berukuran 5.0 mm
lebar dan dalam antara 5.0 m – 7.5 m.
Semua tiang gol dicat putih.
7.0 RUMUSAN
Sukan hoki merupakan sukan yang menyeronokkan. Namun, untuk memperoleh
keseronokan yang maksimum, kemahiran-kemahiran perlu dipelajari terlebih dahulu
selain daripada memastikan diri sendiri di dalam keadaan yang baik.
Sukan hoki tidaklah terlalu merbahaya sekiranya pemain atau pelajar bermain
secara berhati-hati dan memakai perlindungan yang disarankan oleh jurulatih atau guru
Pendidikan Jasmani mereka.
Pemain hoki juga pelulah menjaga kesihatan diri mereka dengan mengamalkan
pemakanan yang sesuai dengan diet harian seseorang pemain hoki dan melakukan
latihan kecergasan supaya dapat mengekalkan kecergasan diri.
Kepentingan melakukan aktiviti memanaskan badan juga penting supaya badan
kita benar-benar bersedia untuk melakukan latihan hoki. Oleh yang demikian, setiap
pemain atau pelajar perlulah memastikan diri mereka telah melakukan aktiviti
memanaskan badan dengan menumpukan pada bahagian badan yang digunakan
dalam sukan hoki.
8.0 RUJUKAN
i. Ricard Mangi, M.D, Peter Jokl, M.D, O.William Dayton A.T.C. Sport Fitness and
Training.
ii. Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad, (1987) . Buku Sumber Kecergasan Fizikal
Tahap 1, Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia & Kementerian Belia dan
Sukan : Sri Bistari.
iii. Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad, (1987) . Buku Sumber Kecergasan Fizikal
Tahap 2, Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia & Kementerian Belia dan
Sukan : Sri Bistari.
iv. http://dnanhusin.wordpress.com/teknik-teknik-asas/
v. http://duniahoki.weebly.com/peraturan-permainan.html
vi. http://tatabahasabm.tripod.com/bank/manualhoki.pdf
vii. http://www.slideshare.net/ainkunurulain/kemahiran-asas-hoki