Kemahiran Asas Sifir

25
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PROJEK KAJIAN TINDAKAN Pembiayaan Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan MENGATASI MASALAH PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS SIFIR DI KALANGAN PELAJAR BERPENCAPAIAN SEDERHANA DAN SEDERHANA RENDAH DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN POKOK SENA, KEDAH DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH LATIHAN JADUAL SIFIR 12 2Oleh: AZAMMER BIN AZIZAN Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok sena 06400 Pokok Sena Kedah Darul Aman September 2009

description

kemahiran

Transcript of Kemahiran Asas Sifir

  • KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    PROJEK KAJIAN TINDAKAN

    Pembiayaan Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

    MENGATASI MASALAH PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS SIFIR DI KALANGAN PELAJAR BERPENCAPAIAN SEDERHANA DAN

    SEDERHANA RENDAH DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN POKOK SENA, KEDAH DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH LATIHAN

    JADUAL SIFIR 122

    Oleh:

    AZAMMER BIN AZIZAN Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok sena

    06400 Pokok Sena Kedah Darul Aman

    September 2009

  • ii

    ABSTRAK

    Azammer Bin Azizan SMK Pokok Sena,

    Pokok Sena, Kedah

    Kajian tindakan yang telah dilaksankan ini tercetus apabila hasil Ujian Pengesanan Penguasaan Kemahiran Asas Matematik anjuran Jabatan Pelajaran Kedah di Sekolah Menengah Pokok Sena mendapati masih ramai di kalangan pelajar tingkatan 1 dan 2 masih belum dapat menguasai kemahiran asas matematik terutamanya dalam operasi asas melibatkan sifir dan bahagi. Ini mungkin disebabkan pelajar tidak menguasai konsep asas sifir, berkebolehan tetapi lambat dalam menyelesaikan operasi sifir, kurang daya kendiri dalam meningkatkan keupayaan individu dalam sifir, kurang latihan penguasaan sifir, tidak berminat terhadap matematik malah mungkin disebabkan persepsi yang negatif terhadap subjek Matematik. Berbeza dengan Ujian Pengesanan Kemahiran Asas anjuran Jabatan Pelajaran Kedah yang melibatkan pengujian empat operasi asas matematik, penyelidik dalam kajian tindakan ini hanya memfokuskan kajian dalam penguasaan kemahiran asas sifir sahaja. Berbanding kaedah penilaian dan pengujian secara verbal, kaedah yang dijalankan dalam Program Kajian Tindakan menggunakan Jadual Sifir 122 ini dirasakan lebih berkesan dan menjimatkan masa kerana ianya dapat dijalankan serentak terhadap keseluruhan kelas yang terlibat pada sesuatu masa. Ianya juga tidak memerlukan belanja yang besar, senang dilaksanakan tanpa membebankan guru serta tidak melibatkan penggunaan tenaga kerja yang banyak.

    Program menggunakan Jadual Sifir 122 ini bersifat universal, hanya menggunakan nombor

    tanpa bahasa. Ianya sesuai dilaksanakan samada di sekolah rendah ataupun sekolah menengah

    tanpa mengira bahasa pengantar yang digunakan. Program yang dilaksanakan bukanlah

    bertujuan untuk menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam masa yang

    singkat, sebaliknya lebih memfokuskan kepada kumpulan yang dikategorikan dalam kumpulan

    berpencapaian sederhana dan sederhana rendah untuk meningkatkan keupayaan diri ke arah

    penguasaan kemahiran sifir yang lebih baik.

    Analisis data secara jelasnya telah berjaya membuktikan keberkesanan program kajian tindakan yang telah dilaksanakan terhadap kumpulan sasaran. Walaupun program yang dilaksanakan adalah ringkas, mudah dan murah ianya telah berjaya meningkatkatkan tahap penguasaan kemahiran asas sifir serta mampu mengurangkan tahap perbezaan min di antara kaum dan jantina di kalangan kumpulan sasaran. Diharapkan program yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar terutamanya di kalangan pelajar yang dikategorikan sebagai sederhana dan sederhana rendah dalam pencapaian akademik untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas sifir mereka.

  • iii

    HALAMAN KANDUNGAN

    Muka surat

    Abstrak ii

    Halaman Kandungan iii

    1. RELEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1

    2. FOKUS KAJIAN 1

    3. OBJEKTIF KAJIAN 2

    4. KUMPULAN SASARAN 2

    5. PELAKSANAAN KAJIAN

    5.1 Tinjauan Masalah 3

    5.2 Pelaksanaan Tindakan 5

    5.3 Kaedah Pengujian Data 6

    5.4 Batasan Kajian 7

    5.5 Analisis Data Kajian

    5.5.1 Analisis Umum Ujian Pra dan Ujian Pos 8

    5.5.2 Analisis Ujian Pra Dan Ujian Pos Dengan Paired Samples T Test

    10

    5.5.3 Analisis Perbandingan Min Ujian Pra dan Ujian Pos Antara Kaum

    11

    5.5.4 Analisis Perbandingan Min Ujian Pra dan Ujian Pos Antara Jantina

    13

    6. RUMUSAN DAN PENUTUP 15

    7. LAMPIRAN 17

  • 1

    1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Berdasarkan Ujian Pengesanan Penguasaan Kemahiran Asas Matematik

    anjuran Jabatan Pelajaran Kedah, masih ramai di kalangan pelajar tingkatan 1

    dan 2 masih belum dapat menguasai kemahiran asas matematik terutamanya

    dalam operasi asas melibatkan sifir. Ini mungkin disebabkan pelajar:

    i. tidak menguasai konsep asas sifir

    ii. berkebolehan tetapi lambat dalam menyelesaikan operasi sifir.

    iii. kurang daya kendiri dalam meningkatkan keupayaan individu

    dalam sifir

    iv. kurang latihan penguasaan sifir

    v. tidak berminat terhadap matematik

    vi. malah persepsi yang negatif terhadap subjek Matematik

    Dengan memberi tumpuan kepada perkara i, ii, iii dan iv di atas satu kajian

    tindakan dirasakan perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah penguasaan

    asas sifir di kalangan pelajar tersebut.

    Pengalaman penyelidik semasa menjalankankan proses P&P mendapati

    sebilangan pelajar terutamanya dalam kumpulan sederhana dan sederhana

    rendah memang berkebolehan dalam menguasai kemahiran asas sifir tetapi

    faktor tidak memahami konsep dan kekurangan latihan menyebabkan mereka

    kesuntukkan masa dan gagal menyelesaikan tugasan yang diberi dengan

    sempurna.

    2. FOKUS KAJIAN

    Masalah yang ingin dikaji ialah kelemahan penguasaan kemahiran asas sifir di

    kalangan pelajar yang berpunca dari:

    i. tidak menguasai konsep asas sifir

    ii. berkebolehan tetapi lambat dalam menyelesaikan operasi sifir.

    iii. kurang daya kendiri dalam meningkatkan keupayaan individu

    dalam sifir

    iv. kurang latihan penguasaan sifir

  • 2

    Jika masalah ini dapat diatasi, maka :

    i. Pelajar dapat menyelesaikan masalah matematik dengan lebih

    cepat dan tepat.

    ii. Meningkatkan keyakinan pelajar dalam menyelesaikan masalah

    matematik melibatkan sifir.

    iii. Meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Matematik.

    iv. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Matematik.

    3. OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif Umum

    Mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas sifir di kalangan pelajar.

    Objektif Khusus

    i. Mengurangkan jurang perbezaan min dalam penguasaan kemahiran

    asas sifir di antara kaum bukan Melayu dan Melayu sekiranya wujud.

    ii. Mengurangkan jurang perbezaan min dalam penguasaan kemahiran

    asas sifir di antara pelajar perempuan dan lelaki sekiranya wujud.

    iii. Meningkatkan keyakinan, kecekapan dan kecepatan pelajar dalam

    menyelesaikan masalah matematik melibatkan operasi sifir.

    iv. Menyediakan latihan secara berterusan dan berkesan dalam

    meningkatan penguasaan pelajar dalam kemahiran asas sifir.

    v. Menyemai inisiatif kendiri di kalangan pelajar dalam meningkatkan

    keupayaan dalam penguasaan kemahiran asas sifir.

    4. KUMPULAN SASARAN

    Kumpulan sasaran terdiri daripada seramai 108 orang pelajar dari 3 kelas

    berbeza iaitu 37 pelajar Tingkatan 1 Gigih, 31 pelajar Tingkatan 2 Rajin dan 40

    pelajar dari Tingkatan 2 Cemerlang. Mereka merupakan para pelajar yang

    dikategorikan di dalam kumpulan berpencapaian sederhana dan sederhana

    rendah dalam bidang akademik. Antara faktor yang dipertimbangkan dalam

    pemilihan kumpulan sasaran ialah mereka adalah diandaikan sebagai

  • 3

    berkebolehan dalam menyelesaikan masalah melibatkan kemahiran asas sifir

    tetapi tidak menggunakan keupayaan diri yang ada secara optimum. Taburan

    bilangan pelajar yang terlibat dalam kajian tindakan ini mengikut jantina dan

    kaum ditunjukkan oleh jadual di bawah.

    Jantina * Kaum Crosstabulation

    Count

    36 18 54

    37 17 54

    73 35 108

    Lelaki

    Perempuan

    Jantina

    Total

    Melayu Bukan Melayu

    Kaum

    Total

    Jadual 1: Taburan Kumpulan Sasaran Mengikut Kaum dan Jantina

    5. PELAKSANAAN KAJIAN

    5.1 Tinjauan Masalah.

    Ujian Pengesanan Penguasaan Kemahiran Asas Matematik anjuran Jabatan

    Pelajaran Kedah pada awal tahun 2009 telah mendedahkan kelemahan

    sebilangan pelajar dalam penguasaan kemahiran asas operasi matematik

    terutamanya melibatkan operasi darab dan bahagi. Berbeza dengan Ujian

    Pengesanan Kemahiran Asas anjuran Jabatan Pelajaran Kedah yang melibatkan

    pengujian empat operasi asas matematik, penyelidik dalam kajian tindakan ini

    hanya akan memfokuskan kajian dalam penguasaan kemahiran asas sifir

    sahaja. Pengalaman penyelidik dalam pengajaran matematik mendapati

    penyumbang utama dalam kelemahan pelajar dalam penguasaan kemahiran

    asas matematik adalah disebabkan tidak menguasai konsep asas matematik

    tersebut. Ada sebilangan pelajar berkebolehan dalam menyelesaikan sesuatu

    masalah melibatkan operasi matematik tetapi lambat atau gagal

    menyelesaikannya dalam masa yang diperuntukkan kerana kekurangan latihan.

    Ketidakcekapan dalam menyelesaikan masalah Matematik dalam jangkamasa

    yang diperuntukkan ini mengimplikasikan kesan sampingan yang buruk terhadap

    para pelajar yang berkebolehan tetapi kekurangan latihan ini. Tugasan yang

    diberi akan dianggap sebagai satu bebanan terhadap mereka seterusnya

  • 4

    berkemungkinan meracun minat mereka terhadap matematik dan membina

    persepsi yang negatif terhadap subjek tersebut.

    Isu kekurangan latihan matematik yang diterima oleh para pelajar semasa di

    sekolah rendah terutamanya di Sekolah Kebangsaan berbanding Sekolah

    Rendah Jenis Kebangsaan Cina [SRJK(C)] mencetuskan minat penyelidik untuk

    membuat kajian dan perbandingan di antara pelajar bukan Melayu dan pelajar

    Melayu dalam penguasaan asas kemahiran sifir. Rasionalnya kajian

    perbandingan antara kaum ini ialah kebanyakan pelajar bukan Melayu yang

    terilbat dalam kumpulan sasaran kajian tindakan ini datang dari Sekolah Rendah

    Jenis Kebangsaan Cina [SRJK(C)] yang memang terkenal dengan kelebihan

    latihan matematiknya berbanding dengan pelajar Melayu yang datang dari

    Sekolah Kebangsaan. Persoalan yang ingin dikaji adakah perbezaan jumlah

    latihan yang diberikan semasa di sekolah rendah memberi kesan yang signifikan

    terhadap penguasaan kemahiran asas sifir di kalangan pelajar semasa di

    sekolah menengah?

    Seterusnya penyelidik juga berminat untuk membuat kajian terhadap

    perbandingan penguasaan kemahiran asas sifir ini di kalangan pelajar lelaki dan

    pelajar perempuan. Dengan andaian awal pelajar perempuan adalah lebih baik

    dari pelajar lelaki dalam penguasaan kemahiran asas sifir, diharapkan analisis

    data yang dijalankan akan dapat memberi fakta yang lebih tepat berbanding

    dengan andaian awal tersebut.

    Sekiranya wujud perbezaan yang signifikan samada di antara kaum ataupun di

    antara jantina, diharapkan program kajian tindakan yang dijalankan ini; dengan

    latihan yang berterusan dan disokong oleh pihak pengurusan sekolah dan rakan-

    rakan sejawat, ianya akan dapat menghapuskan perbezaan tersebut atau

    sekurang-kurangnya mampu merapatkan jurang perbezaan min antara kaum

    dan antara jantina. Pengurangan jurang perbezaan min ini diharapkan akan

    memberi sedikit impak ke arah persaingan yang lebih positif di antara kaum dan

    jantina dalam penguasaan kemahiran asas sifir seterusnya secara tidak

    langsung akan meningkatkan pencapaian keseluruhan pelajar di kalangan

    kumpulan sasaran ini di dalam subjek Matematik.

  • 5

    5.2 Pelaksanaan Tindakan

    Pelaksanan kajian telah mengambil masa selama lebih kurang enam minggu

    persekolahan secara berterusan, dimulakan dengan menjalankan Ujian Pra dan

    ditamatkan dengan Ujian Pos di kalangan kumpulan sasaran untuk dianalisis.

    Ujian Pra dan Ujian Pos ini masing-masing mengandungi 50 soalan berkaitan

    penguasaan kemahiran asas sifir. Kumpulan sasaran terpilih diminta untuk

    menyelesaikan kesemua 50 soalan dalam kedua-dua ujian ini dengan

    peruntukan masa yang ditetapkan selama 40 minit. (Lihat LAMPIRAN m/s 18)

    Seramai 106 dari keseluruhan 108 orang pelajar dari kumpulan sasaran telah

    menduduki Ujian Pra yang dijalankan pada 27hb Julai 2009 sementara 97

    pelajar dari kumpulan yang sama menduduki Ujian Pra yang dijalankan pada

    16hb September 2009.

    Sebagai seorang yang berminat dalam bidang matematik, penyelidik sedar

    kebanyakan pelajar pada semua peringkat samada peringkat rendah hingga ke

    peringkat tinggi lebih selesa untuk menjawab setiap soalan matematik yang

    dikemukakan di atas kertas berbanding secara verbal. Mempertimbangkan

    keselesaan tersebut, penyelidik telah menyediakan Jadual Sifir 122 dalam

    berbagai variasi untuk diselesaikan oleh pelajar dalam masa 5-10 minit setiap

    kali P&P Matematik berlangsung. Terdapat 8 Jadual Sifir 122 dalam setiap

    helaian tugasan dengan 4 Jadual Sifir 122 pada setiap muka surat. Pada muka

    surat depan, Jadual Sifir 122 yang disediakan adalah mengikut urutan dari 1

    hingga 12. Tujuannya ialah untuk membina kefahaman pelajar tentang konsep

    asas sifir, iaitu sifir ialah penambahan sesuatu nombor yang sama secara

    berulang. Sementara pada muka surat kedua Jadual Sifir 122 yang disediakan

    tidak lagi mengikut urutan kerana tujuannya ialah melatih kecekapan dan

    kecepatan pelajar dalam menyelesaikan masalah sifir. (Lihat LAMPIRAN m/s 19)

    Dalam masa 5-10 minit pertama P&P Matematik, para pelajar diminta

    melengkapkan semua Jadual Sifir 122 di muka depan. Pada permulaan

    program ini pelajar agak kekok dan lambat untuk menyelesaikan tugasan yang

    diberi dalam masa yang terhad. Guru perlu memastikan setiap pelajar mencuba

    untuk melengkapkan Jadual Sifir 122 yang diberi seberapa pantas yang boleh

  • 6

    dengan betul dalam masa 5-10 minit pertama tersebut. Setelah masa 5-10 minit

    pertama tamat, pelajar diminta untuk menyelesaikan tugasan mereka di rumah

    untuk dikumpulkan pada masa P&P hari yang berikutnya. Tugas guru ialah

    mengumpulkan setiap helaian Jadual Sifir 122 yang disempurnakan oleh pelajar

    dan memberikan helaian yang baru pada mereka. Guru juga hanya perlu

    memastikan secara rawak terutamanya pelajar yang agak bermasalah agar

    tugasan yang diberi kepada mereka disiapkan dengan jawapan yang betul.

    Aktiviti yang sama dijalankan secara berterusan selama enam minggu sebelum

    Ujian Pos dijalankan.

    Setelah dua minggu program kajian tindakan menggunakan Jadual Sifir 122

    dilaksanakan, penyelidik mendapati dalam tempoh 5 minit pertama kebanyakan

    pelajar telah berjaya meningkatkan berkeupayaan untuk menyelesaikan 2

    Jadual Sifir 122 dengan sempurna.

    Berbanding kaedah penilaian dan pengujian secara verbal, kaedah yang

    dijalankan dalam program kajian tindakan ini dirasakan lebih berkesan dan

    menjimatkan masa kerana ianya dapat dijalankan serentak terhadap

    keseluruhan kelas yang terlibat pada sesuatu masa. Ianya juga tidak

    memerlukan belanja yang besar, senang dilaksanakan tanpa membebankan

    guru serta tidak melibatkan penggunaan tenaga kerja yang banyak.

    5.3 Kaedah Pengujian Data

    Instrumen yang dipilih dalam menguji keberkesanan program kajian tindakan ini

    ialah dengan melaksanakan Ujian Pra dan Ujian Pos. Kumpulan sasaran diminta

    untuk menyelesaikan kesemua 50 soalan penguasaan asas sifir dalam setiap

    Ujian Pra dan Ujian Pos dengan peruntukan masa yang dihadkan selama 40

    minit. Kaedah pengujian data seterusnya dijalankan dengan menggunakan

    bantuan program perisian SPSS, iaitu program analisis statistik secara

    berkomputer. Untuk membuktikan kebekesanan program yang dilaksanakan,

    kaedah pengujian data kajian bagi perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pos

    telah dianalisis melalui penggunaan kaedah pengujian Paired Samples T Test

    dengan penetapan aras keertian 2-hujung (2-tailed significant) pada nilai =

    0.05. Antara faktor pemilihan kaedah pengujian Paired Samples T Test dalam

  • 7

    membuktikan keberkesanan program kajian tindakan yang dijalankan ialah

    berdasarkan rasional bahawa populasi yang sama telah menduduki ujian yang

    berbeza dengan matlamat pengujian untuk membuktikan program yang

    dijalankan mampu menghasilkan perbezaan yang lebih baik berbanding

    sebelumnya terhadap setiap individu yang terlibat.

    Seterusnya Ujian Perbandingan Min dengan penetapan aras keertian 2-hujung

    (2-tailed significant) juga pada nilai = 0.05 telah digunakan bagi menilai

    kewujudan perbezaan tahap penguasaan kemahiran asas sifir di antara kaum

    dan jantina, tetapi disokong oleh nilai perbezaan min yang terhasil sebagai

    petunjuk kedua dalam menilai kejayaan program yang dilaksanakan ini. Rasional

    pemilihan Ujian Perbandingan Min ini dalam pengujian data kajian ialah kerana

    ianya melibatkan populasi yang berbeza iaitu kaum dan jantina yang berlainan

    tetapi telah menduduki ujian yang sama.

    5.4 Batasan Kajian

    Program kajian tindakan ini telah dilaksanakan kepada pelajar di dalam

    kumpulan sasaran yang dikategorikan sebagai berpencapaian sederhana dan

    sederhana rendah dalam bidang akedemik. Oleh kerana sistem penempatan

    pelajar di dalam kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena adalah

    mengikut pencapaian akademik mereka, maka kumpulan sasaran ini tidak boleh

    dianggap sebagai mewakili keseluruhan pelajar di Sekolah Menengah

    Kebangsaan Pokok Sena.

    Untuk pengujian data menggunakan kaedah Paired Samples T Test, kajian ini

    terbatas kepada kumpulan sasaran yang telah menduduki kedua-dua Ujian Pra

    dan Ujian Pos. Sementara untuk pengujian menggunakan kaedah Ujian

    Perbandingan Min, kajian ini terbatas kepada kumpulan sasaran yang telah

    menduduki samada Ujian Pra atau Ujian Pos ataupun kedua-duanya sekali.

    Kajian yang dijalankan tidak merangkumi kumpulan sasaran yang telah tidak

    menduduki kedua-dua Ujian Pra dan Ujian Pos.

    Walaupun berdasarkan rekod terdapat 108 pelajar dalam kumpulan sasaran ini,

    hanya 95 orang pelajar sahaja yang telah menduduki kedua-dua Ujian Pra dan

  • 8

    Ujian Pos, sementara keseluruhan 108 pelajar dari kumpulan yang sama telah

    menduduki salah satu dari ujian tersebut iaitu samada Ujian Pra atau Ujian Pos

    ataupun telah menduduki kedua-duanya sekali.

    5.5 Analisis Data Kajian

    5.5.1 Analisis Umum Ujian Pra dan Ujian Pos

    Ujian Pra

    50.0

    47.5

    45.0

    42.5

    40.0

    37.5

    35.0

    32.5

    30.0

    27.5

    25.0

    22.5

    20.0

    17.5

    15.0

    12.5

    10.0

    7.5

    30

    20

    10

    0

    Std. Dev = 12.43

    Mean = 35.7

    N = 106.00

    Ujian Pos

    50.045.040.035.030.025.020.015.010.05.0

    40

    30

    20

    10

    0

    Std. Dev = 11.49

    Mean = 38.9

    N = 97.00

    Carta 1: Perbandingan Pencapaian Keseluruhan Pelajar Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pos

    Sebelum menggunakan bantuan program SPSS untuk menganalisis data yang

    diperolehi, penyelidik telah menyemak hasil kerja kumpulan sasaran bagi

    mendapatkan maklumat samada para pelajar kumpulan sasaran tersebut

    berkesempatan dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dalam peruntukan

    masa 40 minit yang ditetapkan.

    Penyelidik mendapati seramai 40 orang atau hampir 38% dari keseluruhan 106

    pelajar yang menduduki Ujian Pra tidak sempat menyelesaikan 50 soalan yang

    diberikan dalam masa 40 minit yang diperuntukan. Setelah program kajian

    tindakan dijalankan, penyelidik mendapati hanya 9 orang pelajar atau 9% sahaja

    dari keseluruhan 97 orang pelajar yang menduduki Ujian Pos tidak

    berkesempatan untuk menyelesaikan kesemua 50 soalan yang diberi dalam

    peruntukan masa 40 minit tersebut.

  • 9

    Dengan penyusutan dari 38% kepada hanya kira-kira 9% bagi bilangan pelajar

    yang tidak berkesempatan menyelesaikan 50 soalan berkaitan penguasaan

    kemahiran asas sifir dalam masa 40 minit yang ditetapkan, secara umumnya

    penyelidik berpendapat program yang dijalankan telah mampu meningkatkan

    kecekapan dan kecepatan malah keyakinan diri di kalangan kumpulan sasaran.

    Penyelidik juga mendapati daripada seramai 95 orang pelajar dari kumpulan

    sasaran yang telah menduduki kedua-dua Ujian Pra dan Ujian Pos, 63 orang

    telah berjaya meningkatkan pencapaian di dalam Ujian Pos berbanding Ujian

    Pra, 20 orang mencatatkan penurunan pencapaian dan 12 orang kekal pada

    skor yang sama.

    Walaupun pemerhatian penyelidik secara kasarnya menjurus kepada tanda-

    tanda ke arah dapatan yang positif, namun permerhatian secara kasar masih

    belum mampu untuk membuktikan fakta yang diperolehi secara sahih. Untuk

    membuktikan fakta dengan lebih tepat dan jitu, kaedah pengujian yang lebih

    tinggi nilai keesahan dan kebolehpercayaan telah dijalankan terhadap data

    kajian yang diperolehi dari program kajian tindakan tersebut

    Descriptive Statistics

    106 8 50 35.72 12.434

    97 6 50 38.89 11.488

    95

    Ujian Pra

    Ujian Pos

    Valid N (listwise)

    N Minimum Maximum Mean Std. Deviation

    Jadual 2: Ringkasan Data Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pos Secara Umum

    Dengan menggunakan program perisian SPSS, analisis terhadap Ujian Pra

    menunjukkan nilai min dicatatkan untuk ujian ini ialah pada nilai 35.72 dengan

    serakan data yang begitu melebar dengan nilai sisihan piawai dicatatkan

    bersamaan nilai 12.434. Ujian Pra telah mencatatkan skor terendah pada nilai 8

    dan skor tertinggi pada nilai 50. Sementara analisis terhadap Ujian Pos

    menunjukkan nilai min telah meningkat kepada 37.36 dengan serakan data yang

    lebih menguncup. Sisihan piawai pula telah dicatatkan pada nilai 11.488 dengan

    skor terendah dicatatkan pada nilai 6 dan skor tertinggi kekal pada nilai 50.

  • 10

    Paired Samples Test

    3.42 5.819 .597 2.24 4.61 5.730 94 .000Ujian Pos - Ujian PraPair 1

    Mean Std. Deviation

    Std. Error

    Mean Lower Upper

    95% Confidence

    Interval of the

    Difference

    Paired Differences

    t df Sig. (2-tailed)

    5.5.2 Analisis Ujian Pra Dan Ujian Pos Dengan Paired Samples T Test

    Ujian Pra

    50.045.040.035.030.025.020.015.010.0

    30

    20

    10

    0

    Std. Dev = 12.86

    Mean = 35.5

    N = 95.00

    Ujian Pos

    50.045.040.035.030.025.020.015.010.05.0

    30

    20

    10

    0

    Std. Dev = 11.55

    Mean = 38.9

    N = 95.00

    Carta 2: Perbandingan Pencapaian Pelajar Yang Menduduki Kedua-dua Ujian Pra Dan Ujian Pos

    Analisis data yang diperolehi dari 95 pelajar kumpulan sasaran yang telah

    menduduki kedua-dua Ujian Pra dan Ujian Pos didapati bagi Ujian Pra nilai min

    yang diperolehi oleh pelajar ialah 35.51. Setelah pelaksanan program kajian

    tindakan dijalankan terhadap kumpulan sasaran, nilai min 35.51 ini telah berjaya

    ditingkatkan kepada nilai 38.93 di dalam Ujian Pos. Selain itu, nilai sisihan piawai

    juga telah menyusut dari serakan yang melebar dari 12.857 kepada nilai yang

    lebih kecil iaitu 11.548.

    Paired Samples Statistics

    38.93 95 11.548 1.185

    35.51 95 12.857 1.319

    Ujian Pos

    Ujian Pra

    Pair

    1

    Mean N Std. Deviation

    Std. Error

    Mean

    Jadual 3: Ringkasan Data Bagi Ujian Berpasangan Secara Umum

    Jadual 4: Dapatan Analisis Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pos Dengan Paired Samples T Test

  • 11

    Seterusnya, dengan perolehan nilai min Ujian Pos yang lebih besar berbanding

    dengan nilai min Ujian Pra, pengujian terhadap Ujian Pra Dan Ujian Pos dengan

    menggunakan Paired Samples T Test telah mencatatkan nilai perbezaan min

    yang positif pada nilai 3.42. dengan serakan data sisihan piawai dicatatkan

    bersamaan 5.819. Dapatan data ini menunjukkan bahawa pencapaian setiap

    individu dalam kumpulan sasaran ini telah berjaya ditingkatkan dengan nilai

    peningkatan purata sebanyak 3.42 untuk setiap di dalam Ujian Pos berbanding

    dengan Ujian Pra setelah program kajian tindakan dilaksanakan. Malah nilai

    t=5.730 yang diperolehi telah menghasilkan nilai = 0.000, satu nilai yang sangat

    signifikan berdasarkan nilai awal yang telah ditetapkan iaitu pada = 0.05.

    Hasil analisis yang dijalankan telah dengan jelas membuktikan keberkesanan

    program kajian tindakan yang telah dilaksanakan.

    5.5.3 Analisis Perbandingan Min Ujian Pra dan Ujian Pos Antara Kaum

    Ujian Pra

    49

    47

    45

    43

    41

    39

    36

    34

    30

    28

    26

    22

    20

    18

    15

    12

    10

    8

    Coun

    t

    7

    6

    5

    4

    3

    2

    1

    0

    Kaum

    Melayu

    Bukan Melayu

    Carta 3: Perbandingan Pencapaian Pelajar Mengikut Kaum Dalam Ujian Pra

    Ujian Pos

    49

    47

    45

    43

    41

    38

    35

    33

    31

    29

    27

    22

    20

    18

    16

    6

    Coun

    t

    8

    6

    4

    2

    0

    Kaum

    Melayu

    Bukan Melayu

    Carta 4: Perbandingan Pencapaian Pelajar Mengikut Kaum Dalam Ujian Pos

  • 12

    Independent Samples Test

    1.112 .294 2.588 104 .011 6.52 2.520 1.525 11.519

    2.620 66.826 .011 6.52 2.489 1.553 11.491

    1.275 .262 1.768 95 .080 4.31 2.435 -.529 9.140

    1.796 67.581 .077 4.31 2.398 -.480 9.090

    Equal variances

    assumed

    Equal variances

    not assumed

    Equal variances

    assumed

    Equal variances

    not assumed

    Ujian Pra

    Ujian Pos

    F Sig.

    Levene's Test for

    Equality of Variances

    t df Sig. (2-tailed)

    Mean

    Difference

    Std. Error

    Difference Lower Upper

    95% Confidence

    Interval of the

    Difference

    t-test for Equality of Means

    Berdasarkan Ujian Pra yang dijalankan, data menunjukkan para pelajar bukan

    Melayu terbukti lebih baik dari pelajar Melayu. Pelajar bukan Melayu

    mencatatkan nilai min = 40.15 dengan nilai sisihan piawai 11.832 sementara

    pelajar Melayu mencatatkan nilai min = 33.63 dengan sisihan piawai yang lebih

    melebar pada nilai 12.236. Perbezaan min antara kaum dicatatkan pada nilai

    6.52. Ujian perbandingan min yang dijalankan menghasilkan nilai t = 2.588

    dengan nilai signifikan ujian bersamaan 0.011. Data yang perolehi telah

    membuktikan yang pelajar bukan Melayu adalah lebih baik berbanding pelajar

    Melayu pada aras keertian yang ditetapkan pada nilai = 0.05.

    Group Statistics

    34 40.15 11.832 2.029

    72 33.63 12.236 1.442

    33 41.73 11.001 1.915

    64 37.42 11.543 1.443

    Kaum

    Bukan Melayu

    Melayu

    Bukan Melayu

    Melayu

    Ujian Pra

    Ujian Pos

    N Mean Std. Deviation

    Std. Error

    Mean

    Jadual 5: Ringkasan Data Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pos Mengikut Kaum

    Jadual 6: Dapatan Analisis Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pos Dengan Ujian Perbandingan Min Mengikut Kaum

    Bagi Ujian Pos, analisis data menunjukkan peningkatan min bagi kedua-dua

    populasi yang dikaji berbanding dengan Ujian Pra. Pelajar bukan Melayu,

    mencatatkan kenaikan min dari 40.15 bagi Ujian Pra kepada 41.73 untuk Ujian

    Pos, sementara pelajar Melayu telah mencatatkan peningkatan nilai min yang

    lebih ketara dari 33.63 untuk Ujian Pra kepada 37.42 untuk Ujian Pos. Kedua-

  • 13

    dua populasi juga telah berjaya mengurangkan kadar serakan data kepada nilai

    sisihan piawai yang lebih menguncup berbanding Ujian Pra. Kaum bukan Melayu

    mencatatkan penyusutan nilai sisihan piawai dari 11.832 kepada 11.001

    sementara pelajar Melayu mencatatkan penyusutan dari 12.236 kepada 11.543.

    Malah analisis juga menunjukkan pengurangan nilai perbezaan min yang ketara

    antara kaum pada nilai 4.31 dalam Ujian Pos ini berbanding dengan nilai 6.52

    dalam Ujian Pra terdahulu

    Seterusnya dari ujian perbandingan min yang dijalankan antara kaum bagi Ujian

    Pos, analisis data telah mencatatkan nilai t=1.768 dengan nilai signifikan ujian

    terhasil bersamaan 0.08. Analisis data yang dijalankan telah gagal membuktikan

    masih wujud perbezaan yang signifikan dalam penguasaan kemahiran asas sifir

    antara pelajar Melayu dan bukan Melayu.pada aras keertian yang ditetapkan

    pada nilai = 0.05.

    5.5.4 Analisis Perbandingan Min Ujian Pra dan Ujian Pos Antara Jantina

    Ujian Pra

    49

    47

    45

    43

    41

    39

    36

    34

    30

    28

    26

    22

    20

    18

    15

    12

    10

    8

    Count

    6

    5

    4

    3

    2

    1

    0

    Jantina

    Lelaki

    Perempuan

    Carta 5: Perbandingan Pencapaian Pelajar Mengikut Jantina Dalam Ujian Pra

    Ujian Pos

    49

    47

    45

    43

    41

    38

    35

    33

    31

    29

    27

    22

    20

    18

    16

    6

    Count

    10

    8

    6

    4

    2

    0

    Jantina

    Lelaki

    Perempuan

    Carta 6: Perbandingan Pencapaian Pelajar Mengikut Jantina Dalam Ujian Pos

  • 14

    Perbandingan analisis hasil Ujian Pra yang dijalankan antara jantina

    menunjukkan para pelajar perempuan terbukti lebih baik dari pelajar lelaki.

    Pelajar perempuan mencatatkan nilai min = 38.72 dengan sisihan piawai 11.051

    sementara pelajar lelaki mencatatkan nilai min = 32.60 dengan serakan data

    yang lebih melebar pada nilai sisihan piawai 13.111. Perbezaan min antara

    jantina pula dicatatkan pada nilai 6.13. Ujian perbandingan min yang dijalankan

    menghasilkan nilai t = 2.605 dengan nilai signifikan ujian bersamaan 0.011. Data

    yang perolehi telah membuktikan yang pelajar perempuan adalah jelas lebih baik

    berbanding pelajar lelaki pada aras keertian yang ditetapkan pada nilai = 0.05.

    Group Statistics

    54 38.72 11.051 1.504

    52 32.60 13.111 1.818

    45 41.71 10.597 1.580

    52 36.44 11.765 1.631

    Jantina

    Perempuan

    Lelaki

    Perempuan

    Lelaki

    Ujian Pra

    Ujian Pos

    N Mean Std. Deviation

    Std. Error

    Mean

    Jadual 7: Ringkasan Data Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pos Mengikut Jantina

    Independent Samples Test

    4.642 .034 2.605 104 .011 6.13 2.352 1.462 10.790

    2.596 99.735 .011 6.13 2.360 1.445 10.807

    3.506 .064 2.303 95 .023 5.27 2.288 .726 9.812

    2.320 94.836 .022 5.27 2.271 .760 9.777

    Equal variances

    assumed

    Equal variances

    not assumed

    Equal variances

    assumed

    Equal variances

    not assumed

    Ujian Pra

    Ujian Pos

    F Sig.

    Levene's Test for

    Equality of Variances

    t df Sig. (2-tailed)

    Mean

    Difference

    Std. Error

    Difference Lower Upper

    95% Confidence

    Interval of the

    Difference

    t-test for Equality of Means

    Jadual 8: Dapatan Analisis Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pos Dengan Ujian Perbandingan Min Mengikut Jantina

    Bagi Ujian Pos, analisis data menunjukkan peningkatan min bagi kedua-dua

    populasi yang dikaji berbanding dengan Ujian Pra. Pelajar perempuan

    mencatatkan kenaikan min dari 38.72 dalam Ujian Pra kepada 41.71 dalam Ujian

    Pos. Pelajar lelaki pula telah mencatatkan peningkatan nilai min dari 32.60 untuk

    Ujian Pra kepada 36.44 untuk Ujian Pos. Kedua-dua populasi juga telah berjaya

    mengurangkan kadar serakan data kepada nilai sisihan piawai yang lebih

  • 15

    menguncup berbanding Ujian Pra. Pelajar perempuan mencatatkan penyusutan

    nilai sisihan piawai dari 11.051 kepada 10.597 sementara pelajar lelaki

    mencatatkan penyusutan dari 13.111 kepada 11.765. Analisis data juga

    menunjukkan pengurangan nilai perbezaan min yang agak ketara antara jantina

    pada nilai 5.27 dalam Ujian Pos ini berbanding dengan nilai 6.13 dalam Ujian Pra

    terdahulu

    Seterusnya berdasarkan ujian perbandingan min yang dijalankan antara jantina

    bagi Ujian Pos ini, analisis data telah mencatatkan nilai t=2.303 dengan nilai

    signifikan ujian terhasil bersamaan 0.023. Walaupun nilai signifikan dapat

    ditingkatkan dari 0.011 bagi Ujian Pra kepada 0.023 untuk Ujian Pos, hasil

    dapatan analisis yang dijalankan masih lagi dapat menunjukkan kewujudan

    perbezaan yang signifikan dalam penguasaan kemahiran asas sifir antara jantina

    pada aras keertian =0.05. Namun begitu dengan menggunakan nilai

    perbezaan min antara jantina sebagai petunjuk kedua dalam menilai kejayaan

    program yang dilaksanakan ini, penyelidik berpendapat program kajian tindakan

    ini masih mempunyai potensi dalam merapatkan jurang perbezaan penguasaan

    kemahiran asas sifir antara jantina tetapi gagal dibuktikan secara jelas.

    6. RUMUSAN DAN PENUTUP

    Analisis data secara jelasnya telah berjaya membuktikan keberkesanan program

    kajian tindakan yang telah dilaksanakan terhadap kumpulan sasaran. Walaupun

    program yang dilaksanakan adalah ringkas, mudah dan murah ianya telah

    berjaya meningkatkatkan tahap penguasaan kemahiran asas sifir serta mampu

    mengurangkan tahap perbezaan min di antara kaum dan jantina di kalangan

    kumpulan sasaran tersebut.

    Program menggunakan Jadual Sifir 122 ini sesuai dilaksanakan samada di

    sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Ianya bersifat universal hanya

    menggunakan nombor-nombor tanpa melibatkan bahasa. Program yang

    dilaksanakan bukanlah bertujuan untuk menghasilkan keputusan peperiksaan

    yang cemerlang dalam masa yang singkat, sebaliknya lebih memfokuskan

    kepada kumpulan yang dikategorikan dalam kumpulan sederhana dan

    sederhana rendah untuk meningkatkan keupayaan diri ke arah penguasaan

  • 16

    kemahiran sifir yang lebih baik. Program menggunakan Jadual Sifir 122 ini juga

    telah digalakkan oleh pihak pengurusan di sekolah penyelidik untuk dipraktikkan

    oleh guru relief semasa menggantikan ketidakhadiran seseorang guru. Ibarat

    kata Membiasakan Yang Betul dan Membetulkan Yang Biasa, diharapkan

    program yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar

    terutamanya di kalangan pelajar yang dikategorikan sebagai sederhana dan

    sederhana rendah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas sifir

    mereka.

  • 17

    LAMPIRAN

    UJIAN PENGESANAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS SIFIR

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN POKOK SENA

    06400 POKOK SENA KEDAH.

    NAMA: _______________________________________ TINGKATAN: _________________

    JANTINA:____________________________________ KAUM: ________________

    1. 2+2+2= ______________

    3. 13+13+13= ____________

    5. 46+46+46+46+46+46= _____________

    7. 621+621+621+621=____________

    9. 736+736+736+736+736+736=________

    11. 2 X 4 = ___________

    13. 80 X 4 =____________

    15. 29 X 3 = __________

    17. 38 X 6 =___________

    19. 9 X 46=___________

    21. 400 X 6 =__________

    23. 309 X 8 =_________

    25. 6 X 703 =_________

    27. 23 X 32 =_________

    29. 80 X 60 =_________

    31. 240 X 36 =________

    33. 72 X 64 =_________

    35. 123 X 12 =________

    37. 19 X 342 =________

    39. 300 X 234=________

    41. 9000 X 27=________

    43. 23712 X 35 =________

    45. 67200 X 40 = _________

    2. 4+4+4+4+4+4=_________________

    4. 21+21+21+21+21+21+21=____________

    6. 102+102+102+102+102+102+102=_______

    8. 532+532+532+532=__________

    10. 1432+1432+1432+1432+1432=_________

    12. 6 X 7 = ___________

    14. 7 X 90 =___________

    16. 72 X 4 = __________

    18. 8 X 32 =___________

    20. 110 X 7 = _________

    22. 7 X 850 = _________

    24. 670 X 4 =__________

    26. 4 X 443 =__________

    28. 69 X 51=___________

    30. 24 X 300 =_________

    32. 67 X 45 =__________

    34. 27 X 450=__________

    36. 237 X 27=_________

    38. 78 X 143 =__________

    40. 794 X 400=__________

    42. 59 X 7600=__________

    44. 53007 X 47 =_________

    46. 82700 X 60 =_________

    47. 32+32+32+27+27+27+27+27+27+27+27 = _________________

    48. 450+450+450+450+450+450+1234+1234+1234+1234+1234 =______________

    49. 78543+78543+78543+78543+78543+49+49+49 +49+49+49+49 = __________

    50. 1907+1907+1907+1907+1907+1907+43+43+43+98+98+98+98 =__________

  • 18

    Jadual Asas Sifir

    X 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

    .

    X 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1

    X 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

    X 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1

  • 19

    X 1 3 5 7 9 11 2 4 6 8 10 12 2 4 6 8 10 12 1 3 5 7 9 11

    X 3 6 9 12 1 4 8 11 2 5 10 7 8 4 7 10 2 5 1 11 3 6 9 12

    X 2 3 5 7 9 11 1 4 6 8 10 12 1 4 7 10 2 5 8 11 3 6 9 12

    X 1 3 5 7 9 11 2 4 6 8 10 12 5 8 10 6 12 1 7 2 9 3 11 4

  • 20

    Markah Ujian Pengesanan Penguasaan Kemahiran Asas Sifir 2009

    Bil. Nama Pelajar Tktan Jantina Kaum Pra Pos

    1 CHAI CHIN JIAN 1G 1 2 15 19

    2 CHIRAKORN A/L BUN TET 1G 1 2 29

    3 LAW JUN SAN 1G 1 2 45 45

    4 LIEW HAO PING 1G 1 2 8 21

    5 MANIVANNAN A/L RAMASAMY 1G 1 2 19 22

    6 MOHAMAD IKMAD B. ABD AZIZ 1G 1 1 22 17

    7 MOHAMMAD NOORRIZUANANIF 1G 1 1 27 42

    8 MOHD KHAIROL AMRI BIN ROSLI 1G 1 1 10 6

    9 MUHAMAD BURHANUDDIN BIN ABD KARIM 1G 1 1 14 33

    10 MUHAMAD HAFIZ BIN SHUHAILI 1G 1 1 22 30

    11 MUHAMAD LUKMAN BIN MOHD SHUKRI 1G 1 1 41 46

    12 MUHAMAD NASRUL BIN OTHMAN 1G 1 1 38 45

    13 MUHAMMAD ARIFF BIN MAT JELANI 1G 1 1 19 18

    14 MUHAMMAD FITRI BIN RAMLI 1G 1 1 22 20

    15 MUHAMMAD HAKIM BIN TAJUDDIN 1G 1 1 12 22

    16 MUHAMMAD ZAKIMI BIN ISMAIL 1G 1 1 38

    17 PHE YEONG JIAN 1G 1 2 49 46

    18 RASHIQQIN THEN BIN ROSRAZI 1G 1 1 10 42

    19 SAFIY AMZAR BIN SABALUDIN 1G 1 1 12 20

    20 ENG LING SIN 1G 2 2 42 46

    21 GOOI SUH FEN 1G 2 2 35 44

    22 LIM SIEW MEI 1G 2 2 48 46

    23 NABILA NAZARI 1G 2 1 25 30

    24 NOOR FARHANA BINTI KADIR@RAZAK 1G 2 1 22 23

    25 NOORHUMAIROH BT YUSUF 1G 2 1 11 16

    26 NUR ATIKAH BINTI ZAINI 1G 2 1 19 20

    27 NUR HAYATI BINTI DERANI 1G 2 1 21 19

    28 NUR SYUHADA BINTI CHE ANI 1G 2 1 9 18

    29 NURSHUHADA BINTI NORSHAFIE 1G 2 1 39 45

    30 NURUL HAFIZAH BINTI MD HASSAN 1G 2 1 40 40

    31 NURUL NADIAH BINTI AHMAD ZAKARIA 1G 2 1 39

    32 SAWITREE A/P AIRIT 1G 2 2 29

    33 SITI NURAZWANI BINTI HASLILI 1G 2 1 43 42

    34 TEOH SU THIN 1G 2 2 48 50

    35 NUR SALINA WATI BT OTHMAN 1G 2 1 30

    36 PERIYANAYAKI A/P MURUGIAH 1G 2 2 18 14

    37 NURATIKAH HASERIM 1G 2 1 27 38

  • 21

    Markah Ujian Pengesanan Penguasaan Kemahiran Asas Sifir 2009

    Bil Nama Pelajar Tktan Jantina Kaum Pra Pos

    1 Kang Wei Loon 2R 1 2 44 50

    2 Mohamad Roshide bin Razak 2R 1 1 20 29

    3 Mohammad Azmizi bin Azmi 2R 1 1 39 42

    4 Mohammad Izat Bin Zolkafli 2R 1 1 45 43

    5 Mohammad Syafiq Bin Azudin 2R 1 1 26 31

    6 Mohammad Syauqi Bin Azudin 2R 1 1 27 36

    7 Mohammad Zulhilmi bin Othman 2R 1 1 20 22

    8 Mohd Abdul Jamil bin Abdul Jalil 2R 1 1 38 44

    9 Mohd Alif Lokman Hakim b Othman 2R 1 1 26 41

    10 Mohd Amirol Khir bin Hassan 2R 1 1 19 21

    11 Mohd Ishrauqi bin Zulkifli 2R 1 1 33 48

    12 Mohd Izzudin bin Mat Noh 2R 1 1 18 28

    13 Mohd Khairul Ashwat bin Din 2R 1 1 36 27

    14 Muhamad Najmi bin Abdullah 2R 1 1 35 46

    15 Tan Eng Teng 2R 1 2 17 17

    16 Amphilad a/p Wan 2R 2 2 34 44

    17 Fitrah bt Mohtar 2R 2 1 50 47

    18 Jenefer a/p John 2R 2 2 28 31

    19 Norhasnida bt Che Halim 2R 2 1 49 49

    20 Norshahira bt Md Khir 2R 2 1 46

    21 Nur Khalilah bt Md Raffi 2R 2 1 44

    22 Nurul Artika bt Ibrahim 2R 2 1 46 47

    23 Nurul Aswani bt Ashikin 2R 2 1 45 49

    24 Nurul Hafizah bt Hassan 2R 2 1 28

    25 Ooi Siew Tuan 2R 2 2 47 50

    26 Saratul Najiha bt Sabri 2R 2 1 18 32

    27 Shafawati bt Saad 2R 2 1 38 38

    28 Siti Hajar bt Azmi 2R 2 1 45 48

    29 Siti Salwa bt Mahazir 2R 2 1 43

    30 Siti Zubaidah bt Zakaria 2R 2 1 25

    31 Subhashini a/p Balayoothom 2R 2 2 41 42

  • 22

    Markah Ujian Pengesanan Penguasaan Kemahiran Asas Sifir 2009

    Bil. Nama Pelajar Tktan Jantina Kaum Pra Pos

    1 Calvin Lim 2C 1 2 50 50

    2 Gary Samuel Sri Rush 2C 1 2 47 46

    3 Jojo Lee Chee Hao 2C 1 2 49 45

    4 Khor Jia Wei 2C 1 2 45 47

    5 Khor Jong Jyy 2C 1 2 46 46

    6 Khor Wei Kai 2C 1 2 47

    7 Kong Wei Seng 2C 1 2 47 47

    8 Leow Choon Hong 2C 1 2 47 47

    9 Megat Mohd Shukri B. Ali 2C 1 1 45 47

    10 Mohamad Yusof B. Abdul Samad 2C 1 1 30 31

    11 Mohd Fadzil Bin Ruslan 2C 1 1 39 47

    12 Mohd Izham Bin Abd Hamid 2C 1 1 47 50

    13 Mohd Khairul Ashraf B. Ludin 2C 1 1 35 34

    14 Mohd Marwan B. Shamsudin 2C 1 1 38 42

    15 Mohd Noor Fadzillah b. Abu Bakar 2C 1 1 46 47

    16 Muhamad Shahabudin B. Azizan 2C 1 1 34 35

    17 Muhammad Hafiz B. Abdul Halim 2C 1 1 45

    18 Muhammad Hanif b. Shukri 2C 1 1 49 48

    19 Phitpat A/L Pak Tik Pong 2C 1 2 46 49

    20 Tan Chun Sheng 2C 1 2 42 44

    21 Ayu Zurikha Bt. Rosli 2C 2 1 34 42

    22 Chee Wei Nee 2C 2 2 44 48

    23 Ching Ming Aour 2C 2 2 48 48

    24 Choo Ying Ying 2C 2 2 46 50

    25 Joycelin Clare A/P Joseph 2C 2 2 47 50

    26 Koy Rou Yi 2C 2 2 50 50

    27 Low Shi Ying 2C 2 2 48 46

    28 Noor Afifiah bt Mohd Noor 2C 2 1 48 49

    29 Nor Farahani Bt. Ghazali 2C 2 1 44

    30 Nor Mazatul Fazilah Bt.Che Umat 2C 2 1 46 48

    31 Nur Aiman Zuriati bt Jamalulain 2C 2 1 50 47

    32 Nur Balkis bt Zambri 2C 2 1 42 41

    33 Nur Hidayah bt Mohamat Rodhi 2C 2 1 47 47

    34 Nur Ismalia Nadia Bt.Ismail 2C 2 1 47 49

    35 Nurul Jannah Bt. Abdul Latiff 2C 2 1 44 50

    36 Siti Fairuz bt Mohd Noordin 2C 2 1 47 50

    37 Siti Nor Shatirah bt Din 2C 2 1 49 50

    38 Siti Nur Aishah Bt. Abdul Halim 2C 2 1 44 46

    39 Siti Nurizzati Bt. Idris 2C 2 1 45 50

    40 Tan Pei Ping 2C 2 2 49 48